Di kampung saya, ada seorang jiran yg rumahnya selang 4 biji rumah dari rumah saya ni anti sosial orangnya. Rumah dia agak tersorok sikit. Dia tak suka bersembang dgn orang kampung malah sembahyang Jumaat pun xpegi. Ada orang cakap dia membela tetapi tiada bukti yg jelas. Pernah masa saya darjah empat, saya dan sepupu2 pegi beraya rumah dia. Penat kami bagi salam dia xjawab. Bila kami nak balik, dia panggil kami dari dapur dan bagi sorang sekupang.
Nak jadi cerita, satu hari tu dia eksiden masa bawk motor. Dia terlanggar batu tepi jalan. Kepala dia terhentak ke jalan. Start daripada tu dia jadik biol. Bila dah jadi biol, anak2 dia ambik bawak tinggal dgn diorang dekat Penang. Jadik rumah dia kena tinggal kosong. lama jugak kosong dalam 8 bulan kot.
Satu hari tu ada orang luar sewa rumah tu. Laki bini keja cikgu. Diorang duduk situ dgn aman dan harmoni. Tetapi lepas 3 bulan, cikgu tu dok tanya org kampung tentang rumah sewa lain. Org pun pelik pasal sebelum ni diorang laki bini cakap rumah tu ok. Bila kena korek2, baru la cikgu cerita pasal gangguan kat rumah tu. Di cerita barang2 kat rumah selalu kena sorok. Bila nak pakai selalu takde. Alih2 lepas dua tiga hari, diorang jumpe balik kat tempat yg diorang cari xjumpe mula2 tu. Penah sekali tu, cikgu yg laki tu terbangun dari tidur, dia nampak ada perempuan tengah sikat rambut kat depan meja solek. Mula2 dia ingat bini dia. Tapi bila dia raba2 tepi, bini dia ada kat sebelah. Dia jugak selalu dengar orang mandi kat bilik mandi pukul dua tiga pagi. Bila pg tengok, xde orang. Last2 dia xboleh blah dah, dia blah cari rumah lain. hehe
Ni cerita abang saya pulak. Abang saya ni suka menyerampang udang. Depan rumah jiran saya ni ada parit. Dalam parit tu banyak udang galah. Boleh kata tiap2 malam abg saya akan menyerampang udang. Sekali tu dia pegi menyerampang udang kat depan rumah jiran ni. Masa tu rumah tu dah kena roboh. Anak2 dia robohkan pasal nak ambik papan rumah tu. Diorang nak buat rumah kat tempat lain. Masa abg saya tengah suluh mata udang, dia terdengar bunyi org mengilai tapi sayup2 je. Abg saya buat bodo je, pasal sebagai pemancing tegar, dia memang selalu kena kacau. Tak lama kemudian dia terdengar lagi bunyi hilaian tu. Dia buat bodo lagi, tapi dia dah cemas sikit. Pastu diam je suasana. Abang saya pun dah fokus kepada udang sepenuhnya. Tiba2 benda tu mengilai lagi, kali ni bunyinya kuat dan macam betul2 kat belakang abg saya. Abang saya cakap dalam hatinya, kali ni xboleh buat bodo, bodo le kalau xlari. Dia pun terus cabut balik rumah. Lepas tu kalau dia nak pegi situ pun, mesti dia ajak siapa2 teman.
-- Edited by Ronna on Wednesday 5th of December 2012 09:51:51 AM
hi3..buat bodo,last2 kalau x cabut pun bodo. lwak lah abang ko ni. nak tanya sikit,korang kenal x mona fendi? tadi aqu buka fb,ada gambar banglo besar tapi dah xda org sana.. kalau cat blik memang cntk..klau korg tau,share2 ye
hi3..buat bodo,last2 kalau x cabut pun bodo. lwak lah abang ko ni. nak tanya sikit,korang kenal x mona fendi? tadi aqu buka fb,ada gambar banglo besar tapi dah xda org sana.. kalau cat blik memang cntk..klau korg tau,share2 ye
Mona Fendi nie dh lame meninggal.die dikenakan hukuman gantung krna dituduh membunuh
__________________
you will see me as a two person,the first is kind-hearted and second is RAGE