Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ape Pendapat Korang? (PM: Hudud Tidak Akan Dilaksanakan Di Malaysia)


Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:
Ape Pendapat Korang? (PM: Hudud Tidak Akan Dilaksanakan Di Malaysia)


PM: Hudud Tidak Akan Dilaksanakan Di Malaysia

imi | 25/09/2011

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Undang-Undang hudud, tidak akan laksanakan di Malaysia ini tetapi kita terima ini adalah undang-undang Tuhan dan sebagai sebuah parti yang terdiri daripada orang Islam, kita terima hakikat ini tetapi jika ia hendak dilaksanakan ia mesti berpaksikan kepada realiti.

Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang dekat Batu Gajah.

Najib berkata kerajaan kini telah pun mengambil kira prinsip Maqasid Syariah iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Lagipun, matlamat sesuatu pentadbiran mengikut Islam ialah prinsip Maqasid Syariah yang antara prinsipnya ialah mempertahankan agama, nyawa, akhlak dan harta benda. Jadi dengan undang-undang yang sedia ada, prinsip maqasid syariah boleh dan mampu kita pertahankan, kata Najib.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Perdana menteri juga menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan timbalan presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air. 

Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu, katanya.

Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.

Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.

Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.

Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam Kabinet Bayangan mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka, katanya.

Di majlis itu, Najib yang ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor sempat meluangkan masa memancing udang galah di sebuah kolam bersama-sama masyarakat sekitar Tanjung Tualang yang terkenal sebagai Pekan Udang Galah. - Bernama



__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

Aku bukan la penyokong mana-mana parti politik... Walaupun da layak, tapi aku belum lagi terbuka nak gi mengundi walaupun sepatutnya itu satu tanggungjawab aku.. Jangan tanye kenapa, of course la ade sebab2 aku yang tersendiri....

Tapi ape yang aku nak nyatakan kat sini, agak sedih gak aku baca pasal bende nie... Paling x boleh nak tahan bila baca part nie..

"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan"...

Astagfirullah Al-Azim.... Tapi kat sini aku nak mintak confirm satu bende... tetiba macam kompius sikit... Hukum Hudud ada kene-mengena gan orang bukan Islam ke??


__________________





Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

bagi aku ...bro blus lebih arif untuk menjawab perkara ini ... atau incik fizie .. atau incik Gab ..... atau incik asberionz .... atau otai2 yg lain ... 

mandangkan aku ade masa adik mat nie bukak thread ... so ....  rasa terpanggil gak  untuk aku me reply .... walo mklumblas x seberapa ...

teringat masa aku mude2 dulu .... ketika belajar subjek agama ... tuan lecturer  ada sentuh sikit undang-undang Islam dan pelaksanaan hukum hudud kat Malaysia ....(mungkin x relevan sebab dah lama ... tp aku nak kongsi jugak)....

hukum hudud memang wajib dilaksanakan di negara yang mana agama rasmi adalah Agama Islam .... mencurik ...potong tangan ... berzina dua2 pasangan telah berkahwin .... rejam d khalayak ramai sampai mati ..... dan lain2 hukum hudud lagi ...dengan syarat sebelum pelaksanaan mesti mematuhi syarat2 sebelum hukum dijatuhkan....  namun ... Islam juga adalah agama sejagat dan bersesuaian dilasanakan di semua bumi Allah dan semua masyarakat dari dahulu sampai akhir zaman ...

 memandangkan Malaysia ni merupakan sebuah negara yang  bermasyarakat majmuk .... berbilang kaum ... dan juga berbilang agama ... walo pon agama rasmi agama Islam.... namun masih sukar untuk melaksanakan hukum hudud .... kita belum ada pemerintah yng benar2 berwibawa yang boleh menjalankan hukuman hudud kepada semua rakyat .... kerana negara kta jugak tertakluk kepada undang-undang sivil dan perlembagaan Malaysia...

seperti yg kita maklum ..... Perlembagaan Malaysia ni telah ditiru dan diubahsuai sebahagian daripadanya  mengikut Mother of Law dari Britain  .... dan kita jugak maklum bahawa sistem undang2 Islam masih belum diktiraf sepenuhnya sebagai undang-undang yang boleh dilaksanakan oleh mana2 mahkamah di Malaysia ... kecuali Mahkamah Syariah ... yg ditubuhkan khas untuk org2 beragama Islam ... dan org2 bukan Islam tidak tertakluk di bawah tindakan mahkamah ini .....

walau bagaimana pun ... pemerintah kita jugak .. bukan lah buta agama ... .. Malaysia ada Jemaah Alim ulamak .. ada Majlis AgaMa Islam ... ahli2 fuqarak ... dan lain2 ...... yang mengambil peranan menetapkan hukum2 Islam ini dapat dijalankan di negara kita..... tetapi berpandukan kepada HUKUM QISAS .... suPaya para ulamak kita x dipertanggungjawabkan (dipersalahkan)  di akhirat nanti ....

begitulah yg aku ingat ..... 

bagi pemimpin negara yang berani menyatakan seperti di atas ... aku x pasti samada Y.A.B. telah merujuk kepada pakar agama atau telah mendaat nasihat terlebih dahulu ... tapi apa yg aku paham ...  undang2 hudud x dapat dilaksanakan atau x mungkin dapat dilaksanakan di Malaysia ... jika keadaan perundangan kita masih sama ... 

dan ... para pemimpin kita dan jugak megambil kira tentang impak atau kesan jika hukum Hudud dijalankan hanya ke atas og2 islam ... sedangkan org2 bukan Islam terlepas walo pon melakukan jenayah yg sama ..... hingga boleh menyebabkan agama kita dipandang zalim atau x relevan .... susah juga ....

Para Ulamak Malaysia yg telah pun menjalankan tugas2 mereka ... selebihnya ..... terpulang kepada pemimpin negara ..... sebab kita sebagai rakyat biasa ... dan org Islam ... x ada kuasa untuk mengubah cara yang sedia ada ...   dan jika disoal di akhirat nanti ... biarlah para alim ulamak dan pemimpin kita yg bertanggungjawab .... Insya Allah kita terlepas dari soal2an ni ... (begitulah pesan lecturer aku lagi ...)

aku mintak maaf jika penjelasan aku ini stail org lama .... dan tidak menepati kehendak adik mat .... dan aku mintak maaf jugak ... x dapat menyertakan mafhum atau maksud hadis dan firman untuk menjawab soklan2 mengena hukum hudud ni ..... (sebab kena carik dan bukak buku tu ....)

 

 

 



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

ha ... aku nk tambah sikit .... memang dah jadi fenomena dalam dunia politik .... bukan saja pemahanan poltik dipolitikan .... malah isu2 agama Islam jugak turut dipolitikkan demi kepentingan kuasa dalam politik ... mahu pun politik itu sendiri .... hingga x sedar perkataan2 atau ayat2 yg digunakan ..... boleh mengelincirkan iman dan aqidah .... tu .. mereka kene jawab sendirik esuk .....

cuma .... isu mutakhir yg sangat aku TIDAK SETUJU .. aku bangkang sama sekali  ... ialah ... mengapa ISA DIMANSUHKAN ..... sedangkan kepentingan dan keperluanya ... sgt membantu keamanan dlm Malaysia ..... (tahanan ISA kita bukan mcm tahanan CIA atau KGB dll ... malah dapat layanan istimewa dalam penjara ... lebih2 lagi tahanan ISA kerana poitik ... so ... apa kebaikan kalo ISA dimansuhkan? ... x paham aku ....) 





-- Edited by baddar on Sunday 25th of September 2011 03:49:29 AM

__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

aku setuju ngan mat, betul ke kalau tanya pendapat ulama2, mereka akan mengatakan yang
undang2 islam tak boleh digunakan di malaysia, bukan ke malaysia ni dikenali dengan jolokkan
NEGARA ISLAM maju, bila pemimpin negara islam sendiri keras mengatakan undang2 hudud sudah tak releven
dengan masa kini, patut ke tambah jolokkan nama NEGARA ISLAM MAJU DAN BEBAS SEPERTI AMERIKA.?
kalau obama yang cakap hudud tu tak logik n kejam, tak la aku kesah sangat,

lagipun, kan hudud hanya tertakluk kepada orang2 beragama islam, so lantak la orang non muslim nak kata apa.

ikut pendapat aku la kan, moral orang islam di malaysia akan terus menurun kalau hudud tak dilaksanakan, sebab hudud ni
datang dari Allah, Allah yang cipta manusia, maka Allah lah yang Maha Tahu hukuman apa yang patut dikenakan supaya manusia itu dapat berubah n menyesal, dan yang melihat dapat pengajaran.

tengoklah undang2 sekarang ni, zina cume denda rm2000 jer, tak pun 2 tahun penjara,
buang bayi pun sama, bagi orang2 yang banyak duit, apa lah sangat denda tu, celah gigi jer.



__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Senior Member

Status: Offline
Posts: 403
Date:

Islam bersandarkan pada 2, akidah n syariah kalu tak salah aku... kalu salah tolong perbetulkan....maknanya syariah adalah persoalan pokok.. nak tak nak kita sebagai orang Islam wajib berhukum dengan hukum yang telah diturunkan di dalam Al Quran..


JOM LAYANNNNNNNNNN.................


Status Golongan Yang Tidak Berhukum Dengan Hukum Allah (Tuan punya blog, jgn marah i copy)

Soalan:

Dalam al-Quran terdapat celaan yang amat keras terhadap mereka yang tidak menerapkan hukum berdasarkan hukum yang diturunkan oleh Allah subhanahu wa taala. Dalam ayat 44 surah al-Maidah, mereka dicela sebagai orang kafir. Dalam ayat seterusnya, disebut sebagai orang yang zalim, dan dalam ayat ke 47 surah al-Maidah pula mereka dicela sebagai orang fasik. Bagaimanakah status ketiga-tiga sifat tersebut?
Jawapan:

Memang benar, terdapat celaan yang keras bagi mereka yang tidak menerapkan hukum selari dengan hukum Allah subhanahu wa taala. Allah subhanahu wa taala telah berfirman:



Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir (TMQ al-Maidah [5]: 44)



Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim. (TMQ al-Maidah [5]: 45)



Dan barangsiapa yang tidak berhukum menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik. (TMQ al-Maidah [5]: 47)

Ayat-ayat tersebut, meskipun diturunkan berkenaan kaum Yahudi dan Nasrani, namun tidak terhad ke atas mereka semata-mata kerana ungkapan ayat tersebut bersifat umum. Perkataan man menunjukkan bahawa ia makna umum, dan tidak dikhususkan kepada kelompok tertentu. Sedangkan dalam kaedah yang rajih ada dinyatakan:



Berlakunya hukum dilihat dari keumuman lafaz, bukan pengkhususan sebab.

Oleh kerana itu ketiga-tiga ayat tersebut bersifat umum, merangkumi kesemua golongan yang tidak berhukum dengan hukum Allah subhanahu wa taala. Kesimpulan ini juga dinyatakan oleh Ibnu Masud, al-Nakhai, Ibnu Abbas, Ibrahim, al-Hasan, al-Sudi, Fakhruddin al-Razi, Ibnu Athiyyah, al-Qinuji, al-Samarqandi, dan Mahmud Hijazi.
Sungguhpun bersifat umum, namun tidak bererti semua orang yang tidak memutuskan perkara dengan hukum Allah itu tergolong sebagai kafir. Penilaian secara lebih teliti perlu dilakukan agar tidak termasuk dalam perbuatan takfir (mengkafirkan) yang tidak kena pada tempatnya.

Perbuatan berhukum dengan hukum Allah terangkum dalam wilayah syariah. Secara syarie, perbuatan tersebut termasuk dalam hukum yang wajib. Ketetapan hukum ini didasarkan kepada dalil-dalil yang qatie (pasti, tanpa membawa sebarang maksud yang lain), sama ada ia adalah qatie tsubut (sumbernya yang pasti) mahupun qatie al-dalalah (maknanya yang pasti). Dalil-dalil sedemikian banyak dinukilkan dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Dalil-dalil yang membawa kepada kesimpulan hukum yang wajib antara lain adalah: adanya perintah yang tegas untuk berhukum dalam sesuatu perkara dengan apa yang diturunkanNya dan larangan mengikuti hawa nafsu kaum kufar (TMQ al-Maidah [5]: 48,49); kewajipan mentaati Allah Subhanahu wa taala dan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam serta mengembalikan semua perkara yang diperselisihkan kepada kedua-duanya (TMQ an-Nisa [4]: 59); penafian iman orang yang enggan berhukum dengan ketetapan Rasulullah sallallahu alaihi wassalam (TMQ an-Nisa [4]: 65) ; ancaman ditimpakan fitnah atau azab pedih bagi mereka yang menyimpang daripada perintah Rasulullah sallallahu alaihi wassalam (TMQ an-Nur [24]: 63) ; celaan terhadap orang yang membuat keputusan dengan berhukum kepada taghut (TMQ an-Nisa [4]: 60) ; dan sebahagian besar dalil-dalil yang lain. Maka adalah tidak menghairankan jika hakikat kewajipan berhukum dengan hukum Allah subhanahu wa taala ini termasuk dalam kategori malum min al-din bi al-dharurah (perkara yang telah sedia maklum sebagai sebahagian daripada deen kerana keutamaannya).

Sebagai perkara yang termasuk dalam wilayah syariah, maka perbuatan meninggalkan kewajipan ini akan dikategorikan sebagai perbuatan yang berdosa. Sungguhpun demikian, perlanggaran tersebut tidaklah membawa kepada tergelincirnya keimanan atau status keIslaman seseorang. Perlanggaran sebegini samalah halnya seperti memakan riba, membunuh, mencuri, atau berzina. Sememangnya perbuatan-perbuatan tersebut termasuk dalam kategori dosa besar. Namun, perlanggaran tersebut tidaklah mengeluarkan seseorang itu daripada agamanya. Pelakunya juga tidak sewajarnya digelar sebagai seorang murtad kerana perbuatan tersebut.

Jatuhnya kafir ataupun murtad hanya terjadi apabila seseorang itu mengingkari (ataupun menafikan) hukum-hukumNya (dari segi keyakinan). Apabila ia mengingkari wajibnya berhukum dengan syariah, maka penafian tersebut boleh menyebabkannya terkeluar daripada Islam atau dalam kata lain, ia menjadi kafir. Status kafir atau murtad yang jatuh ke atas seseorang itu bukan disebabkan oleh tindakannya tidak berhukum dengan hukum Allah (syariah), sebaliknya disebabkan oleh penafiannya terhadap sesuatu ketetapan yang telah dinukilkan dalam al-Quran dan as-Sunnah secara qatie. Sekiranya sudah sampai kepada tahap pengingkaran, isunya bukan lagi meliputi wilayah syariah, tetapi ia sudah memasuki perlanggaran dalam wilayah aqidah. Sedangkan perkara aqidah ini merupakan pembeza antara orang Mukmin dengan orang kafir.

Oleh kerana kewajipan menerapkan syariah itu disandarkan kepada dalil-dalil yang qatie (sama ada qatie al-tsubut atau qatie al-dalalah), sekiranya seseorang itu mengingkari kewajipan tersebut maka bererti ia telah mengingkari ayat-ayat tersebut. Penafian terhadap sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran sudah cukup untuk mengeluarkan seseorang daripada keimanan. Firman Allah subhanahu wa taala:


.


Sesungguhnya orang-orang yang kufur kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan bermaksud membeza-bezakan antara (keimanan kepada) Allah dan Rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kufur terhadap sebahagian (yang lain), serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir), merekalah orang-orang kafir yang sebenarnya. Dan Kami telah menyediakan untuk orang-orang kafir itu azab yang menghinakan. (TMQ al-Nisa [4]: 150-151)

Allah subhanahu wa taala juga berfirman:





Adakah kamu beriman kepada sebahagian al-Kitab (Taurat) dan ingkar terhadap sebahagian yang lain? Maka tidak ada balasan bagi orang-orang yang berbuat demikian di antara kamu melainkan kenistaan dalam kehidupan di dunia, dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Allah tidak alpa daripada apa yang kamu kerjakan. (TMQ al-Baqarah [2]: 85).

Demikianlah pendapat para ulama ketika menjelaskan makna ayat tersebut. Ibnu Abbas menyatakan:

. .

Barangsiapa yang mengingkari apa yang diturunkan oleh Allah, sesungguhnya dia telah kafir. Dan barangsiapa yang mengakuinya (keberadaan hukum)

__________________

aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 387
Date:

aku setuju kalo hudu dilaksanakan kurang skit jenayah..tpi npe pm ckp cam ni

__________________

https://www.facebook.com/one.izat



Senior Member

Status: Offline
Posts: 194
Date:

bila hukum hudud dilaksanakan alamatnye kecut perut la umat muslimat nak lakukan kemungkaran... coz hukumannya agak la mengerikan kan.... curi potong tangan.. zina .. bunuh

__________________

be learned here is to think before you speak



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 51
Date:

dah macam bincang politik pulak.
tapi elok jika undang undang islam dijalankan mengikut hukum hudud, jika hukum hudud ini adalah penyelesaian kepada masalah sosial sekarang, tetapi kita lihat juga dari segi rasionalnya
penduduk Islam di Malaysia merangkumi berapa peratus?
satu satunya kelebihan yang mana kita dapat mengistiharkan malaysia sebagai negara ISlam ialah kerana perlembagaan Malaysia,
secra peribadi saya menyokong hukum Islam (bukan setakat hudud)
tetapi method perlaksanaannya itu jangan lah orthodoks , dan hendaklah adil,
setakat membuka sebuha lembaran kisah bagaimana cerita Mukhtar Mai di Pakistan.
sepengetahuan saya pakistan ialah nergara yang mengamalkan hukum hudud.
Mungkin Arab Saudi boleh menjadi contoh.
wallahu alam.

__________________

ariapersanta.blogspot.com



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

kalau pemerintah sendiri tak nak ikut rukun undang2 Tuhan,

apa diorang pikir kitorang nak ikut rukun2 negara? pfft...

rukun negara dah jadi bahan lawak golongan remaja lah pm oiii.

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

yang paling aku tak tahan isu remaja islam murtad,

apa hukuman kalu murtad, nak keluar islam kat m'sia ni ha?

denda 2000 jugak ke?

alangkah murah, rendahnye nilai Islam kat m'sia ni,

kalu di zaman khalifah Umar al Khattab, kalau lepas disuruh taubat, tapi masih degil, nak kluar islam gak,

dipancungnya depan masyarakat umom.

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 51
Date:

yup tapi persoalannya kenapa umat melayu murtad...


__________________

ariapersanta.blogspot.com



Super Member

Status: Offline
Posts: 4534
Date:

ariapersanta wrote:

yup tapi persoalannya kenapa umat melayu murtad...


Soklan nie subjektif sangat nie.. Takde jawapan yang tepat...
Ikut individu... Mungkin ada yang kate tak percayakan Islam..
Mungkin ada yang kate saje suke2...
Mungkin ada yang kate, Hidup hanya sekali so kite kene Enjoy...
Mungkin ada yang kate, kalau baik macam mane pun belom tentu masuk syurga..
Dan mungkin ada yang murtad kerna cinta manusia....

So x leh nak jawab... Tapi ape pun jawapan paling best,
dan aku rase tak leh nak jawab,
dan kalau ada yang leh kasik aku jawapan untuk patahkan jawapan tersebut,
harap leh la share...
Sbb orang yang macam nie gune Hadith dan Al-Quran pun tak gune...

Jawapan die,
"Ko baik ke, jahat ke, kalau ko Islam tetap masuk syurga.. 
 Tak kisah la bape ribu tahun skali pun ko kene seksa...
 So rugi tak enjoy betul2 kat dunia nie..."

Ada2 sape yang leh kasik jawapan untuk patahkan pemikiran orang mcm nie x??

 



__________________





Senior Member

Status: Offline
Posts: 194
Date:

try ko bagitau dia macam nih....

"mana ko tau cara ko mati nanti macam mana.... manalah tau nanti ko mati dalam keadaan kafir" tebongkang ko dalam neraka slame-lamenyerrr" ada bran?

__________________

be learned here is to think before you speak



Super Member

Status: Offline
Posts: 653
Date:

Se memang nye x di sangkal.....klu kita muslim & di dlm kerejaan yg memerintah adalah Islam.....maka wajib di laksanakan hukum hudud.....
secara relatif nye.....x alasan yg x mau melaksanakan hukum hudud.......ini dpt dilihat pada Suratul Maidah Ayat 44 - 48

Berkenaan Hukum Qisas yg mengambil sebahagian sahaja iaitu mengadakan hukuman terhadap sesuatu kesalahan yg sama seperti di kenakan hukum hudud adalah x menepati lagi
sbg cth hukum zina yg blum berkahwin adalah sebatan 100 kali....tapi di qisas kan ke denda RM200
Ini dah x menjadi relevant lg.....mungkin qisas hanya boleh di amalkan ketika negara dlm keadaan aman
namun bile disingkap balik zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasiddyin iaitu ketika zaman Khalifah Umar Al-Khatab....beliau tetap menjalankan hukum hudud
w/pun anak dierrr sendiri yg melakukan zina.......

Majoriti mufti2 menyokong hudud....hanya sebilangan kecil saje yg berdolak dalih....

Antara slogan yg kita slalu dengo bile masalah sosial yg makin buruk mengatakan.....kembali lah kpd Islam.....
Apo s'benornye kembali kpd Islam.....be reminded Islam adalah ajaran mendidik hati, jiwa dan nurani menjadi luhur dan Ihsan
Jadi yg s'benornye hudud ini adalah mendidik hati, jiwa dan nurani manusia.....sbb
Kita nengok jika hukuman hudud di jalankan sbg cth hukuman mati......
jika si pelaku di dpti bersalah gan cukup bukti2nya maka hukuman pancung akan dikena kan.......dengo ni slalunya org takut
namun si pesalah masih di beri ruang utk bertaubat dan yg paling penting jika.......WARIS YG KENA BUNUH MEMAAFKAN SI PESALAH.....INSYA ALLAH....maka gujgrlah hukuman pancung yg dikenakan......yakni si pesalah x akan di pancung.....namun beliau harus membayar sejumlah denda yg dikenakan oleh waris tadi gan dipersetujui oleh Hakim

namun jika x dpt kemaafan dari waris.....maka tetaplah hukum pancung tadi.....pelaksanaan hukuman ini adlah di depan khalayak ramai.....bukan tmpt berselindung
ini adalah utk masyarakat / umat muslimin tau & melihat sendiri......ni adlah akibat membunuh......secara gerunnya manusia2 yg melihat pelaksaan ni akan takut (bro blues sendiri penah nengok 1 execution masa keje kat sepital Madinah).....ini lah didikkan hati namanya

Teringat ayat ke 19 Al-Hujurat

"Tetapkan lah hati-hati kamu kepada Allah dan jaganlah kau amik agama Allah ini sebahgian dan sebahagian lagi kamu bungkan...."

Wallahulam....for me there is no reason for not to execute Hudud



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 51
Date:

pendapat saya ialah Agama sudah tiada JIWA

yang ada hanyalah RITUAL

Minta Bro Blues untuk terangkan apa itu JIWA (SOUL) Islam



__________________

ariapersanta.blogspot.com



Super Member

Status: Offline
Posts: 2370
Date:

aku nak hidupkan balik la post ni sebab isu ni best untuk dibincangkan...

orang2 yang murtad itu,

hendaklah pihak yang berkuasa menyuruhnya bertaubat kembali kepada Islam, kalau enggan hendaklah dikenakan hukuman bunuh.

hukuman tersebut pernah dilaksanakan oleh para sahabat Rasulullah s.a.w di antaranya Saiyidina Abu Bakar, Umar dan Ali radhiallahuanhum. ini berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w yang maksudnya:

Mana-mana lelaki yang menjadi murtad yakni meninggalkan Islam, maka suruhlah dia bertaubat kembali kepada Islam, jika dia kembali
kepada Islam, bebaskanlah dia, kalau tidak maka penggallah lehernya dan mana-mana perempuan yang menjadi murtad meninggalkan
Islam, maka suruhlah dia kembali kepada Islam, jika dia kembali kepada Islam, bebaskanlah dia, jika enggan, maka penggallah lehernya.

__________________

Don't you know, that we will judge the world?

Don't you know, that we will judged by angels?



Member

Status: Offline
Posts: 6
Date:

kalo tak salah bkn ke org politik dulu yg akan di hukum hudud jika hukum hudud ni di jalankan di negara kite?tu pasal la dema kluar dalil sndiri yg tak boleh jalankan hudud kat negara kite..brani krn benar..tul tak?ape nak heran..

-- Edited by pak kritik on Tuesday 20th of December 2011 07:12:33 AM

__________________
mawie


Senior Member

Status: Offline
Posts: 437
Date:

ak de dgr de org cckp kalo nk wat hukum hudud ni zakat kt sesebuah ngara tu kne stabil dlu....lbey kurang camtu la pe yg ak dgr....tp tah la,ak pn xtau sgt.....

__________________

kemarahan adalah keadaan di mana lidah bekerja lebih cepat daripada pikiran, dan tindakan lebih cepat dari nurani 

Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard