hanya nak share jika dia betul2 ikhlas suh dia jumpa yang lebih arif..senang dan ajukan segala soalan kepada yang arif tersebut... (aku pun tak pernah terfikir soalan2 mcmnie rie ko tolong jawab sikit)
kalau aku la...ini pendapat aku...segan pula nak ngomen sensitif isu macam ni..
untuk story 2 tu...
aku jawab mcm ni je...pasal tuka nama..tp dia sayang sebab nama dia glori...aku tgk ada gak yang convert ni tukar nama dgn hanya tambah sedikit nama islam kat nama asal..kalau glori tu perempuan..ok ape salah kalau nama dia nur glory...maksudnya cahaya kemenangan...glory tu kan 1 word yang antarabangsa...xda kaitan dgn kristian atau agama apa pun..1 dunia guna word tu...mcm kat malaysia...ada gak dengar nama nur cahaya..cahaya tu kan bahasa yang umum gak iaitu bahasa malaysia..so rasanya x salah kalau dia nak kekalkan nama asal dia tp boleh tmbah skit nama islam kat nama asal dia mcm ya aku cadangkan tadi la...Nur Glory Syurgawi..ok gak tu..:) kalau lelaki tukar la Muhammad glory...
Ni pulak jawapan yg aku fikirkan klu persoalan tu timbul dlm benak aku.. 1. Boleh tak i cukur kening?
- Yang ni aku x pasti la..tp aku dah gak terbaca dlm buku tu..klu yg lepas kawen boleh tp dgn niat utk mencantikan diri hanya utk sang suami..x tau la klu mmg xleh..ala xyah cukur la..biar je gitu..tp yg aku pasti yg bujang mmg xleh cukur / cabut kening...tp byk pengantin yg nak kwen skrg buat benda tu..x tau la...
-kalau laki kena la sunat..baik utk kesihatan tu.tp perempuan aku dgr xyah dah skrang coz ada isu pasal perempuan kurang nafsu sebab disunat..x tau la..heboh skit kat opis aritu..hehehe
3. Kenapa muslim tak boleh makan babi ek? kalau tak boleh makan kenapa Allah cipta?
- Allah mengharamkan sesuatu mesti ada sebabnya..seperti Dia menciptakan sesuatu itu mesti ada sebabnya...
4. Diorang kata daging babi ada kuman/virus yang tak boleh mati tapi atuk i makan dari kecik sampai sekarang, sihat aje.....tak sakit-sakit pun.
- Benda tu bukan menyebabkan penyakit yang mendadak..maksud sy meninggalkan kesan serta merta..tp buat jangka masa yang panjang..
5. Kenapa anjing pon tak boleh pegang/bela?
- yang ni aku x tau..yg aku tau kotor je..mungkin bulu dia ada kutu kot,kuman ke yang boleh menyebabkan penyakit..
7. Mak i ada present kan i satu rantai leher masa i berjaya masuk U dulu. I sayang rantai tu sebab ada sentimental value tapi problemnya sekarang rantai tu ada sal*b..
- sal*b tu boleh je tukar dgn buah lain..rantai tu kekalkan klu syg..tp sal*b tukarlah dgn buah rantai huruf G ke..sebab nama dia kan glory...xpun soh mak dia presentkan rantai yg baru...
soklan 6
aku x tau nak jawab mcm mana..slow talks la...klu ada slh betulkan ye..aku pun baru nak belajar melangkah..:)
-- Edited by GreeN AppLe on Monday 27th of June 2011 07:39:29 PM
__________________
XXXXxxxx.....(^_^)....xxxxXXXX
*~Hidup ini indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan~*
Ni pulak soalan yang baru aje bape minit dia tanya i maghrib tadi tapi i tak dapat nak jawap sepenuhnya. Soalan ni kira panas la macam baru kuar dari oven....
3. Kenapa muslim tak boleh makan babi ek? kalau tak boleh makan kenapa Allah cipta?
4. Diorang kata daging babi ada kuman/virus yang tak boleh mati tapi atuk i makan dari kecik sampai sekarang, sihat aje.....tak sakit-sakit pun.
5. Kenapa anjing pon tak boleh pegang/bela?
6. Macamana i nak cakap kat parents i yang i dah convert? i sayangkan diorang semua lagi....
7. Mak i ada present kan i satu rantai leher masa i berjaya masuk U dulu. I sayang rantai tu sebab ada sentimental value tapi problemnya sekarang rantai tu ada sal*b..
1. Allah melaknat wanita yang memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yang mencukur bulu alis dan dicukurkan bulu alis dan wanita yang dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo (HR. Bukhari dan Muslim)... So kat hadith nie da boleh paham kan boleh ke tidak...
2. Lima perkara fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur) dan memendekkan misai. (Riwayat Muslim)... So memang wajib... Tapi jangan risau, sekarang dah byk klinik yang boleh khatankan orang dewasa..
4. Soklan 4 nie aku rase, baca post kat soklan 3 nie, IsyaAllah ada jawapannye sekali...
5. Rasenya xde dalil atau nas kate pegang or bela anjing atau babi tu haram.. Cume diberitahu anjing tu Najis Munghalazah.. Yakni, kalau pegang kene samak.. Pegang tangan awek or pakwe tu yer haram... Tapi, Rasulullah pernah melarang para sahabat memelihara anjing tanpa sebab keperluan... mungkin sebab takut anjing tu jilat merata2... so tempat anjing tu jilat tu kene la samak... kite bukan tau mane anjing tu jilat.. kan letih tuuuuuuuu...
6. Yang nie susah sikit nak jawab... Tapi walaupun dorang berlainan agama, mak ayah kawan mock tu still mak ayah die... so sebagai anak, kite kene berkhidmat untuk mereka sampai dorang takde... Lagipun kalau kawan ko nie ikhlas, IsyaAllah Tuhan akan bantu permudahkan jalan kawan ko tu... Banyak2kan doa....
7. Murtad tu ada 3 cara.. Niat, percakapan dan perbuatan... So elakkanlah perkara2 yang boleh menyebabkan kite murtad.. Wallahualam...
Bg adik yg membangkitkan persoalaan ni......bro blues amat hargai....krn....sblum ni mungkin saje ada diantara kita yg x terpikirkan persoalaan ni kpd yg memberi jawapan2 persoalaan ni....bro blues amat berterima kasih & amat menyanjungi kebijaksaan tuan2 & puan2
komen bro blues ni bukan utk menjawab persoalan ni....cume bro blues nak bg tau beberapa panduan di dlm melihat dan mengolah persoalan ni
1) Sedar x kita bahawa kebanyakkan persoalan ni adalah berbentuk larangan kpd umat Islam 2) Sedar x kita bahawa persoalan ni telah di larang baik dari Al-Quran dan As-Sunnah/hadis 3) Sedar x kita bahawa persoalan ni byk menjurus tentang perbezaan Islam dan Agama Sammawi 4) Sedar x kita bahawa persoalan ni byk mempertikaikan syariat2 Islam 5) Sedar x kita bahawa persoalan ni ada menyentuh perbezaan Tauhid Islam dan Tauhid Agama lain
Persoalan2 tlh byk belegar di dlm perdebatan paderi2 kristian dan ulamak2 Islam & di antaranya adalah perdebatan Bishop dari German pernah berdebat gan Armahum As-Syeikh Ahmad Didad (sila cari di youtube) berkenaan persoalan2 ni di timbulkan di dlm thread ni. Di mana akhir sekali Armahum As-Syeikh Ahmad Didad mengajukan persoalan yg berbentuk begini.
"Jika kristian tu agama yg lengkap.....adakah kristian ada panduan utk beristinjak (bercuci ketika hadas kecil & besar)....bg Islam complete panduannya"....so, wouldn't it beauty of Islam....krn detail & syumul (lengkap)
"Jika kristian tu agama yg lengkap....adakah agama kristian ada panduan bg persoalan-persoalan yg di sebut di dlm thread ni......confirm kebanyakkan x de....tapi bg Islam detail & berserta nas2 Naqli (sumber Al-Quran & As-Sunnah) dan nas Aqli (ni akan bro blues sentuh nnti)
Nampak x perbezaan di antara keduanya, bg yg athies & free thinker lak....bro blues nak bwk 1 hujah yg bro blues dpt dari perdebatan antara As-Syeikh Moktharuddin gan sorang atheis......& dialog & hujah dierr cenggini....
Syeihh Mokhtaruddin.......Klu kamu rasa smuerrr x leh & terkonkong.....kamu masih bleh makan kan....???? masih bleh berjalan sana-sini kan.......klu x nak ikut panduan or syariat Islam x pe....cube lah kamu makan najis kamu sendiri & kawin mak kamu sndiri
Atheis menjawab......Uztat dah gile ker....??? soh makan taik sendiri & kawin gan mak sendiri lak
Syeikh Moktaruddin....dah kamu kata syariat Islam x betul & byk mengonkong......tu sbb nya Allah menurunkan syriat Islam dari Nabi Adam (a.s) dan penyudah nya Nabi Muhamad (s.a.w).....krn Allah yg Maha Mengetahui apa yg terbaik utk ciptaan Dia "......tidak kah mereka tau, sesungguhnya Kami yang lebih tahu apa yang baik untuk mereka" (Al-Hujurat ayat 39)....dari ni kita/manusia tau apa yg baik & x baik utk kita. Allah jadikan x baik utk kita adalah kerana suruh kita berfikir dan ada beberpa alasan lain yg tersurat & tersirat lagi....bro blues x kupas kat sini.....nnti komen ni pjg lebar
Perspektif nas Aqli
Bro blues mintak maaf utk mengatakan pada adik yg membuka thread ni serta memintak agar menjawab soklan2 dlm thread ni agar x menggunakan nas Naqli adalah totally wrong.......
Apa yg adik minta hujah2 logik di dlm ilmu Islam adalah dipanggil gan Ilmu Mantiq (logik) dan panduan ilmu mantiq ni datang dari nas2 Naqli.....klu bleh seelok2nya adik bleh mengatakan "Tolong bg hujah2 atau alasan logik dari nas2 larangan atau perintah2 di dlm Al-Quran & Hadis ttg persoalan yg ditanyakan kpd saya.....supaya saya senang utk memberi alasan yg logik kpd beliau...."
Secara umumnya hujah2 aqli atau alasan2 logik kena bersandarkan dari nas2 Naqli........gan kata lain logik atau alasan yg nyata dtg dari nas2 Naqli tadi....sbg cth Al-Quran melarang kita minum arak.....alasan logiknya kerana "Minum arak membawa mabuk......bile dah mabuk....si pemabuk bleh membuat pekara2 yg luar tabii i.e. perbuatan2 yg x dpt di terima akal sbg cth; kencing/berak depan, berzina depan khalayak & worst case mungkin bergaduh & berbunuhan serta membawa peperangan
Bro blues mintak maap skali lg sbb membawa perspektif lain ttg menjawab persoalan ni......bro blues gak mintak maaf kat adik yg post thread ni jika tersinggung gan komen bro blues.......
Sebenarnya terlalu byk bro blues nak kupas ttg permasalahan & menangani persoalan cenggini.......mungkin saje bro blues malas & kekadang otak ni lagi laju dari mengetuk keyboard ni......
Aku respect dgn ko sbbnya walaupun ko non-muslim tapi ko mampu menjawab mengikut logikal..
Apa yg epal ijo kata tu ada benarnya dan logiknya...
Aku cuba menjawab walaupun baddar tak suruh aku jawab...
Story 1
Dia : "kalau i masuk Islam, perlu ke i bunuh orang kafir?"
Islam tidak mengajar kita menzalimi sesama manusia ataupun haiwan. Kita tak perlu membunuh sebabnya apa yang ada dibumi ini adalah ciptaan yang maha Esa iaitu Allah SWT.
Dia : "Sebab sekarang ni kan ramai muslim bawak bom & bunuh diri dalam hotel, pasar, gereja....mcm Osama Laden"
Islam tidak mengajar kita untuk membunuh diri kerana kesalahan membunuh diri merupakan satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi SAW. Cuba tanya dia semula, ada ke agama ajar utk membunuh diri?
Dia : "Ha'ah la, mana ada agama yang galakkan keganasan tp kenapa ramai muslim bunuh diri? I ada baca kat website, dia kata itu namanya jihad..."
Jihad kene faham dulu dari segi apa, mcm2 jenis jihad ada, mksud aku kalau ko nk belajar lepas tu jawab exam pun boleh dikatakan jihad gak. Jihad dtgnya dari perkataan 'jahada' yg bermakna 'menggunakan segala usaha dengan bersungguh-sungguh utk mendapatkan sesuatu' dan jihad di dalam shari'ah pula adalah 'menentang orang kafir di medan pertempuran dan menghapuskan segala rintangan terhadap dakwah bagi menjadikan kalimah Allah (Islam) itu tinggi setinggi-tingginya'
Story 2
Dia :"Kalau i masuk Islam, perlu ke i tukar nama?
Penggunaan nama yg baik adalah disunatkan dan adalah digalakkan menamakan seseorang itu dengan nama yang mempunyai erti yang baik. Nama yg baik atau yg membawa mksud yg baik di dalam apa2 bahasa juga turut boleh digunakan. Jadi terpulangkan la nk guna nama apa yg penting mksudnya baik dan jelas.
Dia :"Tapi i suka nama i? [nama dia Glori# = kemenangan].
Guna je la nama Glori tu. Kalau mksudnya kemenangan, kan baik tu so guna je lah. Contohnya Nur Glory binti Abdullah. Tak salahkan? sebab mksud dah terang2 tulis cahaya kemenangan.
Ni plak soalan yg paling terkini dia tanya:-
1. Boleh tak i cukur kening?
Ada sebuah hadis yang menyebut Allah melaknati wanita yang bertatu dan pembuat tatu, yang mencabut bulu kening, yang mengasah gigi dan yang mengubah kejadian Tuhan. Ramai mentafsirkan mengubah kejadian maksudnya mengubah jantina daripada lelaki menjadi perempuan atau sebaliknya. Mencabut bulu kening tidak termasuk mengubah kejadian Tuhan. Wanita berkahwin harus mengemaskan bulu kening dengan tujuan untuk suami bila mendapat keizinan daripadanya.
Jwtnkuasa Fatwa sepakat bhwa hukum berkhatan (sunat) bagi wanita dewasa termasuk golongan yg baru memeluk Islam adalah tidak wajib tapi boleh je kalau nk sunat sebab ada baiknya. Mmg betul sunat bagi anak perempuan atau perempuan dewasa utk mengurangkan nafsu syahwat jadi terpulanglah kepada semua kaum perempuan sama ada utk bersunat atau tidak, bukannya hanya utk org Islam atau org yg baru memeluk agama Islam je. 3. Kenapa muslim tak boleh makan babi ek? kalau tak boleh makan kenapa Allah cipta? Kalau Allah dah haramkan utk makan babi, jawapannya adalah tetap haram. Allah ciptakan babi kerana dia maha Mencipta. Setiap ciptaaNya ada jawapanNya. Nk senang faham mcm ni la, kalau Allah mencipta syurga kenapa ada Neraka? mesti ada sebabnya kan?
4. Diorang kata daging babi ada kuman/virus yang tak boleh mati tapi atuk i makan dari kecik sampai sekarang, sihat aje.....tak sakit-sakit pun.
Kuman/virus tu jenis apa? tak clear tu. Yang lebih clear adalah parasit dan kotoran dlm bdn haiwan tersebut. Takkan tak tau dlm sains parasit tu sejenis apa? mesti tau kan so faham2 la sendiri. Sekarang mmg tak mati lagi tapi dlm jangka panjang apa akan jadi? kalau umur panjang sekalipun katakn hidup 100 tahun, tapi apa jadi pada tubuh badan beliau ketika umur 100 tu dgn parasit hasil dari memakan babi? mesti tau kan apa jadi?
5. Kenapa anjing pon tak boleh pegang/bela?
Siapa kata tak boleh pegang? kalau rasa nk pegang, pegang je la. Nak bela pun boleh kalau nk sangap sgt nk ada anjing dlm rumah. Tapi larat ke nk samak hari2 kalau bela anjing? iyea la kalau dah bela mesti la dia nk kencing atau berak. yang penting, kalau nk pegang anjing tu mesti dgn keadaan tangan dan anjing tersebut kering. Kalau basah pun pegang tak ada masalah, balik rumah samak elok2. Jadi tak salahkan kalau nk pegang anjing?!
6. Macamana i nak cakap kat parents i yang i dah convert? i sayangkan diorang semua lagi....
Memeluk Islam tidak memisahkan hubungan kekeluargaan. Tiada paksaan utk memeluk agama Islam yang bersih lagi suci ini. Bila dah peluk tu kalau takut nk beritahu keluarga, pelan2 la kayuh, nnt bila dah betul2 reda cuba bagitau elok2. Kalau keluarga tak boleh terima sekali pun mesti ada cara jgk sbb Allah sentiasa di sisi kita.
7. Mak i ada present kan i satu rantai leher masa i berjaya masuk U dulu. I sayang rantai tu sebab ada sentimental value tapi problemnya sekarang rantai tu ada sal*b..
Simple betul soalan ni, buang je tanda salib tu atau bagi sesiapa yg bukan Islam buah salib tu. Kita sebagai umat Islam boleh simpan salib sebab berdosa besar. Jadi ambik rantai tu dan gantikan je dgn buah yg lain kecuali buah betik yg besar segar tumbuh terbaEk dari ladang..hehe
yg pasal daging babi tu kan.. bnyak org dah buat kajian.. haa tgk nie..
ader belambak lagi video... so x hairan lah babi nie diharamkan makan dalam Islam.. mmg la sedap.. kawan2 chinese aku ckp rasa mcm daging ayam.. tp effect dia x nmpak dgn segera.. nnt2 baru nmpak.. ( bg yg kerap makan la kan.. )... sbb parasit dlm daging babi nie hidup.. so dia akan membiak dalam badan kita..
__________________
Will you still love me when I'm no longer young & beautiful? :)
Apa yang nak terasanya? i ok aje...Jawapan u bagi tu lagi senang i nak faham.
Member i nie suka tanya benda/hal pasal Islam dan cuba fikir hal tu dalam bentu logik pulak. Sebab tu i nak jawapan yang relevan. Bila i sebut pasal nas/hadis dia bukannya faham pon.
Contoh dari Blues6906 "kenapa tak boleh minum arak?"
Jawapan "Minum arak boleh mabuk, bila mabuk manusia bleh buat macam2 hal yang tak masuk akal [berak, kencing, bogel, gaduh etc]...Kan ke senang aje jawapannya tu.
mai sini, aku tolong jawab soalan no 4 berkenaan sunnah dan syiah...ni antara topik femes dari dulu sampai skarang.
mula2 kita refer to rukun islam 1) mengucap 2 kalimah syahadah 2) solat 3) berpuasa di bulan ramadhan 4) zakat 5) haji bila berkemampuan
ok...sebenarnya kita kalu x tau menda2, kita x buleh main judge ikut sedap kita jer contohnya orang syiah masuk neraka. orang syiah mengucap 2 kalimah syahadah, solat, berpuasa, zakat dan menunaikan haji.. haaa bukankah tu mencakupi rukun islam? maka kita ahli sunah wal jamaah adalah bersaudara dengan syiah... kenapa kita mesti melihat perbezaan yang ada sesama islam n mengapa kita tidak memandang persamaan yang kita kongsi antaranya kita berkongsi agama Islam dan dan kita berkongsi Tuhan Yang Satu iaitu Allah SWT.
aku nak kemukakan satu hadis Rasulullah yang relevan dengan topik ni `Rasulullah bersabda, pada akhir zaman ini, bangsa Salman Al Farisi yang akan membela agama Islam'. aku pun lupa ayat panjang hadith ini. untuk pengetahuan korang, Salman Al Farisi adalah berbangsa Parsi.dan ketahuilah bahawa kita sekarang berada di akhir zaman n bangsa yang keras menentang golongan yang derhaka kepada Allah adalah bangsa Parsi iaitu bangsa terbesar di Iran. Aku lihat Iran antara negara yang mampu membuatkan Amerika gerun.
Kesimpulannya kita adalah bersaudara....untuk mudahkan lagim pemahaman korang, sila tengok video The Arrival episod 40: the common ground... ada dia sentuh hal sunnah dan syiah ni
-- Edited by ainie_awanan on Wednesday 20th of July 2011 11:33:27 PM
__________________
aku rasa nak makan buah duku laa. umah sape ada buah duku angkat tangan!!!