kisah ni berlaku masa aku study dulu.. kat mana xpayah bagitahulah yer.. masa aku study kat cni, aku ni intake yg kedua... kire intake kedua yg masuk slps tempat study ni dibuka... tempat aku study ni x ramai perempuan.. asrama perempuan cuma ade 1 blok sahaja.. sbb tmpt aku study ni lebih kepada automotif.. so ramai lelaki dari perempuan... ms aku msk study kat cni, perempuan cuma ade 63org sahaja... so, asrama tingkat 1 pnh... aku kat tingkat 2.. tingkat 2 cuma ade dua bilik... 1 bilik untuk 6 org... tp, kami di aras dua, 1 bilik de 4 org dan sebilik lagi ade 3 org... kami 7 org jerk kat aras 2.. ms mula msk, aku xdelah rasa seram sgt... tapi lps dgr cerita senior2 wat aku rasa seram gaklah... belakang asrama pompuan ni de seketul bukit... dari cerita yg aku dgr, bukit ni de penunggu... dan ms nk dirikan tempat ni, penunggu x bg bukit ni ditarah... betul ke x, wallahuallam...
ok, nak dijadikan cerita, ms aku dh nk abis belaja kat cni... mcm2 yg terjadi... setiap kali azan subuh dan isyak, kami akan dgr suara menangis mcm dlm kesedihan dan kesakitan yg teramat sgt.. tp, lps abis jek azan, suara 2 pasti akan berhenti sekali,,. ms mula2 dgr, seram gaklah.. dah lame2 aku naik lali dh.. huhuhu... ade 1 bilik di asrama aku 2 xpnh dibuka smp sekarang... sbb bilik 2 ade penunggu.. aku pnh tdo sekali dlm bilik 2 ms aku mula2 msk asrama ni... lps 2 bilik 2 x dibuka lagi sehingga kini... bila budak junior msk, mulalah histeria yg teruk smp aku kene tido kat surau... yg kesiannya, budak 2 kene histeria sbb ayah dia anta saka.. boleh x..?
byk pengalaman aku semasa berada di asrama ni.. nk cerita details, sgt pnjg.. sbb mcm2 yg kami alami.. huhuhu.. aku pn xpndai sgt nk bercerita... cm aku lei bgth.. penunggu di asrama kami ni xsuke kalau kami buat bisng dan kotorkan kwsan dia.. kalau terjadi mcm 2, pasti akan ade budak lemah semangat yang kene histeria...
panjang lagi cerita aku ni.. nnti aku sambung lagi ok..
__________________
semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA...
sorylah ye.. sy ni jarang on9... 2 mmg br intro jerk.. ni sambungannya... sehingga kini kami semua tak tahu hantu apa yang ada kat asrama kami ni... apa yang saya tahu, dekat bilik yg dikunci sehingga kini 2 tinggal 2 ekor hantu... ibu dan anak... mcm mana aku tahu, sebab setiap kali ade budak histeria bila ustaz tanya siapa nama dia, dia akan jawab nama dia maria dan mariam.. hantu islam kot.. tahlah.. aku juga tak pasti.. huhuhu.. ms kali pertama aku belajar disana tahun 2003-2004 banyak jugak kejadian yang penghuni2 asrama aku ni alamai... cuma aku tak pernah melihat sendiri dengan mata aku.. cuma aku pernah dengar dan aku selalu handle bebudak yang histeria...
ade sekali 2 waktu malam... ada seorang budak junior panggil aku sebab ada budak kene histeria.. budak 2 duduk atas katil, bukak tingkap sambil mengilai2 kat tingkap... yg seramnya, setiap kali budak 2 mengilai, setiap kali 2lah bunyi anjing menyalak... budak 2 sekejap menangis, sekejap tergelak dengan nada yg sangat menyeramkan.. sambil dia memandang ke luar tingkap dia duduk membelakangi kami dengan rambut yang panjang ke paras pinggang tanpa diikat... dia seorang yg kurus jek.. tapi kekuatan yg dia miliki mengalahkan kami 6 orang yg menarik dia... kami cuba mahu mengalihkan dia dari tingkap dan dia mula meronta dengan kuat... dia cakap pada kami ade yang panggil dia dari sane... dia selalu jugak kene histeria...
pertama kali dia kene masa 2, aras tiga asrama kami masih tidak berpenghuni.. dia duduk di tangga menghadap bukit belakang asrama kami melayan perasaan dia yg sedih.. sebenarnya, aku sendiri suke melayan perasaan sambil memandang ke arah bukit 2.. sebab aku rasa sangat tenang.. tenang bila dapat melihat pokok2 di atas bukit 2 melintuk liuk di tiup angin.. ok sambung g.. kate pengajar aku, duduk dalam asrama ni xbole biarkan jiwa kita kosong... kalau biarkan kosong hantu mudah untuk mengganggu... lepas jek dia mengelamun, dia terus menuruni anak tangga, keluar dari asrama dan nak naik ke bukit belakang asrama aku ni... aku dan seorang kawan cuba membantu dia dari naik ke sana sebab masa 2 dah nak dekat maghrib.. nasib ada yang panggil aku sebab masa 2 aku di dewan main badminton.. aku pon bergegas tuk mendapatkan junior aku 2.. sampai jek aku ngan kwn aku pada dia, kami trs cuba menarik dia supaya dia berhenti tuk tidak pergi ke bukit itu.. sebab kita xtahu apa akan jadi kalau dia naik sane.. mana tahu klu tertutup hijab antara aku dan dia kami x nmpk plak dia nnti... aku bacakan ayat kursi dan surah al-iklas, aku hembuskan pada teilnga dia.. dia terus menjelingkan mata dia memandang aku dengan pandangan yang tajam seolah2 dia mara dengan apa yg aku lakukan ketika itu.. aku dan kawan aku masih lagi berusaha untuk menarik dia dari terus pergi kebukit 2... aku masih tidak lepas membaca ayat kursi,yang ku ulang2 smp aku sendiri lupa dah bape kali aku baca.. tiba-tiba budak 2 terjatuh ke tanah... dia terus mencekik diri dia sendiri... dari mata kita, kita nmpak mcm dia seolah-olah sedang mencekik diri dia sendiri... pada hakikat sebenarnya dia 2 dicekik.. masa 2 aku dengan kwn aku risau sgt2... kami cuba tarik tgn dia dari mencekik leher dia sendiri.. smp akhirnya dia pengsan... barulah kami bole bawak dia naik ke asrama...
malam 2 dia hampir kene histeria lagi... malam 2 kami dapat tahu cepat.. so, mlm 2 aku suruh dia mengaji dan bc berulang kali ayat kursi dan 3 kul.. serta doa sulaiman a.s... sambil terketar2 dia membaca ayat suci al-Quran, kami semua dengar bunyi anjing menyalak2 dekat blakang tingkap menghala ke bukit itu.. dia seolah-olah sangat payah nak menyebut setiap ayat2 suci al-Quran yang dibacanya.. terbelit lidah dia aku tgk.. mcm dia paksa2 tuk nk menyebutnya.. smplah masuk jerk waktu azan isyak, mulalah suara 2 menangis kesakitan... suara dia sangat jelas kami dgr seolah2 dia berada btl2 dibelakang tingkap kami... mlm 2 kami buat air bacaan yasin.. kami sapukan kat muka kami dan kami akan ikamat dkt setiap sudut bilik kami dan kami azan pada pintu bilik kami sblm kami msk tido.. alhamdulillah, mlm 2 xde gguan lagi...
ok, maaflah klu korg xpaham pe aku taip.. aku nk kongsi cerita cuma aku ni xpandai nk taip ha... lau cerita mulut pandailah.. huhuhu.. :D maaf sgt2 ye... lagi pn bukan aku sendiri yang pernah melihat makhluk2 Allah swt ni.. cuma aku kongsikan apa yang pernah terjadi pada kwn2 aku semasa kami menghuni di asrama 2..
__________________
semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA...
maaflah kepada semua yang menunggu sambungan cerita sy ni.. sy hanya dpt update sekali sehari sahaja sebab sy xdapat on9 selalu.. ramai yg tanya kenapa nama dia maria dan mariamkan.. setahu sy, ustaz kate dia ni adalah ibu dan anak... dan dia tinggal dlm bilik yg sehingga kini msh tidak dibuka untuk dihuni sesiapa.. bilik itu bernombor D103... ok, mari kita sambung cerita semlm... tapi ni dah masuk kesah org lain plak... mcm yg aku katakan, ganguan semakin banyak berlaku selepas junior kami msk.. ade seorang junior aku ni dia selalu lemah, mudah pengsan dan selalu kene serangan histeria... rupa-rupanya dia terkena histeria disebabkan saka yang di hantar oleh ayahnya sendiri... ayah dan ibunya telah bercerai... dan ayahnya menghantar saka itu dengan niat untuk menjaga anaknya... (mcmnilah kan kalau kita cetek ilmu agama)... 1 hari junior aku ni keluar untuk membeli barang2 keperluan.. setiap 2 minggu sekali kami dibenarkan aouting untuk keluar mencari barang keperluan.. perjalanan dari kwsn tempat aku belajar dengan jalan besar untuk menunggu bas adalah lebih kurang 1km.. kami akan lalu kawasan perumahan india dan kawasan kuil yang memiliki tempat untuk membakar mayat... hari tu aku aku juga keluar outing bersama dia... balik sahaja ke asrama, aku dikejutkan dengan jeritan junior aku yg lain.. masa 2 aku tengah basuh kain... junior aku panggil sebab budak yg keluar outing dgn aku 2 dah histeria.. aku pun apa lagi.. aku bergegas mendapatkan junior aku yg histeria 2... sesampai aku dibiliknya, aku lihat mata dia meliar memandang sekeliling bilik... sekali sekala dia rebah seolah2 dia pengsan... aku segera mendapatkan dia... aku bacakan ayat kursi, 3 kul dan aku hembuskan di umbun2 kepalanya serta di kanan dan kiri telingan nya... masa 2 dia dh mula meronta... suara dia dh berubah seolah-olah dia 2 seorang lelaki yg sudah teramat tua... aku suruh budak bilik dia mnegaji dan jgn berhenti.. salah seorang teman biliknya meiliki kelebihan untuk mengubat bebudak histeria ni.. so, sebab dia dh tahu kwn dia kerap kali diserang histeria, rupanya ms outing 2 dia balik ke rumah dan mengambil sedikit bawang putih serta lada hitam yang telah di baca dengan ayat2 suci al-Quran... ms 2 kami cuba meletakkan bawang putih dan lada hitam 2 di bwah bantal budak histeria ni.. emm mcm ssh pla nk cerita guna budak histeri.. oklah aku just letak nama dia ana (bkn nama sebenar) sbb xnk mengaibkan sesiapa..
ok sambung... ms kami mintak ana baring, sepantas kilat ana ni tadi bangun dan memandang ke arah aku... dengan muka yg mara dan mata yg dijergilkan dia bertanya... "apa ko letak bawah bantak aku ni ha...!!!? panas ko taw x...!!!?" aku pun jwb pd dia... "xde pape.. ko baring jerklah.." dia xnk baring dan ms 2 dia mula meronta sekali lagi.. kali ni gangguan dia sgt teruk mungkin kerana penjaga dia mara or saka dia 2 lah.. ms kejadian ni, bebudak junior yg berada dibilik lain ade juga yg histeria.. bila ana menjerit sahaja, mane2 junior lain yg lemah semangat mula menjerit juga dan akhirnya pengsan... so, aku terpaksa mengunci bilik ana ni sbb aku xnk mana2 bdk lain yg lemah semangat terdengar jeritan ana dan menyebabkan mereka pula menjerit2 dan histeria sehingga pengsan.. ia akan menyulitkan kami lg.. ana mula histeri dari pukul 6 ptg lagi.. ms azan maghrib berkumandang, tangisan yg selalu kami dengar, mula kedengaran... sambil bersahut2sahutan dan berselang seli dengan salakan anjing... kengkawan bilik ana msh tidak berhenti mengaji dan mereka bergilir2 menunaikan solat termasuk aku... selesai kami solat, kekuatan ana semakin kuat... dia mula meronta2 dan trs meronta.. xde sesiapa yg berani keluar dari asrama untuk memanggil ustaz.. ms 2 keadaan agak kritikal di dalam asrama kami.. nak dijadikan cerita, kami ni tiada warden... so, senior2 mcm akulah yg diberi kuasa untuk menjaga junior-junior baru dalam asrama kami...
oklah.. nnti sy sambung lagi cerita ni.. sebab sy dah mula nk bekerja.. :) maaflah jika ade yg xfaham dgn cerita sy ni... sy akan cuba baiki lagi cara sy bercerita supaya memudahkan anda untuk membaca... selamat membaca..
__________________
semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA...
apolah hai..bapak sendirik anto saka kat anak nyer...ish22.. ade anak jage le sendirik..yg g srh sake jage tuh buat ape?....haiii... x sabor tgg sambungan nyer...hehe
terima kasih kepada sesiapa yg sudi membaca.. sy bercerita di atas pengalaman sy sendiri.. insyaALLAH ada je ms sy sambung... sy jarang on9.. so, pagi dtg keje sy update dl... insyaALLAH, klu ade masa ptg ni sy cuba sambung cerita sy ye..
__________________
semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA...
kwn aku dulu penah bgtau, bpk kwn dia ada hantar belaan (xtau nk panggil pe) utk jaga anak dia yg study jauh time tu. anak dia xtau bpk dia hntr benda tu utk jaga dia. kalau dia tinggal solat dgn sengaja, nanti dia kena luku/tumbuk/pukul oleh belaan tu. memula dia ingat hantu kacau dia...then lama2 dia tau rupanya bpk dia hntr benda tu. sejak dr tu..xnk tinggal solat takut kena pukul. 1st time la aku dgr belaan jenis mcm ni, jaga solat org.
ok,sambungan pada cerita sy td... ok lepas kami semua siap menunaikan solat maghrib, kami masih berusaha membantu ana... kali ni kami cuba bercakap dengan ana... kekuatan ana mengalahkan seorang lelaki yg sasa.. bayangkanlah, kami 6 orang yang memegang dia.. semasa dia meronta, dia menolak dengan kuat sahabat aku yg bernama bell (bkn nama sebenar) sehingga kwn aku 2 terpelangting ke bawah katil... habis bengkak kepala dia... punyalah kuat ana ni.. padahal berat dia aku rasa xsampai 55 pon.. kecil jerk orangnya.. tapi dia jadi sangat kuat... masa mula2 dia nak diserang histeria, dia ada cakap pada aku... "kak, tolong ana kak... ana nampak dia kak.." aku tanya pada ana... "apa yg ana nampak ni? ana pon menjawab... " kak, ana nmpk dia byk kepala kak.. kepala dia byk kak.. tlg ana...!!!". ni saja ucapan yg sempat dia bgth kami sblm dia di serang histeria yg teruk... kwn ana yg pandai berubat mengubat org yg histeria tidak berhenti2 untuk cuba membantu... kami cuba bercakap dgn ana pd ketika itu.. tapi yg pasti, yg berckp dgn kami bukan dia... aku mintak rakan2 dia pegang setiap sendi2 ana... dalam masa sama aku tidak berhenti membaca ayat kursi dan surah2 pendek dlm al-Quran yg aku hafal... masa dalam waktu kami berinteraksi dengan makhluk yg ggu ana, masa itulah baru kami tahu yg ayah ana hantarkan saka ini untuk jaga dia...
masa tu aku tanya pada ana.. "ko ni siapa? kenapa ganggu dia..?" dia pon jwb.. "bapak budak ni anta aku untuk jaga dia.. jg dia dari korg sume...!!!" Antara percaya dan tidak jerk bila dia jawab... kenapa aku cakap yg aku percaya itu bukan ana lagi sebab suara yg kami dengar adalah suara seorg lelaki yg mcm dah sangat2 berusia... patah perkataan yg dia ckp pon antara jelas dan tidak.. tp itulah lebih kurang apa yg dia jwb... (tak tahu korg sume nk percaya atau tidak, tapi hanya aku dan kwn2 yg alami yg bole gambarkan apa yg kami rasa saat 2).. ms sesi berinteraksi dgn makhluk 2, dia ckp dia beragama hindu... dia tinggal dekat kuil tempat kami lalu nk kejalan besar ms kami keluar outing... dia 2 ayah dia ambil dari gunung ledang... dia dh berusia 248 tahun... 2 lah apa yg dia jawab masa kami tanya dia.. bila kami mintak dia tinggalkan badan budak 2 dia xnak... dia berkeras xnk.. lps 2 ana tibe2 bangun dan dia buat gaya seoalah2 sedang bersembayang dalam cara mcm org hindu sembahyang... masa tu, aku terus keluar dari bilik ana dan jeritkan pada semua warga asrama pompuan supaya keluar terus pergi ke surau... sebab keadaan ana semakin teruk... tinggal aku, kwn aku dan rakan bilik ana yg kuat semangat jek msh tinggal bersama kami.. ms 2 kami ade 10 orang.. kat surau masa 2 orang semua tengah berjemaah untuk solat isyak... so, dengan keuatan yg masih ada pada kami 10 orang ni, kami cuba bawak dia keluar dari asrama untuk ke surau..
maaf semua xdpt sambung habis hari ni.. ade sedikit je lagi nak habis.. dah xseram sgt pon dh.. huhu... cuma xsempat nk habis sbb public ramai sgt hari ni... insyaALLAH, pagi esok sy habiskan ye.. nnti sy sambung dgn pengalaman lain pulak... selamat membaca semua.. :)
__________________
semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA...
maaf sebab lambat nak sambung.. jumaat sy xkeje sebab nenek sau dara sy meninggal.. so, sy akan sambung hari nie,,, ok, sambungannya...masa 2 kami hanya tinggal 10 orang.. dengan kekuatan yg msh ada, kami cuba membawa ana ke surau.. itu sahaja jalan yg kami masih ada... kami 10 orang ni cuba memimpin ana yg masih dalam keadaan meronta-ronta... sambil kami membawa dia, kami x berhenti melaungkan ALLAHuakbar..!!! sekuat hati, melawan salakan anjing yg bersahut-sahutan... kami cuba melawan kekuatan ana masa tu... dengan sepenuh tenaga, akhirnya kami sampai di surau.. ketika itu, para student lelaki, pengajar semua tengah berjemaah untuk solat isyak... sesampai sahaja di surau, rontaan ana semakin kuat.. kami cuba sebaik mungkin untuk membawa ana masuk... tapi ana masih berkeras tidak mahu masuk... jadi jalan terakhir yg kami ada, kami terpaksa menolak ana ke dalam surau dengan kasar... sebabnya kami x mmpu lawan kekuatan dia... sampai sahaja dalam surau, dia masih tidak berhenti meronta.. sy terpaksa mengepit dia dengan kaki dan cuba bagi dia minum air yasin... habis dia sembur air 2.. sy cuba hembuskan ayat kursi di telinganya.. dia melawan sekuatnya... nak dijadikan cerita... mereka semua dah habis solat jamaah... budak lelaki, sambil berjalan keluar surau, sempat tgk keadaan ana yg masih meronta... sbb tirai di surau kami, pemisah antara lelaki dan perempuan di buka... so, mereka bole nampak.. bila habis jek budak lelaki semua keluar dari surau, tinggal ustaz dan beberapa budak lelaki yg masih tinggal...
ustaz cuba menenangkan ana... so, cara yg ada masa 2, kami semua budak perempuan buat 1 bulatan besar... kami letak ana di tengah2.. kami beramai2 buat bacaan yasin malam 2... bila kami beramai-ramai mula membaca surah yasin, ana semakin lemah, dan akhirnya dia pengsan... dia tidak sedarkan diri sehinggalah kami selesai membaca surah yasin... bila kami abis jer membaca surah yasin, kami tidak keluar dari bulatan kami.. bila ana tersedar, kami tgk ana terlalu lemah... ana cuba bertanya pada aku apa yg terjadi.. aku cuma bagitahu yg dia pengsan 2 sebab kami bawa dia ke surau.. akhirnya ana pengsan sekali lagi... mungkin kerana dia terlalu keletihan... malam 2 aku x bagi sesiapa pon keluar dari bulatan.. semua kene tido di tempat mana dia duduk.. so, kami semua warga asrama perempuan,malam tu tido di surau... esoknya, aku dan beberapa org kwn terpaksa mc dari g kelas sebab badan kami sgt letih.. sumenye berakhir pukul 10 mlm... esoknya juga kuarga ana datang ke tempat kami belajar untuk membawa dia pulang ke rumah untuk berubat... tapi, setelah hampir seminggu ana berehat dan berubat di rumah dia kembali ke asrama.. keadaan dia masih mcm dulu.. mudah pengsan.. dan dia dinasihatkan supaya mengelakkan berjalan berdekatan kuil pada waktu tengahari, ptg dan malam... -TAMAT-
ini sahaja kisah berkenaan ana yg histeri disebabkan saka yg dihantar bapanya dengan niat untuk menjaganya.. moga ianya jd teladan pd semua.. apapun yg terjadi pada kita, mintaklah perlindungan itu dari ALLAH swt.. jgn sesekali kita mesyirikan Dia... insyaALLAH...
__________________
semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA...
terima kasih atas kritikan yg membina.. so harap WARNA ni sume x peninglah yer... kalau nk kate xnmpk gak.. xthlah sy nk kate pe... ok, kepada yg berminat membaca dan berkongsi pengalaman sy ni, insyaALLAH ada masa sy akan sambung lg.. selamat membaca kepada semua..
__________________
semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA...
terima kasih la adik ari gato wazaimas .... kerana peka lagi perhatin terhadap permasalahan sejagat .... adik ari gato .... nak tanya buleeeh? cer tunjukan kat haku apa itu keritikan membina ? .... same x dengan membina bangunan tinggi doplo tingkat ..? ngeeeee
__________________
KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA
Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.
ok, ni cerita pengalaman lain pulak... tapi masih di tempat yg sama... ni plak pengalaman aku ms aku msk kali kedua ke tempat belaja yg same untuk sambung study akulah... kali ni aku duduk bilik D203... dimana atas pd bilik yg pernah aku bagitahu dulu yg ia tidak pernah dibuka untuk dihuni oleh sesiapa sehingga kini... pada malam pertama aku tido lam bilik ni, aku sentiasa rasa tidak sedap hati.. tapi xku xdelah layan sgt perasaan aku.. setiap mlm, bkn sahaja aku, malah rakan sebilik kami sering mendengar benda yg sama.. kami sering dgr seolah2 bilik atas kami sedang berkemas.. masalahnya, bilik D303 tidak berpenghuni dan bilik D103 sudah semestinya dikunci sehingga kini... kami rakan2 sebilik sering diganggu... tp, alhamdulillah, smp kami habis study, xdelah rakan2 bilik kami yg smp histeria... alhamdulillah sgt2... tapi adelah budak bilik lain yg kene histeria... korg nk tahu, budak yg aku cite dulu ms first2 2, dia sambung study sama ngan aku... dl, dia junior aku.. sekarang dia 1 intake dgn aku... aku namakan dia lia (bkn nama sebenar)... rpnya, selepas lia kene histeria pd tahun 2003 dl, dia dpt 1 kelebihan.. kelebihannya, dia mmpu melihat makhluk2 halus... dan setiap sebulan sekali dia mmg kene dtg ke sini... untuk apa, aku xpernah tahu sbb x berani pulak aku nk tanya.. 2 pon aku dgr dari org lain yg menghuni asrama nilah.. sebab sering lihat dia sebulan sekali dtg ke sicni.. semasa kami mula2 msk untuk tahun 2007 ni, xdelah byk sgt benda pelik berlaku... kalau ade pon, xlah teruk sgt... yg teruknya lepas junior baru msk.. aku pon pening xpaham kenapa kalau junior msk jek, mulalah perkara2 ni berlaku... rupanya aku dpt tahu dr salah seorg pengajar aku, benda2 ni suke mengganggu pada tahun2 ganjil... ni pengajar aku ceritalah... betul atau tidak, wallahualam.. aku sendiri xdpt nk memastikan kesahihannya...
ade sekali 2, junior kami histeria... disebabkan rumah dia sgt dekat dgn tempat kami study, ayah dia dtg tuk ubatkan dia.. ayah dia mmg dh th yg dia mmg selalu kene ganggu... ms dia msh histeria, ayah dia tanyalah dgn dia... dia ni sape... dia ckp, nama dia maria ke mariam tah.. aku lp mak dia maria ke atau anak dia yg maria.. huhuhu... aku agp anak dia maria dan mak dia marian jeklah ye.. sbb aku sendiri dh lupa... ok, sambungan.. masa dia dalam keadaan histeria, bapak dia tanya dia siapa, dia ckp dia maria.. bapak dia tanya kenapa ggu ank dia..? dia jwb, sebab org ggu rumah dia.. sambil menjerit2 dia kate, dorg kotorkan rumah aku...!!! mak aku sakit...!!! aku xsuke dorg bising2 dan kotorkan rumah aku...!!! terkejut kami semua.. pas 2 tetibe dia menangis... dia siap bgth lg sape yg kotorkan rumah dia... pucat muke budak yg nama dia disebut sebagai org yg kotorkan rumah 'penghuni' yg kami xtahu siapa dia sebenarnya... rpnya bebudak ni suke penuhkan tong sampah depan bilik D103 2... siap kat lantai2 tumpah.. pe lagi, marahlah 'penghuni' D103 ni... tibe2, dia ternampak kwn aku yg ms dulu pernah aku cerita yg dia kene histeria nk naik bukit belakang asrama kami 2... dia ckp, 2 mak aku... aku nk ckp dgn mak aku... dh tetibe lak dia ckp kwn aku ni mak dia.. kwn aku ni ckit x berganjak dr tempat dia... riak muke kwn aku ni langsung x menunjukkan yg dia takut... kwn aku ni jenis yg x pernah tinggal solat... aku tgk kwn aku ni terkumat kamit mulut dia.. mgkin dia bc ayat kursi atau ayat2 suci al-Quran.. aku pon xpasti sebab aku xdgr... pas 2 ayah bdk 2 pn bacalah mcm2 doa... bdk 2 pon trs pengsan... bila sedar, dia ckp dia dh ok... rpnya 2 msh bukan dia.. tetibe dia kene serang lg... ayah dia pon sambung blk bc2 doa... lps bdk 2 pengsan kali kedua, br dia ok.. ayah dia pon mintak izin dgn pengajar kami untuk bawa dia pulang... mlm 2 kami sebilik tido rapatkan katil sbb sume seram jerk... mlm 2 pn kami sebilik msh dgr benda yg same... tah pe dia nk kemas kat bilik atas pon aku xth.. bising smp nk dekat azan subuh br berhenti...
ok sambungan cerita lain lepas ni ok.. kalau sempat sy sambung hari ni jugak.. kalau xsempat esoklah ye... selamat membaca...
__________________
semoga hidup akan sentiasa diberkati Allah swt yg maha esa... bermohonlah padaNYA kerana segala yg dimiliki kita di dunia ini adalah milikNYA...