Pertemuan Dan Pertarungan Di Antara Ustaz & Perempuan Misteri & Srikandi Istana.
Haip2 .. hehe .. pada korang yang dah baca seluruh cerita pasal kejadian kat dorm ni , boleh lah baca cerita yang terakhir ni , ini merupakan kesinambungan cerita2 yang sebelum ni , pada korang yang belum baca .. hehe.. scroll back dan baca satu per satu. Oke , selepas kesemua kejadian yang berlaku terhadap faris dan mereka yang lain , maka gempar & riuh lah di seluruh dorm Aspura tentang kejadian2 yang berlaku kepada palajar2 ini dengan serentak dalam satu malam . Maka Ustaz yang yang tinggal berhampiran di dorm kami pun datang lah untuk memantau dan melihat ,apakah kejadian yang sebenarnya berlaku.
(Kejadian)
Setelah selesai seorang demi seorang disoal oleh ustaz , maka beliau pun mengambil tempat di sebuah balkoni , yang betul2 menghadap ke hutan .. oppss... lupa nak bagitau , nama glamer ustaz ni Ustaz Fakhruddin / Ustaz Din . Oke .. sedang ustaz tu memerhati kan sekeliling hutan tersebut , tiba2 ustaz din nampak sperti terkejut sedkit , lantas mulutnya terkumat kamit sedang membaca sesuatu dan tangan nya seolah2 seperti menampal seuatu di awangan2 . Faris dan yang lain hanya membiarkan sahaja perbuatan ustaz itu. Kemudian ustaz itu kelihatan tenang dan berjalan menuju ke arah kami , terus si Fakry bertanya " Kenapa tadi tu ustaz ??" .. Namun Ustaz itu memberi isyarat jari di bibir tanda supaya jangan di tanya . Terus kami semua masuk ke dalam sebuah bilik kecil bersama2 Ustaz.
Terus Ustaz memulakan cerita , rupa2 nya semasa beliau sedang memerhati ke kawasan hutan itu , beliau terlihat , seperti kelibat dua lembaga sedang bergaduh , tapi lagaknya memang bukan manusia , terus aje lah ustaz membaca do'a pendinding supaya mereka tidak datang ke arah kami , jelas ustaz itu dengan muka yang serius . huh! Jadi memang bernar lah ada penghuni lain kat hostel kami ini .. Getus hati ku.. Lantas ustaz meminta kami semua pergi berwudhuk dengan segera untuk mendirikan solat sunat . Kelam kabut kami semua , nak pergi bersaing la katekan .. Nampak beno penakutnyee~~ .. Setelah selesai semua , ber imam ustaz itu , belum sempat nak ang kat takbir untuk memulakan solat , dengar seperti ada orang yang mengetuk pintu bilik kami berulang2 kali , kemudian Along ingin pergi membukanya , namun di halang oleh ustaz , ustaz memberi isyarat mata untuk lihat ke tombol pintu ... tak berkunci .. kenapa tak di buka sahaja pintu nya , seblaik nya terus di ketuk2 .. makin lama makin kuat .. memang tak boleh jadik ni ... kemudian ustaz membaca seustu dan dihembus kan ke arah pintu itu lalu ketukan itu hilang di bawa angin ...
Kemudian kami terus memulakan solat sunat secara berjema'ah .. dan apabila kami ingin meneruskan dengan rukun solat yang rukuk , tiba-tiba.............~~~ ( To be continued )
__________________
Tanda Tangan Tidak Ada , Penangan Ade lah .. nak ?
Sedang kami meneruskan rukun solat ke bahagian rukuk , tiba-tiba epul jatuh menyembah lantai , seperti orang pitam . Tapi yang pelik nya , kenapa mcam faris seorang je yang perasan keadaan epul tu , yang lain buat2 tak tau je , takkan khusyuk bebeno deme solat ? Biasa dah dalam situasi ni , khusyuk pun boleh jadi Busyuk , Ustaz yang meng-imami solat kami it menyedari akan gangguan itu terhadap faris , terus dia menyebut dengan Lantang & Kuat , " Sami 'Allah Hu LIman Hamidah!!" .. Tersentak faris time tu .. macam baru lepas disuntik bius kat dalam pemikiran nih , terus faris menjeling semula ke arah epul , eh.. elok2 je solat kat sebelah nih , sah lah ni mainan makhluk2 tuh .. Kami meneruskan jugak Solat sunat tu sehingga selesai . Ingat kan usikan manja benda alah tu dah selesai , tapi jangan harap lah .. Sedang kami sedang berwirid bersama2 ustaz , tiba-tiba Shah terhenti dari berwirid dan bangun berpaling dari kami , bangun , dan kemudian duduk di penjuru bilik tersebut , kami semua saling berpandangan dan melihat gelagat Shah yang Seperti berbual2 dengan "seseorang" , tapi siapa ? Kemudian km berpaling dan melihat kepada Ustaz Tersebut , aikkk!!? Ustaz Pun Lesap!! " halamak , ni apa lak nak jadi ni??" soal boboy seprti sedikit ketakutan .. Sedang aku asik memerhatikan si shah tu , tiba-tiba member2 yang tadi nya hampir kepada ku , hilang dibawa angin lalu .. shah pun hilang!! "aik ??? Takkan aku je dalam bilik ni"
Terus Faris bangun dari tempat duduk faris , dan berjalan perlahan2 menuju ke pintu bilik , kemudian faris cuba membuka pintu tersebut , tetapi seolah2 di-kunci dari luar .. "What The F**K" .. getus hati faris .. geram punye pasal .. dah la dengan keadaan yang macam ni , pintu lak buat hal ..Kemudian Faris bergerak ke arah tingkap yang terletak bertantangan dengan pintu bilik tadi ( info : tingkap ni jenis sliding , dan berCermin gelap) , faris try untuk bukak tingkap tu , tapi tak boleh .. macam batu 10000KG dye punye berat .. arrgghhh.. tak boleh jadi ni .. faris cuba usha kat kawasan luar , mana la tau kalau ade anyone kat luar .. boleh ketuk2 mintak tolong.. Tapi..... Kenapa ek kat luar ni faris nampak macam lautan je... hermmmm..~~ " hallamak ?!!! takkan lah aku kat tengah2 laut ??!!" jeritku .. terus faris pergi pintu tadi , membuka langkah dan memberi satu tendangan Kuda Gila yang padu kt pintu tu , terbarai terus .. Pintu kayu rapuh la katekan .. terus faris keluar dari bilik tu dan.....
Eh , aku ada kat hostel semula Dan MALAM?? Tadi kan Siang .. tadi tu apa.. kan aku ada kat tengah2 laut .. hissss... berserabut otak faris time tu .. lantak ar.. faris nak g cari member2 faris yang dah "lost" tuh .. langkah demi selngkah faris menuruni tangga .. aik , apsal sunyi je kawsan kampus ni .. macm takda orang langsung .. faris berjalan lebih laju , tknak benda2 buruk berlaku lagi , jalan punya jalan , sampai ke dewan kuliah .. dari luar , faris dengar macam ada orang mengemas barang2 kat dl dewan tu .. " fuhh .. ade pun orang" .. terus faris bukak pintu dewan itu da menjengahkan kepala kepala .. ERKK??!! Gelap ?!! Takda orang pun?!! .... Hadduiii .. ah sudah .. masa tu punye perasaan jangan tanya lah .. dah macam nak pitam pun ade .. tapi try gagahkan diri untuk teruskan berjalan , smpai di post guard ( satu2 nya jalan keluar dan masuk ) , tapi kan.. macm ada something la yang block jalan untuk keluar dari kolej ni .. macam sesuatu yang pernah faris nampak sebelum ni .. faris cube amati dia betul ... " GULP!! " .. itu bukan ke makhluk yang kacau faris time balik dari bilik mandi tuh .. sebijik !! ( rupa dia --> orang yang dah mati menggantung diri , muka nya pucat , kurus , matanya tiada , baju nya ada kesan2 carik & darah) terus terbang meenghala ke faris .. apa lagi , cabuutttttttttttttttttttttttt laa.... lari punye lari , sampai ke salah satu bilik toturial .. terus faris masuk ke dalam tu .. gelap2 pun .. takut benda tu dapat trace faris kalau bilik ni terang .. Tercungap2 jangan cerita la.. macam mau mati je time tu .. bila keadaan dah tenang , faris memerhati kan suasana sekeliling bilik nih , dan...
Ternampak kelibat manusia kecil .. persis seperti budak perempuan yang kecil .. sedang duduk sambil memeluk kaki nya dan meng-hadap ke arah faris .. gulp!! jangan 2 ni yang si shah cerita kan tak?? faris hanya diam , takut nak tegur benda alah tu ... tapi mata tak lari dari terus menerus memandang budak tersebut .. TIba2 Muncul lembaga yang mengejar faris tadi di Belakang Lembaga budak tersebut , dan mencekik budak tersebut dari belakang .. menggelupur Budak Kecil tu .. terus datang ntah dari mana kekuatan n berani , capat2 bangun untuk menyelamatkan budak kecil tersebut , faris cuba membuka cengkaman makhluk tadi tu dari terus menerus mencekik Budak itu , tp tk mampu .. memang kuat cengkaman makhluk tersebut , tapi takut tu hilang , walau pun beberapa inchi shj kedudukan faris dgn benda alah tu .. perlahan faris membaca ayat kursi , faris pejamkan mata , terus menghala kan tapak tangan ke hadapan , seolah2 mcm menepuk ssuatu , ttp menghala ke lembaga tersebut , BUKKK!! .. bunyi mcm ssuatu terpalnting ke dinding .. terus faris buka mata.. aik?? dua2 skali hilang .. skali lagi faris keseorangan ...
Faris keluar dari bilik perlahan2 takut2 didengari oleh benda alah tadi , dan terus berjalan menghala ke kafeteria , tapi lain pulak yang datang ... seorang wanita yang berbaju melyu, berselimpang kain batik di tubuh nya ... canitk??? Walawwehh!! Chantek oooo... tapi .. bila faris mendekati nya .. zas.. satu tumbukan hampir singgah ke dada , tapi faris sempat tangkis dengan tapak tangan .. terkejut aku .. " barangkali inilah yang di critakan oleh fakry" .. faris ber-monolouge di dalam hati .. " Wahai anak muda .. sudikah engkau menunjukkan kejantanan mu" .. ujar wanita tersebut.. " jantan ? jantan apa??" faris balas.. "hihihiihihi" tertawa kecil wanita tu .. ahh sudah .. belum sempat faris nak bukak mulut .. " TAP .. TAP .. TAP .. ZUFFFF!!" Dia menapak laju ke arah faris , dan terbang untuk membuat " fying kick .. lantas faris menepis , membuang sepakan nya ke sisi .. aduuhh.. kuat gila kaki dia ni .. makan besi ke hape.. Terus faris membaca surah Al-'Alaq dan 5 Bismillah , lalu menggegam tumbukan sepadu2 nya , bila shaja dia menyerang " Pisau tangan ke leher" faris , dgn pantas faris tunduk dan melepas kan tumbukan padu ke arah perut srikandi tersebut .. BUKKK!!! ... tersungkur dia , menahan kesakitan .. terus faris bangun dan cuba lari dr situ , tapi..
Ada seorang lelaki kecil , berbadan tegap sedang berjalan menghala ke faris .. jgn2 ini yang diceritakan si fakry .. faris dh buntu , nak buat apa ini , terus faris melutut dan membaca surah Al-Ikhlas , semoga ada jalan keluar untuk smua ini , tiba2 bahu faris di sentuh oleh seseorang.. ustaz!! macam ustaz ada ada kat sini . .mana ustaz pergi tadi .. dia hanya senyum dan memberi isyrat supaya senyap dan bersedia .. Dia Memberi isyrat , supaya faris terus berhadapan dgn srikandi tersebut dan ustaz akan menyetelkan pendekar tersebut .. mula2 faris kata , faris tk bleh .. then ustaz jawab " Allah kan ade.. dia akan bantu kita , juz bnyakkan Berzikir" .. terus ustaz melangkah ke arah lelaki terbabit dan ... aik , lesap lagi .. haduuiii.. tinggal faris dengan srikandi tadi ... dia tersenyum melihat faris terpisat2 mncari ustaz .. " jangan risau , kita ada banyak masa untuk berseronok" ... errkkk!!! apa maksud dia untuk bgerseronok .. Ya Allah , tolong lah hambamu ini .. terus dia mara ke arah faris dan membuat serangan tangan dan kaki , faris hnya menepis setiap serangan dia ( lupa nak bagitau awal2.. Faris merupakan Diciple Silat , Karate & Wing Tsun) , dan singgah satu serangan dia di dada sebelah kanan .. aduhh! macm nak pitam dia punya serangan .. memang padu gila .. melihat faris tertunduk , dia terus mengangkat kaki nya untuk melibas kepala faris , zass... faris terus menangkap kaki nya , Me-narik dan menghayunkan ke udara , bukk.. dia terus terjatuh .." nasib baik sempat tangkap kaki dia,, kalau tak arwah aku" ... kemudian dia terus bangun dan menyerang faris dari arah bawah " aihh.. dia ni tak tau sakit keee!!" ..dia tangkap kaki faris dan menarik nya ke hadapan .. BUKKK!! Faris terjatuh. .. aduuhh.. sakit nye jangan cakap laa.. terus dia berjalan ke arah faris , berdiri betul2 di sebelah faris, di tangan-nya ada..
Ada keris!! Dia ni nak bunuh aku!! belum sempat dia hendak menikam faris , macam ada sesuatu yang terbang , cukup laju menghentam perut srikandi itu .. terduduk dia .. eh.. itu budak perempuan tadi .. "" Kau Dah Bnayak menyusahkan orang! Aku Akan Tamatkan kau" ... Budak tu bersuara .. agak comel , tp menakutkan .. nak tamatkan aku ke?? ... err. tenyata bukan .. tapi srikandi tersebut , budak tersebut memegang kepala srikandi tersebut , dan ... BAMM!!! macam satu letupan Mercun BOM ... srikandi tu lenyap serta merta .. " mati dah ke" .. faris ckap di dalam hati .. terus budak tersebut berpaling ke arah faris .. dia senyummm .. tapi kenapa kepala faris macam pening tengok dia punye senyum .. aduuhh ..
Sedar2 je faris dah ada kat pangkuan Ustaz, lepas di sapukan dengan air serta di bacakan beberapa potongan ayat Al-Quran .. terus faris bangun ( Duduk ) .. "Ustaz !! tadi eppppp.. " Ustaz terus memberi isyarat supaya diamkan dari pengetahuan kawan2 lain .. aikk... tapi kenapa ustaz?? .. Ustaz cakap .. cuma faris dengan Shah je yang kene hentam dengan bnda alah tu ...faris pandang shah , shah pun pucat giler .. tapi faris malas nak tanya kenapa .. biar dia kebah dulu.. "tapi ustaz, tadi kan saya kat Kefetaria .. mcm ne boleh ade kat dalam bilik ni?".. Ustaz diam jap , dan mnjawab " biar lah ustaz katakan Itu Roh Kamu je yang pergi .. macam tidur .. jasad kamu ada di sini .. sebab tu tadi masa kamu pengsan pun , kamu meracau2 " .. tapi saya nampak ustaz tadi masa dlm pertempuran tu .. Ustaz buat muka pelik .. "aihh .. bila pulak ustaz jumpa kamu , ustaz dari tadi kat sebelah kamu bacakan ayat2 untuk pulihkan kamu " GULP!! Habis siapa yang faris jumpa masa tu , siapa budak perempuan yang tolong faris tadi tu sebenarnya .. ARGGHHH!! Faris tknak tahu ,yang penting , semua dah selamat .. Dua Minggu pas tu faris BErhenti dari IPT tu , dan pindah ke IPT lain semasa Next Intake .
Next Episode : Lain Tempat ,Lain Gangguan nya ..
-- Edited by faris12345 on Tuesday 29th of May 2012 06:44:16 PM
-- Edited by faris12345 on Tuesday 29th of May 2012 07:57:21 PM
__________________
Tanda Tangan Tidak Ada , Penangan Ade lah .. nak ?