Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Pengalaman Mistik Ilahkhatibrani rumah yang ketiga


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:
RE: Pengalaman Mistik Ilahkhatibrani rumah yang ketiga


Hampir Ku LEkuk KePalaMu..(selingan kisah ringan tapi tak berapa seramlah)

Malam ini, kami keluar bersama melayan kerenah tekak ilah...tetiba nak air soya panas....alhamdullilah buah hati ilah berjaya menemui air idamanku....dan gerai tersebut terletak di kawasan deretan rumah sewa panjang beratapkan zink dan kayu ala2 cerita zaman P.Ramlee.....

Ilah menunggu didalam kereta , sementara tingkap di seat pemandu, suamiku membuka separuh agar dia dapat melihat keletahku dlm kereta....

sesekali ilah menjamu mata melihat keadaan sekeliling.....hurmmm tetiba ..."keletak" keletak" bunyi signal kiriku dengan cahaya berkelip2 berwarna biru menerangi berhampiran stereng kereta..erk! rosak ker apa signal kereta nie...getusku sambil tgn meraba dengan sedikit bantuan cahaya mencari suis signal ( err... suis ker nama kekdahnya ..yg banyak suis kat atas stereng selain horn tu..hu..hu..)

erk! saper yg tepis tangan aku nie...tanpa membuang masa terus ilah membuka lampu didlm kereta ....huh! nie anak saper yg dok kat bawah streng nie ..dok tersenyum2 kambing nie...bila masa..masuk tanpa diundang nie.....belum sempat ilah nak bersuara kat "adik itam tu" tetiba jer buah hatiku dtg membuka kereta sambil berkata" haaa nie nak keluar ker taknak..kang aku sekeh kepala kang..keluar sekarang ...aku kira sampai tiga ...kalau tak kuar aku bagi sekeh kang....sambil terus mengira dengan tangan mengagah kearah budak kecik tersebut...bila mendengar kata2 buah hatiku terus dia menghilang ......

terus buah hatiku berkata kepada ilah ' ramai tul budak kecik kat sini....berbogel lari2 dicelah rumah papan....ikutkan hati nak zasss jer.hu..hu...hu....



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

KISAH BURUNG BERTUKANG


Ok untuk tidak mengecewakan sijuragan ilah nak bercerita mengenai burung bertukang atau dikenali burung segan dikalangan penduduk kampung...

burung bertukang nie kalau dipandang oleh masyarakat sekarang akan dianggap burung yg paling hodoh dan tidak menarik ...malah bagi yg tidak mengetahui kelebihan burung ini akan memandang sepi kehadiran burung tersebut terutama pada siang hari ..dimana burung ini akan berehat sepanjang waktu siang sebelum bekerja keras bertukang pada waktu malam..

malah ada yg tidak mengetahui kehadirannya yang dimana warna badannya yg seolah sama ngan batu , ranting kayu dan daun kering ditanah...

tetapi burung bertukang ini dianggap burung paling bijak dan handal dikalangan warga mistik kerana kepakarannya memilih kayu yg terbaik dan bijak mencari batu/geliga kayu yg berupaya mengubati penyakit ganjil.

jadi tidak hairanlah , jikalau ada burung bertukang yg bertuan...ermmm bertuankan dari alam mistik...setiap bunyian drpd tukangan akan ada nada yg tersendiri atau kod rahsia yg hanya diketahui oleh "pihak yg tertentu"...jangan ditanya apa dia..sebab ilah sendiri pun tidak jelas mengenai kod tersebut...sebab tidak banyak info yg ilah ketahui.

dan jangan terkejut sekiranya tidak jauh drpd tempat burung ini sedang bertukang ada yang "tuan" yang memantau kerjanya...

yang pastinya jangan dipandang rendah keupayaan burung ini....

tambahan pula..burung ini bersarang ditanah dengan himpunan kayu2..tetapi amat sukar manusia menjumpai telurnya ..dan sarangnya ...nak tau kenapa sebab burung nie menanam kayu yang berupaya mengaburi pandangan mata manusia..sekiranya manusia menjumpai batang kayu ini ..dan tahu caranya dengan izin Allah ...manusia tersebut boleh menjadi halimunan....tapi amat sukar sekali manusia bernasib baik menjumpai..hanya yang berhati tulus dan dengan izin Allah SWT


hmmm..ini hanya info yg ilah tahu..yang tidak mempercayai. ilah tidak berkecil hati anggap sahaja ini hanya kisah dongeng untuk halwa telinga....cuma ingin berkongsi sahaja



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

AKU YANG MELIHAT DAN MENDENGAR

Kisah pendek

Kali ini tugasan aku membawa aku ke Phuket....pulau yang sangat indah namun penuh dengan kedukaan ...kedukaan bagi mereka yg sudah tiada...

aku ditempatkan di Andaman resort...resort yang sangat cantik terletak berhampiran pantai dan kota tumpuan bagi mereka yang suka berlibur dan berhibur.

malam pertama, kisah mistikku bermula....

kesian dia..berjalan dengan kaki yang dirantai besi yg berat..dengan muka yang sedih dan berlumuran darah..diseretnya kaki dengan penuh paksaan dan rintihan..seorang lelaki dengan wajah yg sugul..darah mengalir dicelah2 ubunnya ..menitis-nitis membasahi lantai bilik yang aku tidur malam itu.....aku hanya memandang dengan simpati dan terus membaca surah2 tertentu untuk memulihkan semangatku agar tidak dibawa sekali dengan ketakutan...Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan org yg beriman...

malam kedua...-melihat

aku menjelajahi kota phuket dengan hanya berjalan kaki pada waktu malam bersama teman sekerja....melihat kerenah dan ragam manusia...ada.asyik dan menginsafi ....

dalam kelekaan melihat.ragam manusia..aku terlihat "mereka" ..terima kasih ya- Allah kerana memberikan peluang..ermmm kali ini dapat melihat 'mereka' yang mampu bertukar menjadi wanita didalam tubuh badan manusia lelaki..ermmmm benarlah sangkaan ku..yang sigagah menjadi lembut akibat yg menganggu itu adalah berlawanan jantina...bila dirasuki dan sebati dengan jiwa raga maka berlaku penolakkan sifat yg semulajadi ...lantas mempengaruhi fikiran ...dan lahirlah ciptaan manusia...golongan mereka yg terperangkap ditubuh sendiri..

"mereka" mempunyai tubuh seperti wanita..berpakaian putih..rambut yang panjang dan lembut...pergerakan seperti wanita..namun wajah mereka hampir menyerupai simanusia tersebut...disamping memasing memakai tangkal penarik kecantikan untuk menarik perhatian....aduh! ramai sungguh yg terpedaya dengan lenggang liuk mereka ...ermm kalaulah manusia tersebut melihat kebenaran disebalik topeng tersebut...aku yakin tiada seorang manusia pun yang memenuhi ditempat ini



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

beeeezzzz!!!!!!!

__________________

I'd RatheR wasTe My LiFe pReTeNDiNg!

ThaN Have To FoRgEt U FoR oNe WhoLe MiNuTe!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

KISAH PENGALAMAN MISTIK DENGAN WANITA BERLIDAH PANJANG.

Sebelum pergerakan ilah dipantau berlaku satu kejadian yg diluar jangkaan ilah ...ermm ilah terserempak dengan wanita berlidah panjang halus dan runcing...

begini kisahnya..

Pada malam itu, aku tinggal seorang diri di rumuahku...sebenarnya ibu mertuaku sudah menelefonku berkali2 agar tidur dirumahnya bila diketahuinya buah hatiku terpaksa meninggalkan aku selama empat hari demi tugas yg tidak dpt dielakkan. Kebiasaanya, aku akan menuruti, tapi pada malam itu tiba2 aku rasa ingin bersendirian dirumah..ermm mungkin pembawaan emosi terlalu merindui org umah.


untuk mengelakan emosi menguasai diri, aku meluangkan masa membaca buku kegemaranku... ....disofa kegemaranku di ruang tamu....

tetiba2 ..aku terdengar kocakan air. yg sangat kuat.......dan aku pasti kocakan air tersebut dtg dari arah akuarium ikan gappyku....
dengan segera aku meluru ke arahnya.kerana risau sekiranya ada yg melompat keluar drpd akuarium..(errmmm akuariumku tiada penutup....hanya ditutup separuh sahaja ..dimana penutup tersebut aku gantungkan lampu panjang berwarna hijau )dan cubaan ""membunuh diri""..iaitu melompt keluar ini bukan kali pertama... ...

(ok..untuk pengetahuan kengkawan, ikan gappyku ada lima puluh ekor..dan aku meletakkan akuarium tersebut tidak jauh drpd tingkap..dan tingkap ini dibiarkan terbuka sedikit ..bila waktu malam shj...tetapi sejak kebelakangan ini, bilangannya berkurangan..dan ada yg mati kekeringan di lantai kerana melompat keluar dan semua ni berlaku bila kami tiada diumah...manakala..akuarium ikanku aku letak didalam bilik kecil ..yang bertingkap....ha..ha..ha..kenapa letak ikan di dlm bilik..sebabnya aku suka bagi privasi kat ikan kesayanganku.. ..errr sebenarnya malas nak angkat air sesikit bila nak tukar air bersih....bila letak kat sini senang sikit ...sebab bersebelahan dan dekat nagn bilik air..hu..hu.. )

ok..sambung lik cerita........

Ya.Allah!..apa benda tu... ..mataku menangkap sesuatu yg panjang dan runcing yg menyerupai seperti lidah menangkap dan mengulung beberapa ikan gappyku..sementara ikan gappyku yg selamat bertempiaran berenang mendapatkan ruang untuk bersembunyi....malah ada yg melompat keluar drpd akuarium untuk melepaskan diri drpd ditangkap.

pergerakan lidah tersebut sangat pantas..dengan sekali rempuhan sahaja ia dpt menangkap dan mengulung beberapa ekor ikan gappy...sesekali kedengaran bunyi macam kucing yg menderam merebut makanan dengan kucing yg lain...

setelah berjaya menangkap beberapa ekor ikan gappy...lidah tersebut laju ditarik keluar drpd akuarium dan "terbang' menuju ke arah tingkap..ermmm berkecak air semasa proses penarikan lidah ini.. .....berlendir pulak tu.....dengan bantuan pantulan cahaya lampu drpd ruang tamu...dengan jelas aku nampak seorang wanita .diluar tingkap melekap di dinding luar umah seperti spiderman ..melekat ..sambil kepalanya di tingkap yg separuh terbuka.....berambut hitam kehijauan sedang enak makan malam ikan gappyku...penuh lahap sekali....sesekali lidahnya yg panjang berlendir keluar drpd mulutnya.... ...

aku pula dengan pantas mengambil batu hiasan yg berada di ruang tamu..dan terus membaca ayat tertentu...yg pernah diajarkan abah..setelah itu terus aku membaling ke arah makhluk ijau tersebut....terus ia berpaling ke arah ilah dengan matanya yg bersilau seperti lampu kereta pada waktu malam setelah itu terus ia melompat kerah pokok pinang yg berhampiran ..dan berpaling ke arah ilah sekali lagi dengan pandangan tajam sebelum melompat kearah pokok yg lain menuju ke arah bukit yg berhampiran ....



aduihlah..naperlah minah hijau nie pilih ikan gappy aku ..ikan kat tasik depan tu dah abis ker ...




__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

kecian ikan..~

__________________

I'd RatheR wasTe My LiFe pReTeNDiNg!

ThaN Have To FoRgEt U FoR oNe WhoLe MiNuTe!



Newbie

Status: Offline
Posts: 4
Date:

Salam adik zadza dan semua forumer...

terima kasih wat adik zadza sebab sudi berkongsi kisah dan pengalaman ilah di sini..

untuk pengetahuan semua adik zadza telah meminta izin daripada ilah untuk berkongsi di sini kecuali beberapa kisah pengalaman sahaja..dimana seeloknnya PM adik zadza untuk selanjutnya...^ _ ^...

jangan lah menuduh dan berpra-sangka dengan adik zadza kerana dia nie baik budaknya ....

selamat membaca dan semoga anda semua terhibur...


ilah tidak memaksa anda semua untuk mempercayai apa yg ilah alami ..anggaplah kisah yg ilah kongsikan disini hanya untuk halwa ditelinga anda....^ _ ^ ..


buat adik zadza sayang.. teng dear..muah..muah...


__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 3114
Date:

welkem tu GC puan illahthabrani .... usah lah puan bimbang ... adik zaza tau menjaga dirinya kat sini ... dan aku tau ... cik puan join kat sini pon ... untuk becking budak baik niii .. don wori ... kat GC ni... memang kekadang ada yg suka meraban ... tu kekadang ada ler yg ter pra .. pra ... tu ... biggrin



__________________

make me feel it



Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

tak adalah baik pun... cuma nak pegang janji aja... bila Ilah dah bagi kebenaran nak copy paste cerita mestilah stick to permintaan Ilah.. kena menghormati permintaan orang lain.. sebab mesti ada sebab disebaliknya...

terima kasih ilah dan terima kasih En. Badar...

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

KISAH PENDEK PENGALAMAN MISTIK DENGAN WANITA BERTALI HITAM..

Kisah ini berlaku tepat jam 9.30mlm...aku masih ingat kerana sebelum aku melangkah ke arah parkir keretaku..aku melihat jam tanganku..kerana pelik keadaan yg sunyi hening pada masa itu....selalunya ada bebudak akan m,elepak dan bermain gitar berhampiran..errmmm malam tu tiada sesiapa pun..pelik betul....

sehinggalah aku merasakan getaran yg pelik ditelingaku..tepat diatas pokok yg berada di depanku......Ya! Allah seorang wanita berbaju hitam dengan dilehernya ada lilitan kain hitam seperti reben panjang....semuanya hitam termasuk kulitnya dan rambutnya...cuma matangya..bukan berwarna merah....mata putih cuma anak matanya berwarna merah...

sedang asyik memandang sekeliling ..tanpa menyedari ilah terlihat kelibatnya...aku perasan dia ada melhatku sekilas tetapi belagak seperti tidak pedulikan kehadiranku..seolah2 memang mahu aku melihat tindak -tanduknya...

kemudiannya dia membuka mulutnya dan berbunyi seperti bunyi burung malam tetapi halus bunyinya ...dan juga seperti bunyi air yg menitis dengan laju drpd salur getah paip lalu jatuh ke atas lantai........


erk! nie bahasa "memanggi pukauanl" nie....dengan segera aku membina benteng pertahanan yg biasa aku lakukan....sementara itu..'benda'itu tetiba berhenti "berkicau" sambil terus melayang turun drpd pokok seperti superman cuma tangannya mendepa disinya....

erk! minah hijau yg makan ikan aku....getusku dlm hati....Ya!Allah apa dia nak drpd aku nie...

minah tu cuba menghampiri tetapi gagal....cuba melontarkan lidahnya yg panjang tetapi gagal...juga....aku sudah berpeluh..menahan....aku letih sangat......

tanpa disangka tetiba..."ILAHHHHHHHHHH naper tercegat kat situ ..mana somi ko..." serentak itu minah itu melompat kearah bumbung rumah yg berhampiran ..lalu hilang ditelan kegelapan.....

alhamdullilah! jiranku datang tepat pada masanya ..dan bermula episod yg malang bagiku semenjak malam itu....

THE ENDS



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

KISAH PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI DI GENTING HIGHLAND.

Aku tak suka gi Genting..tak tau kenapa...kalau pergi pun sebab tugasan dan selalunya berteman..sehinggalah aku terpaksa bertolak ke sana pada saat akhir diatas sebab kawan tu tetiba jatuh sakit....dan yg tak beshnya pada masa tu aku masih di KL dan jam menunjukkan 4.30pm..dan aku perlu sampai di Genting sebelum Isyak....erkkk!!! maner sempat dengan traffic yg sesak diCheras terutama pada hari bekerja....

jadi aku nekad naik ke genting sendirian..aku berhenti seketika di shell tuk solat maghrib...sebelum meneruskan perjalanan menuju ke genting ....errmmm semasa aku melepasi tol RM5.00 hinggit tiada satu kereta pun yang ada...yang ada hanyalah aku...

dan tanpa disangka berlaku keanehan sepanjang perjalanan ku ......dan aku pula....LAYAN jerlah.. ..

peristiwa yg pertama berlaku ...secara tetiba lorong jalan yg dilalui sepatutnya berselekoh secara tetiba menjadi lurus dengan dipenuhi dengan kabus ...errmmm memang tak nampak jalan..gelap jer...

lantas aku membaca Al-Fatihah dan letakkan kedua belah ibu jariku ke lelangit ku ..kemudiannya ku sapukan ke dua belah mataku..alhamdullilah secara tetiba kabus yg tebal menjadi nipis...dan jalan yg tadinya lurus bertukar seperti sedia kala...iaitu gaung yg dalam .

...dan didepanku... tidak jauh drpd keretaku ada lori panjang yg sedang berusaha meneruskan perjalanannya diselekoh dengan kelajuan yg sangat perlahan...

selepas aku memotong lori tersebut berlaku kejadian yg kedua iaitu secara tetiba lorong yg tadinya tiga menjadi enam ..ya kengkawan enam lorong ..aduihlah...
...aku terpaksa memperlahankan keretaku membuka cermin kereta sambil menepuk pintu luar sambil membaca surah tertentu ....sesekali aku memusatkan pandangan ku tepat ke jalanraya...alhamdullilah lorong jalanraya tersebut kembali kepada asal...

setelah itu ,aku tidak putus2 membaca surah Al-fatihah sepanjang jalan dan ayat Al-Muawwizat....dengan masih cermin separuh terbuka...sehingga aku mendengar bisikan halus (pada masa nie aku memandu perlahan hanya 60km/j)....dlm bahasa mereka
berbisik sesama sendiri ..dan paling ketara diselekoh yg hampir dengan hutan berbukit..

aku langsung tidak mempedulikan bunyian dan suara yg pelik tersebut malah aku terus membaca apa yg patutlah..ada yg berdiri dan mencangkung dipalang pembahagi jalan dengan wajah yg marah sambil mulut terlopong....ada yg sesama terbang menyusuri jalan "menemani" aku...

sehinggalah tetiba datang makhluk hitam legam berbadan besar keluar berlari drpd hutan berdekati mengejari keretaku dan cuba menyaingi kelajuanku..errm betul disebelahku...aku hanya diam sahaja tanpa menunjukkan respond...malah aku langsung tidak memaling kepadanya ...terus membaca pa yg patut..sebab aku tahu dorang cuba masuk ke keretaku tapi gagal...

sehinggalah aku hampir tiba di pondok kawalan genting highland....secara tetiba semua mahkluk yg muncul semuanya hilang ..
sebelum mereka hilang salah seorang mereka berteriak " siapa perempuan ini..berani sungguh datang kesini waktu begini keseorangan "...

dan aku pula menarik nafas lega ...........



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

sesungguh nya....
ku amat meminati cite2 kalu wahai k.ilah...

__________________

I'd RatheR wasTe My LiFe pReTeNDiNg!

ThaN Have To FoRgEt U FoR oNe WhoLe MiNuTe!



Super Member

Status: Offline
Posts: 1071
Date:

lagi2...

zad...sambung..

ilah...welmka to GC.. kami enjoy ngan citer yang Zad kopi pes tu..

Ilah pon klu free jom ler sembang...cite2 lg ker...best lyn..

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

KISAH PENGALAMAN MISTIK DIINTIP MAKHLUK HALUS...-EDISI BERSAMA SUAMI.DAN AWAN..

Pada minggu lepas ...kami sekeluarga bercuti pendek diPD dan menginap di Legend water chalet hanya satu malam sahaja . yaa..chalet yang cantik dan romantik bagi yg ingin berbulan madu..he..he.. .dengan tempat mandian yg terbuka .dan bathtub yg sangat luas .. ..he..he..sesuai gitew...disertai dengan permandangan matahari terbenam .yg sangat cantik...... ...ermm memang romantik....

ok...untuk juadah berbuka ...kami memilih untuk merasa makanan org PD dibazar ramadhan yg terletak bersebelah dengan petronas...dan aku masih ingat aku membeli nasi lemak biasa RM1.00 serta dua ketui ayam goreng buat berbuka puasa....(errr....aku kongsi ngan awan tau sebab tulah beli ayam ketui . yelah..tu ..he..hee) manakala suami mencuba juadah nasi dengan lauk ikan yg kuahnya kuning seperti asam rebus serta sayur .

sejak- menjak nie aku gilakan minum susu..jadi aku membeli satu botol susu dutch lady....,dua kotak susu coklat dan sekotak air milo....dan diletakkan didalm peti ais sementara menunggu waktu berbuka...


dan tibalah waktu berbuka puasa....awan bergolek dikatil sambil minum susu kegemaran dia..sesekali gelak sendirian sambil matanya melihat dipintu bilik.

(ok..bilik kami begini...masuk jer chalet tu terus msk ke kawasan mandian yang luas dan romantik..pas tu ada pintu masuk ke kamar tidur yg ada verandah dengan full sea view .)

errmm aku dan suami hanya membiarkan kelatahnya yg gelak sendirian....

sementara aku dan suami menikmati juadah berbuka puasa....

aku dengan gembiranya menikmatinya nasi lemak dengan seketul ayam goreng ..alhamdullillah sedappp....sementara seketul lagi aku biarkan di dlm plastik ditepi meja...bila dah abis ayam goreng tersebut...aku mencari seketul lagi yg ditinggalkan untuk diratah sahaja...sambil meraba2..disebalik plastik...ehhh!! mana ayam goreng nie....erk! tadi bukan ada lagi satu plastik berisi ayam goreng ker.....hu..hu..hu...bergenang air mataku..hu..hu

terus suami memujukku.."takper..takper..tadikan dah rasa kan....nie ada yg lapar kot..biarlah kita sedekah jer...yek ..kita halalkan sahaja" ..aku mengangguk sedih seraya setuju.....

kemudian aku bangun pergi ke peti ais untuk minum susu coklat....terus aku menjerit sambil menangis " alaaaaaaaaa "dia" amik sekali semua susu coklat ngan milo Be...."terus suami ilah menuju kearahku dan memelukku..sambil tersenyum..

" takper..takper be minum air susu dutch lady nie..." pujuk suamiku..

"takder be, ilah teringin sangat nak minum air kotak tu" kata ku dengan sedih sambil menyuakan mulut botol susu dutch lady kemulutku....

terus suami bangun dan membaca sesuatu setelah itu menepuk pintu ais tersebut sambil berkata " jangan ganggu keluarga aku dan ganti balik air kotak tersebut dengan keadaan yg sama jikalau tidak kamu berhutang dengan keluargaku sampai bila2."

aku hanya diam sahaja..sementara awan merengek meminta aku mendukungnya....
terus suamiku berkata: ermm sebenarnya dah nampak benda tu menyorok dibalik pintu mengagah awan..tapi dan kunci agar tak masuk bilik...tapi boleh tahan juga benda tu sebab boleh hilangkan makanan dan minuman be dr jarak jauh"ujar suamiku sambil tersenyum.

"err ilah tak perasan pun..." " mana tak perasan , be dah seronok makan ..tu yg malas nak bagitau" ujar lagi suamiku .

"insya-Allah ..air kotak tu dia pulangkan tapi ayam goreng takperlah kita halalkan yek be" ujar suamiku lagi sambil mencium dahiku...'

dipendekkan cerita ..malam itu "dia" datang..mahkluk berbadan besar dengan berwarna hitam legam...ada dua mata seperti manusia cuma anak matanya besar sedikit drpd mata manusia....makhluk ini berpakaian tau...dengan t-shirt berkolar lebar dan seluar panjang..
hanya berdiri dipintu bilik tidak melangkah masuk...

memberi salam ..suamiku org pertama yg menhidu kehadirannya..aku pula pada masa ini ralit melayan keletah awan....aku mulai perasan bila suamiku secara tetiba menjawab salam dan bangun ke arah pintu ....

lagi dua langkah suamiku berhenti sambil berdiri memeluk tubuhnya ...
" tak mengapa...saya faham..." ujar suamiku sambil tangan kanannya bergerak seperti memegang dan mengira biji tasbih..

sementara makhluk tersebut bersuara tanpa membuka mulut meminta maaf diatas kenakalan anak buahnya ( ooo baruku faham..yg datang adalah penghulu disitu)..

"yg diambil sudah digantikan..." ujar makhluk tersebut dan terus hilang...dr pandangan mata..

suamiku menoleh kepadaku..."cuba be buka peti ais ada tak air kotak tu "
aku menurut dan mataku bercahaya bila melihat ketiga air kotak yg hilang itu ada disitu....Ya! Allah hamba Allah tersebut berkata benar...."

terus suamiku berkata " penghulu tu nak bagi kita geliga ular laut ....ermmm tapi sayang dah tolak sebab tak mau nanti ada yg datang nak berkawan ngan awan...tu yang sayang tak suka sangat" ujar suamiku sambil mencium kasih pipi gebu awan...

THE ENDS



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

pergh~ layan~

__________________

I'd RatheR wasTe My LiFe pReTeNDiNg!

ThaN Have To FoRgEt U FoR oNe WhoLe MiNuTe!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 291
Date:

cam dah ader kat cari forum.....urm......

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

KISAH MISTIK MAKHLUK PALING SEKSI -A.K.A - CIK PON..

Aku lebih suka mengelarnya makhluk plg seksi ..kenapa aku menggelarnya begitu,,kerana dialah satu2nya entiti yg berpakaian putih mengikut peredaran zaman walaupun tidak pernah bertukar....tetapi bila menyamar ..perghhh pakainannya tip top....sudah pasti mana2 mata lelaki yg pantang melihat wanita berdahi licin akan berjaya dirangkulnya...

tetapi kes sebegini hampir pupus terutama yg dipaku di tengkuk dan terus bertukar menjadi wanita yg sangat cantik lalu lantas berkahwin dengan pasangannya dikalangan manusia...TETAPI spesies begini hampir sudah tiada

dan hobi mereka ....ada yg lebih suka menyendiri ditempat2 yg sunyi ..terutama tempat yg sejuk,gelap dan sunyi....tidak akan menganggu manusia kecuali ada yg dia berkenan atau jatuh hati atau ada seseorang yg cuba menghalau atau menganggu tempat permainannya...
manakala ada suka menganggu manusia terutama lelaki...sajer ..mengisi masa lapang...hu..hu...terutama kepada manusia yg kerap barsendirian diluar pada waktu mlam diantara pukul satu pagi keatas sehingga sebelum azan subuh berkumandang....errrmm nielah masa yg senang melihat kelibat mereka...

adakalanya mereka bersendirian ...ermmm tetapi ada yang berkumpulan..dan pastinya ada yg menjadi senior dikalangan mereka....ada yg pandai menyanyi dengan merdu...tapi lagu lama2lah....lagu hip hop, lagu rock takder yer...sebab dorang berjiwa sentimental plus ganas plus garang.

tetapi jgn memandang remeh kepada kebolehannya..ada yg mahir mengunakan ilmu pukau kepaa manusia terutama lelaki.......

wajah mereka..lak...jarang sekali mereka menunjukkan wajah mereka ..lebih suka menyorokkan wajah mereka....seringkali kalau nak mengacau manusia ..lebih suka membelakangi dengan rambut panjang mengerbang atau rambut lurus.yg tidak terurus...
atau tidak akan menonjolkan wajahnya

dan siapa bilang mereka tidak tahu manusia menggelar mereka sebagai PONTIANAK dgn nama komersil CIK PON...dorang tahulah kengkawan,,dan siapa bilang mereka tak tahu nama mereka disebut dan popular dikalangan peminat mistik cik pon..dorang tahulah kengkawan sebab dorang ada kuasa telepati...

siang pun mereka ada cuma mereka melepak dan berehat ditempat yg gelap dan sunyi jauhhhh dr sinaran panas matahari....
dan sampai sekrang sebenarnya aku tak pasti kenapa masyarakat melayu mengelarnya cik pon....

sebenarnya makhluk Allah nie ada banyak jenis dan kaumnya tapi yg lebih menganggu manusia nie yg kengkawan selalu dengar dibod misteri nie..dan kemunculan "hebat" mereka ialah mengilai dengan kain putih terbang serta rambut mengerbang...

dan setiap negara ada jenis dan kaumnya tersendiri..malah ada yg tinggal dan berkahwin dengan manusia...di sini rasanya sudah tiada lagi ..errm tak taulah ..macam citer Twilight tu....

oklah..cukup sampai disini yek..jangan ditanya bagaiman rupa mahkluk Allah nie sebab tak mau ingat



__________________


Super Member

Status: Offline
Posts: 512
Date:

WAH BARU aku tau citer twilight tu citer real jugak eak.. bukan dongeng2 semata2... hoho.... pontianak sana ikot gaya barat2 mcm tu ler gamaknye....

__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

mmg best r kalu cam cite twilight...
ak rele digigit..nk2 kalo muke cam jacob..hahahahha

__________________

I'd RatheR wasTe My LiFe pReTeNDiNg!

ThaN Have To FoRgEt U FoR oNe WhoLe MiNuTe!



Veteran Member

Status: Offline
Posts: 59
Date:

Kalau kat barat cik pon jd drakula eh?

__________________
monster are create by another monster


Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

KISAH PENGALAMAN MISTIK DENGAN SAHABAT BAIKKU...

Bila free aku dan sahabatku pasti akan melepak dikedai kegemaran kami iaitu kak Gayah.....sebab makanannya memnag tip top terutama masakan thailand....jadi bila kami ada masa lapang ..tempat inilah kami melepak mengenang masa2 silam ....ekeee...dari kul 9.00 mlm sampailah tengah mlm.....biasalah org bujang...(dolu tau sekarang dah jadi org umah ..lepak jugak....he..he..)

selalunya kami akan borak pasai isu2 semasa...kekadang pasai bincang gi holiday sesama kat mana2 pulau....dan pada masa itu aku masih ingat topik kami adalah tentang Pulau Krabi.....beria2 kami memasang angan nak gi sana ..siap dah buat budget lagi..ekeee....yg jadi tukang kira ongkos siapa lagi ..akulah....kami siap berWIFI lagi kat kedai makan kak gayah...he..he..biasalah cari maklumat ...

sdang aku mencongak2 berapa budget harus dikeluarkan tuk gi sana..tetiba sahabatku menendang kakiku..sambil beri signal dengan mulutnya ..ke arah sesuatu dibelakangku...

"ilah ko nak nengok hantu jerangkung tak " ujar kawanku dengan muka serius...
"erk! apa ko nie....buat apa aku nak nengok....ko nengoklah sorang2...ada kat belakang aku ker" getus aku marah sebab sahabatku menegur apa yg dilihat...

"a'ahlah....benda tu tengah dok berdiri kat bumbung rumah sebelah kat belakang ko...erk! berkelubung " ujar sahabatku dengan wajah berkerut...


sahabatku memnag berani...kalau dia ternampak...dia adakalanya diam jer..kalau yg species yg baru dilihatnya ..dia akan menerangkan secara detail kepadaku apa yg dilihatnya..terutama jika aku enggan melayan kerenahnya....hu..hu..

"laaaaa patutlah berkelubung ...tinggal cebisan daging jer kat badan dia.....errmm mukanya kurang jelas la pulak ..tertutup dengan jubah dialah ....errmm jubah dia warna hitamlah...bukan putih .....tangannya mengerikot tapi tulang jer ngan cebisan daging mcn tulang lembu mentah yg tinggal sisa2 tu..."tambahnya sambil berbisik kat aku..

aku lak..diam jer sambil berwifi...malas nak layan hu..hu..hu...tapi telinga dengar gak coleteh dia ekeeee...

"eh! naper dia pegang kayu tu.....kayu tu macam gembala kambinglah...ilah..tapi kat atas kayu tu ada cahaya kelip2 ..macam cahaya dr lampu tanah tu ....tapi cahaya tu warna merahlah "....ujarnya lagi ....

erk! warna merah...cepat2 ilah menepuk tangannya agr matanya berkedip......."alaaaaaaaaaaaaa..kenapa ko tepuk aku..abis dah berkedip mata aku ...terus hilang benda tu..puas aku menahan mata aku jangan berkedip" getusnya marah..

"ko jgn nak mengada2 yek....cahaya merah tu...tu tandanya dari arah limbungan "ganas" yek...kalau jadi apa2 kat ko..mana aku reti nak tolong...tahap tinggi tu ilmu dia tu....dah! dah!..jom kita balik....jangan cari pasal....kang "dia" perasan ko peratikan "dia" maunya dihantarnya khadam usik ko mlm nie"

sahabatku hanya menyengih mcm kerang busuk jer.....sabo jerlah...

THE ENDS



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 291
Date:

baddar wrote:

welkem tu GC puan illahthabrani .... usah lah puan bimbang ... adik zaza tau menjaga dirinya kat sini ... dan aku tau ... cik puan join kat sini pon ... untuk becking budak baik niii .. don wori ... kat GC ni... memang kekadang ada yg suka meraban ... tu kekadang ada ler yg ter pra .. pra ... tu ... biggrin



 pak baddar lah yg meraban tahap kronik......



__________________


Veteran Member

Status: Offline
Posts: 63
Date:

lagi lagi lagi ???? hihiihi

__________________

~ i'm nobody but want to be somebody ~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 133
Date:

baddar wrote:
cik_lin_mude wrote:
zadza wrote:

sepatutnya zad kena bukak rumah keempat... tapi disebabkan rasa malas ja... jadi bolehkah zad sambung rumah ketiga dan keempat serta kelima... Ada banyak cerita yang zad tak boleh nak post kat sini... contoh macam contoh edisi bersama abah ilah, untuk pesakit badi, santau dan gila meroyan... sesiapa yang berminat sila pm zad... terima kasih..


nampak da kat sini.. si zadza ni bole buat bisnes cerita seram da. sape nk je pm.. 

pergh! seb bek je pm tu dia x mintak caj ke ape ke. hahahaha..

eh, nk pm zad la. hehe..


 adik lin mude belia ... untuk makluman adik kan ... adik zaza x bukak pun bisnes tu .... x ada untung sen pon ,,,, mungkin ade beberapa cerita dan pengalaman ilah thabrani ni .. yang x boleh di kopi pes kan secara terbuka di sini kot ...

x pe adik zaza ... teruskan mengkopi pes .. aku peminat setia ... zasssss... layannnn.. 


 erk?? ayat aku over sangat ke?? pak badariah ni salah paham je ni..

aku kan gurau je tu. huhu..



__________________

 



Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

KISAH PENGALAMAN MISTIK ADIK PEREMPUANKU DIUSIK CIK PON GEMUK .

Adik perempuanku menyewa bilik di salah sebuah unit kondo di KL dan masih single tapi not available.....

dan dia berkongsi tentang gangguan yg diterimanya pada bulan posa baru2 nie..

begini kisahnya...

adikku menyewa bilik kedua di unit kondo yg ada empat bilik .Manakala tuan punya unit tinggal di master bedroom . Manakala bilik adik aku berhampiran dengan ruang tamu utama.
pada pagi kejadian, adikku terbangun drpd tidurnya keran terdengar bunyi suara tergelak kecil....halus sahaja bunyinya....menurutnya bunyinya seperti begini " hi..hi...hi...hii..."

dalam keadaan mamai adikku bergetus dlm hati siapalah pepagi buta nie main gelak2...bila habis jer adikku bersungut dlm hati..gelakan halus tadi bertukar ,menjadi hilaian yang sangat kuat...dan diikuti dengan bunyi kibasan kain .

dan bunyi tersebut jelas kedengaran di jendelanya yang terbuka luas....(jendelanya sliding window ada empat panel..adikku membuka tingkap sehingga tiga panel jer sebab panas dan adikku tidur dengan lampu terpadam)

adikku membuka matanya dan jelas kelihatan dua ekor cik pon....sekor sedang teapung berdiri seperti lagak superman sambil mengibas2 kainnya yg kotor .rambut mengerbang kerinting...namun begitu wajahnya tidak kelihatan...manakala sekor lagi sedang bertinggung di tingkap yg terbuka...menurutnya adikku lagi cik pon yg sedang bertinggung itu sangat gemuk kerana saiznya sajer sudah hampir muat tiga panel tingkapnya.

bahunya terhinjut2 sebab terlalu "syok" berhilaian ....rambutnya menutupi wajahnya dengan keadaan kepalanya tunduk kebawah...manakala lagi sekor...pun join sekali berhilai sambil terbang kesana sini dengan mengibas2 kainnya..

adikku...pada masa nie kalut jugak..dan cuba mengawal emosi..adikku mencapai sikat rambutnya ( menurutnya sikat tulah yg barada berdekatan dengan katilnya ...)llantas dia membaca doa selawat nabi sulaiman dan lantas ditiupkan kesikatnya..

setelah itu dibalingnya kearah cik pon tersebut..terus cik pon gemuk tersebut terpelanting keluar .manakala sekor lagi berhenti mengilai dan terbang lari ....

adikku pula...menutup tingkap lalu terus membaca sekali selawat tersebut dan menepuk tingkap tersebut sambil menarik tapak tangannya..melurut kedinding biliknya..sebanyak 360 darjah.....errmmm adikku memagar biliknya....alhamdullilah cik pon sekawan tersebut tidak kembali lagi.....

THE ENDS



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

perngh..mybe cik pom 2 hepy go lucky sgt,so kuat mkn.ahha

__________________

I'd RatheR wasTe My LiFe pReTeNDiNg!

ThaN Have To FoRgEt U FoR oNe WhoLe MiNuTe!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 371
Date:

itu la dinamakan "mesyuarat tingkap cik Pon"....mesti tgh bergosip2 tu...tu yg sambil gelak2 xingat.....

__________________

~~~~ No Need To Die To Prove A Lie ~~~~



Senior Member

Status: Offline
Posts: 109
Date:

SENYUMAN MANIS DARI POCONG.

Kali nie ilah nak kongsi pengalaman mistik ilah dengan pocong.tetapi pocong ni kacau adik ilah.dan pocong nie terbang mengekori adik ilah sampai ke rumah ilah .

begini kisah nie..

ingat tak adik ilah yg pernah diganggu oleh cik pon gemuk...selepas kejadian drpd tu dia dikacau oleh pocong....hu..hu...dirumahnya....

menurutnya ..bila dia berjalan keluar drpd bilik menuju ke living room atau dapur ..dia selalu dikacau pocong tengah meloncat2 dibelakangnya ..yup...pocong tersebut meloncat2 mengekorinya dr belakang..dengan siap berunyi "kecebop...kecebop..kecebop"..
setiap loncatan pocong tersebut diselangi dengan bunyi kuat seperti bola berat melantundr lantai.

bila ditoleh belakang tiada sesiapa yg mengekori ...dan bila adik ilah melangkah kaki untuk berjalan ...bunyi loncatan pocong tersebut kembali bergema memcahkan kesunyian di kondonya.....hu..hu...last2 adik ilah buat tak reti ..sambil meneruskan rutin kehidupannya..asalkan jangan menjelma ujarnya semasa bercerita dengan ilah...

sehinggalah pada satu malam tu......adik ilah bergegas kedapur untuk memasak kerana pada hari tersebut sudah sampai gilirannya memasak ..dan kebetulan pada masa itu ..housematenya lum balik dr kerja..dan ada yg masih memerap dibilik sementara menunggu dinner siap dihidangkan.

adik ilah time nie sedang asyik mencuci isi ikan disingki dengan tingkap yg sengaja dibuka ..( kedudukan tingkap nie berhadapan dengan adik ilah )

ikan yg sudah dibersihkan ...adik ilah letak didalm mangkuk diatas para singki..kemudian dia pergi mengambil serbuk kunyit ...dan
bila dia kembali untuk mengambil ikan...terkejut dia bila melihat ikannya penuh dengan air darah. bercampur tanah berwarna kuning sehingga hampir tenggelam dek dibanjiri dengan darah tersebut...

adik ilah semakin menggeletar bila dari ekor matanya dia terlihat .kelibat putih berdiri ditingkap ...seolah2 menunggu adik ilah..

bila adik ilah mengangkat kepala..adik ilah tergamam kerana kelibat putih tersebut adalah pocong....

sementara pocong tersebut macam tahu jer yg adik ilah dah nampak dia..terus berpusing perlahan ..menoleh ke arah adik ilah sambil tersengih....tergamam adik ilah terus dia berpaling kearah lain sambil membaca ayatul kursi dengan memejamkan matanya...

lama jugalah adik ilah memejamkan matanya sebelum dia mecari kekuatan membuka matanya kembali..

alhamdulillah ..bila dia buka matanya pocong tersebut sudah hilang dengan meninggalkan bau hanyir..manakala ikan yg tadi dilihatnya dipenuhi darah...hilang drdp singki...

cepat2 adik ilah menutup tingkap..dan semasa adik ilah menarik daun tingkapnya dia terdengar bunyi hilaian seperti kucing berkelahi....lagilah adik ilah kelam-kelibut menutup tingkap ...dan terus tipon ilah

"kak ilah...malam nie adik tidur kat umah akak leh tak"ujar adik ilah dengan nada cemas

"boleh ..nak akak amik tak" ujar ilah

"takperlah adik naik teksi jek..nanti dah sampai adik kol yek" terus mematikan talian

ishhh..lain macam jer adik aku nie..getus ilah dalam hati..terus ilah terdetik membuat pendinding .

sepuluh minit kemudian

"kak ilah...adik dah sampai kat pintu nie..cepat kak buka pintu..dia dah nak sampai dah" ujar adik ilah cemas

adik ilah meluru masuk bila ilah membuka daun pintu ...terus dirampasnya kunci ilah lalu mengunci grill dan pintu....

sementara ilah terpinga2..melihat...adik ilah...dan time nie ilah dah terbau kapur barus.....ermm terus ilah mempersiapkan diri..
ilah memberi isyarat kepada adik illah ..agar masuk ke dalam dan duduk di sofa ..sementara ilah berdiri di pintu dengan memejamkan mata utk "melihat" keadaan diluar..sambil itu ilah menutup aura adik ilah dan ilah agar bau kami tidak dihidu oleh benda yg mengejar adik ilah.

kemudiannya ilah mendengar bunyi yg kuat "kecebop' "kecebop" dan bunyi tersebut berhenti betul2 didepan pintu umah ilah ...

dengan memejamkan mata sekali lagi..ilah "melihat" dr dalam...Ya-Allah...! pocong rupanya....getus ilah dlm hati...

ermm patutlah ..dah berhenti meloncat ..dia tengah syok bergolek di awangan rupanya...seolah cuba mencari kelibat adik ilah..

cik poc tu bergolek diawangan sampai kehujung koridor yg berhampiran dan terus terbang keluar bila hampir sampai hujung koridor dengan cahaya merah seperti lampu suluh...

alhamdullilah kami selamat dengan izinNYA...

terus ilah wat CSI ngan adik ilah..

menurut adik ilah..selepas kejadian dirumah ..cik poc tersebut telah mengekori teksi yg dinaiki dengan bergolek ..tapi yg hairannya pakcik teksi tersebut tidak menyedari kelibat cik poc tersebut...sebab tu ..bila dah sampai kat kondo ilah dia lagilah kelam kelibut sebab masa pintu lift tertutup dia dah ternampak cik poc bergolek terbang cuba nak masuk sama dlm lift...nasib baik tak sempat masuk...


adik ilah pula ...dia trauma selama seminggu tak mau balik umah sewa dia ..lepas abah tulun naikkan balik semangat dia barulah dia berani balik umah sewanya..sebab adik ilah asyik teringat jer wajah cik poc tu terutama masa kena sergah kat tingkap dapur..dan yg beshnya kata adik ilah..pocong tu senyum :manis : kat dia dengan gigi siungnya tersusun cantik...


THE ENDS.



__________________


Senior Member

Status: Offline
Posts: 380
Date:

cantik la plok..ish3

__________________

I'd RatheR wasTe My LiFe pReTeNDiNg!

ThaN Have To FoRgEt U FoR oNe WhoLe MiNuTe!



Senior Member

Status: Offline
Posts: 420
Date:

huh dh seminggu x bc citer si zadza bz ngan keje...huhu....anyway bestt....

__________________

 someOne .....is..waiting..

«First  <  1 2 3 4  >  Last»  | Page of 4  sorted by
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard