Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Copy@Paste Teksi Misteri


Member

Status: Offline
Posts: 22
Date:
Copy@Paste Teksi Misteri


Nama saya Samiyah. Cerita ini mungkin tidak menyeramkan tetapi lebih berkaitan dengan misteri. Peristiwa ini berlaku pada tahun 2005 di daerah Paris Ris. Saya tidak tahu kalau ada banyak perubahan di sana sebab saya tinggal di barat Singapura dan jarang sekali mengunjung ke sana.

 

Masa itu, saya masih bersekolah di politeknik. Pada waktu cuti sekolah di bulan Oktober, kelas kami mengadakan acara barbeku dan menyewa satu bilik di chalet di Pasir Ris. Tidak semua bercadang untuk bermalam di sana. Hanya lapan orang kawan termasuk diri saya bermalam di sana. Antara kami adalah dua lelaki dan enam perempuan.

 

Setelah yang lain pulang, kami bercadang untuk pergi bermain boling tetapi batalkan niat kami kerana tempat itu tutup pada pukul 1 pagi dan waku itu sudah mencecah pukul 12.15 pagi. Kawan saya pula bercadang untuk bersiar-siar di Taman Pasir Ris. Pada mulanya saya tidak setuju dengan cadangan itu kerana pada masa itu saya dan seorang kawan saya sedang "datang kotor". Tetapi kerana tidak mahu keseorangan di bilik, saya dengan berat hati mengikuti mereka.

 

Kami bermula berjalan melalui tepi Escape Theme Park dan rumah-rumah privet sebelum melalui Taman Pasir Ris. Berjalan di sana pada waktu itu betul-betul menyeramkan, sebab tempatnya malap walaupun ada tiang-tiang lampu dan mungkin hati saya memang tidak senang pada mulanya. 

 

Bila kami melintasi satu jambatan, seorang kawan saya ternampak sesuatu yang berwarna putih terbang di depan kami dan kedengaran sesuatu bunyi yang menyeramkan. Katanya seperti lagu seram. Mujur, dia tidak menberitahu kami hinggakan keesokan harinya. Kalau tidak, saya tidak tahu apa yang saya akan lakukan.

 

Sepanjang berjalan di Taman Pasir Ris, saya baca apa-apa surah yang saya tahu untuk menenangkan diri saya. Alhamdulillah sepanjang kami di sana tidak ada gangguan. Pendek cerita, kami berjalan dan berada di sana hingga mungkin 2 pagi sebelum kami berjalan keluar ke kedai 7-11 di Elias Mall untuk membeli makanan dan minuman ringan.

 

Setelah itu, kami bercadang untuk balik ke chalet untuk rehat. Kami ke sebuah perhentian bas berdekatan dan menunggu teksi. Kerana kami ini seramai lapan orang semuanya, terpaksa menaiki dua buah teksi. Kami tetapkan seorang lelaki mengikuti tiga perempuan. Kononnya lebih selamat kalau apa-apa yang tak elok berlaku. Bila kelihatan sebuah teksi, kami tahan dan empat orang kawan saya menaiki dahulu. Saya dan yang lain tunggu untuk teksi yang tiba kemudian. Tidak lama menunggu, kami dapat menaiki sebuah teksi.

 

Perjalanan kami ke chalet amat lancar. Maklumlah, tak banyak kenderaan pada waktu itu. Apabila teksi belok kiri ke daerah chalet, kami melihat ke luar tingkap untuk melihat kelibat kawan-kawan kami, manalah tahu mereka sedang menunggu kami di tepi jalan. Silap kami, kami tidak terfikir untuk merancang tempat bertemu dahulu dan tidak terlintas dalam fikiran kami semua untuk sms atau menelefon satu sama lain. 

 

Oleh sebab mereka tidak kelihatan, kami minta teksi berhentikan kami di tepi daerah sebelum satu pusingan bulatan jalanan. Saya pun menelefon seseorang kawan kami, menanyakan di mana mereka berada. Katanya, mereka sedang menunggu di pintu masuk kenderaan kawasan Downtown East. Saya terkejut sebab teksi kami mesti lalu di sana sebelum pusingan yang disebutkan tadi. Mustahil mereka tidak kelihatan. Apatah lagi, kawan lelaki saya yang mengikut teksi yang pertama, memakai baju yang warna kuning atau oren yang begitu terang warnanya. Susah nak terlepas warna itu dari pandangan. Lagi-lagi tengah malam, mesti warna bajunya lebih menonjol. 

 

Bila kami mengatakan kami sudah berada di hadapan dan sedang menuju tempat masuk chalet. Mereka juga rasa terperanjat kerana sedangkan mereka menunggu kami, semua teksi yang lalu di sana atasnya berlampu hijau atau menyala yang menandakan bahawa teksi itu kosong. Tidak satu pun teksi yang ada penumpang lalu di sana.

 

Peristiwa itu menjadi satu persoalan sampai ke hari ini. Tidak tahu kalau mata kami ditutup oleh sesuatu ajaib atau mungkin sudah ngantuk dan tidak perasan. Apa jua yang terjadi, saya bersyukur kami semua selamat pulang ke chalet.



__________________
Ysysys
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard