Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: SAMBUNGAN KEAJAIBAN DI GAZA: SYEIKH AHMAD YASEEN


Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:
SAMBUNGAN KEAJAIBAN DI GAZA: SYEIKH AHMAD YASEEN


SYEIKH AHMED YASSIN SYAHEED
DALAM SERANGAN HELIKOPTER ISRAEL 

MUDAH-MUDAHAN ALAH CUCURI RAHMAT KE ATAS
AS-SYAHEED

 

YASIN1.jpg

 

YASIN2.jpg

 

YASIN3.jpg

 

YASIN4.jpg

 

YASIN5.jpg

 

YASIN6.jpg

 

YASIN7.jpg

 

YASIN8.jpg

 

YASIN9.jpg

 

YASIN10.jpg

Gambar As-Syaheed Syeikh Ahmed Yassin

 

 

 

 

kartun_yassin.jpgSemasa kejadian, Syeikh Ahmed Yassin, ketua dan pengasas Hamas berada di masjid Akademi Islam yang dibinanya di Gaza selepas solat Subuh semalam (22 Mac 2004) tiba-tiba Israel menyerangnya dengan 3 peluru berpandu, salah satunya jatuh tepat ke atas beliau (As-Syaheed) sehingga beliau menemui syahadah bersama ramai lagi yang lain termasuk dua orang pembantu beliau yang menolak kerusi rodanya. Serpihan badan dan darah berhamburan di segenap penjuru kawasan.

Di tengah jalan antara rumah Syeikh Yassin dan masjid Akademi Islam kira-kira beberapa ratus meter jaraknya, darah kelihatan di merata tempat dan cebisan-cebisan daging manusia melitupi dinding sebuah rumah dua tingkat di timur jalan. Pihak ambulan dan penduduk tempatan sama-sama tolong mengutip dan mengumpulkan cebisan anggota tubuh manusia di jalanan dan bumbung beberapa buah rumah berhampiran.

Kerusi roda yang dinaiki beliau hancur lebur dan dipenuhi dengan darah.

Saksi yang tinggal berhampirtan masjid itu memberitahu : "Aku tercari-cari di mana Syeikh Yassin selepas peluru berpandu pertama jatuh....(saya nampak) dia (Syeikh Yassin) terduduk di atas tanah dan kerusinya hancur....orang ramai tergesa-gesa ke kanan dan ke kiri. Kemudian, selepas itu jatuh 2 peluru berpandu yang lain."

Saksi yang lain berkata : "Tatkala peluru berpandu pertama dilepaskan ke arah Syeikh Yassin, saya melihat beliau bersama 2 pengapitnya (pembantu), apabila peluru kedua jatuh, saya lihat Syeikh Yassin bertukar menjadi cebisan-cebisan daging yang berterbangan di udara."

"Saya lihat 3 helikopter berlegar-legar di udara selepas ketiga-tiga peluru berpandu itu, yassin1.jpgsaya bersama orang ramai segera untuk menolong Syeikh dan mangsa yang cedera, akan tetapi ia telah bertukar menjadi cebisan-cebisan daging. Saya nampak mukanya, peluru berpandu mengena kepala beliau menyebabkan otaknya terhambur keluar ke atas tanah...saya menangis....  "

Salah seorang pekerja hospital As-Syifaa yang memindahkan mayat As-Syaheed berkata : "Tidak tinggal satu pun dari jasadnya kecuali kepalanya."

Berpuluh-puluh ribu rakyat Palestin (kebanyakan mereka dalam keadaan menangis) keluar ke jalan-jalan raya bandar Gaza. Berdas-das tembakan dilepaskan ke udara.

Salah seorang jemaah sembahyang berkata, Syeikh Yassin sememangnya mendambakan mati syahid (syahadah), dan beliau benar-benar telah mencapainya. "Beliau pernah berkata kepada saya - Saya tidak takut mati syahid, bahkan saya sukakan mati syahid, ketika mereka inginkan daku, mereka boleh mendapatkanku di kerusi rodaku, saya tidak bersembunyi."

Ulama Menyeru Tindakan Balas Ke Atas Pembunuhan
Syeikh Ahmed Yassin

Ulama  Islam menyeru pembesar-pembesar negara Arab dan Islam, rakyat serta kerajaannya supaya membantu perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi serangan Israel yang berterusan ke atas rakyat Palestin. Demikian reaksi mereka terhadap pembunuhan Syeikh Yassin oleh Israel (laknatullahi alaihi).

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

wawa tulisan kecik nye,sakit mate ku membace nye.......n gambar pn x nampak......hurmmmm

__________________

 someOne .....is..waiting..

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us