Assalamualaikum kepada semua bakal-bakal pengundi dan pembaca yang budiman. Aku terpanggil untuk menulis coretan ini bukan kerana ingin memihak kepada mana-mana parti atau pemimpin tetapi kerana suatu persoalan yang berlegar di benak fikiranku dan ingin aku mengajak saudara-saudari sekalian bertanya kepada diri dan hati masing-masing TANGGUNGJAWAB MENGUNDI KITA KERANA APA?
Mungkin ada diantara saudara-saudari tertanya-tanya bagaimana persoalan ini terlintas difikiran aku? Sebenarnya ia timbul setelah aku mendengar satu sesi ceramah agama di surau perumahan yang aku diami. Ceramah yang diberikan oleh ustaz berkenaan bukanlah suatu ceramah politik, ianya ceramah mingguan, tetapi penceritaan di dalam cermahnya membuatkan aku tertanya kepada diri sendiri akan persoalan di atas.
Selepas solat sunat sesudah solat magrib, ustaz tersebut pun memulakan ceramah beliau. Seperti biasa isi ceramahnya adalah tentang dosa dan pahala. Pada mulanya aku mendengar seperti biasa kerana topik sedemikian sering kali di ulangi ketika khutbah jumaat.
Kemudian ceramah beliau menjadi menarik lebih-lebih lagi bila semua makmum yang hadir mendengar dengan khsyuk. Ustaz tersebut berbicara mengenai seorang pencuri yang dibicara didepan Allah s.w.t di padang Masyhar.
Ditanya oleh Allah s.w.t kepada si pencuri walaupun Allah maha mengetahui akan segala sesuatu yang dilakukan oleh hamba-hambanya, ; " Wahai si polan, kenapa kamu hanya di hukum penjara 3 tahun di atas kesalahan mencuri sedangkan kesalahan yang kamu lakukan mempunyai saksi dan bukti yang nyata dan sepatutnya kamu dikenakan hukuman potong tangan"
Jawap si pencuri, "Wahai Tuhanku, bukanlah aku yang meminta hukuman ini, tapi hukuman ini telah diberikan oleh hakim yang mengadili aku".
Begitulah di mahsyar, masing-masing akan cuba melepaskan diri sendiri dan segalanya akan diadili dengan seadilnya dihadapan Allah s.w.t
Allah s.w.t kemudian memerintahkan hakim tersebut mengadap dan bertanya, " Wahai hakim, kenapa kamu menjatuhkan hukuman tersebut kepada si pencuri ini?" Maka jawab sihakim, "Wahai Tuhanku, sesungguhnya amanah yang diberikan kepadaku ini terbatas dan aku tiada kuasa dan upaya untuk melakukannya." Bertanya lagi Allah s.w.t kepada sihakim, " Maka siapa pula yang memberi kamu akan kuasa itu?" . Jawab sihakim, "Mereka yang membuat akta dan perlembagaan iaitu kerajaan yang di barisi oleh ahli-ahli kabinet negaraku".
Allah s.w.t kemudian memerintahkan pula para-para ahli kabinet dibicarakan, " Wahai kamu semua, kenapa kamu membuat akta dan perlembagaan sedemikian yang bercangah sama sekali dengan hukum Ku?" Jawab ahli-ahli kabinet " Wahai Tuhan kami, sememangnya kami menolak hukum Mu selama kami memerintah dengan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakannya tapi jangan lah hanya kami di persalahkan kerana kami tidak akan membuat akta yang melawan hukum Mu sekiranya rakyat tidak memilih kami".
Allah s.w.t kemudian memerintah kan semua rakyat yang memilih ahli-ahli kabinet tersebut mengadap dan bertanya dengan penuh kemurkaan "Wahai kamu sekalian, mengapa kamu sekalian memilih mereka-mereka ini yang menolak hukum Ku secara terang-terangan dan memberi berbagai alasan untuk tidak melaksanakan hukum Ku.
Maka jawablah si rakyat dengan ketakutan yang amat dahsyat kerana dimahsyar tidak ada lagi dolak dalih yang dapat digunakan. Ada diantaranya menjawap "Wahai Tuhan Ku, aku memilih mereka kerana dihadiahkan baju dan kain." Ada pula yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana ingin kemewahan dan kesenangan dunia.", Selain itu ada yang menjawap "Aku memilih mereka kerana inginkan projek-projek". Ada juga yang menjawab " Aku memilih mereka kerana aku tidak yakin kerajaan yang melaksanakan hukum Islam boleh memerintah". Ada lagi yang menjawap, " Aku memilih mereka kerana tidak yakin dengan undang-undang Islam". Dan yang menyedihkan ada yang menjawab, "Kami memilih mereka kerana di hadiahkan sekampit beras, sekilo gula dan sekilo tepung". Maka dengan murkanya Allah memeritahkan kesemuanya dengan berkata, "Masuk lah kamu semua ke dalam neraka Ku, sesungguh nya azab Ku amat lah pedih dan terimalah balasan siksa diatas apa yang telah kamu lakukan dan dustakan." Nauzubillah.
Pada penutupan ceramahnya, Ustaz tersebut berkata, " Kalau saudara-saudari tidak percaya perkara seperti ini akan berlaku di mahsyar nanti, tunggu lah saya nanti di sana, kalau apa yang saya katakana ini bohong atau dusta semata".
Dalam perjalan aku kerumah, apa yang berlegar di fikiran aku adalah persoalan " AKU MENGUNDI NANTI KERANA APA??? Setibanya aku di pintu pagar rumah, dengan rasa yakin dan teguh aku mendapat jawapannya, AKU MENGUNDI KERANA ALLAH S.W.T DAN ISLAM. Allahuakbar.
Kepada saudara-saudariku semua, tanyalah diri masing-masing AKU MENGUNDI KERANA APA??? Tepuk dada tanya IMAN.
Wassalam.
Ibnu Walid
p.s : sebarkan pada rakan anda.
Hadith :
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, "Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? "Baginda s.a.w. menjawab, " hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan."
Riwayat Al-Bukhari dan Muslim/---------------------
__________________
"Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya"-QuOte
Mengundilah siapa pun yg dirasakan betul, itu hak masing2.
Tapi janganlah terlalu taksub dgn sesuatu yg disokong tu sampai menuduh yg lain kafir atau konfirm ahli neraka, sedangkan yg dituduh tu pun beragama Islam, dia pun mengucap syahadah, mungkin ada kekurangan, jangan sebab kekurangan dan kelemahan tu buat kita tuduhnya yg melampau2..
Aku bukan menyokong mana2 parti dengan taksub, semua pun aku tengok cakap2 jer lebih dan aku pandang dgn takde nafsu pun.. Tapi kalau sampai pijak2 gambar pemimpin tu memang buat aku marah, memang manusia tak sempurna, tapi sampai nak pijak2 gambarnya, apa signifikannya tindakan buduh ni?..
Gambar yg dipijak2 tu orgnya beragama Islam, sama dgn yg memijak tu, kalau ada yg tak puas hati pun, mana media sosial yg diagungkan generasi Y untuk meluahkan rasa tu?.. Walaupun memang betul sangat banyak yg perlu diperbaiki lagi, tapi apa takde benda baik ke yg dah dibuat untuk masyarakat?.. Gambar Benjamin Netayahu, George w Bush, taknak pulak dipijak2nya..
Youtube menyiarkan filem yg menghina baginda nabi Muhammad saw, ramai tak org Islam yg masih suka tengok youtube setiap hari? Kenapa tak pijak2 gambar youtube dan godam jer bagi hancur terus?.. Adakah mereka semua akan dicampakkan ke neraka disebabkan ini?..
Aku tak tau.. Sebab aku yg paling jahil diantara yg jahil, yg paling bodoh diantara yg bodoh dan yg paling lembam diantara yg lembam.
pijak gambar ada, kencing kat banner pun ada, pendek kata macam2 ada...yg aku paling tak puas ati kenapa media massa seakan menyembunyikan sesuatu...hmmmm dunia, dunia
__________________
Sehuduh-huduh punggung lelabi, huduh lagi paras rupa Zul Pepaya..
pijak gambar ada, kencing kat banner pun ada, pendek kata macam2 ada...yg aku paling tak puas ati kenapa media massa seakan menyembunyikan sesuatu...hmmmm dunia, dunia
Hmm.. betul... dunia politik ni, senang je nak buat org yg bersaudara jadi bermasam muka.
Tapi bagi aku, tak payahlah kita sokong sesuatu tu secara melampau sampai kita kata semua yg lain tak betul..
Mungkin hari ni kita sokong, entah esok kita boikot, kalau jadik betul kan malu?.. isk..
Yang penting.. Jersi baru team Harimau Malaya tu tak lawa... isk..
fuhh panas dah ye? ok ni pada pandangan aku pula. Sape tak sayang negara, semua org sayang negara. dan kite hidup dlm sistem demokrasi. so, suke hati kitelah nak memilih sape yg nak memerintah negara tercinta, tapi awas...bak kate ustaz tadi, ape tanggungjawab kite dlm memilih pemimpin? sape org yg kite nak pilih tu? baik kah die? bagus kah die? adakah seorang yg menurut perintah Allah atau sebaliknya? atau lebih teruk lagi seorang yang kufur, menolak hukum Allah dan sunnah rasul.
aku kupas lagi, member aku ade ambik sains politik. dari penerangan die, die kate kite banyak lari dari demokrasi. tak caye? ok...
balai raya adalah hak rakyat, sape2 leh gunakan. tp knpe parti pmbangkang tak leh guna dewan. siap ade bilik gerakan parti pemerintah lagi kat sebelah. kan hak rakyat, sape2 leh guna.
klw keje goverment, bererti kite kerje dgn parti pemerintah. takleh sokong parti lain (kan pelik sebab kate demokrasi)...err silap tu pemahamannye. camtu baik kite wat satu je parti yg memerintah melaysia. haha
mane leh gi berkempen bwk jabatan kerajaan...parti is parti, kerajaan adalah kerajaan. parti hanya untuk "memacu" kerajaan setelah parti itu mndapat mandat dari rakyat.
ni pemahan yg aku dapat dari member aku tu.
sori klw terpolitik plk kat sini. demokrasi kan? hihihi
memang betul la negara ini ... negara yang mengamalkan pemerintahan demokrasi .. tetapi demokrasi berperlembagaan ... ianya berasaskan demokrasi ... akan tetapi tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia .... iaitu undang-undang tertingggi yang negara kita `pegang' .. apa pun sistem atau cara ia masij tertakluk di bawah undang-undang tersebut .. serta udang dan peraturan yang terbentuk di bawahnya ... bukan berasaskan demokrasi semata2 seperti Amereka dan negara2 barat yang lain ...
bukan aku x setuju dengan komen balas incin razman ... setuju jugak .. tetapi fakta yang diberikan oleh rakan incik Razman yang memperlajari sains politik itu ... (aku juga adalah sikit belajar sains politik nie .. tapi sekadar untuk diri aku memahami dan hanya sedikit sahaja dan .. untuk lulus exam ... ha ha haha) ... pendapat rakan incik razman mungkin jegak betul .. tetapi ia tridak menggambaarkan keseluruhan kedudukan atau keadaan di negara kita ini ...
contoh .. kat tempat aku dan kat Johor la nii ... Dewan Jublin Intan .. Dewan Orang Ramai ... x ada pulak didirikan bilik gerakan parti ... kalau kat tempat aku khususnya .. parti2 berkenaan ada bangunan masing2 ... dan di situlah markas atau bilik gerakan ketua2 atau pengikut2 atau penyokong2 parti tersebut .. termasuklah PAS ke PKR ke dan sebagainya .. parti pembangkang jugak ada markas masing2 ... cuma markas parti pembangkang nie lebih banyak di dirikan di tanah individu dan bangunan yang sedaya mereka bina ....
balai raya? di kampung2 kawasan aku jugak di negeri johor .. semaklum aku ... digunakan untuk kegunaan penduduk kampung tersebut (istilah balai raya .. bangunan awam yang didirikan untuk melaksanakan aktiviti kampung tersebut .. bangunan lebih kecil berbanding Dewan Orang ramai yang didirikan di kawasan pekan atau bandar) /// jugak tidak ada satu pun bilik gerakan parti2 berkenaan .. sesiapan boleh meminam atau menggunakan ...
kalu nak menggunakan bangunan umum untuk majlis perkahwinan .. majlis2 maulidur rasul .. dan sebagainya bolehlah menggunakan balai raya atau dewan ini ... tidak pulak ada sebarang m=parti termasuk parti pihak memerintah yang meminjam untuk bermesyuarat atau berkempen ... kalau orang atau individu parti tersebut ... menggunakan untuk tujuan seperti di atas ... dibenarkan sahaja .. kecuali untuk tujujuan yang boleh membangkitkan suasana atau keadaan yang tidak aman ... itu memang tidak dibenarkan
pejabat aku merupakan pejabat yang meguruskan peminjaman atau penyeawaan dewan orang ramai ... memang tujuan untuk majlis perkahwinan .. aktiviti sukan yang sesuai .. ejensi pencari pekerjaa .. semuanya kegunaan umum ...
aku dan kawan2 aku jugak merupakan kakitangan kerajaan ... x pulak kami bekerja untuk Kerajaan dalam membuat atau menyusun atur sistem pemerintahan atau tak boleh mengundi parti pembangkang ... masih bebas memilih sebagai melaksanakan hak2 pengundi ... bebas sepenuhnya ... boleh memilih atau mengundi siapa calon yang kita suka atau berhak untuk mendapat undi kita ....
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
sebelum aku memulakan hujah, aku nak bagi taw aku bukan pro pembangkang dan aku bukan pro kerajaan.. Tapi terus terang, dulu aku lebih menyokong BN.. Tapi selepas DR M bersara, aku rasa aku lebih kepada pembangkang..
Dan kat sini aku nak bagitaw tanpa segan silu supaya Incik Razman dan Bro Badot(wpun sbnrnya bkn bro), Due2 kat atas nie mindanya kecik sebab tengok ape yang ada didepan mata sahaja bukan secara menyeluruh.. Due2 tanpa segan silu menegak parti politik pilihan masing2 adalah benar dan sorang lagi salah secara menyeluruh...
Aku sebagai yang open minded(cewah... puji diri sndr plak), PARTI tak pernah salah.. yang salah adalah INDIVIDU... SATU individu yang menyeleweng kegunaan dewan, takkan nak salahkan SELURUH parti..
Tak patut, tak patut..
Salah pemikiran nie Incik Razman.. bukan semua tempat macam tu.. Mcm Pak Badot kate, tempat die ok jer.. semua boleh guna dewan.. nak berparti, gi lepak markas la kan kan...
Tapi ape pun, keadaan yang Incik Razman cakap tu tetap berlaku kat tempat aku.. Dulu, ada sorang pakcik nie, gi la kutip tandatangan orang dalam taman perumahan aku ni.. Katenya nak buat dewan orang ramai.. Tak lama tu, ada la construction, tiba2 bukan dewan orang ramai... Dewan UMNO rupenya... bengang je haku mase tu...
SO SALAH UMNO KE KALO PERKARA NI YG JADI???
Tak patut, tak patut...
Ape pun, aku tak kisah tengok parti ape yang memerintah, tapi pemerintah yang bakal memerintah.. Macam aku kate, sekarang nie aku lebih berat ke pembangkang, tapi andai kate calon PRU12 untuk kawasan aku tu UMNO berlawan dgn DAP sahaja.. Dan UMNO hantar wakil ISLAM, aku akan tanda pangkah pada WAKIL ISLAM.. aku lebih prefer pemerintah yang beragama ISLAM... Tapi kalo lawan tiga cabang, UMNO, DAP, PAS, still tengok mana calon yang ISLAM..
PARTI betul, tak semesti PEMERINTAHnya betul.. PARTI tak betutl, tak semestinya PEMERINTAHnya tak betul...
Mengundilah anda berdasarkan AGAMANYA, IMANNYA dan AKHLAKNYA.. bukan PARTI la ngok...
Kalau di Padang Masyar nanti, kalau Allah tanye kenapa pangkah yang nie?? Korang nak jawab sebab, "Aku pangkah sebab PARTI"... Nak jawab macam tu???
Yg aku bold hitam tu aku setuju..
Tapi yg merah tu.. Apahal sampai nak 'ngok' kan org?.. Macam yg encik Mat tau, bukan semua yg baca atau lepak kat GC ni golongan belia macam aku, kalau 'ngok' tu ditujukan direct pada aku atau golongan macam aku, ianya ok. Tapi..
Ayat ni menyentuh umum, padahal kat sini ada member2 veteren, wanita, remaja.. Macam encik Baddar, encik Razman, taknak la ada pakcik2, org2 perempuan yg kecik hati pulak, sedap jer panggil org bongok/ngok..
Balik pada konteks.. Suka hati org la dia nak undi siapa yg dia pilih, jgn sebab kita nampak seseorg tu mulia pada pandangan sendiri, tapi org lain tak, kita panggil dia ngok, kan ini tandanya taksub pada seseorg atau sesuatu?.. Padahal memang manusia tu diciptakan berbeza-beza, setiap org lain pandangan paradigmanya.
Kat padang Akhirat nanti, bukan sebab kita solat 5 waktu tonggang tonggek setiap hari, bukan sebab puasa, bukan sebab zakat yg kita keluarkan dan bukan sebab haji yg kita kerjakan sebab Allah nak campak kita ke neraka atau masuk syurga.. Kalaulah dapat masuk syurga, itu semata-mata sebab rahmat-Nya aja, apa yg kita buat tu dah memang kewajipan sebagai hamba-Nya.
Kalau kat Masyar nanti Allah tanya kenapa tak ikut sunnah Rasulullah, kenapa tak amalkan apa yg suruh Al-Quran sepenuhnya?. Apa yg menurut hawa nafsu kamu kamu ikut, apa yg bertentang dgn nafsu kamu, kamu tinggalkan. Nak jawab sebab pemerintah kami yg menyuruh kami begini dan begitu?.. Nanti Allah tanya lagi, kan bumi Allah ni luas, kenapa kamu tak berhijrah saja ke tempat yg pemimpinya mengamalkan apa yg disuruh Al-Quran dan sunnah?.. Boleh ke kita jawab ianya tak semudah tu wahai Tuhan Semesta Alam..
Apa2 pun, pendapat setiap org berbeza, hormat sikit pandangan org lain, rambut sama hitam hati lain2, sebab manusia berkongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa.
-- Edited by Ijoi on Thursday 29th of November 2012 03:34:43 AM
sebelum aku memulakan hujah, aku nak bagi taw aku bukan pro pembangkang dan aku bukan pro kerajaan.. Tapi terus terang, dulu aku lebih menyokong BN.. Tapi selepas DR M bersara, aku rasa aku lebih kepada pembangkang..
Dan kat sini aku nak bagitaw tanpa segan silu supaya Incik Razman dan Bro Badot(wpun sbnrnya bkn bro), Due2 kat atas nie mindanya kecik sebab tengok ape yang ada didepan mata sahaja bukan secara menyeluruh.. Due2 tanpa segan silu menegak parti politik pilihan masing2 adalah benar dan sorang lagi salah secara menyeluruh...
Aku sebagai yang open minded(cewah... puji diri sndr plak), PARTI tak pernah salah.. yang salah adalah INDIVIDU... SATU individu yang menyeleweng kegunaan dewan, takkan nak salahkan SELURUH parti..
Tak patut, tak patut..
Salah pemikiran nie Incik Razman.. bukan semua tempat macam tu.. Mcm Pak Badot kate, tempat die ok jer.. semua boleh guna dewan.. nak berparti, gi lepak markas la kan kan...
Tapi ape pun, keadaan yang Incik Razman cakap tu tetap berlaku kat tempat aku.. Dulu, ada sorang pakcik nie, gi la kutip tandatangan orang dalam taman perumahan aku ni.. Katenya nak buat dewan orang ramai.. Tak lama tu, ada la construction, tiba2 bukan dewan orang ramai... Dewan UMNO rupenya... bengang je haku mase tu...
SO SALAH UMNO KE KALO PERKARA NI YG JADI???
Tak patut, tak patut...
Ape pun, aku tak kisah tengok parti ape yang memerintah, tapi pemerintah yang bakal memerintah.. Macam aku kate, sekarang nie aku lebih berat ke pembangkang, tapi andai kate calon PRU12 untuk kawasan aku tu UMNO berlawan dgn DAP sahaja.. Dan UMNO hantar wakil ISLAM, aku akan tanda pangkah pada WAKIL ISLAM.. aku lebih prefer pemerintah yang beragama ISLAM... Tapi kalo lawan tiga cabang, UMNO, DAP, PAS, still tengok mana calon yang ISLAM..
PARTI betul, tak semesti PEMERINTAHnya betul.. PARTI tak betutl, tak semestinya PEMERINTAHnya tak betul...
Mengundilah anda berdasarkan AGAMANYA, IMANNYA dan AKHLAKNYA.. bukan PARTI la ngok...
Kalau di Padang Masyar nanti, kalau Allah tanye kenapa pangkah yang nie?? Korang nak jawab sebab, "Aku pangkah sebab PARTI"... Nak jawab macam tu???
aku pun tak ckp aku pilih parti. klw aku tgok die dah tak reliven dgn keadaan, wat ape aku nak tksub pd yg berkenaan? suke suki "ngok" kan org pun menunjukkan budaya yg jumud wahai saudara....kan kite brkongsi pndapat tp takyah lah kau nak down kan org smpi ckp level NGOK..tak manis la, kau ckp cm perjuangkan islam tp care kau tgur tu mcm kau lah yg pandai segala n org yg bg komen tu bodoh. sorilah bro, aku tak marah pun... anyway, aku pun msh belajar dan menilai. trpulang pd pndangan. pak badar bile nak datang segamat? dorian bnyak ni?
He he he cuaca nampak panas hari ini kalau makan dorian .. wahh .. tentu badan/body tambah panaz .. terima kasih lah incik razman .. kerana pelawa ke segamat makan duuuriannn .. aku nie memang antu durian .. 101,D24,mou san (yg nie aku x penah beli .. mahal sesangat 1 kg rm20 ke 30 ..) durian susu, kunyit, durian kg (yg nie aku x berapa gemar .. makan banyak .. x kenyang2 sebab , isi .. rasa agak `ringan . he he he)
Sebenornya posting yg aku taip tuu .. belum abis lagi .. coz .. mase tu kami n famili kat Tanah Tinggi Cameron anak2 da ajak keluar jenjalan .. carik strawberi,ais krim, bantal2, key chain, blanket, kektus bulu .. eh kektus2 dll . Wahhh .. banyak betul goodies2/goods yg buleh bawak balik cume fulus jer la . Sediakan banyak2 .. he he he
Nie .. pasal kami nie kakitangann kerajaan .. dan jabatan aku telah dilantik/diwartakan sebagai jabatan yang akan menguruskan hal2 urusan PilihanRaya .. dan kami staf2 nie .. dilantik dan ada diwartakan (big boss) aku sebagai Pegawai Pengurus P/Raya dan kakitangan2 p/raya yang lain bagi Parlimen di kawasan tempat aku .. so secara tidak langsung .. kami mesti bersikap dan mengambil tindakan secara rasional dan liberal tanpa memihak mana2 parti so .. jelaskan `fungsi kami?
Ketika pilihanraya berjalan .. jabatan kami sebagai Pusat Mengira Undi dan urusan2 p/raya dijalankan di pusat2 membuang undi .. seperti di sekolah2 dan dewan2 yang ada semua pengundi dan calon2 dari SEMUA PARTY di benarkan menggunakan tempat2 ini . Percuma .. x ada yang terkecuali . Kami pula sedia membantu sesiapa sahaja jika menghadapi masalah ketika mengundi . Tanpa mengira dari party mana kami badan bebas yang tidak tertakluk kepada mana2 hatta di bawah Kerajaan pun akan tetapi memandangkan Kerajaan sekarang yang menguruskan Urusan Pilihanraya kami tertakluk kepada Akta atau peraturan yang berkuatkuasa tapi percayalah ianya tidak memihak mana2 party pun
Tentang hak mengundi . Aku? Itu hak akulah akan memilih yang akan rasa memberi banyak menaafat .. fadilat .. kesenangan dan kemudahan .yang membawa kepada keamanan negara keharmonian hidup dan kesentosaan jalinan masyarakat antara kaum
Sebagai contoh aku duduk kat rumah sesaorang .. yang baik hati .. memberi makan minum tempat tidur .. penggunaan fasilities yang ada di rumah itu .. x kan lah aku nak balas dengan membaling atau memberi najis?? Itu ,.. contoh kecil bagi aku yang berminda tidak global ini hua hua hua ..
Alhamdulillah .. bagi aku aku aku dapat bekerja dengan aman .. mendapaat rezeki melalui Kerajaan yang ada .. hidup aman .. nk shoping .. nak berjalan .. dan itu nak ini .. asal tidak menyalahi agama dan peaturan hidup .. sudahlah . Kekadang kita nie x dapat nak menghargai sepenuhnya apa yang kita ada sekarang ini bila dah hilang . Aaaaa baru nak menyesal nak mengenang kenanglah sakarang sementara ada waktu
Nak cari individu atau appa sahaja yang PERFECT..? ada ke kaat duania sekarang nie? Mana ada biasalah manusia .. ada kelemahan dan kelebihan jika kelebihan itu lebih banyak .. kenapa kita nak membesar2kan kelemahan yang ada jika ia merupakan kelemahan manusia biasa??
Bagi aku seorang tua biasa2 je .. hal2 politik nie .. sememangnya aku x minat .. tapi adalah jugak mengambil maklum/tahu perkembangan sedikit sebanyak ni ha .. apa hal satu ketika tindakan BERSIH kat Kuala Lumpur? Eluk ke tu? Tidak redakal kah? Nak ke negara kita huru hara dan tidak terkawal seperti di Mesir.. Syiria dan lain2 negara Islam?? Kadang2 kempen2 yahudi atau kuncu2 nya .. kita x sedar menyebabkan kita nak memberontak ,.. nak membantah nak yang baru .. x nak yang lama dah biasa2 nie perubahan bukan x boleh .. tapi kene ikut saluran yang betul dan tidak merugikan mana2 pihak jadilah manusia yang bertamadun bukan berbalik kepada manusia jahiliah .
He he he membebel ke aku nie? Entahlah aku memang x dapat menerima perubahan drastik yang boleh menggunggat keamanan negara.. kesetabilan politik kemakmuran rakyat mengkocar kacirkan antara satu sama lain emmang aku x dapat nak terima `sistem macam nie ..
Lihat la sejarah dunia masa lalu .. banyak pengajaran yang boleh kita ambil iktibar contoh Iran dari negara beraja gulingkan raja mesir gulingkan pemimpin yang ada syria banyak lagi sejarah dunia nakan aman pilih orang nie .. diarang jugak yang pilih laaa .. bila dah memerintah . Kata x betul gulingkan .. bunuh .. lantik baru macam tu jugak .. berapa banyak nyawa terkorban..? ekonomi? Hidup? Macam tu ke yang orang2 Malaysia nak?
Entahlah .. bagi aku sebenarnya manusia ni ramai yang KUFUR NIKMAT . Kakadang2 x sedar .. ada pihak yang cuba mengambil kesempatan .. dan sangat JAKI sangat IRI HATI dengan negara aman kita negara Malaysia . Walluhualam
-- Edited by badda2 on Thursday 29th of November 2012 06:17:43 PM
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
correct me if Im wrong.. If Im not mistaken... mat tak kata dekat sapa2.. tu hnya ayat yg universal sebagai contoh E.g.... cuba try baca elok2 tgk.. that word didnt point to anybody..
*hmm aku ni perti pon tak kenal.. almaklum lah this year baru sweet 12.. miggu depan birthday aku.. jgn lupa kasi hadiah k ! bye !
__________________
Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)
Ayat tu mengenai sesiapa saja yg mengundi parti atau calon yg dia suka, bukan sebab agamanya, berimankah ia atau ahlaknya. Jadi cik Bingka yg baru 12 tahun ni memang la tak kena, mana nak kena, baligh pon belom.. ke dah?
Jadi siapa yg beriman? Boleh ke kita konfirm seseorg tu beriman dgn pandangan mata kasar?.. Boleh bagitau ikhlas ke seseorg tu?.. Aku tak berani jamin aku beriman dan ikhlas, rasanya kalau berdua dalam hotel dgn org pmpuan pun, setan jugak jadinya aku ni walaupun solat 5 waktu jaga sebaik mungkin, puasa ramadan tak tinggal.. Kalau Syeikh Yusuf Al Qaradawi yg bertanding sebagai calon jempol, insyaAllah aku vote dia tak kira parti sebelah mana.
aku member baru rasa cam nak join je ni aku nak post cerita sarcasm ni korang paham2 la ape yg cuba disampaikan ye huhu moderator jgn ban aku ye haha credit malaysian gag
hai saya amran. pada suatu hari, saya menaiki sebuah bas ekspress SANA untuk pulang ke kampung di Batu Pahat. bas ekspress SANA dimiliki oleh sebuah syarikat melayu. untuk menyokong penuh sebuah perusahaan melayu dan tak ingin dianggap sebagai pengkhianat bangsa, saya memilih untuk menaiki bas ekspress SANA.
Sungguh terkejut saya dibuatnya apabila mendapati harga tiket sudah naik. tapi dalam hati saya berkata, "takpelah, nak tolong bisnes melayu punya pasal". sesudah tiket dibeli saya pun menunggu ketibaan bas ekspress SANA. di atas tiket tertulis waktu perjalanan pukul 7.00 malam, tapi waktu di jam tangan saya sudah menunjukkan pukul 7.50 malam. bayang bas pun tiada. dengan berkat kesabaran menunggu, akhirnya bas ekspress SANA tiba jua pada pukul 9.30 malam. tetapi saya tetap berkata dalam hati, "syukurlah bas datang dari tak datang langsung".
Saya pun naiklah bas tersebut dengan rasa girang dan tidak sabar untuk berjumpa Lingam yang sudah lama tiba di kampung dengan menaiki bas cina. terbayang-bayang senyuman Lingam di kotak fikiran saya. bas belum bertolak. tiba-tiba saya terhidu bau yang kurang enak di dalam bas. hancing macam air kencing. saya pun meluru ke arah pemandu yang berbaju dacing itu dan memberitahu bahawa bas itu berbau hancing. saya minta dia spraylah apa-apa pewangi untuk mengurangkan bau tersebut. malangnya pemandu tersebut memarahi saya dan berkata, "kalau kau tak suka bau tu, kau boleh keluar dari bas aku." nak taknak, saya terpaksa akur dengan kata-kata pemandu itu kerana saya sudah tiada pilihan lain.
bas mula bergerak pada pukul 10 malam. oleh kerana bas itu lambat bertolak daripada jadual yang sebenar, maka pemandu itu bertindak memandu bas itu dengan laju dan merbahaya. saya begitu seram kerana nyawa saya bagaikan telur botak di hujung tanduk lembu. akhirnya saya selamat sampai di stesen bas Batu Pahat dengan muka pucat lesi. sewaktu hendak turun saya mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas tersebut. beliau pun menjawab, "kini masa balas budi." saya pun tak tahu nak balas budi apa. yang saya tahu, saya tengah marah dengan servis yang diberikan oleh bas ekspress SANA. lagi marah bila saya terlihat ah seng menepuk tangan tak pasal-pasal di atas motor honda cupnya.
kini apa yang perlu saya lakukan? perlukah saya berhenti menggunakan khidmat bas ekspress SANA? adakah kerana bas itu di bawah syarikat orang melayu saya tetap harus setia menyokongnya?