wah tajuknya aje dh bikin seram... blom baca citer dia lg... saudari noryanie ni, bijak btol la mempermainkn perasaan seram para pembaca kat gc.. terutamanya org2 mcm saya...
__________________
Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...
cerita ni x tau seram ka dak...terpulang kepada anda utk menilaikanya..
Ni kisah masa zaman kecik2 dulu..aku ni kira pengemar kucing la..aku suka sgt main dgn kucing..satu hari 2 aku pulang dari sekolah..jalan kaki ja.zaman dulu2 dlm tahun 1980 mcm 2 la.kebykan yg pegi dan balik sekolah jln kaki.kalau jln masuk ke kg belum berturap..kira d kiri kanan hutan la..sekolah dgn umah aku kira2 2 kilometer mcm 2 la.
Tengahari 2 aku balik dari sekolah.hari 2 panas terik..oleh kerana umah aku paling last tingal aku sorang ja belum sampai umah aku lagi..tepi jln 2 ada pokok asam kubang.pokok dia besar dan rimbun.aku berenti la rehat kat bwh pokok 2.
Tiba2 aku dgr sora kucing,kucing 2 warna putih,dtg dekat dgn aku dan mengesel2kan badannya d kaki aku..akupun mengosok2 badan kucing itu.dah kurang sikit penat akupun nak jalan balik la..kucing 2 pun ikut aku balik jugak.sebab aku kesian akupun bela kucing 2.
Mula2 x ada apa yg berlaku..x lama kemudian kucing 2 mengandung.masa dia beranak 2 dia beranak kat tempat simpan bju aku.almari bahagian bwh 2 kosong jadi aku biarkan ajalah dia beranak kat situ.
Mlm2 dlm kul 12mcm 2 la..aku terjaga dari tidur..aku dgr bunyi kruk..kruk..aku pun bangun la..bunyi 2 dtg dari dlm almari 2 la..alangkah terkejutnya aku bila aku tgk kucing putih 2 sedang memkan anaknya..bila aku tgk kucing 2 memandang aku dgn marah.muka menyerigai..
Aku rasa terkejut dan takut..habis 3 ekor anaknya d makan.tgl kepala saja.sejak peristiwa itu kucing itu suka mengangu aku tidor..dia suka tidor d atas alang bilik aku..tiap2 mlm dia akan terjun d atas badan aku..buat aku terkejut.
Aku gtau kat mak aku..aku ckp kelakuan kucing 2 pelik.aku suruh bapak aku buang ja..tapi diaorg buat xtau ja.
Sehingalah pada mlam 2 aku terjaga dlm kul 12 ..aku tgk kucing putih memandang kat aku.aku takut terus selimut sampai kat kepala.tiba2 dia terjun kat atas badan aku..dia mencakar2 aku..di hulur tangan ckar2 kat tengkuk aku..
Aku takut dan terus menjerit2..hinga mak bapak aku dtg dan kejutkan aku..
Aku kata kucing putih ckr aku..mak aku ckp ,buka kain 2,mana ada apa2..aku masih berkelubung takut nak buka.walau berkelubung aku masih nampak kucing putih 2 melompat 2 ..telinganya makin panjang dan panjang..
Mak aku terus tarik kain yg menutup muka aku.dia suruh aku buka mata..bila aku buka mata,mmg x ada ap2pun..kucing putih 2 pun x ada.
Esok pagi,bapak akupun pegi buang kucing 2..aku x rasa takut lagi..mlmpun aku dpt tido dgn lena.
Tapi sampai sekarang aku fobia bila tgk kucing warna putih.kalau ada tompok x apa..tapi kalau putih semua aku fobia sgt..
sbb aku boring...dan ada masa pree aku nak cita lagi crita seram..
...misteri lombong hitam..
Satu ptg yg hening..sebuah keluarga bru berpindah..kak eti membawa 3 org anaknya berjln2 d tepi sebuah lombong.d sbbkan dia di katakan curang maka dia d halau suami keluar dari rumah..dia bersama 3 org anaknya x tahu kemana nak pergi..lalu diapun berjln2 d tepi lombong itu..
3 anaknya menangis kebingungan..menahan lapar dan dahaga..'anak2ku marilah ikut ibu,kita ambil air d lombong utk kita hilangkan dahaga..kak eti menarik tangan anak sulongnya yg berumur 3tahun..sambil mendukung anaknya yg berusia 3bulan.mereka mengikut saja..
Nasib mereka baik kerana d tepi lombong itu ada rumah kongsi tingal..kak eti masuk ke dalam kerana pintu tidak berkunci..di lihat d bahagia dapur berselerakan pingang mangkuk lama.ada yg sudah pecah2..
Lalu kak eti mengambil baldi yg dah berlumut utk mengambil air d tepi lombong.'leha,kau jga adik2mu,biar ibu sja yg pergi mengambil air..kata kak eti kepada anak sulungnya leha.leha menganguk tanda setuju.. Sampai dtepi air,kak eti membasuh baldi itu.setelah bersih dia pun mengambil air dan membawanya pulang kepada anak2nya..
Kak eti memberi anak2nya minum..kak eti kasihan melihat nasib anak2nya..bayinya yg comel habis kemerahan2 d gigit nyamuk.terfikir d hatinya,kenapa begitu kejam suaminya dolah menghalau dia dan anak2..
Anak kecilnya menangis..di suapkan puting susunya..anak kecil diam sambil meminum susu ibunya..kak eti memandang wajah2 anaknya dalam kesedihan..
Kak eti sudah habis fikir..dia rasa biarlah dia mati saja dgn terjun ke lombong itu..lalu diapun bangun mendukung anaknya..'anak2ku marilah ikut ibu.ibu mahu tempatkan kamu d tempat yg indah..
Kak eti berjalan ke lombong..tiba2 tercegat di hadapanya sepasang suami dan isteri.kak eti berhenti berjalan.dlm hatinya bertanya dari mana dtngnya dua org itu.
Mahu pergi kemana?tanya lelaki d hadapanya..kak eti diam tidak menjawb.'kalau saudari dlm kesusahan biarlah kami menolong..kata yang perempuan pulak.
kak eti memandang kedua org itu..air mata kak eti berlinangan.'betulkah kamu berdua sudi menolong kami?..perempuan itu dtg kearah kak eti,lalu dia memegang bahu..'janganlah bersedih lagi,marilah ikut ke rumah kami..katanya kepada kak eti..
D manakah rumah kamu?..sedangkan d sini hanya ada rumah kongsi itu dan lombong..kak eti bertanya kehairanan.
Pejam matamu..kata perempuan itu..kak eti memejam mata..buka matamu..lalu kak etipun membuka matanya..kak eti terkejut..d tempat dia berdiri skrg berubah sama sekali..d hadapannya kini bukan ada lombong,tapi sebuah perkampungan.
'di manakah aku?tanya kak eti sambil mendukung dan memegang anak2nya.. 'di sinilah tempat kau akan tingal dgn anak2mu..kata perempuan itu sambil tersenyum.sekarang ini kak eti dah x peduli,baginya ada tempat tgl sudah cukup baik utk anak anak2nya..
'silalah ikut kami..ke kg d hadapan itu..tapi dgn syarat kau dan anak2mu x boleh melihat kebelakang,sehinga sampai ke kampung itu..
'baiklah..leha,akil ingat pesan ibu..kalau kita melangkah,jgn sesekali memandang ke belakang.pesan kak eti kepada anak2nya..
Merekapun melangkah mengikuti perempuan itu..tercium oleh mereka bau yang wangi,d kiri kanan byk pohon2 bunga yg bewarna warni..d belakang mereka terdengar bunyi riuh rendah,suara gelak ketawa,suara org berckp2..namun mereka tetap patuhi janji x tgk ke belakang..
D hadapan mereka kelihatan sebuah rumah..rumah itu xlah besar sangat,tidaklah kecil sangat,tapi atapnya berwarna hijau.
Mereka sampai d hadapan rumah itu..pasangan suami isteri 2 pun berkata..'kamu telah ikut pesanku..jadi silalah naik kerumah kami ini..mulai hari ini rumah ini akan menjadi rumah kamu juga..
maka kak eti dan anak2nya pun naik dan masuk ke dlm umah itu..
Kak eti memandang sekeliling..dlm umah 2 kosong tiada tikar atau brang2 hiasan.
Kak..siapakah nama kak..dari tadi sya belum tahu nama kak ni apa?..tanya kak eti kepada perempuan itu.'nama ku puspa sari..umurku 25..ini suamiku megat..'kenapa kak sari hendak menolong saya..dan adakah dunia kak sari berlainan dari dunia kami?tanya kak eti lagi..
'pegilah masuk berehat dulu..bwa anak2mu sekali..nanti lepas berehat kita mkn bersama..nanti kak sari tunjukan bilik..kak sari membwa eti dan anak2nya ke sebuah bilik.dlm bilik itu hanya ada sebuah almari kecil..
Kak eti masuk kedlm bilik itu..'maaflah bilik ini x d ada tikar.tapi jika duduk atau tidur x akan rasa sejuk,x akan rasa panas jugak..'duduklah,.sya nak memasak utk kita mkn nanti.
Kak sari berlalu pergi..tgl kak eti dan anak2nya..dia duduk dan meletakan byinya d atas riba..bayinya terlena d ribanya..'tidorlah leha..tidur d penjuru sana.bwa adikmu sekali..kata kak eti kepada anaknya leha.
'ibu..kita d mana ni..tanya leha kepada ibunya..'usah bertanya anaku..d manapun kita asal kita selamat sudah.. Kata kak eti kepada anaknya leha..'baiklah ibu..
Leha membwa adiknya tidor.sekejap saja sudah terlena..kak eti bangun menuju ke jendela..d buka jendela itu perlahan2..dia memandang ke luar rumah..dia melihat ke jalan.kak eti nampak ramai org berjalan menuju ke satu arah..ada lelaki,perempuan tua dan muda..tapi tiada kanak2..seperti hendak ke pesta layaknya..
seorg perempuan memandang ke arah kak eti..dia senyum kepada kak eti..
Tiba2 angin kuat bertiup,daun2 kering beterbangan masuk melalui jendela.kak eti dgn pantas menutup jendela itu kembali..dia memandang kepada anak2nya..semuanya masih terlena..kak eti merebahkan badannya d sebelah anak2nya..dia terasa diri sunguh letih sekali..tampa d sedari diapun terlena bersama dgn anak2nya..
Di rumah suami kak eti dolah...
Dolah ke hulu ke hilir seperti kucing hilang anak..menyesal sunguh dia menghalau isteri dan anak2ya dari rumah.. Tadi ptg sudin dtg dgn ketua kg..dia menjelaskan segala2nya..dia tiada hubungan apa2 dgn isteri dolah..apa yg berlaku hanyalah salah faham dolah saja..
Puas sudah dolah keluar mencari isterinya kak eti tapi x berjumpa jugak..ke hulu dah pegi ke hilirpun dah pegi tapi x jumpa jugak..dolah duduk mengaru2 rambutnya..kenapalah dgn aku ni,setan apakah yg merasuk sehinga aku tergamak menghalau isteri dan anak2 ku..dolah mengomel d dlm hati..meratap dgn apa yg telah terjadi..sepatutnya aku menjadi pelindung,tapi aku sebaliknya..dolah menumbuk2 lantai memarahi dirinya sendiri..
Tiba2 dolah bingkas bangun dan meluru keluar dari rumahnya..dia berlari2 kejalan..meluru ikut kakinya meredah rumput dan lalang..betis tergores dgn duri semalu..tapi dia x peduli..sambil berlari tampa arah dia memangil2 nama isteri dan anak2nya..eti!leha! Akil!..dolah memangil berulang2 kali..
Tampa di sedari,dolah telah berdiri d tepi lombong itu..dia keletihan dan terduduk d situ..kakinya sakit seluruh sendinya terasa lemah..dia tunduk memandang ke tanah..menangis teresak2..
Sambungan d lain waktu. Slmat mlm semua. Slmat membaca tq..
betul la..benar2 kejadian..yg berlaku kat aku..sbb 2 la aku fobia dgn kucing warna putih..tapi kalau kucing warna len x apa..sampai skrgpun aku bela kucing dan suka pada kucing,tapi bukan warna putih..