Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Copy & paste :)


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:
Copy & paste :)


Cerita ni aku ambik dari satu website (x ingat la website apa) . So ,, Hopefully korang enjoy baca crta ni...
>>Sebelum tu, aku nak bagitahu korang. Ini kisah benar yang dialami oleh kami sekeluarga. Tiada rekaan atau sebagainya. Cerita memang cukup panjang dan seram, kalau tak berani baca, jangan baca. Takut nanti ada yang demam 1 minggu pulak.
Mami pernah bagi tahu, ada satu hari tu masa dia tidur, dia rasa macam ada sesuatu yang menindih badan dia. Nak bergerak, dia rasa susah. Nak celik mata, tak boleh celik. Nak bukak mulut, keluarkan suara pun, seakan-akan macam ditekup mulut.
*ish..ish..* sound efek sikit
Sebelum kami berpindah ke rumah yang kami diami sekarang ni, rumah ini telah ditingalkan agak lama oleh pemiliknya dan tidak disewakan kepada sesiapa pun. Mungkin ada sebab-sebab tertentu.
Bukan mami saja pernah mengalami peristiwa pelik, malah aku pun pernah jugak. Ni nak story mory la ni. Seperti biasa, setiap malam selepas makan malam, aku akan melepak sambil menonton TV di ruang tamu atas. Seorang diri. Manakala mami dan cik man di bawah. Nak jadikan cerita, tekak aku rasa haus, air dalam botol pun dah habis. Maka aku ambil botol dan turun ke bawah untuk isi air. Lalu depan bilik mami, lampu menyala, macam kelibat mami sedang duduk di atas katil. Aku hairan, sebab waktu-waktu macam ni selalunya dia menonton Tv di bawah. Aku patah balik, sekali lampu bilik tidak dinyalakan pun. Dan mami pun sebenarnya tiada di dalam bilik. Aku hairan, tapi diam je. Orang tua-tua pesan, nampak benda pelik jangan tegur. IngatJANGAN TEGUR!
*buat ape tu kak?*
Satu malam, sebelum aku tidur, aku pergi gosok gigi di tandas bawah. Aku nampak macam kelibat orang lalu belakang aku. Cik Man kot. Aku diam. Tapi bila aku nak naik atas balik, aku tengok cik man tengah syok tengok Ong Bak 2. Kencang betol diorang punya aksi pukul-memukul. Tip-top. Macam biasa, aku diam JANGAN TEGUR orang tua-tua kata.
Beberapa minggu lepas tu, aku balik kampung. Isnin malam tu mami cakap dengan aku. Rupa-rupanya dalam rumah yang kitorang duduk ni ada makhluk hitam yang tinggal. 2 ekor. 1 dalam bilik mami dan 1 kat bahagian belakang pintu berdekatan bilik air. Ok, sekarang aku paham. Kenapa aku boleh nampak kelibat mami dalam bilik dia, sedangkan dia takda. Dan mami ditindih masa waktu tidur. Dan objek yang lalu belakang aku masa kat dapur.
Mami cakap, abang aku bawak kawan dia datang sini, kira kawan abang aku ni macam orang Seekers la. Yang hebatnya, dia ni boleh tangkap makhluk-mahluk tersebut dan dimasukkan dalam botol. Abang aku tunjuk video tu kat aku, macam mana kawan dia tangkap makhluk tersebut. Aku takdalah takut sangat, cuma meremang sikit je. Dan aku mintak abang aku send gambar-gambar yang dia ambil kepada aku. Hasilnya, sampai sekarang, aku simpan gambar tu nak tunjuk kat korang, readers semua.
Lagi satu cerita, kat rumah arwah nenek aku, yang sekarang pak cik aku duduk dengan family dia. Dulu kawasan rumah nenek aku ni, memang dikelilingi pokok-pokok, tapi bukan hutan. Sebab rumah nenek aku ni kat bandar. Sekarang, pokok-pokok ni dah ditebang, sebab kawasan tu nak dibangunkan. Depan rumah nenek aku adalah rumah sedara kitorang jugak. Belakang rumah dia ada 1 pokok ara yang besar sangat.
Satu hari, anak jiran kitorang tengah tunggu bas subuh-subuh nak pergi sekolah. Tiba-tiba dia cakap dengan mak dia, dia nampak benda terbang dari pokok besar tu ke arah tiang lampu. Budak kecik mana tahu takut. Lagi sekali kawan abang aku jadi penyelamat. Rupa-rupanya benda terbang tu adalah pontianak. Kat bandar pun ada pontianak, kau jangan main-main. Rumah dia dah ditebang, tu yang dia main terbang sana-sini.
*hi..hi..hi..hi..*mengilai sikit
Sebelum tu, sepupu aku pun ada jugak cakap. Malam-malam kalau dia belajar sampai lewat malam macam ada orang bisik-bisik kat telinga dia. Pastu bulu roma tengkuk akan meremang. Dia diam je, macam aku. JANGAN TEGUR. Ada 6 ekor pontianak yang duduk menginap kat pokok-pokok buah mempelam disekeliling rumah nenek aku tu.
Bila tangkap, nampak la figure dia. Aku simpan 1 je gambar, sebab yang lain tu macam tak berapa nampak sangat. Tak clear orang putih cakap. Siapa yang berani nak tengok, klik la sini..> http://x-rider.com/
Alhamdulillah, sepanjang aku duduk kat rumah tu, aku tak pernah pulak kena ganggu atau apa. Lagi aku sorang. Kadang-kadang tu ada la jugak rasa bulu roma tiba-tiba meremang, tapi aku diam je. Aku mengaji dalam bilik, halau dia keluar kot-kot dia masuk dalam bilik aku. Kadang-kadang aku mengaji kat ruang tamu atas, kasi dia panas sikit. Aku takdalah rasa takut, cuma cuak sikit je.<<
P/s :: kalau dh buka link tu , cer komen apa yg korang nmpk :) hehehehe furious


__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

AnneCqat wrote:
____________________________________________________________________________________________


P/s :: kalau dh buka link tu , cer komen apa yg korang nmpk :) hehehehe furious



____________________________________________________________________________________________


Aku nampak makcik Aliza Misbon aja...disbelief



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

lol :)



__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

apa yang ko gelak gelak kuat2 tu anekkot?..

kan ke ni cerita seram?...

peliklah nama ko ni... susah nak tulis macam uilquorra...

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

huhuhu...pggil Anne jer laaa :)



__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

wwoihhhh terkujat haku....

apela....suka sgt bg vdeo camtu..lemah lutut aku taw...isshhkkk isskkhhh

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

olololo......hehehe....mase aku buka website tu pun aku terkejut beruk...haha..mcm hampehh lak..... Memang kureng asam betul!!



__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Senior Member

Status: Offline
Posts: 224
Date:

sumpah seranah aku tgk gmbo 2...mujur xde jntg berlubang kalu x makin beso lubang dia

__________________

fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

muahahahah....
prog...ko pun tkena..hihihihi

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Senior Member

Status: Offline
Posts: 224
Date:

terkejut nyaris x jd berok aku..cam harem jer..

__________________

fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

Adoiii....maafkan lah saya... :))

__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

terkejut...tapi cover cover

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

cover jer laa :D

__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Senior Member

Status: Offline
Posts: 224
Date:

tpkan dah byk kali tgk cam lawak pon ada hantu 2..hahahahahah

__________________

fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

haha..tu la kannn :))

__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Senior Member

Status: Offline
Posts: 224
Date:

comel gak hantu 2..x penat ker dia jd hantu..

__________________

fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

haha...comel la sgtttt......hehehe.......dh kje dia jdi hntu nk wt cmner kannn :D

__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

masa dia keje jadi hantu buruk muka dia tapi masa dia cuti rasa cantik tu....

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

chit chat enkorang yer?..

aku pon nak gak lah..

g preedem, nko dah makan lom?..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 224
Date:

aku xxpnh tgk lg mk dia ms cuti jd antu..kalu ada gmbo ddia sile la tunjuk2 la cik predom

__________________

fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

betul3..nk gak tgk gmbr die mse cuti tuh g freedom :)
share2 la yer...

__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Super Member

Status: Offline
Posts: 2506
Date:

ape hal plak ko tanya aku ingat aku sedara mara dia ke...klu cantik buat ape aku share huahua

__________________
aku meminta pada yang ada
aku merindu pada yang sudi


aku bapa si comel



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

aikk....kedekut larr :(

__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Member

Status: Offline
Posts: 10
Date:

nyaris vic xkena serangn jantung...

eeeee..ngeri kot...

__________________

Honestly Girl 

Like To Make Love




Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

opss....maafkan kami :D

__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard