Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: MAKHLUK APA NTAH. PONTIANAK KOT...


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 42
Date:
MAKHLUK APA NTAH. PONTIANAK KOT...


Citer ni jadi masa eryn keje kt sime darby.

Sebenarnya masa mula2 masuk keje lagi, dah rasa macam tak best jek duduk kat rumah yang disediakan. Yela, duduk rumah sebaris dengan Bangla & Lombok kot.. mestilah rasa tak best! Eryn keje sebagai polis bantuan, tapi disamakan taraf dengan pekerja kutip buah (apa yang aku merepek ni...)

Biasa nyer tiap malam lepas Maghrib eryn akan baca Yassin. Sebab duduk sorang2, lg pun banyak kisah seram yang eryn dengar berlaku kat Simpang Kiri ni.. Lepas baca Yassin eryn terus stay dalam bilik sebab kepenatan. Keje dari pukul 7 pagi sampai 7 malam. Sebelum tido, eryn baca Ayatul Qursi dan tido ikut arah kiblat. Malam tu eryn mimipi didatangi satu makhluk. Tak pasti makhluk apa (sebab tido matikan lampu bilik, yang ada lampu bilik air jek. tu pun kat ruang tamu) yang nampak cuma bentuk perempuan berambut panjang. Dia berdiri kat hujung kaki sebelah kiri sambil membongkokkan badan untuk tengok eryn tido! Dia membongkok dengan lebih rendah sehingga hampir-hampir kepalanya mencecah lantai. Rambutnya yang panjang tu dah pun tersentuh hujung kaki eryn. Dalam mimpi tu eryn baca Ayatul Qursi berkali-kali sambil pegang hulu keris (keris tu ayah yang bagi untuk perlindungan diri) barulah makhluk tu angkat kepala dia perlahan-lahan. eryn boleh nmpk gigi-gigi tajam dia bila dia senyum menyeringai ke arah eryn.

Eryn tersedar dari tido, tapi masih belum berani buka mata sebab eryn yakin makhluk tu masih ada kt hujung kaki eryn. Waktu tersedar tu pun eryn masih lagi baca Ayatul Qursi yang belum habis dibaca waktu dalam mimpi tu. Eryn teruskan membaca sampai eryn betul-betul yakin yang makhluk tu dah tak ada kat hujung kaki, barulah eryn buka mata. Yang pelik nyer, posisi eryn tido, tangan yang masih pegang hulu keris, sama macam posisi eryn dalam mimpi tadi.

 

2 hari lepas kejadian tu, sekali lagi eryn kena kacau. Hari tu eryn baca Yassin lambat sikit, lepas solat Isyak. Habis jek baca Yassin, eryn terus baring atas sejadah tu sebab nak hilangkan penat. Al-Quran yang eryn pegang eryn letak kat dada. Eryn tengok sekilas dekat tingkap tepi bilik air (sebab banyak sangat mata yang suka mengintai kat situ) tak sangka pulak nak nampak benda lain. Perempuan baju putih dengan rambut panjang lintas dengan laju dari tingkap ke pintu depan fear.gif! Siap ada bunyi menangis lagi sprint.gif. Masa dia melintas tu, eryn boleh nampak yang makhluk tu macam nipis sangat sebab boleh nampak barang2 kat belakang dia. Bingung jugak bila fikir, boleh plak dia lalu dalam rumah tu. Bukan ke kalau baca Yassin makhluk macam tu tak boleh masuk??



__________________

Everything will come to us as Allah order. Nothing can be complain

Hidup ni sudah ditentukan oleh Allah. Tiada apa yg patut dipertikaikan



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wah .... begitu banyak sekali cerita cik ponti ponti anak nie yer..

kiranya beliau memang antuu paling top secret .. eh .. top la kat malaysia nih kan ..

 

apa pon ..... adik erin anak perempuan putu mayam ...

rajen2 la poting cerita2 seram yer kat GC nie yer ..

kerana ... aku memang peminat cerita seram yag amat tegak ...

ehh .. tegar ...

 

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 437
Date:

ape yg tegak tu pak bada...hahaha

bez la cite ni....

abeh beterabur popkon haku ni....

__________________

kemarahan adalah keadaan di mana lidah bekerja lebih cepat daripada pikiran, dan tindakan lebih cepat dari nurani 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

ihh loli pon pon nih ...

nk tanya tanya pulak apa yg tegak ... hua hua hua ...

 



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Super Member

Status: Offline
Posts: 864
Date:

huish...
dye nangis tu kes na susu,,tp hang p tido plak...
nasib baik dye x langgar hang masa tuh..hahha

__________________

I'd RaTheR wasTe My LiFe pReTeNdiNg !

ThaN havE To FoRGeT you FoR oNe WhoLe MiNute !!

gaara.gif                



Senior Member

Status: Offline
Posts: 224
Date:

sah2 cik pon 2 gaduh ngan bf dia..2 sbb nangis2...

__________________

fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak



Member

Status: Offline
Posts: 13
Date:

pontianak

__________________

you will see me as a two person,the first is kind-hearted and second is RAGE

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard