Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KHIDMAT SEKS BERLESEN


Newbie

Status: Offline
Posts: 3
Date:
KHIDMAT SEKS BERLESEN


KUALA LUMPUR - Tindakan sesetengah pakar urut berlesen dan tukang urut haram memberikan khidmat seks kepada pelanggan telah memburukkan nama baik pengusaha pusat urut berlesen yang menjalankan perniagaan secara jujur.
 Tawaran yang diberikan sesetengah tukang urut terutama dikalangan para gadis dan wanita yang sudi memberikan layanan seks kepada pelanggan juga membuatkan 'profession' sebagai tukang urut di pandang rendah dan menjijikkan.
 Kegiatan tidak bermoral sesetengah pihak yang menggunakan nama rumah urut sebagai tempat melakukan aktiviti berunsurkan seks ini secara tidak langsung membuatkan masyarakat mula memandang serong terhadap karier tukang urut. 
 Seorang tukang urut berpengalaman yang hanya mahu di kenali dengan panggilan Emma berusia awal 30an berkata, bukan semua tukang urut perempuan sudi memberi khidmat seks.
 Namun Emma juga tidak menafikan memang ada kalangan tukang urut terutama wanita dan gadis yang menawarkan khidmat tidak bermoral ini.
 Malah, kata Emma, kerana tindakan sesetengah tukang urut yang sanggup menawarkan khidmat seks secara tidak langsung telah merosakkan nama baik tukang urut yang lain sepertinya.
 Kata Emma lagi, walaupun ada tukang urut yang tidak menawarkan khidmat seks tetapi ramai pelanggan yang datang sentiasa mengharap dan sanggup menawarkan bayaran yang lebih untuk mendapatkan seks ketika sedang di urut.
 Malah Emma juga pernah mengalami keadaan tersebut di mana pelanggan sendiri yang meminta dan memaksa tukang urut puaskan nafsu seksnya.
 "Ramai juga pelanggan yang datang kerana tujuan lain. Semasa sedang mengurut itu, mulalah tangan  merayap. Masa itu saya akan beritahu mereka bahawa di sini kami hanya memberikan khidmat mengurut badan sahaja bukannya khidmat seks.
 "Pernah beberapa kali saya berkata dan menjelaskan dengan cara baik pada pelanggan yang dilihat terlalu ghairah meminta saya melakukan seks oral.
 "Pernah terjadi kepada seorang kawan saya yang mengalami kecederaan di kepala kerana di tolak ke dinding kerana menolak permintaan pelanggan yang sedang terlalu ghairah.
 "Semuanya berlaku apabila kawan saya menolak permintaan seorang pelanggan yang memaksanya melakukan seks oral.
 "Keengganan kawan saya membuatkan lelaki itu mengamuk dan terus menolak kepalanya ke dinding dan keluar dari bilik tanpa membuat sebarang bayaran," ujar Emma yang mengakui pernah memuaskan nafsu pelanggan lelaki dengan mengguna tangan sepanjang pengalaman sebagai tukang urut.
 Kata Emma, ramai pelanggan yang ditemui sanggup menawarkan bayaran tip berpuluh ringgit untuk menerima khidmat seks.
 Tambahnya, kadang kala ada pelanggan yang mula mengugut dengan pelbagai perkara. Untuk mengelak kejadian buruk maka terpaksalah ditunaikan kehendak pelanggan itupun hanya dengan menggunakan tangan sahaja.
 "Kita sudah urut badan selama satu jam lepas itu dia (pelanggan) ugut tidak mahu membayar jika tidak mahu menunaikan kehendak seks mereka.
 "Untuk mengelak perkara lebih teruk berlaku terpaksalah saya lepaskan sesak nafsu mereka hanya dengan tangan sahaja dan tidak lebih dari itu," ujar Emma yang turut hairan kenapa lelaki yang ghairah akan bertindak ganas.
 Menurut Emma lagi, kebanyakkan pelanggan yang datang ke rumah urutnya terdiri dari kalangan lelaki yang sudah berumur lingkungan 40an. Golongan ini dikatakan sentiasa menagih sentuhan ghairah dari para tukang urut berkenaan, malah ada diantaranya adalah dari kalangan orang yang berpangkat besar.
 Berdasarkan pemerhatian wartawan MT, kewujudan rumah-rumah urut sekitar ibukota dewasa ini bolehlah di ibaratkan seperti cendawan tumbuh yang mana ia semakin berkembang dengan begitu mendadak. Ini berlaku mungkin kerana permintaan terhadap perkhidmatan ini begitu tinggi sekali sehingga dikatakan setiap seorang tukang urut mampu memperolehi pendapatan sebanyak rm150 sehari.
 "Saya tidak kisah berapa banyak lagi rumah urut mahu dibuka, tetapi yang penting urutlah betul-betul. Jangan jadikan rumah urut seperti tempat pelacuran pula. Kerana kewujudan golongan tidak bermoral inilah, termasuk kami sekali yang terkena bahananya ibarat kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga," kata Emma lagi sambil membetulkan bajunya.



__________________
Boy


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 99
Date:

Cabaran besar gak profesion urut mengurut ni ya...

nak belajar mengurut satu hal,
pastuh nak berdepan ngan cabaran dan kerenah mengurut satu hal lain plak.., persaingan satu hal plak...
halal haram satu hal lain plak..

Whuuu... best la kalo dapat bini pandai urut!!







__________________
da plop popia in da house bebehh.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard