Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kisahku....


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:
RE: Kisahku....


dia nk bonda ajar dia gna leptop la tu..nk men game dlm tu kot...


__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Hahaha..ye ke?

Kalau betul pun... Bagilah Bonda hint lain..
Tak perlu lah main on off computer tu... Sian kat Bonda ni.. Buat keje tak siap2..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

dia mrh la tu...tunjuk protes tu yg dia on off...klo hint lain dia tkut bonda x fhm dia nk aper bebeno'y...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Hahahahaha.....

Mmg bikin Bonda susah....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Ini pula adalah kisah yg terakhir..

Bonda harap bagi yg membaca kisah ini, jangan menyangka Bonda menunjuk-nunjuk sebab tidak ada niat pun dalam hati utk berbuat begitu cuma ingin berkongsi cerita saja..

Maaf juga sekiranya ayat atau perkataan yg Bonda gunakan kali ini kurang tepat..sebab bila menaip kisah ini..hati Bonda tiba-tiba menjadi sayu..jadi sblm Bonda menangis, Bonda habiskan menaip secepat mungkin...

KISAH 2

Cerita ini diceritakan semula oleh ayah Bonda kepada Bonda semasa cuti sekolah yg lepas. Bonda terjumpa akhbar lama ( akhbar swasta yg suka terbitkan cerita misteri yg murah..yg kadang-kadang tak masuk dek akal ).

Akhbar tersebut memaparkan cerita tentang seseorang yg telah disembunyikan oleh makhluk halus a.k.a Bunian.

Kami mula berbincang tentang berita tadi yg telah membawa kepada satu cerita yg selama ini tidak pernah diceritakan kepada sesiapa terutamanya generasi ketiga dalam keluarga besar Bonda..

..( Bonda cuba menceritakan kembali kisah ini 96% mengikut jalan cerita yg sebenar. 4% lagi adalah mengikut olahan Bonda sendiri bagi memudahkan semua yg membaca.. ini adalah utk mengelakkan salah faham bg yg menyangka Bonda mereka-reka cerita )

Diceritakan kepada ayah Bonda juga pengalamannya sendiri & diceritakan semula kpd Bonda..................

Arwah datuk Bonda ( Tok Ayah ) mempunyai kebolehan tertentu. Antaranya berhubung secara terus dengan alam lain. Samada melihat ataupun berbual dgn makhluk halus.

Ketika baru berpindah ke kampung, kawasan sekeliling masih lagi di penuhi dgn hutan-hutan kecil yg belum lagi di terokai. Di depan rumah ada sebidang tanah kosong. Arwah Tok Ayah serta beberapa orang penduduk yg lain bercadang untuk membuat kolam bagi ternakan ikan air tawar.

Setelah berbincang mereka membahagi-bahagikan tanah kepada beberapa bahagian. Maksudnya di sini kawasan tanah tersebut dibahagikan sama rata serta mengikut kepada jumlah penduduk ( jiran-jiran arwah Tok Ayah ) yg berdekatan. Dan perkara ini telah dipersetujui oleh semua yg terlibat termasuk ketua kampung.

Jadi bermulalah tugas-tugas mereka membersihkan kawasan tanah masing-masing. Arwah Tok Ayah dibantu oleh ayah Bonda serta Pak Uda. Segala anak-anak pokok, ranting, semak-samun dan juga lalang di tebas.

Membersihkan kawasan tanah itu ( Bonda rasa tak sampai pun 1 ekar ), mengambil masa 3 hingga ke 4 hari. Itu belum lagi acara mengorek tanah bagi membuat kolam ikan. Segalanya berjalan dengan lancar dan sempurna.

Sehinggalah ketika arwah Tok Ayah bercadang untuk membuat parit kecil di jalan masuk ke kolam ikan. Ini adalah kerana sekiranya musim hujan, air akan mengalir masuk ke dalam kolam ikannya.

Ketika sedang sibuk melakukan tugasnya ( arwah Tok Ayah & ayah Bonda berdua saja ), telinga arwah berdesing. Pada mulanya dia abaikan saja. Kemudian tiba-tiba bahunya di tepuk dari belakang. Arwah Tok Ayah bingkas menegakkan badannya yg ketika itu sedang leka mencangkul.

Di toleh ke kanan & ke kiri. Namun sepi.... yg ada cuma ayah Bonda yg tengah mengumpul tanah utk dibuat tebing di tepi kolam.  Dia cuba fokus pada kawasan sekililingnya dgn memejamkan rapat matanya sambil mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu... ( ketika ini ayah Bonda yg perasan dgn keadaan arwah ).

Kurang lebih 5 minit arwah Tok Ayah berada dlm tetap & tegap berdiri di situ tanpa bergerak. Ayah hanya membatu memerhati sambil matanya menjeling pd kawasan sekililing. Tiba-tiba.................... "Kemas cepat! Kita balik!" , keras suara arwah Tok Ayah memberi arahan pada ayah. Terkejut sekejap ayah bila tiba-tiba mendengar suara keras arwah.

Cepat-cepat ayah mengemas barang-barang yg dibawa. Mereka berdua pulang dengan berjalan kaki. Sepanjang perjalanan sehinggalah di rumah arwah Tok Ayah tidak byk bercakap. Dia hanya bercakap ketika perlu.

Malam itu arwah Tok Ayah tidur lewat. Selepas solat isyak, dia duduk bertafakur...berzikir & mengaji Al-Quran. Selepas itu, mengikut cerita ayah arwah Tok Ayah solat malam. Kemudian dia masuk tidur. ( masa tu rumah di kampung kecil saja.. hanya 2 bilik shj )

Malam itu juga arwah bermimpi di datangi oleh seorang tua yg berpakaian putih dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki. Wajahnya bersih dengan janggut serta rambut yg memutih dating memberi salam.

Salam pertama tidak di sambut oleh arwah Tok Ayah. Begitu juga salam yg kedua. Masuk salam yg ketiga barulah dijawab penuh oleh arwah Tok Ayah. Lelaki tua itu memperkenalkan dirinya kpd arwah Tok Ayah..( maaf ya semua...ayah tidak benarkan Bonda memberitahu nama lelaki itu kpd sesiapa.. ). Dia juga memperkenalkan dirinya sebagai ketua penduduk di kawasan kolam ikan. Tempatnya berdekatan dengan pokok jambul bol.

Menurut cerita..tempat yg arwah Tok ayah terokai itu sebenarnya adalah kawasan mereka. Pada mulanya, mereka tidak mengambil kisah akan apa yg ingin dibuat oleh arwah. Ini disebabkan dia mengenali arwah & suka akan sikap rendah diri serta jujur & amanah arwah Tok Ayah. Lgpun susur galur keturunan kami yg membuat mereka hormat pd arwah Tok Ayah.

Tetapi apabila arwah ingin membina parit kecil di jalan naik ke kawasan kolam, mereka membantah. Lelaki tua itu berkata seolah-olah arwah Tok Ayah ingin memisahkan kawasan penduduk di situ. Oleh kerana perasaan hormat kpd arwah Tok Ayah, salah satu drp mereka datang kpd arwah petang tadi.

Mungkin..( ayah Bonda rasalah... ) cara atau sesuatu yg kurang berkenan pada arwah Tok ayah. Maka arwah mengajak ayah pulang.

"Kami mohon maaf atas tindakan org kami pd Tengku Daeng..." , lelaki itu memohon maaf kpd arwah atas apa yg berlaku ptg tadi. Sesungguhnya dia kesal. Arwah Tok Ayah hanya tersenyum lembut. Dia juga memohon maaf pd lelaki tua tersebut atas tindakan yg tidak disengajakan...  " Maaf..kami juga tak sepatutnya buat begitu .. " ( arwah suka membahasakan dirinya sebagai kami ).

Dalam mimpi itu, arwah Tok Ayah tidak memberi sebarang kata putus kepada lelaki tua itu. Dia meminta tempoh tertentu utk membuat keputusan. Arwah meminta tempoh selama 3 hari.

Selama 3 hari itu arwah berpuasa & membuat solat istikharah setiap malam. Memohon petunjuk dari Yg Maha Esa. Selama itu jugalah dia melarang nenek serta anak-anaknya yg lain pergi ke kawasan kolam tersebut.

Masuk hari yg ke 4, seperti yg dijanjikan lelaki tua itu hadir bertemu dengan arwah Tok Ayah. Mereka berbincang secara baik dan teratur. Arwah Tok Ayah mengambil keputusan untuk memindahkan seluruh penduduk Bunian tersebut ke suatu penempatan yg baru. Pada mulanya keputusan Tok Ayah dibantah. Namun apabila dipujuk, lelaki tua itu bersetuju.

Tempatnya tidak jauh hanya selang 1 buah kolam ikan bersebelahan dengan kolam ikan kepunyaan arwah. Namun tempat tersebut tidak dibina kolam ikan, hanyalah sebuah kebun kecil yg ditanam pokok-pokok pisang.

Arwah Tok Ayah telah memilih hari yg sesuai utk menguruskan perpindahan orang-orang Bunian ke tempat yg baru. Selepas solat isyak, arwah Tok Ayah bersiap-siap. Dia pergi hanya berbekalkan sebuah lampu picit. Tidak seorang pun dari kalangan anak-anaknya dibenarkan mengikutnya. Arwah pergi berseorangan menuju ke kolam ikan yg belum siap sepenuhnya.

Sebelum keluar, arwah Tok Ayah membaca sesuatu dan dia melangkah keluar dengan kaki kanan. Ayah serta 4 orang adiknya yg ketika itu masih kecil hanya memerhatikan sahaja. Nenek pula berdiri di muka pintu melihat arwah Tok Ayah hilang dalam kegelapan malam...

Selepas 2 jam barulah arwah Tok Ayah pulang. Selepas memberi salam, arwah terus ke bilik air membersihkan diri. Nenek dan ayah yg td sabar menanti kepulangan arwah Tok Ayah tidak berani bertanyakan apa2 lagi pula melihat arwah Tok Ayah hanya mendiamkan diri.

Apa yg berlaku dan bagaimana arwah Tok Ayah menguruskan pemindahan orang-orang Bunian itu, tiada siapa yg tahu. Waima nenek sekalipun tidak diceritakan apa-apa oleh arwah. Ayah Bonda cuba juga memujuk arwah Tok Ayah tetapi arwah hanya berkata.. takde apa-apa.. . Itu saja.

Selang beberapa bulan kemudian, seorang jiran arwah Tok Ayah jatuh sakit. Sakit jirannya ini ( Bonda gelarkan Pak Usop nama samaran saja )..bukan sakit biasa. Dengar cerita, Pak Usop rebah selepas pulang dari kebunnya. Kebunnya pula bersebelahan dgn kebun pisang tadi. Dan........ dari cerita ayah Bonda Pak Usop ni ada membela jerangkung... issshhhh....Astaghfirullah al adzim....

Pada mulanya arwah Tok Ayah cuba menawarkan diri utk membantu kerana dia rasa dia tahu punca sakitnya Pak Usop. Tetapi niatnya dihalang oleh nenek dan juga kakak ayah ( Makngah ). Apabila diterangkan betul-betul kpd nenek dan Makngah kenapa arwah hendak menawarkan diri, barulah nenek mengizinkan.

Buat pengetahuan semua, tiada seorang pun penduduk di kampong itu yang mengetahui kebolehan arwah Tok Ayah. Selain daripada boleh berhubung dgn alam lain.. arwah juga boleh mengubati orang yg sakit. Tetapi arwah tidak mengubati sebarangan orang. Dia akan memilih dahulu.

Menurut ayah Bonda, arwah dtg ke rumah Pak Usop selepas waktu isyak. Tiada sesiapa pun yg tahu akan kedatangannya. Anak-anak Pak Usop juga tidak mengetahuinya. Arwah pandai memilih waktu yg sesuai iaitu ketika Pak Usop dan isterinya saja yg ada di rumah ketika itu.

Setelah dijemput masuk, arwah pun menerangkan tujuannya kpd isteri Pak Usop. Niat arwah Tok Ayah disambut baik oleh pasangan suami isteri itu. Akan tetapi... arwah Tok Ayah ingin mereka berjanji, " sekiranya kau pulih dan sihat seperti biasa dengan izin Allah... kami minta janganlah diceritakan hal ini kepada sesiapa.. ". Pak Usop dan isterinya bersetuju dan berjanji akan menyimpan rahsia ttg pertolongan dari arwah Tok Ayah.

Rupa-rupanya Pak Usop ni telah melakukan sesuatu yg kurang elok betul-betul di tempat baru orang-orang Bunian tadi. Jadi salah satu drp mereka sangat marah akan perbuatan Pak Usop itu.

Dipendekkan cerita..dengan izin Yang Maha Berkuasa, Pak Usop pulih dari sakitnya. Arwah Tok Ayah dan nenek mengucapkan kesyukuran. Malangnya............ manusia tetap manusia.

Suatu hari arwah Tok Ayah ke warung kopi bersama ayah Bonda. Ketika baru sahaja tiba di warung berkenaan, dia disambut ceria oleh Pak Usop. Beria-ria Pak Usop bersalam dgn arwah Tok Ayah. Dengan nada yg gembira dan kuat, Pak Usop mengucapkan terima kasih pd arwah. Di depan orang- orang yg duduk di warung tersebut, Pak Usop mengatakan tanpa pertolongan arwah Tok Ayah sudah pasti dia masih lagi terlantar baring di dalam biliknya.

Dengan bangga Pak Usop bercakap sambil menepuk-nepuk bahu arwah Tok Ayah. Semua yg ada di situ memandang. Ada yg tersenyum..ada juga yg berbisik antar satu sama lain sambil mengangguk-anggukkan kepala. Entah apa yg diperkatakan oleh mereka tidaklah diketahui oleh ayah yg ketika itu berdiri di sebelah arwah.

 Arwah Tok Ayah tersenyum kelat. Dia sudah menduga perkara ini akan berlaku. Cuma arwah cuba utk tidak bersangka buruk. Niatnya tadi ingin minum kopi dengan ayah dibatalkan. Arwah Tok Ayah hanya menyuruh ayah membeli kuih utk di bawa balik ke rumah.

Sesungguhnya arwah berasa kesal dengan apa yg telah dilakukan oleh Pak Usop siang tadi. Rahsia kebolehannya telah diketahui oleh penduduk kampung yg lain....

Malam itu, ketika arwah Tok Ayah duduk di beranda rumah bersama-sama nenek.. arwah berkata " selepas ini apa saja yg datang kepada kami.. kami tidak sesekali mengubati sesiapa.. inilah yg terakhir.... . A"rwah Tok Ayah nekad. Nenek menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia juga kesal dengan apa yg berlaku.

Bermula dari hari itu sehinggalah arwah menghembuskan nafasnya yg terakhir pada tahun 2005, dia tidak akan sesekali mengubati sesiapa walaupun keturunannya...

Dan ilmu yg dimiliki arwah disimpan kemas dan di bawanya hingga ke liang lahat.... tiada seorang pun warisnya yg mewarisi penuh ilmu yg dimilikinya.. ( kecuali ayah Bonda..tetapi tidaklah kesemuanya sbb dilarang oleh nenek )..

Arwah hanya menggunakan ilmunya hanya utk mempertahankan serta melindungi seluruh keturunannya.....

Al Fatihah ......

 



-- Edited by BondaDiana on Friday 1st of February 2013 05:22:37 AM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Assalammulaikum wbt.

Seperti yg Bonda janjikan.. Bonda akan ceritakan 2 lagi kisah ttg Bunian. 2 kisah ini mungkin tidaklah seseram seperti cerita Bonda yg lain.

Dan ini adalah cerita yg terakhir bagi topik ini...selepas ini Bonda akan bercerita tentang kisah yg lain pula...

 

KISAH 1

Semasa hendak meghadapi PEPERIKSAAN PENENTU SEGALANYA.. a.k.a SPM.., seperti pelajar-pelajar yg lainBonda akan pergi ke tuisyen. Kelas tuisyen yg dianjurkan oleh Persatuan Belia di kpg Bonda ni dibuat pd waktu mlm 3 kali seminggu.

Walaupun badan terasa penat, Bonda gagahkan juga sbb nak lulus cemerlang dlm SPM( huh! Bersemangat sungguhkan?.......KONONnye la )

Untuk setiap mlm Selasa & Rabu, Bonda akan dihantar oleh arwah pakcik & balik kekadang dijemput..tp selalunya Bonda terpaksa menapak sendiri dlm gelap sungguh kejam mereka.

Tetapi Bonda suka pergi tuisyen pd hari khamis sebab sepupu Bonda ada ( ingat lg pd Tina? ). Bonda akan dihantar pulang oleh Tina. Ini kerana setiap Khamis saja dia free. Hari lain dia kerja.

Dipendekkan cerita, mcm biasaTina dtg menjemput Bonda selepas kelas. Danmacam biasa juga..kami berdua akan pusing 1 kampung. Sambil pusing2 kami bersembang ( rindu betul bila teringatkan balik).

Tina mengajak Bonda pergi singgah sekejap ke rumah kawan sekerjanya. Katanya dia ada barang nak dihantar. Bonda jeling jam di tangan.. eerrmm..baru jam 9 mlm. Ok la..tp jangan lama2 tau.., Bonda cakap pd Tina.. ( Bonda ckp mcm tu sbb Tina ni kalau dah bersembang cepat lupa diri..hehehe.. ). Tina setuju..

Kami berdua terus ke rumah kawan Tina yg terletak di hujung kampong. Rumah kawannya Tina ni berdekatan dgn jalan yg menuju ke sungai ( masih ingat tak sungai yg Bonda ceritakan dulu? ).

Jadi selepas memberi salam..kami bertiga duduk berbual sebentar di depan beranda. Tina & kawannya duduk di atas tangga manakala Bonda bersandar di motor. Kami berbual sambil tergelak-gelak sampai ada masanya kami tergelak dengan kuat..

Tiba-tiba ibu kpd kwan Tina menjenguk dari pintu.. ..kemain lagi korang ye..malam-malam macam ni gelak kuat-kuat. Elok la tu..kang ada yg join korang gelak sekali.. , emak kawan Tina seperti memberi amaran. Kami bertiga cepat-cepat tutup mulut.

Kawan Tina merengus.. apa la mak ni..cakap yg bukan-bukan.. .

Tina & Bonda berpandangan antara satu sama lain. Bonda rasa seriau. Manakan tidak..mereka berdua duduk dekat dgn pintu. Kalau apa-apa hal sudah tentu diorang masuk ke rumah dulu.. Mata Bonda meliar pandang kiri kanan.. Ye lakan..manalah tau...masin mulut makcik tu... ( hah! Tau takut..tadi tak ingat... ). Tapi nasib baik tak ada apa2.

Kami kemudiannya sambung semula berbual. Kali ini Bonda berpindah tempat. Bonda berdiri menyandar di tembok beranda...

Tengah leka berbual, Bonda rasa kurang lebih 5 minit... kami nampak seperti cahaya yg terang menyuluh dari arah bukit. Rumah kawan Tina ni berada betul-betul berada di tengah simpang 3. Di depan rumahnya jalanraya menegak..di kiri rumah adalah simpang ke atas bukit manakala di bahagian kanan rumah adalah jalan mati. Tetapi ada sebuah rumah lagi di sebelah kanan rumahnya sebelum jalan mati ( jalan menuju ke sungai & satu lagi jalan kecil masuk ke kebun pisang ).

Walaupun kami tengah berbual, mata kami masih lg memerhati akan cahaya yg datang dari arah bukit ( bahagian kiri rumah kawan Tina ). Tak lama kemudian muncul sebuah kereta mewah & besar berwarna putih lalu dihadapan kami. Kereta tu sangat cantik macam Mercedes Benz CL55. Cermin kereta tersebut gelap. Sangat gelap.

Dalam hati, Bonda bercakap... fuhh..saper la yg kaya sangat ni..besarnye kereta dia .. Mata Bonda masih lagi melihat kereta tersebut. Pemandunya memandu dgn perlahan seolah-olah mahu kami melihat kereta mewahnya.

Kemudian kereta tu bergerak melepasi rumah kawan Tina dan menghala terus ke bahagian kanan rumah. Bonda pandang mereka berdua sambil mengangkat kening dan tersenyum. Memang sungguh cantik..seperti bercahaya @ bersinar @ dalam bahasa Englishnya G.L.O.W.I.N.G!!..

Tiba-tiba masing-masing seperti terkena kejutan elektrik. Badan kami tertegak serentak. Kenapa?

Sebabnya... kereta mewah tersebut hilang begitu saja! Gho alif hamzah ya ba..GHAIB !! kami bertiga tak nampak pun kereta tersebut parkir di mana-mana. Kalau pemandunya memandu terus sudah tentu dia akan ke rumah sebelah. Satu-satunya rumah terakhir yg ada di jalan tersebut...

Kami bertiga serentak berdiri memandang ke rumah sebelah. Leher kami panjang menjenguk kot2 kereta tersebut parkir di jalan kecil ( hanya motor, basikal & mereka yg berjalan kaki saja yg boleh melalui jalan kecil ini ). Amat mustahil kereta sebesar itu masuk melalui jalan kecil tersebut.

Kami berpandangan di antara satu sama lain. Pelik? Tapi itu yg berlaku di depan mata kami. Bonda & Tina meminta diri untuk balik. Kami balik tanpa mahu bertanya apa-apa. Pada Bonda serta Tina..mendiamkan diri adalah tindakan yg paling wajar ketika itu.

Sepanjang perjalanan balik kami berdua hanya mendiamkan diri. Tidak seperti tadi..mulut kami becok bersembang.

Bonda & Tina memang selalu begitu. Bila ada sesuatu yg pelik atau seram atau menakutkan berlaku... kami lebih suka mendiamkan diri. Samada buat tak tahu atau membentengkan diri kami dari diganggu. Kalau nak bercakap pula kami menggunakan bahasa badan ( body language ). Apa yg berlaku akan kami bualkan pd keesokkan hari. Itu yg selalu kami buat.

Jadi esok harinya selepas pulang dari sekolah, kebetulan Tina ada dirumah. Jadi Bonda terus bertanyakan hal semalam.

Menurut Tina ( seperti yg diceritakan oleh emak kpd kawannya )..kereta yg kami Nampak malam tadi adalah kereta kepunyaan Bunian. Setiap Khamis malam Jumaat tertentu, kereta itu akan muncul di depan rumah dan pemandunya akan memandu terus & kemudiannya ghaib di hujung jalan mati tersebut....

Wallahu`alam....



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 730
Date:

alfatihah... lame sy tgu cite bonda.. sume cita bonda best2... nanti bonda buka topik baru ye...

__________________

"mencari ketenangan"



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

Allah Maha Besar...
Bila baca citer bonda teringat plak kat arwah atuk....
Walaupun arwah mempunyai ilmu...tapi kami cucu dia tak pernah di turun kan ilmu dia...
Yg paling aku suka ilmu silat arwah atuk aku...tapi tak sempat belajar

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Terima kasih sebab sabar menunggu..

Bonda menaip bila ada waktu lapang je...

Mmg hati Bonda cepat tersentuh bila teringatkan arwah. Orgnya penyayang. Meskipun cucu dia nakal sampai tak hengat..
Arwah xde langsung nak tinggikan suara.

Arwah meninggal dunia masa Bonda pregnant anak kedua. Masa Bonda dh start pregnant arwah dah lama sakit.
So masa arwah dh sakit betul.. Bonda berniat..jika kiranya dia pergi dulu tanpa sempat melihat cicitmya..Bonda akan namaaan anak Bonda sempena namanya..

Bila arwah meninggal dunia. Bonda telahpun menetapkan nama anak Bonda yg bermaksud.. Yang cantik..dekat nama arwah moyangnya yg bermaksud..Yg Lemah Lembut...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wah ... best sungguh cerita bonda  Diana Danelle nih ... teruja ketika membaca ... dari satu perenggan ke satu perenggan ... aku menghayati dari cerita mesedes benz tu ... sampai la ke cerita arwah tok Ayah ... best best best ...

er ... aku agak-ahak la kan ... usia bonda Diana Danelle ini awal 40an .... paling2 tua pon 45 ... harus ke bawah dari itu ... he he he he ... 2005 hingga sekarang 8 tahun ... so .. err ... dapat diandaikan umur Bondaku .. eh ... Bonda Diana Danelle ini ...

err ... nama anak tuu .. yang cantik .. yang lemah lembut? err ... lelaki ke? err ... Badrul Saffi ke? he he he  ... kalau perempuan ... jap jap jap .. aku carik buku nama-nama dalam bahasa arab tuu ... eeeaaaaa ... mane pulakkk buku tuuu ... isk ....

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Terima kasih wahai incik Baddarom..

Sorry la kali ini citer Bonda x berapa nak seram sehingga boleh mengganggu gugat jiwa dan rage mu.. Eceh!

Wahh..pandai sungguh incik Baddarom menganggak umur Bonda laksana Nujum Pak Belalang lagaknya..
Walaubagaimanapun agakkan mu itu sipi2 saja. Nasib baik Bonda x tepis..
Kalau x musti sudah terkena muka derektor Ahmad Nisfu... Hohoho

Hahhhhhhhaaaaa.. Laaaa..cepat cari buku nama itu..
Kat mana Incik Baddrom letak.. Ini musti sudah lama x tambah anak ni...kui kui kui

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Ooppsss Bonda mohon ampun dr hujung rambut sampei hujung kaki..

Bila Bonda baca balik cerita Bonda.. Baru terperasan..

Yg cantik / kelembutan itu ialah arwah Tok Ayah..

Manakala anak Bonda kebaikan ku. .

Itula..kalau menaip dgn air mata yg bergenang dan nak menaip dgn cepat...mcm2 kesalahan yg dibuat..

Bonda dgn rasa rendah diri..MAAFKAN LA SAYA..

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

he he he .... sipi2 jer ke bondaku .. eh Bonda Diana Danelle ....

biasanya ... kalu anak kedua ... jika jarak agak jauh dengan yg pertama ... atleast ,... umur 31 or 32 ...

so ... 8 tahun .. 40 la kan ... jika lebih dari itu ... hamba x taulah nak agak bondaku .. eh ..Bonda Diana Danelle ..

 

nama anak bondaku ... la hai ... balik2 bondaku .. bondaku ... iskkk .... nama anak tu .. Khairunie kan kan kan ...biggrin

 

 

(hemmmm ... patut ler ... ncik name Bondaku ... hupernya ada mengalir darah kesultanan rupanya ...

n daeng itu .. keturunan bugis kan ... waaahhhh ... kira famili bondaku eh Bonda Diana Danelle terdiri dari insan yang amat berani belaka ...)



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Eerrmmm..sedap nama tu..tp bukanlah Wak Baddang...hehe

Anak Bonda ada 2 nama..

Pangkal namanya bermaksud Lebih Mulia
Dan hujungnya baru la... Kebaikanku..

Jd jika disambung ... lebih mulia kebaikanku... ( amin...mudah2 mudahan akhlaknya sebaik namanya...)

Oh ye..anak bonda teruna.. ^_^


Terima kasih.. pandai Wak meneka...hehehe
Walaupun keturunannya bugis..tp muka kami mcm arab daaaa..... cuma perangai tu mmg ada darah bugis kuat... very the panas... bdn + muka bg yg lelaki mcm bouncer club...hahahaha. .

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

Assalam bunda....

saje nk mencelah..eheheheh...bz sikit...ni baru sempat nk membaca....
kalau ikutkan dari cerita kedua bonda...
berkenaan ilmu yg tidak diturunkan@diwariskan...
same mcm arwah atok reza...
itu dipanggil ilmu haq....
kalau ade antara anak2 yg nk....
kena sendri amalkan ayat dan surah2 nya...
ada yg diberitahu arwah....
namun, dugaan yg kuat...sama macam arwah...siapa sanggup...
akhirnya...makcik pakcik saya lansung tak ada yg amalkan ilmu haq tu (al batil bil haq)

ilmu Allah....siapa berusaha...die dapat....(sori mencelah aww)



__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

eheemmmm....eheeemmm....
pak bada.....
anak teruna tu....
bagi laluannn...bagi laluan.....
ahahahah assalam bonda *sambil tunduk lalu depan bonda aaahahahahahahhahah

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

young areza wrote:

eheemmmm....eheeemmm....
pak bada.....
anak teruna tu....
bagi laluannn...bagi laluan.....
ahahahah assalam bonda *sambil tunduk lalu depan bonda aaahahahahahahhahah


 

oitt adik Areza mude ... nko nak ke ngan anak teruna Bonda Diana Danelle tuu?

aku x kompem laa ...  beliau bagik ...

x payahlah nko tunduk2 nak salam cium tangan beliau ...

laenla .. kalo nko pon umor lapan tawon jugakkk ... sama2 umo ... buleh main guli ke ... layang2  ke .. ngehehehehehe



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

apela pak bada zemi nih...
bagi la semangat sikit..adoiii potong line la..
ahahahaha

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

hahhaaa...

hah..silakan..silakan...xper..tp jgn tunduk sgt...kang tertonggeng lak...
En. Baddshah ni..jgn le lunturkan semangatnye... oh ye..silakan sayangku reza..teruskan niat mu..lurus sikit tgn tu...

ttg ilmu tu..boleh dikatakan ya...
siapa yg nak kenalah belajar...tp dgn hati yg ikhlas..bukan sbb nak menguji sesuatu atau nak menunjuk2 ataupun atas tujuan yg tidak baik..nnt makan siri..

kalau x kuat... jgn pandai2 nak menuntut..
arwah mmg x nak ajar sbb dia tahu sikap 1 dozen anak2nya...
hehehee..

dia tahu apa yg akan berlaku...
ada yg salah pembawakan..terus jadi panas baran....

pandai reza... ^_^

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

eeehheemmm....eheemmmmm...
alamk...save vuntot cket..ahahahha

ermmm....
banyak sebenarnye ilmu org tua2 dulu...
diorang takut nk turunkan pada kite je...
dulu, arwah atok ade suruh adik beradik emak ni...buat amalan...
pastu setiap pagi, duduk kat tengah rumah, dalam bultn (dalam kul 3pagi)
mengaji semua...
arwah kata, kalau bersungguh buat ni, boleh cemerlang hidup...
mudah@terang hati nk belajar...
tapi, makcik2 semua pakat2 tido...ahahhha

mcmne nak dapat?
org tua dulu2 bersungguh...

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Tu la pasal...hahahaha. .

Tido lg best... itu sbb kebanyakan org dulu bkn x nk turunkn ilmu yg sebegini. Mmg payah tp berkat......dengan izinNya.

Tp yg heran tu..kalau ilmu yg bebukan...ramei lak yg nak.. sampai nk korek kubor lama pun sanggup..
Bila bab zikir sampai 100x..dah rasa payah sgt nk buat..

Ayah Bonda ada nk bg pd Bonda tp Bonda x nk sbb Bonda org berniaga. Kang gerun lak org nk p kedai Bonda. Huhuhu

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

ilmu penggerun???

eheheheh kite orang bugis ni..kaya dengan ilmu mistik kan bonda...
saya ade dengar2 org cakp...
orang bugis ni 80% memang kelebihan pndai ilmu2 ni..

wallahuam..

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 419
Date:

Bkn ilmu penggerun..

Bukan juga ilmu penunduk... tp ilmu org merantau..
Xde apa2 yg perlu dibuat..xde nk mengasap2...

Tp Bonda belum bersedia ...

Ye mmg ..betul tu.. tp bugis dulu x sama mcm bugis yg mmg dr local ( indonesian )...
Ayat quran bercampur aduk dgn mentera...

Bugis zaman nenek moyang kita..lain...

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 41
Date:

Dang pula yg sedih baca cerita ni.... teringat kat arwah ayah... Al-Fatihah untuk arwah ayah dan juga arwah Tok Ayah Bonda

__________________

Allah itu Ada...

«First  <  1 2 3 | Page of 3  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard