Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: dia tumpang balik naik flight


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:
dia tumpang balik naik flight


Salam semua,

Enjoy reading ruangan ini. Just nak share pengalaman peribadi.

Peristiwa berlaku beberapa tahun yang lalu. Berlaku di sebuah penginapan untuk tetamu di salah satu universiti di utara tanah air.

Tujuan aku pergi kerana ada meeting n mewakili bos aku yang tak dapat hadir. So aku bawak assistant aku seorang kerani berbangsa India. So kami pi naik flight and sampai saja kenderaan telah tunggu dan bawa kami ke tempat penginapan. sampai je lebih kuran kul 3 petang kami check in dan kami ditempatkan di bilik yang sama. aku ok je.walaupun aku lebih bos skit dari kerani tu aku x kisah sebab at first aku bukan nak p sangat tapi dah arahan kena lah ikut and aku tak nak la sorang-sorang kat tempat yang alien bagi aku.

Masuk2 bilik je kerani aku terus letak beg and tuju kat tingkap. sambil bercakap" banyaknya pokok pisang kak. kat luar tu". aku yang tengah sibuk letak beg and letak punggung malas nak layan pi tingkap tu. aku pun balas.. ada orang tanam lah tu ..

Lepas mandi and solat aku pun pi kat tingkap yang kerani aku ckp tadi. memang banyak pokok pisang. masalahnya bukan kat dalam pagar kawasan penginapan kami tapi kat luar pagar. dan 1 perkara yang baru aku perasan hanya pagar hijau yang memisahkan bangunan kami tu dengan pokok2 hutan. ok.. kawasan hutan betul2 kat sebelah. Untuk makluman bilik kami adalah bilik paling hujung kat aras tu. Ok ..aku masih tak terfikir apa2. Turn kami tunggu masa makan. dewan makan terletak disebelah bangunan penginapan . tak lah jauh mana. cuma beberapa langkah je. view memang cantik. atas bukit katakan. so angin memang kuat.apabila kami melintas ke dewan makan. part yang paling aku tak lupa kerani aku ni memang mulut boleh tahan. semua dia tegur and tanya.

"kak, kat sini angin kuat kak bestnya ..tapi kat sini tak ada angin pulak "(setelah berjalan beberapa langkah menuju dewan makan).

aku kata " memangla kan atas bukit"  masalah nya bila aku tengok pokok2 dalam pasu kat area aku lalu tak bergoyang pun..

Ok...still tak terfikir apa2 ganjil. Kami makan and terus pi bilik. kami tak ada progrm utk keluar sebab kenderaan urusetia limited. ok. kami layan tv. sbb meeting start pun esok kul 9.00 pagi.

Tidur dengan jayanya..Next morning, meeting start and sepatutnya ada sambungan pada sebelah petang.tp petang cancel. yahoo...x jd meeting ptg..lepas je lunch kami blk bilik. bilik x kemas lg. x pe la. then beberapa minit kmd housekeeping dtg nk kemas. kerani aku ni lepas je masuk bilik  terus2 landing atas katil. tdo. aku pun x nk kacau. aku sempat lg sembang2 dgn kakak housekeeping sementara diaorg tgh kemas. 

lepas solat jama' magrib isyak aku dgn kerani aku turun pi dewan mkn. dia cakap lagi pasal angin kt situ. aku diam mls nk layan. dlm hati makcik ni x ade benda lain nk ckp ke...

balik bilik kiataorang sibuk nak pack barang. urusetia adalah bagi cenderahati dalam satu beg kecik.dalam beg tu ada lah kuih tradisional dlm 2 pack kecik n air mineral btol kecik. oleh kerana 2 malam so aku x la bawah beg besar (beg tarik). so aku bawak beg sandang yang bole muat baju utk dua mlm je. ada 1 masalah fail meeting pagi tadi sikit punya tebal. siap folder lagi. so beg aku tak muat. aku tanya kerani aku ada space lagi tak beg dia . dia kata ada banyak sbb dia bawa beg besar. so aku kata tumpang dulu . esok2 mintak tlg dia bawak ke ofis terus. ok no prob.

lepas pack aku masuk kan beg aku dalam almari baju tempat yg aku simpan sebelum ni.

esoknya...nk check out. aku terasa beg aku berat betul. tapi fail meeting tu aku dah bg kat kerani aku. dia dengan relax tarik beg. aku kena angkat beg sandang aku dengan 2 belah tangan.

 pi airport. sampai airport je aku suruh kerani aku amik troli. sbb aku kata beg aku berat. dalam flight terpaksa minta bantuan air steward tolong simpankan beg dalam compartment beg atas kepala.  sampai klia. bf aku dah tunggu. kerani aku balik naik erl. so jumpa je bf aku terus aku pas beg sandang aku kat dia.. " ni bawa batu ke apa..berat betul."  aku kata ..ala bawak je lah. baju je pun ..x beli apa2.

kami nak kereta and terus dia hantar balik kat apartment aku. sampai je aku pun ambik beg . say tq kat bf and terus naik kat rumah. dalam hati aku terdetik..eh ringan pulak beg aku ni. siap boleh angkat dengan 1 tangan je and letak kat bahu. tadi punya la berat sampai kena heret 2 tangan. aku pun tak fikir apa2 . naik kat rumah mandi and kemas apa yg patut.

Esok bf aku call. " semalam bawak apa" aku kata bawak apa..baju je. fail meeting yng tebal tu pun aku suruh kerani aku bawak balik sbb beg x muat.

dia cerita masa dia antar aku semalam kereta rasa berat sgt. tekan minyak x pi. aku mana la perasan sbb airport dgn rumah aku x jauh sgt pun. lepas antar aku balik. kereta dia terasa berat lg. dia x sedap hati n stop kt r n r. dia keluar keta n call kawan dia. pastu dia buka semua pintu keta , baca ayat yg kawan dia bg. pastu dia tutup semula pintu keta trus jalan. kereta dia pecut dgn lancarnya..x de lg rasa berat.

hah...nasib baik 'benda' yg tumpang tu tak ikut aku naik ke rumah..kalau x ... masak beb. aku dah lah tgal sorang-sorang.

lepas kejadian tu aku tak bukak cerita. tapi ..x boleh lama pastu aku ada tanya kerani aku  dia ada rasa apa2 pelik tak masa stay kat situ..slow2 dia bgtau. sebenarnya dia dah berapa kali kena tindih. cuma skrg dia bagitau. dia tanya aku kena ke. alhamdulillah tak ada aku kata.. aku pun buka lah cerita bf aku tu..kat dia . geng  yg dengar cerita aku smua mremang bulu roma. sbb sebelum ini pun pernah ada kejadian kat office aku tu.

ok. la .. panjang sgt ni. moral of the story mahluk2 tu semua wujud dan ianya mahluk Allah jua. n jangan celupar sangat mulut tu..tegur x menentu. kan dah kena.

bila aku flash back lagi cerita ni.mahluk yg tumpang tu pandai pulak pilih naik MAS ke KL . tak payah beli tiket pulak tu. bf aku kata diapun nak rasa naik flight jugak. sekian..

 

 

 



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

jeles lah dengan antu tu . free ja naik flight , saya tak pernah naik flight pun .

__________________

hyouka-peace.gif

Maaf andai ada yang terkurang atau terlebih , peace no war ~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 211
Date:

hahaha..hantu zmn moden..nak merasa gak naik flight..asyik terbang, loncat2 je..sekali sekala ada driver, best gak..x gitu pak badda??? pak badda ooo, pak badda..mana kamu dgn penguin2 belaan kamu?? diam je... hanyut kat laut merah ke?

__________________

Hepi, Hepi & Hepi!!!!



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

maju da entiti zaman skang nie....
haku xpenah naik flight..apekebende flight tu pom aku tak tahu...
yg aku taw dye slalu tompang moto n kete org jek..xsangke la plak kan dye ley nek flight !

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wahhh .. cik pon pon .. eh .. cik puan puan niii

siap bawak balik severnier lagikkk ...

kelakar jugak yea .... nak freee jer naik flight ...

nie ... musti jenis yang sengkek .. kan kan kan ... tuu .. nak free jer ...

ingat aku ... org jer yg amik kesempatan ... mkhluk alus pon ade yg macam tuu ..

he he he .... 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:

hujung bulan kot .. gaji dah habis belanja girlfriend dia .

__________________

hyouka-peace.gif

Maaf andai ada yang terkurang atau terlebih , peace no war ~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 291
Date:

teringin naik flight kot hantu tue

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

hantu tu nak datang kl kot...jadi dia tumpang la sape sape yg nak g kl

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 414
Date:

hahaha. Tp, naper antoo tu nak jgk menyempit dlm beg si dye ?
Ataupun dye dok btenggek kat beg tu ?

Haish.. Seram pulak ambo terpk ada antoo tenggek ats beggg...

Tp, bez lh cter nie. X srm sgt. Hehehe. Klu tmba2 sket, mst bley wat filem.

'' MAKELUK HALUS FOLLOW U BACK.. '', that's the tajuknye.


__________________

AKU SUKA BACA KOMEN KORANG DARI CERITA..

TAPI AKU SUKA BACA CERITA KORANG DARI KOMEN...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard