Assalam . dh lama betul ak tk melawat GC nh . dh banyak dh post baru yg ak bace . dulu ak penah cite pengalaman antu ak kat ostel waktu ak jadik pelajar . skang ak nk cte pengalaman antu ak wktu ak jadik cikgu sandaran dekat Perak . BEGINI CERITANYA ....
ak jadik cikgu ganti kelas pj dgan seni disebabkan Puan Marisa cuti bersalin . so , ak telah diarahkan utk jadik cikgu sandaran . lagi pun kelas ak nh tk tough sangat . so , kre boleh laa jugak ak ajar . cte seramnye bermula bila ak dtugaskan utk in-charge jadik cikgu rumah sukan iaitu rumah kuning . wktu tu lagi 2 minggu sekolah ak nk sukan . ak mmg suka benda benda macam gini , so , ak merelakan diri nk tolong budak budak form 5 buat segala sepanduk , maskot semua tu . rumah kuning nh special sikit sbb dianakangkatkan oleh sekolah . kami tak ada bilik persediaan kami sendiri . rumah rumah sukan yg lain ada bilik persediaan sendiri . jadi kami pun bawak diri ke bilik pjk . bilik tu sebenarnya rumah warden lama . rumah tu mmg besar gila . siap aircond , tv , katil semua cukup . kat situ pun boot - boot disimpan dalam satu bilik yg lain . rumah tu ada 5 bilik semuanya . baru - baru nh ada cikgu praktikal yg tinggal kat situ , tp entah kenapa , dorang stay situ 3 hari jee . lepas tu blah .
ada satu hari nh , tengah budak budak form 5 rumah kuning tgah havoc buat sepanduk , tiba tiba , ada seorang budak nh , menangis nangis datang kat ak . ak peluk dia kuat kuat sbb nk tenangkan dia . lepas dia tenang , ak bawak dia duduk dekat gelanggang bola tampar depan bilik pjk tu . dia cakap dia pergi tandas yg ada dalam tu . lepas buang apa semua yg perlu dibuang , dia nk keluar laa . tapi pintu tu tk boleh bukak . macam ada org pegang dari luar . dia jerit jerit mintak tolong tp tkde sape yg dengar . tiba tiba dia rasa sejuk sangat dan tk boleh berdiri . dia jadi macam lumpuh . lepas tu , dia nampak satu persatu kejadian yg pernah berlaku dekat dalam bilik tu . tk lama lepas tu , baru pintu tu boleh bukak and dia lari keluar . ak pun naik hairan laa sebab tempat kami buat kerja tu , sebelah je dgan toilet yg dia pergi tu tp kami tk dengar apa pun . jadi ak ambik keputusan nk hantar budak nh balik sebab risau nanti jadi benda lain pulak . lepas hantar budak nh balik , ak datang balik kat bilik tu . waktu ak sampai tu , ak tgok jam dh 7 lebih . ak pun arahkan semua budak tu kemas kemas barang and ak pun hantar dorang balik rumah masing masing . mujurlah rumah dorang tk jauh dr rumah ak . kalau tk , menggagau jugak ak kena hantar dorang malam malam .
ak sampai rumah ak dalam pukul 8 lebih . nk dijadikan cerita , ak baru tersedar yg handbag ak + laptop + hanfone ak tertinggal dalam bilik tu . yg ad dekat ak waktu tu purse ak je . ak mmg laa malas nk pegi ambik tp mengenangkan esok mesyuarat pibg dan ak kena bentangkan kertas kerja yg ad dalam laptop tu . dah laa ak baru siap separuh . mau gugur rambut ak kalau semuanya nk buat esok . jadi , ak pun bertekad nk ajak room8 ak 3 org nk ambik barang barang tu . lepas solat isyak , kami bertiga bertolak dr rumah . ak pun mintak tolong pakgad yg tgah meronda waktu tu temankan kitorang sbb bilik tu macam terpencil sikit . kami bertiga pulak perempuan semuanya . mmg takut lah . sampai jee depan bilik tu , ak dh rasa semacam dh . tp ak malas nk layan perasaan tu , ak bukak jugak laa bilik tu . ak pasang lampu semua . mmg terang laa . ak capai barang barang ak n ak bawak masuk kereta . ak baru teringat yg ak terlupa tutup lampu dgan pintu bilik tu . bila ak datang balik nk tutup lampu semua , ak rasa nk gugur jantung ak bila tgok barang barang yg kami buat petang tadi bersepah sepah . ak rasa pelik gila sbb waktu ak masuk nk ambik barang tu , benda benda yg kami buat tu elok je tersusun . ak panggil kawan kawan ak yg ada dalam kereta tu sbb nk ajak depa tolong kemas balik . kami pun kemas laa . sampai pukul 10 lebih jugak laa kami mengemas . yg peliknya , barang barang hari sukan yg ak dgan budak budak buat petang tadi , tkde laa banyak sangat . tp kami mengemas mmg lama betul .
then , tiba tiba blackout . ak dgan kawan kawan ak mmg tk tggu lama dh . terus lari keluar jee dr bilik tu sbb kami semua takut gelap . ak org yg paling last sekali keluar . sebaik saje ak keluar dr pintu tu , lampu tiba tiba menyala . ak terus kunci pintu . sementara ak kunci pintu tu . ak dengar barang barang yg kami kemas td , macam disepah-sepahkan . ak tktau laa kenapa tp ak jadi curious sangat nk tau apa sebenarnya ada dalam bilik tu . sebelah dgan pintu tu , ad tingkap , n tingkap tu berlubang sikit . lubang dia kecik je . ak pun pandai sesangat pegi ngintai ikut lubang tu . dr situ ak nampak satu lembaga tinggi jalan kehulu-kehilir sambil sepahkan barang barang . tiba tiba ak rasa sakit hati sangat n ak jerit sekuat hati macamnh ' woi ! yg kau sepahkan barang ak tu kenapa ? sepahkan benda lain la ! jangan sepahkan yg tu . penat laa nk buat balik oiii ' berani gila ak waktu tu . bila ak intai balik , lembaga tu hilang . cey , ak pun puas hati la . ak pusing pusing belakang , nahh kau ! elok je benda alah tu berdiri depan ak . tggi dn besar gila . muka jangan habaq laa . punya huduh . lepas tu , ak terus tk sedar kan diri . sedar sedar jee ak dh ada kat rumah . jiran jiran semua datang tolong bacakan yassin . ak tanya laa kat kawan kawan ak ap yg dh jadi sbb ak macam jadi lupa . dorang cakap dorang jumpa ak tepi bilik pjk tu dgan mata terbeliak mulut berbuih segala . then dorang pakat papah ak ramai ramai masuk dalam kereta . lepas tu dorang cakap ak meracau sangat sampai ak sentuh stereng kereta n ak cuba macam nk bawak kereta tu masuk dalam hutan bagi accident . nasib baik , depa cepat tangkap tangan ak . ak rasa kawan ak tu mestu dh speed sampai 180 laa sbb dye mmg jenis yg penakut . jenuh ustaz ustaz nk ubatkan ak sebab jin dalam badan ak tu kuat . dalam pukul 12 lebih . rumah ak pun reda dgan org . tp ustaz tu mintak kebenaran nk bawak anak bini dia dengan dia sekali tido dekat rumah ak sbb takut jin tu datang balik . lepas ak dgar cita ustaz tu , baru ak tau yg jin tu penghuni bilik tu . jin tu cakap yg kami dh kacau waktu dia tidur lepastu sepahkan tempat dia tidur . datang ak pulak pegi marah marah dia . tu yg jin tu masuk . syukur Alhamdulillah , malam tu tkde ape ape yg terjadi kat ak . esoknya , ak ajak ustaz dekat sekolah ak ramai ramai datang baca yassin dekat bilik tu n ak ajak budak budak rumah kuning , kemas bilik tu elok elok dan kami tk buat kerja dekat situ dah .
sejak hari tu , setiap kali kelas pj , ak akan ajak budak budak ak main tuju kasut je [ alahh , yg main baling baling selipar dekat badan tu ] sbb ak tk berani nk datang ambik bola atau ape ape dalam bilik pj tu lagi . sekiannnn
untuk pengetahuan semua , tapak rumah tu dulu tapak penyeksaan tentera British yg belot . nh pun ad sorang cikgu veteran yg bgtau . disebabkan tu lah , bila rumah tu dibina banyak misteri yg timbul . ak pun sebenarnya tk paham sangat apa yg budak tu cerita kat ak sebab waktu tu dia tgah nangis . ak paham sikit sikit je laa . bila tentera British yg belot nh kena seksa kat tapak tu n depa nh mati , tentera British yg lain akan tanam dn puja balik mayat tu . tapak pemujaan tu area dapur rumah nh . dekat area dapur nh laa ade toilet yg budak nh pegi . budak tu cerita , ada banyak sangat roh roh yg tk tenteram kat dalam tu . waktu rumah nh nak dibina , dorang panggil ustaz ustaz supaya pindahkan roh roh nh . tp roh nh degil n dorang dibenarkan tggal kat dalam tu dgan syarat , dorang tk boleh kacau tempat tu n dorang ditempatkan dalam satu bilik khas lepastu dorang tk boleh keluar drpada bilik tu selagi jam belum pukul 9.30 n dorang kena balik semula dalam bilik tu sebelum azan subuh . roh pun setuju dgan syarat tu n dorang duduk laa dalam tu . budak tu cerita yg dia nampak macam mana tentera tentera tu kena seksa . ada yg kena potong kaki dan dipaksa balik makan kaki tu . ada yg kena tebuk kepala . ada yg kena kerusi elektrik . ada yg kena tebuk perut . macam macam lagi laa . memang ngeri sangat seksaan tu . sebab tu laa sekarang ada satu bilik yg tombol dia tu ada selempang merah lepas tu ada tanda besar besar DILARANG MASUK , BAHAYA MENANTI . hehe . lepas tu budak tu cerita , dia nampak macam mana org yg duduk dalam rumah nh kena kacau lepas pukul 9.30 . sangat sangat seram .
-- Edited by arbella on Thursday 21st of June 2012 01:43:17 AM
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
syabas la adik bella ... nko telah menceritakan pengalaman yang membuatkan segala bulu-bul haku meremang dah berdiri tegak ..... kalo nko upah haku lima puloh hengget pon .. aku x mau nak sergaah antu tuu .... eeeeeee .... kakutnyerr.... alangkan .... sergah makcik aliza mesbon yg sedang membungkang pon haku x berani .... nikan lagi antuu ... eeeeee ...eeeeeee ...
(oiitt roti jagung .,.... alang2 nko penyet metanang itam nihhh ... kalo takat nko penyet .. asilnyer dua perkataan sahaja .... dua perkataan sahaje ... baek ler ... nko penyet mende lain ... lagi pekdah ... penyet ... batang .. err.. batang pedal besikal aliza mesbon ke .... kih kih kih ...)
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
sebenarnye , banyak lagi cerita cerita seram dekat sekolah ak sbb sekolah ak nh memang tinggalan British lepastu banyak penyeksaan yg berlaku kat sini . so hantu hantu nh pun banyak menghantui kami kat sini . tk senang keje dibuatnye . kalau ak ad mase ak cite . tu pun kalau encik encik , puan puan sekalian nk dengor lee . :D
haha . kalau encik badda nk tau . dekat sekolah ak nh , ada menara . tinggi woo . dulu dulu org British dok tenang musuh depa ikut menara nh la . ak pernah laa sekali naik menara nh . lepas tu tknak naik dh . gayat dan seram .
dekat dalam menara nh , ada 2 bilik kecik . satu tu tempat simpan senjata , satu lagi tu bilik tidur guard yg jaga menara tu . ak dgar cita lah , residen British nh ada anak perempuan . kalau tk silap ak nama dia Maria . kacukan Melayu dgan British . cun tk hengat la . ak penah tgok muka dia dalam gambor sekali . satu hari nh , Maria nh jatuh cinta dgan sorang pemuda Melayu n disebabkan cinta dia dekat laki tu , dia bgtau segala strategi bapak dia nk hancurkan org Melayu kat Perak nh dekat laki tu . yg laki nh pulak pegi bgtau dekat kawan dia . rupa-rupanya kawan dia nh tali barut British laa . kawan dia nh pun pegi bgtau dekat residen yg anak dia nh bgtau segala strategi British nk hancurkan Melayu . yg si residen nh pun bengkek laa dgan si Maria nh . dia kurung Maria nh dalam menara tk bagi makan , tk bagi minum . lepas tu , Maria nh pernah try nk lari ikut jalan bawah tanah yg ad kat bwah sekolah ak nh . tp dia dapat dikesan . so , bapak dia letak 3 org tentera British nk guard dia laa dalam menara tu . yg 3 org guard nh pulak , tk tahan tgok si Maria nh cun sangat , rogol pulak bergilir-gilir , then dorang nh bunuh Maria nh n sumbat mayat dia dalam dinding menara . lama jugak laa mayat Maria nh ada dalam dinding sebelum dikorek . residen nh mmg tk ambik tau ape ape dh pasal si Maria nh n satu hari dia dijumpai bunuh diri dekat dlam bilik dia . tk lama lepastu , British pun berundur n bangunan utama rumah residen dijadikan sekolah ak .
sekolah ak nh akan dipenuhi dgan segala gangguan setiap kali tahun ganjil . ramai jugak laa budak budak yg kena . mostly yg kena tu form 5 sebab kelas kelas form 5 semua ada dekat bangunan utama . satu hari , ada budak form 5 nh , dalam 5 org kot . satu geng laa . pakat naik menara tu , tp tk bgtau cikgu . kelas dorang pulak memang bersebelahan je dgan tangga menara nh . so , senang je laa dorang naik atas tu . sebelum nh , depa naik tkde jadi apa pun . tp entah macamana satu hari nh , maybe dorang buat benda tk elok kot kat atas tu . 2 org drpada geng nh hilang . kelam kabut laa lagi 3 org nh mencari kawan dorang . sampai malam dorang duduk kat sekolah sbb cari kawan dorang . last sekali , depa decide nk balik je n nk bgtau kat cikgu esok . keeseokannye pun . dorang bgtau laa kat cikgu . dekat seminggu jugak lah budak berdua tu hilang . mak bapak depa pun siap repot polis semua . mmg havoc gila sekolah ak waktu tu . genap seminggu , polis pun jumpa lah dua org budak nh . tu pun lepas buat bacaan yassin 3 hari 3 malam . dua org budak nh dijumpai kat tempat yg berlainan . sorang jumpa dalam bilik pengetua dalam keadaan tk berbaju n berdarah-darah semua ( bilik pengetua nh bilik tidur residen ) . yg sorang lagi pulak , polis jumpa atas palang tandas . dalam keadaan yg sama jugak . tp budak nh lagi teruk . tangan kaki dia patah sebelah kanan .
lepas dorang sembuh semua , pihak sekolah tanya laa macam macam . dorang berdua cerita yg dorang berdua nh merokok kat atas tu . habis je rokok dorang terus tk nampak dh kawan kawan dorang . n dorang rasa macam dorang tk ada dekat sekolah . dorang ada dekat tempat lain tp tempat tu gelap , busuk n penuh dgan mayat . ak dh tk ingat apa benda yg depa kena kat atas tu tp yg ak ingat dorang cakap , waktu hari ke enam , ada sorang pakcik nh , badan besor , tinggi , tegap datang dekat dgan dorang n libas depa sorang sorang guna macam rantai besi yg hujung dia ada bola besi tu . depa kena libas berkali kali sampai depa insaf tknak merokok la . masuk hari ketujuh depa hilang tu , depa nmpak satu cahaya yg terang gila . dorang lari masuk dalam cahaya tu n dorang pun tk sedar kan diri . dorang sedar sedar depa dh ada atas katil hospital dh .
macam tu la ceritanya . mengikut kesimpulan cikgu cikgu sejarah kat sekolah nh . apa yg depa berdua kena tu , adalah apa yg Maria tu kena . tp depa bernasib baik sbb depa tk mati .
ak pun tktau yg syaitan boleh buat sampai macam tu . ak tk ingat laa bila benda nh berlaku . tp waktu tu , mak ak pun tk lahir lagi . cita nh dh lama .
syaitan laknaktullah dapat buat lebih dari ni, supaya manusia terpesong akidahnya, supaya kita tak fikir takut azab dan dosa, takut kemurkaan Allah SWT, tapi 24jam ashik takut jumpa hantu aja dohh..
sekarang nh dh tkde kena sorok sorok dgan hantu dah . tp selalunya , kalau ada histeria kat sekolah . kalau tanya hantu tu berasal drpd mana , mesti depa akan cakap dr menara . menara nh kira macam tempat utama hantu hantu kat sekolah ak nh . tp sekarang menara nh dh tk boleh naik , sbb tangga dia dh reput . tp budak budak yg duduk dekat kelas yg sebelah dgan tangga menara tu , selalu cakap yg dorang dgar bunyi bunyi dr tingkat atas . sedangkan , tkde sape pun kat atas tu .
adik markonah .... trajedi makan kaki cam tuuu .... haku selalu buat ... nko toksah la nk ngeri n serem ... potong2 kaki .. masak pas tuu .. ngappp ... sedappppp ooooo .... kaki lembu masak sup ... slrupppp ....
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
assalam . hoho . nh ak datang nh , ada story lagi . kikiki . story yg nh pun agak seram jugak laa . cita nh tjadi dkat pantry bilik guru lama kat sekolah ak .
CITANYA MACAM NH ....
dekat sekolah ak , ada stu bilik guru lama yg terletak dkat blok utama . bilik guru sini besar , tp yg duduk dalam bilik tu ada dalam 10 org cikgu je . sbb kat sini macam bilik guru guru kanan la . cte seramnye bermula pd pukul 4.30 ptang . waktu nh bangunan utama mmg dh kosong . yg tggal guru guru kanan dgan kerani 3 org . ade sorang cikgu nh , dia nk masuk bilik fotostat . bilik nh jauh ke belakang . dia pun pegi laa sorang sorang sbb selalunya tkde ap pun . kebetulan pulak , hari tu hujan lebat . dalm 30 minit jugak laa cikgu nh duduk dalam bilik fotostat tu . tiba tiba , cikgu nh rasa ada angin lembut je lalu tepi dia . cikgu nh pun ingatkan angin hujan sebab sebelah bilik fotostat nh ada tgkap . disebabkan bilik tu makin lama makin sejuk , cikgu nh pun bangun dr kerusi dia n pegi la tutup tgkap . then , tiba tiba , cikgu nh dgar suare org perempuan gelak gelak . seram sangat bunyi gelak dia . cikgu nh rasa seram sejuk n pegi balik kat mesin fotostat tu . sampai je kat mesin fotostat tu , cikgu nh lari tk cukup tanah pegi kat cikgu cikgu yg lain . nk tau sebab ap ? sebabbbb , dekat kertas kertas yg cikgu tu dok fotostat tu , bukannya keluar tulisan , tp keluar gamba sorg perempuan yg mmg hodoh tk terkata . ekspresi perempuan tu macam menangis . darah darah semua cukup . esoknya , cikgu tu ambik mc seminggu sbb demam . sejak tu jugak laa , mesin fotostat tu dipindahkan ke bilik yg lain . sekiann
-- Edited by arbella on Monday 25th of June 2012 06:36:05 AM