KISAH PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI DENGAN PESAKIT JIN ASYIK DAN MINYAK PENGASIH- EDISI BERSAMA ABAH
dipendekkan citer....(jangan mare yek nanti cepat tumbuh jerawat.....jimat masa taip..) kali ini nama samaran nak letak nama glemer ...iaitu..akak Julia...
kisah ini berlaku sebelum ilah berkahwin dan sebelum abah bersara membantu mengubati org luar selain family..pada waktu senggang dan juga peristiwa ini berlaku sebelum kes hitam pesakit badi berlaku.....
begini kisahnya........... kak julia hadir bersama kawan baiknya..datang berjumpa abah meminta merawatnya kerana syak ada sesuatu yg ganjil berlaku kepadanya ...
kes atau simpton ganjil yg berlaku kepada kak julia..dan ada yg disedari oleh kawan baiknya2: mempunyai kelebihan memikat lelaki....dan tidak mampu mengawal nafsu..adakalanya hilang ingatan dan sering bertukar pasangan..alhamdullilah dengan bantuan kawan baiknya dia mampu mengawal kelakuan liarnya namun begitu baru2 ini kak julia kembali semula ke perangai lamanya dan semakin teruk sejak mengenali seorang jejaka dr Utara.. dan sering kali menurut apa yg diminta oleh jejaka tersebut....menuruti kata2 jejaka tersebut tanpa bantahan seperi kerbau yg dicucuk dihidung.
Seisi Rawatan pertama:
semasa kunjungan yg pertama ..ilah sudah ternampak ada bebayang seorang bayi kecil memeluk di lengan kiri ..milik wanita muda berwajah cantik ini ..dimana bebayang bayi tersebut memeluk dan berpaut lengannya kirinya dengan menyembunyikan wajahnya...errmm bebayang ni hanya muncul tiga saat sahaja...
abah pada masa ini ..langsung tidak memandang wajah wanita terbabit..sebaliknya menyuruh ilah dan mak menyoal dan menyelidik masaalah kak julia...(erk! pada masa nie ilah dah terpikir ...uihh..abah tak mau nengok wajah kak julia sebab takut tergoda kot..hik..hikk.hik.. ....ermm kak julia memnag cantik dan memiliki aura seri yg sangat tinggi....)..
malah semasa seisi rawatan yg pertama abah meminta mak membuat bidai drpd kain batik lepas panjang yg memisahkan pandangan mata diantara abah dan kami ..manakala kami mendengar arahan abah melalui panduan suaranya...
abah menghulurkn sebesen air kosong dan lima helai daun sireh yg segar melalui bawah bidai yg memisahkan kami.. Kelima2 daun sireh tersebut abah telah membuat penanda pangkah dengan menggunakan kapur sireh.
abah meminta emak menyuruh kak julia duduk bersimpuh dihadapan besen tersebut dengan kedua tangannya memegang bucu besen seolah2 menahan berat tubuhnya...manakala wajahnya ditundukkan sedikit kearah dalam besen seolah2 ingin separuh wajahnya ditenggelami didalam air...
abah juga menyuruh emak menyapu ubun2 kak julia dengan setiap helaian daun sireh tersebut..kemudian dilepaskan jatuh kedalam air..sebelum dilepaskan emak perlu membaca surah al-fatihah....dan selawat...
daun sireh yg pertama setelah diusap diubun2 kak julia...mak melepaskannya agar jatuh kedalam air setelah membaca surah yg dipinta oleh abah.....manakala abah pula meminta emak melihat perubahan yg berlaku keatas daun sireh tersebut bila jatuh kedalam air...
daun sireh tersebut jatuh kedalm air dan terapung serta berpusing mengikut arus air sehinggalah tetiba menjadi kecut seperti terkena api dan terus tenggelam di dasar besen.
bila emak menyatakanperubahan yg berlaku..abah hanya berdiam diri..sahaja
perubahan yang sama berlaku pada daun yang kedua , ketiga ,keempat dan kelima bila mak menuruti proses diatas...manakala kak julia sudah mulai panik dan berpeluh bila melihat perubahan aneh sebentar tadi...
manakala kawan baiknya mengenggam tangan kak julia untuk menenang kannya...
" ambil kesemua sireh tersebut kemudian gengam dikedua belah tangan dan ramas sehingga mengeluarkan jus yang berwarna kuning...kemudian baca surah an- nas serta selawat kemudian ambil jusnya dan sapu dari hujung kening hingga kebatang hidungnya....kemudian lihat sekiranya ada perubahan " ujar abah dengan tenang..sesekali ilah terdengar libasan tasbih abah dilantai...seolah abah sedang melibas sesuatu.
emak terus melakukannya tanpa bantahan...manakala kak julia mengaduh kesakitan bila jus tersebut meleleh dan memsuki ronnga hidungnya....dan jari mak berhenti bila jarinya tersentuh rongga hidungnya.....lalu mak menjerit" ada seperti batang macam dipaku dirongga hidung...tak leh nampak dengan mata tapi boleh rasa dengan jari"
"tarik batang yg seperti dipaku tersebut bila aku menepuk lantai dengan kuat sebentar nanti..dan jangan dillepaskan jari drpd batang paku tersebut: ujar abah dengan tegas
'baiklah" ujar emak dengan tenang sambil mengukuhkan kedudukan silanya untuk bersedia sebarang kemungkinan....manakala kak julia sudah mengerang kesakitan sambil berlinang air mata.
ilah mengintai dibalik tirai melihat abah..kelihatan abah sibuk membaca beberapa surah tertentu sesekali tasbih abah berpusing memukul lantai...menakala ibu jari tangan kirinya berdiri menyentuh lantai.....
'sekarang tarik ' ujar abah lantar menepuk lantai sebagai signal kepada emak untuk menarik...
serentak itu...kak julia menjerit nyaring dan erkk!!!!!!!!!!..kelihatan kelibat wanita berwajah buruk terpelanting keluar drpd rongga hidungnya terawang2 ..dan terus hilang...
sementara...kak julia..pengsan kerana keletihan menjerit....
eh!!!!!!!!..wajah kak julia....dah hilang seri..tadi macam penggoda tetapi sekarang dah takder......
rupanya2 menurut abah yg keluar tadi adalah jin asyik yg selalu mengekori kak julia..dan dia juga membuatkan kak julia kelihatan cantik dan mampu menundukkan lelaki..dan sesekali makhluk ini akan menggunakan badan kak julia sekiranya ingin bersetubuh dengan manusia yg diminati.....
errmmm belum abis lagi tau kengkawan..sebab pada rawatn ini abah hanya berjaya mengusir jin asyik ..belum lagi mengungkaikan lagi ilmu pengasih ....
untuk mengungkai ilmu minyak pengasih ini akan dilakukan pd rawatan yg seterusnya kerana kata abah minyak pengasih ini dihasilkan drpd bayi dan tengkorak manusia....
alahaiiii adik zaza oiiiiiittttttt ... tok leh ke buat x payah pakai edisi-edisi niiiii .... lenguh kepala lutut aku mencangkung .... tunggu sambungan cerita cik puan ilah niii (potong stim btul ....)...
-sebelum rawatn kedua dilakukan ilah sempat berbual dengan rakan baik kak julia....dia meluahkan rasa simpati terhadap kak julia dan menceritakan peristiwa pelik sepanjang dia berkawan dengan kak julia...ilah pula hanya mendengar.....
sedang dia asyik bercerita tentang perkara pelik yg berlaku kpd kak julia..tetiba muncul lembaga berwajah tengkorak duduk mencangkung disebelah kwn baik kak julia.....memandang bengis kearahnya.....
ilah hanya diam jer....sementara kawan baik kak julia semakin galak bercerita......dan apbila ..kawan kak julia menyebut nama jejaka utara tersebut..lembaga berwajah tengkorak tersebut bingkas bangun dan terus meludah darah kearah kawan baik kak julia....aduihlah....baunya busuk ..merah dan berulat memenuhi wajahnya tanpa disedari olehnya....hu..hu...makin galak lagi ccerita adalah ..sesekali dia menggaru wajahnya seolah2 gatal...hu..hu......
dan lembaga berwajah tengkorak hilang drpd pandangan bila suara abah memberi salam tanda baru pulang dr masjid....
dan terus ilah mengkhabarkan apa yg dilihat sebentar tadi.......abah mcm biasalah kengkawan diam membisu tanpa bahasa...
seisi rawatan kedua:
kali ini rawatan abah menggunakan sebiji batu sungai berbentuk seperti hexagon yang berlatarkan warna ungu kebiruan. mulut abah berkumat-kumit membaca beberapa surah dan potong ayat drpd surah terpilih...kemudian ditiupkan ke arah batu tersebut.
batu tersebut berubah menjadi seperti batu berbara tetapi baranya bukan berwarna merah bara masih berwarna ungu kebiruan...
kemudian batu tersebut abah letak dihujung batang kayu Puba'g...dan anehnya batu tersebut melekat seperti digam..( errr korang leh bayangkan ker )
kemudian abah menghulurkan kayu Puba'g berbatu sungai tersebut kpd emak sambil memberi isyarat agar menekan batu tersebut dilengan kiri kak julia....
bila emak meletakkan batu tersebut dilengan kak julia dengan memegang batang kayu Puba'g......kak julia terus pengsan bila batu tersebut menyentuh kulit lengan kirinya....namun jari jemari kiri kak julia seolah bernyawa...tetiba ilah terdengar tangisan bayi...semakin lama semakin kuat...dan suasana tetiba menjadi hening.
Ya Allah !lengan kak julia yg tadi putih kemerahan bertukar menjadi hitam kehijauan....dan warna tersebut seolah2 bergerak cuba mencari ruang untuk bergerak....manakala batu sungai tersebut semakin membara seperti bara api....kelihatan seperti batu tersebut menyedut sesuatu drpd lengan kak julia....dan warna seperti hitam kehijauan itu semakin lama semakin menuju ke arah batu sungai tersebut....seolah2 ada tarikan kuasa yg amat kuat sehingga menggerakkan warna hitam kehijau itu....bila warna tersebut sudah hampir mendekati batu sungai itu..secara tetiba berlaku benjolan lonjong seolah2 enggan menuju kearah batu sungai tersebut..
manakala tangisan bayi menangis semakin kuat kedengaran ditelinga ilah...
terus abah meminta emak membaca beberapa ayat drpd surah jin dan surah yg terpilih...sementara abah masih membaca meneruskan mambaca beberapa potong ayat drpd surah terpilih menolong emak ........alhamdullilah benjolan tersebut menyusut.....dan warna hitam kehijauan terus disedut masuk kedalam batu sungai ....sehingga warna bara ungu kebiruan menjadi hitam seperti batu biasa...dan bila sudah habis disebut kesemua warna hitam kehijau dilengan kak julia..batu sungai yg tadi kelihatan seperti digam dihujung btg kayu Puba'g....secara tetiba jatuh ke lantai ..lalu terbakar dan hancur menjadi abu.....
serentak itu tangisan bayi berhenti secara tetiba.....manakala kak julia setelah disapu wajahnya dengan air yg direndam dengan sireh oleh abah sedar drpd pengsan.....dan menangis memluk emak sambil berkata .semasa pengsan dia nampak ada bayi berwajah hodoh cuba mendekati nya ..namun gagal ...setelah itu diganti dengan lembaga tidak berkepala cuba memeluknya kemudian dtg bergolek kepala yg menyerupai tengkorak berdarah lalu bersatu dengan lembaga tidak berkepala.....lembaga kepala tengkorak ini enggan melepaskannay sehingga tetiba datang kayu besar hujungnya ada batu menolaknya sehingga terpelanting jauh.....serentak itu juga dia mendengar suara abah membaca ayat2 suci al-Quran..dan dia mengikuti arah suara abah sehingga tetiba ternampak cahaya putih ..lalu tersedar...
abah hanya diam bila mendengar...dan berkata " jiwa kamu ditawan oleh ilmu syaitan..dan alhamdullilah dengan izinNYA kamu dpt pulang.....
sejak hari itu, menurut kak julia ..jejaka drpd utara itu tidak pernah menemuinya seolah2 melarikan diri drpdnya..dan kehidupannya kembali normal
Hmm ilah ada kisah benar mengenai ikan duyung?.bagaimana wujudnya manusia berbadan ikan ini kisahnya bermula begini sORI YEK..ILAH TEPEK..CITER PASI IKAN DUYUNG KAT SINI JAP.. ASAL USUL SEBENAR IKAN DUYUNG
Hmm ilah ada kisah benar mengenai ikan duyung?.bagaimana wujudnya manusia berbadan ikan ini kisahnya bermula begini.
Disebuah kepulauan yang indah damai sebelum tahun hijrah dan kedatangan agama Islam..di mana semua penduduk di pulau ini menyembah berhala nenek yang tinggal dan berkampung di atas laut
Pulau yang indah dan damai ini di beri nama Pulau Tungkil .tapi ilah tak mau cerita mengenai asal usul pulau inini kemudian dulu..sebab di sini ilah nak cerita pasal asal-usul ikan duyung
Di Pulau Tungkil ada sebuah tempat yang bernama Kalang. Dimana terdapat sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi masih belum mendapat rezeki anak
Walaupun masih tiada anak..mereka saling sayang-menyayangiopps s lupa lak nak bagitau nama mereka...si suami bernama Legadong dan kerjanya menangkap ikan dilaut..manakala isterinyaPalmuriah ..seorang suri rumahmereka tinggal di atas laut kerana mereka daripada keturunan org laut...maka kehidupan mereka menyerupai org laut yang lain.
SehinggalahPalmuriah mengandungbetapa gembira tidak terhingga Si Legadong apabila mendengar khabar berita gembira ini..sejak hari itu..Palmuriah di larang keluar daripada rumah dan membuat kerja2 beratsemua kerja2 rumah Legadong nie yang buat Semasa mengandung Palmuriah mengidam ingin memakan buah rumput lautpada mulanya Legadong memujuk isterinya setelah didesak oleh isterinya akhirnya Legadong menurut .dan memetik buah rumput laut untuk isterinya................
Isterinya Palmuriah pabila memakan buah rumput laut kali pertamaterus ketagih dan menginginkan buah rumput laut nie setiap harijadi Legadong akan memetik buah rumput setiap hari tuk isterinya..
Ok!camner rupa rumput laut..nierumput laut nie macam lalang tinggi tapi lembut seperti rumpai lautbuah nya lak berbuah kat daun rumput tersebut.....kecil sahaja bentuknya
Ok..bentuk buahnya ..cam nieluar nya seperti kulit buah rambutan ..saiznya kecil dan sebesar kuku manusiamanakala..isinya masam kelat dan berwarna coklat putih kekuningan
Rumpai laut tumbuh melata di kawasan air surut dan air pasang kira kawasan nie jauh daripada pantaidan tanah ...jadi untuk memetik buah rumpai nie si Legadong terpaksa menunggu air surut dahulu dan memetiknya sebelum air pasang kerana jika alpa memetik pasti akan terperangkap kerana air pasangjadi Legadong akan pastikan yang dia akan lik daripada menangkap ikan sebelum air laut pasang dan terus memetik buah rumput laut tuk isteri kesayangannya.
Sehinggalah suatu hari..SiLegadong..nie semasa menangkap ikan nie di lautia terleka ..kerana asyik menangkap ikan sampai terlupa mengenai buah rumpai laut niejadi dia cepat2 berkemas tuk lik ..tapi malangnya..pada masa tersebut ..hujan lebat dan ribut berlaku tanpa disangka datanglah ombak besar dan menelan dia serta sampannya...
Sementara isterinya Palmuriah di rumah gelisah dan gundah-gelana kerana sepatutnya suami nya sudah pulang kerumah dengan hasil tangkapan di laut serta buah rumpai laut.pada masa tu...tetapi masa nie dia menyedapkan hatinya mungkin suami nya lewat pulang ..daripada lautbukannya tidak pernah terjadi suaminya pulang lewat daripada laut semata2 ingin menangkap hasil laut lebih sedikit.....
Si Palmuriah nie tidak dapat menahan keinginannya ingin memakan buah rumpai lautjadi dia mengambil keputusan tuk kuar rumah dan memetik sendiri buah rumpai laut tu sendiritanpa melengah lagi dia pergi ke kawasan yang ada buah rumpai laut dengan tidak menyedari tempat disitu didiami jin...
Si Palmuriah nie memetik buah rumpai laut nie sampai jauh daripada pantai sehingga tak sedar air mulai naik pasang ia memetik buah rumpai sambil makan teruskerana keasyikan air yang naik tidak disedari sehinggalah dia tersedar sudah terlambat..dan cepat2 dia lari dan naik keatas batu yang berhampiran....
Palmuriah menangis kerintihan kerana tahu yang dia akan mati kelemasan...dan hatinya bertambah sedih bila mengingatkan suaminya serta anak yang dikandungnya....
Tanpa dia sedari...dia diperhatikan oleh jin laut...jin laut nie sudah lama memerhatikan gerak-gerinya semasa Palmuriah asyik memetik dan makan buah rumpai laut nie.....jadi jin laut nie menjelmakan dirinya menyerupai perempuan tua...dan muncul di depan Palmuriah
Terkejut Palmuriah melihat kemunculan perempuan tua secara tiba2.....pada mulanya Palmuriah menangis ketakutan tetapi setalah perempuan tua itu memperkenalkan dirinya yang dia tinggal tidak jauh dari situ..dan dia berniat baik tuk selamatkan dia..barulah Palmuriah dapat menenangkan dirinya...
Jin jelmaan perempuan tua itu menyuruh Palmuriah berenang dan mengikutnya malangnya Palmuriah tidak pandai berenag...maka di sinilah jin jelmaan tu menrancang sesuatu jahat yang mengubah nasib Palmuriah.buat selama-lamanya .jadi jin jelmaan tu berkata kepadanya "
"almuriah..aku boleh membuat kamu pandai berenang seperti ikan.di laut...adakah kau mahu berenang sepantas ikan dilaut." ........"Eh! betul ker nek....saya nak...saya nak " balas Pulmuriah tanpa berfikir panjang......Jin jelmaan tersenyum menang lalu katanya.." baiklah ...kau turun daripada batu tu dan masuk perlahan2 kedalam air dengan dimulai kaki kamu dahulu...
Palmuriah turun ke dalam air laut..dan masa nie nie separuh badannya sehingga kepinggang sudah berada di dalam air laut ..sementara kedua tangannya memegang batu..tuk membuatkannya terapung......dannnnnnnnnnnnnn tiba2 Palmuriah merasakan kesakitan yang amat sangat daripada kakinya sehingga pinggang....dia menjerit kuat kerana kesakitan yang amat sangat..dan terus jatuh kedalam laut...dan dalam kesakitan yang amat sangat tanpa disedarinya dia melahirkan sepasang anak kembar yangr dikandungnya.........
Bila palmuriah sedar daripada pengsan..dan dia terkejut kerana dia leh bernafas di dalam laut...dan melihat separuh badannnya telah menjadi ikan dari kaki hingga ke pinggang...sementara anak2nya pula telah bertukar menjadi ikan..yang pelik...dia menangis kesedihan melihat nasib nya dan anak nya...
Sementara itu...lak..jin jelmaan perempuan tua terus menjelma di depan Palmuriah...dan tersenyum sinis..dan berkata " Palmuriah...anak2 kau jadi begini kerana kamu memakan buah rumpai laut yang dilarang sama sekali di makan oleh manusia...dan sekarang aku telah tunaikan hajat kamu ingin berenang pantas seperti ikan di lautan....dan kau perlu membayar apa yang kau minta....sebagai galang gantinya kau akan hilang segala ingatan kau semasa kau menjadi manusia dan akan tinggal di dunia jin untuk selama-lamanya ..dan sementara anak2 kamu akan menjadi tinggal jauh kedalam laut dalam buat selamanya...." selepas jin jelmaan perempuan tu abis berkata..terus cahaya merah menyambar kepalanya ...dan terus dia hilang ingatan..mengenai kehidupan manusianya...Palmuriah memandang anaknya dengan pandangan yang kosong dan tanpa diminta dia pergi ke arah jin jelmaan perempaun tua itu seolah2 ada kuasa menariknya....
sementara itu anak2nya yang berupa ikan pelik itu menangis sehingga mengeluarkan air mata ..serta mengeluarkan suara seperti org menangis melihat keadaan ibunya...yang semakin hilang di pandangan kerana memasuki alam jin....
sehingga kini tiada sesiapa pun tahu nasib ikan duyung yang bernama Palmuriah di alam jin....sementara anaknya yang berupa ikan pelik pula berenang ke lautan dalam dan tinggal di sana....dan inilah ikan duyung yang dilihat oleh manusia sekarang
dan ikan dugung bukanlah ikan duyung...ikan duyung yang sebenarnya iaitu badan separuh manusia dan separuh ikan ialah Palmuriah yang sudah hilang daripada dunia manusia kerana telah memasuki alam jin...dan tiada duyung lelaki...bohong semata2 dan hanya rekaan manusia semata2..
Ikan duyung sebenar yang leh dijumpai manusia adalah daripada keturunan anak Palmuriah( itupun jarang sekali....dan ikan duyung nie dikenali ikan eksotik dikalangan org yang gemar memburu dan makan dagingnya..dan susah dijumpai.Ya-Allah kesian betul ikan nie..sedih ilah mengenangkan nasibnya)
Mungkin kengkawan tertanya2 bagaimana rupa anak Palmuriah yang telah bertukar menjadi ikan pelik...
hmmm cam.nie..rupanya....dari kaki hingga ke leher macam ikan cuma dari pinggang ke leher berkulit seperti manusia tetapi kulitnya tebal dan kasar sedikit...ada dua sirip seolah2 seperti tangan manusia...kalau mata ikan lak tak leh mengelipkan..tapi mata ikan duyung nie seperti mata manusia boleh megerlipkan mata seperti manusia...mulutnya menyerupai gabungan mulut ikan dan manusia...bentuk muka nya seperti grasshopper..mertadak metaduk...telinganya kecil sahaja..ditepi kepala..cam manusia..cuma kecil seperti telinga tikus...ikan duyung anak Palmuriah ada mempunyai rambut dari dahi hingga meliputi kepalanya..dan panjang dan ketebalan rambut tersebut bergantung kepada usia masing2........
dan yang paling menyedihkan bila ikan duyung keturunan anak palmuriah nie ditangkap...oleh manusia..pasti akan melahirkan air mata seperti manusia dan menangis sehingga mengeluarkan suara..seperti manusia menangis mengongoi kematian org yang disayangi......hmmm unik dan istimewa...ikan duyung....dan..hingga sekarang masih ada lagi..cuma susah dijumpai oleh manusia kerana sifat pemalunya dan juga kerana sifat manusia yang tidak berperi kemanusia serta zalim....
sekali lagi diucapkanribuan terima kasih buat zad..sebab sudi berkongsi kisah ilah disini...
terima kasih
p/s: my dear zad..yg akak highlighted merah tak payahlah paste kat sini sebab citer tu sangat panjang ....jadi lagenda duyung citer yg terakhir yg dikongsi disini yek....terima kasih wat warga geng cerita sebab sudi meluangkan masa membaca kisah ilah...teng dear...
-- Edited by ilahkhatibrani on Thursday 30th of June 2011 11:15:05 PM
cik lin mude, ustaz Sarhan Syafie, yang slalu masok al-kuliyyah n tanyalah ustaz bincang pasal gangguan jin n saka tu, ada cakap salah satu tanda2 korang ada masalah ngan mahluk2 halus ni ialah mimpi jatuh dari tempat tinggi sampai terjaga dalam keadaan takut n mengkin berpeloh2, n tanda2 konkrit untuk hal2 gini ialah korang menyusukan bayi,dikejar binatang2 buas cam harimau, kemungkinan besar ada masalah ngan mahluk halus.
salam puan ilah....
cek rasa sedikit kecewa...
tapi bukan sebab banyak episode atau panjangnya cerita....
tapi tiada lagi cerita2 terbaru yang diupdate...
cara penulisan yang senang nak hadam dan jalan cerita yang bersahaja....sebab nak ikut pengalaman kecil cek ni,cara penulisan orang yang mengalami sendiri benda tu berbeza dengan cerita yang berdasarkan imaginasi...lebih detail dan tetatur....