Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisahku.. 3


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:
RE: Kisahku.. 3


ye laa... jaga kebun atau dusun. hahaha..mmg takde org mati diserang hantu. tp sawan sbb terjumpa hantu mmg banyak..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

 

 

Pemandu Dan Penanggal

 

Assalammualaikum wbt..

Cerita yg ingin Bonda sampaikan kali ini berlaku kepada salah seorang kawan ( Bonda gelarkan dia Uncle B ) pakcik Bonda ( Uncle Q ).

Uncle B adalah seorang pemandu bas ekspress. 4 kali seminggu dia akan memandu bas ekspress dari Segamat ke Kuantan. Jadual waktu kerja dia mengikut shift. Selalunya bila bercuti, dia akan datang ke rumah arwah Tok Ayah utk berborak kosong dengan Uncle Q.

Uncle B pernah bercerita kepada kami yang dia pernah diganggu oleh Penanggal ketika memandu bas ekspress dari Kuantan ke Segamat.

Begini ceritanya ........................................................

Memandu bas ekspress pergi balik Segamat ke Kuantan dan begitu juga sebaliknya memang memenatkan. Dulu perjalanan memakan masa 3 jam lebih menggunakan jalan ke Muadzam Shah - Gambang - Batu 9 dan seterusnya mengikut jalan biasa ( bas ekspress ini perlu berhenti di bandar Muadzam utk menurun dan mengambil penumpang ). Oleh kerana awal perjalanan dari Segamat - Kuantan kawan sekerjanya memandu, jadi kali ini Uncle B mengambil tempat sebagai pemandu.

Bas ekspress bergerak dari Kuantan pada jam 8.30 mlm ( kalau tak silap Bonda ). Awal perjalanan dari Kuantan berjalan lancar. Sehinggalah dia melepasi Bandar Muadzam Shah. Bagi mereka yg pernah melalui jalan ini pasti tahu pada tahun awal 90-an, keadaan jalan menghala ke Segamat memang sunyi. Ditambah pula kekurangan lampu jalan.

Jam sudah melewati 10 lebih. Jadi Uncle B tutup lampu di dalam bas. Biar penumpang selesa utk melelapkan mata. Kawan Uncle B sudah pun tersengguk-sengguk menahan kantuk. Kasihan melihat kawannya .... Uncle B pun menyuruh kawannya tidur. Hanya lampu di bahagian pemandu saja dinyalakan ... itu pun dimalapkan sedikit cahayanya.

Uncle B menceritakan pada malam tersebut hatinya merasa kurang enak. Perasaan kurang enak ini telah mela dirasai ketika dia berhenti utk mengambil penumpang di stesen bas Muadzam Shah. Tapi dia cuba menyedapkan hatinya dengan mengatakan mungkin perasaannya saja. Jadi Uncle B abaikan saja. Dia hidupkan radio dan mendengar lagu-lagu bagi menghilangkan perasaannya itu.

Menurut Uncle B .... sudah 3 tahun dia memandu bas ekspress berulang-alik dari Segamat - Kuantan - Segamat. Tetapi malam tu perjalanan terasa seperti lambat walhal dia memandu pada kelajuan yg sama seperti selalu. Uncle B memandu dengan kelajuan 70 km/j meredah kegelapan malam. Sesekali bas akan berselisih dengan beberapa buah kenderaan lain. Dia perlu memandu dengan cekap utk selamat sampai ke destinasi yg ditujui.

Bas yg dipandu sudah pun melepasi sempadan Pahang / Johor dan sedang menghala ke Jalan Buloh Kasap.  Ketika bas ekspress yg dipandu melalui depan simpang ke Felda Pemanis, tiba-tiba sesuatu melintasi depan bas dalam jarak -+ 60 meter dengan laju .....  ZZzzuuuuuupppppp.  Nasib baik Uncle B cuma memandu dengan kelajuan 70 km/j.

Uncle B teruskan pemanduan tanpa menekan brek.  Jantungnya berdegup kencang. Apa tu? Uncle B tertanya-tanya. Dia toleh memandang kawannya ... masih lagi tidur. Uncle B memandang ke depan kembali. Jantungnya masih berdegup kencang. Tangannya kejap memegang stereng bas. Lampu bas ditinggikan.

Dia cuba tenangkan diri. Beristighfar dan terus beristighfar ...

Selang 10 minit kemudian .... Zzzuuuuuuuuuupppp. Benda tu melintas lagi di depan bas dalam jarak yg sama ...  Oleh kerana lampu bas ditinggikan, Uncle B dapat melihat kelibat yg melintas tadi walaupun tidak berapa jelas .... seperti sesuatu yg berbentuk seakan-akan bulat dan bercahaya.

Kali ini Uncle B nekad. Kalau benda tu muncul lagi ...... dia tidak teragak-agak utk melanggar saja. Uncle B tahu apa yg dia nampak tadi bukannya sebarang lintasan makhluk biasa. Cuma dia tidak pasti benda apakah itu. Sambil memandu matanya mengerling ke kiri dan kanan jalan. Gelap ........yg ada Cuma pokok-pokok dan semak saja.

Uncle B berpeluh dalam kedinginan air-cond. Dada terasa sesak. Lalu dibukanya tingkap di sebelahnya. Angin malam menerpa masuk. Tiba-tiba ...............................

Sedang Uncle B mengawal perasaannya yg sudah sedikit lega, dia terasa sesuatu mengibas-ngibas lengannya. Pada mulanya dia fikirkan mungkin bulu romanya ( bulu romanya jenis panjang seperti bangsa sikh  ). Tetapi kibasan tersebut terkena hujung cuping telinga. Dalam hatinya berkata, ' Takkan la rambut aku..rambut aku pendek. Baru je semalam aku gunting .....'. Uncle B pelik.

Kalau tadi kibasan tu terasa lembut dan terbuai-buai ......... yang ini terasa perit dan menyucuk-nyucuk kulitnya. Dicapainya benda yg terkibas-kibas tadi. Dibantu dengan cahaya malap lampu, Uncle B melihat benda yg dicapainya tadi. ' Eh.. apa ni? ' ....................... Nak tahu apa yg dipegangnya?

Di dalam genggaman tangan Uncle B ialah beberapa helai rambut yg kasar, hitam dan bergumpal !  Tangan kirinya masih lagi memegang stereng dan tangan kanannya menggenggam rambut tersebut. ' Rambut apa ni ? ' Uncle B dah mula rasa tak sedap. Pandangan matanya mengikut arah datangnya rambut tersebut.

Bulat mata Uncle B memandang ke luar. Hampir nak terjojol biji mata Uncle B apabila melihat di cermin sisi bas ekspress yg dipandunya tersangkut sesuatu yg memang menakutkan. Kelihatan isi perut makhluk yg dipanggil Penanggal. Cermin sisi bas tersebut berselirat dengan segala isi perut Penanggal tersebut.

Dan seperti tersedar dari mimpi ... Uncle B melihat tangan kanannya masih lagi menggenggam beberapa helai rambut yg sudah diketahui kepunyaan Penanggal ! Uncle B tidak melihat muka Penanggal tu dan dia memang tak nak sama sekali melihatnya ! Dengan cepat Uncle B melepaskan genggaman rambut dan segera menolak rambut tu keluar.

Pantas tangannya menolak tingkap yg terbuka tadi agar tertutup rapat. Sambil tu Uncle B cuba fokus pada pemanduannya. Bajunya sudah dibasahi dengan peluh. Dari hujung mata kanannya, dia melihat Penanggal tersebut masih lagi tersangkut di cermin sisi bas.

Kepalanya kosong. Segala surah dan doa bercampur-aduk. Dia dah tak boleh mengingati apa-apa surah pun. Uncle B cuba mengawal perasaannya agar dia tidak hilang kawalan.

Secara tiba-tiba .... Uncle B lihat Penanggal tu seperti hendak menurunkan kepalanya. Memang betul jangkaan Uncle B. Perlahan-lahan Penanggal tersebut menurunkan kepalanya. Rambut Penanggal berkibaran dicermin depan bas. Bila Uncle B ternampak sebelah muka Penanggal, ' YA ALLAH !!!! ' dia terjerit kecil dan terus menekan brek sekuat hati. Ddddriiittttttttttt ........ berdecit bunyi tayar bas. Hampir kesemua penumpang bas yg sedang lena tidur terdorong kedepan. Ada yg menjerit kesakitan. Mungkin terhantuk atau sebagainya.

Nasib baik Uncle B tak memandu laju. Jadi tiada penumpang yg tergolek atas lantai. Kawan sekerjanya pun terkejut dengan tindakkannya tadi. Uncle B memandang ke cermin depan. Penanggal tadi HILANG ! Dia toleh ke cermin sisi .... pun tidak kelihatan kelibat Penanggal tadi.

Semua tertanya-tanya apakah yg telah berlaku. Uncle B diam sekejap sambil berselawat dan beristighfar. Kemudian dia toleh ke belakang memohon maaf kepada semua penumpang. Kononnya tadi ada ular besar melintas jalan. Oleh sebab tiada lampu jalan, Uncle B tidak perasan akan ular tersebut. Syukur ...... semuanya dapat menerima alasan Uncle B.

Tapi sebelum menyambung perjalanan Uncle B membasuh tangan yg memegang rambut Penanggal tadi. walaupun takut-takut, Uncle terpaksa juga buka tingkap utk membasuh tangannya. Dia terasa geli bila memngingatkan isi perut Penanggal yg terburai dan melayang-layang di depan matanya.

Perjalanan ke stesen bas Segamat diteruskan dan alhamdullillah .... mereka selamat tiba tanpa ada gangguan dari apa-apa pun termasuklah Penanggal tadi. Sumpah! Sesungguhnya inilah kali pertama dalam hidupnya melihat Penanggal didepan matanya dan dia tidak akan melupakan sampai bila-bila ....

 

 

 



-- Edited by BondaDiana on Tuesday 2nd of April 2013 06:15:22 AM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

hulamakk...mmg kejam pnagal tu...nk sakat org agak2 la...nyawa tu uncle B byk
tu sgaja nk bg xcdent...agaknya slh 1 faktor xcdent msti sepisis2 mcm nie mgaggu pmanduan...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

penanggal?
bas?? hadoi....mlm nie kene naik bus p kL..
tapi......
nak call abg..kensel !!!

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

Agknye dlm bas tu ade yg mgndung..

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Aida ~ tu la kan..tapi syukurlah takde aoa2 yg berlaku.

Gaara ~ laaaa syg. Takkan mcm tu sekali.. Insya Allah perjalanan selamat..

Reza ~ takde siapa pun yg pregnant dear. Penanggal ni kan di bela..kira dah masuk dlm kategori SAKA. Jd bila tidak ada tuan.. selalunya benda ni akan berkeliaran.. lgpun dlm thn tu jalan selepas sempadan pahang hingga pemanis mmg gelap. Kalau drive selepas 10 mlm mmg menakutkan. Skrg tak taula sbb Bonda dah lama tak lalu di situ.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

utk aper jadi pnangal ne yer bonda??

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

da kensel da pom..bhahhaha bg alasan kat abg..keje byk kat opis..kikikiki
xpela..terengganu ke kolupo tu buknanye jauh sgt pom...
bawak beskal pelan2 smpaila..
mnelatahu..kot2 ley beat le tour de langkawi...kui3

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

SIAPA?

Assalammualaikum w.b.t semua

Akhirnya Bonda dpt berehat sekejap. Sementara Bonda duduk beristirehat dalam bilik ni, Bonda nak bercerita ttg pengalaman Bonda. Tapi bukan tentang Penanggal ....... tentang kisah lain.

Ketika masih belajar dulu, Bonda terpilih utk menyertai Kem Bina Diri yg dianjurkan oleh UITM. UITM yg mana?.... Ssssyyyhhhhh...... rahsia. Hehehe......

Banyak kejadian yg aneh dan misteri berlaku ketika Bonda terlibat dalam KBD ini. KBD melibatkan 3 buah sekolah dan setiap sekolah menghantar 25 orang pelajar utk menghadiri kem ini. Rasanya semua tahukan pogram-pogram yg dijalankan dlm KBD ini, jadi tak perlulah Bonda bercerita lanjut ttg KBD. Bonda akan terus kpd pengalaman Bonda dan juga pengalaman mereka yg bersama-sama Bonda ketika berada di sana.

CERITA 1.

Kami semua bertolak dari sekolah pada jam 3 ptg dgn menaiki bas. Bersama kami ada 3 org cikgu yg akan menemani kami sepanjang kami di sana.

Kami tiba sekitar jam 5 dipekarangan UITM tetapi utk sampai ke tempat KBD ni kami perlu masuk ke dalam lagi yg jaraknya dalam 2 km. Nasib kami baik kerana bas boleh melalui jalan tanah iaitu laluan masuk ke Kem tersebut. Bonda duduk di depan sekali ( dibelakang pemandu ) jadi Bonda nampak jelas laluan di depan, kiri dan kanan.

Kiri kanan laluan tersebut penuh dengan pokok-pokok hutan. Semasa bas bergerak dengan perlahan menuju ke dalam, kami terserempak dengan seorang lelaki yg sedang berjalan kaki ke arah bertentangan ( dia menuju keluar ). Lelaki tersebut memakai sweater warna biru, berseluar slack hitam dan dia berjalan perlahan sambil kepala tegak memandang ke depan.

Kebetulan salah seorang dari cikgu yg menemani kami mengenali lelaki yg sedang berjalan kaki tadi. Cikgu Bonda mengatakan bahawa lelaki tersebut ialah En. X ( nama dirahsiakan ). En. X ialah salah seorang Urusetia yg terlibat dalam KBD nanti. Memandangkan Cikgu Bonda mengenali En. X, dia meminta pemandu bas membunyikan hon. Bukan apa ...... hanya utk menyapa En. X saja.

Jadi pemandu bas kami pun membunyikan hon. Tetapi Bonda lihat En. X langsung tidak mengangkat mukanya. Malah kepalanya masih tegak memandang terus ke depan. En. X seolah-olah macam tak mendengar atau perasan langsung akan kehadiran kami yg berada di dalam bas. Selalunya kalau kita berselisih dengan seseorang atau kenderaan lain, pasti kita akan menolehkan?

Bonda tanya cikgu kenapa En. X tak menoleh langsung. Cikgu Bonda pun pelik tapi dia cuma kata mungkin En. X tak perasan agaknya. Bonda main angguk saja walaupun rasa tak puas hati. Okeyla...... Bonda abaikan saja.....

Akhirnya rombongan kami tiba diperkarangan kem. Nampaknya kumpulan dari sekolah Bonda tiba awal dari yg lain. Kami semua turun dari bas dan berkumpul ditempat yg sepatutnya. Dipendekkan cerita ...... setelah ketiga-tiga sekolah tiba di sana, kami di arahkan berhimpun dan beratur.

Kami semua diberikan taklimat penuh oleh Kem Komander yg bertugas. Walaupun Bonda penat dan ada sedikit bosan dengan lawak yg tak berapa lawak dari Komander, terpaksa gagahkan jugalah utk tunjukkan muka yg manis sebabnya Bonda berdiri di barisan yg hadapan.

Sebelum kami semua bersurai, Kem Komander telah membuat satu pemgumuman ........

" Disini saya ingin membuat satu pengumuman kepada semua. Dengan dukacitanya saya ingin menyampaikan berita bahawa salah seorang Urusetia kita telah meninggal dunia tengah hari tadi. Beliau ialah EN. X yg sepatutnya bersama kita sekarang. Beliau akan dikebumikan pada esok pagi ........ ".

Terlopong mulut Bonda. Hilang terus rasa bosan dan penat tadi. Bonda tercari-cari Cikgu Bonda yg duduk bersama-sama didalam bas tadi. pandangan mata kami bertembung. Mata kami sama-sama membulat.

Bonda tak tahu tentang yg lainnya tapi bagi Bonda dan Cikgu Bonda, berita tu memang mengejutkan sebab kami baru saja berselisih dengan arwah yg sedang berjalan kaki keluar dari kawasan kem tersebut. bonda rasa Bonda belum rabun dan Cikgu Bonda belum nyanyuk.

Cuma Bonda pelik dengan kelakuan dan tindak balas En. X apabila di ' sapa '. Jika En. X telah meninggal dunia ... siapa yg kami nampak tadi? Kenapa ' arwah ke sana? Bagaimana kami boleh nampak arwah sedangkan arwah berada di rumahnya? Pelik sungguh.....

Perkara ini dirahsiakan atas permintaan Cikgu Bonda.. dan Bonda terus menutup mulut utk tidak bercerita ttg kisah ini sehinggalah Bonda tamat SPM.

Wallahualam.....



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

GaaRa wrote:

da kensel da pom..bhahhaha bg alasan kat abg..keje byk kat opis..kikikiki
xpela..terengganu ke kolupo tu buknanye jauh sgt pom...
bawak beskal pelan2 smpaila..
mnelatahu..kot2 ley beat le tour de langkawi...kui3


 

hahahhaaaa....bawak beskal?

yela..kayuh pelan..pelan..dah sampai bgtau Bonda ya...biggrin



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

aida zarina wrote:

utk apa pnangal ne yer bonda??


 entah la aida....setahu Bonda, ilmu ni utk menjaga harta benda..kebun / dusun. Ada juga utk musnahkan musuh.. ada juga utk sentiasa cantik dan muda..



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

misssteri kisah bonda kali ni...

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

seolah2 dia dah keluar dai kem tu..
hukk..hukkk sedeh la pulak..

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

 

HUKUMAN.

 

CERITA 2.

Assalammualaikum w.b.t kepada semua.....

Kisah yang kedua ini berlaku pada hari yg kedua Bonda berada di KBD.

Ketika Bonda dan peserta-peserta yg lain tiba pada hari pertama, kami telah diberikan sekeping fail dan sebiji telur ayam mentah utk setiap peserta. Telur ayam menwakili jati diri kita. Bagaimana kita menjaga amanah yg diberikan....juga bagaimana kita menjaga sesuatu yg amat berharga bagi kita.

Bagi kebanyakan peserta perempuan ( termasuklah Bonda ), ini tidak menjadi masalah. So far Alhamdulillah.....telur tu selamat Bonda jaga hingga selesai KBD dan juga selamat Bonda jadikan telur tembelang.. ( akibat simpan berbulan-bulan lamanya....nasib baik tak pecah.... )

Akan tetapi bagi peserta lelaki.daripada 20 orang yg hadir cuma 13 org saja yg dapat menjaga telur tu dengan baik hingga selesai menjalani KBD. Manakala 7 orang lagi gagal...diulangi G.A.G.A.L menjaganya walaupun utk 24 jam yg pertama.

Jadi Bonda nak bercerita ttg 10 orang peserta lelaki ini akibat gagal mejaga amanah yg diberikan. Dan.....Kerana sebiji telur ayam mentah, mereka semua terima musibah.

Begini......

Selepas sarapan pagi pd hari kedua, kami semua dipanggil semula oleh Urusetia utk berhimpun sekali lagi di kawasan lapang. Dipendekkan cerita ketika berhimpun kami semua dimaklumkan ttg insiden Urusetia terjumpa kulit telur dalam semak belakang tempat mandi. Oleh kerana tidak ada yg mahu mengaku, kami semua dihukum tekan tubi sebanyak 30 kali...........fuhhh!! Berpeluh Bonda nak buat... luntur semua bedak yg bertepek-tepek kat muka...

Kemudian setiap telur ayam diperiksa dan 7 orang ni tertangkap. Mereka diberikan hukuman dan hukuman mereka akan diberitahu kelak.

Malamnya selepas solat dan makan malam, kami semua diarahkan masuk tidur tetapi tidak bagi yg 7 orang ini. mereka kami tinggalkan bersama 4 org Urusetia dan Kem Komander.

Mengikut cerita ( Bonda ketahui pada hari terakhir KBD...diceritakan sendiri oleh salah seorang dari mereka ) ketujuh-tujuh orang ini dibawa ke satu tempat yg gelap berdekatan dengan kawasan kolam yg sangat cetek... hanya paras buku lali saja. Kiri kanan adalah hutan kecil beserta semak belukar.

Mereka semua diarahkan utk berenang dlm kolam cetek tu sebanyak 10 pusingan dan mesti mengikut giliran. Bayangkan bagaimana mereka semua berenang dalam air yg paras setakat buku lali saja! ....... mesti burukkan? Hahahaaa.......

Selesai acara berenang kuak kupu-kupu, mereka perlu menjalani hukuman yg kedua iaitu masing-masing perlu duduk di atas sebiji telur ayam mentah selama 1 jam tanpa memecahkan telur tersebut iaitu dalam keadaan mencangkung. Hah! Ini memang tragis..... rasa nak tercabut kepala lutut masing-masing. Mereka tidak dibenarkan bercakap. Waima mengeluarkan sebarang bunyi pun tidak dibenarkan!

TETAPI...... ada lagi yg TRAGIS berlaku pada mereka. Ketika mereka sedang menjalani hukuman yg kedua, mereka ditinggalkan sendirian oleh 2 org Urusetia yg menyelia hukuman utk mereka. Kemana dua Urusetia tu pergi, tidaklah diketahui oleh mereka bertujuh.

Tuan punya badan menceritakan yg keadaan malam tu gelap dan menyeramkan. Yelakan.......budak bandar masuk hutan. Bunyi katak pun dia kata bunyi hantu.... .Baiklah...... Bonda gelarkan budak ini sebagai Arol.

Arol beserta yang lainnya berada dalam kedudukan sebaris melintang. Dibelakang mereka adalah kolam dan berdepan dengan mereka ialah jalan kecil yg dilalui oleh mereka tadi. manakala dibelakang sebelah kiri pula ialah sebatang pokok yg sederhana besarnya. Tak pasti pula jenis pokok tersebut.

Semasa mereka mencangkung dengan telur ayam berada tegak dibawahnya, Arol terdengar salah satu semak bergoyang. Bunyinya seperti ada sesuatu disebalik semak sedang bergerak. Oleh kerana keadaan malam gelap dan hanya dibantu dengan cahaya sebatang lilin didepan mereka.... Arol tidak dapat melihat benda apakah disebalik semak tersebut.

Bunyi tersebut tidak lama...dalam 2 3 minit tidak lagi kedengaran sebarang bunyi. Kaki sudah mula terasa kebasbadan sudah mula rasa sejuk akibat dari acara kuak kupu-kupu tadi. Kemudian................... Tiba-tiba Arol dan yg lain terdengar pula bunyi burung hantu. Adooiii.......... mana datang pulak burung hantu ni. Takde malam lain ke nak bunyi? Malam ni pulak sibuk nak berbunyi-bunyi.

Arol tidak berani utk menoleh kemana-mana. Kepalanya ditundukkan ke bawah. Kedua belah telinganya ditutup dengan tangan. Tak habis lagi burung hantu berbunyi.... belukar bahagian belakang mereka pula bergegar. Arol sudah mula resah. Mula rasa menyesal sebab beria-ria nak mengikuti KBD ni. ( Bonda rasa mcm nak sepuk sahaja budak ni... bukannya nak rasa menyesal sebab pecahkan telur. Kalau dia jaga betul2 pasti dia tak kena hukum... mengong sungguh! ).

Tak semena-mena Arol rasa ada orang cuit pangkal peha kirinya. Mulanya Arol tak berani nak mengangkat kepala. Namun bila dia rasa cuitan tu semakin kuat, dia bernikan diri utk menoleh. Fuhh.......nasib baik kawan sekolah dia. Arol pandang muka kawannya. Kawannya buat isyarat dengan bibir seperti mengatakan ini semua kerja Urusetia tadi. Maksudnya disini ialah Urusetia tadi cuba menakut-nakutkan mereka bertujuh utk mencuba keberanian mereka semua.

Arol angkat kening dan dia tersenyum sedikit. Jadi mereka berpakat utk berpura-pura yg mereka tidak mendengar apa-apa. Bunyi belukar bergegar dan bunyi burung hantu tadi masih lagi kedengaran. Memandangkan Arol dan yg lainnya menyangka itu semua angkara Urusetia...... mereka cuba buktikan yg mereka langsung tak takut.

Mungkin Urusetia tadi penat.... bunyi-bunyian tadi terus hilang. Keadaan kembali sunyi. Hanya kedengaran bunyi cengkerik dan bunyi katak saja. Arol sudah mula rasa pening kepala sebab menyangkung lama. Arol toleh melihat kawan-kawannya. Ada yg tunduk, ada yg menongkat dagu, ada pangku kepala atas lutut, yg sedang korek hidung dengan nikmatnya pun ada. Tersengih dia... masing-masing dah macam ayam betina tengah mengeram telur. Hehehee.........

Tiba-tiba ....................... BBBBBUUUUUKKKKKKKK!!!!!!

Kesemua mereka termasuk Arol serentak mengangkat kepala. Bunyi seperti ada sesuatu yg berat jatuh ke tanah. Mereka semua memanjangkan leher mencari-cari benda apa yg terjatuh tadi. malangnya mereka tidak nampak apa-apa pun. Cahaya lilin langsung tak membantu.

Masing-masing terpinga-pinga. Nak bergerak memang tak boleh. Kalau bergerak bermakna masa mengeram telur akan ditambah 1/2  jam lagi. GILA! Arol tak nak ambil risiko. Semuanya senyap membatu. Cuba memasang telinga.... mana tahu kalau ada bunyi lagi.

Malangnya bukan bunyi yg datang tetapi Sesuatu sedang bergolek-golek perlahan didepan mereka dari arah sebelah kanan Arol. Entah dari mana datangnya benda tu, Arol pun tak tahu. Dari kawasan gelap benda tu bergolek perlahan-lahan ke kawasan yg diterangi cahaya lilin. Kesemua mereka melihat benda yg sedang bergolek.

Menurut Arol bentuknya seperti buah kelapa yg sudah dikupas kulitnya tetapi saiznya besar sedikit dari kelapa biasa. Sebaik saja tiba di tepi lilin ( betul-betul didepan mereka bertujuh )........ benda tu berhenti bergolek dan ajaibnya benda tersebut berhenti dalam kedudukan menegak. Dan ........................................ kali ini Arol dengan jelas dan terang nampak benda yg seperti buah kelapa tu mempunyai muka! Arol mengatakan yg dia nampak 2 mata yg bulat dengan biji mata yg hampir tekeluar dan mulut yg menjuih tengah tersenyum memandang mereka. Mulanya Arol sangka khayalan sebab kepala dia pening. Tapi bila melihatkan yg lainnya seperti dia juga. Arol pasti yg dia nampak ini memang nyata.

Ya Allah! Lemah segala anggota badan... nak pengsan pun ada. Lagi pula bila melihat mata ' kelapa ' tu bergerak-gerak ke kiri dan ke kanan sambil tersenyum-senyum. Cepat-cepat Arol tutup matanya rapat-rapat. Serentak dengan itu, Arol mendengar kawan-kawannya membaca Ayatul Kursi. Ada yg membaca surah Al-Falaq... yg baca doa makan pun ada. Arol hanya mampu baca Al-Fatihah. Itu saja yg mampu dia ingat dan baca dengan lancar.

Sedang masing-masing terkumat-kamit membaca, angin bertiup. Kedengaran bunyi anjing menyalak sayu. Kesemua mereka kaku mencangkung tidak bergerak-gerak. Begitu juga dengan Arol. Kepala lutut dan terasa longgar. Tak lama kemudian 3 orang Urusetia dan Kem Komander datang. Bahu mereka semua di tepuk. Mereka diarahkan berdiri..namun tidak seorang dari mereka yg dapat berdiri.

Rupanya 2 orang Urusetia tadi ternampak apa yg berlaku. Mereka terpaksa patah balik ke Kem dan melaporkan kepada Komander. Dan Urusetia yg ketiga tu adalah Ustaz yg ditugaskan menjadi imam kami semua dan beri ceramah utk kuliah Subuh.

Mereka semua diubati dan diberi minum air yg telah didoakan oleh Ustaz tadi utk kembalikan semangat mereka. Arol dan yg lain dibawa balik ke Kem. Mereka tidak dibenarkan bercerita apa-apa ttg insiden malam tu atas sebab keselamatan. Kalau nak bercerita..ceritalah pada hari terakhir KBD nanti.

Itu sebab Bonda tahu tentang kisah ini......... Macamana boleh mereka tergerak hati nak bercerita pada Bonda? Sila tunggu utk kisah akan datang........



-- Edited by BondaDiana on Thursday 18th of April 2013 07:08:51 PM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

lalink - memang misteri..

reza - mayb arwah nak melawat kali yg terakhir ....

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:

Penanggal bukan ke makan darah jer kejenyer...camana pulak dia bule jaga kebun? Apa yg dia tau pasal berkebun?
Tapi, kalau dah lepak2 terapung sebelah pokok bendi tu pun orang dah lari, tak mustahil penyamun dan perompak pun cabut.
Tapi, rasa macam tak berbaloi pulok kena bercerai badan segala semata mata nak jaga kebun. Heheh...itu hanya pendapat.

__________________

Bajimax

(Pendekar lidah terjulur)



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

bajimax wrote:

Penanggal bukan ke makan darah jer kejenyer...camana pulak dia bule jaga kebun? Apa yg dia tau pasal berkebun?
Tapi, kalau dah lepak2 terapung sebelah pokok bendi tu pun orang dah lari, tak mustahil penyamun dan perompak pun cabut.
Tapi, rasa macam tak berbaloi pulok kena bercerai badan segala semata mata nak jaga kebun. Heheh...itu hanya pendapat.


 dia dapat keccntikan...kekayaan hasil kebun semua...



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalamualaikum Bajimax..

Memang penanggal makanannya ialah darah wanita bersalin. Tapi tujuan ia dipuja dan dipelihara adalah bg tujuan yg seperti Bonda catatkan sebelum ini. Makhluk ni dipelihara sejak zaman nenek moyang kita lagi.

Bg golongan yang yg muda dan tak pernah melihat makhluk2 ini..mungkin akan bertanggapan yg ini semuanya lucu. Tapi bg Bonda, reza dan yg pernah melihatnya tahu akan kewujudannya.

Kalau Bajimax nak tengok penanggal ni, Bonda boleh tolong bawakan Bajimax ke satu tempat. Jauh sikit dr rumah2 org. Bajimax boleh duduk diam2 dlm 1 jam. Tunggu dlm gelap..pasti makhluk ni akan muncul. Tapi Bonda tak boleh temankan sbb Bonda dah janji dengan reza nak makan nasi ayam penyet....reza belanja.

Boleh?



-- Edited by BondaDiana on Tuesday 23rd of April 2013 03:07:28 PM

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

badda2 wrote:

dap dup dap dup .... efek gerakan pantas ... darah kat jantung aku yang sedang dipam ...

bukan apa ... baca da la memalam ... kat opis pulakkk (sunyi sepi)

nasib baik anak teman ...(kui kui kui) ... ingat nak buat keje sikit ...

entahlah ... macam kensel jer ...    hu hu hu hu ...

 

(g preedem ... mana nko nii lama x on9 ...

aku tau .. nko pun lebey kurang macam aku jer ... eeeeeeeeee .... seremmmmm)

 


 ko panggil sape badar....aku ke yg ko cari....



__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

huh abis jugak baca semua cite bonda ni best seram tu...

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalammualaikum w.b.t ....

Lama juga Bonda tak masukkan cerita ya.....

Mohon  maaf semua. Bonda sibuk sangat akhir-akhir ni. Banyak tugasan yg perlu diselesaikan. Baiklah Bonda sambung cerita tentang pengalaman ketika berada di KBD.

MISTERI

Ketika menjalani kursus KBD, Bonda telah dilantik sebagai ketua kumpulan. Jadi pada hari ketiga, setiap ketua kumpulan akan dibawa masuk ke dalam hutan utk ditunjukkan checkpoint  bagi Pogram Jelajah pada keesokkan harinya.

Kami seramai 12 orang ( mewakili 12 kumpulan ) termasuk Kem Komander dan 4 orang Urusetia bergerak keluar dari Kem selepas solat Asar. Kami bergerak menyusuri kawasan hutan kecil menuju ke checkpoint  yg pertama. Kami yg seramai 12 orang ini berjalan mengikut nombor kumpulan masing-masing secara berbaris memanjang. Buat pengetahuan semua Bonda adalah ketua kumpulan yang ke 8.

Jadi berjalan  pada kedudukan nombor 8 memanglah tidak menyeronokkan bagi Bonda sebab Bonda tak nampak apa yg berada di depan. Bukan apa.... tahap memori Bonda ini bukannya bagus pun. Tak sampai pun 1 Gigabait. Sekurang-kurangnya ada la yg boleh Bonda buat landmark utk esok.

Selesai di checkpoint yg pertama, kami bergerak pula menghala ke checkpoint  yg kedua. Kami melalui kawasan tanaman kelapa sawit dan kawasan paya utk sampai ke checkpoint  yg kedua ini. kawasan kelapa sawit tak menjadi masalah bagi Bonda tapi ........... PAYA? Perkara yg paling Bonda tak suka. Eeiii ....... gelllliii.

Tak lama kami di checkpoint kedua. Setelah diberi taklimat serba sedikit, kami bergerak ke checkpoint yg terakhir. Kami berjalan agak laju sedikit memandangkan waktu sudah hampir lewat petang. Jam sudah menunjukkan hampir 6.15 petang. Kalau jalan lenggang mak kangkong alamat sampai kem hari dah gelap.

Sepanjang berjalan utk ke checkpoint yg terakhir kami tidak dibenarkan berbual. Sungguh membosankan! Nasib baik Bonda baik dengan seorang Urusetia. Sudahlah baik hensem pula .. ( wahhh......gatal sungguh segala sendi-sendiku ). Menurut Urusetia yg hensem tu, utk sampai ke sana kami terpaksa melalui kawasan perkuburan cina yg luas. Kemudian hutan kecil, denai dan baru akan tiba  di checkpoint yg terakhir.

Ketika melalui kawasan perkuburan cina, Bonda seperti di tarik-tarik utk memandang ke arah sana. Bonda pandang keseluruhan kawasan tersebut .... sepi dan suram. Takde seorang manusia pun berada di situ. Yang ada cuma burung-burung gagak bertenggek di atas kubur .........................................

Eh!! Nanti kejap! Tadi Bonda taip ' TIADA SEORANG MANUSIA PUN BERADA DI SITU ' kan? Bonda tarik balik ayat Bonda semula. Di celah-celah batu nisan ( Bonda gunakan perkataan ' batu nisan ' la ye ... ), Bonda ternampak seperti kelibat seorang wanita tua sedang berjalan terbongkok-bongkok.

Bonda kecilkan mata ( sebab jarak antara Bonda dan wanita tua tu dalam +- 100 meter ). Betul ke apa yang Bonda nampak? Bonda cuit belakang kawan yg berada di depan. Dia toleh ke belakang dan Bonda dekatkan badan Bonda dengannya. Bonda tanyakan padanya samada dia ada nampak kelibat wanita tua tadi. Dia terus menoleh ke kawasan perkuburan cina ...... mencari-cari kelibat wanita tersebut.

" Mana? Takde pun ..... ", dia berbisik kepada Bonda.

" Ada la .... tu kat sana ", Bonda bisik di telinganya sambil muncungkan bibir ke arah tempat wanita tua tu sedang berjalan.  Kawan Bonda tengok semula kemudian dia geleng-gelengkan kepala. " Takde la ..  ko tengok saper ni? " .

Bonda tak puas hati. Bonda pandang balik ke tempat tadi. Jelas sekali memang wanita tua masih lagi jalan terbongkok-bongkok melintasi kubur-kubur yang ada. Wanita tersebut memakai baju tradisional cina dulu-dulu. Rambutnya putih disanggul. Berjalan perlahan-lahan sambil kedua belah tangannnya di letakkan dibelakang.

Tiba-tiba tanpa diduga wanita tua itu berhenti berjalan dan perlahan-lahan berpaling kepada Bonda. Berderau darah Bonda... Okay begini. Pernah tengok kan cerita Jangan Pandang Belakang? Ada satu adegan dimana Opah berdiri sambil tersengih-sengih. Macam tu la wanita tua tu memandang ke arah kami ( tapi Bonda rasa dia pandang Bonda sebab kawan Bonda tak nampak apa-apa pun ). Wanita tu tersengih kemudian dia melambai-lambaikan tangannya. Very slow motion  punya gerakan.

Cepat-cepat Bonda pandang tempat lain. Muka dah rasa panas. Jantung berdegup kencang. Dalam beberapa saat, Bonda pandang semula. ' Eh! Mana pulak orang tua ni pergi? ' . mata Bonda memandang menjelajah ke seluruh kawasan perkuburan cina tersebut. Kiri, kanan, kaki bukit dan atas bukit ..... Semua Bonda pandang. Serius .... wanita tua tu hilang! Diulangi H.I.L.A.N.G !! Fikir secara logik, tak mungkin wanita yg dah tua, jalan terbongkok-bongkok dan amat perlahan boleh hilang macam tu saja? Ohnehe....nehe.... mana mungkin. Bonda tengok keseluruh kawasan  perkuburan tu sekali lagi. Confirm! Memang dia takde ..

Tiba-tiba bahu Bonda di tepuk.. ' Oh mak kau! '  Aaaisehhh ... termelatah pulak Bonda. Semua yg ada di situ tengok Bonda. Termasuklah incik Urusetia yg hensem itu. Malu sungguh Bonda ketika itu. Hhhiisshhhh ...... Rupa-rupanya Bonda  berdiri tegak tak bergerak-gerak. Yg berada didepan semua sudah berjalan. Bonda toleh belakang, Kawan-kawan yg berada di belakang semua memandang Bonda dengan pandangan yg pelik.

Tanpa bercakap apa-apa Bonda terus berjalan ke depan. Sambil tu Bonda cuba mengelak daripada memandang ke sebelah kiri ( kawasan kubur ). Bonda terus baca 3 Qul dan surah Al-Kafiirun serta tak putus-putus berzikir di dalam hati.

Selesai segalanya di checkpoint  yg terakhir kami semua bergerak pulang ke kem. Waktu sudah remang-remang senja ketika kami bergerak pulang. Jam berapa tak pula Bonda ingat.

Sampai saja di depan kem, kami semua dikehendaki berbaris panjang secara melintang ( dah macam askar Wataniah lak Bonda masa tu ). Kami tidak terus masuk ke kawasan kem. Kami cuma berkumpul di depan pintu gerbang kem. Kedudukan kami ketika itu :-

Peserta-peserta KBD berbaris menghadap ke arah pintu gerbang. Belakang dimana kami berbaris adalah kawasan tempat makan ( senang kata macam café tapi kerusi dan meja di perbuat daripada kayu-kayu yg diikat ) kiri kanan adalah pokok-pokok hutan. Begitu juga belakang café tu. Semuanya pokok-pokok hutan.

Kem Komander dan 2 orang Urusetia berdiri bertentangan dengan kami. 2 orang Urusetia lagi berdiri di sebelah kanan kami yg berbaris ni.

Seperti biasa, selepas Kem Komander beri taklimat terakhir ..... barisan kami diperiksa. Bagi yg pernah pergi KBD tentu tahu kan? Kami dikehendaki bercakap dengan kuat nombor kumpulan kami. Sampai giliran Bonda, bersemangat betul Bonda menyebut nombor giliran Bonda ... " LAPAN !! " dan diikuti oleh nombor kumpulan yang lain.

TETAPI kemudiannya ...... " TIGA BELASSS !!! ". HOH !! Tiga belas ??!! Bonda pelik? Eh! 13 ke 12 kumpulan ek? 12 kot ?..... ke 13 kumpulan? Tiba-tiba Kem Komander mengarahkan kami meyebut nombor kumpulan kami sekali lagi. DAN ......... sekali lagi nombor terakhir yg disebut .... " TIGA BELAS !!! ".

SAH! Memang memang ada ' orang ' yg ke 13 bersama kami. Siapa? Rasanya semua sudah tahukan? Yg paling gelabah adalah ketua kumpulan yg ke 12. Bayangkan dia pasti yg dia orang yg terakhir dalam kumpulan tersebut tetapi sekarang ni ada lagi 1 ketua kumpulan ( agaknya la.. ) bersama kami dan betul-betul disebelahnya.

Tidak puas hati, Urusetia mengira bilangan kami. Daripada cara mereka, Bonda tahu memang ada sesuatu yg tidak kena. Daripada pengalaman Bonda yg lepas-lepas bertemu dengan entity, Bonda dapat rasakan akan kehadiran sesuatu di antara kami.

Mungkin memahami keadaan, kami seramai 12 orang ( termasuk 2 yg berbangsa cina dan 1 berbangsa india ) ini sepakat tidak berganjak atau menoleh. Kepala kami tegak memandang ke depan. Jujur Bonda cakap .... mana yg nak terbuang angin pun sanggup menahan.

Menurut budak yg ke 12, memang ada seorang lagi budak selepas dia berdiri disebelahnya. Budak itu adalah perempuan tetapi susuk badannya besar tetapi bongkok sedikit. Dia tidak berani nak menoleh utk melihat wajah budak yg berdiri disebelahnya. Seboleh-bolehnya dia cuba jarakkan dirinya dari ' budak ' yg terakhir itu.

Setelah pasti bahawa ada yg mengikuti kami pulang dan memandangkan keadaan ketika itu memang sudah masuk waktu maghrib, Kem Komander bergerak dan berdiri menghadap kiblat. Dia bertayammum dan buat julung-julung kalinya Kem komander menjadi bilal utk solat Maghrib pada hari itu. Dia melaungkan azan sekuat yg mungkin.

Selesai melaungkan azan, kami yg beragama Islam membaca doa dan kami terus di arahkan membaca Ayatul Kursi sebanyak yg mungkin. Bonda ambil kesempatan ini utk memagar diri Bonda dari diganggu.

Alhamdulillah ... habis saja kami berbuat demikian, susuk ' budak ' yg ke 13 hilang. Tanpa berlengah, kami semua terus masuk ke kawasan kem. Hari tu kami mandi bertemankan cikgu-cikgu kami. Malam itu semuanya tertanya-tanya kenapa Kem Komander menjadi bilal. Kami sebagai ketua kumpulan hanya berdiam dan tidak mahu bercerita tentang perkara ini.

Siapakah budak yg ke 13 itu? Adakah berkaitan dengan wanita tua yg Bonda nampak di kawasan perkuburan cina tadi? Atau ia memang sengaja mahu mengusik kami? Tetapi dari mana ia mula ikut?

Begitu juga dengan wanita tua tersebut? Manusiakah dia? Atau memang dia satu keturunan dengan Jin yg kita panggil H.A.N.T.U ?

Semuanya misteri ... Bonda sendiri pening memikirkannya. Pada Bonda biarkanlah................ kalau setakat mengusik di waktu siang tak menjadi masalah besar bagi Bonda ... tapi jangan datang waktu malam ... Sebab Bonda sseerrammmmmm....





__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

Tapi kan...bnda ni mmg selalu ade...
Tak kire la waktu reza.jd fasi..
Waktu.jadi peserta...
Waktu.jd urusetia....hantu.ni.gaknye suke kem.bina.diri kot
Hehehehe
Mesti.nak join.kem....

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Tu lah pasal. Kes org terakhir ni selalu sangat terjadi.
Saja nak join agaknya.

Nanti ada kesempatan Bonda masukkan cerita terakhir Bonda berada di KBD... sangat mencabar sikap berani Bonda... ( kononnya la )

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

pandai pulak tu mengira....
org nak kira sampai 12 dia sesedap hati nak tambah sampai 13

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Hahaha....tak nak pula sebut 15 ke 20 ke..betul lak mengira tu..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

XDE SAMBUNGAN KE IBU

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Bondaku yg baik lagi bijaksana,maaf nak bertanya penanggal ni pompuan aje ke.Saye ada dengar penanggal ni ade yg lelaki betul ke......

 



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Gaara ~ coming soon dear. Sekarang Bonda sibuk sikit

BB ~ Welcome to GC .. ttg Penanggal tu..bergantung pd siapa yang membelanya. Tapi selalunya golongan wanita yg suka membela sbb berkait rapat juga dengan ingin sentiasa cantik. Kalau lelaki tu suka membela HR..jarang Bonda dengar lelaki membela Penanggal. Cuma di bahagian Sabah ada ramai lelaki yang membelanya. Di sana dipanggil balan-balan. Wallahua'lam....

__________________


Member

Status: Offline
Posts: 5
Date:

Asalamualaikum warga gc, cik Gayah suke sangat menempek kt sini.dah jd mcm habit pulak hari2 msti jenguk ..ni ha baru register..sebelum ni jd silent reader je..lg2 Cerita Bonda Mesti Ternnti2.hehe..smile

cik Gayah nak kongsi cerita penanggal ni..kite xpernah jumpe..tapi selalu dengar arwah abah cerita masa die kecil2 dulu..

Masa tu arwah abah rasenye dlm sekolah rendah lg kot..dulu2 tahun 50 Or 60an pakai seluar pendek besar katenyer..pagi2 bute dah bejalan nk kesekolah  Sbb sekolah zaman dulu jauh xmcm sekarang..so jalan punye jalan bunyi riuh kat depan ..orang ramai tengah mengerumuni something kt dlm paya... So masa tu arwah curious nk tau ape la yg diorang tgah kerumun tu..

Tengah die berasak2 nk masuk ke depan..dengar suara perempuan menangis2 sayu..n suara seorang lelaki bertanyakan sesuatu..dari mane ko dtg?.kenapa dtg buat kacau kt kmpung ni?... So dlm berasak2 tu dpt la arwah abah ke dpan..masa tu hari nak hampir subuh kot..nmpak la kepala orang tersangkut kt celah2 duri mengkuang kt dlm paya tu..heran jugak kate arwah abah badan nyer kt mane? So duk tenung2 tu ternmpakla Mmng xder badan..n ade tali perut je tersangkut kt duri2 mengkuang tu..huhu..muka die mmg mengerikan..tapi kate arwah die jd kasihan bile tengok mate mende tu terkelip2 mcm minta tolong..

Ade diantara org kampng yg marah2..suruh dibunuh je..tp kate arwah abah die jd kasihan pulak..

Tu jela cerite nyer..sbb lepas tu arwah abah teruskan perjalanan ke sekolah.. dan xtahu lah ape kesudahan nasib mende tu..yg xlama lepas tu baru die tahu mende tu ialah penanggal..

Huhu..wink xtahu la kalau cerita x menarik..banyak lg kisah2 yg nk diceritakan..tp xtau mcmane nk mule hehe..maklumlah orng baru..

Maaf bonda diana..menyibuk kt colum bonda plak..



__________________

437843yn4bmybu6n.gifBiase die ni..mama marah ni..biase die ...biase...
Visit My Website



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 57
Date:

Ini video yg saya lihat dlm youtube.Makhluk di dalam video itu di katakan hantu penanggal

tapi x nampak isi perut pun yg mana org sering perkatakan? Entahkan betul ke tidak.....confuse

Minta geng GC beri komen.....aww

 

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=XOIBrTIxhZg#!

 

 

 



__________________
«First  <  1 2 3  >  Last»  | Page of 3  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard