Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Di bilik inilah seringnya berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup.
Dinamakan "Bilik Terakhir" adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani
hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya dibilik gantung. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap, menangis, menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang telah diketahui mereka.
Menurut kata warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari BILIK TERAKHIR tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing keluar semula. Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.
Adakah ini benar2 terjadi? Luahkan pendapat anda..
memang betul pon.... pakcik reza ni warden penjara kajang...kalau setiap kali akan ade hukuman gantung.. biasanya hukuman gantung tu pagi dalam pukul 6 selepas solat subuh... tapi malam tu..(esoknye akan ade hukuman gantung) akan terdengar bunyi papan pemijak pesalah tu jatuh.. hahahah macam ade yg da jalani hukuman tu malam tu... macam2 petanda lagi la....
Ni aku nak cerita pengalaman aku sebagai warden di penjara kajang..
Aku ni bertugas meronda di bilik terakhir tahanan sebelum mereka dijatuhi hukuman gantung sampai mati pada keesokkan harinya.. Kalau korang nak tau, bilik terakhir ni keras, orang kata sebab roh2 orang yang digantung tu tak tenteram, aku pun tak pasti.. Yang pasti bila aku meronda area ni, mesti bulu tengkuk aku berdiri, rasa macam ada orang je kat belakang aku ni, padahal memang sah takde siapa2 selain aku kat situ..
Pernah aku meronda kat situ, aku nampak sekor kambing hitam, hitam legam, cuma nampak mata aja warna merah, cuak jugak aku, tapi bila aku berjalan mendekati kambing tu, terus je kambing tu lari menuju ke pintu bilik gantung tu, tembus dan hilang macam tu je..
Pernah jugak dari luar aku dengar bunyi papan dalam bilik gantung tu berbunyi macam hukuman sedang dijalankan, padahal bilik tu kosong, pagi2 buta, pukul 2 pagi beb.. Bunyi orang menangis, bunyi mencakar-cakar dinding, dah biasa bagi aku..
Korang rasa apa agaknya semua tu? Roh orang mati digantung yang tak tenteram atau sesuatu yang lain?.. apa pendapat korang?..
Takdela seram mana kalau nak dibandingkan kala malam bulan mengambang sndiri meniti ditepian gantang sambil bernyanyi lagu teratai layu ditasik madu oleh Fauziah Latif yang masih bujang.