Setiap kali kalau ayah pegi mengubat orang jauh sampai terpaksa tinggalkan rumah berhari-hari, kami akan tidur di rumah abang ayah, Pak Lang di kampung sebelah. Maklumlah, mak dah takde sejak umur aku 10 tahun lagi. Sape nak jaga kami dua beradik kalau ayah takde.
Satu hari tu, ayah dan Pak Lang pegi mengubat orang sakit di Arau, Perlis. Diorang pegi dalam dua hari. Jadi, ayah hantar kami ke rumah Pak Lang. Rumah Pak Lang ni terletak di sebelah kebun pisang. Masa dulu, jarak antara rumah dalam kampung agak jauh jugak la.
Malam tu, aku, adik dengan Wan, sepupuku pulang dari surau lepas solat Isyak. Sewaktu melintas di depan kebun pisang tu, adikku mencuit2 ku. Aku buat bodo je pasal aku rasa seram sejuk. Wan pun aku perasan jalan laju je sambil menundukkan kepalanya.
Sampai je kat rumah, adik ku bagitau yang waktu kat kebun pisang tu, dia nampak ayah kami melambai2 tangan padanya dari dalam kebun pisang. Jadi dia pun mencuit2 la aku ajak pegi kat ayah. Bila dengar adik aku cakap macam tu, Wan pun bagitahu yang dia ada nampak benda putih macam buah nangka kena balut macam terapung apung kat dalam kebun pisang tu. Sebab tu la dia jalan laju2.
Esok pagi tu, aku, adik dan Wan pegi cari cacing untuk umpan memancing di dalam kebun pisang tu. Tengah2 aku sibuk mencari cacing, Wan bertanya mana adik aku pegi. Kami pun bangun sambil pusing2 cari adik aku, tapi tak jumpa. Aku dah mula risau, pasal adik tak pernah buat macam ni. Biasa nak pegi mana pun dia akan bagitahu aku dulu.
Bila dah dua tiga kali aku dengan Wan pusing2 tapi tak jumpa jugak adik aku, kami pun pegi la bagitahu kat Mak Lang. Mak Lang yang cemas dengar berita tu terus suruh kami bagitahu kat orang kampung. Bila berita tu dah tersebar, orang kampung datang la ramai2 nak tolong cari adik aku. Kami berpecah kepada empat kumpulan. Satu kumpulan cari dalam kebun pisang, satu kumpulan cari dalam hutan sebelah kebun pisang tu, satu kumpulan naik motor pusing2 kampung dan satu kumpulan lagi cari dalam sungai belakang rumah Pak Lang.
Dalam kepala otak aku masa tu tengah bayangkan ayah belasah aku cukup2 pasal tak jaga adik betul2 sampai dia hilang. Aku masa tu pun dok asyik fikir adik aku jatuh sungai dan lemas sebab dia tak pandai berenang. Masa tu, umur dia baru nak masuk sepuluh tahun. Masa mencari tu, berjurai2 air mata aku jatuh. Sudah la mak takde, satu-satunya adik hilang pulak.
Lepas dua jam mencari, langsung takde tanda2 adik aku yang dapat dikesan oleh orang kampung. Tok Imam cadangkan kami solat Zohor ramai2 kat laman rumah Pak Lang dan buat solat hajat mohon petunjuk tentang adik aku. Selepas selesai solat, kami sambung lagi mencari tapi semua usaha kami hanya sia-sia.
Petang tu, ayah dan Pak Lang sampai dah waktu dekat nak maghrib. Masa tu, orang kampung masih berkumpul dan berbincang cara nak mencari adik aku ni. Polis pun ada datang jugak pasal repot dah dibuat oleh Mak Lang aku. Aku tengok Tok Imam dan Tok Ketua merapati ayah dan Pak Lang dan bercakap tentang sesuatu sambil menunjuk ke arah kebun pisang. Ayah dan Pak Lang mengangguk2 dan Tok Imam memanggil orang kampung untuk bersedia bersolat maghrib berjemaah.
Selepas solat maghrib, ayah, Tok Imam dan Pak Lang berbincang sesama mereka dan kemudiannya mereka berpecah masuk ke dalam kebun pisang. Orang kampung semuanya menunggu di laman rumah Pak Lang sambil memerhatikan sahaja pasal Pak Lang dah pesan suruh tunggu di situ. Kira2 sejam setengah lepas tu kami semua dengar hilaian yang sangat kuat dari dalam kebun pisang beserta angin yang kuat secara tiba2. Kami juga dengar sayup2 suara ayah, Tok Imam dan Pak Lang membacakan ayat2 al-Quran dari dalam kebun pisang. Kadang terdengar suara ayah macam tengah marah2. Suasana masa tu memang cukup seram dan menakutkan. Nasib baik orang kampung ramai, kalau tak, aku dah lari masuk dalam rumah Pak Lang.
Tak lama lepas tu, diorang keluar dari dalam hutan sambil ayah memangku adik. Adik nampak letih dan tak bermaya macam orang dah dua tiga hari tak makan. Ayah meletakkan adik di atas pangkin sambil dibacakan ayat2 kepada adik. Kemudian ayah membawa adik untuk dimandikan dengan air yang Pak Lang dah sediakan untuk memulihkan semangat adik.
Aku duduk bersama orang kampung masa tu yang sibuk bercerita pasal hal itu yang diorang dengar dari Tok Imam. Katanya, adik aku sebenarnya disorokkan oleh jin kat dalam kebun pisang tu. Katanya, jin tu memang mengikut dari rumah kami lagi sebab dia tak berpuas hati dengan ayah. Disebabkan adik masih kecil, jadi adik yang jadi sasarannya. Jadi, bila ayah tiada, dia mengambil kesempatan untuk mengganggu adik.
Lepas dua tiga hari, bila adik aku tengok dah ok sikit, aku pun tanya apa yang terjadi kat dia. Adik cakap, masa dia tengah tengok aku mencari cacing, dia terdengar suara ayah memanggilnya. Bila dia mencari suara tu, dia ternampak ayah di sebatang pokok pisang melambai2 padanya. Dia pun terus pegi kepada 'ayah'. 'Ayah'membawanya ke satu pondok dan menjamu adik makan. Selepas kenyang, adik tidur dan katanya bila terjaga, dia ternampak ayah (yang original punya) mengejutnya dan mengangkat adik balik ke rumah.