biasalah,orng buat majlis kawen ni selalunya wajiblah dua hari satu mlm kan...dan kejadian bemula pada hari sabtu malam...
sewaktu arwah ibu saudara ku sedang sibuk memasak rendang dlm kawah ,tiba2 dia terjatuh lalu tidak sedarkan diri..yang mencuakkan tu dye jatuh betul2 sipi lagi nak masuk dalam kawah tu...bayangkan lah rendang dalam kawah tu yang masih lagi mendidih...klu termasuk mmg jadi rendang lah arwah makcik aku tu..maka itu,selepas orang sekeliling mnyedari kejadian tersebut,beramai2lah orang lelaki termasuk pakcik2 aku datang dan mengangkat makcik aku masuk ke dalam rumah..dengan saiz tubuh ARwah ibu saudara ku yang sedikit gempal,memerlukan kudrat lelaki yang agak ramai jugaklah..hampir 7-8 orang yang mngangkatnya..yang mengangkatnye pun masing2 dah berumur,mncungap jugaklah diorang..selepas Arwah makcik aku dibaringkan di ruang tamu,salah seorang dari makcik ku pantas mngambil air untuk disapukan ke muka arwah makcik aku ni...apabila dye sedar dari pengsannya,arwah makcikku terus memanggil-manggil arwah atukku yang mmg telah lama meninggal dunia.."abah..abah...abah mane ...abah mane abah..tadi aku nampk abah kat belakang..."
pakcik aku pn terus mmberitahu untk cube mnyedarkannya.."abah kan da lama tak de...kau ni mngigau ke ape.."
arwah makcikku yang berada dlm keadaan lemah cube untk mmpertahankan bahawa dye nampak arwah atukku di dapur...tetapi,malangnya tidak sampai lima minit dye berbaring di ruang tamu,tiba-tiba dye berkelakuan seprti kanak-kanak kecil..dye mula merepek,meracau dan ketawa mngilai bagai orang dirasuk...
ketika kejadian itu,nenekku brada di bahagian depan rumah sedang bermarhaban dengan oarang kampung untuk majlis cukur jambul adik sepupuku...semua orang didapur diperingatkan supaya tidak mmberitahu nenekku tntang kjadian yang sedang berlaku termasuk lah aku..keadaan dirumah ketika itu sangat riuh..didapur dengan jeritan dan hilai tawa Arwah makcikku manakala di bahagian depan pula dengan alunan marhaban..
pakcik2ku segera mngangkat arwah makcikku masuk kedalam bilik...mereka berbincang untuk mmanggil seorang pengamal perubatan tradisional...slh seorang pakcikku memanggil adik dan seorang ibu angkatnya yang kebetulan hadir ketika majlis tersebut berlangsung..mereka dibawa masuk kebilik untuk cuba mngubati arwah makcikku..selepas mereka melihat keadaan arwah,mereka terus mngesahkan bahawa arwah telah dirasuk oleh dua ekor hantu, betina dan jantan(nama bende alah tu aku tak ingt)..dan yang pling menarikknya,kedua-dua hantu tersebut adalah sepasang suami isteri..ia terbukti apabila arwah yang dirasuk hantu jantan mnunjukkan jarinya ke arah bumbung dan mngatakan"kat atas tu ade lagi satu...bini aku tu...dye ade je tunggu kat atas tu.."smbil ketawa dlm keadaan yang mnyeramkan...
saudara mara ku yang ketika itu sedang duduk mnunggu diluar bilik masing-masing resah,gelisah..bimbang nenekku mndapat tahu tentangnya...
didalam bilik,ibu angkat dan adik pakcikku sibuk berlawan kata dngan hantu jantan itu sambil memujuknye supaya kluar dari badan arwah...
yang memenatkan ialah apabila hantu jantan dan betina itu berselang-seli merasuk arwah dan mnegejek2 arwah dan ahli kluarga kami...namun begitu,selepas beberapa jam,akhirnya arwah pulih...
tetapi kejadian tersebut tidak berakhir begitu sahaja,malah perkara yang lebih buruk telah berlaku pada keesokkan harinya...to be continue..
__________________
signature ni autograf ke??~~
nk mintak autograf ke ni??~~
autograf tu mcm mne??~
kenduri kawen 2 hari satu malam tak biasa aku dengar... tapi kalau 2 malam satu hari biase la..
malam pertama start masak... dan mungkin ada majlis khatam al-Quran atau marhaban... Siangnya kenduri kawen.. malam kedua joget lambat atau karaoke....