Saya masih baru disini . Saya budak baru belajar , kalau salah tolong tunjukkan :D
okay , saya nak cerita tentang pengalaman saya sendiri . Kejadian nieh belaku sekitar tahun 2011 . Dimana pada masa tuh , saya masih tingkatan 4 . Saya baru pindah ke sekolah baru di Ipoh . Untuk dijadikan cerita , dalam bulan 3 atau 4 kot banyak kejadian aneh berlaku terutama dalam kelas saya . Kawan saya , Tira sering diganggu oleh makhluk menyerupai kanak-kanak . Bende tersebut melambai-lambai kepadanya . Yang lebih aneh , orang lain tidak nampak hanya dia sorang saja yang boleh nampak . Bende tuhh ajaknya bermain dengannya . Tira berasa takut , dia menjerit dan menutup muka . 2 orang kak senior datang bantu manakala pelajar lelaki diarahkan azan disetiap penjuru . Keadaan menjadi semakin rumit . Ramai pelajar kelas lain mengitai ditingkap tetapi dihalau oleh guru untuk masuk semula kedalam kelas . Tidak lama kemudian , saya dan beberapa kawan disuruh untuk menggangkat kawan saya tersebut kesurau . Fuhh , penat teramat . Surau dah lah jaoh . Terpaksa bawak jugak . Setibanya disurau , kami meletakkan tira dikawasan saf perempuan . Cepat-cepat mengambil wuduk dan membaca Yassin . Tira meronta-ronta seperti orang tidak sedarkan diri . Kakak senior membaca ayat-ayat suci Al-Quran . Lama kemudian , tira kembali normal . Dia menceritakan apa yang telah terjadi padanya . Kami dinasihatkan supaya lebih kuat dan hati-hati .
Beberapa minit kemudian , seorang kawan saya , fara secara tiba-tiba rebah dan terus tidak sedarkan diri . Kami cepat mendapatkannya , walaupun berkali-kali ditampar mukanya , dia masih tidak memberi sebarang respon . Kakak senior tersebut terus membaca ayat-ayat Al-Quran dan secara tiba-tiba matanya terbuka dan meronta-ronta . Bende tuh memang kuat ! , saya memegang bahagian belakang badannya . Kakak senior cakap jangan bagi fara baring . Saya kene mengunakan segala kudrat saya untuk menahan badannya . Pada masa yang sama , seorang lagi kawan saya bernama fana menjadi bende yang sama . Disampuk . Kes fana nieh lain sikit . Bende tuhh dah memang sudah lama ada dalam badannya . Fana dibaringkan tidak jauh dari fara . Berbalik kepada fara tadi , dia masih meronta-ronta dengan kuat sehingga 6 orang kena menahannya . Ustaz datang melihat keadaan . Ustaz mengambil kain tuala dan meletakkan di ibu jari fara . Terkumat-kamit ustaz membaca ayat-ayat suci , fara kembali meronta dengan kuat sekali . Ustaz menanyakan " kau mahu keluar , atau tidak ? " bende itu menjawab " tidakk !! , aku tak mahu keluarr !! " terkejut kami . Memang degil bende nieh yaa -,- , ustaz membaca lagi ayat-ayat suci Al-Quran . Keadaan dalam surau menjadi sangat bingit dengan suara fara dan fana .
Tidak lama kemudian , fara diam dan terus terkulai . Kakak senior cakap " bende tuh nak main-main dengan kita lah tuh , aku tahu dia masih ade kat dalam " . betul apa yang kakak tuh cakap . Fara kembali meronta selepas dibaca ayat suci . Seorang pak cik datang menolong kami , dia menjerit " Allahuakbarrr !! " sambil memulas tangan diperut fana dan berlari keluar . Nampaknya seperti sedang membuang sesuatu . Agaknye ape ? . Banyak kali jugak pak cik tuh buad macam tuh . Saya disuruh untuk iqamat ditelinga fana , semakin kuat saya iqamat semakin kuat suara dia . Seram dibuatnya . Saya tetap meneruskan iqamat tanpa henti . Semakin lama semakin ramai yang datang tolong . Pak cik driver , mak cik cleaner dan beberapa orang guru . Kelihatan seorang abang bekas sekolah agama datang untuk memberi bantuan jugak . Dialah yang banyak membantu kami dalam kes nieh . Dipendekkan cerita , fara dimandikan . Selepas itu , fana pula dimandikan . Ketika itu , saya dan seorang kawan saya lagi diarahkan untuk memegang fana kerana mungkin sukar sedikit berbanding fara tadi . Sumpah lengguh tangan saya memegang fana . Dalam proses nak keluarkan bende tuh , terbaring-baring abang tuh berlawan dengan bende tuh dan sampai termuntah-muntah darah dan rambut tak silap saya . Abang tuh cakap bende nieh bukan sebarang , ia adalah JIN ! jin itu suda lama melekat dibadan fana itu . Tidak lama kemudian , keadaan kembali reda . Alhamdulillah , harap lepas nieh tak belakulah perkara ,acam nieh lagi . Abang tuh memberi sedikat sebanyak nasihat kepada kami . Ada betul jugak apa yang abang tuh cakap . Kebersihan perlu dijaga . Ia amat penting terutama bagi kaum wanita :)
Jap jap belum habis lagi cerita saya . hee , kali nieh berlaku kat asrama pulak . seram pulak ..
Tibelah malam pula . Kali nieh berlaku pada diri saya sendiri pulak . Malam tuhh , ada bacaan Yassin . Memang setiap malam Jumaat kami akan membuat bacaan Yassin di surau . Ketika itu , saya sangat penat . Segala kudrat sayahabis telah digunakan pada waktu siang tadi untuk membantu kawan-kawan saya . Saya mengambil keputusan untuk membaca Yassin sambil sandar di bawah tempat penyidai telekung . Tangan kiri saya terasa sangat lengguh . Seorang kakak perasan yang saya seperti tidak bermaya . Dia datang ke arah saya dan menanyakan sama ada saya okay atau tidak . Saya jawab yang saya lengguh sangat tangan kiri saya . Dia megurut tangan saya . Perghh , tak usah cakaplah sakitnye . memang teramat sakit ! , saya tahan sakit sampai tak sedar air mata mengalir . Kakak tuh mengajak saya membaca Yassin di tengah sedikit . Semasa baca Yassin , saya rasa pening-pening dah . Rasa dunia nieh berputar . Habis saja bacaan Yassin , saya terus rebah dan tak sedarkan diri . Pada masa tuh , saya seperti sedar tak sedar . Saya tak berapa ingat ape yang terjadi kepada saya . Bende tuh dah kawal saya sepenuhnya . Yang saya sedar saya rasa seperti kaki belah kiri saya tidak ada . kebas teramat ! . Ikot cerita kawan saya , saya meronta-ronta . Suara saya semakin kuat . Jeritan saya didengari oleh satu surau . Keadaan menjadi diam seketika . Para pelajar asrama lelaki mengambil keputusan untuk tidak berhenti membaca Yassin . Entah berape round mereka bace Yassin malam tuh pon saya tak tahu . Ada yang menyatakan mereka ternampak seseuatu lembaga berada diatas saya semasa saya menjadi tak tentu arah . Abang tadi dijemput sekali lagi untuk menyelesaikan masalah nieh pulak .
Sekali saya sedar , ramai aspura dihadapan saya . Oh , malu nye time tuhh . Tapi , saya tak pikir ape dah time tuh . Saya dibawa ke bilik kecil di belah aspuri . Keadaan menjadi kacau bilau . Kelihatan ada yang menanggis . Ada yang masih tidak sedarkan diri . Apakah sudah berlaku ? Yang paling hairan . Kakak yang tolong saya tadi pon turut tidak sedarkan diri . Saya menjadi bertambah bingung . Seorang kakak datang kepada saya " cube adik tengok sekeliling " saya pon tngok lah sekeliling . Saya hanya diam . " ini semua berpunca daripada adik . Mereka yang menjadi mangsa " . Ape pulak , kenape salah saya pulak -,- bukan saya mintak bende nieh berlaku , dah nak jadi maka jadilah . Panas pulak dengar kata-kata kakak tuh . Biar jelah . Tidak lama kemudian , dalam berape belas orang dipanggil oleh abang tuh untuk membuat pemeriksaan . Abang tuh tanya " kat sinieh sape yang taknak tengok hantu angkat tangan " ramai yang angkat tangan . tetapi , saya dan kawan saya maiza tidak mengangkat tangan . Kami saling berpandangan dan tersenyum Entah ape yang saya fikir mase tuh pon tak tahu . haha . Yang lain diarahkan keluar selepas minum air yang telah dijampi oleh abang itu . Tinggal saya dan maiza . lampu ditutp dan diletakkan sebuah kerusi menghadap pintu . Saya disuruh duduk dan abang tersebut memintak izin kepada saya untuk menyentuh saya . Saya hanya mengangguk . Dia mengambil air tadi dam sapukan di tengah lengan saya , dia mememang bahagian tersebut dan menanyakan " ade rase sakit tak ? " saya jawab " saket lah jugak " saya tak dapat detect ape yang ingin dilakukan . Dia memegang bahagian tengkuk saya berkata " auchh , jangan tekan kuat sangat abang " abang tuh jawab " abang tidak tekan , abang hanya letak tangan saja " hanya terdiam seketika . Ape maksud semua nieh ? di bahagian kaki , saya tidak berasa sakit langsung . Selepas giliran saya , giliran maiza pula . Maiza lain sikit . Semua tempat yang abang tuh pegang , Semuanya sakit . Dia diarahkan untuk mandi sepertimana fara dan fana . Kata abang itu , bende tuh memang sedang mengekori maiza dan ingin mengganggu maiza pula . Tapi , maiza nieh kuat semangat sikit . Dia hanya memerhatikan dari jaoh . Alhamdulillah , saya tidak ada apa-apa .
Selepas kejadian tuh , ramai orang usha saya pelik . Aduh , malu sangat . Maaf kalau kalau saya mengunakan bahasa sms . Hanya mencuba saja ^^