NAJIB ada membela seekor ayam betina, ayam itu sudah dibela sejak kecil lagi dengan penuh kasih sayang.
Suatu hari ayam Najib telah bertelur di dalam kebun jirannya Anwar. Berlakulah pertengkaran tentang siapa yang lebih berhak ke atas telur itu.
Menurut Najib, telur itu adalah miliknya kerana ayam itu adalah ayamnya. Anwar pula tidak mahu kalah, dia merasakan dia lebih berhak kerana ayam itu bertelur di dalam kebunnya. Akhirnya Najib mencadangkan satu penyelesaian.
"Baiklah kalau begitu mari kita beradu kekuatan, siapa yang lebih kuat dialah berhak ke atas telur itu" kata Najib.
"Bagaimana caranya?" Tanya Anwar.
"Mari kita lawan sepak perut, siapa yang mampu bertahan dialah yang berhak terhadap telur ini" jawab Najib dengan bangganya.
"Baiklah kalau begitu biar aku balik ambil kasut but besi dulu" Anwar bersetuju dan terus pulang untuk mengambil kasut but besi.
Mulalah pertandingan yang mereka rancangkan. Najib dengan yakin sambil mengeraskan perut menyuruh Anwar menyepak perutnya dahulu.
"Ha, cepat sepak, sepak aku dah sedia ni" kata Najib bersungguh-sungguh.
Anwar segera menghayunkan muncung kasut but besinya sekuat hati ke perut Najib.
Apa lagi berguling-gulinglah Najib kerana terlalu senak perutnya disepak oleh Anwar dengan but besi yang keras.
Selepas kira-kira sepuluh minit kesakitan Najib mulai reda. Dia pun menyuruh Anwar bersedia kerana tiba gilirannya pula untuk menyepak.
"Baik sekarang giliran kau pula untuk aku sepak" Kata Najib mengarahkan Anwar bersedia.
klu mcm tu sape yg sepak dulu dia la yg menang.... Hai xde pekerjaan tol la... Pasal telur pun nak gaduh... Masing masing dah ade telur diam diam je la....
__________________
aku meminta pada yang ada aku merindu pada yang sudi