Bonda nak ceritakan sedikit apa yang berlaku ketika Pak Soh dan tukang kebun Bonda berada diluar rumah pada malam itu.
Sebenarnya tukang kebun telah diminta oleh Pak Soh untuk tidak bercerita tentang apa yang dia buat ketika itu. Tapi apabila dipujuk oleh Bonda..barulah dia ceritakan.Itu pun dia tidak semua yang di ceritakan.. Tak mengapalah.. sekurang-kurangnya Bonda tahu apa yang berlaku... ye tak..? ___________________________________________________________________________________________
Selepas mereka keluar dari pintu dapur..Pak Soh mengajak dia berjalan mengikut laluan belakang rumah..tidak melalui jalan depan. Beberapa langkah Pak Soh berhenti..sepotong ayat dibaca.. perkara tersebut diulanginya beberapa kali. Sehinggalah mereka tiba di depan pintu pagar rumah. Bermakna mereka berpusing dai belakang hingga ke depan rumah. Buat pengetahuan mereka yang baru mengikuti kisah Bonda..jarak di antara pintu depan rumah hingga ke pagar rumah adalah dalam 100 meter. Padang kecil di tepi rumah pula boleh memuatkan 6 biji kereta ( parking sebelah menyebelah )..rumah Bonda diatas bukit dan hanya Bonda sekelurga yang tinggal dikawasan itu. Ketika malam menjelma..memang kawasan itu sunyi sangat + gelap. Hanya ada 2 lampu jalan saja yang ada. Itupun di lorong masuk ke kawsan rumah Bonda dan satu lagi di depan rumah Bonda. __________________________________
Berbalik kepada kisah Pak Soh tadi... mereka berhenti dalam jarak 20 meter dari kawasan pagar. Di luar pintu pagar yang tidak berkunci dan bertutup.. kelihatan seorang lelaki yang kurus tinggi dan berjubah. Mukanya agak samar-samar. Tapi kata tukang kebun...lelaki itu sangat marah...sangat-sangat marah. Pak Soh dan lelaki tersebbut bertentang mata. Agak lama. Mereka seperti berdialog tapi dalam hati. Mungkin kerana tidak berpuas hati..tiba-tiba lelaki tersebut megeluarkan tongkatnya. entah dari mana datang tongkat tersebut.
Pak Soh dengan cepat memasang kuda-kuda sambil tangannya memegang tasbih.Manakala mulutnya tidak henti-henti membaca surah-surah tertentu. Tiba-tiba anjing menyalak diantara satu sama lain.. Keadaan mula bingit bila anjing sahut menyahut salakan di antara satu sama lain. Angin ribut melanda..daun-daun mula berterbangan... Keadaan jadi amat gelap...segelap-gelapnya.. Tukang kebun Bonda panik. Apa yang perlu dia buat? Nak berdiri tegak kah? Atau perlu berbuat sesuatu..
Dia melihat Pak Soh sudah mula membuka langkah silat. Agak pelik langkah silat yang di buat. Seolah cuba menepis sesuatu yang menyerang dihadapannya..tapi dia tak nampak apa-apa..Angin semakin kuat..Bunyi menderu-deru mula buat dia sakit telinga..mata terpaksa dikecilkan. Sebabnya dia takut Pak Soh hilang daripada pandangan.Kemudian dia seperti terdengar suara Pak Soh seperti berbisik ke telinganya menyuruhnya membaca Ayatul Kursi tanpa henti dan ulang ayat terakhir sebanyak 7x dengan 1 nafas. Tanpa berlengah dibacanya sekuat-kuat hati....melawan bunyi angin. ( Peliknya Bonda tak dengar langsung bunyi angin ribut di luar )...
Tukang kebun bercerita lagi..Pak Soh dan lelaki tersebut bertarung seperti dua pendekar...cuma mereka ber'lawan' dalam jarak jauh tapi dari sudut lain mereka sedang bertarung secara batin.. Mereka berguling..melompat..dan sebagai.. Dan pengakhiran..lelaki tersebut tersungkur..
Sehandal-handal dukun tersebut..dia lupa yang ALLAH LAGI MAHA BERKUASA DAN MAHA AGUNG.. Dia tumpas.
Pak Soh kemudiannya terus duduk bersila dan bertafakur..seperti sedang berdialog lagi dengan lelaki tersebut.. Tangan kirinya menggenggam penumbuk lalu ditumbuknya ke tanah...manakala tangan kanannya mengangkat tasih ke mulut dan tasbih tersebut ditiup dan di baling ke arah lelaki tersebut. Bergema jeritan lelaki itu dan dia hilang dalam kepulan asap yang tebal.. dan selepas itu ada beberapa penampakan lembaga bermata merah hilang di telan asap..
Tukang kebun tidak tahu perjanjian dan apa yang dibicarakan oleh Pak Soh dengan lelaki tersebut kerana Pak Soh tidak langsung mahu bercerita apa-apa.... _____________________________________________________________
Tidak mengapa Bonda tidak tahu kesemuanya secara terperinci...cukuplah bagi Bonda segalanya telah selesai... ALHAMDULLILLAH......ALLAHUAKHBAR....Sujud Bonda padaNYA...
Dan untuk pengetahuan yang membaca semua...Pak Soh telah kembali kepada Maha Pencipta pada 2 tahun lepas akibat sakit tua.. AL-FATIHAH untuk beliau....Mudah-mudahan allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang dikasihi oleh Allah.. amin Ya Rahim..
tak baca habis pun lagi sebenarnye.. memandangkan anakanda sekarang ni tengah menjadi anakonda yg tengah bekerja sambil rakus menyantap nasi goreng yang lazat.. (sempat masak pagi tadi.. heheee...) anakonda terlajak lapar ni terpaksa memberhentikan dulu pembacaan apabila terbaca perkataan "JIJIK"..
bukan pe... takut kang hilang selera makan.. heheee..
izinkan anakanda habiskan nasi goreng tak cukup sifat ni ye... (pasal bedal je bahan yang ada... basic giler dengan bawang+ikan bilis+kiub ikan bilis+garam je.. of kos la ade minyak buat tumis ngan nasik nak goreng kan..)
nanti selepas sendawa lapan blas kali anakanda sambung baca ye. terpaksa tahan ketagihan nak habiskan baca citer bonda sebab kelaparan tak makan lagi ni...
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Maafkan Bonda semua kerana begitu lambat mengalah ulat gonggok nak pakai kasut sebab nak pergi kedai beli bahan nak buat berniaga untuk Bonda selesaikan kisah 4 ni..
Jadual kerja Bonda amat padat dan sendat...tapi tidak lah sesendat baju Bonda. Bonda pakai baju longgar2 je sebab nak menutup lemak2 badan yang berjaya Bonda ternak sepanjang musim durian yang lepas..
Untuk Cengkodok yang putih melepak, terima kasih kerana sanggup baca cerita Bonda sambil makan nasi goreng berulam jambu batu.Walaupun terpaksa berhenti sejenak kerana tidak sanggup melihat 'adegan' dalam kisah Bonda..tapi anakanda telah berjaya habiskannya. Nasihat Bonda jangan makan sambil membaca. Dikhuatiri anakanda akan tersalah suap nanti. Disangkakan mulut anakanda..tapi ropanya mulut Ijoi kacak yang telah disuapkan oleh anakanda...
Untuk Dang yang manis... Bonda minta maaf sebab lambat sambut salam. Next time kalau bagi salam...gunalah STREAMYX.. laju sikit. Pilih kelajuan 8gb.. Pasti cepat Bonda dapat terima salam mu itu sayang...
Wak Baddarom... Akhirnya kan? Wak pun tahu macamana sibuknya Bonda mengalah Presiden Papua New Guinea yg cuba nak membuka ladang gandum tapi tak lepas2 gak. Walaupun sudah dinasihatkan oleh Sudin ketika membaca puisi utk Ajis dan Ramli dibelakang pintu bilik kepunyaan anak lelaki Pendekar Mustar..tapi dia tetap berdegil juga...hurrmmmm.
Bonda sendiri tak tahu apa kaitan statement Bonda ni dengan Kisah Bonda.. Apapun maafkan Bonda yang tua ni... kan Wak? kan..kan..kan...
Saya rela memaafkan zahir dan batin kalau Bonda ada tersalah silap dgn waknda Badda tu, tapi sesekali tidak akan memaapkan saudari gab, kerana telah melakukan kelucahan terlampau terhadap saya. Semenjak gab menari dgn berpakaian bikini di depan saya hari tu, saya telah terjangkit penyakit kemurungan dan mati pucuk.
Terima kasih kerana sudi memaafkan Bonda yang sudah dimamah usia ini...walaupun Bonda tidak memahami ayat - ayat puitis anakanda yang bersimbolkan ttutttttt....Bonda berjanji dengan sepenuh hati ayam masak kurma..yang Bonda akan segigih yang mungkin mencari makna ayat - ayat mu iteww...
Anakanda G yang masih bebas...pulanglah ke pangkal jalan anak ku.... sudah berapa kali Bonda berpesan ...jangan bersahabat dengan semut - semut tu...tak baek utk kesihatan..kan dan termakan sahabat mu sendiri sampai menghadapi masalah ingatan...
Bonda sempat membaca je..nak menaip belum ada kesempatan lagi... Sebab nak siapkan projek dulu... Ini pun tumpang lalu je Wak... sambil menaip sambil jengah sini...
Alahai Wak...citer le sikit...ttg rumah ..
Kenapakah Ijoi berpantang hempat puluh hari? Adakah dengan bercerita serem membuatkan beliau akan bentan? huurmmmm.....misteri sungguh...
-- Edited by BondaDiana on Friday 4th of September 2015 02:16:26 AM
peha ijoi ke .. peha incik gab yang berkurap serta berkudis buta kudis x buta tu ...?
alaaaa .. udah barang tentu g preedem x nak punya ...
beliau nak peha ... er... peha ... peha.. er.. cube teka?
peha ayam dara la ...... (apalah agaknya nkorang pikir ye .... )
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
maafkan Bonda yg dah tua ni wahai anakanda Nadia..
Masa sekolah zaman jepun dulu Bonda ambilaliran pertukangan...Bonda belajar buat reban ayam...
Lepas Jepun mengharamkan reban ayam..Bonda give up terus p belajar buat kasut...
salam perkenalan bonda,
wow,itu ja cek boleh sebut.....
jalan cerita dan cara penyampaian senang nak baca dan paham...dak serabut...
ada lagi kisah boleh kongsikan lagi bonda...
selain terhibur boleh juga belajar cara penulisan/penyampaian....
benda baik takkan simpan sorang iye dop?
Waalaikumsalam bonda,
aduh,lupa bagi salam,patutnya yang menegur kena beri slam dulu...
bukan nakmengampu/bodek ,tapi cara penulisan yang berdasarkn pengalaman sendiri berbeza dengan penulisan yang berdasarkan imaginasi...
dan benda itulah yang menjadikan sesuatu cerita itu menarik dibaca...melainkan penulis tu berbakat...
ada lagi cerita misteri bonda share2 la...