Apa khabar semuanya? Sihat? Baiklah Bonda sambung cerita pengalaman sepanjang berada di KBD....
Selepas kejadian diganggu pada waktu senja ( rujuk cerita sebelum ini ).., kesemua peserta termasuklah Urusetia dan guru2 lebih berwaspada. Ini berikutan dengan beberapa kejadian aneh serta menyeramkan telah berlaku tetapi tidak la begitu kronik sehingga menyebabkan kerasukan atau histeria.
Antaranya kejadian yg berlaku ialah bunyi seperti orang yg sedang mandi di kawasan mandian kami. Kalau secara logiknya bila kita mandi..mestilah ada jarak waktu antara kita mencedok air dan menjirus ke badan bukan? Ini tidak... jirusan air sangat kuat, laju tak berhenti dan air dalam kolah berkocak kuat.
Oleh kerana tempat tidur Bonda betul2 berada di pintu belakang, jadi memang jelas kedengaran. Tengok jam..baru pukul 2 pagi. Ok......Bonda tau apakah/ siapakah yg mandi. Bonda tarik selimut dan sambung tidur.
Kejadian yg lain pula berlaku ( tidak pasti hari ke berapa.. ) kepada seorang peserta lelaki dari sekolah lain. Tengah malam, dia sakit perut yg teramat sangat. Bergegas dia pergi ke tandas yg terletaknya agak ke belakang sedikit dari teratak mereka. Dia pergi tanpa diketahui oleh sesiapa. Selepas selesai semuanya, dia pun keluar dari tandas. Buat pengetahuan semua, tandas dan kawasan mandi disatukan iaitu melalui pintu yg sama. Tapi tandas berada di bahagian belakang.
Elok saja dia keluar dari tandas, dia nampak Pontianak sedang bertenggek di depannya. Yang tak eloknya Pontianak tu bertenggek atas palang pintu keluar/masuk kawasan mandian......dan memandang tepat kepadanya. Lepas tu dia tak tau apa-apa. Dia cuma sedar bila dikejutkan oleh Urusetia yg membuat rondaan pada pukul 4 pg. Dia pengsan depan pintu tandas.
Kemudiannya terjadi pada ahli kumpulan Bonda sendiri. Semasa kami menjalani Jungle Tracking.... kumpulan kami telah tersesat sehingga memasuki kawasan kelapa sawit. Sepanjang dalam perjalanan, kami terdengar bunyi suara burung yang sangat merdu. Tak tau lah Bonda jenisnya sebab memang tak nampak cuma dengar suara saja.
Salah seorang amoi dlm kumpulan Bonda telah tersesat akibat asyik sangat dengan bunyi suara burung td. Tanpa dia sedari dia telah meninggalkan kumpulan kami. Nasib baik Bonda perasan. Terpaksalah Bonda berpatah balik mencarinya. Sblm Bonda pergi mencari amoi tu, Bonda pacakkan ranting kayu dgn diikat dgn kain merah. Bonda ajak salah seorang daripada ahli kumpulan utk temankan Bonda. Manakala yang lain Bonda arahkan utk menunggu di situ.
Kalau dlm masa 10 minit Bonda tak balik..mereka terpaksa berpatah balik ke check point yg pertama. Selepas itu Bonda terus mencari amoi cantik tadi. Alhamdulillah...Bonda jumpa dia di antara pokok2 kelapa sawit. Dia sedang duduk di pangkal pokok sambil memeluk lututnya. Nampak matanya berair. Sah! Mesti lepas menangis. Bonda marahkan dia sbb tak fokus. Bonda tambah lgi dgn 1 sepukan di dahinya. Leka sangat !!
Akan tetapi satu lagi kejadian berlaku. Sampai saja kami bertiga di tempat asal, Bonda lihat 4 yg lainnya sedang berjalan laju ke depan. Aduhai...susah sangat ke nak faham arahan? Bonda sudah mula bengang. Bonda jerit panggil mereka.. tetapi yg peliknya mereka seperti terkejut melihatkan Bonda.
Menurut mereka berempat..selepas beberapa minit Bonda berpatah balik..tiba2 mereka nampak ' Bonda ' muncul dari arah depan dan menggamit mereka utk mengikut sekali. Walaupun rasa pelik bagaimana Bonda boleh berada di depan walhal Bonda berpatah balik tetapi seperti di tarik2 mereka terus berjalan menuju ke arah ' Bonda '.
Syukurlah Bonda tiba tepat pada waktunya. Bila merka toleh balik ke depan..tiada sesiapapun yang berdiri di situ. Utk tak nak melemahkan semangat mereka... Bonda bisik 1 kata kunci pd telinga setiap dari mereka. Mereka hanya dibenarkan untuk menyebut kta kunci itu kalau keadaan terdesak atau tersesat. Selepas itu tiada apa yg terjadi.
_____________________________
Pada hari terakhir Bonda berada disana, kami perlu bercampur dengan kesemua peserta. Tujuannya untuk bertukar pendapat dan Bonda ambil kesempatan ini utk join kumpulan yang extreme. Kenapa Bonda panggil extreme? Sebab kumpulan ini terdiri daripada budak2 yg kena denda, yg kena sakat dengan entiti dan juga yg jenis hati kering.
Kami semua memilih untuk duduk di sudut belakang dewan. Tempatnya tersorok sedikit. Kami kesemuanya seramai 10 orang duduk dlam bulatan. Bonda duduk di atas kayu mati dan menghadap ke arah hutan. Sedang kami duduk bercerita dan mendengar cerita.. mata Bonda terpandang sesuatu. Pada mulanya Bonda fikir mungkin khayalan saja. Tapi selang beberapa minit..Bonda nampak lagi. Penampakannya sekali imbas. Sangat laju.
Kali ini Bonda tunggu..mana lah tau kalau tetiba nampak lagi. Seminit...3 minit...5 minit....Ssyyrraassssshhhhh...
Allahuakbar!! Depan mata Bonda dalam jarak 80 meter..Bonda nampak kelibat seperti susuk manusia sedang bergerak laju dlm keadaan rukuk. Kedua tangannya rapat di sisi badan..dan ' dia ' berlari seperti tidak jejak tanah! Hantukah? ? Takkan hantu.. siang2 buta..jam pun belum menunjukkan pukul 12 tgh hari.
Bonda terpana..tetapi tak seorang pun yang perasan dgn keadaan Bonda. Seperti tahu yang Bonda nampak akan kehadirannya.. selang beberapa saat ' dia ' lalu lagi. Kali ini dlm keadaan yang sama, ' dia ' berlari dlm keadaan rukuk sambil menoleh memandang ke arah Bonda.. Bonda tak tau nak terangkan dlm ayat akan bentuk mukanya tp yg pasti ' dia ' tersengih memandang ke arah Bonda dengan bibirnya yang terjuih ke bawah menampakkan giginya yg berterabur susunannya.
Seperti tersedar..Bonda cepat beristighfar dan bertukar kedudukan Bonda iaitu membelakangi hutan. Bonda tak tahu samada yg lain nampak benda yg sama seperti apa yg Bonda nampak. Hanya Allah yang tahu bagaimana lajunya darah Bonda mengalir ke jantung. Rasa muka Bonda panas dan kaki Bonda menggigil...benda apakah itu?
Sampai di sini saja cerita ttg pengalaman Bonda semasa menjalani KBD.. Nanti kita sambung utk cerita yg lain pula.... selamat malam semua....
-- Edited by BondaDiana on Wednesday 15th of May 2013 07:09:25 AM
Bonda ada masa sikit ni... Mr. Hubby tiada so...dapatlah Bonda masukkan cerita pendek. Lepas ni dah sibuk semula.
Berlaku pada tahun lepas. Bonda telah mengupah seorang guru utk mengajar fardu ain utk anak2 Bonda. Namanya Ustaz Aris. Dia adalah orang seberang tapi sudah menetap lama di Malaysia. Setiap petang kecuali Sabtu dan Ahad, dia akan datang mengajar di rumah.
Pada suatu hari, Bonda dan keluarga pulang ke kampung kerana ada majlis perkahwinan selama seminggu lebih. Oleh kerana rumah akan kosong, Bonda mintalah pertolongan daripada Ustaz Aris utk singgah dan solat di rumah Bonda dan bacakan Yasin sekiranya dia tidak ada urusan di masjid. Dan dia pun bersetuju.
Hari itu.... pembantu rumah Bonda keluar ke kedai dan terlambat pulang ke rumahnya.. ( pembantu rumah tidak tinggal bersama Bonda ). Jadi Ustaz Aris tidak dapat meminta kunci rumah Bonda. Oleh itu dia terus ke rumah Bonda.
Tiba di rumah, Personal Security suami Bonda telah pun berada di sana. Utk pengetahuan semua setiap kali Bonda dan suami outstation, PS ini akan dipanggil untuk menjaga keselamatan rumah Bonda. Ini disebabkan beberapa kejadian kecurian telah berlaku di tempat Bonda tinggal.
Berbalik semula kepada Ustaz Aris... oleh kerana tidak dapat masuk ke dalam rumah untuk solat Maghrib ( dia bercadang utk baca Yasin dan solat Isyak sekali )..jadi dia minta izin PS untuk solat di beranda rumah. Sementara dia mengambil wuduk, PS mengemaskan beranda utk memudahkan Ustaz Aris solat nanti.
Usai azan Maghrib.... Ustaz Aris mengajak PS utk berjemaah bersama tetapi ditolak baik oleh PS sebab dia perlu meronda ke belakang rumah Bonda dimana terletaknya kebun. Sebab waktu beginilah ada yg suka mencuri tanaman Bonda.. PS akan solat selepas membuat rondaan nanti.
Jadi Ustaz Aris terus qamat dan solat. Ketika sedang berdiri membaca surah wajib di rakaat yg kedua, bahu kanannya ditepuk dari belakang. Menyangka yang PS mahu solat berjemaah bersama jadi Ustaz Aris terus menukarkan niat dan beranjak sedikit kedudukannya. Solat Maghrib diteruskan sehingga habis. Ketika memberi salam yg pertama ( ke kanan ).. bahu kirinya ditepuk lagi. Ustaz Aris abaikan dan terus memberi salam yg kedua....dan sekali lagi bahunya ditepuk disebelah kanan pula.
Ustaz Aris abaikan saja dan meneruskan zikir. Padanya mungkin PS nak bagitau yg dia perlu buat rondaan lagi. Sedang Ustaz Aris berzikir dengan tidak semena-mena badannya di tolak dengan kasar dari arah belakang. Nasib baik kepalanya tidak terhantuk ke pintu sliding rumah Bonda. Terasa sakit belikatnya di tolak kasar begitu. Lalu Ustaz Aris pun segera menoleh ke belakang. Sebelum dia menoleh sempat dia beristighfar dan membaca Basmallah.
Terkejut dia apabila dia menoleh, tiada sesiapa pun yg berada di belakangnya. Dan Ustaz Aris pasti yang tiada siapa yg solat bersamanya. Ini kerana sejadah dan kain pelikat extra yg diletakkan di belakangnya langsung tidak terusik.
Hatinya terdetik ada sesuatu yang tidak kena. Jangan2 peristiwa yang sama akan berlaku lagi. Apabila dia hendak bangkit sedikit yakni berubah duduknya....matanya terpandang sesuatu yang sudah lama dia tidak nampak. Berdiri di depannya dalam jarak -+ 30 meter, makhluk yg berbulu, hitam dan berbadan besar. Makhluk ini berdiri betul2 ditepi kolam renang ( kolam renang ini berada di tepi rumah dan menhadap ke arah bekakang rumah di mana terletaknya kebun kecil Bonda ).
Walaupun keadaan semakin gelap tapi lampu spotlight yg menyuluh ke arah sisi kolam renang membantu Ustaz Aris melihat dengan jelas keadaan makhluk ini. Makhluk ini seperti mahu menguji...ia berdiri tegap tidak bergerak2. Tiba-tiba makhluk ini menyeringai dan menampakkan taringnya. Menurut Ustaz Aris...muka makhluk ini tidak jelas kerana ia sangat hitam. Hanya mata merah dan taringnya saja yg nampak. Walaupun ini kali yg kedua dia bertembung dengan makhluk ni tp masih tidak nampak mukanya.
Apabila Ustaz Aris sudah tahu dengan apa yg dia sedang dia berhadapan, dia pun bangun ( kedudukannya masib kagi menghadap kiblat ) dan terus laungkan azan. Azan yg pertama..makhluk ini seperti marah..sesuatu telah dibaling ke arah ustaz. Azan yg kedua.., air dalam kolam renang Bonda berkocak dan keluarkan asap seperti wap.. dan azan yg terakhir...makhluk ini terus lenyap dalam asap wap yg keluar dari kolam renang tadi.
Tidak lama kemudian..PS meluru masuk ke dalam kawasan rumah Bonda sambil berlari-lari anak.. PS tu memberitahu ustaz yg dia ternampak sesuatu yg berbadan esar dan berbulu hitam sedang berjalan menuju masuk ke kawasan hutan di belakang rumah.. Ustaz Aris tenangkan PS tersebut. Disuruhnya PS tersebut solat Maghrib dahulu dan mengajaknya membaca Yasin bersama. Dan malam itu mereka mengerjakan solat Isyak berjemaah..
Tahukah semua makhluk apakah itu?....... Itulah yg dipanggil GENDERUWO.
isshhh mcm hantu raya ke bonda bende tu.....alahai x hormat org ngah solat btl la bnde tu... ehhh lupe nk bgtaw..rindduuuu sgt kt bonda..dh lme bonda x bcerita pnjg...heheheheh.. bonda sihat??...bnda tu org bela ke or mmg sepisis mcm cik pon n lang??
Aida dear... rindu ke? Hehehe..ada juga orang yang nak rindu pada Bonda ya... Bonda sibuk sayang. Makhluk ni mmg dsh lama ada kat hutan belakang rumah. Ustaz tu pernah kena kacau dengan benda tu sebelum ni. Nanti Bonda cerita.
Wahai Big Bro.....cantikkah Bonda ni...? Hahahaha.. Genderuwo adalah makhluk seakan HR.. sebenarnya makhluk ni adalah dr golongan jin..dan ia bukanlah saka atau belaan. Org2 jawa kuno percaya yg benda ni adalah daripada kejadian org yg meninggal dunia akibat bunuh diri atau tidak diuruskan jenazahnya dengan sempurna. Rupanya berbagai versi..mengikut pada org yg terjumpa dengannya.
Ada yg kata ia menyerupai manusia dan bermuka kera..berubuh berbulu hitam atau kemerahan. Tp kebanyakan yg terjumpa nampak ia besar, hitam serta berbulu lebat dan panjang. Makhluk ni suka akan wanita. Dia akan menyerupai seseorang yg dikenali dan tidur bersama.
Susah utk terserempak dengannya tp kalau terserempak bergantung pada orang yang dijumpai. Kalau takde niat apa2...ia akan menampakkan diri dsn berlalu pergi. Kalau yg dijumpai tu mintak nombor ( selalunya org seberang yg suka buat kerja ni ) dia akan tunjukkan mukanya yg sebenar dan mengganggu orang tersebut.
Jarang lelaki yg dpt bersemjka dan diganggunya..selalunya wanita yg menjadi mangsa. Ikutkan byk mitos ttg genderuwo ni.. Kisah yg Bonda ceritakan di atas tu pun berdasarkan pengalaman Ustaz Aris. Dia org jawa tengah. Dia yg cerita pada Bonda ttg makhluk genderuwo ni. Tp dia tak kisah..pada Ustaz Aris.. Allah lebih hebat dan berkuasa ke atas setiap hamba Nya.
Nanti ada masa Bonda ceritakan pengalaman Bonda sendiri dengan makhluk ini.
Mmg makhluk ni dari sana.. tp mcm yg Bonda beritahu ... makhluk ni mitos dan dr golongan jin. Jd jin berada di mana2. Yang ceritakan pun orang sana. Betul atau tidak hanya Allah sahaja yang tahu. Apa pun gelarannya, benda ni ada di hutan belakang rumah...
Mudah-mudahan Allah melindungi Bonda dan keluarga serta rumah yang ada. Insya Allah...
Aida dear... rindu ke? Hehehe..ada juga orang yang nak rindu pada Bonda ya... Bonda sibuk sayang. Makhluk ni mmg dsh lama ada kat hutan belakang rumah. Ustaz tu pernah kena kacau dengan benda tu sebelum ni. Nanti Bonda cerita.
Wahai Big Bro.....cantikkah Bonda ni...? Hahahaha.. Genderuwo adalah makhluk seakan HR.. sebenarnya makhluk ni adalah dr golongan jin..dan ia bukanlah saka atau belaan. Org2 jawa kuno percaya yg benda ni adalah daripada kejadian org yg meninggal dunia akibat bunuh diri atau tidak diuruskan jenazahnya dengan sempurna. Rupanya berbagai versi..mengikut pada org yg terjumpa dengannya.
Ada yg kata ia menyerupai manusia dan bermuka kera..berubuh berbulu hitam atau kemerahan. Tp kebanyakan yg terjumpa nampak ia besar, hitam serta berbulu lebat dan panjang. Makhluk ni suka akan wanita. Dia akan menyerupai seseorang yg dikenali dan tidur bersama.
Susah utk terserempak dengannya tp kalau terserempak bergantung pada orang yang dijumpai. Kalau takde niat apa2...ia akan menampakkan diri dsn berlalu pergi. Kalau yg dijumpai tu mintak nombor ( selalunya org seberang yg suka buat kerja ni ) dia akan tunjukkan mukanya yg sebenar dan mengganggu orang tersebut.
Jarang lelaki yg dpt bersemjka dan diganggunya..selalunya wanita yg menjadi mangsa. Ikutkan byk mitos ttg genderuwo ni.. Kisah yg Bonda ceritakan di atas tu pun berdasarkan pengalaman Ustaz Aris. Dia org jawa tengah. Dia yg cerita pada Bonda ttg makhluk genderuwo ni. Tp dia tak kisah..pada Ustaz Aris.. Allah lebih hebat dan berkuasa ke atas setiap hamba Nya.
Nanti ada masa Bonda ceritakan pengalaman Bonda sendiri dengan makhluk ini.
Wallahuaklam.
adinda bondaku diana danele yang manisss ... bukan ke genduruwo tu .. spesis antu raye?
jaman2 aku kecit .. arwah atuk arwah nenek selalu jugak takut2kan kami ...
kolo main2 kat luar waktu da malam ke (rumah kampung kalau luar tu .. kat anjung laa ..
kolo bawah /laman .. rumah kg bertangga ...) untuk suh kami masuk umah ..
aaa .. depa cakap la .. kang ada gunduruwo kat luar ... (mkhluk itam besar ... tinggi x ckap pulak berbulu2)
begitula .. citer aku ngan sepupu sepapat .. kecik2 .. selalu ditakut2kan ..
aaa .. manelah aku nie nak berani .. wolo pon da tua tua nii .....
(nak berani = penakut0
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
tak pasti pula Bonda adakah Gendurowo sama spesis dgn HR..atau mungkin benda ini ada pertalian sepupu sebelah bapak punya nenek saudara tapi yg Bonda tau jenis ni bukan belaan.
Pembantu rumah Bonda org seberang ( Jawa Tengah ).. dia yg bgtau semua. Hujung thn lepas, masa dia ke blkg rumah utk ambil pisang. Masa tu dh pukul 6 ptg.. Di tmpt Bonda waktu begini dh di kira lewat ( bersamaan pukul 6.50 waktu Johor ). Masa tgh mencari pisang ( kebun Bonda drkat dgn hutan kecil ).... tiba-tiba dia terdengar pokok bergegar.
Cari punya cari rupanya salah satu pokok di pinggir kebun yg bergoyang. Yg peliknya ialah hanya bhgian atasnya sj yg bergoyang. Dan goyang pokok tu bkn sbb ditiup angin. Begini..pokoknya besar bersaiz 2 pemeluk lelaki dewasa. Mula2 goyang hujung pokok tu hanya perlahan...kemudian ia bertukar menjadi seperti digoncang. Tgk keliling..mmg tiada angin bertiup. Cuaca panas kering. Pokok lainnya langsung tak bergoyang. Sangat pelik..
Tiba2 antara pokok2 tersebut, dia ternampak susuk tubuh besar dan tinggi. Wajahnya tak nampak. Berbulu dan hitam. Benda tu berdiri mengiring. Seolah2 sengaja menunggu dia. Tak tunggu lama..pembantu rumah Bonda lari selaju-lajunya balik ke rumah. Dia beritahu Bonda itulah gendurowo..
ada gak. putrajaya ni dolu kan utan belantara, x sah kalo x de. tapi org tua2 ckp (org lama sbnrnya) kt blok ni paling kuat dia nyakat. bln lepas ada sekali tu masuk2 je blok ada beras kunyit bertabur2 atas lantai. dari pintu lobby sampai dlm opis. nak anta anak kat taska (taska kt bwh opis je dekat ngn cafe) kat situ pun ada gk beras kunyit dari lobby sampai depan taska, depan surau. dlm sume lif kat blok ni pun ada rasanye. kat level lain x tau la kan tp kt level 8 ni sampaikan kat bawah kerusi meja sume ada. sampai je akak2 abg2 cleaner tu abis sumer disedutnye. patut2 kene bior 2-3 ari dlu kn?
__________________
aku tak kacau korang, korang pun jangan kaco aku haaa... kalo tak siap korang..
Kalau x silap Dang, di Sabah masih ada segelintir masyarakat mengamalkan ilmu ini. sehinggakan anak2 pengamal x mau balik rumah keluarga di atas masalah ini....
Genderuwo adalah mitos Jawa tentang sejenis bangsa jin atau makhluk halus yang berwujud manusia mirip kera yang bertubuh besar dan gempal dengan warna kulit hitam kemerahan, tubuhnya ditutupi bulu yang lebat.
Genderuwa dikenal paling banyak dalam masyarakat di Pulau Jawa, Indonesia.
Habitat hunian kegemarannya adalah batu berair, bangunan tua, pohon besar yang teduh atau sudut-sudut yang lembap sepi dan gelap.
Genderuwa dipercaya dapat berkomunikasi dan melakukan contact langsung dengan manusia. Berbagai legenda menyebutkan bahwa genderuwa dapat mengubah penampakan dirinya mengikuti seorang manusia untuk menggoda sesama manusia.
kegemarannya menggoda manusia terutama kaum perempuan dan anak-anak .
genderuwa juga gemar melempari rumah orang dengan batu kerikil di malam hari.
Salah satu kegemaran genderuwa yang paling utama adalah menggoda istri-istri kesepian yang ditinggal suami atau para janda, bahkan kadang genderuwa bisa sampai melakukan hubungan seksual dengan mereka. Dipercaya bahwa benih daripada genderuwa dapat menyebabkan seorang wanita menjadi hamil dan memiliki keturunan dari genderuwa.
Menurut legenda, genderuwa memiliki kemampuan gendam untuk menarik wanita agar mau bersetubuh dengannya. Kemampuan hubungan seks genderuwa juga diyakini amat luar biasa, sehingga wanita-wanita korban pencabulannya seringkali merasakan puas dan nikmat yang luar biasa apabila berhubungan badan dengan genderuwa.
Namun biasanya wanita korban yang disetubuhi oleh genderuwa tidak akan sadar sedang bersetubuh dengan genderuwo karena genderuwo akan menyamar sebagai suami atau kekasih .
ini info-info yang dapat pasal GENDERUWO dalam google , maaf sebab hasilnya sikit sikit ikut bahasa Indonesia .harap dapat share maklumat .dan menurut research yang saya buat melalui internet , saya dapat tahu genderuwo and HR bukan jenis yang sama ,sebab menurut legend mitos indonesia ,Genderuwo terbahagi kepade yang baik dan yang jahat ,manakala HR semuanya jahat .
Dalam kepercayaan Jawa, tidak semua genderuwa bersifat jahat, ada pula genderuwa yang bersifat baik. Genderuwa yang bersifat baik ini dipercaya biasanya menampakkan wujudnya sebagai seorang kakek tua berjubah putih yang kelihatan amat berwibawa. Genderuwa yang baik tidak bersifat cabul seperti saudara sebangsanya yang bersifat jahat, genderuwa yang baik seringkali membantu manusia seperti menjaga tempat gaib atau rumah dari orang yang berniat tidak baik, bahkan perampok. Pernah juga terdengar bahwa genderuwa yang bersifat baik kadang-kadang membantu menyunat anak-anak dari keluarga tidak mampu yang saleh beribadah.
ASAL USUL GENDERUWO :
Asal-usul genderuwa dipercaya berasal dari arwah orang yang meninggal secara tidak sempurna, bisa akibat bunuh diri, penguburan yang tidak sempurna ataupun kecelakaan sehingga arwah orang tersebut merasa penasaran dan belum mau menerima kematiannya. Genderuwa tidak dapat dilihat oleh orang biasa tapi pada saat tertentu dia dapat menampakkan dirinya bila merasa terganggu. Dipercaya bahwa tidak semua genderuwa jahat, karena ada pula yang baik dan sikap mereka tergantung bagaimana manusia bersikap, apakah mau berteman atau bermusuhan dengan genderuwa tersebut.
THANK YOU ^_^
-- Edited by Arryboy on Tuesday 1st of March 2016 07:04:37 PM
__________________
" don't wait for the perfect moment, take the moment and make it perfect "