nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
bila cik makarona nak post pengalaman cik makarona plak..
kami kat sini nak baca gaks..he he
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
Cik GAYah setakat ni x penah lg moco nmpk clean&clear.. nmpk benda2 ni samar2 je... Tu yg suke benor bace pengalaman org lain manelh tau tetiba terserempak blhlh stanbai awal2 hehe
aku pernah cerite pasal kapten john kat ruangan forum ni. korang carilah. tapi dengan baik hatinya aku cerite serba sedikit biodata die.
Kapten John ni adalah seorang pegawai tentera inggeris era tahun 30-40an. Die ni datang ke Malaya untuk mentadbir dan menguruskan satu detasmen askar melayu @ malay regiment yg baru ditubuhkan dan ditempatkan di kem Port Dickson or sekarang lebih dikenali sebagai PUSASDA. Cerite senior2 n j.l2 aku, die ni dulunya ditempatkan di Kompani Delta (bangunannye ade lagi kat pusasda tu), mungkin juga sebagai kompani bantuan or latihan. So tugas die ni kirenye sebagai pegawai latih selain dari sebagai pegawai memerintah kompani. Dieorang cerite gak, kapten john selalu pg kem2 askar kat Malaya ni, so automatik setiap kali die gi kem2 tu die akan bertugas sebagai duty officer.
Karekter die ni mmg tegas. Die selalu round malam sorang2 n pickup mane2 askar yg tido kat berek bujang. paling die pantang klu ade yg tak pasang kelambu. sure kene tibai
Masa jepun datang menyerang, kapten john ni dipercayai bertahan kat kem P.D, lepas je british surrender...kapten john dijadikan POW-tahanan perang dan ditahan di kem tu gak. tah macamane satu hari tu, pegawai jepun naik angin dengan die ni, terus kene potong kepala....org cerite mase kepale die nak kene penggal tu, die tengah makan telur rebus....(permintaan terakhir dari beliau)
Entah ujud or tak...aku pun tak tau. tapi sejarah kapten john ni mmg top kat mane2 kem askar yg lame2. Nasib tak baik jumpelah die berkawad tengah2 malam, pegang pedang, pki number 1 dress dambil pegang kepale die sblah tangan kanan. member aku pernah jumpe..biol gak la kejap.
tak dapat dipastikan...sebab time tu ramai british army officer kat malaya. so mcm2 la keje dieorang. dari pegawai memerintah, pegawai latih, logistik, ordnan dan macam2 lagi. tapi identiti sebenar kapten john masih samar2 sebab takde rekod rasmi or gambar die yg membuktikan die ujud. lagipun ramai pegawai british yg mati mase jepun attack malaya. aku pun tak berape caye die ni ujud....just sekadar cerite dari mulut ke mulut
kalau ade pun maybe die ni kot.... captain John Onslow Graham, tapi die mati kat kampar mase die try attack kubu jepun kat kampar. serius unjured, die ilang due2 kaki sebab kene hand granade.
Ape? lawak? meh la try datang kem aku...kite tengok sape gelak kat sape..hehe ..aku pun dah lame tak tengok orang kene histeria ni. sekali sekale klw tngok org cakap besar kene best gak oo. Aku bg kau duduk kat berek paling ujung, pastu ko pegang telur rebus..ala ko msti leh gelak2 time tu kan? haha
masa aku belajar dulu, kat kolej tentera lanun adela member aku ni jenis hati kering. ko letakkat mane pun die tak takut punye. tapi maybe die dah terlepas cakap (cakap besar la) satu hari tu die tersampang bende ni mase balik dari duty. ape lagi, ilang lutut la balik bilik. nasib baik roomate die tak tido lagi.
die cite, die nampak mcm bayangan orang keluar dari bilik member die than bende tu jalan tembus dinding sambil memandang die...hahaha. tu yg die terus terduduk, merangkak balik bilik. ade senior aku cerite, bilik tu dulu ade seorang penuntut ni bunuh diri sebab tertekan dengan corak latihan. sebab dah tertekan sangat, die ambil keputusan untuk gantung diri kat kipas siling.
pada akulah, kesimpulannya....kite mmg tak nak nampak bnde ni sebab ianya di luar norma kita sebagai manusia. tapi kalau dah nampak tu, anggap lah ianya rezeki. maybe Allah nak tunjuk kat kite, Dia maha berkuasa sampai boleh mencipta makhluk2 mcm tu. wallahuaklam