Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: asrama copy paste (the flash)


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:
asrama copy paste (the flash)


Kisah dari Pengawal ( episod berapa ek? lupa. 5 kot)

NOTA KAKI- dari cerita pakgad baru. Husin





Malam ini tugas aku meronda , Abang duduk di Pos.
seronok pula kerja sebagai PG sekolah ni
hari2 makan aku di tanggung secara tak rasmi oleh Abang ( pakgad senior)
Orang rumah Abang memg handal memasak
hari2 kami disajikan dengan lauk pauk yang best
mula2 aku segan. ye la. baru kenal. takkan nak menumpang makan
rupanya. Abang ada mengeluarkan modal untuk membuka kedai makan di kawasan Ipoh
kiranya. lauk2 yang aku makan sememangnya untuk di letakkan di kedai. jadi. takda la aku segan sangat
dan dari kaca mata aku ,Abang ni kira steady la. dia cakap " aku takleh duduk rumah. bosan. sebab itu apply jaga"
sememangnya ABang dah ada pendapatan tetap dari kedai makan hasil usahama dengan bini beliau

malam itu. kenyang sungguh perut
apa tidak nya. Abang membawa sambal ayam dengan lauk paru. plus ada kari ikan
makan besar kami ( padahal2 tiap2 hari mesti 3 lauk punya.hehe dan penulis penah makan. sememangnya sedap!)

*selalu juga Abang ( Pakgad Senior) hantar lauk2 dekat kami bebudak asrama*

tepat jam 2am.tiba syif aku meronda.


"husin. macam mana? ok tak?" tiba tiba walkie berbunyi. terkejut juga aku. Abang
" ok abang! ok!" balas aku.

terus aku menuju ke asrama. clear
tiada apa.
dan aku bercadang untuk berjalan kaki ke sekolah instead of mengayuh
setibanya di hall laluan ke sekolah.
meremang bulu roma
sebab teringat kes malam Abang terjumpa budak pengsan dekat situ ( kes hantu tepi kolam)
ketika itu aku on leave
sememangnya. memag sekolah itu keras. sejak aku mendengar cerita dari ABang..
dan aku pernah terkena

aku menarik nafas dan membaca ayat kursi.
lalu aku dengan selamba berjalan . sambil menyuluh2 sana sini,
ok. takde apa yang curiga.

jalan. sejuk. banyangkan la h jam 2. sememanya angin bertiup2.

tiba2 sahaja ada benda seakan terbang melintas di depan ku!
warna putih!!
cepat2 aku terus berlari!
AKU TAK MAHU BERJUMPA APA APA LAGI!!!!

"ARGHGHHHH! " SAMBIL AKU berlari mencapai walkie
PAAPPP! alamak. walkie terjatuh!

aku terhenti. takkan aku nak tinggalkan alat berkenaan? buatnya hilang
mati aku mesti di potong gaji.!
aku patah balik. dan ketika itu.
seperti ada angin menderu!

MAKHLUK ITU TERUS MENERPA AKU.SEBELUM ITU DAPAN KU LIHAT
BADAN NYA MENGEMBANG DAN RAMBUT DAN MUKA NYA SANGAT MENGGERIKAN!
HAMPIR HANCUR SEPEERTI DI TOREH2 DENGAN PISAU!!

BOMMMMMMMMM!
BENDA ITU MENINDIH AKU!
SEKARANG INI. DIA BERADA DI ATAS BADAN AKU!!

TERBATUK2 AKU. SESUNGGUHNYA
AKU AMAT TAKUT KETIKA ITU!!

"ABANGGGGG!!!" JERIT AKU,
SEKUAT HATI!

AKU MEMEJAMKAN MATA.
DAN BERTAKBIR
ALLAH HUAKBAR!!!

AKU MEMEJAM MATA. TAKUT YANG AMAT SANGAT!!
DIA MENINDIH AKU DAN KELIHATAN DIA DUDUK DI ATAS DADA KU
MEMANG SUKAR UNTUK BERNAFAS!

AKU BERTAKBIR SEKALI LAGI.
DAN

HILANG!!!
AKU CEPAT 2 BANGUN.,
AMBIL WALKIE DAN LARI!!
BARU SAHAJA AKU MAHU MELAJUKAN KELAJUAN.

AKU TERJATUH!!!
TERSADUNG SESUATU!!!

ARGH!!!


JATUH . DAN CEPAT2 AKU PANDANG KE BELAKANG!

SEMACAM ADA MAYAT BERBUNGKUSKAN KAFAN!
TERBARING DI ATAS LANTAI!!!!!


"ya allahhh!!!!" JERIT AKU
DAN AKU TERUS BERLARI!! KE POS PENGAWALL!!

TIBA DI SITU. KELIHATAN MOTOR ABANG TAKDE. CEPAT2 AKU BUKA PINTU DAN KELIHATAN
DIA ATAS MEJA

" KE 7E, BELI ROKOK. NAK HALO KAU. WALKIE KAU . TAK BALAS PUN "


CEPAT2 AKU TUTUP PINTU.
LEBIH KURANG 10 MINIT ABANG BALIK

DAN AKU MENERPA DAN BERCAKAP


"ABANG. SAYA TAK TAHAN LAGI. NAK BERHENTI !"



AKAN BERSAMBUNG



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

kisah Malam Jumaat

nota kaki- kisah ini berlaku semasa aku Form 6. bukan aspura yang kena. tapi aspuri



"cepat turun. kang kene rotan ngan ustaz kang" ujar meor.
ak dan 5 yang lain cepat2 bersiap. tu la padahnya
main bola sampai nak maghrib. padahal tahu tak elok dan malam jumaat
kena berkumpul awal dekat surau.
aku sarung baju t hitam dan kain pelekat
siap dan jalan
sempat jugak.ustaz baru tiba dan senyum pada kami.
(sambil itu ustaaz membawa bakul berisi nasi lemak. syukur rezeki)

Maghrib, Yassin. ISyak dan sedikit tazkirah
jam 930 selesai bersurai
dan aku dan geng geng
macam biasa
makan dbawah pokok depan surau
kali ini di temanai ustaz
jadinya kami agak cover2. takut tercarut. hahaha
ustaz menanyakan hal2 asrama. ada benda rosak tak. budak2 baru camne
schoolll stuff.
kami berbual2. sedar2 dah jam 1030.
"mike semua. sudah. esok sekolah. naik ya." ujar ustaz

kami pun akur. sebab masing2 dah kenyaNG. perut penuh. mata berat

naik.
aku menyusun2 buku utk jadual esok.
kira2 jam 11. aku sedang menggosok baju.

"TOLONG TOLONG. AUS !! MEOR. "
kedengaran suara perempuan dari bawah.

cepat2 kami semua. bersusun di koridor
"kenapa Ina?" tanya Aus.
Ina merupakan classsmate Aus.

"tolong wei. ada budak f2 aspuri kena rasuk!"

"haa?rasuk?" ok ok. kiteorg siap" balas aus

dan sejurus itu
dengar cakap2 dari budak2 aspura.
masing2 nampak takut.
mana tidak nya.
ini merupakan kejadian ke 3 dalam sebulan
musim benda ini mengganas
musim hujan dan akhir2 tahun


aku bersiap. memakai track suit.
dan aku menyuruh Daus. budak form 3. bagitau warden kami Cikgu Amran , CA.
"bagitau CA, kol ustaz. ok?" arah aku

kira2 jam 1115. kami satu dorm berada di perkarangan aspuri
dan ada 3 4 orang senior tinggal di aspura
kami arahkan dorang berkumpul dan membaca yassin dan membuat apa yang patut.
takut2 menda itu beralih arah

tiba di aspuri
kami di hidangkan dengan jeritan dari tingkat 2.!

'ARGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHH!! PERGI MAMPUS KAU!!" MACAM SUARA LELAKI
TETAPI diamati betul. semacam perempuan pula
dan kedengaran suara2 di atas sedang membaca ayat kursi.

kami terpaku
keadaan makin teruk. bila menda itu mula merasuk2.

1130 lebih kurang. ustaz tiba. selamat rumahnya dekat dengan sekolah.
cepat2 kami menyambut ustaz

sepanjang menunggu ustaz
dari atas.
kadang2 menjerit. ketawa dan menangis

aku seram sejuk. dan yang lain.
SAMA JUGA!

USTAZ BERTEMU DENGAN WARDEN ASPURI.
AKU NAMAKAN BELIAU SEBAGAI CIKGU BIBAH. CB

"USTAAZ.tolong ya. tiba 2 je. balik dari surau. kawan2 dia cakp. si Mira ( mangsa) pegi toilet dan ketawa2 seorang diri" ujar CB

ustaz mengangguk.
dan " kome. pegi amik Yassin dekat surau. dan yang lain. mntk aspuri baldi. korang tadah air" arah Ustaz
segera kami membuat
dan aku memilih tugas menadah air.

merasa masuk dalam tandas aspuri
memang bersih berbanding kami.

kemudian. sesudah itu. kami aspura berkumpul di dataran aspuri. menunggu.

"ARHHHGHHHHHHHH!!!" kedengaran

"suruh budak2 aspuri tu tutup aurat. apa yang patot. kami nak naik atas. ni." arah ustaz .kali ini dengan nada tegas kepada CB

3 minit selepas itu
clear. kami naik ke atas.

dan kelihatan Mira. sedang duduk bersila. di hujung dorm...
kelihatan katil2 semuanya di tolak ketepi
( sangkaan penulis. budak2 ni yang tolak. rupanya si mira tu menarik semua ke tepi)
seperti nampak gelanggang silat.
lapang di tengah2
dan ada katil double decker yang terbalik!!
dasat!

dan ketika itu. uztaz mengeluarkan tasbih
mulut terkumat kamit dan kami duduk di depan pintu

"sudah. korang semua duduk keliling. baca yassin. tunggu arahan saya."arah ustaz
cepat2 kami masuk dan duduk keliling
dan pelajar2 aspuri ada yang duduk di belakang kami
memegang surat yassin

ustaz duduk di depan Mira
"kenapa kamu." soal ustaz.

"HAHAHAHAHAHAHA" hanya ketawa mira ketika di soal.

" apa yang kamu mahu. beritahu aku." balas ustaz.

perlahan2 mira mendongak kan kepala. melihat ustaz

dan dapat aku lihat. muka mira sedikit pukat dan bibir nya berdarah
(kata aspuri, masa mira mula2 di rasuk. terkancing gigi. jenuh dorang tahan dengan sudu! dan mira mengigit2 bibir sendiri smpai berdarah)

"bismillah ...." ustaz mula membaca ayat2 suci.
dan Mira?

mula berdiiri. dan mengangkat tangan!

" aspuri yang lain. keluar. nanti ada yang terkena!" jerit ustaz!

berdesup2 masing keluar! hanya melihat dari tingkap dan terjenguk2.

"aaaaaaaarghhh. fmasbsabdgvmdsbmdsbgjsdgjdshgjsndsd ( aku tak tau bahsa apa yang si mira tu bercakap malam tu.)
serius. macam bahsa org asli pun ada.)

walaupun kami tak memahaminya
tetpai dengar semaacam seram.
"baca yassin. jangan berhenti"

MULA

dan mira duduk!
membatu
dan kepala di gerak kiri kanan! seperti org berzikir!
dan semacam mengajuk kami!!

dan tibatiba dia menerpa ke arah aku!!
aku yang pertama di terpanya! ( kami ada 10 org malam tu budak aspura)
tiba tiba si mira meletakkan tangan di bahu aku dan mencengkam!!

memang sakit!!
terlepas Yassin dari tangan dan tiba tiba. cepat2 Ustaz meletakkan tangan di kepala mira!!
cengkaman terlepas. dan ustaz membaca sesuatu.
dan mira kelihatan marah!

duduk kembali dan ustaz berdiri memegang tasbih.
dan mira. seperti mahu melihat muka kami sorg demi sorg...

habis dia keliling 10 org kami yang membaca dan seperti mahu menyerang. tapi berundur bila maju

hampir 20 minit.
kami selesai membaca

ustaz terus menyuruh kami rapat

dan ustaz terus menerkam mira dan meletakkan tangan di ubun2 mira
"ARGHHHHHHHHHH!!! BHFVAHNBFJBAFBFBBF" mira membentak!

ustaz membaca ayat kursi dan ayat2 yang lain. ayat yang jarang kami dengar.
berulang2 kali

mira mengelupur. terbaring
dan baju nya terselak!!!
YA ALLAH!!

cepat2 ustaz memanggil CB dan budak2 yang lain untuk membantu,

"tutupkan baju dia" arah ustaz

tiba tiba
seorang budak aspuri ( tak tau nama ) terbaring dan menggelepur setelah memegang mira!!!

terenjat2 badan seperti terkene elektrik!!

dan sejurus itu.
ustaz menyuruh 2 org budak aspura memegang budak itu. dan di suruhnya membaca ayt kursi tepat di telinga

dan Mira. melihat ustaz dengan mata yang seram tebeliak!!!

aku duduk di hujung kaki mira. seram
melihat dia mejerit2 dan bibir nya berdarah. dan die menjilat3 darah yang keluar dari bibirnya

hampir setengah jam ustaz merawat
dan akhirnya dengan 3 kali takbir. mira terdiam. selepas menarik nafas yang panjang!! dan badan nya mellengkug kerana seperti ada sesuatu keluar dari badan nya!

aku terasa ingin muntah ketika itu.
dan "UWEKKKKKKKKKKKKK!" aku termuntah
dan yang 9 org budak aspura! MUNTAH JUGA!!!
entah kenapa! aku tak tau sampai sekarang!
tiba2 rasa loya menerpa tekak. mereka muntah ,
habis lantai dorm berkenaan.

"sudah2. cepat amik kan air dalam baldi.lalukan air." arah ustaz
dan pelik
ustaz macam tahu je kami akan muntah malam tu ( ampai sekarang misteri. ustaz senyum je bila di tanya.)

dan ustaz mengambil sebaldi air. di bacakan doa2 hamoir 5 minit dan di renjis2 ke tubuh mira dan sekitar dorm.

aku keluar untuk meminta penyapu
dan tekejut!!!

HAMPIR 5 6 ORANG BUDAK ASPURI PENGSAN!!
KELIHATAN 2 3 ORG SEDANG MENGIPAS KAWAN MEREKA YANG PENGSAN

RUPANYA. SEMASA KAMI MENGUBAT
ADA YANG TAK TAHAN MENDENGAR. DAN PENGSAN
(NASIB BUDAK2 YANG PENGSAN.SEDAR MACAM BIASA. CUMA DORANG CAKAP. DORGN TERNAMPAK IMBASAN PEREMPUAN MEMEGANG BAYI TIADA KEPALA KELUAR MASUK DALAM DORM!!!)

7 ORANG YANG PENGSAN MALAM ITU TERMASUK DI DALAM DORM YANG PEGANG MIRA

MIRA DI LETAKKAN DI ATAS KATIL
DAN KAMI MENYUSUN KATIL2 DORM SELEPAS DORM DI BERSIHKAN DENGAN AIR DAN SABUN
HAMPIR JAM 2 PAGI.BARU ABIS MENGEMAS DAN MEMBASUH
pLUS KAMU MEMBACAKAN YASSIN UNTUK DI SIMBAH DI SEKITAR ASRAMA.

selepas kami merenjis air yassin sekitar asrama.
sebelum kami pulang. ustaz mengarahkan kami mengazakan kawasan sekitrar asrama.

"pilih tempat yang kamu rasa seram"ujar ustaz
tekejut kami. mendengarnya
dan aku memilih di bawah tangki air
semasa azan. sayup2 je malam tu
dan tengkuk aku meremang ketika itu
aku hanya memejam mata. takut!

selesai semuanya.
kedengaran mira sudah membuka mata dan katanya dia penat. "apa dah jadi"

dan budak2 yang pengsan dah pulih

kami balik. dan jam 4 baru boleh tidur. dan rupanya di aspura ada juga hal nya!!!

(NANTI AKU CERITA KAN)


esok nya. kami ke sekolah
memang mengantuk
mujurlah ustaz dah bagitau dekat Pengetua. budak2 aspura dan aspuri. lepas rehat boleh balik dorm rehat.
syukur.

kisah si mira?

"BALIK DARI SURAU. SAYA ADA NAMPAK BUDAK KECIK DUDUK TEPI KOLAM. KATANYA NAK BERKAWAN DENGAN SAYA. SAYA TERIMA DAN BAWAK BALIK. SEBELUM INI DAH BANYAK KALI SAYA NAMPAK. BUDAK TU BADAN2 DIA AGAK2 HIJAU DAN RAMBUT NYA BOTAK ( TAPI BUKAN TOYOL) DAN DIA SELALU MENEMAN SAYA KETIKA SAYA PERGI KE MANA2....WAKTU MALAM DIA ADA.
SAYA TAK TAKUT. SEBAB MACAM KHAYAL JE KETIKA ITU. DAN SEPANJANG SAYA NAMPAK BUDAK TU. SAYA DATANG BULAN.."

itu sahaja yang kami tahu dan dengar tentang kejadian malam itu

saat saat dia mahu di rasuk

" di tandas SAYA NAMPAK ADA BENDA RAMBUT PANJANG DAN LIDAH PANJANG MELILIT TENGKUK. MATA MERAH TENGOK KE ARAH SAYA.LEPAS TU TAK INGAT APA"


tammmat

akan di sambung dengan kisah yang terjadi di aspura malam itu juga....HAHAHAHAHA


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

sambung la~

haku da x sabo da nie haaa

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

jap2..aku bru pas hbs kan smbungan cite tokong siam tu..ko g bca yg tu dlu....
seram bebbbbb

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

Kejadian Cikgu Salmah ( CS ) di ganggu lembaga putih


nota kaki- ini cerita dari CIkgu Salmah ( bukan nama sebenar) masih bujang ketika itu.
Cikgu Matematik. berusia 27 kot.time tu



Sejak masuk di sekolah ini
aku semakin sibuk dengan unit beruniform KRS ( KADET remaja seklah)
ini kerana semasa aku di universiti. aku memang aktif dengan persatuan berkadet dan sebab itu aku dipilih oleh Puan Pengetua.

seperti yang di rancang , sepatutnya kami berkhemah di Kawasan Lipu Kuala Woh.
tetapi atas2 sebab keselamatan ( kebetualan, Perak di landa Musim Hujan sepanjang bulan)
pengetua mengarahkan supaya di buat di padang sekolah
lemah semngat aku menerima surat dari pengetua tentang pindahan tmpat khemah
tetapi atas sebab keselamatan. aku turutkn

sebab aku tak di mahu di sabit kan jika terjadi apa2

perkehamahan Agung tersebut berlaku pada hujung minggu,
dan aku cuba sedaya upaya ntuk membuat susana bercamping di kawasan sekolah.


langkah pertama aku meminta supaya semua lampu2 di padamkan
untuk mendapat suasana gelap.
walaupun padang sekolah di tepi jalan besar.
tapi itu yang mampu aku janakan utk bagi feel di dalam hutan.
dan aku gigih membeli cengkerik2 di kedai pancing
untuk aku lepaskan malam nya nanti.
untuk ada efek bunyi cengkerik!!! ( aku tak tau kenapa cikgu aku ni proaktif sgt. aku perli. kenapa tak beli rimau.hehe)

tiba hari yang di tunggu
perkhemahan perdana. Jumaat petang budak2 KRS mula berkumpul.
dan tepat jam 5 selepas solat asar
mereka memasang khemah.
kira2 50 orang pelajar mengambil bahagian

untuk memudahkan mereka mandi
pihak sekolah telah membeli tangki2 takung hitam unutk di gunakan. di letakkan di sudut padang
dan untuk siswi. di sudut sebelah sana. sambil di tutup dengan kain2 cadar hitam ( beli di Nagoya katanya)
memang selmat. kerana aku sudah memeriksa dua tiga kali
dan setiap kali mandi
akan ada cikgu2 lain memantau dari luar ( cikgu pempuan)
dan kami memng mengamalkan MANDI BERAMAI2. MANDI SEKALI SEMUA.
senang untuk pantau.


malam itu. selepas selesai menjalankan aktiviti.
kami masuk tidur.malam itu tiada ada apa2 yang berlaku

malam esok nya. selepas aktiviti.
aku bercadang untuk mandi. malam itu aku rasa badan aku melekit kerana sebentar tadi aku banyak mennunjukkan dema Tempur Tanpa Senjata
banyak bergulin2 di lantai padang dan aku rasa badan aku berpasir.
dan aku bercadang untuk mandi.
setiba di tempat takung bahagian wanita
kecewa. air takda!!!
kering kontang air,
dan aku cba membka paip sambungan.
tiada air

segera aku menanyakan hal ini pada cikgu MAria ( bukan nama sebenar) tentang hal itu


"oh. paip dkat jamban tu tercabut la tu." ujar C Maria.

aku hampa. rasa malas mandi. tapi badan gatal dan melekit.
aku pun pulang ke kemah. mengambil lampu suluh
(sebab sekolah gelap gelita)

perlahan2 aku berjalan. letih sungguh malam itu.
dan mulanya aku nak mitak di temani
tapi. masing2 cikgu yang lain seperti mahu hendak tidur.


aaa. takpelah. lagipun sekolah je pun.
ujar aku dalam hati


tandas tersebut berada di tingkat 2. berhadpan denagn aspura.
(ketika itu aspura kosong. cuti sekolah)

perlahan aku menaiki anak tangga
timbul rasa seram.
gelap. hanya lampu torch lite aku sahaja yang menerangi tempat tu

ya. memang betul
kepala getah itu tercabut dari paip.
cepat2 aku memasukan kembali dan melilitnya dengan dawai yang aku lihat sengaja di tinggalkan di situ.

"lar patut la. lilit sekali je. mana nak kuat" getus aku dalam hati
aku mengigit torchlite.
dan mula membaiki paip itu.

hampir 3 minit aku mengadap kepala paip .

selesai.
segera aku bukak kepala paip. kedenganran bunyi air lalu menuju ke getah
gembira. berjaya. jugak.

aku memalingkan badan untuk keluar dan tiba tiba!!!

SEBAIK AKU MELANGKAH KELUAR.
MATA AKU TIBA TIBA TERLIHAT LEMBAGA PUTIH DUDUK DARI ARAH KORIDOR SEBELAH SANA.
DI HADAPAN AKU ADA KELAS .
BENDA ITU DUDUK BETUL MENGADAP AKU!



SERIUS. AKU TERSANGAT TAKUT.
TERASA PELUH MLA MEMERCIK DAN KAKI AKU RAS SEPERTI JEJAK TAK JEJA DI TANAH


AH SUDAH.
APA TU. AKU TAKUT UNTUK MENYULUH!
JAUH SEKALI UNTUK MENJERIT
KERANA AKU RASA PETI SUARA KU SEMACAM KETAT!!

PERLAHAN AKU BERJALAN
DAN YANG MENAKUTKAN!!

BENDA ITU SEAKAN2 MENGAJUK AKU!!


