hai..ni episod kawan aku yang bernama jemah lagi..nak tahu cerita pasal jemah yang lagi satu,sila la ke cerita yang tajuk dia kereta kontrol vs bantal (promote).
satu hari jemah dan adik beradik dia pergi la lepak dekat penang..kawasan mana aku pon tak tahu..kat penang mana tempat org luar datang lepak?
mcm biasa diaorg mula lah snap-snap gambar bebanyak..lepas tu jemah tak perasan dia tak tutup camera pada henset beliau..jadi masa borak-borak sambil pegang henset,dia pun tertekan snap..lepas tu jemah pon 'eh gua tak tutup camera' lantas dia pon tutup dan tak tengok pon apa gambar yang dia terrr snap tuh..
lepas balik mengabiskan reta dekat penang tuh,dia cekidout lah gambar2 yang dorang ambik..skali dia terpandang satu gambar ni, ada sorang pompuan mati eksiden dengan darah2 atas jalan raya.sah,ni gambar yang dia terrrr snap tadi sebab gambar tu pon senget2..yelah tak sedar tertekan snap kan..
jemah apa lagi terkejut badak tunjuk kat abang dia dan delete terus..malangnya gambar tu tetap ada dalam henset dia..naik lunyai jari dia picit delete..last-last dia jual je henset tuh..masa tengah cerita ni lecturer tengah membebel kat depan,sempat la aku dan jemah kena sound..padan muka..dah la jemah cerita pakai action2 sekali..
aku kena sound masa jemah buat action kepala minah tu ala2 terkulai..dengan senget2 kepala dia buat action..pastu lecturer tgk pelik ar.kena sound..senyap kejap..sambung balik lepas tu