Alkisahnya terdapat sebuah kolam yang cantik dan ditumbuhi dengan berbagai2 tumbuhan air dalam sebuah taman di perkrangan sebuah rumah banglo. Selepas hari hujan sang kodok yang menghuni kolam itu berpesta-pora dengan berbagai2 rentak dan ragam bunyi. Ada yang halus dan ada yg kasar. Bunyi yang bersahut2an itu amat merdu dan mengisi keheningan malam yang aman dan damai. “Ridit! Ridit! Ridit!”, begitulah bunyinya mereka bersuka ria beramai, sahut meyahut. Hal keadaan ini berlanjutan bermusim2 lamanya dan menyenangkan hati tuan rumah yg menumpang menikmati halua telinga dikeajaiban malam. TETAPI Pada suatu hari kolam itu didatangi oleh seekor kodok jantan tua. Dia adalah dari spesies Kembong yg besar. Bila tiba malam berpesta-pora kodok ini mengganggu irama2 malam. Suaranya agak parau dan amat hangar maka kehadirannya adalah tidak diingini. Akan hal ini dapat dirasakan sehingga pada suatu malam selepas hujan kodok kembung inipun berdendang sayang, maka situan punya rumah banglo itu, disebabkan tak tahan dengan bunyi yg sangat buruk itu telah membalingkan buku2 kekolam itu melalui tingkap. Tetiba sahaja suara sang kembong itu tidak kedengaran lagi. Maka kodok2 lain itu merasa hairan mengapa sang kembong menjadi senyap setelah buku2 dicampak keluar tingkap. Salah seekor dari ramai kodok itu berkata “Si kembong baca buku!”, Dan kodok2 lain itu pun bersahut2an mengatakan “ Read it! Read it! Read it!!!”.
__________________
Liberty cannot be preserved without profound concern, knowledge and understanding among the people.