Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Penjara Pudu **betul atau tidak**


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:
Penjara Pudu **betul atau tidak**


Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan "Bilik Terakhir" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani
hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka. 
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari BILIK TERAKHIR tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Adakah ini benar2 terjadi? Luahkan pendapat anda.. smile

 




__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 50
Date:

xda pendpt sbb rasa seram sgt.

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

memang betul pon....
pakcik reza ni warden penjara kajang...kalau setiap kali akan ade hukuman gantung..
biasanya hukuman gantung tu pagi dalam pukul 6 selepas solat subuh...
tapi malam tu..(esoknye akan ade hukuman gantung) akan terdengar bunyi papan pemijak pesalah tu jatuh..
hahahah macam ade yg da jalani hukuman tu malam tu...
macam2 petanda lagi la....


__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

ee....seram gak kannn..... Slain dpd hsptl , penjara tu seram gak kannn.... :(

__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

peehhh mmg seram la...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

tak seram pun...

Apa ni???...

Aku sorang je yang 'terpaksa' melayan keperluan aweks-aweks kisah penjara pudu ni?..

mana tahan..

mana encik Gab ni?.. selalunya dia yang paling buaya mencelah kat tengah2 hal2 sakit puan..

ni mesti beliau bizi melayan nafsu kebinatangan puan ICU..



-- Edited by Ijoi on Monday 1st of October 2012 06:45:47 AM

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

tak seram erk ?? :(

__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

tak seram, cara penceritaan ni macam dalam suratkhabar yang buat tak seram.

nak bagi seram kena pandai2 edit.. macam ni contohnya..



________________________________________________________________________________________________

 

Ni aku nak cerita pengalaman aku sebagai warden di penjara kajang..

Aku ni bertugas meronda di bilik terakhir tahanan sebelum mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada keesokkan harinya.. Kalau korang nak tau, bilik terakhir ni keras, orang kata sebab roh2 orang yang digantung tu tak tenteram, aku pun tak pasti.. Yang pasti bila aku meronda area ni, mesti bulu tengkuk aku berdiri, rasa macam ada orang je kat belakang aku ni, padahal memang sah takde siapa2 selain aku kat situ..

Pernah aku meronda kat situ, aku nampak sekor kambing hitam, hitam legam, cuma nampak mata aja warna merah, cuak jugak aku, tapi bila aku berjalan mendekati kambing tu, terus je kambing tu lari menuju ke pintu bilik gantung tu, tembus dan hilang macam tu je..

Pernah jugak dari luar aku dengar bunyi papan dalam bilik gantung tu berbunyi macam hukuman sedang dijalankan, padahal bilik tu kosong, pagi2 buta, pukul 2 pagi beb.. Bunyi orang menangis, bunyi mencakar-cakar dinding, dah biasa bagi aku..

Korang rasa apa agaknya semua tu? Roh orang mati digantung yang tak tenteram atau sesuatu yang lain?.. apa pendapat korang?..

__________________________________________________________________________________________________________________________________

 

ok tak crita macam ni?



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

nice........seram gak bila baca...

hehehe........

ada bakat laa.......

:))



__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Takdela seram mana kalau nak dibandingkan kala malam bulan mengambang sndiri meniti ditepian gantang sambil bernyanyi lagu teratai layu ditasik madu oleh Fauziah Latif yang masih bujang.

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

ok.....agak blurrr tapi ape2 je lah....... :)



__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^



Member

Status: Offline
Posts: 20
Date:

haha bukan ke cite ni orang edit ending dia jadi macam cerita lawak?

__________________

Raja Alim Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah!



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 71
Date:

hehe...tu la.... :)

__________________

Kerana dirimu begitu berharga .. Sangat lah . ^^

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard