Lama rasanya Bonda tinggalkan 'rumah' ni. Rindu rasa nak membaca cerita2 terbaru di sini. Maaf kpd semua sebab lambat update cerita terbaru. Bonda sibuk bangat kebelakangan ni tambahan pula Ramadhan hampir tiba. Lagi la banyak kerja yg perlu dibuat. Syukur Bonda ada kelapangan sikit sebab tunggu flight untuk ke KL.
Bila sudah lama tak bercerita, terasa kekok pula nak mulakan. Ceritanya ada tapi tak tahu macamana nak sampaikan. Alahai ............ kejap, Bonda nak ambil feel dulu....hhhpppsshhhh.....ffuuhhhhhh...ok!
Sebut tentang rumah tadi, rasanya Bonda nak bercerita tentang rumah Bonda. TETAPI sebelum Bonda teruskan....... Bonda mohon pada yang membacanya nanti JANGAN disalahertikan dengan apa yg ingin Bonda ceritakan nanti. Antara sebabnya ialah Bonda nak mereka yg membacanya dapat membayangkan keadaan dalam rumah Bonda & cuba letakkan diri masing2 ke dalam situasi ini. Boleh? Kalau boleh ...... jom kita mulakan.
Semasa Bonda baru berpindah ke rumah ini, anak2 Bonda masih lagi kecil. Usia mereka ketika itu dalam lingkungan 5 & 3 tahun. Rumah ini berada di atas bukit & boleh dikategorikan sebagai midi banglo setingkat. Ada 7 bilik tidur ( 2 drpdnya Bonda jadikan stor serta tempat menggosok baju ) & 4 kamar mandi 2 in 1 ( fahamkan? Hehehe.. )
Kawasan keliling rumah berpagar serta sederhana luas. Tidak keterlaluan jika Bonda katakan yg sebuah helicopter bersaiz sederhana boleh mendarat di situ. Luaskan? Maka luas jugalah spesis2 yg menakutkan bersiar-siar di halaman rumah Bonda.
Bayangkan hanya Bonda & 2 orang anak masih kecil yg selalu berada di dalam rumah tu. Eerrr............okla termasuk pembantu rumah serta seorang tukang kebun. Tetapi mereka hanya ada pada waktu siang saja. Bila waktu malam tiba, tinggallah Bonda 3 beranak. Encik suami ketika itu sangatlah sibuk mengalahkan Presiden Indonesia Susilo Bambang nak berkempen. Asyik outstation. Namun Bonda faham akan tugasannya itu.....
Suatu petang, kira2 dalam pukul 4.30 ptg, pembantu rumah ( Bonda gelarkannya Mbak Jem )mohon utk pulang awal sebab majlis bacaan Yasin di surau berdekatan. Setelah dia pulang Bonda kejutkan anak2 Bonda bangun utk mandi ( anak2 masa ni mmg Bonda paksa mereka tidur petang...kalau tak mereka akan meroyan ..... pening Bonda ).
Setelah mengejutkan anak yg sulung, Bonda kejutkan yg kecil pula. Kamar mandi mereka berada bertentangan dengan bilik tidur utama a.k.a bilik tidur Bonda. Jika berdiri menghadap kamar mandi ni, berada disebelah kiri hujung sekali ( dalam -+ 80 langkah ) adalah ruang makan. Di ruang makan ini adalah sebuah pintu sliding 4 pintu & terus ke pintu yg menghala ke bahagian dapur. Pintu sliding ini akan sentiasa tertutup ( kecuali kalau maid ada ).
Ketika Bonda berdiri di depan pintu kamar mandi, anak Bonda ( 3 thn ) sedang duduk di atas lantai ( tepi kaki Bonda ) dan yg sulung sudahpun masuk utk mandi. Tiba-tiba anak Bonda yg kecil bersuara, " Bonda..Bonda... look there! Bonda look! Who is that? " . Dia tarik kaki Bonda berkali-kali.
Bonda tunduk pandang dia. " Apa dia? " . Dia tak menoleh langsung pada Bonda tapi memandang ke arah ruang makan. " Bonda! Look! Look! Someone there! " . Diulangnya berkali2 ayat yg sama sambil tangannya lurus tunjuk ke pintu sliding di ruang makan & terus menunjuk ke pintu dapur. Bonda terus memandang ke arah yg ditunjukkan. Pelik! Bonda tak nampak apa2.
Hati Bonda cuak. Takut ada orang masuk ke rumah. mana tahu Bonda terlupa mengunci pintu rumah. Bonda panjangkan leher ( tanpa bergerak ) utk melihat pintu. Hah! Berkunci! Macamana Bonda tau ? Sebabnya kunci pd lockpintu ( yg sebesar penumbuk budak kecil masih berada di situ! ) Rabunlah mata Bonda kalau tak nampak. Kalau kunci berada disitu memang takkan boleh buka dari luar.
Hati Bonda tak sedap. Kaki macam dipaku ke lantai. Langsung tak boleh bergerak. Tanpa Bonda duga, anak Bonda yg kecil tu bangun. Terus berjalan terkedek2 nak ke ruang makan. " Adik! What are u doing? Nak kemana tu?" , Bonda sergah dia. Dia toleh pandang Bonda.
" Bonda.. I saw someone... " , tutur dia dalam pelat. Bonda bulatkan mata sebagai tanda yg Bonda melarang dia ke sana. Akan tetapi kalau sudah namanya budak, mana dia heran sgt dgn bulat mata Bonda yg hampir tersembul keluar ni.
Dia patah balik pada Bonda & tarik tangan Bonda.....mengajak Bonda mengikutnya ke dapur. Dalam pada berat hati, Bonda benarkan dia menarik Bonda & berjalan ke dapur. Semasa berjalan, Bonda bacakan ayat pelindung diri berkali2 di dalam hati. Bulu roma meremang..tapi Bonda lihat anak Bonda seperti tidak mempunyai perasaan apa2. Jadi Bonda kuatkan semangat utk melihat apa yg dilihatnya.
Hampir 5 langkah ke pintu dapur Bonda berhenti tetapi anak Bonda tetap juga menarik tangan Bonda. Bonda keraskan badan. Bonda gelengkan kepala kepadanya. Dia lepaskan tangan Bonda & terus berdiri tegak di depan pintu dapur.
( Sekarang Bonda nak semua bayangkan keadaan ini. letakkan diri anda semua di tempat Bonda. Seolah2 anak Bonda berada di depan anda semua...)
Bonda masih belum berani utk dekatkan diri pada anak Bonda. Yg menakutkan Bonda ialah cara anak Bonda yg kecil & pelat tu berdiri. Dia toleh pada Bonda kejap, tangan kanannya menggamit Bonda mengajak Bonda berdiri disebelahnya. Kemudian memandang ke dalam ruang dapur semula.
Tanpa menoleh dia bercakap hampir berbisik, " Bonda....Bonda..come come here..look! Bondaaaaa..come here..look thereeee... " . dan...............diangkat tangan kanannya perlahan-lahan sambil jari telunjuknya lurus ke depan. Cara dia menunjuknya pula...dari bawah dan tttteeeerrrrruuussssssss ke atas sehingga ke siling. Sambil dia tunjuk tu Bonda dapat dengar suara dia bercakap, " Bondaaa..who is that? It's soooo...... " ( lepas tu Bonda tak faham apa yg dia cakapkan... )
Dengan sisa semangat yg ada, Bonda terus ke tempat anak berdiri. Bismillah.. Bonda pandang ke arah yg ditunjukkan. K.O.S.O.N.G !! Sungguh! Bonda tak nampak apa2! Tiba-tiba .... zzuuuusssssssssss! Badan Bonda terus tegak kaku. Kenapa?
Sebab Bonda rasa seperti angin melintas di tepi Bonda beserta dengan libasan rambut. Betul2 kena pada muka Bonda. Astaghfirullah...Bonda beristighfar....Apakah itu?! Hanya mata Bonda saja yg mampu Bonda gerakkan utk melihat benda apakah itu...Dada Bonda berdegup kencang.
Dalam pada tu nasib baik Bonda teringatkan anak Bonda yg kecil tadi. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih. Seperti diberikan kekuatan, Bonda paksa badan ni bergerak & terus menepuk belakang anak sambil menyebut ALLAHUAKHBAR!
Sekali lagi tanpa di duga...anak sulung Bonda yg sedang mandi tiba-tiba menjerit... " BONDAAA!!!!!!!!!!!!!!!!! ". Sepantas kilat, Bonda tarik tgn si kecil tu dan berlari menuju ke kamar mandi. Terus Bonda tolak pintu bilik air. Ah! Sudah...pintu seperti tersekat. Tak boleh buka. Bonda ketuk pintu berkali-kali memanggil anak sulung Bonda. Bonda suruh dia jangan kunci pintu.
Dia menangis-nangis di dalam. Katanya dia tak kunci pintu. Bonda yg kunci pintu tu. Bonda terkejut. Bila masa pula Bonda kunci? Bonda suruh si kecil tu duduk bersandar ke dinding. Lepas tu Boda cuba tenangkan diri. Bonda berdiri..tutup mata & cuba lapangkan fikiran serta tenangkan hati. Bonda tak boleh panik. Bila sudah dapat tenangkan diri, Bonda mulakan dgn istighfar.....kemudian Al-Fatihah & diteruskan dgn bacaan 4 Qul, Doa Pelindung & di tutup dgn bacaan Ayatul Kursi. Sambil memohon pertolongan drp Allah, Bonda letakkan tapak tgn kanan Bonda pada dada pintu. Dengan kuasaNya pintu t uterus boleh terbuka. Syukur Alhamdulillah...
Anak sulung Bonda masih lagi menangis. Bonda terpa masuk, ambil tuala & terus tutupkan badannya. Dipendekkan cerita, menurut anak sulung Bonda, masa dia sdg mandi..dia nampak ' Bonda' menjengah ke dalam kamar mandi. Muka ' Bonda' garang sangat. Mata bulat macam nak terkeluar biji mata. Katanya lagi rambut ' Bonda' panjang sangat sampai ke kaki. Lepas tu ' Bonda ' terus hempas pintu & kunci pintu. Masa tu la dia menjerit & terus nangis ( anak dara Bonda ni mmg penakut masa kecil. Dia takkan tutup rapat pintu bila mandi... )
Nasib baik tiada apa yg terjadi pada si kecil tadi. Lepas uruskan yg sulung tadi, terus Bonda mandikan dia, kemudian baca apa yg patut & hembuskan ke dua belah telinganya.
Sampai ke hari ini Bonda tak tahu apa yg dilihat oleh si kecil tadi. Benda itu melayang / berjalan menembusi pintu, terus ke dapur & seperti menunggu kami berdua kemudiannya melayang terus hingga ke siling. Bergerak melepasi Bonda & mengganggu anak sulung Bonda.
Yang boleh Bonda andaikan sepsis itu adalah perempuan berdasarkan seperti rambut panjang berkibas ke muka Bonda. Untuk pengetahuan semua ..... ini adalah gangguan pertama yg Bonda hadapi setelah 3 minggu berpindah ke rumah itu. Dan..............berlaku pada waktu petang!
Wallahu' alam.............
P/S : - Jangan salah sangka ya..anak kedua Bonda ni masa umurnya 2 tahun lagi ..masa mula belajar cakap je terus sekiping london..bukan pengaruh Bonda ya...
wahh.. bonda. wlaupun kita tidak pernah bersua lidah.. eh, bertikam lidah tapi cerita2 mu telah mengusik hatiku... nak pintak doa2 yg patot utk elakkan benda2 nirrajim tu bley tak? doa2 pendinding diri, doa2 pape je la yg patot. drpd citer2 bonda bnyk jugak doa yg boleh perturunkan kat anak2 GC ni kan?
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Sebagaimana semua tahu 2 hari lagi kita akan menyambut Ramadhan. Bermakna jadual waktu Bonda akan bertambah padat dan mungkin Bonda tidak berkesempatan utk singgah lepak ( cehh.!! Lepak konon ... hahaha) di sini... jadi Bonda ambil kesempatan di hari Ahad terakhir bulan Syaaban ni utk sambung kisah Bonda.
Bonda ingin sambung kejadian2 aneh yg lain berlaku di rumah Bonda. Masih ingat lagi kan gambaran keadaan di dlm dan luar rumah Bonda? Mari kita mulakan ....
Bismillahirrahmanirrahim....
Selepas kejadian pertama, Bonda sudah mula terasa sesuatu yg tidak kena dalam rumah. Tetapi mulut ni semacam berat utk bertanya. Tidak kiralah pada En. Suami @ Mbak Jem. Utk tidak memanjangkan cerita, Bonda andaikan adat rumah yg telah lama kosong. Pasti ada yg datangn singgah menginap. Ye tak?
Bonda diamkan saja perkara ini. Nasib baik anak2 juga begitu. Mereka seperti terlupa akan kejadian yg berlaku tempohari. Cuma anak dara Bonda saja. Kalau sebelum ini pintu kamar mandi hanya dirapatkan saja ketika mandi, tapi selepas kejadian tersebut...dia akan pastikan pintu terbuka luas. Itu tidak termasuk dengan memasang lampu dan kucing kesayangannya di depan kamar mandi sebagai peneman! Dasyatkan?
Tiada siapa pun tahu tentang kejadian tersebut. Sampailah pada suatu malam...
Pada malam itu, suami Bonda ada dinner diluar. Oleh kerana dinner ini berkaitan dengan kerja, Bonda tidak ikut serta. Suami beberapa kali memujuk Bonda utk pergi bersama tapi memandangkan yg dinner tu akan berakhir agak lewat, Bonda menolak.
Jadi seperti biasa, tinggallah Bonda bertiga di rumah. Sampai masa, Bonda dan anak2 pun masuk tidur. ( Oh ya! Lupa Bonda....sejak kejadian yg pertama tu, Bonda angkut anak2 tidur sebilik dengan Bonda. Bukan kerana Bonda segan cuma Bonda takut benda tu datang mengganggu anak2 pula ).
Setelah memastikan segalanya selamat ( memang habit Bonda sebelum tidur, Bonda akan pastikan rumah bersih, pintu dapur berkunci, semua suis penting di tutup. Begitu juga tingkap, pintu dan langsir di tutup ), Bonda pun masuk ke bilik.
Sekarang Bonda nak gambarkan keadaan dalam bilik tidur utama. Bilik utama ini besar dan ada kamarmandi. Katil Bonda menghadap ke kamar mandi. Hujung katil Bonda ada cabinet tv. Di tepi pintu bilik tidur Bonda pula ada lampu tidur tinggi. Di ruang kosong bersebelahan dengan deretan almari adalah tempat Bonda dan suami mengerjakan solat.
Di ruang kosong itulah Bonda bentangkan tilam utk anak2 tidur. Manakala Bonda tidur di atas katil bersebelahan dengan tilam mereka. Bilik hanya diterangi dengan lampu tidur di tepi pintu bilik. Sedang Bonda lena tidur, tiba-tiba Bonda dikejutkan oleh anak Bonda yg berumur 3 thn.
Dia berbisik, "Bonda..Bonda...wake up.....Bonda wake up.... ". Tangan kecilnya goyang2kan lengan kiri Bonda. Mulakan Bonda rasa yg Bonda sedang bermimpi..tapi bila goncangan tangan tu makin kuat, Bonda terus buka mata.
Terkejut Bonda bila terpandangkan si kecil tu. Muka dia amat rapat dengan muka Bonda. 2 tangan kecilnya memegang erat lengan kiri Bonda. Bonda , katanya dengan suara yg amat perlahan. Dalam samar2 lampu tidur, Bonda cuba tajamkan mata utk memandang matanya.
" Whats wrong dear ? " , Bonda bertanya. Kedudukan Bonda tetap sama iaitu mengiring ke kiri ....tidak bergerak2.
" Syhhhh...Bonda, who is that? " , katanya lagi sambil berbisik.
" Apa dia adik? " , Bonda terkejut. Ada orang masuk rumahkah? Tapi Bonda dah pastikan kesemua tingkap dan pintu berkunci! Bonda angkat kening memandang anak Bonda.
" There.......Bonda, look! ". habis saja dia berkata terus dia pusingkan kepalanya dan benamkan mukanya ke bantal Bonda. Sambil tangannya lurus tunjuk ke arah penjuru bilik dihujung kaki Bonda ( bersebelahan dengan cabinet tv ).
Tetapi arah tunjuk jarinya itu yg membuatkan Bonda rasa takut dan betul2 gementar. Jari kecilnya lurus tunjuk ke arah siling di penjuru tersebut! Bermakna ada sesuatu yg berjuntai atau bergayut di situ! ALLAHUAKHBAR !! Apa pula lagi ni....
Bonda genggam tangan kecilnya. Sumpah! Bonda tak nak tengok apa yg ada di situ. Nasib baik bonda tidur mengiring ke kiri. Bonda langsung keraskan badan. Tidak bergerak2. Waima nak bernafas pun Bonda rasa berat. Hanya anak mata saja yg mampu bergerak. Itupun bonda berkeras tidak mahu melihat.
" Dah....dah....! tidur... tidur....takde apa2 pun kat situ. Tidur ...jangan pandang " , bonda pujuk si kecil tu.
" But bonda.. " , si kecil yg pelat tu cuba nak menarik perhatian bonda. Kepalanya di naikkan sedikit utk memandang bonda.
" TIDURR !!! ", Bonda tinggikan suara. Perlahan-lahan dia mengesot ke tepi katil bonda, tarik bantalnya dan baring rapat2 dengan katil. Tangannya masih lagi memegang lengan kiri bonda.
Bonda tepuk2 badannya dengan perlahan sambil membaca beberpa potongan ayat Al-Quran lalu di hembus ke muka dan seluruh badannya juga badan kakaknya dari tempat Bonda baring. Langsung Bonda pagar tempat tidur kami.
Di luar bilik agak senyap. Rasanya suami Bonda belum lagi pulang. Mulut Bonda terkumat kamit membaca zikir Al-Hafizhuu tanpa henti sehingga Bonda terlelap...
Tiba-tiba seperti berkhayal ( antara tidur dan jaga ), Bonda seperti nampak ada sesuatu melompat dan melangkah badan Bonda. Katil Bonda bergegar. Terperanjat Bonda, rupanya si kecil tadi yg Bonda sangkakan sudah tidur .... melompat ke atas katil. Dan sekarang dia dibelakang Bonda, memeluk erat badan Bonda.
" Adik! Kenapa ni? Terkejut Bonda .... " ,marah Bonda kepadanya. Tapi dia hanya senyap dengan kepalanya di bawah bantal Bonda.
" Adikkk... ", Bonda panggil dia. Sekali lagi dia tak bergerak2. Bonda panggil dia lagi. Kali ini dia beri respon. Tanpa mengeluarkan kepalanya dari bawah bantal, tangan kanannya diangkat perlahan-lahan lalu ditunjuk pada arah yg sama...di siling penjuru bilik dihujung katil Bonda.
Bonda hanya mampu melihat kedudukan tangannya saja tidak pada tempat di mana dia tunjukkan. Bonda belum berani lagi.
" Bonda ...adik tatot( takut) " , dia bisik dari bawah bantal. Bonda tidak dapat berkalih kedudukan ( masih mengiring ke kiri ) sebab si kecil tu berada rapat dibelakang Bonda. Hanya kepala Bonda saja dapat menoleh ke belakang.
" Adik takut apa? " ,tanya Bonda.
Dia angkat sedikit bantal, " Bondaaaa ..... its still there. Her faces so uglyyy bonda Im scared.. ". berderau darah Bonda mendengar ayat terakhirnya. Sudahlah suami belum pulang. Hajat hati nak tengok jam pun tak mampu Bonda lakukan.
Bonda kuatkan semangat. Berbekalkan sisa2 berani yg ada.... " Aku berlindung kepadaMu Ya Allah... " Bonda terus toleh ke penjuru siling bilik. KOSONG!
" Nothing's there adik ... " . kata bonda kepadanya. Dia jengah sedikit kemudian cepat2 dia sorokkan kembali kepalanya dibawah bantal.
" Ada la Bonda...adik tenok ada lagi ... " , suaranya dah berubah. Kedengaran seperti nak menangis. Bonda toleh sekali lagi. Memang Bonda tak nampak apa2. Tapi Bonda tahu benda tu ada di situ. Baiklah....
Bismillahirrahmannirrahim "APA PUN KAU. SIAPA PUN KAU, TOLONG PERGI DARI SINI. JANGAN KAU TAKUTKAN ANAK2 KU. AKU SUDAH TINGGAL DISINI BERMAKNA INI TEMPATKU..KAWASAN KU. AKU HANYA TAKUT PADA ALLAH....TUHANKU JUGA PENCIPTAMU. DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA BESAR KELUAR KAU SEKARANG BERKAT LAILLAHAILLAH MUHAMMADDARASULLULLAH...". lancar lidah Bonda bercakap walaupun sebenarnya masih ada rasa seram. jantung berdegup laju.. Sebab Bonda fikirkan yg Bonda kena berani. Kalau tidak benda ni fikirkan yg kita takut.
Terus Bonda baca Ayatul Kursi berkali-kali sampai Bonda rasa tenang. Bonda bacakan dekat dengan telinga anak Bonda. Bonda suruh dia dengar dan ikut Bonda baca. Alhamdulillah....kami dapat tidur lena sampai ke pagi.
Esoknya, Bonda tanyakan kepadanya apa sebenar yg dia nampak malam tadi. Ceritanya pada Bonda ( dalam keadaan bersungguh-sungguh ).....
( BONDA CERITA DALAM VERSI AYAT BONDA SENDIRI MENGIKUT KEPADA CERITA ANAK BONDA YG BERUMUR 3 TAHUN..FAHAM2 JE LA YA.. CARA BUDAK 3 TAHUN BERCERITA )
Mula-mula dia nampak ada kakak berdiri di penjuru bilik ( sambil tunjukkan tempat yg sama ), kemudian 'kakak' tu panjat dinding macam spiderman dan melekat di dinding sambil pandang dia.
Bonda tanya kenapa dia lompat atas katil. Ceritanya lagi, dia nak minta air pada Bonda. Tapi bila dia nak kejutkan Bonda, dia nampak 'kakak' tadi yg melekat di dinding tu terbalik. Kakinya mencangkung di siling manakala kepalanya ke bawah. Rambut panjang berjurai ke bawah sambil matanya bulat besar memandang kepadanya. Senang kata beginilah..Bonda rasa semua pernah tengok cerita Spiderman 3 kan? Tentu lihat cara spiderman melekat di dinding.. begitulah yg anak Bonda nampak pada malam tersebut.
Dan......ini membuatkan Bonda tertanya-tanya apa yg sebenarnya ada di dalam rumah ini... Bonda merancang utk menyiasat....
Wallahu a'lam.....
-- Edited by BondaDiana on Sunday 7th of July 2013 04:01:54 AM
-- Edited by BondaDiana on Sunday 7th of July 2013 07:08:44 AM
ish seramnyer...klu mgacau anak kecil ni yg leceh skit....takut ade ape2 terjadi pada anak kecil tu....nak plak anak kecil tu je yg nampak kita tak nampak....
__________________
aku meminta pada yang ada aku merindu pada yang sudi
uittt... memang seram2 belaka cciter bonda sumer... tapi awatnye post yg last ni kocik bonar font dia? mata anakanda pun besau kecik besau kecik membacanya. tapi dek kerana kerterujaan yg mengatasi kelembapan mata utk mengeja sebiji2, anakanda gagahkan juga utk membaca hingga khatam.
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
cak!!! heheee... sudah luas pemandanganku... indah nan permai lagi.. tak de citer2 lagi ke bonda? bulan2 pose ni jin iprit sume kena ikat tak de gangguan kot nak baca citer2 serem ni..
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Salam minggu terakhir Ramadhan kepada semua. Alhamdulillah .....tugasan Bonda telah pun selesai. Tinggal kerja-kerja yg melibatkan kelas saja...Akhirnya, Bonda dapat bersandar dengan aman ............ Ok ......Bonda nak break cerita tentang rumah Bonda. Hari ini Bonda nak bercerita tentang suatu perkara yg sedikit seram tetapi memberi iktibar kepada semua. Terutamanya untuk kaum Hawa. Bagi kaum Adam, boleh la dijadikan panduan. Sedia semua? ________________________________________
Bismillahirrahamannirrahim ....
Ingat lagi tak sepupu Bonda, Tina? Ini berlaku kepada sepupu Tina dan diceritakan semula kepada Bonda. Kisah ini berlaku dalam 20 tahun yg lalu. Ketika itu Bonda masih lagi muda mudis a.k.a remaja. Bonda namakan dia sebagai Kak Lin ( nama samaran ). Kak Lin adalah sepupu Tina sebelah ibunya ( Mak Uda ). Dia tinggal di sebuah Taman Perumahan berdekatan dengan kampung Bonda. Dia ni sebaya umurnya dengan Tina. Kak Lin ni orang simple. Buat kerja ikut suka.....kalau rajin dia buat. Kalau tidak, samada dia biarkan saja atau kerja tu akan di buat ala kadar saja. Jadi faham-faham je la hasil kerjanya tu.
Sudah lama Bonda kenal dengan Kak Lin cuma tidak berapa rapat. Hanya biasa-biasa saja. Kadang-kadang Bonda ok dengannya tetapi selalunya kurang sikit sebab eerrr.....macamana nak cakap ya...Dia ni mulutnya memang ' lambat bayar insurans '. Hehehehe......fahamkan maksud Bonda? ________________________________________
Pada suatu hari sedang kami ( Bonda & Tina ) melepakkan ( ada tak perkataan ni dalam kamus? ) diri di beranda rumah, kami nampak Kak Lin sedang membawa satu bungkusan kecil berbalut dengan suratkhabar lama ke tepi dapur. Kemudian dia membakar bungkusan kecil itu dan terus masuk ke dalam rumah dengan tergesa-gesa.
Pelikkan?
Tak lama kemudian, Kak Lin datang ke beranda dan duduk bersama kami. Tak mahu menunggu lama, Tina terus tanya Kak Lin mengenai bungkusan yg dibakarnya tadi. dengan selamba Kak Lin cakap...... " Aku bakar 'pampers' aku le...." ( kaum Adam sila refer kepada kaum Hawa yg berdekatan dengan anda ) " Hamboi...! Siap bakar ko .... Apahal tetiba ko jadi pembersih ni? ", Tina dan Bonda tergelak terbahak-bahak. Tak pernah seumur Bonda sampai nak bakar 'pampers' lepas digunakan. Hahahahaa.....kelakar pulak rasa.
Muka Kak Lin merah padam. Terus dia cakap.... " Gelak la korang puas-puas " , Kak Lin bengang. Aaiikkk.....tetiba carta emosi dia naik. Selalunya dia tak kisah. Selamba je muka dia.
Setelah ketawa manja kami ( yg agak-agak kurang sopan di dengar )reda..... Bonda pun pujuk la Kak Lin. Bonda tak mahu la pulak nanti dia merajuk. Jadi bila dia sudah ok...dia pun mula bercerita.
Begini ceritanya........
Buat pengetahuan semua pembaca....halaman belakang rumah Kak Lin bersebelahan dengan kawasan semak dan hutan kecil. Ada sebatang pokok mangga betul-betul bersempadan dengan hutan kecil. Manakala di sebelah pokok mangga tersebut digali lubang yg tidak berapa dalam untuk membakar sampah. Berbalik semula kepada cerita Kak Lin. Petang ( hampir ke waktu Maghrib )itu, Kak Lin bersiap utk mandi. Kebetulan hari itu dia datang bulan. Jadi memang habit .....bila datang bulan, dia akan mandi lewat petang. Oleh kerana hari tu hujan serta cuaca yang agak sejuk, angin pus pus malasnya pun datang. Dia hanya mandi ala kadar je. Katanya tak tahan sejuk.... ( cakap sajalah yg dia malas.....kan senang...hehehe )
Memang sikap dia dari dulu....Bila rasa malas dia datang, dia akan buat kerja acuh tak acuh. Selalunya selepas salin 'pampers' kita akan basuh 'pampers' sehingga bersih, di bungkus elok dan barulah dibuang. Betul? Tetapi tidak pada Kak Lin. Selepas dia salin 'pampers' nya, tanpa dibasuh 'benda' itu.....dia bungkus dalam suratkhabar lama dan terus buang ke dalam bakul sampah.
Hendak dijadikan cerita, hari itu sepatutnya sampah-sampah yg dikumpulkan akan dibakar. Oleh kerana hari tu hujan, kesemua sampah dilonggokan di dalaam lubang kecil ditepi pokok mangga .
Semasa Kak Lin hendak membuang 'pampers' kepunyaan ke dalam bakul sampah ( terletak di tepi pintu dapur ).....Matanya tertangkap sesuatu penampakan yg agak pelik di tempat pembakaran sampah tadi.
Pada mulanya, Kak Lin sangkakan ada orang gila sedang membongkar sampah-sampah. Jadi Kak Lin bergerak sedikit ke arah pintu dapur ( dia berkemban kain batik jadi sempadannya hingga pintu dapur saja ya..). Niat asalnya nak sergah 'orang gila' tersebut tetapi bila Kak Lin makin dekat dengan pintu dapur, hatinya makin rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.
Apabila Kak Lin sudah menghampiri pintu dapur, dia berhenti dan berdiri tegak di depan muka pintu. Kepalanya dijulurkan ke depan. Matanya mengecil utk melihat dengan lebih jelas apa yang sedang mencangkung dan membongkar sampah-sampah yang belum dibakar tu.
Makin Kak Lin julurkan kepalanya ke luar pintu dapur, makin jelas pandangan matanya. Satu tangannya memegang daun pintu dan satu tangannya lagi menggenggam 'pampers' nya.
Walaupun matanya sudah terang dapat menangkap penampakan tersebut, hatinya tetap cuba menafikan apa yang berada di depan mata.
Tahukah semua apa yg berada di depan mata Kak Lin?
Berada di depan mata Kak Lin ialah SEEKOR JEMBALANG yang berbentuk seperti badan manusia, berwarna hijau, ber ekor panjang bercabang dua sedang mencangkung! Jembalang tersebut sedang rakus menjilat-jilat 'pampers' yang penuh dengan darah kotor menggunakan lidahnya yang hitam dan runcing. Lidahnya panjang hingga jejak ke tanah.
'Pampers' bersepah-sepah atas tanah. Jijik betul Kak Lin tengok. Dia hampir termuntah sebab tercium bau hamis darah yg datangnya dari 'pampers' tadi. Tiba-tiba Jembalang tersebut terhenti daripada menjilat-jilat 'pampers'. Dengan perlahan-lahan Jembalang tersebut menoleh kepada Kak Lin.
Ya Allah! Kak Lin katakan mata Jembalang tersebut bulat sebesar bola tenis dan berwarna merah menyala. Kepalanya botak serta tidak berhidung! Mulut Jembalang tersebut penuh dengan darah!
Kak Lin kaku! Dia tak tahu nak buat apa. Kakinya memang tak boleh bergerak. Nak minta tolong...tiada siapa di rumah. yang ada cuma abangnya saja. Itupun abangnya berada di porch tempat letak kereta. Macamana dia nak panggil.....? Seluruh badan Kak Lin menggigil. Tak pernah seumur hidupnya berdepan dengan Jembalang.
Dan...tanpa di sangka Jembalang tersebut berpusing dan bergerak secara amat perlahan ingin menuju ke Kak Lin yg berada di tengah pintu dapur. Oh ya! Jarak dari pintu dapur ke tempat pembakaran sampah tersebut -+ 50 meter. Jadi bayangkan keadaan Kak Lin yg kaku berdiri di depan pintu dapur tersebut. Badannya berpeluh. Tiba-tiba dia teringatkan 'pampers' yg berada di dalam genggamannya. Dengan saki baki semangat yang ada, Kak Lin campak bungkusan 'pampers' tersebut ke dalam bakul sampah.
Allah Maha Besar, elok je Kak Lin campak bungkusan tu ...... azan Maghrib pun berkumandang. Tak tunggu lama, Kak Lin macam terkena renjatan elektrik terus undur ke belakang dan hempas pintu dapur kuat-kuat.
Di ambilnya 'pampers' nya tadi dari dalam bakul sampah. Terus dia masuk dalam kamar mandi lalu dibersihkan hingga lunyai 'pampers' tersebut. tak cukup lagi ..... Dibungkusnya dengan surat khabar kering dan di bakar!
Peristiwa tersebut meninggalkan kesan yg amat mendalam bagi Kak Lin. Tapi pada Bonda, ia menjadi pengajaran bagi orang-orang yang pemalas dalam bab kebersihan.
INGATAN kepada adik2, anak2 semua. Tak kira berapa umur anda.... apapun anutan agama anda. JANGANgeli untuk membasuh 'pampers' anda bila telah digunakan. Sesungguhnya ...... iblis, syaitan serta jin2 yg kafir ini sangat gemarkan benda2 yg kotor. JANGANundang mereka untuk menikmati benda yg bukan kepunyaan mereka. JAGA kebersihan anda semua...
Bonda kembali lagi dengan sambungan kisah rumah Bonda. Macam biasa Bonda mohon maaf sebab lambat update. Bonda baru baik dari sihat. Alhamdulillah .....
Bismillahirrahmannirahim ....
Selepas mengetahui cerita pertama disebalik rumah itu, Bonda lebih berwaspada. Tetapi adat la kan ....sebagai manusia kadang-kadang kita alpa. Kesibukan tugas seharian membuatkan Bonda seperti terlupa akan kisah misteri rumah itu.
Suatu hari suami Bonda bekerja lewat malam. Selepas solat Asar, dia bergegas semula ke tempat kerja.
Jam 6 petang, pembantu rumah dan suaminya tukang kebun Bonda pulang. Tinggallah kami 3 beranak.
Aktiviti kami pun macam biasa juga. Selepas solat Maghrib, kami menonton tv sambil Bonda beri mereka latihan. Ye la kan ... masa tu anak sulung Bonda sudah berumur 5 tahun.
Kami masuk tidur pada jam 9.30 malam. Setelah pastikan segalanya selamat, Bonda pun masuk bilik. Sejak kejadian-kejadian misteri berlaku dalam rumah itu, Bonda selalu pastikan bilik tidur Bonda berkunci. Kalau encik suami nak masuk bilik, dia akan buka dengan kunci yg ada padanya.
Dalam kurang lebih 1 jam rasanya ( Bonda membaca dulu sebelum tidur ), Bonda pun terlelap ..
Tiba-tiba Bonda rasakan seperti ada seseorang mengusap- usap kepala Bonda dengan lembut. Kemudian terus ke tengkuk dan belakang Bonda. Memang terasa lembut sangat usapannya.
Bonda buka mata perlahan-lahan. Ketika itu kedudukan Bonda dalam keadaan mengiring ke kanan. Dengan mata yg separuh terbuka Bonda nampak susuk tubuh lelaki duduk di penjuru katil sebelah kanan dan membelakangi Bonda. Jelas Bonda nampak dia duduk membongkok sambil kepalanya tunduk ke bawah.
Memikirkan itu suami Bonda, Bonda hanya senyum . Dalam hati ni berkata-kata .... ' romantik juga suami aku ni ' . Ok! Sambung tidur semula.
Tidak lama kemudian, Bonda terdengar pintu bilik dibuka. Eh! Siapa pulak ni? Bonda terus pusing ke belakang dan..
" Eh! You tak tidur lagi ke? " , suami Bonda menyapa.
" You dari mana? " , Bonda bertanya.
" Sorry sayang ( jangan jeles ye .... ), I baru balik. Tadi Director ajak I pergi late supper. Tu yg lewat sikit .... " , jawab suami Bonda sambil buat muka cute ala-ala Tom Cruise tp tidaklah menjadi akan mukanya itu.
Bonda tengok jam di telefon. 2 PAGI !!!!! Biar betul ni ......
Bonda pandang mukanya lagi. Kepala Bonda dah pening. Kalau suami Bonda baru saja balik ....... siapa yang Bonda nampak duduk di hujung katil tadi?
Siapa pula yg mengusap-usap kepala, tengkuk dan belakang badan Bonda ?!! Ah! Sudah .... Bonda terkena lagi..
Masih terasa lagi usapan lembut tangan tadi. Dan ....... memang jelas Bonda nampak susuk tubuh lelaki itu. Bonda tak nampak wajahnya tapi kehadirannya seolah-olah 'dia' itu wujud. Sudah lah kes wanita cina tu belum selesai sepenuhnya... ini datang pula lagi sekor...
2 tahun?!.. Pandai je Wak ni...
Kan dah 3 tahun 8 bulan 2 hari..... hehehehee
Hah! Itu la yang menjadi tanda tanya sampai ke hari ini...Walaupun dah bertahun2 perkara tu terjadi..Bonda sendiri pun tak tahu kenapa..apa..dan siapa?
Bonda cantik lagi manis?...manis sanggggaaaaaatttttllaaaahhhh Bonda ni..sampai semut pun menghurung..hehehe
Nanti Bonda sambung..tapi Bonda tak mahu daun mempelam..Bonda nak daun mengkuang..boleh bikin tikau..
Banyak kejadian aneh serta menakutkan telah berlaku dalam rumah. Semua kejadian berlaku hanya pada Bonda, anak-anak dan pembantu rumah saja. Tidak pula terjadi kepada suami Bonda. Kadang-kadang Bonda tertunggu-tunggu cerita pelik daripada suami, malangnya dia seperti biasa.. tidak mengalami apa yang kami lalui. Pelik bukan?
Antara kejadian yg aneh & menakutkan ialah ...
Pernah berlaku dimana PA Bonda ternampak pembantu rumah yg ketika itu berjalan di depannya masuk kebilik tidur Bonda dan.....tidak sampai seminit tiba-tiba pembantu rumah Bonda menjenguk dari tingkap belakang mengajaknya utk sarapan pagi!
Semasa pembantu rumah sedang menggosok baju( dibilik berdekatan ruang dapur ) dia ternampak kelibat seorang lelaki berbadan tinggi serta berbaju putih melintas didepan tingkap bilik tersebut. Menyangkakan itu adalah pemandu suami Bonda...dia menegur lelaki tersebut. Apabila tiada tindak balas..dia kedepan utk melihat. Bila dia ke tempat parkir kereta..dia terkejut apabila melihat pemandu suami Bonda sedang membasuh kereta dan pemandu tersebut memakai baju berwarna merah+biru!
Ketika Bonda sekerluarga bercuti... pemandu suami Bonda dipanggil utk tinggal di dlm rumah. Tujuannya adalah mengelakkan rumah tersebut kosong. Dia akan datang pada waktu malam selepas Isyak dan akan bermalam. Walaupun telah diberikan bilik, dia lebih suka tidur di ruang tengah rumah. Katanya senang kalau terjadi apa-apa. Selepas solat Isyak dia tidur. Sedang dia tidur tiba-tiba dia terasa rumah Bonda sangat gelap walhal lampu ruang makan & tamu dipasang. Apabila dia buka mata, dia terkejut apabaila melihat 1 lembaga hitam berbadan besar berdiri dihujung kakinya. Tanpa sempat dia berbuat apa-apa...lembaga tersebut mencapai ibu jari kakinya dan dia diheret oleh lembaga tersebut. Bukan kepalang sakitnya dia. Ibu jarinya seperti dipicit dengan sesuatu yg tajam. Bayangkan terkangkang-kangkang dia apabila dia diheret dari tempat tidurnya. Satu kakinya dilantai manakala satu lagi terangkat dipegang oleh lembaga hitam itu. Dia diseret hingga ke pintu sliding ruang makan. Dalam hati dia berdoa ...jangan sampai 'benda' ni menoleh kepadanya. Takut? Jangan diceritakan lagi...hampir terkencing dia dalam seluar. Tanpa diduga kepalanya terhantuk pada salah satu pasu besar yg berada di situ... kkkeelleetuukkk !! ALLAHUAKHBAR!! Terpacul dari mulutnya. Sekelip mata kakinya dihempas dan satu rumah seperti berkabus. Apabila di pandang kedepan..lembaga hitam itu hilang dan rumah kembali terang!
Bonda sedang sibuk menaip sesuatu dibilik kerja Bonda....tiba-tiba 2 orang anak Bonda ( masa ni mereka masih lagi kecil ) datang dan terus duduk di satu sudut dibelakang Bonda. Masing-masing membawa bantal serta selimut. Bonda tengok jam, baru pukul 8 malam. Aaaaiikkk...awalnya dah ambil bantal? Selalunya kena suruh baru nak tidur. Bonda perasan yg tv tidak ditutup. Bonda toleh kebelakang. Mereka tersengih-sengih.. "Apasal?", tanya Bonda. Mereka hanya gelengkan kepala. Bonda sambung kerja Bonda. Tanpa disengajakan Bonda terdengar mereka berbisik-bisik dibelakang Bonda. Begini dialognya.......
Adik : Takak ( kakak )...me sleepy..
Kakak : Adik tidur je la kat shini...(sini).
Adik : No! I don't want to sleep here...pleaseee
Kakak : Syyhhhhh..Silent! Sleep here! Jangan bising nanti Bonda marah..Bonda tengah buat kerja..
Adik : But......
( Senyap... )
Adik : Takak....what is that justnow? ( Masa ni Bonda dah bg sepenuh perhatian pd perbualan mereka tapi Bonda pura-pura sibuk buat kerja )
Kakak : ....................... ( masih lagi berdiam )
Adik : Bon...hurp..hurpp ( mulutnya seakan ditutup oleh kakak )
Kakak : Ssyyyhhhhhhhh....( masih berbisik tp faham-faham la ya kalau bebudak berbisik...macam tak berbisik ) ..... Akak rasa itu pocong la....
P.O.C.O.N.G !!!!! Bulat mata Bonda memandang skrin komputer. Budak ni tahu ke apa tu pocong...Bonda pasang telinga lagi..mana tau yang mereka bualkan tu cuma dikaca tv. Nanti bulat-bulat Bonda tertipu.
Adik : Cocong tu apa?
Kakak : Pocong la... tu hantu yg macam kita tengok dalam tv hari tu...dia suka lompat-lompat..
Adik : But.....what its doing infront of our door? ( ..................OUR DOOR ?!!!! )
AHH SUDAAHHHH!!!!!!!! Pocong mana pula ni? .... Bonda dah seriau.. Bila dah tahu ada pocong kat depan pintu rumah..APAKAH TINDAKAN ANDA SEKELIAN? ...
Bonda pun tanpa bertangguh kemas meja kerja dan Bonda ajak mereka tonton tv. Sepantas kilat mereka bangun. Walaupun anak-anak Bonda takut, mereka boleh buat seperti tiada apa yg berlaku. Masing-masing mengekori Bonda ke depan dan berdiri disebelah kiri Bonda. Ini kerana pintu sliding tersebut berada di bahagian kanan kami.
Bonda cuba juga menjeling-jeling pandang ke pintu tersebut. Alhamdulillah tiada penampakkan apa. Sudahnya sebelum tidur, Bonda 'pagar' tempat tidur mereka serta tempat tidur Bonda.
Banyak lagi kejadian yg menakutkan berlaku dalam rumah ini. Kalau nak diceritakan satu persatu Bondarasa lama lagi la semua disini kena tunggu.. Jadi Bonda pendekkan cerita ya?
Akibat tidak tertanggung dengan apa yg berlaku, Bonda mengadu perasaan kepada pembantu rumah. Kami berbual sambil memasak lauk utk tengah hari. Bonda ceritakan semua sekali. Apa yg memeranjatkan pembantu rumah tidak langsung terkejut atau memberi sebarang tindak balas.
Menurut pembantu rumah, dia juga mengalami perkara yg sama. Tapi dia mengalaminya pada waktu siang. Penampakkan susuk lelaki, bunyi-bunyian dan sesuatu yg menyerupai orang-orang yg tinggal dalam rumah Bonda.
Bonda nak cerita sikit tentang pembantu rumah Bonda ni...
Walaupun dia boleh dikategori sebagai penakut tapi mulutnya boleh tahan. Pernah sekali ketika dia sedang mengemas rumah tiba-tiba pintu dapur dihempas. Terkejut dia tapi mulutnya.....................
" Siapa tu? Hantu ke orang? Kalau orang .... nanti saya adukan pada Puan. Kalau hantu.....kamu jangan main-main ya! Rosak pintu kamu ganti! Kamu jangan cari saya!... " Sunguh selamba wajahnya dan nada suaranya. Boleh?
Lepas tu terus senyap. Tiada gangguan.
Berbalik semula ke cerita Bonda..
Setiap masa..usai solat Bonda mohon petunjuk dariNYA. Bonda kasihan anak2 Bonda yg masih kecil ketika itu. Mereka kerap demam. 2 minggu sekali mereka akan demam dan demam mereka mengambil masa utk kebah. Kadang-kadang tu Bonda rasa penat. Ubat klinik/hospital dah bermacam-macam. Tapi perkara yg sama tetap berlaku.
Satu hari pembantu rumah datang jumpa Bonda. Dia khabarkan kepada Bonda yg ada seorang kiai ( org seberang ) boleh menolong mengatasi masalah rumah ini. Pada mulanya Bonda was-was. Bonda tanyakan kepadanya samada kiai ini menggunakan barang-barang terlarang atau tidak. Contohnya kemenyan atau sebagainya.
Pembantu rumah Bonda mengatakan kiai ini mengamalkan perubatan secara islam. Dia tidak menggunakan sebarang bahan 2 seperti apa Bonda nyatakan tadi. Ye la..Kalau guna kemenyan ( tidak kira kemenyan putih atau hitam ) tetap sama. Bermakna dia menggunakan bantuan Jin. Kiai ini hanya menggunakan surah-surah Al-Quran saja.
Dipendekkan cerita selepas meminta izin dari suami tercinta. Pembantu rumah mengaturkan pertemuan Bonda dengan kiai. Bonda memilih waktu ketika suami Bonda Outstation. Kenapa? Sebabnya suami Bonda ini berfikiran moden.. Dia kurang mempercayai perkara-perkara mistik. Untuk memanggil kiai ini datang ke rumah pun..Bonda menangis memohon izinnya. Bonda ceritakan semua sekali kepadanya. Mulanya suami Bonda mengatakan semuanya hanyalah mainan mata dan perasaan saja. Bila Bonda bertegas barulah dia izinkan.
_____________________
Kiai ini ( Bonda namakan dia Pak Soh ), memilih utk datang ke rumah Bonda pada petang Khamis. Bonda arahkan pemandu Bonda bersama suami pembantu rumah pergi menjemput Pak Soh selepas Asar.
Pak Soh tiba pada lewat petang. Setelah menjemput Pak Soh masuk, kami bertiga ( termasuk pembantu rumah ) duduk di ruang tamu. Bonda terus ceritakan segala-galanya. Pak Soh tekun mendengar tanpa menyampuk. Lembut saja perwatakannya. Ayat-ayatnya teratur dan sejuk hati bila dengar dia bercakap.
Setelah itu Pak Soh meminta izin Bonda utk melihat bilik tidur utama a.k.a bilik tidur Bonda. sebelum masuk Pak Soh memanggil suami pembantu rumah ( A) dan pemandu ( B). Katanya utk mengelakkan fitnah. Tak manis dia masuk ke bilik bersama Bonda dan pembantu rumah. Bonda hanya tersenyum. Baiklah... 1 point utk Pak Soh..
Pak Soh berdiri di tengah bilik bersebelahan dengan katil. Matanya melilau memandang keseluruhan bilik. Sambil tu mulutnya tak berhenti-henti berzikir. Begitu juga jarinya tak berhenti mengira tasbih. Masing-masing diam. Anak-anak Bonda letakkan di ruang tamu menonton tv.
Menurut Pak Soh..dia cuba meneliti seluruh kawasan bilik tidur Bonda. Dia tak nak tahu dulu apa yg ada di luar rumah. Katanya lagi, dia hanya mampu berusaha selebihnya kita berserah kepada Yang Maha Berkuasa. Habis saja dia cakap azan Maghrib pun kedengaran. Pak Soh meminta izin sekali utk solat Maghrib di dalam bilik tidur Bonda dan mengajak kami semua utk solat berjemaah. Sudah tentu Bonda izinkan. Malangnya Bonda keuzuran ketika itu. Jadi hanya Adan Bsaja yg berjemaah bersama berimamkan Pak Soh.
Bonda dan pembantu rumah duduk di ruang tamu menunggu mereka bertiga solat. Usai semua.. Pak soh baca Yasin dan solat sunat 2 rakaat. Semua selesai dalam masa 1/2 jam.
Bonda dipanggil masuk ke bilik. Pak Soh mengulangi ayatnya tadi.. " Kita berusaha ya..". Bonda mengangguk kepala. " Boleh saya mulakan?", soal Pak Soh. Bonda beri keizinan.
" Bismillah..... ", Pak Soh mulakan diikuti dengan bacaan Al-Fatihah, surah 3 Qul, permulaan surah Al-Baqarah dan beberapa potongan ayat-ayat Al-Quran. Sessi scanning dimulakan. Tiba-tiba Bonda terasa meremang.Kaki Bonda sejuk. Issyyhh....apasal ni?
Tanpa diduga Pak Soh mengambil tasbih yg tersimpan dalam poket baju melayu. Dibacakan sesuatu pada tasbih tersebut kemudian di angkat tasbihnya dan dibiarkan berjuntai. Mata Pak Soh tertutup sedangkan mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu.
Subhanallah... dengan kuasa Allah Bonda nampak hujung tasbih tersebut bergerak dengan sendirinya seolah-olah seperti penunjuk arah. Belum sempat Bonda hendak melihat tempat yg ditunjukkan, Pak Soh separuh memekik... " ALLAHUAKHBAR ! " Pak Soh terus membaling tasbih ke arah tempat yg mengarah ke kiblat. Tempat tersebut juga Bonda letakkan sejadah dan telekung Bonda.
Pak Soh melangkah ke tempat tersebut. Di ambil tasbih yg dibalingnya tadi dan 1 objek ganjil bersebelahan dengan tasbih tadi. PERCAYA ATAU TIDAK...sebelum tasbih tersebut dibaling tempat tersebut K.O.S.O.N.G !! Sejadah-sejadah yg digunakan tadi pun belum disidai. Mungkin Bonda silap pandang.. Oh Tidak..! Bonda begitu pasti sebab Bonda berdiri menghadap ke tempat tersebut.
Pak Soh kembali berdiri di sebelah Bonda. Diangkat objek tadi agar kami semua dapat melihat dengan lebih jelas. Objek tersebut berbungkus dengan kain hitam. Pak Soh bertanya samada pernah melihat objek berbungkus ni. Bonda gelengkan kepala. Sepanjang Bonda tinggal di sini tidak pernah Bonda terjumpa apa-apa yg pelik.
Bonda tanyakan kepada pembantu rumah. Dia juga menidakkannya. Kami berpandangan diantara satu sama lain. Semua tidak berani bersuara.
Pak Soh juga bertanya samada Bonda hendak buka balutan objek tersebut. Bonda serahkan kepada Pak Soh. Jadi Pak Soh pun mengambil keputusan utk membuka balutan hitam tersebut. Tapi sebelum membuka balutan, Pak Soh pesan kiranya terdengar apa2..abaikan. Kuat semangat..
Pak Soh membuka balutan hitam objek itu satu persatu..balutan demi bulatan sampai balutan yg terakhir. Ditangan Pak Soh kini ada 3 batang paku. Setiap paku di lilit dengan benang 3 jenis warna. Ok...ini Bonda tak boleh cerita dengan terperinci. Bahaya...
Ketika proses balutan sedang dilakukan... Bonda terdengar seperti ada orang yg berbadan besar sedang berlari-lari mengeliingi rumah Bonda. Bukan di laman...tapi ruang simen tepi tingkap rumah. Kuat betul derapan kaki yg sedang berlari tu. Bonda beri isyarat mata kepada pembantu rumah agar dia duduk diruang tamu bersama-sama anak-anak Bonda. Takut benda lain pula yg terjadi.
Untuk mengatasi rasa debaran dada ni...dengan perlahan Bonda baca ayat pendinding diri.. Seperti tahu apa yg Bonda sedang lakukan... Pak Soh tersenyum sambil mengangguk perlahan.
Menurut Pak Soh, objek tersebut dihantar oleh seseorang. Barang ni dihantar dari jauh..memang jauh. Barang ni sangat bahaya. Memang tujuan orang yg menghantar ni sangat jahat. Kepada siapa? Untuk apa? Pak Soh tidak tahu....
Pak Soh bertanya kepada Bonda... " Puan hendak pulangkan atau buang? ". Bonda tanpa memikir panjang..Bonda arahkan utk dibuang saja barang/objek yg dihantar itu.
Pak Soh berpaling kepada A dan B. " Siapa di antara kamu yg hendak pergi buang? Jangan risau saya akan bekalkan kamu dengan ayat pelindung. Tapi awas ya! Kamu perlu bersedia sebabnya 'dia' akan datang kepada kamu malam ini... ". A dan B berpandangan diantara satu sama lain. Sah-sah Bonda tahu 2 ini memang takkan berani. HHuuurrmmmm...
Melihat kepada tindak balas keduanya..Pak Soh tergelak kecil. Bermakna Pak Soh kena buangnya sendiri. Barang-barang ini akan dibuang ke sungai tepat pada jam 12 malam. Bayangkan utk ke sungai, mereka perlu meredah kawasan kelapa sawit yg pokoknya besar-besar. Mahu mereka tak takut?!
Pak Soh meminta 3 malam Jumaat termasuk malam ini untuk dia lakukan berpuasa 3 hari serta lakukan solat hajat, solat istikharah dan beberapa perkara yg lain. tapi sebelum dia balik dia telah pagarkan rumah. Dia hanya menggunakan garam kasar yg di bawanya dari rumahnya.
Selang 3 minggu, Pak Soh datang kembali. Macam biasa suami tiada dirumah. Sengaja Bonda memilih masa ketika suami tiada. A dan B duduk diluar. Bonda dan pembantu rumah saja diruang tamu bersama Pak Soh.
Pak Soh ceritakan ada seseorang jauh berniat jahat dan menghantar ilmu hitam bukan kepada suami TETAPI KEPADA BONDA! Astaghfirullahalazim..... Bonda tak pernah nak bermusuh kepada sesiapa. Bonda memang jarang bergosip2 atau berbuat jahat pada orang lain. Siapa lah yg tergamak buat begini.
Pak Soh katakan lagi rumah Bonda itu memang ada yg tinggal dan memang menjadi tempat laluan benda-benda yg tak baik. Bilik Bonda adalah tempat utama sebab tapak bilik itu tempat tinggal seorang perempuan. Jadi 'dia' marah. Tapi perempuan dan yg lain-lain yg pernah Bonda ternampak itu bukanlah ancaman utama. 'Mereka' ini mudah di halang.
Tetapi ilmu hitam yg dihantar ini sangat bahaya. Boleh membawa maut sebab itulah niat utama penghantarnya. Ya Allah! Rasa nak pengsan Bonda mendengar penjelasan Pak Soh. Kelibat dan penampakkan susuk tubuh yg selalu dilihat oleh pembantu pada waktu siang itulah sebenarnya bomoh yg menghantar ilmu tersebut!!
Buat pengetahuan semua lokasi Bonda adalah di Timur Malaysia dan bomoh tersebut di Barat Malaysia. Bayangkan bomoh tersebut boleh datang melalui angin dan sampai ke rumah Bonda!
Dipendekkan cerita Pak Soh teleh memberikan beberapa barang utk Bonda serta anak-anak. Semuanya perlu diletakkan di dalam bantal tidur. Secebis kain putih hanya utk Bonda perlu diletakkan bersama barang tadi. Kemudian Pak Soh berikan Bonda 1 botol kecil minyak wangi arab.
Minyak tersebut haruslah disapu ke dua-dua belah mata Bonda berserta bacaan surah tertentu. Caranya sapu mata kanan dengan ibu jari kiri dan begitulah sebaliknya. Bonda perlu buat 3 hari berturut-turut. Kalau terdengar sesuatu berbisik sapukan dengan cara yg sama, sapu pada telinga. Dan bermula dari itulah hijab Bonda ditutup sehinggalah sekarang... Tiada lagi penampakkan makhuk-makhluk hodoh di sekeliling Bonda.
Pak Soh arahkan Bonda utk buat solat sunat dan tahajud utk beberapa malam. Alhamdulillahselepas itu dengan izin Allah segalanya normal seperti biasa. Tiada lagi gangguan....