Pada suatu malam yang sunyi, sekitar jam 2 pagi, aku duduk seorang diri. Tarikhnya adalah sekitar bulan Mac 2011. Aku agak mengantuk sebenarnya, tapi sebab aku dah biasa tidur lambat, aku tidak dapat melelapkan mataku ini. Lantas aku pun duduk di beranda rumahku sambil membaca buku Dik Cerdas(buku tentang kehidupan yang penuh dengan pancaroba).
Sambil aku membaca, anak mataku menangkap pergerakan sesuatu di atas jalan raya. Jarak antara rumahku dengan jalan adalah sekitar 20 meter sahaja. Jadi apa sahaja yang lalu konfem jelas pada pandangan mataku.
Aku pun memandang ke arah jalan. Dalam keadaan malam yang agak berkabus itu aku ternampak seakan kelibat orang berselubung di atas jalan. Senang cakap, kau orang tau ke mayat dalam kain kafan yang sudah diikat dan mahu dikebumikan? Itulah sahaja yang mampu ku gambarkan makhluk yang ku nampak malam itu.
Saat itu, aku tidak terfikir langsung makhluk apakah itu. Aku cuma memandang sahaja pergerakan makhluk itu. Dia bukan macam melompat tau. Dia macam jalan laju betul dan seperti tidak mencecah tanah. Aku pun tengok sahaja makhluk itu melintas di hadapan rumah aku. Kalo orang Sabah, diorang cakap melimpas.
Seketika kemudian, aku macam tersedar tau. Baru aku terfikir, eh eh benda apa yang aku tengok tadi? Demm!! Lantas bulu roma aku naik dan aku rasa seram sejuk. Demm!! (Aku taip ni pun rasa seram sejuk sebab terbayang balik kejadian tersebut, gila ahh!!) Cepat-cepat aku masuk rumah pastu basuh kaki dan mukaku yang manis ini pastu terus aku tido.
Esoknya, ada kenduri kahwin kat kampung aku. Aku pun pergi menjadi bentara kat kenduri kahwin tu (kira pegi tolong la). Sambil-sambil tu, aku bercerita la kejadian tu kat membe-membe kampung aku. Baru la aku tau bahawa memang masa tu tengah heboh orang selalu nampak pocong waktu malam. Aku keje kat luar, jarang-jarang balik kampung. Mana la aku tahu perkembangan mistik terbaru kat kampung aku. Kalau anak Pak Wan Leman, si Fatiah tu masuk UIAM aku tau la pasal aku ada jumpak Fatiah kat kedai runcit Sulaiman Bersaudara.
Aku pun terfikir, pocong ke yang aku nampak malam tu. Pelik jugak pasal aku tak nampak pulak beliau melompat, tapi jalan laju pulak. Saudara-saudariku, pocongkah itu?!
ala da mate ko npk cm pocong kire pocong la 2..xkan ak lak yg kt jln raye 2... kire ok la 2 da penah nmpk pocong xcam baddar teringin nak tgk tapi xdpt tgk pun..
__________________
"jage anak kambing sekandang lagi senang dari menjage anak dara sorang" kata bapak ak...
fuyoo...ayat karangan tu..bagus2 cerita y jelas n teratur tp agak skema..ha3!!(saja nak komen ttg karangan ni) eh bai si anak pak leman tu masuk UIAM ke? aku ingat dia msk OIM..ha3!! pocong zaman siber tu..
gayah : alah bai...nko nak tau pocong ke tidak senang je.. cer nko gi tangkap dia..pastu nko tanya..
bai : mcm mane aku nak tanyaaa..dah terlepas..
gayah : oh ni kes dah lepas ye..(sambil garu kepala lutut)
bai : ha ah..dah terlepas
gayah : ye la..kalau dah terlepas..nko kejo ler..gi tangkap cepat..bleh le nko tanya dia !!!
bai : %%^^$# (terus pengsan sambil memelok tenggiling bukit)
__________________
nak cari idea memang susah, nak mengedit senang je..nak komen apa yang orang lain dah buat, laaaagi senang..apa lagi nak mengutuk..hurmm pejam mata jeeeee
terus chiko lala terpekik meminta tooloongg dan kemudiannyer mengadu kt ijoi
Baru aku terfikir, eh eh benda apa yang aku tengok tadi? Demm!! Lantas bulu roma aku naik dan aku rasa seram sejuk. Demm!! (Aku taip ni pun rasa seram sejuk sebab terbayang balik kejadian tersebut, gila ahh!!) Cepat-cepat aku masuk rumah pastu basuh kaki dan mukaku yang manis ini pastu terus aku tido.