Hi GC.....dh lame x mengepost,kisah kat bwh nih dpt kat satu laman web....mari kite kongsi brsame citer sedih Junko nih...siann beliau.....
Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks yang paling dahsyat didera. Beliau telah diculik, didera, dirogol dan dibunuh selama 44 hari oleh 4 orang pembunuh paling sadis. Honestly, sebelum ni saya tak pernah dengar mangsa rogol yang didera sedahsyat beliau. Saya cuba mencari maklumat tentang Junko dalam Bahasa Melayu, tapi masih tiada. Jadi saya mengambil keputusan untuk mengumpul maklumat yang saya ada dan mengalihbahasa kepada Bahasa Melayu. Kisah beliau perlu diketahui semua manusia.
Menurut sesetengah sumber, Junko Furota dilahirkan pada 22 November 1972. Berasal dari Misato, wilayah Saitama. Maklumat ibubapanya tidak dapat diselidiki, barangkali dilakukan oleh pihak berkuasa untuk melindungi maklumat keluarga beliau.
Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang daripada mereka. Berikut ialah senarai penculik Junko: Hiroshi Miyano ( Miyano Hiroshi ) (Pesalah pertama. Telah menukar namanya kepada Hiroshi Yokoyama setelah dilepaskan dari penjara( Yokoyama Hiroshi )) J Ogura ( Ogura J ) (Menukar namanya kepada J Kamisaku ( Kamisaku J ? )) Shinji Minato ( Minato Shinji ) Yasushi Watanabe ( Watanabe Yasushi ) Tetsuo Nakamura ( Nakamura Tetsuo ) K ichi Ihara ( Ihara K ichi)
Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan tidak dalam bahaya .
Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri, tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza, dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang cuba masuk campur.
Seksaan-seksaan yang Junko deritai: HARI PERTAMA: Diculik. Dirogol (lebih daripada 400 kali) Kebuluran dan kekurangan nutrisi Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri Dipaksa onani Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya Dicucuh dengan pemetik api Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing
HARI SEBELAS: Dipukul berulang-ulang kali Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas kepalanya Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas melalui mulut Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air) Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar (barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri) Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan
HARI 20: Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di kaki Dipukul dengan buluh Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan Dipukul dengan kayu golf Rokok dicucuh ke dalam kemaluan Dipukul dengan batang besi berulang kali. Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan
HARI 30: Lilin panas dititiskan ke muka Kelopak mata dibakar dengan pemetik api Dicucuk jarum di bahagian dada Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting Tidak boleh membuang air kecil dengan baik Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun dan pergi ke tandas Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk Saiz otak mengecut
HARI 40: Merayu penyeksanya membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir I JANUARI 1989: Menyambut tahun baru bersendirian. Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal. Tidak dapat bergerak daripada lantai.
HARI 44 (HARI KEMATIAN): Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat, menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian. Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka membakar muka dan matanya dengan lilin. Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan. So that s all peeps. Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba menghubungi pihak polis. Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga cuma didakwa atas mencederakan anggota badan sehingga membawa kematian dan bukannya pembunuhan . Keluarga Junko cuba membawa kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti iaitu air mani dan bulu kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah. Pendapat saya, bukti tu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada penjenayah tersebut ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk memastikan mereka tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Mereka hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut. Keadilan tidak tertegak untuk Junko. Penjenayahnya masih bebas hingga kini (tidak dapat dipastikan penjenayahnya terbunuh atau terselamat sewaktu tsunami melanda). Ini ialah peringatan kepada semua untuk melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.
P/s : tak pernah lagi dengar kes sedahsyat ni. yang lain, lepas rogol kena bunuh. takdela sampai didera berulang2 sampai 44 hari sampai nyawa-nyawa ikan! Berehatlah dengan tenang, Junko...
Ya Allah Ya Rabbi ... kesiannya junko furota ... A'auzubilahi min Zaliq ...mudahan2 anak2 kita,..kita ..zuriat2 dan ahli keluarga kita dijauhi kejahatan dunia dan akhirat .. Insya Allh
(lazimnya ... kat dunia ni ...kejahatan walo d mana pun .. akan dibalas jugak .. x kira manusia apa agama .. cuma lambat atau cepat je blasan mereka akan terima .. walo pon saat2 di ujung nyawa penjahat tu ...)
tu ler ketupat lepat .... mandangkan haku dah bace citer ngeri niii .... sepaya aku x trauma bersendirian ... make ... lebh apdol kita berkongsai trauma tu yek ...
(adik dream high ni .. lama dah x buat thread pjang2 mcm nihhh .... tu rase terpanggil aku nk menghabiskan ayat2 dan karangan beliau ... peh ... sadisss .... uuuuuuuu...)
uiksss..... sheram nyer... tapi seram lagi citer pak cik baddar ngan gay ciritan... huishhh.... rasa meremang bulu idung nak ceritakan pun wa x lak belani woo... biar lah dorg je yg ceritakan..., betul x pak baddar a.k.a mummy add... :)
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
cerite nih,sedih,seram,tragis...semue ade lah.....haiiii...manusia2....... arap pd gadis2..di luar sane....jage lah diri baik2... ku ampir2 nangis bc citer nih....:(
uiksss..... sheram nyer... tapi seram lagi citer pak cik baddar ngan gay ciritan... huishhh.... rasa meremang bulu idung nak ceritakan pun wa x lak belani woo... biar lah dorg je yg ceritakan..., betul x pak baddar a.k.a mummy add... :)
btol.. toll tolll toll .... bab-bab meremang ni ... memang selalu sgt bulu idong adik bahu kosong ni meremang ... kekadang tu ... bukan bulu idong beliau jek ... ngan lobang2 idong sekalik meremang ... kih kih kih kih
eh..musykil aku..agak2 le kann, boleh ke adik ikram ni menyeksa si penculik tu..aku tengok adik ikram ni mcm bawah umo je..takot2 adik ikram yg terseksa nauzubillah...
meh kita sama2 berdoa ye..
Ya Allah.. jauhi kami dari orang2 yang kejam dan jauhi hati kami dari bersifat kejam aminnn..
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee