salam..dah lama tak masuk kat GC ni...ehh.lupa ketuk pintu dulu..hhaha
ok la macam ni cite nye..abang saudara aku ngan adik die lelaki pakai keta myvi nak pulang ke kampung sebab dapat cuti.diorang bertolak dari kota kinabalu jam 8 malam...lambat balik sebab servis kereta sekejap..
lepas servis kereta diorang pun mulakan perjalan macam biasa..dalam perjalanan tu diorang rasa lapar dan singgah kat warung makan sekejap (jarak dari kota kinabalu ke kampung kami jauh jugak 490KM)...lepas makan diorang nak start jalan tetiba hujan renyai2 turun dan dalam pertengahan jalan hujan jadi lebat..
dalam perjalanan tu diorang nampak ada sorang nenek duduk kat bus stop nak tumpang kereta ke beaufort tapi mana ada bus malam2 ni..diorang pun rasa kesian kat nenek tu dan bagi tumpang kereta..nenek tu duduk kat bahagian belakang kereta..mula2 diorang tak rasa apa2 dengan nenek tu...dalam keadaan hujan lebat tu tetiba kereta diorang rosak..pelik,kereta dah servis tadi macam mana boleh rosak..
adik abang saudara aku pun nak toleh kebelakang nak bagi tau kereta rosak dan tak boleh terus kan perjalanan...tapi nenek tu dah tak da kat dalam kereta...terkejut sakan la diorang...dah la hujan lebat,nenek tu pulak hilang...masing2 kehairanan..tetiba diorang perasan macam ada yang duduk kat belakang kereta dengan rambut yang panjang melalui cermin..apalagi,diorang buka pintu serentak lari lintang pukang la dalam keadaan hujan lebat tu...
diorang cuba cari rumah yang terdekat nak minta tolong...nasib baik ada rumah berhampiran kat tempat kereta diorang tu...tuan rumah pun terkejut jugak ngan diorang ni..mana tau diorang kena rompak ke apa ke...tuan rumah tu pelawa diorang masuk dan bagitau apa yang terjadi...dengar je apa yang terjadi,dia pun call "orang pandai" nak tolong diorang ni...
sampai je orang pandai ni..diorang pun pergi ke tempat kereta diorang dalam keadaan basah kuyup ..kan masih hujan lebat time tu..orang pandai tu pun check la kereta diorang ni dan kata benda tu dah hilang dari kereta diorang....pintu kereta masih terbuka time tu..diorang tutup pintu kereta dan balik kerumah tempat diorang minta tolong..diorang minta izin nak menginap kat sana..tak sanggup terus kan perjalanan wooo..
bila dah siang je diorang pun call la kami (saudara2) nak minta tolong bawa kereta diorang tu..masa tu kami belum lagi perkara ni..diorang cume cakap kereta diorang rosak dan diorang rasa penat ...sampai je kat kampung diorang suruh parking kereta tu kat tepi jalan....kami rasa pelik..kalau kereta rosak mesti parking kat tepi rumah nak cek apa masalah kereta tu..dia cakap masuk dulu aku nak cite hal sebenar ni...lepas dia kasi cerita suma dah takut ...yang bawa kereta tu lagi terkejut gile...lepas je hari tu kereta tu pun diorang SELL..kat tempat orang lain...mcam tu la ceritanya...
--END--
__________________
ingin ku cium pipi mu dengan tapak tangan ku...ohhh,indahnya~~~
kasi jadik RC drifft la tu keta ariesyaz..hahaha..aku dok kat sipitang la ni skarang miss coklat...kete tu bersalah kerana ..eemmm..errkkk..yang tu lah...huarkhuarkhuarkhuarkhuark...uhuhukks..tebatuk la pulak..
__________________
ingin ku cium pipi mu dengan tapak tangan ku...ohhh,indahnya~~~
Miss Coklat & Encik Otromen... sana kamu chat di whiteboard kamu tu... di sini tempat komen...inda dorang faham apa kamu cakap tu... nanti kena banned kalo YM di sini...
Miss Ariesyaz...dorang berdua tu cakap slang sabahan tu...
Sa agak la kan... kereta tu kena jual sebab abang sepupu Encik Otromen takut si "nenek" tu akan menjelma lagi sekali... mungkin kalo "nenek" ok skit...tapi kalo cik pon yg muncul...naya hidup...
Encik Otromen, tumpang thread ko nia ar...Sa pon mo kongsi satu cerita...
Sa dapat cerita ni daripada sorang pemandu teksi di Tawau... Pemandu teksi ni pula dapat cerita ni daripada kawan dia yg juga sorang pemandu teksi...
Ceritanya camni...Ajis (bukan nama sebenar) sedang memandu teksinya di tengah malam... ya la, kerja pemandu teksi ni bergantung kepada berapa banyak penumpang yg mahu naik teksi mereka... mana la tau malam tu ada rezekinya...
Jadi Ajis ni pandu la teksinya di sekitar bandar & tempat2 yg berhampiran... sehinggalah teksinya ditahan oleh seorang gadis yg melambai2 ke arahnya... pada mulanya Ajis x mo mengambil bakal penumpangnya...perasaannya ragu2... tapi akhirnya teksi Ajis pon berhenti di sebelah gadis itu...
"Assalamualaikum", si gadis memberi salam. Salam si gadis disambut si Ajis. Barulah perasaan si Ajis ni lega. Si gadis bertanya, "Bang, bole pergi ke Sekolah Islamiah?" Sekolah Islamiah...detik hati si Ajis. Si gadis mo buat apa di sana? Sekolah x dibuka tengah2 malam... "Saya tinggal berdekatan kawasan sana, tolong hantarkan saya ke sana. Bole ya?" pinta si gadis. Ajis ni masih lagi berdiam diri. "Nanti saya bayar tambang juga, bang. Bole pergi sana, kan?" Si Ajis berasa kasihan terhadap si gadis, dan mula berfikiran positif. Mungkin rumahnya berdekatan sekolah tu. "Bole la...naik la...", pelawa si Ajis.
Si gadis pon masuk ke dalam teksi...dan serentak dengan tu bau harum semerbak memenuhi ruang teksi tu. "Wangi juga budak ni," kata Ajis dlm hatinya. Si Ajis memerhatikan si gadis dari cermin pandang belakang. Si gadis memakai baju kurung putih. Berambut hitam lurus tapi tidak kelihatan wajahnya...kepalanya sentiasa ditundukkan. Si Ajis teringin melihat wajah penumpangnya.
Lalu si Ajis pon memulakan bicara, "Adik, wanginya ko ni." Si gadis hanya membisu, kepala masih tunduk. "Mungkin dia x dengar," si Ajis menyenangkan hatinya. Lagi sekali dia bertanya dgn si gadis sambil memandang cermin pandang belakang, "Dik, perfume apa ko pakai ni? Wangi juga..." Baru kali ni si gadis menjawab, "Minta maaf, bang. Saya sibuk berSMS." Tapi dia menjawab dengan kepala yg masih ditundukkan. Ajis pon fikir, gadis ni pemalu agaknya. Dia hanya teruskan pemanduan sehinggalah sampai ke Tanah Perkuburan Islam Tawau.
Ajis berhenti di tepi Tanah Perkuburan Islam Tawau. Sekolah Islamiah hanya berada di seberang Tanah Perkuburan Islam tu. Masa tu da mula meremang bulu tengkuknya. Malam2 dekat kawasan perkuburan, seram wooo... Si Ajis pon memberitahu si gadis yg dia telah sampai di tempat yg dituju. Tapi si gadis meminta utk diturunkan di depan Sekolah Islamiah. Lalu si Ajis pon membuat pusingan U utk ke sekolah tersebut. Apabila teksinya betul2 berhenti di depan sekolah itu... dia pon memberitahu yg mereka telah sampai ke sekolah tersebut sambil memandang cermin pandang belakang.
"Hah!" Ajis terkejut sambil berpaling ke tempat duduk belakang . Apa yg dilihat hanyalah tempat duduk kosong. Ajis tanpa berfikir panjang keluar dari teksinya dan terus berlari ke seberang...tapi dia berpatah balik semula ke arah teksinya apabila mendapati tanah perkuburan yg menyambutnya . (Masa ni Sa memang tergelak sebab lucu sangat ) Orang tengah panik, mana la dia ingat ada tanah perkuburan di seberang Sekolah Islamiah.
Dia masuk & menguncikan diri di dalam teksinya, ketakutan yg teramat sehingga x bole memandu. Mo minta tolong dgn kawan, hp dia kehabisan kredit . Tapi x lama kemudian kawan2 si Ajis menghubunginya...sebab mereka risau si Ajis ni belum pulang ke tempat teksi2 malam berkumpul . Segera si Ajis meminta mereka mengambilnya di situ. Dan masa kawan dia datang mengambil si Ajis ni, kawannya tu terhidu bau harum si gadis yg hilang di dalam teksi si Ajis.
Rupa2nya tekaan dia sebelum mengambil penumpang tu memang betul, bahawa si gadis itu adalah hantu
Ni cerita betul sebab pemandu teksi tu bersemangat cerita pasal kawan dia tumpangkan hantu tu...& kisah ni berlaku bulan September 2012.
aku ade beberapa soklan n nk tnye pndapat korang la kan..
yg cite otromen : kalau jadi kat korang, korang nk uatpe ngn kete tu?
cite sakura : nape antu suke tumpang org xkire la kete ke teksi ke beskal tua pon dia sanggup tumpang padahal dia boleh terbang lagi laju?
ha.. sile2 la cite kat aku..
Alaa...sekali-sekala hantu pon mo rehatkan diri juga, mo mengimbau kenangan lama menaiki basikal, motosikal dll. Sambil2 tu mereka tetap teruskan hobi menyakat / mengganggu orang yg ditumpangi kenderaannya
aik...tandas CP di bahagian ground floor ka? setau Sa mana da hantu time2 ko nampak pokemon tu... atau pun ko nampak costume pokemon masuk tandas CP... ko wat pa pula di CP? pegi jalan2 ka?