BERJALAN SEIRING .
CUMA NYA DIA DI DEPAN KU!!!




EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!

TIBA TIBA BENDA ITU MENGILAI!!!!
AKU TERUS TERDUDUK.
TERSANDAR DI TEPI TANDS
SAMBIL AKU RASA SEPERTI DARAH SEAKAN2 MAHU KELUAR DARI TENGKUK KU
RASA PANAS DAN BERDENYUT TENGKUK KU


ARGHHHH!! AKU MENJERIT. TETAPI TIDAK KUAT.
TERKETAR.
PERLAHAN2 AKU MERANGKAK MENUJU KE TANGGA.

MENGESOT2 AKU MENURUNI TANGGA
TAKUT NYA TUHAN YANG TAHU
DAN BENDA ITU!!!


MENGAJUK PERLAKUAN KU!!!

SAMA SAMA MENGESOT! DAN KEDENGARAN MAKHLUK ITU SEAKAN2 KETAWA.!!


AKU MENGUMPUL KUDRAT. BERDIRI DAN TERUS BERLARI KE BAWAH!!!!



DAN MELALUI COURT DI DEPAN PEJABAT GURU.!!

DAN AKU SEMPAT MELIHAT DI BELAKANG.
makhluk di awangan
mengejar aku


SEJURUS SELEPAS ITU,

AKU MERASAKAN PANDAGAN AKU KABUR DAN
AKU PENGSAN.
HAMPIR 30 MINIT.
KERANA CIKGU MARIA PERASAN AKU TIDAK PULANG KE KHEMAH
RAMAI2 MEREKA MENDAPATKAN AKU YANG KETIKA ITU TERBARING DI TEPI COURT HADAPAN BILIK GURU.


malam itu. aku tidur di temani C MAria.
aku terbayang dan takut.
mujur ada ustaz ( warden) datang selepas mendapat tahu aku di ganggu
diberinya air penwar.

dan esok nya. aku mengambil keputusan untuk tidak tidur lagi di khemah
( malam ahad nya last camping)

aku tak tahan. takut. dan meminta dari cikgu Habsah ( cikgu ketua KRS) untuk mintak exception
dia memahami dan aku tidur di rumah malam itu
sebab kejadian itu. aku hampir 1 minggu demam.

aku serik pergi tidak berteman.
kerana aku terjumpa 'teman' yang lain





__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

sori taw u olls ..ni aku citer dri episod awl

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:



Kisah dari Pengawal Keselamatan Sekolah ( kejadian 1 )

nota kaki- banyak kejadian hantu di sekolah. datangnya dari Pakcik Guard ni. terima kasih atas pengalaman Tuan
INI CERITA DARI BELIAU

*bekas POLIS pangkat SARJAN.*


Malam itu aku membuat rondaan duty.
setiap jam memang aku akan membuat rondaan.
memang aku seorang je pun yang menjawat jawatan Pengawal KEselamatan ( untuk shift malam) ( PK)
bagi aku. menjaga kawasan sekolah mudah
sangat la mudah dan kurang risiko nya
kalau di bank atau di kedai emas. mungkin mati di tembak.!
wallahualam.

malam itu tepat jam 1am. aku meronda
kawasan sekolah agak besar.
jadi sememangnya aku menggunakan basikal.
padahal aku ke kerja membawa motor.sengaja aku guna basikal
mana tahu ada pencuri. mesti dia tak sedar aku datang sebab naik basikal.
takde bunyi enjin
lagipun. ini je lah cara aku untuk berpeluh di waktu usia emas
basikal mountain bike. ada lampu brek dan lampu headlight. di hadiakan oleh anak sulung aku

aku memulakan rondaan duty jam 1 pagi.
aku berkayuh menuju ke arah blok asrama. dahulu
berbekal kan cota dan torch lite size besar.dan wisel di bahu
aku berkayuh.berhenti di blok asrama
ketika itu ada pelajar.
dari atas
"pakcik.. sini clear!" terdengar dari anjung kaki lima tingkat 3.

"haish. tak tidur lagi ke korang.sok sekolah yob" bals aku
budak asrama. memag ada menjadi burung jampuk
berjaga di waktu malam
oleh kerana ada penghuni.
hanya 5 minit sahaja aku meronda.
banyaknya di kawasan dewan makan.

kemudian aku beralih ke blok kelas.

ada 3 blok perlu di ronda.
2 blok yang mempunyai 3 tingkat.
aku menaikki blok A

sejurus aku tiba di tingkat 1 blok A
angin malam menyapa muka ku.
sejuk.
memang kawasan sekolah ini
malam2 begini memang begini angin nya.

aku membukak torchlite.berjalan.
lalu di hadapan library. aku menjenguk2 di celah2 cermin..
naik ke tingkat dua.
aku memerikasa kelas2
ada kelas yg tidak di kunci
hal ini akan aku beritahu Guru DIsiplin
septonya.kelas2 ini di kunci
untuk elak kecurian.
aku menutup2 pintu2 kelas yg sengja di biakan melopong.

perlahan2 aku menaiki tingkap tiga.

TIBA TIBA KELIHATAN!!! DARI HUJUNG KORIDOR!!
KELIHATAN SEPERTI ADA ORANG BERDIRI!!!


SEGERA AKU MENYULUH!!!!

HAAAA! BERPAKAIN SERAGAM SEKOLAH!
BERSELUAR HIJAU!
CEPAT AKU BERLARI2 ANAK!

KERANA ORANG ITU SEAKAN SEDAR AKU MENYEDARI KEHADIRANNYA!
ORANG ITU MULA MENGINJAK KE BELAKANG.SEDIKIT DEMI SDIKIT!

CEPAT2 AKU MENERPA.
DALAM JARAK 10LANGKAH
AKU TERHENTI!
KERANA

ITU BUKAN ORANG..
SEBALIKNYA SYAITAN

KERANA SEMASA AKU BERLARI MENUJU
SEMPAT AKU MEYULUH MUKA ORANG ITU

KELIHATAN KEPALANYA SOMPEK SEBELAH
BERDARAH DAN KELIHATAN OTAK!!

AKU TERHENTI SETELAH MELIHAT PEMANDANGAN SEBEGITU
DAN TIDAK SEMENA

'ORANG ' ITU MENGADAP AKU

KETAWA SEKUAT MUNGKIN!!

"HAAAAAAAAAAAAHAHAHAHAHAAAAAAAAAAAAAAAAAA!'

MEMANG KUAT.
DAN!!!

ZASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!

TERJUN!!
YA. BENDA ITU TERJUN DARI TINGKAT TIGA!!!

SEMPAT AKU LIHAT DI BAWAH!!!!
AKU SULUH DAN KELIHATAN 'ORANG ' ITU TERBARING DI BAWAH!!

KELIHATAN SEPERTI KEPALANYA PECAH.
NAMPAK DARAH MENGALIR DI SISINYA.!!

DAN!!! TIBA TIBA DIA BANGUN
DAN SEPANTAS KILAT BERLARI DAN HILANG DARI PANDANGAN!!


aku segera beristighfar.
YA ALLAH.
kau ampunkan la dosa si mati.

*itulah adalah kes terpencil di sekolah. pelajar bunuh diri kecewa SPM hancur*

aku masih ingat lagi kes itu.

segera aku balik ke pos pengawal
bagi aku. rondaan jam 2 am 3 am tidak perlu aku buat

aku memerlukan masa untuk mencerna apa yang aku lihat tadi!!



AKAN BERSAMBUNG

heheeheh








Kisah Dari pondok Pengawal Keselamatan ( Kisah 2 )


malam itu seperti biasa.
rondaan setiap jam.
malam itu aku pulang ke rumah jam 8pm
untuk mengambil bekal yang disediakan oleh isteri.
sedang aku mula mengayu dan meronda.
teringat bekal tersebut
perut terasa lapar.

malam itu jam 1am.
aku berjalan di blok A.
periksa setiap pintu,

berjalan. dan duduk di tangga.
menghisap rokok
(sebab pakcik ni hisap rokok balut. jenama BISON. NAK BALUT KENE DUDUKHEHE)
hisap rokok.

aku melihat jam. baru 130am.
ada lagi 30minit.
aku segera bangkit dan cadang untuk berjalan di sekitar bilik Bengkel Kemahiran Hidup
situ agak gelap.
dan selalu menjadi tempat budak2 asrama fly.
( tapi sejak dorang tau situ ada sesuatu. tak berani dah)

kira2 5minit baru aku tiba.
kerana di dalam perjalanan.
aku jenguk2 blok2 lain .

tiba di sekitar bengkel kemahiran hidup..

sunyi
sepi


tiba tiba kesunyian itu di belah oleh bunyi hilaian!!!


HEEEEEEEEEEEEE HEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!

KEDENGARAN DARI POKOK SUKUN BERHAMPIRAN BENGKEL!!
DAN KELIHATAN KELIBAT PUTIH!!

TERBANG MENUJU PADA KU!!!!!


HEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!! HEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!!

ZASSSSSSSSSS. TERAASA ANGIN PANAS DI ATAS KEPALA AKU!!

SAH! BENDA ITU TERBANG DI ATAS KEPALA!!

AKU SEGERA MENUNDUKKAN KEPALA!!

SAMBIL MULUT MEMBACA AYAT SUCI!!

INI KALI KEDUA AKU TERKENA ( SEJAK PERISTIWA 1 )

HEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!

MAKIN KUAT HILAIAN BENDA ITU!!

DAN SESEKALI AKU MELIHAT KE ATS!
JELAS!!
MEMANG BENDA ITU BERLEGAR DI ATAS KEPALA AKU!!

HAMPIR 2 MINIT AKU BERDIRI TERPAKU!

SUDAH TIBA MASANYA UNTUK AKU BERTINDAK!!
SEGERA AKU MENCAPAI COTA DAN TORCHLITE!!

DAN SEPERTI KETAHUAN
BENDA ITU BERHENTI DAN BERTENGGEK DI ATA BUMBUNG BENGKEL!!!!

DAN AKU SEGERA MENYULUH BENDA ITU!!

KELIHATAN IANYA TIDAK KISAH DENGAN SULUHAN LAMPU...

DAPAT DI LIHAT

MATANYA YANG MERAH DAN MUKA SEPERTI DI TOREH2...
DAN RAMBUT KUSUT DAN PANJANG.!

ZASSSSSSSSSS!!
SEPERTI TAHU AKU SEDANG MENELITI NYA
BENDA ITU TERBANG KE BELAKANG BENGKEL!!


SENYAP.
AKU TIDAK BERCADANG UNTUK MENGEJAR.
UNTUK APA??
KERANA AKU TAHU



KITA AKAN BERTEMU LAGI....




AKAN BERSAMBUNG. hehehehehehe














Cerita dari Pondok Pengawal ( cerita 3 )

nota kaki- ini adalah cerita rekaan semata mata ( baca secara sarcasm )



Gembira betul rasa hati.
kerana aku sudah ada partner.
kebetulan.
Syarikat tempat aku bekerja telah menempatkan seorang lagi pengawal di sekolah
jadinya. boleh la kami bergilir2.
usia Hussin ( pak gad baru ) baru menjengah 35 tahun
sebelum ini dia jaga bank
atas alasan dia pernah terlibat dengan kes rompakan ( semasa dia jaga bank)
dia trauma dan minta di tukarkan.
dalam resume.dia cakap mintak di Hospital
sudahnya. syarikat hantar di sekolah

lega juga hati
ada la teman
takde la teman aku Radio 3 Perak setiap malam
bosan juga kadang2

Ini adalah hari ke 5 dia masuk kerja.
dan malam itu. aku mengajak dia untuk ronda bersama
sebelum ini. sepanjang 5 hari dia duduk di pos pengawal.saya pegi ronda.

"ko dah puas rilek Husin? hahaha saja aku bagi ko lepak dulu. meh sini aku nak tunjuk ape kena buat time ronda"
" puas dah Bang. haha" jawab Husin
mana tak puas. Husin siap bawak tv . walaupun kecik. tapi dapatlah kami tgk berita dan cerita

Sengaja aku bawak Husin ronda jam 2am.
sebab aku nak die rasa vibe ketika itu.
sunyi2. sebab nanti die sorang jugak yang akan meronda.

setibanya kami di Belakang Bengkel KH.
"ha. sini ko g cek pagar2 tu. takut de lubang budak fly" ujar aku
di dalam hati
teringat.minggu yang sudah2 .
terjumpa pontianak.

Husin angguk. dan menyuluih2 keadaan sekeliling.
seronok betul die menyuluh2 sana sini.
" rasa macam pengawai Penjara la bang" gurau Husin.

aku tak ketawa pun. hanya senyum
sebab. mula timbul rasa tak sedap hati.

"jom.pegi Blok sana lak" pinta aku.

kami melintasi dataran perhimpunan

krup krap krup krap!

kedengaran but Husin yang berladam dan berstell toe!
"amboi usin. memang dah macam pengawai penjara aku tgk kau ni dengan kasut cmtu" usik aku

"hahaha. selesa bang pakai kasut ni. hehe baru smart" ujar Husin
aku ketawa kecil.

"ha. kau amik tingkat 3. aku ronda bawah" ujar aku.

Husin mengangguk.
Dari jauh aku lihat Husin naik ke atas,
kedengaran bunyi but nya membelah kesunyian.

aku berjalan dan memeriksa keadaan di bawah.
Makmal Sains. bilik2 kelas.
semua nya ok.

selang 5 minit.
kedengaran Husin memanggil aku dari atas

"ABANG!"

aku terhenti langkah dan menyahut!
"Ya. ada pe husin??"
selang 10 saat. tiada jawapan.

AH sudah. apa yang tak kena.
sudah kah Husin berjumpe 'penghuni malam'
congak aku di dalam hati.

selaju yang mungkin
aku berlari menaiki anak tangga ( pakgad saya ni badan die slim world. jaga makan orgnya)

tiba dia atas husin terus meluru ke arah aku!

"bang, saya rejek jaga hospital sebab takut benda macam ni. rupanya SINI PUN ADA!!"tiba2 husin membentak.

"apehal ?" tanya aku!


"tu ha bang!" sambil hussin menunjukkan di Koridor hujung

segera aku melihat.!

KELIHATAN SEPERTI KELIBAT HANTU POCONG.!

DAN YANG AKU NAMPAK..

TIGA BATANG SUSUK TUBUH BERBUNGKUS!!!
SEPERTI MAHU MENGHALANG KAMI DARI PERGI KE SEBELAH SANA!

"YA ALLAH.!" REAKSI SPONTAN dar aku

"dah. jom kita turun bawah.!" balas aku selepas itu.

rupanya husin terus berlari ke bawh meninggalkan aku.

"tak bleh diharap betul!" getus aku dalam hati melihat perbuatan husin

tiba di tingkat bawah.
aku memanggil husin
"ko jangan takut sangat....ini baru sikit HUsin."

kelihatan hussin termengah2. mukanya berpeluh.

sedang kami berjlan.
aku melihat ke tingkat tiga.
memang kelihatan Pucong2 itu tegak berdiri.
entah kenapa malam itu.
'mereka ' hanya statik begitu..
mungkin salam perkenalan untuk Husin
jaga baru sekolah..



Tamat.
to be continue






Kisah dari Pondok Pengawal ( kisah 4)

nota kaki - Ini cerita dari Hussin. di ceritakan oleh Pak Guard senior kepada penulis.



Sudah 2 minggu aku bekerja.
sejak kejadian hari itu ( berjumpa pocong)
aku sudah tidak berjumpa benda pelik lagi selepas itu

malam itu hujan renyai2.
urusan rolling duty di buat oleh Abang ( pakgad Senior)
dia yang menyusun pukul berapa aku perlu meronda.

dan tiba giliran aku.
jam 3am
( jam 5 6 7 tiada rondaan . " buat ape?" kata Abang. )

ketika itu kami sudah di bekalkan walkie talkie
"cek bang. masuk2" aku mencuba walkie.
ok semuanya ok

"ok bang. pergi dulu. assalamualaikum" kata aku.
Abang hanya mengangguk.

aku meniru jejak langkah abang iaitu berkayu basikal.
seronok rasanya mengayuh di waktu malam.
sudah lama juga aku tidak berbasikal.

tiba di asrama.
aku ke belakang dewan makan
tiada ada yang di ragui.
terus aku ke BLOK B.
aku meletakkan basikal di pentas dataran perhimpunan.

sengaja aku malas hendak membuka torch lite
kerana pesan ABang " selagi ko boleh nampak. tak payah bukak. nanti org jahat perasan"
aku menurut saja kata abang
lagipun
mata aku masih baik
dan malam itu walau hujan
aku di bantu dengan cahaya2 kilat


dengan memakai baju hjan kuning.
aku berjalan di sekitar BLOK B.
aku mengetuk2 pintu menggunakan cota setiap kali aku melintasi kelas.
sengaja. bosan

3x aku meronda kawasan yang sama.
" blok B clear bang" aku melapor pada pos kawalan " OK OK BAIK " balas abang.

aku ke BLOK A.
tetapi aku bercadang untuk mula dari tangga hujung instead of tangga tengah.

krup krap krup krap bunyi but aku.
kadaang2 aku terasa seperti askar berkawad
aku menaiki tangga.
"basah. tempias." ujar aku dalam hati bila melihat tangga di basahi air.

aku naik.
mula dari tingkat atas sekali .
tingkat tiga 3

dan sememangnya laluan tangga di genangi air.

menyusahkan perjalanan aku.


tiba di tingkat 3.
aku mengeluarkan torch lite.

aku pelik. kenapa sekolah ini tidak mahu memasang lampu di koridor.
aku pun tak faham
cuma lampu di blok pentadbiran ( pejabat ) sahaja yang ada lampu koridor

anggapan aku

"siapa nak merompak kat kelas2 ni pun"
aku ketawa sndiri di dalam hati

"ahh. janji di bayar gaji" ujar aku sndirian

meneruskan perjalanan.
jalan.


DUMMMMMMMMMMM!!

KEDENGARAN ADA BENDA JATUH LEBIH KURANG 10 KAKI DARI AKU!
DI BELAKANG AKU!

BERHAMPIRAN DENGAN TANGGA!
CEPAT2 AKU MENGAMBIL LAMPU SULUH!
TERUS AKU MENYULUH!!

ALANGAKAH TERKEJUTNYA!!

SEPARUH BADAN WANITA. BADAN NYA BERDARAH DAN BERAMBUT PANJANG!!!
MERANGKAK KE ARAH AKU!!
AKU DAPAT LHAT TALI PERUT DAN USUS2 NYA DI SERET SEKALI DI LANTAI!!

AKU KAGET!!!
YA ALLAH!!
AKU CUBA MENGAMBIL WALKIE.
TAPI RASANYA TANGAN AKU SEPERTI KAKU
AKU SEMAKIN LAMA KE BELAKANG.
BERSEDIA UNTUK LARI.

DAN KELIHATAN BENDA ITU SEPERTI HENDAK MEMINTA SIMPATI PADA KU. ( MUNGKIN)
KERANA APA YANG KELUAR DARI MULUTNYA

"EEEHH.. ARGHH....UHHH"
BUNYI ORG MENGERANG KESAKITAN!

lari!!!
AKU SEGERA LARI KE ARAH TANGGA SEBELAH HUJUNG!!
TURUN KE TINGKAT DUA
AKU BERLARI KE ARAH TANGGA YANG MULA MULA AKU NAIKI.
KERANA TANGGA ARAH AKU TURUN
DI BAWAHNYA PINTUNNYA DI KUNCI GRILL.
MAHU AKU TERKETAR2 MENCARI KUNCI!

BAIK AKU AMIK JALAN PINTAS

ZASS..
SEGERA AKU LARI KE ARAH TANGGA MULA MULA AKU NAIK!
AKU MEREDAH TANGGA YANG BERLECAK DENGAN AIR ITU.

TERUS PANTAS AKU BERLARI KE BASIKAL DAN PULANG KE POS PENGAWAL

"ABANG! SAYA JUMPA LAGI!!" JERIT AKU TIBA DI POS PENGAWAL

"KENAPA KENAPA!" BALS ABANG SEKAKAN TERKEJUT

DALAM 2 MINIT
AKU MENCERITAKAN HAL TADI
SAMBIL AKU DI LUAR. DAN ABANG DI DALAM POS .

AKU TERCUNGAP2..
TIBA TIBA

" HUSIN. KENAPA BUT KAU? SELUAR KAU?"

YA ALLAH!! JERIT AKU!

darah!!
but aku tapak dan tepinya penuh dengan calitan darah!

dan seluar aku ( seluar coklat.) ada tompokan darah
ya allah!!

YANG AKU LALU TADI BUKANNYA LOPAK AIR
TAPI LOPAK DARAH!!

CEPAT AKU MEBASUH PALITAN DARAH DENGAN PAIP DI TEPI POS .
TERKETAR2. SAMBIL DI BANTU ABANG.
DAN PADEL BASIKAL AKU JUGA. ADA CALITAN DARAH

SEPERTI MAHU DEMAM AKU MALAM ITU.

SELEPAS AKU MENYALIN PAKAIAN.
AKU TERDUDUK DI KERUSI DI POS.
SAMBIL ABANG MEMBUATKAN AKU AIR TEH DAN DIBACAKAN AYAT SUCI

"NAH MINUM. bagi pulih semangat" ujar abang

"Husin. sekolah ni nampak je ok. tapi ini memang laluan dia husin. dekat 3 orang penah bunuh diri dekat sini..." ujar abang perlahan lahan..

"kalau kau nak pindah, takpe usin. aku tak halang." sambung abang

aku terdiam dan menjawab " abang. takpe bang. saya ok lagi. rasanya saya sanggup. takpe bang. dia pun makhluk macam kita.lepas ni saya sedia apa yang patut." ujar aku. tersekat2.










__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

ade sambungan ag??

silekan sambung okeh !!!!

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

x der kot nt ada aku smbg..ni ngh tgu dia smbung citer sal tunang dia kne pgasih...tp x hbs ag..so x ley la aku letak kt GC nie

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wahhh ...!!! wah...!!!!1 .. sudah bijaksana bijaksini adik adida zarinah zabudin ini mengkopi pes ....

nko amik dri forum/thread THE FLASH ke dik ...

best la budak nie punye citer ...

err... buleh x ... nko interdius budak the palshhh nihh kat aku ..... ngeee

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Cik aida zarina yg dahsyat bab mengopi pes ni.....biggrinbiggrin

smbglah lagi yee.......awwaww

rasa ketagih lak nak tau cerita selanjutnya.......nonoheh.....heh......



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

heheheheh adinda la pulokk...pak badda nak ker??ok g kt google..taip kisah seram dari buku 555..skng nie ada citer terbaru
kat kelapa sawit..seremmmm......

big brother nk bca sendiri ke nak yg aida copy paste kan???heheheheheh...
pegalaman dia mmg seram....klo nk pglman sndri tu mmg xder la..mnx2 langsung x der..hehehehe

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard