Kisah dari Pengawal ( episod berapa ek? lupa. 5 kot)
NOTA KAKI- dari cerita pakgad baru. Husin
Malam ini tugas aku meronda , Abang duduk di Pos. seronok pula kerja sebagai PG sekolah ni hari2 makan aku di tanggung secara tak rasmi oleh Abang ( pakgad senior) Orang rumah Abang memg handal memasak hari2 kami disajikan dengan lauk pauk yang best mula2 aku segan. ye la. baru kenal. takkan nak menumpang makan rupanya. Abang ada mengeluarkan modal untuk membuka kedai makan di kawasan Ipoh kiranya. lauk2 yang aku makan sememangnya untuk di letakkan di kedai. jadi. takda la aku segan sangat dan dari kaca mata aku ,Abang ni kira steady la. dia cakap " aku takleh duduk rumah. bosan. sebab itu apply jaga" sememangnya ABang dah ada pendapatan tetap dari kedai makan hasil usahama dengan bini beliau
malam itu. kenyang sungguh perut apa tidak nya. Abang membawa sambal ayam dengan lauk paru. plus ada kari ikan makan besar kami ( padahal2 tiap2 hari mesti 3 lauk punya.hehe dan penulis penah makan. sememangnya sedap!)
*selalu juga Abang ( Pakgad Senior) hantar lauk2 dekat kami bebudak asrama*
tepat jam 2am.tiba syif aku meronda.
"husin. macam mana? ok tak?" tiba tiba walkie berbunyi. terkejut juga aku. Abang " ok abang! ok!" balas aku.
terus aku menuju ke asrama. clear tiada apa. dan aku bercadang untuk berjalan kaki ke sekolah instead of mengayuh setibanya di hall laluan ke sekolah. meremang bulu roma sebab teringat kes malam Abang terjumpa budak pengsan dekat situ ( kes hantu tepi kolam) ketika itu aku on leave sememangnya. memag sekolah itu keras. sejak aku mendengar cerita dari ABang.. dan aku pernah terkena
aku menarik nafas dan membaca ayat kursi. lalu aku dengan selamba berjalan . sambil menyuluh2 sana sini, ok. takde apa yang curiga.
jalan. sejuk. banyangkan la h jam 2. sememanya angin bertiup2.
tiba2 sahaja ada benda seakan terbang melintas di depan ku! warna putih!! cepat2 aku terus berlari! AKU TAK MAHU BERJUMPA APA APA LAGI!!!!
"ARGHGHHHH! " SAMBIL AKU berlari mencapai walkie PAAPPP! alamak. walkie terjatuh!
aku terhenti. takkan aku nak tinggalkan alat berkenaan? buatnya hilang mati aku mesti di potong gaji.! aku patah balik. dan ketika itu. seperti ada angin menderu!
MAKHLUK ITU TERUS MENERPA AKU.SEBELUM ITU DAPAN KU LIHAT BADAN NYA MENGEMBANG DAN RAMBUT DAN MUKA NYA SANGAT MENGGERIKAN! HAMPIR HANCUR SEPEERTI DI TOREH2 DENGAN PISAU!!
BOMMMMMMMMM! BENDA ITU MENINDIH AKU! SEKARANG INI. DIA BERADA DI ATAS BADAN AKU!!
TERBATUK2 AKU. SESUNGGUHNYA AKU AMAT TAKUT KETIKA ITU!!
"ABANGGGGG!!!" JERIT AKU, SEKUAT HATI!
AKU MEMEJAMKAN MATA. DAN BERTAKBIR ALLAH HUAKBAR!!!
AKU MEMEJAM MATA. TAKUT YANG AMAT SANGAT!! DIA MENINDIH AKU DAN KELIHATAN DIA DUDUK DI ATAS DADA KU MEMANG SUKAR UNTUK BERNAFAS!
AKU BERTAKBIR SEKALI LAGI. DAN
HILANG!!! AKU CEPAT 2 BANGUN., AMBIL WALKIE DAN LARI!! BARU SAHAJA AKU MAHU MELAJUKAN KELAJUAN.
AKU TERJATUH!!! TERSADUNG SESUATU!!!
ARGH!!!
JATUH . DAN CEPAT2 AKU PANDANG KE BELAKANG!
SEMACAM ADA MAYAT BERBUNGKUSKAN KAFAN! TERBARING DI ATAS LANTAI!!!!!
"ya allahhh!!!!" JERIT AKU DAN AKU TERUS BERLARI!! KE POS PENGAWALL!!
TIBA DI SITU. KELIHATAN MOTOR ABANG TAKDE. CEPAT2 AKU BUKA PINTU DAN KELIHATAN DIA ATAS MEJA
" KE 7E, BELI ROKOK. NAK HALO KAU. WALKIE KAU . TAK BALAS PUN "
CEPAT2 AKU TUTUP PINTU. LEBIH KURANG 10 MINIT ABANG BALIK
nota kaki- kisah ini berlaku semasa aku Form 6. bukan aspura yang kena. tapi aspuri
"cepat turun. kang kene rotan ngan ustaz kang" ujar meor. ak dan 5 yang lain cepat2 bersiap. tu la padahnya main bola sampai nak maghrib. padahal tahu tak elok dan malam jumaat kena berkumpul awal dekat surau. aku sarung baju t hitam dan kain pelekat siap dan jalan sempat jugak.ustaz baru tiba dan senyum pada kami. (sambil itu ustaaz membawa bakul berisi nasi lemak. syukur rezeki)
Maghrib, Yassin. ISyak dan sedikit tazkirah jam 930 selesai bersurai dan aku dan geng geng macam biasa makan dbawah pokok depan surau kali ini di temanai ustaz jadinya kami agak cover2. takut tercarut. hahaha ustaz menanyakan hal2 asrama. ada benda rosak tak. budak2 baru camne schoolll stuff. kami berbual2. sedar2 dah jam 1030. "mike semua. sudah. esok sekolah. naik ya." ujar ustaz
kami pun akur. sebab masing2 dah kenyaNG. perut penuh. mata berat
naik. aku menyusun2 buku utk jadual esok. kira2 jam 11. aku sedang menggosok baju.
"TOLONG TOLONG. AUS !! MEOR. " kedengaran suara perempuan dari bawah.
cepat2 kami semua. bersusun di koridor "kenapa Ina?" tanya Aus. Ina merupakan classsmate Aus.
"tolong wei. ada budak f2 aspuri kena rasuk!"
"haa?rasuk?" ok ok. kiteorg siap" balas aus
dan sejurus itu dengar cakap2 dari budak2 aspura. masing2 nampak takut. mana tidak nya. ini merupakan kejadian ke 3 dalam sebulan musim benda ini mengganas musim hujan dan akhir2 tahun
aku bersiap. memakai track suit. dan aku menyuruh Daus. budak form 3. bagitau warden kami Cikgu Amran , CA. "bagitau CA, kol ustaz. ok?" arah aku
kira2 jam 1115. kami satu dorm berada di perkarangan aspuri dan ada 3 4 orang senior tinggal di aspura kami arahkan dorang berkumpul dan membaca yassin dan membuat apa yang patut. takut2 menda itu beralih arah
tiba di aspuri kami di hidangkan dengan jeritan dari tingkat 2.!
'ARGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHH!! PERGI MAMPUS KAU!!" MACAM SUARA LELAKI TETAPI diamati betul. semacam perempuan pula dan kedengaran suara2 di atas sedang membaca ayat kursi.
kami terpaku keadaan makin teruk. bila menda itu mula merasuk2.
1130 lebih kurang. ustaz tiba. selamat rumahnya dekat dengan sekolah. cepat2 kami menyambut ustaz
sepanjang menunggu ustaz dari atas. kadang2 menjerit. ketawa dan menangis
aku seram sejuk. dan yang lain. SAMA JUGA!
USTAZ BERTEMU DENGAN WARDEN ASPURI. AKU NAMAKAN BELIAU SEBAGAI CIKGU BIBAH. CB
"USTAAZ.tolong ya. tiba 2 je. balik dari surau. kawan2 dia cakp. si Mira ( mangsa) pegi toilet dan ketawa2 seorang diri" ujar CB
ustaz mengangguk. dan " kome. pegi amik Yassin dekat surau. dan yang lain. mntk aspuri baldi. korang tadah air" arah Ustaz segera kami membuat dan aku memilih tugas menadah air.
merasa masuk dalam tandas aspuri memang bersih berbanding kami.
kemudian. sesudah itu. kami aspura berkumpul di dataran aspuri. menunggu.
"ARHHHGHHHHHHHH!!!" kedengaran
"suruh budak2 aspuri tu tutup aurat. apa yang patot. kami nak naik atas. ni." arah ustaz .kali ini dengan nada tegas kepada CB
3 minit selepas itu clear. kami naik ke atas.
dan kelihatan Mira. sedang duduk bersila. di hujung dorm... kelihatan katil2 semuanya di tolak ketepi ( sangkaan penulis. budak2 ni yang tolak. rupanya si mira tu menarik semua ke tepi) seperti nampak gelanggang silat. lapang di tengah2 dan ada katil double decker yang terbalik!! dasat!
dan ketika itu. uztaz mengeluarkan tasbih mulut terkumat kamit dan kami duduk di depan pintu
"sudah. korang semua duduk keliling. baca yassin. tunggu arahan saya."arah ustaz cepat2 kami masuk dan duduk keliling dan pelajar2 aspuri ada yang duduk di belakang kami memegang surat yassin
ustaz duduk di depan Mira "kenapa kamu." soal ustaz.
"HAHAHAHAHAHAHA" hanya ketawa mira ketika di soal.
" apa yang kamu mahu. beritahu aku." balas ustaz.
perlahan2 mira mendongak kan kepala. melihat ustaz
dan dapat aku lihat. muka mira sedikit pukat dan bibir nya berdarah (kata aspuri, masa mira mula2 di rasuk. terkancing gigi. jenuh dorang tahan dengan sudu! dan mira mengigit2 bibir sendiri smpai berdarah)
"bismillah ...." ustaz mula membaca ayat2 suci. dan Mira?
mula berdiiri. dan mengangkat tangan!
" aspuri yang lain. keluar. nanti ada yang terkena!" jerit ustaz!
berdesup2 masing keluar! hanya melihat dari tingkap dan terjenguk2.
"aaaaaaaarghhh. fmasbsabdgvmdsbmdsbgjsdgjdshgjsndsd ( aku tak tau bahsa apa yang si mira tu bercakap malam tu.) serius. macam bahsa org asli pun ada.)
walaupun kami tak memahaminya tetpai dengar semaacam seram. "baca yassin. jangan berhenti"
MULA
dan mira duduk! membatu dan kepala di gerak kiri kanan! seperti org berzikir! dan semacam mengajuk kami!!
dan tibatiba dia menerpa ke arah aku!! aku yang pertama di terpanya! ( kami ada 10 org malam tu budak aspura) tiba tiba si mira meletakkan tangan di bahu aku dan mencengkam!!
memang sakit!! terlepas Yassin dari tangan dan tiba tiba. cepat2 Ustaz meletakkan tangan di kepala mira!! cengkaman terlepas. dan ustaz membaca sesuatu. dan mira kelihatan marah!
duduk kembali dan ustaz berdiri memegang tasbih. dan mira. seperti mahu melihat muka kami sorg demi sorg...
habis dia keliling 10 org kami yang membaca dan seperti mahu menyerang. tapi berundur bila maju
hampir 20 minit. kami selesai membaca
ustaz terus menyuruh kami rapat
dan ustaz terus menerkam mira dan meletakkan tangan di ubun2 mira "ARGHHHHHHHHHH!!! BHFVAHNBFJBAFBFBBF" mira membentak!
ustaz membaca ayat kursi dan ayat2 yang lain. ayat yang jarang kami dengar. berulang2 kali
mira mengelupur. terbaring dan baju nya terselak!!! YA ALLAH!!
cepat2 ustaz memanggil CB dan budak2 yang lain untuk membantu,
"tutupkan baju dia" arah ustaz
tiba tiba seorang budak aspuri ( tak tau nama ) terbaring dan menggelepur setelah memegang mira!!!
terenjat2 badan seperti terkene elektrik!!
dan sejurus itu. ustaz menyuruh 2 org budak aspura memegang budak itu. dan di suruhnya membaca ayt kursi tepat di telinga
dan Mira. melihat ustaz dengan mata yang seram tebeliak!!!
aku duduk di hujung kaki mira. seram melihat dia mejerit2 dan bibir nya berdarah. dan die menjilat3 darah yang keluar dari bibirnya
hampir setengah jam ustaz merawat dan akhirnya dengan 3 kali takbir. mira terdiam. selepas menarik nafas yang panjang!! dan badan nya mellengkug kerana seperti ada sesuatu keluar dari badan nya!
aku terasa ingin muntah ketika itu. dan "UWEKKKKKKKKKKKKK!" aku termuntah dan yang 9 org budak aspura! MUNTAH JUGA!!! entah kenapa! aku tak tau sampai sekarang! tiba2 rasa loya menerpa tekak. mereka muntah , habis lantai dorm berkenaan.
"sudah2. cepat amik kan air dalam baldi.lalukan air." arah ustaz dan pelik ustaz macam tahu je kami akan muntah malam tu ( ampai sekarang misteri. ustaz senyum je bila di tanya.)
dan ustaz mengambil sebaldi air. di bacakan doa2 hamoir 5 minit dan di renjis2 ke tubuh mira dan sekitar dorm.
aku keluar untuk meminta penyapu dan tekejut!!!
HAMPIR 5 6 ORANG BUDAK ASPURI PENGSAN!! KELIHATAN 2 3 ORG SEDANG MENGIPAS KAWAN MEREKA YANG PENGSAN
RUPANYA. SEMASA KAMI MENGUBAT ADA YANG TAK TAHAN MENDENGAR. DAN PENGSAN (NASIB BUDAK2 YANG PENGSAN.SEDAR MACAM BIASA. CUMA DORANG CAKAP. DORGN TERNAMPAK IMBASAN PEREMPUAN MEMEGANG BAYI TIADA KEPALA KELUAR MASUK DALAM DORM!!!)
7 ORANG YANG PENGSAN MALAM ITU TERMASUK DI DALAM DORM YANG PEGANG MIRA
MIRA DI LETAKKAN DI ATAS KATIL DAN KAMI MENYUSUN KATIL2 DORM SELEPAS DORM DI BERSIHKAN DENGAN AIR DAN SABUN HAMPIR JAM 2 PAGI.BARU ABIS MENGEMAS DAN MEMBASUH pLUS KAMU MEMBACAKAN YASSIN UNTUK DI SIMBAH DI SEKITAR ASRAMA.
selepas kami merenjis air yassin sekitar asrama. sebelum kami pulang. ustaz mengarahkan kami mengazakan kawasan sekitrar asrama.
"pilih tempat yang kamu rasa seram"ujar ustaz tekejut kami. mendengarnya dan aku memilih di bawah tangki air semasa azan. sayup2 je malam tu dan tengkuk aku meremang ketika itu aku hanya memejam mata. takut!
selesai semuanya. kedengaran mira sudah membuka mata dan katanya dia penat. "apa dah jadi"
dan budak2 yang pengsan dah pulih
kami balik. dan jam 4 baru boleh tidur. dan rupanya di aspura ada juga hal nya!!!
(NANTI AKU CERITA KAN)
esok nya. kami ke sekolah memang mengantuk mujurlah ustaz dah bagitau dekat Pengetua. budak2 aspura dan aspuri. lepas rehat boleh balik dorm rehat. syukur.
kisah si mira?
"BALIK DARI SURAU. SAYA ADA NAMPAK BUDAK KECIK DUDUK TEPI KOLAM. KATANYA NAK BERKAWAN DENGAN SAYA. SAYA TERIMA DAN BAWAK BALIK. SEBELUM INI DAH BANYAK KALI SAYA NAMPAK. BUDAK TU BADAN2 DIA AGAK2 HIJAU DAN RAMBUT NYA BOTAK ( TAPI BUKAN TOYOL) DAN DIA SELALU MENEMAN SAYA KETIKA SAYA PERGI KE MANA2....WAKTU MALAM DIA ADA. SAYA TAK TAKUT. SEBAB MACAM KHAYAL JE KETIKA ITU. DAN SEPANJANG SAYA NAMPAK BUDAK TU. SAYA DATANG BULAN.."
itu sahaja yang kami tahu dan dengar tentang kejadian malam itu
saat saat dia mahu di rasuk
" di tandas SAYA NAMPAK ADA BENDA RAMBUT PANJANG DAN LIDAH PANJANG MELILIT TENGKUK. MATA MERAH TENGOK KE ARAH SAYA.LEPAS TU TAK INGAT APA"
tammmat
akan di sambung dengan kisah yang terjadi di aspura malam itu juga....HAHAHAHAHA
Kejadian Cikgu Salmah ( CS ) di ganggu lembaga putih
nota kaki- ini cerita dari CIkgu Salmah ( bukan nama sebenar) masih bujang ketika itu. Cikgu Matematik. berusia 27 kot.time tu
Sejak masuk di sekolah ini aku semakin sibuk dengan unit beruniform KRS ( KADET remaja seklah) ini kerana semasa aku di universiti. aku memang aktif dengan persatuan berkadet dan sebab itu aku dipilih oleh Puan Pengetua.
seperti yang di rancang , sepatutnya kami berkhemah di Kawasan Lipu Kuala Woh. tetapi atas2 sebab keselamatan ( kebetualan, Perak di landa Musim Hujan sepanjang bulan) pengetua mengarahkan supaya di buat di padang sekolah lemah semngat aku menerima surat dari pengetua tentang pindahan tmpat khemah tetapi atas sebab keselamatan. aku turutkn
sebab aku tak di mahu di sabit kan jika terjadi apa2
perkehamahan Agung tersebut berlaku pada hujung minggu, dan aku cuba sedaya upaya ntuk membuat susana bercamping di kawasan sekolah.
langkah pertama aku meminta supaya semua lampu2 di padamkan untuk mendapat suasana gelap. walaupun padang sekolah di tepi jalan besar. tapi itu yang mampu aku janakan utk bagi feel di dalam hutan. dan aku gigih membeli cengkerik2 di kedai pancing untuk aku lepaskan malam nya nanti. untuk ada efek bunyi cengkerik!!! ( aku tak tau kenapa cikgu aku ni proaktif sgt. aku perli. kenapa tak beli rimau.hehe)
tiba hari yang di tunggu perkhemahan perdana. Jumaat petang budak2 KRS mula berkumpul. dan tepat jam 5 selepas solat asar mereka memasang khemah. kira2 50 orang pelajar mengambil bahagian
untuk memudahkan mereka mandi pihak sekolah telah membeli tangki2 takung hitam unutk di gunakan. di letakkan di sudut padang dan untuk siswi. di sudut sebelah sana. sambil di tutup dengan kain2 cadar hitam ( beli di Nagoya katanya) memang selmat. kerana aku sudah memeriksa dua tiga kali dan setiap kali mandi akan ada cikgu2 lain memantau dari luar ( cikgu pempuan) dan kami memng mengamalkan MANDI BERAMAI2. MANDI SEKALI SEMUA. senang untuk pantau.
malam itu. selepas selesai menjalankan aktiviti. kami masuk tidur.malam itu tiada ada apa2 yang berlaku
malam esok nya. selepas aktiviti. aku bercadang untuk mandi. malam itu aku rasa badan aku melekit kerana sebentar tadi aku banyak mennunjukkan dema Tempur Tanpa Senjata banyak bergulin2 di lantai padang dan aku rasa badan aku berpasir. dan aku bercadang untuk mandi. setiba di tempat takung bahagian wanita kecewa. air takda!!! kering kontang air, dan aku cba membka paip sambungan. tiada air
segera aku menanyakan hal ini pada cikgu MAria ( bukan nama sebenar) tentang hal itu
"oh. paip dkat jamban tu tercabut la tu." ujar C Maria.
aku hampa. rasa malas mandi. tapi badan gatal dan melekit. aku pun pulang ke kemah. mengambil lampu suluh (sebab sekolah gelap gelita)
perlahan2 aku berjalan. letih sungguh malam itu. dan mulanya aku nak mitak di temani tapi. masing2 cikgu yang lain seperti mahu hendak tidur.
aaa. takpelah. lagipun sekolah je pun. ujar aku dalam hati
tandas tersebut berada di tingkat 2. berhadpan denagn aspura. (ketika itu aspura kosong. cuti sekolah)
perlahan aku menaiki anak tangga timbul rasa seram. gelap. hanya lampu torch lite aku sahaja yang menerangi tempat tu
ya. memang betul kepala getah itu tercabut dari paip. cepat2 aku memasukan kembali dan melilitnya dengan dawai yang aku lihat sengaja di tinggalkan di situ.
"lar patut la. lilit sekali je. mana nak kuat" getus aku dalam hati aku mengigit torchlite. dan mula membaiki paip itu.
hampir 3 minit aku mengadap kepala paip .
selesai. segera aku bukak kepala paip. kedenganran bunyi air lalu menuju ke getah gembira. berjaya. jugak.
aku memalingkan badan untuk keluar dan tiba tiba!!!
SEBAIK AKU MELANGKAH KELUAR. MATA AKU TIBA TIBA TERLIHAT LEMBAGA PUTIH DUDUK DARI ARAH KORIDOR SEBELAH SANA. DI HADAPAN AKU ADA KELAS . BENDA ITU DUDUK BETUL MENGADAP AKU!
SERIUS. AKU TERSANGAT TAKUT. TERASA PELUH MLA MEMERCIK DAN KAKI AKU RAS SEPERTI JEJAK TAK JEJA DI TANAH
AH SUDAH. APA TU. AKU TAKUT UNTUK MENYULUH! JAUH SEKALI UNTUK MENJERIT KERANA AKU RASA PETI SUARA KU SEMACAM KETAT!!
PERLAHAN AKU BERJALAN DAN YANG MENAKUTKAN!!
BENDA ITU SEAKAN2 MENGAJUK AKU!!
BERJALAN SEIRING . CUMA NYA DIA DI DEPAN KU!!!
EEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!!
TIBA TIBA BENDA ITU MENGILAI!!!! AKU TERUS TERDUDUK. TERSANDAR DI TEPI TANDS SAMBIL AKU RASA SEPERTI DARAH SEAKAN2 MAHU KELUAR DARI TENGKUK KU RASA PANAS DAN BERDENYUT TENGKUK KU
ARGHHHH!! AKU MENJERIT. TETAPI TIDAK KUAT. TERKETAR. PERLAHAN2 AKU MERANGKAK MENUJU KE TANGGA.
MENGESOT2 AKU MENURUNI TANGGA TAKUT NYA TUHAN YANG TAHU DAN BENDA ITU!!!
MENGAJUK PERLAKUAN KU!!!
SAMA SAMA MENGESOT! DAN KEDENGARAN MAKHLUK ITU SEAKAN2 KETAWA.!!
AKU MENGUMPUL KUDRAT. BERDIRI DAN TERUS BERLARI KE BAWAH!!!!
DAN MELALUI COURT DI DEPAN PEJABAT GURU.!!
DAN AKU SEMPAT MELIHAT DI BELAKANG. makhluk di awangan mengejar aku
SEJURUS SELEPAS ITU,
AKU MERASAKAN PANDAGAN AKU KABUR DAN AKU PENGSAN. HAMPIR 30 MINIT. KERANA CIKGU MARIA PERASAN AKU TIDAK PULANG KE KHEMAH RAMAI2 MEREKA MENDAPATKAN AKU YANG KETIKA ITU TERBARING DI TEPI COURT HADAPAN BILIK GURU.
malam itu. aku tidur di temani C MAria. aku terbayang dan takut. mujur ada ustaz ( warden) datang selepas mendapat tahu aku di ganggu diberinya air penwar.
dan esok nya. aku mengambil keputusan untuk tidak tidur lagi di khemah ( malam ahad nya last camping)
aku tak tahan. takut. dan meminta dari cikgu Habsah ( cikgu ketua KRS) untuk mintak exception dia memahami dan aku tidur di rumah malam itu sebab kejadian itu. aku hampir 1 minggu demam.
aku serik pergi tidak berteman. kerana aku terjumpa 'teman' yang lain
Kisah dari Pengawal Keselamatan Sekolah ( kejadian 1 )
nota kaki- banyak kejadian hantu di sekolah. datangnya dari Pakcik Guard ni. terima kasih atas pengalaman Tuan INI CERITA DARI BELIAU
*bekas POLIS pangkat SARJAN.*
Malam itu aku membuat rondaan duty. setiap jam memang aku akan membuat rondaan. memang aku seorang je pun yang menjawat jawatan Pengawal KEselamatan ( untuk shift malam) ( PK) bagi aku. menjaga kawasan sekolah mudah sangat la mudah dan kurang risiko nya kalau di bank atau di kedai emas. mungkin mati di tembak.! wallahualam.
malam itu tepat jam 1am. aku meronda kawasan sekolah agak besar. jadi sememangnya aku menggunakan basikal. padahal aku ke kerja membawa motor.sengaja aku guna basikal mana tahu ada pencuri. mesti dia tak sedar aku datang sebab naik basikal. takde bunyi enjin lagipun. ini je lah cara aku untuk berpeluh di waktu usia emas basikal mountain bike. ada lampu brek dan lampu headlight. di hadiakan oleh anak sulung aku
aku memulakan rondaan duty jam 1 pagi. aku berkayuh menuju ke arah blok asrama. dahulu berbekal kan cota dan torch lite size besar.dan wisel di bahu aku berkayuh.berhenti di blok asrama ketika itu ada pelajar. dari atas "pakcik.. sini clear!" terdengar dari anjung kaki lima tingkat 3.
"haish. tak tidur lagi ke korang.sok sekolah yob" bals aku budak asrama. memag ada menjadi burung jampuk berjaga di waktu malam oleh kerana ada penghuni. hanya 5 minit sahaja aku meronda. banyaknya di kawasan dewan makan.
kemudian aku beralih ke blok kelas.
ada 3 blok perlu di ronda. 2 blok yang mempunyai 3 tingkat. aku menaikki blok A
sejurus aku tiba di tingkat 1 blok A angin malam menyapa muka ku. sejuk. memang kawasan sekolah ini malam2 begini memang begini angin nya.
aku membukak torchlite.berjalan. lalu di hadapan library. aku menjenguk2 di celah2 cermin.. naik ke tingkat dua. aku memerikasa kelas2 ada kelas yg tidak di kunci hal ini akan aku beritahu Guru DIsiplin septonya.kelas2 ini di kunci untuk elak kecurian. aku menutup2 pintu2 kelas yg sengja di biakan melopong.
perlahan2 aku menaiki tingkap tiga.
TIBA TIBA KELIHATAN!!! DARI HUJUNG KORIDOR!! KELIHATAN SEPERTI ADA ORANG BERDIRI!!!
SEGERA AKU MENYULUH!!!!
HAAAA! BERPAKAIN SERAGAM SEKOLAH! BERSELUAR HIJAU! CEPAT AKU BERLARI2 ANAK!
KERANA ORANG ITU SEAKAN SEDAR AKU MENYEDARI KEHADIRANNYA! ORANG ITU MULA MENGINJAK KE BELAKANG.SEDIKIT DEMI SDIKIT!
CEPAT2 AKU MENERPA. DALAM JARAK 10LANGKAH AKU TERHENTI! KERANA
ITU BUKAN ORANG.. SEBALIKNYA SYAITAN
KERANA SEMASA AKU BERLARI MENUJU SEMPAT AKU MEYULUH MUKA ORANG ITU
KELIHATAN KEPALANYA SOMPEK SEBELAH BERDARAH DAN KELIHATAN OTAK!!
AKU TERHENTI SETELAH MELIHAT PEMANDANGAN SEBEGITU DAN TIDAK SEMENA
'ORANG ' ITU MENGADAP AKU
KETAWA SEKUAT MUNGKIN!!
"HAAAAAAAAAAAAHAHAHAHAHAAAAAAAAAAAAAAAAAA!'
MEMANG KUAT. DAN!!!
ZASSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS!
TERJUN!! YA. BENDA ITU TERJUN DARI TINGKAT TIGA!!!
SEMPAT AKU LIHAT DI BAWAH!!!! AKU SULUH DAN KELIHATAN 'ORANG ' ITU TERBARING DI BAWAH!!
KELIHATAN SEPERTI KEPALANYA PECAH. NAMPAK DARAH MENGALIR DI SISINYA.!!
DAN!!! TIBA TIBA DIA BANGUN DAN SEPANTAS KILAT BERLARI DAN HILANG DARI PANDANGAN!!
aku segera beristighfar. YA ALLAH. kau ampunkan la dosa si mati.
*itulah adalah kes terpencil di sekolah. pelajar bunuh diri kecewa SPM hancur*
aku masih ingat lagi kes itu.
segera aku balik ke pos pengawal bagi aku. rondaan jam 2 am 3 am tidak perlu aku buat
aku memerlukan masa untuk mencerna apa yang aku lihat tadi!!
AKAN BERSAMBUNG
heheeheh
Kisah Dari pondok Pengawal Keselamatan ( Kisah 2 )
malam itu seperti biasa. rondaan setiap jam. malam itu aku pulang ke rumah jam 8pm untuk mengambil bekal yang disediakan oleh isteri. sedang aku mula mengayu dan meronda. teringat bekal tersebut perut terasa lapar.
malam itu jam 1am. aku berjalan di blok A. periksa setiap pintu,
berjalan. dan duduk di tangga. menghisap rokok (sebab pakcik ni hisap rokok balut. jenama BISON. NAK BALUT KENE DUDUKHEHE) hisap rokok.
aku melihat jam. baru 130am. ada lagi 30minit. aku segera bangkit dan cadang untuk berjalan di sekitar bilik Bengkel Kemahiran Hidup situ agak gelap. dan selalu menjadi tempat budak2 asrama fly. ( tapi sejak dorang tau situ ada sesuatu. tak berani dah)
kira2 5minit baru aku tiba. kerana di dalam perjalanan. aku jenguk2 blok2 lain .
tiba di sekitar bengkel kemahiran hidup..
sunyi sepi
tiba tiba kesunyian itu di belah oleh bunyi hilaian!!!
HEEEEEEEEEEEEE HEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!
KEDENGARAN DARI POKOK SUKUN BERHAMPIRAN BENGKEL!! DAN KELIHATAN KELIBAT PUTIH!!
ZASSSSSSSSSS. TERAASA ANGIN PANAS DI ATAS KEPALA AKU!!
SAH! BENDA ITU TERBANG DI ATAS KEPALA!!
AKU SEGERA MENUNDUKKAN KEPALA!!
SAMBIL MULUT MEMBACA AYAT SUCI!!
INI KALI KEDUA AKU TERKENA ( SEJAK PERISTIWA 1 )
HEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE!
MAKIN KUAT HILAIAN BENDA ITU!!
DAN SESEKALI AKU MELIHAT KE ATS! JELAS!! MEMANG BENDA ITU BERLEGAR DI ATAS KEPALA AKU!!
HAMPIR 2 MINIT AKU BERDIRI TERPAKU!
SUDAH TIBA MASANYA UNTUK AKU BERTINDAK!! SEGERA AKU MENCAPAI COTA DAN TORCHLITE!!
DAN SEPERTI KETAHUAN BENDA ITU BERHENTI DAN BERTENGGEK DI ATA BUMBUNG BENGKEL!!!!
DAN AKU SEGERA MENYULUH BENDA ITU!!
KELIHATAN IANYA TIDAK KISAH DENGAN SULUHAN LAMPU...
DAPAT DI LIHAT
MATANYA YANG MERAH DAN MUKA SEPERTI DI TOREH2... DAN RAMBUT KUSUT DAN PANJANG.!
ZASSSSSSSSSS!! SEPERTI TAHU AKU SEDANG MENELITI NYA BENDA ITU TERBANG KE BELAKANG BENGKEL!!
SENYAP. AKU TIDAK BERCADANG UNTUK MENGEJAR. UNTUK APA?? KERANA AKU TAHU
KITA AKAN BERTEMU LAGI....
AKAN BERSAMBUNG. hehehehehehe
Cerita dari Pondok Pengawal ( cerita 3 )
nota kaki- ini adalah cerita rekaan semata mata ( baca secara sarcasm )
Gembira betul rasa hati. kerana aku sudah ada partner. kebetulan. Syarikat tempat aku bekerja telah menempatkan seorang lagi pengawal di sekolah jadinya. boleh la kami bergilir2. usia Hussin ( pak gad baru ) baru menjengah 35 tahun sebelum ini dia jaga bank atas alasan dia pernah terlibat dengan kes rompakan ( semasa dia jaga bank) dia trauma dan minta di tukarkan. dalam resume.dia cakap mintak di Hospital sudahnya. syarikat hantar di sekolah
lega juga hati ada la teman takde la teman aku Radio 3 Perak setiap malam bosan juga kadang2
Ini adalah hari ke 5 dia masuk kerja. dan malam itu. aku mengajak dia untuk ronda bersama sebelum ini. sepanjang 5 hari dia duduk di pos pengawal.saya pegi ronda.
"ko dah puas rilek Husin? hahaha saja aku bagi ko lepak dulu. meh sini aku nak tunjuk ape kena buat time ronda" " puas dah Bang. haha" jawab Husin mana tak puas. Husin siap bawak tv . walaupun kecik. tapi dapatlah kami tgk berita dan cerita
Sengaja aku bawak Husin ronda jam 2am. sebab aku nak die rasa vibe ketika itu. sunyi2. sebab nanti die sorang jugak yang akan meronda.
setibanya kami di Belakang Bengkel KH. "ha. sini ko g cek pagar2 tu. takut de lubang budak fly" ujar aku di dalam hati teringat.minggu yang sudah2 . terjumpa pontianak.
Husin angguk. dan menyuluih2 keadaan sekeliling. seronok betul die menyuluh2 sana sini. " rasa macam pengawai Penjara la bang" gurau Husin.
aku tak ketawa pun. hanya senyum sebab. mula timbul rasa tak sedap hati.
"jom.pegi Blok sana lak" pinta aku.
kami melintasi dataran perhimpunan
krup krap krup krap!
kedengaran but Husin yang berladam dan berstell toe! "amboi usin. memang dah macam pengawai penjara aku tgk kau ni dengan kasut cmtu" usik aku
"hahaha. selesa bang pakai kasut ni. hehe baru smart" ujar Husin aku ketawa kecil.
"ha. kau amik tingkat 3. aku ronda bawah" ujar aku.
Husin mengangguk. Dari jauh aku lihat Husin naik ke atas, kedengaran bunyi but nya membelah kesunyian.
aku berjalan dan memeriksa keadaan di bawah. Makmal Sains. bilik2 kelas. semua nya ok.
selang 5 minit. kedengaran Husin memanggil aku dari atas
"ABANG!"
aku terhenti langkah dan menyahut! "Ya. ada pe husin??" selang 10 saat. tiada jawapan.
AH sudah. apa yang tak kena. sudah kah Husin berjumpe 'penghuni malam' congak aku di dalam hati.
selaju yang mungkin aku berlari menaiki anak tangga ( pakgad saya ni badan die slim world. jaga makan orgnya)
tiba dia atas husin terus meluru ke arah aku!
"bang, saya rejek jaga hospital sebab takut benda macam ni. rupanya SINI PUN ADA!!"tiba2 husin membentak.
"apehal ?" tanya aku!
"tu ha bang!" sambil hussin menunjukkan di Koridor hujung
segera aku melihat.!
KELIHATAN SEPERTI KELIBAT HANTU POCONG.!
DAN YANG AKU NAMPAK..
TIGA BATANG SUSUK TUBUH BERBUNGKUS!!! SEPERTI MAHU MENGHALANG KAMI DARI PERGI KE SEBELAH SANA!
"YA ALLAH.!" REAKSI SPONTAN dar aku
"dah. jom kita turun bawah.!" balas aku selepas itu.
rupanya husin terus berlari ke bawh meninggalkan aku.
"tak bleh diharap betul!" getus aku dalam hati melihat perbuatan husin
tiba di tingkat bawah. aku memanggil husin "ko jangan takut sangat....ini baru sikit HUsin."
kelihatan hussin termengah2. mukanya berpeluh.
sedang kami berjlan. aku melihat ke tingkat tiga. memang kelihatan Pucong2 itu tegak berdiri. entah kenapa malam itu. 'mereka ' hanya statik begitu.. mungkin salam perkenalan untuk Husin jaga baru sekolah..
Tamat. to be continue
Kisah dari Pondok Pengawal ( kisah 4)
nota kaki - Ini cerita dari Hussin. di ceritakan oleh Pak Guard senior kepada penulis.
Sudah 2 minggu aku bekerja. sejak kejadian hari itu ( berjumpa pocong) aku sudah tidak berjumpa benda pelik lagi selepas itu
malam itu hujan renyai2. urusan rolling duty di buat oleh Abang ( pakgad Senior) dia yang menyusun pukul berapa aku perlu meronda.
dan tiba giliran aku. jam 3am ( jam 5 6 7 tiada rondaan . " buat ape?" kata Abang. )
ketika itu kami sudah di bekalkan walkie talkie "cek bang. masuk2" aku mencuba walkie. ok semuanya ok
"ok bang. pergi dulu. assalamualaikum" kata aku. Abang hanya mengangguk.
aku meniru jejak langkah abang iaitu berkayu basikal. seronok rasanya mengayuh di waktu malam. sudah lama juga aku tidak berbasikal.
tiba di asrama. aku ke belakang dewan makan tiada ada yang di ragui. terus aku ke BLOK B. aku meletakkan basikal di pentas dataran perhimpunan.
sengaja aku malas hendak membuka torch lite kerana pesan ABang " selagi ko boleh nampak. tak payah bukak. nanti org jahat perasan" aku menurut saja kata abang lagipun mata aku masih baik dan malam itu walau hujan aku di bantu dengan cahaya2 kilat
dengan memakai baju hjan kuning. aku berjalan di sekitar BLOK B. aku mengetuk2 pintu menggunakan cota setiap kali aku melintasi kelas. sengaja. bosan
3x aku meronda kawasan yang sama. " blok B clear bang" aku melapor pada pos kawalan " OK OK BAIK " balas abang.
aku ke BLOK A. tetapi aku bercadang untuk mula dari tangga hujung instead of tangga tengah.
krup krap krup krap bunyi but aku. kadaang2 aku terasa seperti askar berkawad aku menaiki tangga. "basah. tempias." ujar aku dalam hati bila melihat tangga di basahi air.
aku naik. mula dari tingkat atas sekali . tingkat tiga 3
dan sememangnya laluan tangga di genangi air.
menyusahkan perjalanan aku.
tiba di tingkat 3. aku mengeluarkan torch lite.
aku pelik. kenapa sekolah ini tidak mahu memasang lampu di koridor. aku pun tak faham cuma lampu di blok pentadbiran ( pejabat ) sahaja yang ada lampu koridor
anggapan aku
"siapa nak merompak kat kelas2 ni pun" aku ketawa sndiri di dalam hati
"ahh. janji di bayar gaji" ujar aku sndirian
meneruskan perjalanan. jalan.
DUMMMMMMMMMMM!!
KEDENGARAN ADA BENDA JATUH LEBIH KURANG 10 KAKI DARI AKU! DI BELAKANG AKU!
BERHAMPIRAN DENGAN TANGGA! CEPAT2 AKU MENGAMBIL LAMPU SULUH! TERUS AKU MENYULUH!!
ALANGAKAH TERKEJUTNYA!!
SEPARUH BADAN WANITA. BADAN NYA BERDARAH DAN BERAMBUT PANJANG!!! MERANGKAK KE ARAH AKU!! AKU DAPAT LHAT TALI PERUT DAN USUS2 NYA DI SERET SEKALI DI LANTAI!!
AKU KAGET!!! YA ALLAH!! AKU CUBA MENGAMBIL WALKIE. TAPI RASANYA TANGAN AKU SEPERTI KAKU AKU SEMAKIN LAMA KE BELAKANG. BERSEDIA UNTUK LARI.
DAN KELIHATAN BENDA ITU SEPERTI HENDAK MEMINTA SIMPATI PADA KU. ( MUNGKIN) KERANA APA YANG KELUAR DARI MULUTNYA
"EEEHH.. ARGHH....UHHH" BUNYI ORG MENGERANG KESAKITAN!
lari!!! AKU SEGERA LARI KE ARAH TANGGA SEBELAH HUJUNG!! TURUN KE TINGKAT DUA AKU BERLARI KE ARAH TANGGA YANG MULA MULA AKU NAIKI. KERANA TANGGA ARAH AKU TURUN DI BAWAHNYA PINTUNNYA DI KUNCI GRILL. MAHU AKU TERKETAR2 MENCARI KUNCI!
BAIK AKU AMIK JALAN PINTAS
ZASS.. SEGERA AKU LARI KE ARAH TANGGA MULA MULA AKU NAIK! AKU MEREDAH TANGGA YANG BERLECAK DENGAN AIR ITU.
TERUS PANTAS AKU BERLARI KE BASIKAL DAN PULANG KE POS PENGAWAL
"ABANG! SAYA JUMPA LAGI!!" JERIT AKU TIBA DI POS PENGAWAL
"KENAPA KENAPA!" BALS ABANG SEKAKAN TERKEJUT
DALAM 2 MINIT AKU MENCERITAKAN HAL TADI SAMBIL AKU DI LUAR. DAN ABANG DI DALAM POS .
AKU TERCUNGAP2.. TIBA TIBA
" HUSIN. KENAPA BUT KAU? SELUAR KAU?"
YA ALLAH!! JERIT AKU!
darah!! but aku tapak dan tepinya penuh dengan calitan darah!
dan seluar aku ( seluar coklat.) ada tompokan darah ya allah!!
YANG AKU LALU TADI BUKANNYA LOPAK AIR TAPI LOPAK DARAH!!
CEPAT AKU MEBASUH PALITAN DARAH DENGAN PAIP DI TEPI POS . TERKETAR2. SAMBIL DI BANTU ABANG. DAN PADEL BASIKAL AKU JUGA. ADA CALITAN DARAH
SEPERTI MAHU DEMAM AKU MALAM ITU.
SELEPAS AKU MENYALIN PAKAIAN. AKU TERDUDUK DI KERUSI DI POS. SAMBIL ABANG MEMBUATKAN AKU AIR TEH DAN DIBACAKAN AYAT SUCI
"NAH MINUM. bagi pulih semangat" ujar abang
"Husin. sekolah ni nampak je ok. tapi ini memang laluan dia husin. dekat 3 orang penah bunuh diri dekat sini..." ujar abang perlahan lahan..
"kalau kau nak pindah, takpe usin. aku tak halang." sambung abang
aku terdiam dan menjawab " abang. takpe bang. saya ok lagi. rasanya saya sanggup. takpe bang. dia pun makhluk macam kita.lepas ni saya sedia apa yang patut." ujar aku. tersekat2.
heheheheh adinda la pulokk...pak badda nak ker??ok g kt google..taip kisah seram dari buku 555..skng nie ada citer terbaru kat kelapa sawit..seremmmm......
big brother nk bca sendiri ke nak yg aida copy paste kan???heheheheheh... pegalaman dia mmg seram....klo nk pglman sndri tu mmg xder la..mnx2 langsung x der..hehehehe