Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: copy paste


Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:
copy paste


Salam all....

Tempat = puncak bukit Polo Iskandar, Ampang-Ipoh
Masa = 6 petang
Ahli = 5 orang
Suspek = Cik Ponti dan rakan-rakan


Cerita ni terjadi sekitar tahun 2006, aku dgn the geng dengar ada banyak lombong tinggal kat puncak Polo Iskandar, sebab apa kena tinggal aku tak tahu la pulak, tapi yang pasti kebanyakan lombong tinggal tu bekas tapak kolam ikan yang cina bela. kebiasaaannya, kalau tempat tu bekas kolam ikan, mesti banyak ikan yang tak habis angkut masa last punya harvest.

Dipendekkan cerita, petang tu aku and the geng berangkat naik ke tempat sasaran. perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk sampai ke destinasi. kira penghujung jalan dan last punya lombong.Sampai je, sampai tempat tu lebih kurang jam 6.30, aku pun terus parking dan pusing siap2 kereta pasal senang nak turun balik karang. (nasib baik)

sampai jer terus semua ambil port memasing. lebih kurang 15 minit menunggu, joran kawan aku kene sambar, naik sekor jelawat lebih kurang 3 kilo. wow! sgt lumayan, tunggu tak sampai 15 minit dah kena. 


Hari beransur gelap a.k.a remang senja. jeng jeng jeng....

2 orang kawan aku tgh pasal unggun api.. nak bagi terang kawasan. walaupun belum gelap lagi tapi takkan dah gelap baru nak pasang api kan..

aku plak duduk kat pancing sambil sembang2 dgn kawan aku yg duduk kat sebelah, aku terdengar satu bunyi yg mencurigakan.


uuuiii... uuuiii...uuuuiiii......


kawan aku kat sebelah tak perasan bunyi tu kot, asyik membebel pasal ikan yg tak makan umpan. hampeh betul. Aku cuba mengamati bunyi tu betul2, dan bunyi tu masih lagi berlanjutan. Hati aku dah start rasa tak sedap, tapi cuba berlagak cool dan rilek dulu. Aku dah tak pandang pancing dah time tu, dalam dok dengar bunyi tu tetiba dah ada tambahan bunyi, aku dengar bunyi budak menangis. aduh.. ini dah lebih. dalam hati dah start baca ayat Kursi dan 3 Qul. bunyi tu masih lagi berlanjutan..

tiba2 kawan aku yg lagi seorang datang ke tempat aku dan duduk sebelah aku. dia kata dia terperasan ada orang lain memancing seberang kolam, tapi bila tgk balik dah takde. Masa kawan aku cerita pasal apa yg dia nampak, bunyi uuuiii.. uuuiii...uuuiiiiiii berselang seli dgn tangis budak makin kuat... kompom Cik Ponti...


Tak boleh jadi, aku terus bangun dan ajak kengkawan aku balik.. 2 orang kwn aku yg tengah pasang unggun api tanak balik pasal diaorang kata baru sampai. Hampeh betul. aku cakap kat diaorang, jom la balik, nanti lagi susah. Barulah semua start packing barang nak balik. Bila dah siap packing nak bergerak ke kereta, aduh, baru perasan, bunyi tu datang dari pokok yang paling dekat dengan kereta aku. Kiranya, kalau nak pegi ke kereta, kena lalu bawah pokok tu dulu. adeh.. siye betul. 

Tapi apa nak buat, kena lalu jugak. takkan nak tunggu situ lagi. hehe, kita orang pun berjalan pegi ke kereta berlampukan torchlight yang time tu jugak la nak meragam.. kejap ada lampu kejab takde. hehehehe...


masa lalu bawah pokok tu, Tuhan je la yg tau. bulu roma dah meremang sakan. masa nak sampai ke kereta, tetiba dah dengar bunyi orang ketawa mengilai.... semua lompat masuk dalam kereta. aku try start kereta, Alhamdulillah, boleh start. terus masuk gear satu dan jalan.. tak tengok belakang dah... hehe.. takut siott


ingatkan gangguan dah habis, tapi masa turun dari puncak bukit tu, ada 2 kejadian aneh.

1. masa turun dari bukit tu mmg dah gelap. semuanya hanya berpandukan lampu kereta. tapi ada sebiji motor yang entah datang dari mana potong kereta aku. yg paling best motor tu tak pasang pun lampu. huhuhu...

2. masa turun kami bertembung dgn dengan teksi. teksi tu menuju ke puncak bukit. kawan aku terus tanya aku pasal teksi tu. syoohh.. jgn tegur.. biarkan je dia. adui.. masa berselisih dgan teksi tu, aku menjeling tgk apa yg ada dalam teksi tu, HIJAU beb Hijau.. orang yg bawah teksi tu warna hijau...nasib baik aku yg jeling tengok dia. bukan dia yg menjeling tengok aku.. kalau tak kompom 180kmj turun bukit tu,. hahaha


Alhamdulillah, akhirnya kami sampai jugak ke jalan besar, terus menuju ke rumah kawan aku di area Ampang. Kawan aku duduk berjiran dengan Cina. Rumah cina ni ada anjing.. masa aku parking kereta, anjing tu tak duduk diam, asyik menyalak je. Menyalak ke arah kereta.. Adoyai.. mengikut balik la pulak. kami semua masuk dalam rumah. semua mandi dah semayang. Mengaji lebih kurang barulah anjing kat luar diam.. Alhamdulillah.


huhu...

inilah salah satu cerita seram aku dalam dunia sebagai pemancing tegar.. hehe... agak menyeramkan.. kalau korang ada cerita, silalah berkongsi. mari bertukar cerita seram semasa memancing.. hehehe

p/s jgn memancing time senja.. nanti ada benda teman... hehehe

 

 

 

 

Tempat = Belakang Masjid Ubudiah,Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Masa = 9-12 Malam
Ahli = 7-9 orang
Suspek = Cik Langsuyor


Kembali dangan cerita pemancing edisi seram. hehe...

Kisah di berlaku di sekitar tahun 1996-97. Lama dah, tapi masih segar di ingatan, aku bersama rerakan bercadang nak memancing lampam di Sungai Perak. Sebenarnya sgt banyak port utk memancing lampam di sekitar bukit chandan, tapi kami semua bersetuju nak memancing di belakang masjid Ubudiah pasal sana sesuai untuk aktiviti memancing beramai-ramai. Walaupun dengar2 cerita tempat yg nak dituju agak keras. Tapi disebabkan ramai, dan musim lampam tgk rancak, hantu setan tolak tepi dulu... hehehe


Nak di jadikan cerita, dalam ramai2 tu, ada seorang yang last minit kensel, pasal ada hal peribadi. kami pun ramai2 mengutuk budak yg tak jadi pergi tu kononnya dia tu penakut la, anak emak la, memacam la kene kutuk budak yg tak jadi pergi tu.. hehehe... 


Malam tu, dalam jam 9 kami bertolak kesana, semuanya bawak motor pasal kereta mmg tak muat. mana muat 8 orang naik kereta beb... hehehe...


Sampai je ke destinasi, kami semua kene turun melalui lereng bukit yang agak curam sebelum sampai ke tebing sungai yg berdataran. Lokasi sesuai untuk memancing. turun je di tepi tebing, tanpa banyak cerita, semua pasang jorang dah letak umpan. Umpan pulak pakai perut ayam yg dah peram 2-3 hari, dia punya bau... wow, hehehe... tapi apa nak buat, itu makanan peberet lampam. hehehe...kami semua duduk berbaris di tepi tebing sungai, 

Masa terus berlalu, ikan lampam dah banyak naik kedarat. tapi aktiviti memancing diteruskan, ikan tgh main, takkan mau berenti kot.. 

tiba tiba.. jeng jeng jeng.....


plop ..!!! plopp...!!! 

Bunyi air dilempar batu2 kecil. Mula2 kami semua tak endahkan bunyi air tu, sebab ingatkan bunyi air sungai berkocak, tapi lepas diperhatikan betul2, kami dapati bunyi itu terhasil dari batu yang dibaling kedalam sungai...

Pada mulanya, semua orang pakat2 buat tak tahu je dengan kejadian tersebut, tapi makin dibiarkan makin menjadi-jadi... yang herannya, kami semua duduk sebaris dan kami semua duduk dekat dgn tebing sungai, kalau nak diikutkan logik akal, takkan sorang pun yang tak kena baling dgn batu. power betul orang yang baling tu.

dan kami mulanya ingatkan orang yg baling batu itu adalah kawan kami yg tak jadi pergi, tak puas hati kene kutuk punya pasal, saja je datang senyap2 dan nak takutkan kami semua. jadi, semua orang pun bangun dan berjalan kearah lereng bukit untuk melihat samada ada tak orang menyorok kat situ. cari punya cari tak ada. 
Ada la dua-tiga orang yang mulutnya mak babak dia tak ambil insuran dulu dah start maki hamun orang yg baling batu tu. hehehe... Hati memasing mula rasa tak sedap. kita orang pun patah balik ke tepi tebing dan duduk.Baru je letak punggung kat atas tanah, 


Bedebab..!!!! 


seketul batu sungai bersaiz lebih kurang bateri kereta jatuh betul2 dekat tempat kami berkumpul, besar bateri kereta beb, kalau kena kepala tak tau la.. terus semua bangun dah tengok ke tepi lereng, masa itulah kami nampak bebola api, sedang berpusing ligat betul2 di tepi tebing. aku pulak time tu dah tgk kira kanan, kalau sorang start lari.. aku pun lari jugak.. takkan nak tunggu kot.. tapi nak lari kemana, sungai? mana nak lari... tu yg terpacak je semua tu.. hahaha....

Nasib baik ada sorang yang agak brave, dia azan... elok jer dia melaungkan azan, bebola api tu terus berputar ligat dan..terus terbang melangkaui kepala kami semua menuju ke seberang sungai.... masa dia terbang atas kepala tu, semua otomatik meniarap atas tanah takut kene sambar, angin mmg kuat time tu dan kami memang nampak dia terbang menyeberang sungai perak menuju ke seberang...


Terus semua bangun packing barang pancing terus balik, yg kelakarnya, masa packing semua berlagak cool, masa nak naik lereng bukit, sekor2 kelam kabut nak naik dulu... hahahaha... dan yg paling tak bestnya, bila dah sampai ke motor, baru perasan yg ikan lampam tertinggal... hahaha... sorang pun tak berani nak patah balik amek... 



P/s jgn takbur walaupun kita ramai... pasal benda tu, dia sekor pun dah cukup... hehehehe

 

 

 

meh aku citer pulak pengalaman adik aku yg gila meroyan sesgt mancing sampai tak kira sesudah subuh baru nak balik 

lokasi : empangan Klang Gate
masa : 8 malam
ahli : ahli 2 org aje (kwn dia sorang tu OKU..rabun tahap kritikal pon gila mancing gak..adik aku kena pimpin)
suspek: hantu tadak kepala

Kisah ni baru aje jadi...dalam bulan 6 mcm tu,..adik aku ni ada ajak aku sekali pegi..aku tak boleh pegi la..sebab nak pegi amik org rumah kat tempat keje..so dia takde geng..kebetulan..member dia yg OKU ni dtg rumah..(walaupon rabun tapi bwk motor hebat gak hahaha) dia mmg kaki mancing..sebab rabun..terkena gam gajah masa nak picit benda alah tu...iskhh iskhh 

so dia ajak la sekali kwn dia tu...sampai kat sana terus la campak mata kail kat anak sungai bwh empangan tu...dorang tak masuk pon kat empangan tu sebab ada polis jaga...kat bwh sungai tu mmg best gak time dorang bukak air...air tgh besar..(aku pon penah dpt ikan Toman kat situ..hahaha) dah tiba waktu senja...kwn dia yg rabun tu dok meraba-raba cari umpan...hahaha (aku dah kasitau ngan adik aku..jgn bwk dia..susah nanti..hehe) so adik aku la terpaksa sarungkan umpan cacing kat dia..wakakaka!!!....time tu dah nak masuk maghrib dalam pukul 7.30 mcm tu la...kat situ dah gelap..sebab keliling hutan..

waktu tu baru dpt 3-4 ekor ikan Talapia besar tapak tangan (jadiklah)...so kwn dia dah ajak balik sebab dah tak nampak...adik aku ckp rileks la aku pimpin ko karang...hehehe

Tengah leka memancing..ada dengar suara org dtg...so dorang ingat ada org dtg nak mancing ke hapa..(kat situ port org beromen pon ada) huhuuu....so dorang buat tak reti jela...

tiba-tiba suara jejak org tu makin dekat la pulak...dorang buat tak tahu lagi la..sebab dok khusyuk mancing...alih2 org tu pon tegur...weii dah malam tak ingat nak balik ke?? adik aku pon toleh la belakang...PERGHHH!!!!  punya la terkejut nampak org tu tgh bwk kepala dia sendiri...lintang pukang adik aku lari...hehehe...

so korang pon mesti fikir pulak..apa jadi dengan kwn dia yg dah tak npk mlm2 tu kan? ...sebelum tu...biar aku habis kan dulu hal adik aku ni...dia dah lari sampai kat kereta dia...baru dia teringat kat kwn dia 

lepas tu dia cuak jugak nak masuk balik kat situ....mujurlah kat situ ada kampung setinggan...so adik aku ajak la 3 org kampung yg ada kat situ pegi tgk kawan dia tu... ....

sambil2 jalan menuju ketempat tu..org kampung tu pon bg la nasihat..jangan mancing kat sini time2 malam...kang nyosal..org ramai dah jumpa hehehe....adik aku time tu diam aje...sbb takut tak habis lagi...

sampai aje kat tempat tu...dia tgk elok aje kwn dia tu dok mancing lagi... ...pastu dia kata la..wehh..jom balik...kwn dia kata la..laa...tadi elok aje dah nak balik pulak..hehehe...

so adik aku bwk lah dia balik...tapi tak cerita apa2 pon..sebab masih takut lagi....kwn dia dok heran...apa kena ko ni...adik aku diam aje....hahaha

sampai kat rumah baru dia start cerita...tadi aku npk hantu tgh bwk kepala....sorry aku tinggalkan kau..kwn dia tu tersengih2...bila masa la pulak ko npk hantu? bila masa pulak kau tinggalkan aku? ...elok aje ko dok sembang ngan aku tadi..HAHHH SUDAHH!!....

lagi menggigil adik aku dgr cerita kwn dia tu....so sampai skrg kwn dia tak percaya adik aku tinggalkan dia...

jadi siapa pulak yg dok lepak ngan kawan dia yg OKU tu?? 

 

 

aku citer member aku dulu la..

.......
Waktu : pukul 9 lebih
area : bukit putus
antu: XXXXXX
tahun : 2003-2004
....member aku ni kerja sony dulu kat bangi..tapi dia larat naik moto dari pilah ke bangi..kerja kat kilang sony...so sebabkan member aku ni agak payah nak duduk tempat irg..jadi dia pun sangguplah berulang ke bangi tiap tiap hari...pergi kerja dari pilah pukul 3 pagi..sampai kat sony kul 7 la camtu....so tiap tiap hari la canmtu.....

jeng jeng jeng....

ada satu haru tu dia balik dari kilang.......so sampailah dia ke bukit putuss......so masa tahun tu ko tau jer la jalan bukit putus tu nak jumpa keta punya lash susah..kalau dah jumpa punya la cepat cepat duduk blakang keta tu..follow sampai pilah...so jadikan citer ..member aku ni follow la satu keta....masa daki bukit putus tu rileks jer la kan pasal ada keta...sampai satu kawasan keta tu slow dan nak brenti tepi maybe ada la something tu kan kan kan..so member aku ni pun teruskan perjalanan dia ke puncak bukit putus tu....

masa dia nak menurun bukit putus ...jeng jeng.....aku lak seram .....

kawan aku ni biasanya bila menurun bukit putus..dia akan free gear dan main brek jer kat slekoh slekoh tu....pastu korang tau lakan sapa biasa naik moto yamaha sport ss dudlu...bila minyak tak press so lampu akan malap....jadi tuk terangkan lampu...member aku ni rem la minyak diaaa.. "prenggg....prengggg...prenngggg....sambil memulas mulas trotal tu...." so lampu tu kejap terang kejap malap.....

sampai satu slekoh....member aku citer...tetiba jer dia bole dengar bunyi cengkerik bunyi unggas dalam helmet dia..seolah olah tak pakai helmet....bunnyi tu clear..macam ko berjalan dalam hutan la kan...lepas dari slekoh tu..tetiba dia rasa cam sunyi jer kawasan tu..buleh lak takder keta...so member aku nampak ada la satu brader ni lari lari anak sama arah jalan dgn member aku ni..maknanya....brader tu lari lari anak kerah kuala pilah la kan senang citer...so member aku ni dari arah blakang dia la....

dah nak dekat lebih kurang 3 tiang tu member aku terpikir...apahal lak org jogging memalam dekat pukul 10 malam lak ni....tapi sebab member aku ni brani dia tak la pk apa paa....

dalam jarak 2 tiang...dia dah seriau....dia nampak kaki brader tu laju gila tapi brader tu gerak plahan jer....

dalam jarak satu tiang....member aku punya lampu motor tu kira suluh gak la ke arah bawah jalan so leh namppak la kan dari bawah paras kaki....perghhhhhh......lampu motor tu tembus kaki brader tu....kaki tak jejak tanah.....tapi lari laju laju macam org lari pecut...yang paling seriau...bender tu lari mengundur...bukan kedepan...maknanya member aku ni berdepan ngan bender tu.. ...bender tu lari gostan....betul betul selisih tepi member aku...member aku masuk gear satu prengggggggggggggggggggggggggg!!!!!! pecut samapai pulas trotal abis....gear 3 sampai pilah.....tali minyak putus....dia cakap masa tu tak pk apa dah...dah macam wazi dah dia rasa....

sampai kat pekan pilah baru dia sedar...kaki dia basah pasal petrolpunya salur bocor...pastu dia cakap..."ishhhh kang mampus lak aku kangh "...sampai umah tak mandi terus tido 

 

 

 

Tempat = Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu, Kelantan
Masa = Pepagi Bute
Ahli = Saya sorang
Suspek = Mahkluk Allah

Kejadian berlaku pada tahun 1986. Ayah aku seorang askar. Satu malam, ayah aku bertugas malam maka tinggal lah Mak, aku dan 2 orang adik. Malam tu aku terasa mengantuk sangat sampai tersengguk2 depan TV. Mak aku kata, Along..kalau nak tido pegi solat Isyak dulu. Aku plak sambil melangkah ke bilik tido menjawap...alaaa...nanti malam2 sket along bangun lah solat. 

Masuk bilik aku letak kepala kat bantal...terus HANYUT. Entah pukul berapa, tetiba aku terjaga...bukan sebab ada orang kejut tetapi aku berasa macam ada tak kena dalam bilik aku. Aku dengar seperti ada orang sedang bersolat jemaah didalam bilik aku. Sape plak berjemaah ni...bisik aku dalam hati...ayah kan keja malam. Aku tido guna kelambu dan kelambu askar plak hijau pekat so tak nampak kat luar, terpaksa lah aku selak dan tenguk apa yang ada kat dalam bilik aku. 

Bilik aku jenguk je kepala aku di luar kelambu, apa yang aku tenguk...MasyaAllah....didalam bilik aku ada sekumpulan lelaki yang pakaian nyer serba putih sedang solat jemaah ( adehhh...meremang plak bulu roma ni...). Masa ni kalau sesape toreh muka aku dengan pisau...sure muka aku tak berdarah rasanyer...punyer le terkejut aku...takut usah kata laaa....aku masuk balik dalam kelambu...tekup muka dengan bantal...tapi sore orang berjemaah dengan alunan Al Fatihah...masih lagik aku dengar...abis badan aku basah dengan peluh....peluh orang takut....aku ingat aku bermimpi....puas aku pejam kan mata...still terdengar jugak sore tu....lastnyer aku tertido jugak...

Bangun pagi esuk aku demam...dalam bilik aku yang juga dijadikan bilik solat untuk family, terbentang sejadah seperti ada orang yg guna malam tadi. Sejak ari tu...aku tak berani lawan cakap mak...apa lagik tinggal solat...terutama ISYAK....

 

 




-- Edited by izat_raikkonen on Tuesday 27th of December 2011 01:24:05 AM

__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Super Member

Status: Offline
Posts: 2849
Date:

wahhh ... terima kasih lah ijat .... memang terbaikkk lah aku rasa ,... walo pon copy paste .. tapi aku belum pernah terbaca di mana-mana pon ... terima kasih sekali lagi .... hilang sikit adict aku ... hehehe ... aku memang ketagih citer seram ... x kirala ...movie ke .. cd ke .. cerita ke ... memang aku suka yag seremm seremmm ,,....eeeeeeeeeeeeeeeeeee ....



__________________

KaTa-kAta YaNg LemAh dAn BerAdAb dApaT MeLeMbUtKan haTi mAnUsiA yAng kEraS - Kata-kata Hikmah HAMKA

Perkara yang patut ada dalam kepimpinan ialah sikap berlapang dada  - kata-kata Hikmah Sayidina Ali R.A.



Senior Member

Status: Offline
Posts: 342
Date:

salam encik izat...
mo tanya...citer ni copy paste dari mana?
apa2 hal pon, cerita ni...fuh! terbaikkkk...
dalam keseraman ada juga lawaknya...





__________________

It's better to let it unknown...



Senior Member

Status: Offline
Posts: 218
Date:

tgk kwn dia tu keje mne ?? keje kat kilang sony tu !!! aku laa boss diaa.......huhuhu

dari mane ko dpt citer nie ehh ??

nk link dia bolee??



-- Edited by soNy KiM on Tuesday 27th of December 2011 08:06:01 PM

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 280
Date:

cerita yg bagus incik izat, teruskan lagi ...

memang padat dgn pelbagai situasi ...

__________________
Donlot Aplikasi Adobe Photoshop CS5 Portable


Senior Member

Status: Offline
Posts: 280
Date:

soNy KiM wrote:

tgk kwn dia tu keje mne ?? keje kat kilang sony tu !!! aku laa boss diaa.......huhuhu

dari mane ko dpt citer nie ehh ??

nk link dia bolee??



-- Edited by soNy KiM on Tuesday 27th of December 2011 08:06:01 PM



Kalau ko boss kilang Sony, mintak handset free bole ? ... hehe3

-- Edited by Dune Mr X on Wednesday 28th of December 2011 12:52:13 AM

__________________
Donlot Aplikasi Adobe Photoshop CS5 Portable


Senior Member

Status: Offline
Posts: 428
Date:

berdebar2 nieyh....huhuu...

err..incik dune..mntk kan utk aku skali...hehe....latest pnye tau

__________________

apa ponn x bolehhh!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:

hahahaah...tak payah la berencik encik dgn aku ni rse tua plak hehe...sebenarnya cter ni aku ambik dkt cari gold..kt sne byk cter antu

__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Newbie

Status: Offline
Posts: 1
Date:

Yup dlm cari forum pun ada cite ni...ayusayu dh baca cite ni..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 218
Date:

bole aje tapi kasi discount aje takde percuma !! hahaha

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

ceh, aku ingat ni pengalaman ko sendiri izat.
mistik jugak ko ni yea? rupanya pengalaman orang lain daa..

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:

alah ijoi aku dah tulis besar2 tajuk dia (copy paste)

aku nak tulis pengalaman aku sendirik,akuxde pengalaman.

jadi terpaksalah aku cedok cerita org lain je

__________________

https://www.facebook.com/one.izat

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard