Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kisah di asrama


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 40
Date:
kisah di asrama


kisah asrama 1 ..

Kisah ni berlaku pada sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan pantai timur... bukan aku la yang kena, aku pun dengar cerita je. Ceritanya macam ni....... kat asrama pompuan... ada la sorang budak pompuan ni yang rajin study sampai memalam buta kat bilik prep dia. Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik study tu.
Dia pun study la dengan khusyuknya... sampai satu part dia tak paham, dia nak tanya la kat 'member' dia yang kat sebelah tu... dia tak sedar lagi benda tu bukan orang.... masa dia nak tanya tu matanya terpandang kat bawah meja budak ni, dia perasan 'member' tu takde kaki. Peh tu dia kata "Takpe la, dah ingat camna nak buat," lebih kurang camtu la dia
cakap sambil berkira-kira nak blah secepat mungkin. Yang 'member' tu lak kata "Dah ingat ke dah tahu....????" maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu... budak ni terus lari balik dorm dia.... Bila dia cerita kat senior, ada yang cerita dulu ada sorang budak pompuan ni yang mati bunuh diri sebab tension belajar masa nak ambik SPM. Mungkin tu la hantu dia
yang still study tak abih-abih.... Lepas tu budak ni pun dah tak study sampai lewat malam lagi... Takoot siottt..... Korang caya tak? Kalau tak caya terpulanglah.......

 

kisah asrama 2 ..  

Kali ni aku nak cerita pasal kisah hantu di hostel sebuah universiti tempatan. Idak ler seram sangat sampai hantu tu menunjuk muka... tapi kira cara halus ni la yang buat orang bertambah suspen. Ceritanya pendek jer... benda ni berlaku kat hostel perempuan.. masa tu girlfriend kawan aku baru balik discussion. Biasa la.. budak U. Malam tu room mate dia takde, buat assignment ngan kengkawan dia yang lain. Dia dah tak kisah dah sebab dah biasa kena tinggal. Entah kenapa malam tu dia terasa mengantuk sangat padahal waktu tu kira masih awal untuk dia tidur. Dia tidur kat katil tingkat atas. Dia tidur katil double decker, kat tingkat atas. Biasanya kalau dalam bilik tuh dia la operator telefon... sebab biasanya ramai yang tukang telefon dia... Petang tu dia ada la buat panggilan. Okay jek... Esoknya bila dia bangun, dia tengok atas meja gagang telefon dia dah tercabut. Dia ingat room mate dia tak boleh tido sebab telefon selalu berdering peh tuh cabut gagang telefon. Tapi pelik la jugak.. biasanya orang kalau nak cabut pun dia cabut wayar belakang, tapi nih cabut wayar gagang telefon. Ah, lantak la.. dia fikir. Lepas tu room mate dia masuk. Baru balik. Dia tanya la kenapa kawan dia tu cabut wayar gagang telefon. Kawan dia terkejut sebab dia baru balik dari bilik kawan yang satu course ngan dia. Dia tidur kat sana. Yang minah nih terkejut la... sapa pulak yang cabut wayar gagang telefon nih? Nak kata dia tak kunci bilik... bilik diorang nih memang takleh bukak dari luar... unless kalau ada kunci. Nak kata dia mengigau..... dia la yang paling rajin nak angkat tipon.. lagi pun takkan dia boleh terfikir nak cabut wayar gagang telefon... (gagang telefon terletak jauh dari telefon dan dalam keadaan terlentang). Paling tidak angkat gagang telefon letak tepi atau cabut wayar telefon tu sendiri. Aku tak tau la benda apa yang mengganggu dia... tapi dah dua kali dia alami benda yang sam sejak baru bukak semester kedua nih.

 

ni kisah yang ketiga

isah ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu aku ditingkatan dua dan tinggal di asrama. Aku ni terkenal dengan sifat yang tak reti takut. Memang sejak kecil lagi aku telah diajar oleh ayahku untuk tidak takut pada hantu. Menurut ayah ku..." Hantu dan syaitan ni nak pegang kita pun tak dapat inikan pula nak cubit.." Itulah kata-kata ayahku yang membuatkan aku berani sehingga kini walaupun pada hakikatnya aku seorang perempuan yang lemah lembut.

Sekolah aku terletak di sebuah kawasan yang boleh dikatakan indah dan nyaman. Lagipun di situ kawasan kampung. Asrama yang aku duduki berada di dalam kawasan sekolah. Jadi senanglah untuk kami pelajar pelajar asrama untuk berulang alik. Kebetulan pada semester tersebut pihak sekolah aku bercadang untuk menambahkan lagi satu blok asrama untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat. Jadi setelah dipersetujui, Akhirnya kerja-kerja membina pun dilakukan bersebelah dengan blok asrama puteri yang lama.

Pada mulanya pembinaan itu berjalan dengan lancar sehinggalah suatu hari.......

Petang itu aku pulang daripada sekolah kira-kira jam 3 petang bersama-sama empat kawan ku yang lain. Setelah menyalin pakaian, kami bercadang untuk bermain tenis di gelangang yang berdekatan. Sewaktu kami menuruni tangga untuk ke gelangang berkenaan tiba-tiba kami terdengar suara lelaki sedang menjerit dan diikuti dengan dentuman yang kuat. Kami dapat mengesan arah bunyi tersebut. Tak silap lagi ianya datang dari arah tapak pembinaan asrama baru. Kami segera bergegas ke sana. Setibanya di situ kami terkejut besar apabila kami dapati seorang pekerja berbangsa Cina telah jatuh dari bangunan tesebut. Kawan-kawan pekerja tersebut segera mendapatkan beliau. Aku dan kawan-kawanku tergamam. Tubuh pekerja berkenaan dibasahi dengan darah. Aku yakin dia telah mati memandangkan keadaan kepalanya yang bercerai dari badan. Kawanku , Mila tiba-tiba pengsan. Aku terpaku di situ.

Pada malam tersebut kami tidak dapat tidur dengan nyenyak tambahan lagi kami adalah orang pertama yang menyaksikan kejadian itu. Warden asrama menasihati kami supaya bawa bertenang. Tetapi aku benar-benar tidak dapat melupakan kejadian itu lebih-lebih lagi jika teringatkan keadaan tubuh mangsa yang amat mengerikan. Malam makin larut. Aku cuba melelapkan mataku. Tiba-tiba aku terdengar seperti ada sesuatu yang sedang menghampiriku. Aku meluaskan pandangan kesekeliling. Mataku liar mencari benda tersebut. Hidung ku mula terbau sesuatu yang hanyir. Darah! Aku tersentak. Aku mendongak ke atas. Aku dapati darah mengalir dari kipas siling. Banyak sekali ! Aku beranikan diri untuk bangun. Mata ku tiba-tiba tertumpu ke arah kawanku Mila. Ya Allah, Aku lihat beberapa orang berjubah kuning sedang mengelilinginya. Aku beranikan diriku untuk menghampiri mereka. Kawan- kawanku yang sedorm sudah lama dibuai mimpi. Dengan keyakinan aku menegur orang-orang yang berjubah kuning berkenaan. " Siapa anda semua ?" Mereka tidak menjawab pertanyaan aku. Aku mula syak sesuatu. Aku beranikan diri lagi dengan memegang salah seorang daripada mereka. Tetapi... Tangan ku bolos. Ternyata mereka tidak menghiraukan kedatangan aku. Aku terpinga.. Mereka bangun dari katil Mila dan menuju ke tingkap yang bertentangan dengan tempat kemalangan petang tadi. Aku dapat melihat dengan jelas mereka menembusi dinding asrama dan terus melayang ke angkasa. Aku terpegun.

Tiba-tiba lamunan aku tersentak apabila dikejutkan oleh suara kawanku Lin. Rupanya bukan aku seorang yang menyaksikan peristiwa itu, Lin juga sempat menyaksikannya. Lin kelihatan begitu takut, dia menanggis. Badannya terasa panas dan menggigil. Aku cuba menenangkannya. Lin dapat juga aku tenangkan. Lega rasanya bila dia kembali seperti sediakala. Kami bercerita panjang tentang pengalaman masing-masing melihat peristiwa yang berlaku tadi. Lin menyatakan padaku yang dia ternampak ada dua orang lelaki berjubah kuning hendak memukul aku dengan Kayu Tas dari arah belakang. Tetapi mereka tidak berjaya kerana dihalang oleh seorang lagi lelaki berjubah kuning yang lain. Aku betul-betul terkejut. Aku bertanyakan Lin samaada dia nampak atau tidak lelaki berjubah kuning mengelilingi Mila. Dia jawab TIDAK. Aku semakin hairan. Bagaimana dua peristiwa boleh berlaku dalam waktu yang sama tetapi berlainan keadaan.

Cuma ketika lelaki-lelaki berjubah kuning itu melayang ke angkasa sahaja kami dapat menyaksikan peristiwa yang sama. Angin malam semakin dingin. Suasana semakin suram. Aku dan Lin masih tidak dapat tidur. Tiba-tiba.... "Aaaaaaaaaaaaaa....." Suara orang menjerit seperti diserang sesuatu kedengaran dari tingkat atas asrama. Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi dentuman yang kuat dari arah yang sama.

Aku bergegas keluar. Aku lihat penghuni penghuni yang lain juga tercengang-cengang di luar dorm. Masing-masing tertanya apakah yang berlaku. Warden juga kelihatan terpinga-pinga. Suara jeritan dan lolongan tadi semakin menjadi-jadi. Kali ini bukan lagi seorang tetapi ramai. Aku semakin ingin tahu.

Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik ke atas. Aku dan lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas. Setibanya kami di sana kami dapati beberapa orang penghuni dorm Emas sedang merangkak di kaki lima seperti biawak. Aku mengucap panjang. Kami cuba menangkap mereka tetapi tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari yang menangkap. Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk mendapatkan bantuan dari warden aspura.

Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak seorang pun warden aspura yang terjaga termasuklah penghuni aspura sendiri. Kami mula cemas. Bilangan penghuni yang dirasuk semakin banyak iaitu kira-kira sebelas orang dan bersamaan dengan satu dorm berkenaan. Mereka menjerit, melolong dan tak kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka. Warden mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat sambil mengawasi mereka.

Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu mula bertindak liar. Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada Allah. Di bawah mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan aspuri. Warden meminta supaya kami beramai -ramai memegang mereka supaya mereka tidak merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung raung. Di saat aku memegang salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku digoncang dengan begitu kuat. Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya semakin menjadi jadi. Aku menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan. Menyedari perbuatan aku itu berkesan, kami beramai-ramai menempeleng kesebelas belas penghuni berkenaan. Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan Subuh berkumandang dengan sayupnya.

Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah kerana letih. Apabila di tanya kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi semalam, mereka hanya menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali. Bila kami menceritakan apa yang berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita dirasuk beramai ramai sampai ke pengetahuan penghuni aspura. Mereka juga terkejut kerana tidak seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit.

Malam itu kami mengadakan sembahyang hajat beramai ramai untuk meminta dijauhkan dari sebarang malapetaka. Pengetua juga menasihati kami supaya tidak mengingati peristiwa berkenaan. Menurutnya lagi peristiwa berkenaan hanyalah untuk menguji kesabaran kami. Aku tidak dapat merumuskan samaada peristiwa berkenaan ada kaitannya dengan kematian pekerja di tapak binaan.

Tetapi ada cerita yang mengatakan kematian pekerja berkenaan dirancang oleh abangnya sendiri dan rohnya ingin menuntut bela. Allahualam...Bagi aku peristiwa ini adalah suatu pengalaman yang amat berharga...

 

HA! semua yg kowang bace nie semue aku amek dri kwan aku .heehe



__________________
qaSeh.SayaNG


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 26
Date:

kisah 1 :

ak pecaye sbb penahh terjadi kat sepupu ak waktu dye form 5 , tp hantu nh versi takde kaki dn tgan

kisah 2 n 3 :

mcm pernah bace , tp x egt kat manee

__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 40
Date:

pernah bace ker

__________________
qaSeh.SayaNG


Senior Member

Status: Offline
Posts: 371
Date:

ooo

__________________

~~~~ No Need To Die To Prove A Lie ~~~~



Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

ha adik mimi .... kalo ko tulis ooooo jer ... lom sempat haku nak memasukan capati dalam mulot haku ni ... dah habis baca ... apa kata ko tulis macam ni ... "ooooooo .... dengan mulut berbentuk ooooooo maka dua ekor lalat betina dan jantan pon menyelinap curik-curik masuk ke dalam mulut kambing cik asbe yang terlopong dek seram membaca cerita seram ni yang x berapa nak seram .. tapi seram jugak ... eee.. seram ke? seram seram seram  ..." .... best x adik mimi ?...... x best?  .... ala ...best la kan ..... kan kan kan



__________________

make me feel it



Super Member

Status: Offline
Posts: 1309
Date:

post ni sudah serabai...bertindih2 word dia..apa sudah jd??

__________________

~~sedang terpesona dgn website langit ilahi~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

bace sampai kisah no 2..aje..no 3..hurmmm sori
xdpt nk bc.....ade prob nampak coz word dia brtindih...

__________________

 someOne .....is..waiting..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

Reply Quote -------------------------------------------------------------------------------- kisah asrama 1 .. Kisah ni berlaku pada sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan pantai timur... bukan aku la yang kena, aku pun dengar cerita je. Ceritanya macam ni....... kat asrama pompuan... ada la sorang budak pompuan ni yang rajin study sampai memalam buta kat bilik prep dia. Satu malam tu dia tak sedar yang dia dah tinggal sorang kat bilik study tu. Dia pun study la dengan khusyuknya... sampai satu part dia tak paham, dia nak tanya la kat 'member' dia yang kat sebelah tu... dia tak sedar lagi benda tu bukan orang.... masa dia nak tanya tu matanya terpandang kat bawah meja budak ni, dia perasan 'member' tu takde kaki. Peh tu dia kata "Takpe la, dah ingat camna nak buat," lebih kurang camtu la dia cakap sambil berkira-kira nak blah secepat mungkin. Yang 'member' tu lak kata "Dah ingat ke dah tahu....????" maksudnya dah tahu ke yang dia tu hantu... budak ni terus lari balik dorm dia.... Bila dia cerita kat senior, ada yang cerita dulu ada sorang budak pompuan ni yang mati bunuh diri sebab tension belajar masa nak ambik SPM. Mungkin tu la hantu dia yang still study tak abih-abih.... Lepas tu budak ni pun dah tak study sampai lewat malam lagi... Takoot siottt..... Korang caya tak? Kalau tak caya terpulanglah....... kisah asrama 2 ..

Kali ni aku nak cerita pasal kisah hantu di hostel sebuah universiti tempatan. Idak ler seram sangat sampai hantu tu menunjuk muka... tapi kira cara halus ni la yang buat orang bertambah suspen. Ceritanya pendek jer... benda ni berlaku kat hostel perempuan.. masa tu girlfriend kawan aku baru balik discussion. Biasa la.. budak U. Malam tu room mate dia takde, buat assignment ngan kengkawan dia yang lain. Dia dah tak kisah dah sebab dah biasa kena tinggal. Entah kenapa malam tu dia terasa mengantuk sangat padahal waktu tu kira masih awal untuk dia tidur. Dia tidur kat katil tingkat atas. Dia tidur katil double decker, kat tingkat atas. Biasanya kalau dalam bilik tuh dia la operator telefon... sebab biasanya ramai yang tukang telefon dia... Petang tu dia ada la buat panggilan. Okay jek... Esoknya bila dia bangun, dia tengok atas meja gagang telefon dia dah tercabut. Dia ingat room mate dia tak boleh tido sebab telefon selalu berdering peh tuh cabut gagang telefon. Tapi pelik la jugak.. biasanya orang kalau nak cabut pun dia cabut wayar belakang, tapi nih cabut wayar gagang telefon. Ah, lantak la.. dia fikir. Lepas tu room mate dia masuk. Baru balik. Dia tanya la kenapa kawan dia tu cabut wayar gagang telefon. Kawan dia terkejut sebab dia baru balik dari bilik kawan yang satu course ngan dia. Dia tidur kat sana. Yang minah nih terkejut la... sapa pulak yang cabut wayar gagang telefon nih? Nak kata dia tak kunci bilik... bilik diorang nih memang takleh bukak dari luar... unless kalau ada kunci. Nak kata dia mengigau..... dia la yang paling rajin nak angkat tipon.. lagi pun takkan dia boleh terfikir nak cabut wayar gagang telefon... (gagang telefon terletak jauh dari telefon dan dalam keadaan terlentang). Paling tidak angkat gagang telefon letak tepi atau cabut wayar telefon tu sendiri. Aku tak tau la benda apa yang mengganggu dia... tapi dah dua kali dia alami benda yang sam sejak baru bukak semester kedua nih.

 ni kisah yang ketiga isah ini berlaku kira-kira lima tahun yang lalu. Waktu itu aku ditingkatan dua dan tinggal di asrama. Aku ni terkenal dengan sifat yang tak reti takut. Memang sejak kecil lagi aku telah diajar oleh ayahku untuk tidak takut pada hantu. Menurut ayah ku..." Hantu dan syaitan ni nak pegang kita pun tak dapat inikan pula nak cubit.." Itulah kata-kata ayahku yang membuatkan aku berani sehingga kini walaupun pada hakikatnya aku seorang perempuan yang lemah lembut. Sekolah aku terletak di sebuah kawasan yang boleh dikatakan indah dan nyaman. Lagipun di situ kawasan kampung. Asrama yang aku duduki berada di dalam kawasan sekolah. Jadi senanglah untuk kami pelajar pelajar asrama untuk berulang alik. Kebetulan pada semester tersebut pihak sekolah aku bercadang untuk menambahkan lagi satu blok asrama untuk menampung bilangan pelajar yang kian meningkat. Jadi setelah dipersetujui, Akhirnya kerja-kerja membina pun dilakukan bersebelah dengan blok asrama puteri yang lama.

 Pada mulanya pembinaan itu berjalan dengan lancar sehinggalah suatu hari....... Petang itu aku pulang daripada sekolah kira-kira jam 3 petang bersama-sama empat kawan ku yang lain. Setelah menyalin pakaian, kami bercadang untuk bermain tenis di gelangang yang berdekatan. Sewaktu kami menuruni tangga untuk ke gelangang berkenaan tiba-tiba kami terdengar suara lelaki sedang menjerit dan diikuti dengan dentuman yang kuat. Kami dapat mengesan arah bunyi tersebut. Tak silap lagi ianya datang dari arah tapak pembinaan asrama baru. Kami segera bergegas ke sana. Setibanya di situ kami terkejut besar apabila kami dapati seorang pekerja berbangsa Cina telah jatuh dari bangunan tesebut. Kawan-kawan pekerja tersebut segera mendapatkan beliau. Aku dan kawan-kawanku tergamam. Tubuh pekerja berkenaan dibasahi dengan darah. Aku yakin dia telah mati memandangkan keadaan kepalanya yang bercerai dari badan. Kawanku , Mila tiba-tiba pengsan. Aku terpaku di situ.

Pada malam tersebut kami tidak dapat tidur dengan nyenyak tambahan lagi kami adalah orang pertama yang menyaksikan kejadian itu. Warden asrama menasihati kami supaya bawa bertenang. Tetapi aku benar-benar tidak dapat melupakan kejadian itu lebih-lebih lagi jika teringatkan keadaan tubuh mangsa yang amat mengerikan. Malam makin larut. Aku cuba melelapkan mataku. Tiba-tiba aku terdengar seperti ada sesuatu yang sedang menghampiriku. Aku meluaskan pandangan kesekeliling. Mataku liar mencari benda tersebut. Hidung ku mula terbau sesuatu yang hanyir. Darah! Aku tersentak. Aku mendongak ke atas. Aku dapati darah mengalir dari kipas siling. Banyak sekali ! Aku beranikan diri untuk bangun. Mata ku tiba-tiba tertumpu ke arah kawanku Mila. Ya Allah, Aku lihat beberapa orang berjubah kuning sedang mengelilinginya. Aku beranikan diriku untuk menghampiri mereka. Kawan- kawanku yang sedorm sudah lama dibuai mimpi. Dengan keyakinan aku menegur orang-orang yang berjubah kuning berkenaan. " Siapa anda semua ?" Mereka tidak menjawab pertanyaan aku. Aku mula syak sesuatu. Aku beranikan diri lagi dengan memegang salah seorang daripada mereka. Tetapi... Tangan ku bolos.

Ternyata mereka tidak menghiraukan kedatangan aku. Aku terpinga.. Mereka bangun dari katil Mila dan menuju ke tingkap yang bertentangan dengan tempat kemalangan petang tadi. Aku dapat melihat dengan jelas mereka menembusi dinding asrama dan terus melayang ke angkasa. Aku terpegun. Tiba-tiba lamunan aku tersentak apabila dikejutkan oleh suara kawanku Lin. Rupanya bukan aku seorang yang menyaksikan peristiwa itu, Lin juga sempat menyaksikannya. Lin kelihatan begitu takut, dia menanggis. Badannya terasa panas dan menggigil. Aku cuba menenangkannya. Lin dapat juga aku tenangkan.

Lega rasanya bila dia kembali seperti sediakala. Kami bercerita panjang tentang pengalaman masing-masing melihat peristiwa yang berlaku tadi. Lin menyatakan padaku yang dia ternampak ada dua orang lelaki berjubah kuning hendak memukul aku dengan Kayu Tas dari arah belakang. Tetapi mereka tidak berjaya kerana dihalang oleh seorang lagi lelaki berjubah kuning yang lain. Aku betul-betul terkejut. Aku bertanyakan Lin samaada dia nampak atau tidak lelaki berjubah kuning mengelilingi Mila. Dia jawab TIDAK. Aku semakin hairan. Bagaimana dua peristiwa boleh berlaku dalam waktu yang sama tetapi berlainan keadaan. Cuma ketika lelaki-lelaki berjubah kuning itu melayang ke angkasa sahaja kami dapat menyaksikan peristiwa yang sama. Angin malam semakin dingin. Suasana semakin suram. Aku dan Lin masih tidak dapat tidur. Tiba-tiba.... "Aaaaaaaaaaaaaa....." Suara orang menjerit seperti diserang sesuatu kedengaran dari tingkat atas asrama.

Serentak dengan itu juga kedengaran bunyi dentuman yang kuat dari arah yang sama. Aku bergegas keluar. Aku lihat penghuni penghuni yang lain juga tercengang-cengang di luar dorm. Masing-masing tertanya apakah yang berlaku. Warden juga kelihatan terpinga-pinga. Suara jeritan dan lolongan tadi semakin menjadi-jadi. Kali ini bukan lagi seorang tetapi ramai. Aku semakin ingin tahu. Warden meminta sesiapa yang berani untuk mengikutnya naik ke atas. Aku dan lima orang lagi rakan mengikut warden naik ke atas. Setibanya kami di sana kami dapati beberapa orang penghuni dorm Emas sedang merangkak di kaki lima seperti biawak. Aku mengucap panjang. Kami cuba menangkap mereka tetapi tidak berjaya kerana bilangan yang hendak ditangkap lebih banyak dari yang menangkap.

Warden mengarahkan penghuni yang tidak naik ke atas untuk mendapatkan bantuan dari warden aspura. Bantuan yang diharapkan sia-sia sahaja kerana tidak seorang pun warden aspura yang terjaga termasuklah penghuni aspura sendiri. Kami mula cemas. Bilangan penghuni yang dirasuk semakin banyak iaitu kira-kira sebelas orang dan bersamaan dengan satu dorm berkenaan. Mereka menjerit, melolong dan tak kurang pula yang mengilai. Kami terpaksa mengepung mereka. Warden mengarahkan supaya kami membaca apa sahaja ayat suci yang kami ingat sambil mengawasi mereka. Keadaan semakin kelam kabut apabila ada yang dirasuk itu mula bertindak liar. Mereka mula berlari menuruni tangga. kami tidak dapat berbuat apa-apa lagi.Hendak ditangkap memang tidak berdaya. Kami tawakal kepada Allah. Di bawah mereka mula mengoncangkan pagar yang memagari kawasan aspuri.

Warden meminta supaya kami beramai -ramai memegang mereka supaya mereka tidak merobohkan pagar untuk lari keluar. Mereka meraung raung. Di saat aku memegang salah seorang daripada mereka aku rasakan seperti tubuhku digoncang dengan begitu kuat. Aku mula membaca Ayat Kursi. Kegilaannya semakin menjadi jadi. Aku menempeleng muka budak berkenaan. Dia pengsan. Menyedari perbuatan aku itu berkesan, kami beramai-ramai menempeleng kesebelas belas penghuni berkenaan. Mereka pengsan. Seraya dengan itu azan Subuh berkumandang dengan sayupnya. Pagi itu ramai di antara kami yang tidak ke sekolah kerana letih. Apabila di tanya kepada penghuni yang dirasuk apa yang terjadi semalam, mereka hanya menjawab mereka tidur dengan nyenyak sekali. Bila kami menceritakan apa yang berlaku semalam mereka bagaikan tidak percaya. Berita dirasuk beramai ramai sampai ke pengetahuan penghuni aspura. Mereka juga terkejut kerana tidak seorang pun yang mendengar bunyi orang menjerit.

Malam itu kami mengadakan sembahyang hajat beramai ramai untuk meminta dijauhkan dari sebarang malapetaka. Pengetua juga menasihati kami supaya tidak mengingati peristiwa berkenaan. Menurutnya lagi peristiwa berkenaan hanyalah untuk menguji kesabaran kami. Aku tidak dapat merumuskan samaada peristiwa berkenaan ada kaitannya dengan kematian pekerja di tapak binaan. Tetapi ada cerita yang mengatakan kematian pekerja berkenaan dirancang oleh abangnya sendiri dan rohnya ingin menuntut bela. Allahualam...Bagi aku peristiwa ini adalah suatu pengalaman yang amat berharga...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku tulung kopi pes balik...sakit mata aku yg nagntui nih..hehehe



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

hoh tq cik kesuma........akhirnye..clear

__________________

 someOne .....is..waiting..



Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

ha bce2...aku mls bace...menin..kakakakaak same2.. mimpi tinggi



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard