Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Cerita Panas!!!


Super Member

Status: Offline
Posts: 1655
Date:
Cerita Panas!!!


BUKAN satu kemungkinan lagi buat Sonata Filem Sdn Bhd apabila Yusry Abdul Halim menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada menjayakan filem pertama terbitan mereka, Qabil Khucary Qabil Dam (QKQD).
 

Hakikatnya, Yusry sudah pun membuat keputusan tidak akan membintangi filem cinta menyayat hati yang dijayakan bersama Ziana Zain, Han Isaac serta isterinya, Erra Fazira.

Alasan yang diberikan tetap sama iaitu bimbang memberikan komitmen terhadap QKQI sedangkan pada masa yang sama tugasnya sebagai pengarah Cicak Man belum selesai terutama sekali apabila membabitkan kerja pos-produksi filem menggunakan teknik CGI.

Perkara ini disahkan pihak penerbit Sonata Filem, Tok Kelembai dalam sidang media kedua mereka yang diadakan di Hotel JW Marriott, Putrajaya, petang kelmarin. 

Eloka ketika mengumumkan perkara itu berkata, dia dengan rasa berat hati ingin mengumumkan, Yusry tidak akan bersama produksi itu lagi untuk membintangi filem QKQI.

“Keputusan yang dibuat Yusry itu diterima sebelum menjelangnya sambutan Hari Krismas lalu.

“Memang saya minta dia (Yusry) untuk buat keputusan lebih awal dan pada waktu itu juga saya sudah bersedia menerima segala kemungkinan yang bakal berlaku.

“Sebaik saja Yusry menyatakan keputusannya itu, saya terus menghubungi pelakon yang bakal menggantikan tempatnya.

“Dia (pelakon) saya pilih selepas mengkaji serta membuat beberapa penilaian dan saya percaya dia mampu menggantikan tempat Yusry dengan baik.

“Berikutan daripada itu, saya juga ingin mengumumkan serta memperkenalkan penggantinya pada hari ini.

“Pengganti Yusry yang bakal membawakan watak sebagai Qabil Dam iaitu adik kepada Hans Isaac (Qabil Khushry) dalam filem QKQI ini ialah Mie Penang,” katanya.

Nama anak kepada aktres Norlia Ghani itu memang nyata jauh tersasar daripada tanggapan kebanyakan pihak termasuklah media sendiri.

Malah, syarikat produksi Sonata Filem sendiri turut menerima cadangan beberapa nama aktor yang dirasakan lebih sesuai menggantikan tempat Yusry. Antaranya ialah Rie Cipan,Kurt Belacan, Gabriel, Jugam serta Maliki.

Jelas, akhirnya rezeki berpihak kepada Rie Cipan dan kalau melihat bakat lakonan yang cukup menyerlah dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 yang ditayangkan di pawagam baru-baru ini, tidak ada sebab mengapa Rie Cipan tidak boleh menggantikan tempat Yusry sebagai Qabil Dam.

Seakan menyedari apa yang bermain di fikiran pihak media, Tok Kelembai memberitahu, pemilihan Mie Penang itu juga dilakukan berdasarkan beberapa kriteria.

“Pertama, watak sebagai Qabil Dam dalam skrip filem yang saya tulis ini memerlukan seorang lelaki yang berusia 30-an ke atas. Kedua, wajahnya harus mempunyai sifat keanak-anakan dan ketiga, dia harus mempunyai bakat lakonan yang kuat.

“Ketiga-tiga kriteria ini saya lihat memang ada pada Mie Penang dan ini juga bukanlah kali pertama Mie Penang berlakon dalam skrip hasil karya saya.

“Sebelum ini, dia pernah berlakon dalam drama Anak Kapak. Melihat pada lakonan yang ditonjolkan dalam drama itu, saya yakin dia mampu membawakan watak Qabil Dam ini dengan baik sekali,” katanya.

Sementara itu mat kie dengan jujur memberitahu, dia dilamar Sonata Filem tanpa mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk produksi itu.

“Saya fikir saya ditawarkan untuk berlakon drama. Memang tidak terlintas langsung tawaran itu untuk QKQI kerana saya fikir penggambaran untuk filem itu sudah lama selesai.

“Bila saya menyatakan kesediaan untuk melapangkan waktu bagi tempoh penggambaran yang mahu dibuat, barulah saya diberitahu akan menggantikan tempat Yusry.

“Awalnya, saya fikir memang sukar sekali untuk menggantikan tempat orang tetapi secara peribadi saya memang meminati skrip Asiah Cengkol. 

“Bila saya baca pula skrip filem ini, saya dapat rasakan ia sebuah cerita yang bagus.

“Malah saya juga suka dengan produksi ini kerana berani tampil dengan genre cinta yang menyayat hati seperti ini sebab tidak ramai pembikin filem yang akan buat cerita macam ini.

“Keberanian mereka itulah saya jadikan cabaran untuk membawakan watak sebagai Qabil Dam dalam filem ini,” katanya.

Jelas Mie Penang lagi, sewaktu diberitahu bahawa dia bakal menggantikan tempat Yusry dalam filem itu, dia meminta  supaya pemilihannya itu mendapat persetujuan daripada barisan pelakon lain.

“Saya meminta  berbuat demikian kerana berasakan pelakon lain perlu tahu mengenai pemilihan lain.

“Lagipun saya yang akan berlakon dengan mereka. Oleh itu, adalah penting untuk saya mengetahui sama ada mereka boleh menerima saya atau sebaliknya dalam filem ini.

“Ikie Masane kemudian beritahu saya pelakon lain sudah menyatakan persetujuan terhadap pemilihan saya.

“Namun masih belum ada kepastian mengenai hal itu kecuali bila saya berada di lokasi nanti,” katanya.


__________________

Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard