Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: cik pon ajak kahwin


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:
cik pon ajak kahwin


 

Bercerita mengenai hantu yang minat dengan manusia nikadang-kadang kelakar juga..tapi ni ada la sikit cerita nk diceritakan

Okbenda ni terjadi pada dua adik beradik yang sebenarnya dalam tak sedar, diorang ni memang banyak saka keturunan dan ditambah pulak belajar silat lah..nak keris sakti la apa kan..

1.       Abang

Abg ni dia memang suka sangat dengan keris..opss silap dengan barang-barang mistik..dan dia juga ada belajr-belajar silat semua. Ayat-ayat..saya tengok..banyak yang dia catit kat buku latihan. Agaknya amalan harian dia kot.

Ayah dia ni alim..kaki suraudulunya cikgu..dan agak terkenal dengan sikap peramah, mesra dan murah hati nya tu. Ayah dia ni pun ada ilmu yang tak kurang hndal nya..tapi tulah..katanya ilmu yang dimilikinya tu hnya untuk dirinya..dia tak boleh tuurnkan..ilmunya itu dibawa mati..dia ada juga pesan, kalau nk ilmu die..amalkan beberapa surah yang diberi..tapi budak mudamana die nak amalan2 yang lambat berkesan ni

Jadi..die lebih senang ambil yang jalan pintas..dia ambil amalan dari macam-macam guru..hasilnyadia menjadi seorang yang sangat panas baran.yelailmu dah tinggi..berlagak la..lagi pulak darah mudapantang dicabar.

Dia duduk di bilik paling hujung (kat dapur) yang belakang tu..rumah akak nya..dan belakang  rumah kakak nya terdapat beberapa jenis pokok  seperti pisang, rambutan dan cempedak. Rumah tanah lot ni memang untung. Dahla satu tanah boleh buat dua rumah. Lagi dapat tanam pokok buah-buahan. Nasib tak tanam pokok durian..hihihi..ok..sebelh rumah diorang ni ada bujang tua duduk. Dia bela ayam. SO, berdekatan dengan pagar rumah akak yng belakang tu ada reban ayam. Sebelh reban ayam tu ada dua pokok rambutan merah, dan belakang reban tu ada pokok pelam. Memang baja asli !

Abang ni selalu balik lewat malam..ada beberapa versi cerita dia kne kacau ni, tapi nanti-nanti kalau free taip lagi. Yang ni nak cerita pasal mak pon yang minat kat die..Ok..dia selalu dengar dan mimpi perempuan nidie peliksiapa perempuan ni..apa dia nak..dia pon tnya la dalam mimpi..cik kak ni cakap nk mintak tolong..tapi, dia akan bagi kekayaan atau apa je yang abg mintak. Ok, abang Tanya kalau dia setuju, apa yang perlu dilakukan. DIorang pun buat deal. Khamis malam jumaat tepat pukul 12 kena tunggu kat pokok pisnag belakang rumah. Fuhh..berpeluh juga abg ni fikir.. Dia nak juga tengok rupa asal perempuan tu. Dan, apa barang yang perempuan tu nak bagi?

Lepas dia bincang dengan akak dia (akak dia dan suami pon pandai mengubat )..mereka setuju untuk cover abang kalau ada apa2 terjadi. So, abang pun deal dengan cik kak untuk terima tawaran dia dan akan berbincang lebih lanjut selepas tengok apa yang ditawarkan.

Malam tu, abang dah seram sejuk sebelum masuk pukul 12 lagi. Dia rasa mcam mempertaruhkan nyawa sebab dah buat janji dengan syaitan. Masuk pukul 12..angin sepoi-sepoi dah mula bertukar menjadi kencang dan semakin sejuk. Tiba-tiba kat atas awan melintas sesuatu benda yang kelihatan berapi membelah malam yang gelap dan dengan baiknya dia landing kat belakang rumah!!! Abang dah mula seram sejuk..takut juga dia walaupun nakal. Dia kuatkan semangat dan redah semak untuk ke pokok pisang. Dari pokok cempedak, dia dah Nampak benda berapi tu kat pangkal pokok pisang.

Abang dah nekad untuk bersemuka dengan cik kak tu. Dia terus melangkah..dengan berat kaki, dia melangkah ke pangkal pokok dan melihat benda yang masih berapi tu. Abang mencangkung dan cuba menyuluh dengan lampu picit yang dibawanya. Tiba-tiba api tu terpadam. Dia terundur kebelakang sedikit akibat tindakan reflex . Terasa dingin ais mula menjalari tengkuknya yang sedikit terbuka akibat baju yang tertarik kebelakang. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang memerhatinya.

Abang menoleh kebelakang. Serasa longgar lututnya lantas terjelopok ke tanah, pucat muka tidak berdarah. Ternaganga mulutnya tatkala melihat susuk tubuh di hadapannya. Rambutnya yang sangat pnjang dan menggerbang. Matanya kelihatan merah menyala seperti sedang kemarahan. Kukunyakuku kakinya panjang dan hitam begitu juga kuku tangannya yang panjang da mula bergulung. Taringnya panjang mencecah dada. Badan yang sedikit terangkat dari tanah itu sedang menggogoi menangis. Dia mula mengangkat mukanya yang pucat tidak berdarah itu. Dia memulakan bicara dan pertukaran mereka.

Dia minta abang paku kan tengkuk dia dan cari mentera supaya dia boleh berubah jadi manusia. Dia nak jadi manusia dan berkahwin dengan abang.Dia janji dia akan beri segala pangkat dan kekayaan dunia kepada abg. Entah dari mana abang dapat kekuatan, dia terus lari masuk ke dalam rumah akak. Dengan muka nya yg pucat lesi dan berpeluh2 satu badan, akak dah agak mesti ada yang tak kena. Abang tak ambil keris tu. Dibiar tinggal kat pokok tu. Keris tu cantik, tembaga 7 luk.

DI luar kedengar cik kak tu masih lagi menggogoi menangis. Tapi kali ni kat atas reban ayam tu. Reban tu memang port biasa dia duduk mengintai pakcik dalam bilik (hantu pun ada keinginan tau). Last sekali pakcik cakap dia tak sanggup Biarlah apa pun ditawarkan, dia tak nak berjanji dengan syaitan. Malam tu, dia bermimpi cik kak tu datang dan akan terus tunggu abang sampai abang sudi. Dia nak hidup mcam manusia biasa.
Dan sekarang, abang dah jadi warden penjara di Kajang dan sudah berkahwin. Panas baran dah kurang sikit sejak dia tinggal segala ilmu yang tak guna. Cuma pasal Cik Kak tu..dia tak nak buka cerita dah.

 



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 414
Date:

laaa.. naper x kawin ? haha. gurau2.

criter ni kata sal 2 bradik. mne kisah yg sorang lg ?

pk2 blek, cik kak tu cm baik je.. tp, btol gak x leh ikat janji dgn setanirojim.. dye nak pedaya kaum adam tu..

syukur si abang x terus sesat n bongkak. hahaha.

rasanye cter ni cm x habis lg laa.. x puas bce..

__________________

AKU SUKA BACA KOMEN KORANG DARI CERITA..

TAPI AKU SUKA BACA CERITA KORANG DARI KOMEN...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

tak sempat...nanti sempat saya taip lagi..uhuhu

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 414
Date:

Haha. okey !

__________________

AKU SUKA BACA KOMEN KORANG DARI CERITA..

TAPI AKU SUKA BACA CERITA KORANG DARI KOMEN...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 251
Date:

areza..nt jgn lupa topup cite ni yesmilesmilesmile

xsabar nk baca lg ni



__________________

sebab aku x baik la aku nk perbaiki diri aku...

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Bahaya...bahaya
Hehehehe

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 103
Date:

Kak . Bila nak sambung cerita ? Excited ni . Hehe , dah lama gila tak bukak GC , ni cerita first yg sye bce . Hehe

__________________
oliVer wEnDelL hOlmEs once said . . . ~"Da great thin' in diz world is not so much where we stand as in wat direction we are moving"~


Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:

olo lo lo misti hansem cik abam tu sampaikan saithon yg nirrajimm pun menyimpan cita2 utk hidup berkeluarga dgn beliau. ni misti adatarget nakkan anak yg chumel2 ni.
nasib baik le aku x sehensem gitu kalau tidak dah lama punahhhhhh!!..

oleh itu aku nk bertanya sikit la kepada 'toh puan hajah karimah suzuki best ape celop young areza the young-young' ni kan...kat dlm cerita tu mana datangnya tiba2 dlm perenggan ke-2 dari akhir tu tiba2 ada cerita pasal keris luk 7? adakah cik kak tu memangnya dari awal menggoda mengajak abang yg hansem tu (awww merenyam nye mak!!) berumpankan keris luk 7 tu? sebab cerita pasal keris/barang mistik cuma disebut tang bab intro je, bila dah masuk bab "Abang ni selalu balik lewat malam.."
takde pulak cerita pasal umpan keris ke apa sehinggalah tiba2 perkataan keris tu muncul di perenggan ke-2 akhir..

aku tanya ni, sebab aku tak faham. jgn la pulak areza mude jelitha ni repot2 kat pak bado tu. kalau repot kat ibu takpe hehe..ummm...ahem!...err..

gitulah seadanya auuuuu..

__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

aah...sebelum ni tak pernah tahu..
cume die kata...kalau kawen dengan dia..die akan bagi apa je..
lebih2 lagi kekayaan dunia..
pakcik ni pulak jenis minat barang2 macm tu...
tu yang die umpan..
kan dulu femes pasal tarik duit tu...
haaa....jadi die bajet pakcik akan kawen la dengan die..

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 143
Date:

owh gitu.
seram pulak rasanya. tapi sekarang ni dah siang nak seram apanye??

seram sebab terbayangkan cik kak binti pon tu dok mengongoi nangis sambil bertinggung atas reban ayam!!!
padahal aku takde reban ayam pun kihkihkhihh..

tapi kisah ni berlaku kepada urang yg angahnya kenali ke?
hisyy lagi lah seram...
dah keluar peluh jantina dahh ni..

__________________
"The only difference between boys and men are the ejaculating speed"


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

sapa saya??
kenal memang kenal lah...
pakcik saya...hahahahha

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard