Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KISAH JUNKO FUROTA


Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:
KISAH JUNKO FUROTA


 

Hi GC.....dh lame x mengepost,kisah kat bwh nih dpt kat satu laman web....mari kite kongsi brsame citer sedih Junko nih...siann beliau.....nono

 

Salam semua. Tadi saya terbaca tentang Junko Furota, seorang mangsa seks
yang paling dahsyat didera. Beliau telah diculik, didera, dirogol dan
dibunuh selama 44 hari oleh 4 orang pembunuh paling sadis. Honestly, sebelum
ni saya tak pernah dengar mangsa rogol yang didera sedahsyat beliau. Saya
cuba mencari maklumat tentang Junko dalam Bahasa Melayu, tapi masih tiada.
Jadi saya mengambil keputusan untuk mengumpul maklumat yang saya ada dan
mengalihbahasa kepada Bahasa Melayu. Kisah beliau perlu diketahui semua
manusia.

Menurut sesetengah sumber, Junko Furota dilahirkan pada 22 November 1972.
Berasal dari Misato, wilayah Saitama. Maklumat ibubapanya tidak dapat
diselidiki, barangkali dilakukan oleh pihak berkuasa untuk melindungi
maklumat keluarga beliau.

Pada 25 November 1988, ketika beliau baru sahaja berusia 16 tahun, beliau
telah diculik oleh 4 orang lelaki. Mereka membawanya dan kemudian
mengurungnya di kediaman keluarga Kamisaku, iaitu salah seorang penculik
beliau. Rumah tersebut terletak di Ayase, di daerah Adachi, Tokyo. Mereka
memperkenalkan Junko sebagai seorang teman wanita kepada salah seorang
daripada mereka. Berikut ialah senarai penculik Junko:
Hiroshi Miyano ( Miyano Hiroshi ) (Pesalah pertama. Telah
menukar namanya kepada Hiroshi Yokoyama setelah dilepaskan dari
penjara( Yokoyama Hiroshi ))
J Ogura ( Ogura J ) (Menukar namanya kepada J Kamisaku
(
Kamisaku J ? ))
Shinji Minato ( Minato Shinji )
Yasushi Watanabe ( Watanabe Yasushi )
Tetsuo Nakamura ( Nakamura Tetsuo )
K ichi Ihara ( Ihara K ichi)

Untuk menutup perbuatan mereka, salah seorang daripada penjenayah
tersebut menyuruh Junko menghubungi ibubapanya dan memberitahu bahawa
beliau telah lari dari rumah dan sedang berada dengan temannya dan
tidak dalam bahaya .

Sepanjang dikurung, Junko pernah beberapa kali cuba melarikan diri,
tetapi tidak berjaya dan akan diseksa dengan lebih dahsyat setelah
ditangkap. Beliau juga banyak kali merayu kepada ibubapa Kamisaku
iaitu tuan rumah tempat beliau dikurung untuk membantu beliau, tetapi
mereka takut diapa-apakan oleh penculiknya. Tambahan pula, salah
seorang daripada penculik beliau merupakan pemimpin rendah yakuza,
dan memberi amaran akan menyuruh kenalannya membunuh sesiapa yang
cuba masuk campur.


Seksaan-seksaan yang Junko deritai:
HARI PERTAMA:
Diculik.
Dirogol (lebih daripada 400 kali)
Kebuluran dan kekurangan nutrisi
Makan lipas untuk makanan dan minum air kencing sendiri
Dipaksa onani
Dipaksa berbogel di hadapan penculiknya
Dicucuh dengan pemetik api
Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing

HARI SEBELAS:
Dipukul berulang-ulang kali
Mukanya dihadapkan ke lantai konkrit dan penculiknya melompat di atas
kepalanya
Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan punching bag
Hidungnya dipenuhi darah yang banyak sehingga hanya dapat bernafas
melalui mulut
Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya
Muntah ketika cuba minum air (perutnya tidak dapat menerima air)
Cuba melarikan diri dan dicucuh rokok di lengannya
Dituang cecair mudah terbakar di atas kakinya, kemudian dibakar
(barangkali untuk mengelakkan dia melarikan diri)
Botol dimasukkan ke dalam duburnya, mengakibatkan kecederaan

HARI 20:
Tidak dapat berjalan dengan betul kerana luka terbakar yang teruk di
kaki
Dipukul dengan buluh
Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan
Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan
Dipukul dengan kayu golf
Rokok dicucuh ke dalam kemaluan
Dipukul dengan batang besi berulang kali.
Dipaksa tidur di balkoni dalam cuaca musim sejuk
Batang besi pemanggang untuk memanggang ayam dimasukkan ke dalam
kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan

HARI 30:
Lilin panas dititiskan ke muka
Kelopak mata dibakar dengan pemetik api
Dicucuk jarum di bahagian dada
Puting buah dada kiri di potong dan dihancurkan dengan playar
Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan
Pendarahan yang teruk di kemaluan akibat dimasukkan gunting
Tidak boleh membuang air kecil dengan baik
Kecederaan yang teruk sehingga mengambil masa satu jam untuk turun
dan pergi ke tandas
Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk
Saiz otak mengecut

HARI 40:
Merayu penyeksanya membunuhnya dan membiarkan semuanya berakhir
I JANUARI 1989:
Menyambut tahun baru bersendirian.
Badannya sudah hilang rupa dan fungsi asal.
Tidak dapat bergerak daripada lantai.

HARI 44 (HARI KEMATIAN):
Penculiknya memukul tubuhnya dengan batang besi angkat berat,
menggunakan alasan kalah bermain mahjong untuk berbuat demikian.
Junko berdarah dengan sangat teruk di mulut dan hidungnya. Mereka
membakar muka dan matanya dengan lilin.
Cecair pemetik api disimbah ke kaki, tangan, muka dan perut, kemudian
api dinyalakan. Seksaan terakhir Junko ini mengambil masa lebih dua
jam. Tidak lama kemudian, Junko meninggal dunia dalam kesakitan.
So that s all peeps. Menurut sumber, lebih 100 orang mengetahui
keadaan Junko di rumah tersebut, tetapi tidak dapat dipastikan mereka
turut merogol atau menderanya atau cuma melawat rumah tersebut. Walau
bagaimanapun, tiada siapa di antara 100 orang tersebut cuba
menghubungi pihak polis.
Penjenayah tersebut tidak dikenakan tindakan yang berat. Mereka juga
cuma didakwa atas mencederakan anggota badan sehingga membawa
kematian dan bukannya pembunuhan . Keluarga Junko cuba
membawa
kes tersebut semula ke mahkamah, tetapi gagal kerana penemuan bukti
iaitu air mani dan bulu kemaluan yang tidak menepati DNA penjenayah.
Pendapat saya, bukti tu boleh ditukar. Sebab salah seorang daripada
penjenayah tersebut ialah ahli yakuza, yang mempunyai cara untuk
memastikan mereka tidak akan dikenakan hukuman yang berat. Mereka
hanya dikenakan hukuman maksimum penjara 4, 6 dan 8 tahun
masing-masing, dan penjara 20 tahun kepada ketua penjenayah tersebut.
Keadilan tidak tertegak untuk Junko. Penjenayahnya masih bebas hingga
kini (tidak dapat dipastikan penjenayahnya terbunuh atau terselamat
sewaktu tsunami melanda). Ini ialah peringatan kepada semua untuk
melindungi anak-anak, adik beradik daripada menjadi mangsa kejadian
seperti ini. Semoga Allah melindungi kita semua.
 
P/s : tak pernah lagi dengar kes sedahsyat ni. yang lain, lepas rogol
kena bunuh. takdela sampai didera berulang2 sampai 44 hari sampai
nyawa-nyawa ikan! Berehatlah dengan tenang, Junko...
 



Attachments
__________________

 someOne .....is..waiting..



Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

kesianye ~

__________________

I'd RatheR wasTe My LiFe pReTeNDiNg!

ThaN Have To FoRgEt U FoR oNe WhoLe MiNuTe!



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

Ya Allah Ya Rabbi ... kesiannya junko furota ... A'auzubilahi min Zaliq ...mudahan2 anak2 kita,..kita ..zuriat2 dan ahli keluarga kita dijauhi kejahatan dunia dan akhirat .. Insya Allh 

(lazimnya ... kat dunia ni ...kejahatan walo d mana pun .. akan dibalas jugak .. x kira manusia apa agama .. cuma lambat atau cepat je blasan mereka akan terima .. walo pon saat2 di ujung nyawa penjahat tu ...)



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 699
Date:

kan aku dh kata aku tk nk baca citer mcm ni...
pak bad paksa aku jgk...
ngeri tau tak.... lbey seram dr citer hantu....

__________________

Makan jangan sebarang makan, silap makan masuk spital...



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

tu ler ketupat lepat .... mandangkan haku dah bace citer ngeri niii .... sepaya aku x trauma bersendirian ... make ... lebh apdol kita berkongsai trauma tu yek ... 

(adik dream high ni .. lama dah x buat thread pjang2 mcm nihhh .... tu rase terpanggil aku nk menghabiskan ayat2 dan karangan beliau ... peh ... sadisss .... uuuuuuuu...)



__________________

make me feel it



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 67
Date:

uiksss..... sheram nyer... tapi seram lagi citer pak cik baddar ngan gay ciritan... huishhh.... rasa meremang bulu idung nak ceritakan pun wa x lak belani woo... biar lah dorg je yg ceritakan..., betul x pak baddar a.k.a mummy add... :)

__________________
A+R+A+B = Anda Rasa Anda Bagus..??


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

uiks..apa citer ni? sadis..ngeri..gerun..seram..sejuk..sejuk?

__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

cerite nih,sedih,seram,tragis...semue ade lah.....haiiii...manusia2.......
arap pd gadis2..di luar sane....jage lah diri baik2...
ku ampir2 nangis bc citer nih....:(

__________________

 someOne .....is..waiting..



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

empty shoulder wrote:

uiksss..... sheram nyer... tapi seram lagi citer pak cik baddar ngan gay ciritan... huishhh.... rasa meremang bulu idung nak ceritakan pun wa x lak belani woo... biar lah dorg je yg ceritakan..., betul x pak baddar a.k.a mummy add... :)


 btol.. toll tolll toll ....  bab-bab meremang ni ... memang selalu sgt bulu idong adik bahu kosong ni meremang ... kekadang tu ... bukan bulu idong beliau jek ... ngan lobang2 idong sekalik meremang ... kih kih kih kih



__________________

make me feel it



Senior Member

Status: Offline
Posts: 257
Date:

kalau dapat la kan penculik dye nie...
mmg aku siksa seganas ganasnyer...

__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 2028
Date:

eh..musykil aku..agak2 le kann, boleh ke adik ikram ni menyeksa si penculik tu..aku tengok adik ikram ni mcm bawah umo je..takot2 adik ikram yg terseksa nauzubillah...

meh kita sama2 berdoa ye..

Ya Allah..
jauhi kami dari orang2 yang kejam
dan jauhi hati kami dari bersifat kejam
aminnn..



__________________

nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee

 



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

Ya Allah, kesiannye budak tu,
aku tau japs ni memang dashat sikit kezaliman diorang, tapi ni dah melampau sangat.

N member yang nak buat lawak kat post ni, simpan je lawak tu n post kat tajok lain yer..bukan semua benda boleh dibuat lawak.



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 72
Date:

takot...
manusia mcm tu pon ada..
x patot panggil manusia lagi..
binatang pon x layak..

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard