NASI LEMAK KG BARU - PENGAJARAN UNTUK SEMUA .........
Email ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian ..... Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris. Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau. Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini. Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat.Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam. Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejut saya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk. Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta. Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau, penuh dengan ........................
.....
NASI LEMAK!!
Heh...Heh...Heh...Jangan mare ...... Dah! Cerita ni tipu jer ........Pergi buat keje tu haa ...apo ... nak makan gaji buto ko ?????
*p/s : Janganlah mare! Haku pun terkene daaaaa ..... "Siut betul! bukan main srius aku baca cerita ni,
memang kelakar..walaupun aku tak pernah baca citer ni..bila baca tu memula terasa tensen dan gerun jugak..tapi bila tiba bab curah ikan bilis ngan santan kat badan kak kiah tu..aku dah tau yg penulis ni memang giler..hehehheeeeeee..kuakakakakkak
__________________
seronoknya saat remaja, indahnya bila dewasa..buat le apa yg patut janji happy
aku tak baca pun citer tu..terus je aku tulis post kat sini...mende la ku ni
Biasa la ko.. species Cipan berbulu manusia mmg perangai camtu..
Aku pun sama.. tak baca pun citer kat atas tu.. tp sbb nampak ko ada sini, aku post la nak kutuk ko Cipan..
Aku pun x baca post kat atas..sbb aku dah baca dulu... tapi aku nak gak posting kat sini kerana adanya Spesis Terancam seperti tenuk, cipan dan tapir... Sesambil ngutuk2 spesis ini dapat gak aku makan eskrim...
tak pernah pun baca cerita ni..tp mmg da agak da musti citer bodo punya..kalo pasal siram air santan tu, leh caye lagi..tp tang curah ikan bilis tu..takde kena mgena langsung..tak logik dek akal..huhu..yg penting, aku tak tertipu..muahahaha...
tak payah jadik tipah pun... kat gc segala bnda ko akan tertipuuu.....
rajin gak ko bukak posting lama2 ye.. tu namanye ada pembaharuan..... nak tau kisah2 terdahulu dan terkini..... bagus2... teruskan membaca kitab tajul muluk ye....
__________________
aku ada...... ko ada ke????? suka ati aku la... ada aku kisah
sebenarnye kan kiter tak bape nak faham citer ni bleh tak saper2 terangkan per yang berlaku..plezzzz..aper citer sebenarnyer..ape yang tipah tertipunyer..
__________________
bila melihat seseorang itu gembira tak semestinya itu menyatakan apa yang ada di hatinya