Maaf lambat Bonda bercerita... Bonda kurang sihat 4 hari ni. Lagipun Bonda baru saja kehilangan ibu saudara pada Jumaat lepas. Al Fatihah utk allahyarhammah........
Bonda sambung cerita Bonda ttg peristiwa2 pelik yang terjadi ketika rumah yg kami sewa itu sedang dalam proses pembersihan , pemulihan dan memagar ..
Pada 2 hari berturut2 kami sekeluarga, Pak Uda sekeluarga juga 2 org lg bapa saudara akan ke rumah tersebuat selepas solat Maghrib. Sampai disana kesemua lampu dan tingkap rumah ruang tamu dibuka seluas-luasnya. Proses perubatan dimulakan dgn solat Isyak secara berjemaah, kemudian diikuti dgn proses2 yg lain..
Untuk malam yg ke 3 bermulalah perkara2 pelik, menakutkan dan misteri berlaku. 3 belaan tuan rumah tersebut mula menampakkan tindak balas dan menunjukkan diri. Agak susah bagi orang yg mengubati utk menangkap sebab menurut pakar dia tdk dapat menangkap kesemuanya dalam masa yg sama.
Menurut Pak Haji (org yg mengubati ).. antara 6 ekor belaan ini ( sila rujuk Pengalaman 2 ) ada 2 belaan yg sangat kuat dan degil. Keduanya adalah belaan suami isteri setiap seorang.
Belaan si suami ada 3 bentuk... Pertama mukanya hijau serta buruk, bermata merah saga dan rambutnya sangat panjang ( HR ). Tapi yg kedua Bonda minta maaf...sbb Bonda tdk berapa ingat. ( yg ini tdk membahayakan sbb tdk menganggu hanya munculkan diri sj dlm kwsn rumah ). Ketiga - seperti manusia tapi berkulit hitam legam, hanya nampak mata putih dan bila tersenyum Nampak sebaris gigi yg sangat kuning serta buruk. Berkain pelikat, t-shirt pagoda dan tali pinggang besar bewarna merah ( Pak Uda pernah nampak ). Dan yg ketiga inilah yg sangat degil dan suka menganggu jiran2.
Belaan si isteri pula Pertama tidak dijelaskan secara terperinci..hanya penampakan bayang2 putih saja. Senang kata kelibat dan ia sering menyerupai si isteri. Kedua Ini ialah benda yg Bonda nampak iaitu pocong. Menurut Pak Haji, ini adalah kesayangan si isteri. Bonda pernah termimpikan pocong ini bersama seorang wanita tua ( nanti Bonda ceritakan. Kalau cerita di siini panjang pula nanti ). Ketiga POLONG ! ( belaan ini kuat dan jahat )
Menurut Pak Haji itu lagi polong belaan si isteri ini sebenarnya telah dipenjarakan atau di pasak di celah rimbunan buluh. Untuk pengetahuan semua pohon buluh ini sebenarnya terletak di belakang rumah sewa kami dan betul2 bersebelahan dengan tandas a.k.a jamban kami! Heerrrmm...tragis sungguhkan?
Polong ini dipasakkan di situ oleh si suami selepas saja si isteri meninggal dunia. Anak sulung mereka pernah bercerita pd ayah yg setiap malam ia selalu bertindak ganas dan mengganggu arwah ayahnya utk minta makan. Oleh krn polong itu cuba menyerang maka ia telah ditangkap dan dipasak di celah2 rimbunan buluh ( Di sini terjawab 1 lg persoalan mengapa kami sekeluarga DI LARANG melintasi pohon buluh sbg jalan pintas utk ke rumah arwah datuk slps jam 6 petang.. )
MAKA sebelum memulihkan rumah tersebut, kami perlu membuang kesemuanya 1 DEMI 1 !! Mula2 Pak Haji membuang belaan pertama si isteri. Belaan ini sering ternampak oleh emak Bonda setiap hari di dlm bekas bilik tuan rumah. Proses utk membuang tdk mengalami sebarang masalah, Cuma pesan Pak Haji bilik ini perlu di terangkan. Tukarkan kedudukan posisi barang2 dlm bilik itu. Baju2 tuan rumah hendaklah di bungkus elok2 dan di bawa keluar. Begitu juga barang2 mereka yg lain. Pesannya lg hendaklah kami rajin solat dan baca Yasin dlm bilik tersebut. ( Alhamdulillah..selepas itu tdk ada yg menakutkan atau penampakkan dlm bilik tersebut ).
Kemudian belaan si suami yg kedua. Sama spt td. Segalanya berjalan lancar. Tidak ada perkara yg menakutkan berlaku.
Proses ini tidak dibuat setiap hari cuma pada hari tertentu setiap minggu. Gangguan mula berlaku ketika hendak membuang belaan si suami yg pertama. Ketika selesai solat Isyak, kami duduk di ruang atas ( ruang tamu ) menghadap Pak Haji. Abg sepupu Bonda tiba. Slps dia memberi salam dan duduk, dia Tanya oleh Pak Haji samada sudah solat atau tdk. Dengan tersipu2 dia menjawab.. belum Pak.. . Dia disuruh solat dulu dan inilah masalahnya.... 1. Utk mengambil wuduk dia harus ke bilik air yg berada di blkg ( rujuk Pengalaman 1 )... 2. Dia ni penakut!! Gelihati Bonda tgk muka kelatnya. Sbb kasihan adik lelaki Bonda temankan dia.
Semasa Pak Haji ni sedang bercakap sesuatu tiba2 dinding rumah sebelah kanan ditepuk dengan kuat di ikuti dengan dinding bilik tidur ke dapur terus ke bilik air dan dari bilik air dan terus dinding sebelah kiri dapur bilik seterusnya kembali ke di dinding kiri ruang tamu. Seolah2 sesuatu sedang tepuk sambil berlari2 mengelilingi rumah itu. Terkejut besar kami semua. Bonda? Tak usah Tanya..peluh dah mula mengalir. Badan rasa seram sejuk...bulu roma dah meremang... kami berpandangan antara satu sama lain. Tak seorang pun antara kami yg bersuara. Semuanya senyap..
Pak Haji terkumat kamit membaca sesuatu. Kami semua diminta membaca Ayatul Kursi sebanyak mana yg kami boleh baca. Tiba2 Pak Haji berkata.. apa saja yg berlaku...apa saja yg kamu semua nampak.. jangan tegur, jangan lari dan jangan keluar dari rumah ini.. mengerti? . Kami semua mengangguk.
Pak Haji kelihatan seperti sdg bertarung dgn sesuatu secara batin. Sesekali Bonda nampak tangannya seperti menepis sesuatu. Kemudian kami dengar di bawah lantai rumah seperti ada yg sedang mencakar2. Ngilu gigi Bonda dengar bunyi cakaran tersebut. Terangkat-angkat punggung kami yg muda2 ni.. takut tembus pula lantai tu terkena kami ( lucu pula bila Bonda teringatkan waktu ni ).
Tiba2........ ALLAHU AKHBAR !!! tempik Pak Haji disertakan dengan 1 tepukan kuat dilantai rumah. Serentak dgn itu keadaan kembali reda. Pak Haji menggelengkan kepalanya... liat sungguh dia.... bonda tdk tahu dia tu merujuk kpd belaan yg mana satu. Nak tanya takut..nanti ada yg kena marah. Baru nak buka mulut...ayah dah jegilkan mata...uurrmm maknanya memang tak boleh tanyalah....
Malam itu sblm kami pulang Pak Haji berpesan agar kami tidak pulang ke rumah arwah datuk dalam 1 kumpulan. Jadi kami berpecah kpd 2 kumpulan. Orang2 tua balik 1 kumpulan dan menggunakan jalan atas bukit ( jln pintas kedua dan akan tembus sebelah kiri blkg rumah arwah datuk ). Manakala kami org2 muda ni seramai 7 orang akan mengikut jalan bawah ( jln pintas yg ketiga dan akan sampai depan rumah ). Maka pulanglah kami dalam arah yg bertentangan. Kumpulan tua ke kanan dan kumpulan muda menghala ke kiri.
Dan.......kami tidak tahu yg sesuatu sedang menunggu kami dipertengahan jalan.....
Tunggu sambungannya nanti... Bonda ada urusan. Maaf ya...
Salam takziah untuk bonda... Al Fatihah untuk ibu saudara bonda...moga di tempatkan dalam golongan yg di rahmati...
Cerita yg sangat menarik....perjalanan cerita seperti membaca buku cerita...jalan cerita tersusun...siap ade rujukan seperti nota nota masa saya belajar dulu
__________________
aku meminta pada yang ada aku merindu pada yang sudi
Bonda tak boleh lama ni..sempat mencelah kejap. Bonda br selesai appoinment dgn pelanggan.. ada consult sikit..
Lepas ni nk blk..
Terima kasih semua sbb sabar menunggu... Bonda bercerita bila ada kesempatan... Agak2 free Bonda smbg..
Utk g_freedom, terima kasih juga. Arwah pergi tanpa disangka..dia sakit dh lama... semoga arwah ditempatkn bersama dgn yg dikasihi olehNYA...
Bonda bercerita berdasarkn pengalaman... ayat2 dlm cerita2 disini, Bonda cuba susun sebaik mungkin utk senang difahami oleh yg membaca. Jd bila org faham..maksudnya Bonda dpt sampaikn apa yg berlaku serta situasi sebenar yg Bonda hadapi...
Ok.. tunggu ya semua..Bonda cuba utk sambung cerita ni secepat mungkin... Goodnite..
tol 2 gundam...kt seme menungu citer sambungan dr bonda ngan penuh kesabaran seperni mane bonda mengasuh n menjaga kt sejak dr kecil....apa menda aku ngarut ni
__________________
fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak
Maaf semua.. Bonda tgh sibuk sangat ni darling semua... skrg ni jam 1.45 am dan Bonda br dpt mkn.... Tgh mkn ni sempatlah Bonda nk bercerita sdkt. Sblm tu Bonda minta maaf sbb guna short letter utk bercerita...
Begini..malam smlm Bonda br tiba di airport Senai, Johor ( Bonda terbang atas urusan kerja ). Bonda ditemani oleh suami. Di sana kami ambil kereta dan terus kan perjlnan ke KL. Oleh krn kepenatan kami buat keputusan utk singgah bermlm di salah sebuah hotel di highway....
Setelah check in kami pun masuk ke bilik. Blk kami berada dihujung koridor. Kebiasaannya Bonda akan masuk dulu tp kali ini suami Bonda masuk dulu. Bonda tak fikir apa2. Usai bersihkan diri, Bonda sambung siapkan paperwork di notebook & suami telah pun lena. Bonda lihat jam sdh pun jam 2 am..patutlah rasamengantuk sgt. Jd Bonda tutup lampu...tutup tv & Bonda pun baring utk lelapkan mata. Dlm pd Bonda hampir terlena, Bonda mcm perasan yg suami Bonda seolah2 tersentap2 badannya. Tp Bonda tak endahkn sbb mungkin dia terlalu penat. Jd Bonda terus terlelap........
Tiba2 Bonda terasa spt tgn Bonda di angkat tp Bonda fikirkn mungkin Bonda bermimpi. Dan tanpa di jangka tangan Bonda disentap dgn kuat oleh suami sampaikan Bonda terduduk. Bonda jerit..suami tersentak dan terbangun. Sakitnya tgn Bonda bkn kepalang. Bayangkan sakit tgn Bonda sampaikan Bonda menangis teresak2... memang sakit! Suami Bonda terpinga2..cepat2 dia minta maaf & dia spt tergagap2 nk menerangkan kpd Bonda atas apa2 yg berlaku.. Yg dia ckp cuma dia mengigau..Tp dlm pd Bonda masih lg menangis, Bonda dpt rasakn sesuatu yg pelik... jd Bonda dlm diam Bonda bc beberapa potong ayat pelindung serta beberapa surah sebagai pendinding diri... Bonda berpaling ke arah suami & hembus dlm diam2. Terus Bonda cuba lelapkan mata.... Bondai akui tiba2 rasa kurang selesa...
Esoknya semasa sarapan pagi, Bonda ty suami apa yg sebeanrnya terjadi... Sblm bercerita, dia minta maaf berkali.... Katanya ketika dia sdg tidur, dia terasa mcm ada org cucuk2 bdn dia...mulanya dia ingat Bonda.... Dlm fikirannya knp pula Bonda cucuk2 dia...takde keje lain ke? ?. Tp dia rasa makin lama cucukan tu menyakitkan. Bila dia berpaling terkejut kepalangnya dia melihat 1 makhluk hitam berlegam dgn mulut yg dibuka seluas2nya sdg menyucuk2 dia. Sumpah katanya..inilah pertama kali dia melihat makhluk yg dinamakn jin @ hantu..( Bonda katakan pdnya jin )...
Kata suami lg...dia cuba berlawan dgn makhluk tu..tgnnya menepis2 benda yg dipegang oleh makhluk tu..( nmpk mcm serampang 2 mata )...Tp tak dapat..sampailah dia dapat capai serampang tu & cuba merentap...Tp yg di rentap bkn serampang tu ..tangan Bonda yg comel ni ......
Bonda katakan pdnya..akhirnya Allah bukakan hijab dia. Selama ni mmg dia tak pernah melihat makhluk alam lain...Jd Bonda ty apa perasaan dia.. Suami hanya diam sambil geleng kepala..
Pesan Bonda pd semua...sblm melangkah keluar rumah amalkan bacaan... Ayat seribu dinar 3x Ayatul kursi 1x - Melangkah keluar pintu.... 3 Qul - Dlm perjalanan..
Bila sampai ke tmpt yg dituju..sebelum masuk, baca... A'uzubillah..... - bila buka pintu & teruskan bacaan Bismillah.... Beri salam....( kalau tmpt kosong...Assalammuallaina.......spt bacaan tahiyat awal ) & berilah salam dlm nada yg perlahan..bkn berbisik atau dlm hati.. Ayatul kursi serta Surah Al - Ikhlas..... Insyaallah.... terlindung kita nanti..
Mungkin suami Bonda terleka dan terlupa dgn apa yg Bonda selalu pesan.. sbb ketika itu dia masuk bersama front desk officer..Maka dia terus masuk.. Patutlah Bonda terasa lain mcm masa Bonda tgh siapkan paperwork..tp takpelah.. dah rezeki suami utk berjumpa...sekurangnya dpt dia tgk muka yga dikatakan jin a.k.a hantu....
Oklah..dah 2.45 am..Bonda nk blk hotel..mata ngantuk wooo...hehehe...
Mr. Badda..hotel yg mana?..ssyhhh rahsia.. Bonda tak mahu bagitau sbb nanti ganggu bisnes orang... hotel tu tak berhantu agaknya la...sbb dah 2 kali Bonda tidur di sana. Takde apa2 masalah..cuma kali ni je... cuba teka..kalau betul Bonda belanja eskrem beskin robin... keh keh keh..
Btw..jgn panggil puan la... panggil Bonda saja..sedap sikit baca.. ^_^
Oh ye..Bonda dah post cerita sambungan yg lepas..sila baca..