mungkin bandar 2 di biar kan mcm 2 sbab nk bagi jin-jin tinggaL sana kot.. bab 2 La siap kena pagar sana sini..x bagi manusia masuk..amek gambar o video pn x bLeh..Allah jer yg tahu..
__________________
Masjid tak mahu pergi, Lepak sampai pagi, Tipu mak bapak lagi, Masa depan rugi, apa nk jadi?
Haizzzzz... Susah gak kalau penulis blog nie sesuke hati jer letak tajuk die sendiri tanpa buat research... Nie gambar hotel kat Pulau Cyprus(Republic Of Cyprus)... Pulau ketiga terbesar di Laut Mediterranean.. Tak silap aku la, dulunya pulau nie dulunya sebuah negara... Cyprus nie salah satu ahli European Union... Di utara dekat dgn Egypt.. Timur dekat dgn Greece... Selatan dekat gan Turki... Dan kebanyakkan penduduknya berbahasa Greek dan sebahagian kecil berbahasa Turki...
Aku tak pasti ape yg berlaku antara Turki gan European ke, Greece ke sume tu... Tapi tentera Turki dah tawan separuh dari Cyprus... So semenjak hari tu, hotel nie jadi hotel terbiar... Tapi memang mase aku mude2 dulu, memang World Class la hotel nie...
Tapi memang bangang la penulis blog tu... Kalau cari pasal Cyprus Hotel ke, Cyprus Islands ke hape sume tu.. Susah kot nak jumpe cite2 horror pasal hotel nie...
So kat sini aku buat kesimpulan, penulis blog nie bangang sebab mengada-adakan fakta sendiri.. Sian pulau tu kene fitnah... memandai jer...
-- Edited by Mat tHe MatiCs on Thursday 12th of July 2012 08:50:13 PM
Muhammad Al-Fatih adalah sultan Uthamaniyah pertama merintis kemenangan dalam pertempuran di laut apabila baginda mengerahkan armada dengan kekuatan 180 kapal perang dari Gallipoli menuju Laut Aegean pada 1456.Sejarah Cyprus dan Turki bermula sejak 1570 dan pendaratan tentera Turki dipantai pulau itu pada 20 Julai 1974 adalah satu rahmat bagi lebih 200,000 rakyat Cyprus Utara berketurunan Turki.Etnik Greek, Greek Cypriot melancarkan kempen Enosis yang menyaksikan gerakan penghapusan etnik bagi mewujudkan sebuah negara Cyprus yang bersatu dengan Greece.
Akhirnya selesai dengan campur tangan kerajaan itu, Sekali gus memisahkan Cyprus kepada dua entiti,utara dan selatan.Girne Kapisi atau Kyrenia Gate menyaksikan seribu satu detik peristiwa sehingga terbentuk negara republik yang muda, kerajaan merdeka Republik Turki Cyprus Utara tanggal 15 November 1983.
Ribuan etnik Greek menyeberangi sempadan ke Cyprus Selatan selepas pulau itu dibahagi dua.Tindakan sama dibuat etnik Turki yang berhijrah ke utara untuk memulakan kehidupan baru lebih aman.Hari ini negara kecil yang terpinggir itu berusaha mendapat pengiktirafan dunia dan pada masa sama berhasrat untuk turut menyertai blok ekonomi Eropah.Republik Turki Cyprus Utara merdeka pada 1983, namun hanya Turki satu-satunya negara yang mengiktirafnya sebagai entiti berdaulat.Hubungan sejarah antara Turki dan Cyprus Utara begitu ketara dan berterusan hingga sekarang dipaparkan melalui episod ke-14 siri Jejak Rasul 11 yang menemui penonton TV3 setiap petang sepanjang Ramadan ini.
Sejarah kehadiran tentera Uthmaniyah memasuki Lefkosa pada 1570 menamatkan zaman penindasan rakyat oleh Venetian akan terus dikenang. Begitu juga pemberontakan orang Greek terhadap kerajaan walaupun ia tidak seburuk konflik etnik 1963 lalu.Peninggalan kesan sejarah di pulau Cyprus Utara ternyata membawa peringatan dan pengajaran agar kejadian lalu dikenang bagi mengelak kesilapan daripada berulang.FAMAGUSTA atau Gazimagusa adalah kota pelabuhan Cyprus Utara di timur Lefkosa yang disinggahi pelbagai tamadun bangsa sepanjang sejarah kewujudannya. Ia juga menjadi pelabuhan sibuk pada zaman Venetian hingga hari ini.