nota kaki.- diceritakan oleh cikgu abas ( CA) cikgu bahasa melayu merangkap ketua panitia BM sekolah. INI KISAH BELIAU ( die cerita masa relief kelas aku. hahaha)
Alamak.! aku menepuk dahi. tertinggal surat untuk di bawa ke PPD. aku tidak boleh membuat repot. kerana semua laporan dan minit mesyuarat di dalam sampul dan aku letaakn di atas meja di pejabat sekolah!!!
Mana sempat aku nak buat pagi esok. esok jam 10 harus ke PPD Anderson. mana sempat aku nak menaip semua. dan kerja ini memerlukan teliti. bayangkan. kejadian sepanjang tahun perlu di lapor kan
masak aku kena marah dengan Puan Pengetua. tak boleh jadi. aku kena bersiap dan pegi ambil jam menunjjukan 1030 malam silap aku sendiri. sepatutnya aku melihat di dalam beg sebaik sahaja pulang dari sekolah ini tidak. aku menonton berita dan melayan beberapa drama melayu ( GERAK KHAS, kata CA) jarak dari sekolah kira2 20m minit menaiki kereta
aku masuk ke kereta.bertolak hanya berkain pelekat dan berbaju t shirt kolar. lebih kurang kira2 5km hendak ke sekolah jalan raya sesak hampir 20minit macam tu aku terperangkap. rupanya ada eksiden di persimpangan Pejabat Tanah dan Galian.berhadapan sekolah STAR.
agak teruk. kereta terbalik mintak2 tiada kemalangan jiwa. sedar tak sedar. sudah 1120 ketika itu! ahh. sudah lewat bukan kerana aku takut mengantuk. sememnag aku memang tidur lewat dan aku boleh buat kerja ini selepas subuh
tapi mengenangkan hendak masuk ke kwasan sekolah malam2.. bukan sebab aku takut pak gad tak bagi masuk aku cikgu di situ. dan pak gad tu kenal aku! tapi sebab. suasana sekolah itu. aku boleh di katakan cikgu senior. sudah 10 tahun mengajar di sekolah itu.
sampai di sekolah. 1140. melambai tangan ke pak gad."nak amik barang" sapa aku pak gad hanya mengannguk. aku mmeletakkan kenderaan di Dataran Perhimpunan. sebelum itu aku ada menelefon kerani sekolah semasa di rumah di sudah meletakkan dokumen itu di kaunter berhdapan bilik pengetua. sememangnya dokumen itu perlu di cop dan di sain oleh Pengetua. tetapi laporan nya harus ada dan aku harus buat laporan itu!!
di sebabkan aku KETUA PANITIA BM jadinya kunci2 penting di sekolah. aku ada. segugus kunci aku keluarkan dari dashboard. berjalan. lupa aku membawa lampu suluh. gelap. lampu koridor rosak. sememnagnya aku tahu perkara ini sudah 2 3 hari berlarutan.sejak kejadian kilat kuat. wiring sekolah seidkit terganggu. maklumlah .sekolah lama. kadang2 ada suis di dalam pejabat tak boleh di petik.nanti blackout satu sekolah.!
kedengaran bunyi air dari kolam (di hadapan bilik masuk pejabat pengetua.ada kolam) jarak nya dengan pintu masuk hanya 2 langkah sahaja.dipisahkan dengan longkang kecik.
aku mencari2 kunci. mengharapkan cahaya bulan "mana satu la kunci ni..adui.." jumpa. namun aku ada 3 mangga padlock perlu di buka
satu. dua. tiga. lengkap!
aku masuk. dan terus ke kaunter. "yes. ada pun sampul tu" kata aku dalam hati.
tergerak ati aku hendak ke bilik ku. berjalan aku perlahan tanpa membuka lampu di sebabkan aku dah hafal ruang2 di dalam tempat tu.jadinya mudah. dah biasa lagipun tidaklah gelap sangat.
aku ke bilik aku. ambil beg dan memasukan ke dalam beg dokumen itu dan membawa pulang beberpa barang lain.kertas. pen. dan alat2 tulis yang lain sebabesok aku tak masuk pejabat.terus ke PPD
selesai. aku perlahan berjalan. tiba di pintu keluar
LANGKAH KU TERHENTI! KELIHATAN DIA TEPI KOLAM. BERHADAPAN DENGAN AKU ADA SATU KELIBAT BERBAJU PUTIHH SEDANG BERTENGGONG! BADAN NYA AGAK BESAR. TIDAK DAPAT KULIHAT MUKA NYA TETAPI! RAMBUT NYA PANJANG DAN SERTA MERTA BAU BUSUK MENUSUK HIDUNG
JADINYA INILAH LEGENDA YANG DI SEBUT2 OLEH CIKGU2 OTAI DI SEKOLAH. PONTIANAK.LANSGUIR. NAMAKAN APA SAHAJA .AKU TAK KISAH KERANA KETIKA ITU AKU TAKUT!! INI KALI PERTAMA AKU BERHADAPAN. (ca ni dah berumur,LEBIH KURANG 40AN CMTU)
KELIHATAN BENDA ITU HANA BERTENGGEK. SEPERTI MELIHAT AKU. AKU TEHENTI. YA ALLAH TAKKAN AKU NAK KELUAR TANPA MENUTUP PINTU.! NANTI ADE PENCURI PULAK YANG MASUK ( DI PAHAMKAN ADA PETI BESI .hehehehe)
AKU MEMBERANIKAN DIRI.LANTAS AKU PERLAHAN KELUAR. DAN KEDENGARAN. BENDA ITU SEMACAM BERBISIK DENGAN SESUATU. TAK DENGAR KERANA DI SELANG SELI DENGAN BUNYI AIR DARI KOLAM. TIBA TIBA!! KEDENGARAN BENDA ITU SEPERIT MENYANYI. TAPI HUMMING. RENTAK NYA SEPERTI LAGU LAMA2. TAPI KURANG JELAS.SUARA NYA GARAU DAN KASAR...
TERKETAR2 AKU MENUTUP PINTU UTAMA.... SAMBIL MULUT MEMBACA AYAT QURAN. AKU TARIK PINTU... TARIK GRILL PINTU. MEMANG TAK TERDAYA RASANYA HENDAK MENARIK. KAKI RASA LEMAH. RASA MAHU PITAM ( ca ada lemah jantung selamat la dia tak pengsan malam tu) terasa tengkuk ku tegang. darah aku naik kot.? getus aku di dalam hati
selesai aku menutup. aku mula memangga dan mengunci2 pintu pejabat 1. 2 3. selesai kemudian hampir 10 saat aku berdiri. memikirkan ap nak buat sambil telinga mendengar. senyap. mungkin dah takda!! perlahan2 AKU MEMALINGKAN BADAN KE ARAH KIRI. MENUJU KE KERETA. MEMANG TIADA .SEMPAT AKU JELING DENGAN EKOR MATA..AKU JALAN TUNDUK KE BAWAH KIRA2 5 LANGKAH HENDAK SAMPAI KE KERETA. KELIHATAN BENDA ITU TADI!
BETUL2 DI HADAPAN PINTU MASUK KERETA!!!! BERDIRI TERPACUL!! TINGGI MAKHLUKNYA. DAN BARU AKU DAPAT LIHAT RAMBUT NYA MEMANG MENCECAH LANTAI!
"bismillahirahmanirahim......" AKU MULA MEMBACA AYAT KURSI.
PERLAHAN AKU MENUJU KE KERETA. SEAKAN DI BERDIRI BETUL2 DI PINTU TEMPAT PEMANDU.
"AH SUDAH. MACAM MANA?" TANYA AKU DALAM HATI
AKU MENGELUARKAN KUNCI.. PERLAHAN..
AKU BERHENTI DI HADAPAN MAKHLUK ITU.AKU TNDUK KE BAWAH. DAN TAK HENTI MEMBACA AYAT KURSI.
DAN KELIHATAN MAKHLUK ITU SEAKAN BERGANJAK KE KIRI. SEAKAN MEMBERI LALUAN.. PERLAHAN AKU MEBUKA PINTU. DAN MASUK KE DALAM KERETA JANTUNG AKU SEAKAN MAHU PECAH. KERANA SEBAIK AKU MASUK. MAKHLUK ITU MENGADAP AKU!!!
BERDIRI DI SITU. MELIHAT AKU!! DARI LUAR.
VROMMMMMM!VROOM!! SEGERA AKU MEMBUKA ENJIN DAN BERLALU PERGI!! SECARA TERGESA!! MEMANG AKU MENEKAN PEDAL DAN MEMBUAT PUSINGAN U DI DEPAN NYA ( dataran perhimpuan,lapang)
SEBAIK AKU MEMBUAT PUSINGAN U. MAKHLUK ITU MASIH DI SITU!!!
VROOOOOOOOOOOOOOOM! AKU MEMCUT KE PINTU KELUAR. DAN KELIHATAN PAK GAD DI HADAPAN POS PENGAWAL AKU TAK MEMBUKA TINGKAP TERUS AKU KELUAR TANPA MEMBERI APA2 ISYARAT PUN!!
tiba di rmah jam 1230. aku mengambil wuduk dan memakan ubat hospital. esok subuhnya baru aku membuat laporan selamat sempat siap!!
dan lusa. aku bercerita dengan staf2 dan cikgu rupanya.! ada yang pernah mengalami benda yang sama dan ada yang lagi menakutkan berbandig pengalaman aku!!!!!
AKAN BERSAMBUNG
*DENGAN PENGALAMAN CIKGU2 LAIN..heehehhehe*
Kejadian Cikgu Salmah ( CS ) di ganggu lembaga putih
nota kaki- ini cerita dari CIkgu Salmah ( bukan nama sebenar) masih bujang ketika itu. Cikgu Matematik. berusia 27 kot.time tu
Sejak masuk di sekolah ini aku semakin sibuk dengan unit beruniform KRS ( KADET remaja seklah) ini kerana semasa aku di universiti. aku memang aktif dengan persatuan berkadet dan sebab itu aku dipilih oleh Puan Pengetua.
seperti yang di rancang , sepatutnya kami berkhemah di Kawasan Lipu Kuala Woh. tetapi atas2 sebab keselamatan ( kebetualan, Perak di landa Musim Hujan sepanjang bulan) pengetua mengarahkan supaya di buat di padang sekolah lemah semngat aku menerima surat dari pengetua tentang pindahan tmpat khemah tetapi atas sebab keselamatan. aku turutkn
sebab aku tak di mahu di sabit kan jika terjadi apa2
perkehamahan Agung tersebut berlaku pada hujung minggu, dan aku cuba sedaya upaya ntuk membuat susana bercamping di kawasan sekolah.
langkah pertama aku meminta supaya semua lampu2 di padamkan untuk mendapat suasana gelap. walaupun padang sekolah di tepi jalan besar. tapi itu yang mampu aku janakan utk bagi feel di dalam hutan. dan aku gigih membeli cengkerik2 di kedai pancing untuk aku lepaskan malam nya nanti. untuk ada efek bunyi cengkerik!!! ( aku tak tau kenapa cikgu aku ni proaktif sgt. aku perli. kenapa tak beli rimau.hehe)
tiba hari yang di tunggu perkhemahan perdana. Jumaat petang budak2 KRS mula berkumpul. dan tepat jam 5 selepas solat asar mereka memasang khemah. kira2 50 orang pelajar mengambil bahagian
untuk memudahkan mereka mandi pihak sekolah telah membeli tangki2 takung hitam unutk di gunakan. di letakkan di sudut padang dan untuk siswi. di sudut sebelah sana. sambil di tutup dengan kain2 cadar hitam ( beli di Nagoya katanya) memang selmat. kerana aku sudah memeriksa dua tiga kali dan setiap kali mandi akan ada cikgu2 lain memantau dari luar ( cikgu pempuan) dan kami memng mengamalkan MANDI BERAMAI2. MANDI SEKALI SEMUA. senang untuk pantau.
malam itu. selepas selesai menjalankan aktiviti. kami masuk tidur.malam itu tiada ada apa2 yang berlaku
malam esok nya. selepas aktiviti. aku bercadang untuk mandi. malam itu aku rasa badan aku melekit kerana sebentar tadi aku banyak mennunjukkan dema Tempur Tanpa Senjata banyak bergulin2 di lantai padang dan aku rasa badan aku berpasir. dan aku bercadang untuk mandi. setiba di tempat takung bahagian wanita kecewa. air takda!!! kering kontang air, dan aku cba membka paip sambungan. tiada air
segera aku menanyakan hal ini pada cikgu MAria ( bukan nama sebenar) tentang hal itu
"oh. paip dkat jamban tu tercabut la tu." ujar C Maria.
aku hampa. rasa malas mandi. tapi badan gatal dan melekit. aku pun pulang ke kemah. mengambil lampu suluh (sebab sekolah gelap gelita)
perlahan2 aku berjalan. letih sungguh malam itu. dan mulanya aku nak mitak di temani tapi. masing2 cikgu yang lain seperti mahu hendak tidur.
aaa. takpelah. lagipun sekolah je pun. ujar aku dalam hati
tandas tersebut berada di tingkat 2. berhadpan denagn aspura. (ketika itu aspura kosong. cuti sekolah)
perlahan aku menaiki anak tangga timbul rasa seram. gelap. hanya lampu torch lite aku sahaja yang menerangi tempat tu
ya. memang betul kepala getah itu tercabut dari paip. cepat2 aku memasukan kembali dan melilitnya dengan dawai yang aku lihat sengaja di tinggalkan di situ.
"lar patut la. lilit sekali je. mana nak kuat" getus aku dalam hati aku mengigit torchlite. dan mula membaiki paip itu.
hampir 3 minit aku mengadap kepala paip .
selesai. segera aku bukak kepala paip. kedenganran bunyi air lalu menuju ke getah gembira. berjaya. jugak.
aku memalingkan badan untuk keluar dan tiba tiba!!!
SEBAIK AKU MELANGKAH KELUAR. MATA AKU TIBA TIBA TERLIHAT LEMBAGA PUTIH DUDUK DARI ARAH KORIDOR SEBELAH SANA. DI HADAPAN AKU ADA KELAS . BENDA ITU DUDUK BETUL MENGADAP AKU!
SERIUS. AKU TERSANGAT TAKUT. TERASA PELUH MLA MEMERCIK DAN KAKI AKU RAS SEPERTI JEJAK TAK JEJA DI TANAH
AH SUDAH. APA TU. AKU TAKUT UNTUK MENYULUH! JAUH SEKALI UNTUK MENJERIT KERANA AKU RASA PETI SUARA KU SEMACAM KETAT!!
PERLAHAN AKU BERJALAN DAN YANG MENAKUTKAN!!
BENDA ITU SEAKAN2 MENGAJUK AKU!!
BERJALAN SEIRING . CUMA NYA DIA DI DEPAN KU!!!
EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!
TIBA TIBA BENDA ITU MENGILAI!!!! AKU TERUS TERDUDUK. TERSANDAR DI TEPI TANDS SAMBIL AKU RASA SEPERTI DARAH SEAKAN2 MAHU KELUAR DARI TENGKUK KU RASA PANAS DAN BERDENYUT TENGKUK KU
ARGHHHH!! AKU MENJERIT. TETAPI TIDAK KUAT. TERKETAR. PERLAHAN2 AKU MERANGKAK MENUJU KE TANGGA.
MENGESOT2 AKU MENURUNI TANGGA TAKUT NYA TUHAN YANG TAHU DAN BENDA ITU!!!
MENGAJUK PERLAKUAN KU!!!
SAMA SAMA MENGESOT! DAN KEDENGARAN MAKHLUK ITU SEAKAN2 KETAWA.!!
AKU MENGUMPUL KUDRAT. BERDIRI DAN TERUS BERLARI KE BAWAH!!!!
DAN MELALUI COURT DI DEPAN PEJABAT GURU.!!
DAN AKU SEMPAT MELIHAT DI BELAKANG. makhluk di awangan mengejar aku
SEJURUS SELEPAS ITU,
AKU MERASAKAN PANDAGAN AKU KABUR DAN AKU PENGSAN. HAMPIR 30 MINIT. KERANA CIKGU MARIA PERASAN AKU TIDAK PULANG KE KHEMAH RAMAI2 MEREKA MENDAPATKAN AKU YANG KETIKA ITU TERBARING DI TEPI COURT HADAPAN BILIK GURU.
malam itu. aku tidur di temani C MAria. aku terbayang dan takut. mujur ada ustaz ( warden) datang selepas mendapat tahu aku di ganggu diberinya air penwar.
dan esok nya. aku mengambil keputusan untuk tidak tidur lagi di khemah ( malam ahad nya last camping)
aku tak tahan. takut. dan meminta dari cikgu Habsah ( cikgu ketua KRS) untuk mintak exception dia memahami dan aku tidur di rumah malam itu sebab kejadian itu. aku hampir 1 minggu demam.
aku serik pergi tidak berteman. kerana aku terjumpa 'teman' yang lain
nota kaki- kejadian ini berlaku semasa form 6. sewaktu itu ribut kuat melanda asrama / kawasan IPOH. berikut apa yang kami nampak. kejadian selepas azan Maghrib
"nak hujan ni." aku berkata sendirian.kelihatan budak2 tak naik lagi. masih di padang dan kelihatan. Zam. kawan aku. mengarahkan budak2 beredar
"dah dah! pegi mandi. nak hujan woi!" pekik Zam ha. bagus lah. karang jadi apa apa.susah.
jam hampir 715pm gelap. langit sangat gelap ketika itu. dan kedengaran guruh dari jauh.mungkin kawasan lain sudah di timpa hujan. aku segera turun ke bawah. untuk menyelamatkan pakaian! karang sia2 kotor dan di terbang angin silap2. mahu tercampak di Politeknik,
selepas aku mengambil pakaian. hujan mula turun hujan angin. kerana sekejap2 aliran air turun.
tiba sahaja aku di atas. di dorm hujan mula turun. dan ketika itu kami semua dapat mendengar bilal melaungkan azan ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR! ( asrama dekat dengan masjid)
dan hujan. sayup2 kedengaran laungan azan. dan dengan tidak semena mena. hujan turun selebatnya! bergegar atap2 awning di kaki lima. kuat sungguh angin ketika itu. berserta hujan!
DUMMMMM.DAMMMMMMMMM kilat sudah mula sabung menyabung. cepat2 aku mengambil wuduk dan mengajak Padil, Zam, Meor dan Aus jemaah. tak berani pula rasanya nak turun ke surau kami jemaah di dorm selesai solat. aku masih brkain pelekat melihat di luar putih! sungguh lebat hujan senja itu kelihatan padang sudah menjadi Sungai Mekong.
DUMMMMMMM> kilat memancar2. dan PUPPPP!! black out!!!
semuanya bersorak. yeayyyyyyyyyyyy!
"woi," kedengaran suara Aus "ingat pesta ke?" bentak Aus.
budak2 yang lain (junior) terdiam. budak2 ni. ingat seronok ke black out. ntah bila boleh hidup balik, tiba tiba aku teringat tugasan Pengajian AM adui. banyak pulak tu, kalau jam 9pm camtu tak hidup lagi lampu. memag masak aku.
sehingga jam 830pm. masih tiada letrik dan kami duduk di dalam gelap. dan keadaan masih hujan. hanya kedengaran dentuman kilat. masing duduk di dalam dorm. pelajar2 senior mengarah budak2 masuk ke dorm takut jadi apa.2 kilat dan angin kuat.
aku melepak di dorm tingkatan 3. hujung. tepi tangga. tiba tiba
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZASSSSSSSSS! KELIHATAN SEPERTI ADA BENDA PUTIH MELINTAS DI HADAPAN KAKI LIMA DORM!!
SEMUA PERASAN DAN TERDIAM! TADINYA BISING. MASING BERBORAK. AKU MEMANG PERASAN. SEBAB AKU TGH TGK DI LUAR KETIKA ITU
LAMPU JALAN DI JALAN PUN TIADA. SEPERTI SATU DAERAH KAMI BLACKOUT.
ZASSSSSSSSSSSS! KELIHATAN BENDA ITU BERPATAH BALIK!!!
"weiiiiiiiiii, APE TU GENG!!!" KEDENGARAN DARI DORM SEBELAH SUARA SIAPA AKU TAK PASTI!
DAN KETIKA ITU HUJAN MASIH LEBAT DAN KILAT MASIH BERDENTUM TETAPI KAMI MASIH MENDENGAR NYA
" BACA AYAT KURSI RAMAIRAMAI!!!" TERDENGAR SUARA SIAPA NTAH. DARI DALAM DORM AKU DUDUK
MULA. MEREKA MULA MEMBACA SECARA PERLAHAN. DAN KEDENGARAN DI DORM SEBELAH. MEREKA AZAN!
MAKIN GALAK RASANYA BENDA ITU BERLEGAR2 HINGGA MELALUI BELAKANG KORIDOR ASRAMA!!
ya allah!
tiba tiba hampir 4 5 orang rebah di dalam dorm aku duduk!!
histeria!!!! ADUH! MENJERIT2! MASING2 MENGELEPAR DI ATAS LANTAI!
OLEH KERANA AKU SENIOR DI DALAM DORM ITU AKU SEGERA KE SALAH SORANG BUDAK YANG TEKENA SAMPUKANN "CEPAT. KORANG BACA AYAT KURSI DAN AZAN DEKAT TELINGA" JERIT AKU!
HAMPIR 5 MINIT. MEREKA MASIH MENGELEPAR2. DAN LAMA KELAMAAN. MEREKA PULIH...TETAPI. KEADAAN MEREKA LEMAH.. AKU PULA TERASA SEMACAM seperti telinga ku panas dan kepala ku berat.
ah sudah.. ape pulak ni. kata aku dalam hati.
kelihatan budak2 yang histeria tu. terjelpuk terbaring.. kepenatan. dan masing2 seperti bingung
HUJAN MASIH LEBAT. DAN BENDA ITU MASIH BERLEGAR2 DI KAKI LIMA!!
DAN AKU MENYURUH MEREKA AZAN SEKUAT HATI!
" DENGAR. AKU NAK KORANG AZAN !" AMIK MASA SENDRI"
START. AKU TAK DENGAR DORM SEBELAH SEBAB TIME TU MAKIN LEBAT HUJAN.
SELEPAS SORANG DEMI SORANG AZAN. GANGGUAN MULA REDA. TIADA APA 2 YANG LALU DI DEPAN KORIDOR...
TERUS AKU MELURU KELUAR KE DORM SENIOR! \DAN MEREKA TERPERANJAT AKU MUNCUL!! DAN HAMPIR 5 MINIT KAMI BERBINCANG. HAL YANG SAMA DAN KAMI SEPAKAT. SENIOR2 KENA BERPECAH. PEGI KE DORM2 JUNIOR. AWASI MEREKA. SEGERA KAMI TINGGALKAN DORM KAMI.
HAMPIR JAM 10. BARU LAH ADA BEKALAN ELEKTRIK. DAN KELIHATAN. POKOK2 DI TEPI BENGKEL MUSIK. ADA YANG PATAH DAHANNYA DAN JALANRAYA. SEDIKIT BANJIR DI NAIKI AIR.
hampir sekarang. aku dan yang lain2 tidak tahu. apa benda yang melintas2 di depan dorm. kami tak pasti. kurang nampak.yang pasti bertubuh putih.
tammat
Kejadian Di Surau lama
nota kaki- dialami oleh penulis dan meor
Di sekolah aku ada surau lama. surau kayu dengar cerita.tempat ini agak keras. mungkin kerana kawasan dia agak terpencil di pinggir sekolah.
nak di jadikan cerita. suatu malam malam minggu. aku tidak jadi balik kerana kehabisan tiket bus dan bercadang untuk balik esok paginya (sudahnya tak balik. rumah takde apa2 mak cakap)
Malam itu aku bosan. lalu aku mengajak Meor untuk berjalan2 di sekitar sekolah itu sahaja yang mampu kami buat sebab malas nak fly. bosan pula ketika itu mengadap Myspace
tepat jam 12am kami mulai meronda sebab nak elakan diri dari di temui pengawal keselamatan
jam 12 memang die tak meronda sebab dapat di lihat. pos pengawal lampu terpasang maknanya dia ada
kami mula berjalan. perlahan2. ketika itu aku hanya memakai stokin. mior pun sama nak padam trace katanya. hahaha taknak tinggal tapak kaki. macam mana aku leh terpikir macam tu entah la. zaman budak2 kot
kami berjalan ke kelas ke kelas. bilik ke bilik. dan melintasi kolam di depan bilik pengetua namun tiada apa apa yang berlaku.
"wei. jom pegi belakang nak" tanya mior pada aku
aku hanya mengikut.kerana mior merupakan budak lama tahu selok belok asrama dan sekolah
segera aku ke belakang. tempat yang tak penah aku jelajahi.
"eh apa tu?" tanya aku pada mior sebaik sahaja aku ternampak bangunan usang kecil sahaja. berkayu
"ni la surau lama!" balas mior.
"boleh masuk ke?" tanya aku
"boleh. tapi tak berani nak naik. dah reput la" balas mior.
aku berjalan2 di sekeliling surau lama.
memang lama. dapat ku lihat walaupun gelap. aku memegang dinding surau. memang dah berhabuk dan lembut sudah kayu kayu nya
aku dan mior bercadang untuk melepak di depan surau. ada tunggul2 kayu pokok rambutan. kami duduk di situ. anehnya tiada nyamuk pun di situ sebab situ agak semak
sedang kami duduk. hampir 5 minit kedengaran bunyi orang berjalan2.
cepat aku dan mior menyorok!! di tepi surau takut2 Pak Guard. tap lama kami tunggu. hampir 3 minit takde kelibat Pak Guard pun jadinya. aku keluar dari persembunyian.
melepak semua. mungkin kami je perasan kot.
tiba tiba.
mior menjerit!!
"arghhhhhhhhhhh!" sambil tangan nya menunjuk di bawah surau. (surau ni bertangga. macam rumah2 lama.)
KELIHATAN ADA BENDA SEDANG TERBONGKOK2 MENUJU KE ARAH KAMI!! ANEH! AKU DAN MIOR SEMEMANGNYA BOLEH LARI KETIKA ITU
TETAPI KAKI KAMI SEAKAN TERPAKU!!!
DAN LAMA LAMA KELAMAAN. BENDA ITU TERPACUL DI DEPAN KAMI
MEMAKAI PAKAIAN PUTIH LABUH DAN BONGKOK! HIDUNG NYA MANCUNG DAN RAMBUT NYA MENGURAI!
SEMACAM NENEK KEBAYAN!!!
TIDAK BERSUARA. HANYA MENGOYANGKAN KEPALANYA...PERLAHAN..
ALLAHUKABAR ALLAHUAKBAR!!! tiba tiba meor mula melaungkan azan!!! kuat.tetapi terketar2!
aku terpacul duduk diam!
dan KELIHATAN MAKHLUK ITU MARAH DENGAN TINDAKAN MEOR!!!
ZASSSSSSSSSSSSSSSS
KELIHATAN BENDA ITU MELAYANGKAN BADAN KE ATAS DAN SEPERTI HILANG ARAH! BERLEGAR2!! DI SEKELILING SURAU LAMA!
MEOR TERUS MELARIKAN DIRI! DIA HANYA MELAUNGKAN AZAN SEPARUH JALAN!! MELIHAT MEOR LARI
aku segera mengekori meor!!! sampai di dorm masing2 senyap banyangan nenek kebayan tadi masih melekat dalam kepala.
aku sampai hari ini tak tau ape yang kami jumpa malam itu nak cakap pontianak. kenapa dia bongkok napa hidup dia mancung........
Tamat
Kisah Kejadian Razlan di bangunan sekolah
nota kaki. ini cerita dari junior form4. Razlan nama nya ,nama glamer. Raz Al Ghul
"alamak. rindunya pada Shila."kata aku di dalam hati. Shila merupakan awek kepada Raz. bersekolah di sekolah perempuan di IPOH. sekolah di roundabout. ( hahahah teka la )
sudahlah handfone sudah di rampas warden semalam tanpa sempat aku memberitahu Shila. mungkin dia risaukan aku berkata2 aku di dalam hati
ahh. aku mesti kol shila di public malam ni. tekad. aku mengeluarkan duit kertas rm 2 ringgit. dan memanggil Osman ( junior) "kau pegi tukar duit syiling. cepat. 3 minit je aku bagi" arah aku.
jam sudah 11malam. sengaja aku mahu kol malam2. takut ramai yang guna telefon malam nak kol mak bapak dan kol gf seperti aku malu la if orang dengar percakapan aku!
jam 1130 baru Osman datang "sori abang. banyak budak dah tidur. jenuh saya kejut sorang"
"ala ko ni. ok la. terima kasih" balas aku lewat. mintak2 shila tak tidur lagi
cepat2 aku turun bawah yahoo! tiada orang
segera aku mengagkat gagang cis!!!! tertera PANGGILAN KECEMASAN!
mencarut. geram. nampak gayanya kena pergi di kawasan sekolah. di kantin ada 2 pondok telefon terfikir.kenapa la dekat situ letak sampai dua dekat asrama satu? adui.
cepat aku melangkah ke kantin. berlari2 anak. yahu!! sekali lagi. tiada orang!! angkat gagang. masuk duit. kol! "hello" suara shila 5 minit aku berbual dengan shila. best betul rasanya
sambil aku bercakap kelihatan keadaan kantin memang gelap tiada lampu dan sunyi. sebelah kantin padang Poli lagi la sunyi. tiada blok bangunan. ada pun jauh.
aku tambah duit syiling lagi. sedap nye berkasih sayang malam begini ujar aku dalam hati.
"sayang. shila nak gosok baju jap. lagi 5 minit kol balik.leh? kejap je" tiba tiba shila bersuara sedemikian aku mengiyakan sahaja. bengang pun ada. sudah hampir setengah jam aku bercakap. baru nak bagitahu. selamat la kol pakai num rumah dia. jadinya. kalau letak sekupang. mahu dekat 4minit leh bercakap.
aku duduk di meja kantin. termenung sambil2 menepis nyamuk lamanya. jam pulak tak bawak . aku mengagak je. belum lagi kot 5 minit.
tiba tiba BAHU AKU DI TEPUK DARI BELAKANG! CEPAT2 AKU LIHAT!!
NOTHING! TIADA SIAPA! ADAKAHA PERASAAN AKU? TAPI AKU RASA . SANGAT RASA!
AKU BERDIIRI. TAKUT ADA KAWAN NAK KENAKAN AKU. TAPI. SENYAP. AKU MULA RASA SEMACAM. ADUH.
AKU ANGKAT GAGANG FON. KOL SHILA. TAK BERANGKAT PULAK. MESTI DI PADAM KAN BUNYI TELEFON RUMAH TAKUT MAK DIA BISING.
TIBA TIBA. BAHU AKU DI TEPUK LAGI SEJURUS ITU AKU PALING KE BELAKANG! DAN AKU TERKEJUT! TERLEPAS GAGANG!
KELIHATAN SUSUK LEMBAGA BERBUNGKUS. SEPERTI POCONG ( MEMANG POCONG) BERDIRI TEGAK DI DEPAN MATA KU AGAK TINGGI!
DAN BAU BUSUK MENUSUK HIDUNG BAU BANGKAI!
DAN KELIHATAN BENDA ITU MELOMPAT2 KE BELAKANG. DAN AKU TERUS MEMBUKA LANGKAH SERIBU!
DAN KEBETULAN. AKU TERPAKSA MELALUI COURT DI DEPAN BILIK GURU
DAN AKU HAMPIR2 MENJERIT. KELIHATAN. SUSUK TUBUH SEPERTI DI KANTIN! SAMA !
BERGULING2 KE ARAH AKU! AKU TAKUT PANIK! TERUS AKU BERLARI MENGIKUT ARAH DATARAN DAN AKAN BERLARI MELALUI PADANG
"ARGHH.AUHHHH UHHH UH!" AKU BERLARI TIBA DI DATARAN
KELIHATAN DARI ARAH KIRI. BENDE ITU BERGULING3 MENUJU KE ARAH AKU!
AAAAHHH! KACAU! SEMUA TEMPAT DIA ADA!!!
AKU MEMBUKA LANGKAH SERIBU. LAJU! DAN TIBA DI PADANG AKU MEMECUT LAJU!
DAN TIBA DI dorm. aku termengah2. aku menangis. kebetulan ada beberapa kawan di dalam dorm aku menangis sebab aku tak tahan dengan gangguan. aku tak penah kena. kawan2 aku menenangkan aku.aku serik aku taknak jadi hero
sejak hari itu. aku serik dan aku memohon pihak asrama memohon dari sekolah supaya pasang banyak lagi telefon awam dan syukur. tercapai. kini aku tak perlu takut untuk pergi ke telefon awam,!
sejak hari itu. aku serik dan aku memohon pihak asrama memohon dari sekolah supaya pasang banyak lagi telefon awam dan syukur. tercapai. kini aku tak perlu takut untuk pergi ke telefon awam,!
hahaha..haku penah duk hostel sebulan (1bulan je tahan..hahaha) 2 kali haku fly,mlm jumaat,p pasar mlm,jarak xsmpai 5kilo dri hostel, mmg best lambwak blek ayam,bger,ccnut shake bagai... last p da slmat lndaing smpai dorm,tibe2 warden dtg,ckp ade budak fly,kitorang wat2 la cari..(kononye) last jumpe bdak duk wat projek lam dewan mkn,habis kecoh,da la due-due budak atlit,ckgu da lupe da sal budak fly, hahahaha..lgsung pas pde kes tu,tmpat dorang wat projek tu xde sape dduk..geli
AHAHHAHA HAKU PUN DA XRESPEK DA KAT DORANG... DULU MMG AK ADORE DORANG... START SKOLAH LA KATEKAN..N HAKU AGAK RAPAT NGAN SI POMPUAN TU.. SO BILE DA JADI CMTU HAKU DA KURENGKAN DA... TP DYE STILL NAK RAPAT2,HARI2 MNTAK MAAP NGAN HAKU..YELA HAKU KAN PERCAYE DYE PNDAI JAGE DIRI LAST2 JADI DEPAN MATE HAKU,HANGIN HAKU HAHAH MALAM TU HAKU LA ORG PALING EMO,HKU NGAMOK KAT DEWAN TU,HAKU TUNJAL2 KEPALE DYE.. HAKU SOUND BLEK PE YG DYE PENAH CKAP KAT HAKU,KONON PNDAI JAGE DIRI LA BLEH BLEH BLEH... LAST2 MLM TU JUGAK HAKU KUA HOSTEL,CALL DADY HAKU SUH AMEK ALA,SKOLA DEPAN UMH,XSMPAI 2 KILO...HAHAHHA
hahaha ko lak yg teremosi kan.....ckp x srupa bikin tol minah tu... tu a terhasut dgn sore setan...kt tmpt mcm tu pn jadi....x ley ke dia bygkan mcm na upe mak ayah dia klo taw dia wt bnda bodoh mcm tu....pas2 wt ke dewan lak tu..alahaiii