Kisah yang saya ingin ketengahkan ini ialah tentang kawan2 saya Sarah (nama samaran) dan Aidil (juga nama samaran). Kami bertiga teman akrab sejak zaman sekolah rendah lagi dan telah memasuki sekolah menengah yang sama. Selepas itu masing2 lanjutkan pelajaran di Politeknik dan setelah tamat pengajian, saya mula bekerja dan itulah kali terakhir saya dengar khabar dari mereka berdua pada tahun 1999.
Suatu hari, di majlis persandingan teman yang lain, saya berjumpa semula dengan Sarah dan Aidil. Maklumlah, dah lapan tahun lebih tak jumpa. Jadi banyak perkara yang diperbualkan termasuklah soal berumahtangga. Sarah pula memberitahu yang beliau sudah pun bertunang dan akan berkahwin pada tahun berikutnya. Tetapi, saya terperasan air muka Aidil yang jelas kurang bahagia. Tapi saya tidak mengatakan / menanyakan apa-apa. Selepas pertemuan itu, kami bertiga kerap bertemu pada hujung minggu atau di masa lapang.
Beberapa bulan kemudian, bila saya sedang sibuk kerja, telefon saya berdering. Rupa-rupanya Aidil yang mengatakan bahawa dia ingin berjumpa dengan saya lepas kerja kerana ada hal penting. Dia kata jumpa di Blok 309 pada pukul 9 malam hari itu. Lepas kerja, saya pun pergi ke tempat yang dikatakan. Bila saya sampai, Aidil pun baru sampai. Bila saya tanya kenapa, Aidil berdiam seketika. Bila saya mendesak, dia kata, "Alah, nanti kau akan tahu, ikut aku dulu." Lepas itu kami masuk lif dan ditekan butang tingkat 6.
Bila sampai tingkat 6, Aidil bawa saya ke sebuah rumah yang terletak di sebelah hujung. Bila Aidil ketuk pintu rumah tersebut, seorang lelaki Melayu membuka pintu dan pelawa kami masuk. KC, saya terperanjat kerana cahaya di dalam rumah itu sungguh malap diterangi hanya beberapa lilin merah. Saya mula rasa gelisah tapi Aidil tarik tangan saya dan kami duduk di ruang balkoni. Ada juga beberapa orang lain di dalam rumah itu termasuk sebuah keluarga India. Saya cuba tanyakan Aidil tetapi dia suruh saya diam.
Saya perhatikan sekeliling rumah itu dan saya tahu ada sesuatu yang tak kena kerana depan saya ada dulang yang diisi dengan limau nipis, garam, bara api dan sebagainya. Tiba2, seorang nenek tua muncul dari ruang bilik menuju ke arah kami. Baru saya tahu. Rupa-rupanya, orang ramai datang ke rumah itu untuk berjumpa nenek yang dimaksudkan kerana mereka ada hajat. Mulalah 'upacara' meyeramkan itu. Satu persatu mereka datang berumpa nenek itu tapi mereka berbisik antara satu sama lain. Jadi saya tak dapat dengar sangat apa yang dikatakan.
Bila tiba giliran Aidil, saya cuba untuk ikut ke hadapan tetapi dihalang oleh Aidil. Disuruh saya tunggu belakangnya sahaja. Saya perhatikan Aidil yang sedang berbisik dengan nenek itu dan alangkah terperanjatnya bila saya ternampak gambar Sarah dikeluarkan dari beg Aidil dan diberikan kepada nenek itu. Gambar itu kemudian dibelek-belek dan yang lain saya tak ingin ceritakan. Faham-faham sajalah. Saya berasa sangat marah dengan kelakuan Aidil lalu saya tinggalkan rumah itu. Kalau nak ikutkan hati saya memang nak balik dan tinggalkan Aidil di situ. Tapi saya mahukan penjelasan darinya. Lalu saya tunggu dia di bawah blok.
Beberapa minit kemudian, Aidil turun dan mengemukakan senyum sinis. Kami mula bertengkar kerana saya mahukan penjelasan dari nya. Aidil terus pekik, "KAU TAHU APA??!! Dah berapa lama aku sukakan Sarah, pernah mintak cinta dia tapi dia tak layan!! Tahu-tahu dah nak kahwin. Aku tak kisah. Kalau aku tak dapat Sarah tak ada orang boleh dapatkan dia!!" Itulah kali terakhir saya berbual dengan Aidil. Sebelum saya beredar dari situ, Aidil mengugut saya supaya jangan beritahu sesiapa. Kalau tidak gambar saya pula jadi sasaran.
Dipendekkan cerita, beberapa minggu kemudian saya mendapat tahu bahawa Sarah sudah putus dengan tunangnya. Difahamkan, Sarah memutuskan pertunangannya kerana beliau sangat cinta dengan Aidil. Sampaikan beliau mahu bunuh diri kalau tak dapat berjumpa dengan Aidil. Sejak itu di mana ada Aidil, di situ ada Sarah. Apa kehendak Aidil semua diturutkan Sarah. Saya merasa serba-salah tapi kalau beritahu orang takut orang tak percaya. Hal ini berterusan dan Sarah mula renggang dengan keluarganya. Sampai dah menginap tetap di rumah Aidil walaupun belum bernikah. Kasihan saya lihat Sarah. Dianiaya oleh teman baiknya sendiri.
Pada suatu hari, saya mendapat berita terkejut bahawa Sarah telah meninggal dunia atas sebab yang tak diketahui. Dia ditemui di kolong blok dengan mulut berbuih. Dia kemudian dikejarkan ke hospital tetapi doktor tak dapat mengesahkan apa penyakitnya sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir. Aidil yang berada di hospital kelihatan sungguh sedih dan tak dapat menerima hakikatnya. Namun kami tak berbual.
Apa yang saya tahu selepas kejadian itu, Aidil masih dihantui bayangan Sarah walaupun sudah setahun lebih Sarah meninggal dunia. Teman-teman saya yang terjumpa beliau di luar semuanya berkata Aidil seperti sudah hilang akal. Satu hari saya pergi menziarah Aidil yang dimasukkan ke hospital. Dia menangis melihat saya dan kata Sarah masih mengganggunya. Saya cuba katakan bahawa itu hanya mainan perasaannya dan cuba pujuknya sehingga tidur. Saya kemudian berbual dengan teman2 yang lain. Pada masa yang sama, telefon bimbit Aidil berbunyi kerana ada pesanan ringkas yang masuk. Saya melihat pesanan tersebut dan terperanjat bila nama 'Sarah Sayangku' terpampang di kaca telefon bimbitnya.
Di pesanan itu tertera ayat berikut: "Hidup mati kita bersama..." Sumpah Demi Allah apa yang saya nampak bukanlah satu igauan. Saya macam tersentak, begitu juga dengan teman yang lagi satu. Selepas itu telefon bimbit itu mati. Kami cuba hidupkan semula tetapi tidak boleh. Namun kami hanya berdiam dan saya hanya beritahu bapanya supaya cuba membawa Aidil berubat secara tradisional. Kerana saya tahu, Aidil sudah termakan perbuatannya sendiri. Masya Allah...
ermmm pernah baca cerita ni...tak ingt kat mne....
sebenarnye...banyak juga kes mcm ni... in reply pada kes ni...ade bebrapa org cerita kes yg same... bahaya kan?? same je mcm kne kan org dengan minyak dagu...
dulu2...abg2 angkat reza ni gila betul..sanggup diorang masukan gmbr dalm satu botol minyk.. pastu gantung kat kipas...katanya, bila putus tali tu, ppn tu akan datg rumah die gulung tikar bantal semua... benar2 terjadi...perempuan tu ikut dia ke sana kemari... bila dia akhirnya dah tak tahan, die nk pergi berubat...tapi bomoh tu dah hilang@pindah..tak tau lah... teruak juga..jenuh pegi berubat...dah tak ingt saya... last2 pempuan tu mati..laki tu gila... ermmmm....
belum lagi yang puja bulan mengambang sume tu... macam2 hal...
oh yeke...heheheh ida bab2 mcm tu x ambk port sgt... hhehehehe..pnh dlu membe laki ida dia bg 1 pokok buluh... pokok buluh perindu....isshhh bhye rupa'y ada pokok tu kt umh..
msa dia bg tu..dia x bgtaw tu buluh perindu...ida pn x taw tu buluh perindu..... start msa ida mndy...rse mcm ada org bjalan kt blkng umh...ida lak jenis msk toilet nk mndy mmg bwk hp..dgr mp3... pastu ambik hp msg abh....skali mmg ada laki kt blakng umh.... xlme tu ttbe ada org x knl nk dtg meminang..klo skali x per..ni bkali2, x knl lak tu...ag pn agak2 la bru spm tu.... pnh abh blik dri masjid..nmpk perempuan dok siram pokok tu....abh ingt ida yg siram...tp gurl tu kurus n tinggii... yg ida lak kurus tp rendang x bbuah..hihihih...nk kata mak ag la tak...mak agak chubby bdn'y hehehe
abh dh agak smua lelaki yg smpai kt umh tu ada sngkut paut dgn pokok buluh tu.... pas2 ida tye membe ida tu...tu pokok aper..bru dia ckp pokok buluh perindu..pakcik dia dpt masa pakcik dia sesat kt hutan......pokok dia mcm pokok buluh biasa tp dia x beso...kck2 jer...
trus ida pulang kan balik pokok tu kat mamat tu...wt ssh idup org jer..hampeh....
nkorang tau x .... cerita kopi o pes ini .. haku menghayati seratos peratos persen ...
pasal ape ... baru nie aku terbace kes `membuat' orang perempuan gila kat lelaki ... sampaila nyawa perempuan itu diambil/`gila @ suka' sampai akhir hayat ...
selama nie .... apa yang pernah aku maklum ... baca ke .. cerita ceriti ke .... bila dah syork atau suka sangat333 ... kat orang tu ... ending ... biasanya diarang kawen ..
x pon .. si perempuan /parent nye ... pergi berubat ... sembuh ,..... dan x pon bertemu jodoh dengan si pembuat tadi ...
x pon ... siperempuan dibuat gile dengan orang lelaki yang syok kat beliau .. akan tetapi mandangkan se perempuan terlajak kata .. terlajak perbuatan (seperti meludah ke)
dibuatnya orang itu gile.... sampailaa akhir hayat (kes nie ada berlaku masa aku kecik2 hingga ke sekolah menengah dikampung akuuu /kampung arwah nenek aku) ...
pasal cerita adik adida zarina kuriapan dio atas ..... aku terhengat2 .. sampai memalam tadi ... kenapa perempuan itu mati ... sebab apa ... ? musykil tuuu ...
macam jugak Areza kelape muda tu kata ... akhirnya perempuan mati .. lelaki gila ...kenapa? adakah sumpahan ilmu itu macam tu ke? isk isk ... muskil muskil ...
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
Bonda n anak dara Bonda mmg suke tgk citer seram2 ni..lg2 ank dara Bonda.. Dia boleh layan tgk citer hantu sambil makan kuaci..muka dia? Mmg mcm xde perasaan.. v_v
Uhuhu...kalo Sa yg tengok cerita seram... terlalu menghayati la pula... siap menjerit segala... sampai kena sound perlahankan volume bunyi (suara Sa, bukan bunyi tv)...
Mr. Hubby Bonda tak suka tgk cerita hantu / seram / thriller dan seangkatan dgnnya... sebab bila dua terkejut dia automatik akan marah..hihi
Tu sbb Bonda layan cerita mcm ni sorang2...tak pun dgn anakanda Bonda jeee... Tp setakat ni..belum ada cerita seram yg dpt buat Bonda terjerit...satu2 nye cerita seram yg dpt buat Bonda seriau dan terjerit ala2 manja ialah cerita JANGAN PANDANG BELAKANG.. seram wooo...