Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kum Kum


Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:
Kum Kum


Aku baru dkt sini. saja je nak cerita.

aku baru je pindah rumah baru dalam 2 tahun. dulu aku dduk dekat kawasan kampung sikit. depan rumah aku tu hutan je. memang menyeramkan sikit bila malam2. tapi aku buat bodoh je sbb memang dah lama dduk situ, so mcm dah biasa dgn persekitarannya. ni aku nak cerita pasal rumah lama aku.ashamed

Malam itu aku tido dengan mak and ayah aku since aku ni memang mengada2 sikit nak tido dengan parents. tapi malam tu jelah.biggrin selalu ak tido sorang.. jiran sebelah rumah aku balik lambat malam tuh. kami semua dah ready nak tido dah ni. dah tarik selimut bagai. tunggu time nak chalo je lah. waktu tu dah pukul 12 malam cenggitu lah. kami pon cuba melelapkan mata. dan selepas itu, aku mula hanyut dibuai mimpi. amboiihh. haha. Mak aku ni tiba2 pulak waktu tu tak boleh tidur. maka beliau pon terkebil-kebil keseorangan. tiba-tiba sedang beliau berangan tingkap bilik kitorang kena ketuk dari luar. Mak aku dh mula cuak. tiba2 ada pulak suara dari luar. Assalamualaikum yg sayup sangat ~ mendayu je smpi x kuar bunyi suaranya. dengar bunyi org berjalan lah apa lah. mak aku ingt jiran aku balik dari kerja. mak aku pon baca segala ayat dan tido. Nasib baik aku tak terjaga. esoknya mak aku cerita kat aku kejadian tu. Aku dah cuak tkut nak tido malam2 kt dalam bilik tuh. 

Malam lepas tu, aku tido. Aku bca segala ayat mana tau tiba2 dengar suara apa2 ke. Aku nak pejam mata tak boleh. tiba2 tak taulah perasaan atau otak aku yg berkata2 ke apa tapi tiba2 aku pulak yg dengan kum~ kum ~ tu kt tingkap. alamak bkn main ketar aku. berpeluh2 dlm selimut tu. baca ayat Al Quran mana lah tau tiba2 benda tu mengilai ke apa mau gila aku dkt situ. lama2 aku pun tertidur. sampai sekarang bila ingt takut tau. lepastu bila kitorang pindah jiran2 dkt situ selalu cerita nampak mcm2 lah. paling teruk dorang dengar bunyi org menangis dkt depan rumah. seram gila.

 



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

As Salam, Cik May School...selamat datang ke GC...

heeee...seram citer Cik May ni...
hantu kum kum tu...
nasib baik mak Cik May x jawab salam yg mendayu-dayu tu...& x tergerak hati beliau mo mengintai siapakah gerangan yg memberi salam tu...
x boleh bayangkan kalo ternampak lembaga yg mengetuk tingkap tu...



__________________

It's better to let it unknown...



Super Member

Status: Offline
Posts: 1527
Date:

ishhhh syes...menakutkan....

__________________

NAK MAKAN...MAKAN...DAN MAKAN....



Super Member

Status: Offline
Posts: 660
Date:

ishhh..seramnya

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

aku pnah experience mende2 mcm nie...
masa tu beranda rmh kitorang still ada lg, blum buat renovation...
aku plak mlm tu ngengada nk tdo kat ruang tamu..
so lebeh kurang dlm kul 11 mlm la kut, aku pun memulakn misi tdo aku..
dlm pejam celik nk tdo tu, trdngr bunyi mcm ada org bjln kat beranda..
pastu, sayup2 jer aku dgr bunyi org bg slm.. aku dh mula cuak dh.. dlm kepala stat dh fikir hantu kum2..
tp oleh krn tk puas ht, aku tinjau celah papan tngok apa yg kat luar beranda..
cesss... kucing mengawan rupanyer... bunyi org bg slm tu plak, jiran aku yg baru balik melepak...
rmh dia dlm 50 meter jer jrknyer... patutla syup jer bunyi masa dia bg slm.. hampeh btol... haha..

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard