Kisah ni plak aku rasa lau kat terengganu gerenti tahu punya..biasa mat2 rempit pencen cam aku gerenti tahu cerita nih..
kisahnya tentang sebuah motor yamaha 125z..motor ni mmg popular zaman aku..masa tu aku sekolah tingkatan 5..aku guna yamaha sport jer..cuma tulisan tepi je aku taruk 125z..hihi..nak beli mahal..
kisahnya camni...dengar cerita la motor tu terlibat ngan satu exsiden belonggor kata org terengganu..mmg ngeri la..kepala penunggang a.k.a mat rempit tu putus dan berada dalam bakul motor tu..dan yg paling seram,motor tu xnak mati enjinnya..walaupun minyak motor tu dah kering...kat balai polis pun motor tu still hidup..dan masa tu datang la seorg ustaz baca2 ayat untuk bg motor tu mati enjinnya..dengan izin Allah,motor tu mati enjin..
pas dari exsiden tu,motor tu di repair balik dan di jual..ada la seorang hamba Allah ni beli..dan ape yg berlaku,hamba Allah ni pun exsiden sama..yg ngerinya..kepala pun putus..nak tahu kat mana kepalanya berada?tempat yg sama jugak..kat bakul or raga motor tu..pas kejadian tu jugak sekali lagi motor tu di baiki dan di jual balik..dan benda sama lagi berlaku kat tuan baru motor tu..
last2 ayah si arwah yg pertama meninggal tu ambik balik motor puaka tu dan dengar cerita motor tu dah pun di bakar..ni kisah benar zaman aku merempit dulu..mmg seram aku rasa..motor tu di jual ngan harga x masuk akal..rm1000 lebih..last2 motor tu dah jadi abu...wallahualam...
yes,yes... untok pengetahuan korang semua yang tak berapa nak tau hal2 permotoran..
yamaha 125zr ni ibarat utusan syaiton kepada rakyat malaysia yang tak brapa mampu nak beli superbike.. dengan enjin 125cc 2 lejang, laju maksima boleh cecah 200km/j..
yg tu aku xtahu..tp yg last beli tu ayah arwah yg pertama..dia beli sebab nak bakar..mungkin dia tgk motor tu cam berpuaka kot..tp ajal,maut semua Allah tentukan..penyebab ajal je semua ni...
jerung kiut jr wrote: _________________________________________________
banyak yg jawab bodoh..lantak korang la... _________________________________________________
aiii, marah ker?..
yelah2, ni jawapan sechara rasmi atau formal..
Mengikut pendapat saya, mungkin pemilik pertama motorsikal Yamaha Y125Z tersebut telah menggunakan khidmat halus/tahyul seperti berjumpa bomoh/dukun untuk meletakkan pendamping/penjaga pada motorsikal Yamaha Y125Z tersebut, supaya motorsikal itu dapat beroperasi melebihi keupayaannya yang sebenar, dan sebagai bayaran kepada pendamping itu, mungkin pemilik motorsikal tersebut perlu memuja motorsikal Yamaha Y125Z itu dengan darah dan sebagainya pada setiap malam jumaat.
Dan andaikata pemilik motorsikal Yamaha Y125Z itu mungkir janji, maka pendamping itu akan mengambil nyawanya sebagai galang gantinya, dan apabila motorsika Yamaha Y125Z itu telah bertukar pemilik, pemdamping itu tetap menuntut janjinya, walhal pemilik baru motorsikal tersebut langsung tidak tahu hal yang sebenarnya, sehingga ia juga menjadi mangsa perbuatan khurafat pemilik asal motorsikal Yamaha Y125Z tersebut, wallahua'lam.

pendapat dan kemungkinan2 spt adik ijoi katakan tu .... dapat diterima akal dan agak lojik ... sebab .... jika cerita itu BENAR (kerana kesahihahnya boleh dipertikai sebab x ada bukti/dalil) ... sesuatu berlaku secara berulang2 kali ... mustilah ada sebab-sebab lain yang mengiringi .... jarang benda berlaku .. ajal beberapa orang dengan cara yang sama ... disebabkan benda yang sama ....
so ... kalo ikut pemikiran aku yang kadangkala waras kadangkala kewarasan dipengaruhi nafsu (amarah/syak wasangka dan nafsu2 lainnya sebagaimana manusia biasa) ... cerita di atas seakan ditokok tambah ...... untuk penyedap cerita .... sebab .. kalau benar .. mestilah ada report kemalangan daripada PDRM ... ada tarikh .. ada penama ... ada waris dan sebagainya ....
oleh yang dumikian ...... jawapan atau maklumbalas kepada posting ini/ cerita ini ... boleh pelbagai dalam bentuk ... terpulang pada individu pemosting ... nak posting bodoh .. nak posting x bodoh .. penilaian dan cara masing2 .... so what?
GC untuk kita sama-sama berkongsi apa yang patut ... dengan redha dan rela hati ...
sekian, terima kasih ....
begitulah pesanan daripada Pakcik Asberionz .... aku menyampaikan sahaja ....
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.