to roti jagung : name lagi sekolah antu . tknak ak tgkap gamba sekolah tu . jap lagi , lain yg ak tgkap , lain pulak yg keluar kat screen tu . to dream high : tempatnya dirahsiakan bagi menjamin keselamatan . ngehngehngeh
banyak lagi story pasal keseraman antu kat sekolah ak nh . tp ak tk boleh nk cerita sekarang sbb ak tgah amat bebenor laa bz nye . ak tgah tolong cikgu A ( hensem cikgu nh walaupun dh tua ) semak kerja khusus budak budak form 3 dgan form 5 . nanti kalau ada kelapangan , ak story lagik . tungguuu ~~
halamak...pandai gak ek hantu 2 main mesin potostat 2..aku hingat diorg ni x pandai mende2 elektronik ni....pape pon cam x sabo nak tgu citer len..cer citer cer citer...
__________________
fikir dulu sebelom tulis o ckp...jgn tulis o ckp guna kepala lutut..tulis n ckp guna kepala otak
haha . kalau encik badda nk tau . dekat sekolah ak nh , ada menara . tinggi woo . dulu dulu org British dok tenang musuh depa ikut menara nh la . ak pernah laa sekali naik menara nh . lepas tu tknak naik dh . gayat dan seram .
dekat dalam menara nh , ada 2 bilik kecik . satu tu tempat simpan senjata , satu lagi tu bilik tidur guard yg jaga menara tu . ak dgar cita lah , residen British nh ada anak perempuan . kalau tk silap ak nama dia Maria . kacukan Melayu dgan British . cun tk hengat la . ak penah tgok muka dia dalam gambor sekali . satu hari nh , Maria nh jatuh cinta dgan sorang pemuda Melayu n disebabkan cinta dia dekat laki tu , dia bgtau segala strategi bapak dia nk hancurkan org Melayu kat Perak nh dekat laki tu . yg laki nh pulak pegi bgtau dekat kawan dia . rupa-rupanya kawan dia nh tali barut British laa . kawan dia nh pun pegi bgtau dekat residen yg anak dia nh bgtau segala strategi British nk hancurkan Melayu . yg si residen nh pun bengkek laa dgan si Maria nh . dia kurung Maria nh dalam menara tk bagi makan , tk bagi minum . lepas tu , Maria nh pernah try nk lari ikut jalan bawah tanah yg ad kat bwah sekolah ak nh . tp dia dapat dikesan . so , bapak dia letak 3 org tentera British nk guard dia laa dalam menara tu . yg 3 org guard nh pulak , tk tahan tgok si Maria nh cun sangat , rogol pulak bergilir-gilir , then dorang nh bunuh Maria nh n sumbat mayat dia dalam dinding menara . lama jugak laa mayat Maria nh ada dalam dinding sebelum dikorek . residen nh mmg tk ambik tau ape ape dh pasal si Maria nh n satu hari dia dijumpai bunuh diri dekat dlam bilik dia . tk lama lepastu , British pun berundur n bangunan utama rumah residen dijadikan sekolah ak .
sekolah ak nh akan dipenuhi dgan segala gangguan setiap kali tahun ganjil . ramai jugak laa budak budak yg kena . mostly yg kena tu form 5 sebab kelas kelas form 5 semua ada dekat bangunan utama . satu hari , ada budak form 5 nh , dalam 5 org kot . satu geng laa . pakat naik menara tu , tp tk bgtau cikgu . kelas dorang pulak memang bersebelahan je dgan tangga menara nh . so , senang je laa dorang naik atas tu . sebelum nh , depa naik tkde jadi apa pun . tp entah macamana satu hari nh , maybe dorang buat benda tk elok kot kat atas tu . 2 org drpada geng nh hilang . kelam kabut laa lagi 3 org nh mencari kawan dorang . sampai malam dorang duduk kat sekolah sbb cari kawan dorang . last sekali , depa decide nk balik je n nk bgtau kat cikgu esok . keeseokannye pun . dorang bgtau laa kat cikgu . dekat seminggu jugak lah budak berdua tu hilang . mak bapak depa pun siap repot polis semua . mmg havoc gila sekolah ak waktu tu . genap seminggu , polis pun jumpa lah dua org budak nh . tu pun lepas buat bacaan yassin 3 hari 3 malam . dua org budak nh dijumpai kat tempat yg berlainan . sorang jumpa dalam bilik pengetua dalam keadaan tk berbaju n berdarah-darah semua ( bilik pengetua nh bilik tidur residen ) . yg sorang lagi pulak , polis jumpa atas palang tandas . dalam keadaan yg sama jugak . tp budak nh lagi teruk . tangan kaki dia patah sebelah kanan .
lepas dorang sembuh semua , pihak sekolah tanya laa macam macam . dorang berdua cerita yg dorang berdua nh merokok kat atas tu . habis je rokok dorang terus tk nampak dh kawan kawan dorang . n dorang rasa macam dorang tk ada dekat sekolah . dorang ada dekat tempat lain tp tempat tu gelap , busuk n penuh dgan mayat . ak dh tk ingat apa benda yg depa kena kat atas tu tp yg ak ingat dorang cakap , waktu hari ke enam , ada sorang pakcik nh , badan besor , tinggi , tegap datang dekat dgan dorang n libas depa sorang sorang guna macam rantai besi yg hujung dia ada bola besi tu . depa kena libas berkali kali sampai depa insaf tknak merokok la . masuk hari ketujuh depa hilang tu , depa nmpak satu cahaya yg terang gila . dorang lari masuk dalam cahaya tu n dorang pun tk sedar kan diri . dorang sedar sedar depa dh ada atas katil hospital dh .
macam tu la ceritanya . mengikut kesimpulan cikgu cikgu sejarah kat sekolah nh . apa yg depa berdua kena tu , adalah apa yg Maria tu kena . tp depa bernasib baik sbb depa tk mati .
assalam , hai geng . ak dah datangg . jeng jeng jeng . wahh , tk sangka ak dapat respons positif dr korang . time kasih banyak banyak . terharuu . haha , ak nk bercerita lagi nh . kali ni , cerita pasal hantu dekat sekolah ak waktu program kepung . cerita nh mmg berlaku tiap tiap tahun . sampaikan dh jadi lali . cerita nh terjadi kat budak form 3 . dorang kena duduk dekat sekolah tk boleh balik , sampailah habis PMR . kiranya , depa nh mmg berkampung dekat sekolah dari hari sebelum PMR , sampailah hari habisnya PMR . tp sabtu dgan ahad , dorang dibenarkan balik . program nh bertujuan nk pastikan budak budak nh sentiasa belajar .
CERITANYA BERMULA MACAM NH .....
ade sorang budak nh , namenye J . J nh istimewa sbb dia ada sixth sense . bukan yg band nyanyi tu , tp dia ada keistimewaan utk nampak makhluk halus . budak nh selalu masuk kelas lambat waktu prep malam sbb dia kene ikut jadual yg mak dia dh tetapkan betul betul sbb , kalau dia terlambat atau tercepat dari jadual dia . ' benda yg menjaga dia , akan mengamuk . so , satu hari , budak nh datang bulan . dia tk boleh solat . jadi dia duduk laa dalam kelas sama dgan kawan kawan dia yg lain . tiba tiba , budak nh rsa nk terkucil . dia ajak kawan kawan teman dia pegi tandas , tp kawan kawan dia tknak sbb takut . walaupun budak nh ada sixth sense , tp dia tk takut kalau terjumpa dgan hantu hantu nh . dia rilex je . siap boleh tolong sampaikan pesan lagi . back to the story , budak nh dok pujuk laa kawan kawan dia suruh teman , tp semua tknak . J pun dh tk tahan sgt nk terkucil , dia pun ambik keputusan nk pegi sorang . toilet yg J nh nk pegi , jauh laa jugak sbb toilet yg dekat dgan kelas yg depa duduk tu , rosak . so , dalam 5 minit jugak laa J nh berjalan nk pegi toilet . dalam perjalanan tu , J nh dok dgar laa macam macam , bunyi nangis laa , gelak laa , bunyi rantai kaki laa . macam macam . tp dia rilex je .
bila J nh sampai kat toilet , dia pun melepaskan hajat dia . lama jugak laa sbb dia buang air besar sekali . lepas keluar toilet tu , J tgok jam n waktu tu dh pukul 8.30 . J pun menggelabah laa sbb sepatutnya waktu nh dia tgah belajar dalam kelas . J nh pun lari laa laju laju sbb dia takut ' benda ' yg jaga dia tu marah . sampai jee kat kelas , J nh pun jatuh pengsan . menggelabah laa cikgu yg tgah mengajar tu . dia try nk angkat J nh , tp macam berat sangat sedangkan J nh kurus je orgnye . cikgu nh dh rasa semacam n dia baca surah surah . lepastu , tiba tiba J nh duduk dalam keadaan merangkak . J nh dok gelak gelak sbb cikgu tu baca surah unggang terbalik sbb terkejut sangat .J nh siap ikut lagi surah yg cikgu tu bace . cikgu nh tknak kalah . dia baca lagi kuat n tiba tiba J jatuh lagi sekali . cikgu nh papah dia pegi dewan makan . kat situ terang n org pun ramai . cikgu nh pun call ustaz n dalam 5 minit lepas tu , ustaz pun sampai . elok je ustaz tu langkah masuk dalam dewan makan , J nh berdiri tegak tp dalam keadaan kepala tunduk . ustaz pun baca baca laa . tiba tiba , J nh bergerak dalam gerakan yg pelik lepastu bercakap dalam bahasa urdu .
lama jugak laa J dalam keadaan macam tu . ustaz pun baca laa ayat Kursi . sampai tang yg last tu , J nh terkam ustaz nh n dia macam gigit ustaz nh kat bahagian tangan . muka ustaz pun berkerut kerut sbb tahan sakit , tp yg peliknya , mulut J nh tk kena pun tangan ustaz . tp J nh buat aksi dia tgah gigit tangan ustaz . ustaz pun melawan dgan ayat Al-Quran , n J macam terpelanting . J pengsan . tk lama lepas tu , J pun tersedar . dia menangis nangis . ustaz tenang kan dia dgan ayat Al-Quran . lepastu , J pun bukak cerita . masa dia nk balik ke kelas . dia rasa macam ad org panggil nama dia dr belakang . dia pusing la belakang . sekali tgok tgok , ada ' benda ' tgah kejar dia dalam keadaan merangkan . laju sangat . J nh punya takut n dia pun lari laa laju laju . waktu dh nak sampai dekat kelas tu , ' benda ' tu dapat tangkap dia n terus panjat belakang dia . J kata benda tu berat sangat . tp dia lari jugak sbb dia terlampau takut . sampai je kat kelas , J terus tk ingat apa apa dh . malam tu jugak mak ayah J bawak dia balik rumah n pegi berubat sbb takut benda tu ada lagi kat dia . sejak tu , J tk dibenarkan datang kelas malam sbb lepas kejadian J tu , ' benda ' yg jaga J tu , dok kacau budak budak yg lain . so , utk keselamatan , J hanya datang waktu exam je . lepas tu , dia balik .
cerita nh diceritakan kat ak oleh ustaz yg J terkam tu . tp , yg bestnye , dkat tangan ustaz tu , ada kesan gigitan . tp kalau diperhati betul betul kesan tu , gigitan tu sbenarnya tulisan urdu . ustaz tu pernah nk hilangkan kesan tu , tp tk berjaya .
begitulah ceritanyaa ... sory laa kalau ad typing error . ak menaip dalam gelap . wuhahaha . kalau ad cerita lagi , ak cerita k . selamat membaca . sekian ~
rajin arabella ni update...buka la story baru..klo camni,klo tak tgk sampai habis...tak tau ade 2 3 cte.. hihihihi...yunk...nxt tme buat la new topic..sonang nk mebaco...hihihi