sepatutnya zad kena bukak rumah keempat... tapi disebabkan rasa malas ja... jadi bolehkah zad sambung rumah ketiga dan keempat serta kelima... Ada banyak cerita yang zad tak boleh nak post kat sini... contoh macam contoh edisi bersama abah ilah, untuk pesakit badi, santau dan gila meroyan... sesiapa yang berminat sila pm zad... terima kasih..
nampak da kat sini.. si zadza ni bole buat bisnes cerita seram da. sape nk je pm..
pergh! seb bek je pm tu dia x mintak caj ke ape ke. hahahaha..
sepatutnya zad kena bukak rumah keempat... tapi disebabkan rasa malas ja... jadi bolehkah zad sambung rumah ketiga dan keempat serta kelima... Ada banyak cerita yang zad tak boleh nak post kat sini... contoh macam contoh edisi bersama abah ilah, untuk pesakit badi, santau dan gila meroyan... sesiapa yang berminat sila pm zad... terima kasih..
nampak da kat sini.. si zadza ni bole buat bisnes cerita seram da. sape nk je pm..
pergh! seb bek je pm tu dia x mintak caj ke ape ke. hahahaha..
eh, nk pm zad la. hehe..
adik lin mude belia ... untuk makluman adik kan ... adik zaza x bukak pun bisnes tu .... x ada untung sen pon ,,,, mungkin ade beberapa cerita dan pengalaman ilah thabrani ni .. yang x boleh di kopi pes kan secara terbuka di sini kot ...
x pe adik zaza ... teruskan mengkopi pes .. aku peminat setia ... zasssss... layannnn..
Dihadapan apartment di tanah rata ada taman permainan..disitu ada sepasang buaian yang betul2 berhadapan dengan bilik tidur ilah...
ilah suka membuka tingkap pada waktu mlm bila menginap disini kerana suka dengan udaranya nyaman gitew...angin sepoi2 bahasa ..gitew....
sambil menikmati keindahan malam tu ...sambil membaca novel....pada malam tu selalu nya bunyi bising sedikit,..ttapi pada mlm tu baru ilah perasan..bunyik unggas hutan tidak kedengaran...masa ni ilah ditingkat satu
tapi masa ni...ilah tak pikir apa2..sebab abah ngan mak ada diluar bilik menonton tv...isiap leh nampak dorang diruang tamu sebab ilah tak tutup pintu pada masa nie....jadi rasa selamat sedikit...masa nie langsung takder fikir bukan2..sebab ralit mambaca novel...
masa tengah ralit membaca tu tetiba ilah dengar bunyi berkeriut...begini bunyinya....kruittttttttt..kruittttttttttttttt...kruittttttttttttttt...kruittttttttttttttttt..dan diselangi..........sejukkkkkkkkkkkkkkkknyaaaaaaaaaaaaa.....sayup2...sayup....
eh! bunyi apa tu...cepat2 ilah bangun dr katil menuju ke tingkap...dan pandangan mata ilah dapat menangkap salah satu buaian ditaman permainan tersebut terhayun perlahan.-lahan dan bunyi keriut tersebut datang drpd buaian tersebut..dan tak syoknya ...bila ilah tengok lelama ilah lihat ada kelibat wanita berambut panjang membelakangi sedang dok main buaian tersebut sambil memeluk tubuh....dengan mengeluh...sejukkkkkkkkkkkkkkkk...sejukkkkkkkkkkkkk........dan diselangi ngan kriutttttttttttt...kriutttttttttttt...
dan tak beshnya lagi bila tetiba wanita tersebut mulai ketawa.halus....macam nie bunyinya...hmm hi..hi.....hi...hi..sambil slow2 kepalanya berpusing ke belakang..erk! cik ponti...terus terkesima ilah..tetiba ada tangan menarik ilah dari tingkap....rupanya abah.....terus abah menyapu muka ilah sambil; membaca sesuatu.....kemudian abah terus laungkan azan dengan lantang...terus cik ponti tersebut terbang melayang sambil menjerit kesakitan melayang menuju hutan berdekatan........
malam tu abah tidur dibilik ilah dan ilah pula tidur bersama mak......
lif terbuka...tiada manusia.....namun ilah tersenyum dan terus memberikan salam dgn mesra.....dengan melangkah masuk kedalam lift..
lantas 'mereka menjawab...'waalaikummussalam ilah'......nak pergi kerja ker' tanya 'mereka' ramah....
'ya...oklah ilah gerak dahulu...."ujar ilah tersenyum lantas memberi salam dgn melangkah keluar......
situasi diatas ilah selalu amalkan ...takkan dimana ilah berada..tetapi hanya berbual pendek...setakat memberikan hormat kpd mereka sebagai hamba Allah juga.....sehinggalah berlaku satu perkara
Ilah, bila ckp pasal emak ilah nk tanam pokok paku pakis liar tu kan, kodok teringat kt mak kodok la.. Mak kodok mmg suka tanam bunga, oppsss silap, pokok berdaun yg byk kt dpn rumah tu.. N nk dijadikan ceritakan kawan2, kodok xigt ktmana n siapa yg bagi mak pokok paku pakis liar ni.. Ada 2 pokok mak tanam..n satu malam ni kan, anak bujang jiran kami balik lewat malam dan dia.......
.............mengatakan nmpak satu lembaga gelap hitam pekat di pokok tu (kodok xbrapa igtla samada berhampiran atau ddk di pokok tu)..huhu..tkut yang amat sgt mamat tu..dan rsnya dia bgtau mak dia n mak dia inform kt mak kodok..dan 1 lg cerita, ttg kisah jiran sebelah kiri kami..yg td kanan..isteri pakcik ni (pakcik tu kira pandai mengubat org) ada satu malam tu, rsnya dia tggl sorang kot, suami dia kluar..dia rskan rmh dia berpusing2 xtau sbb ape..n dia pon bgtau kt mak kodok..
Xlama lepas tu mak terus buang pokok tu..hehe..dan mak kata suami makcik tu pesan klu terdengar ada suara/bunyi org ketuk perlahan-lahan sliding door tu, jgn bukak/tgk langsung..(mak selalu tidor kt luar n kdg2 dgr mcm ada bende ketuk sliding pintu guna kuku) slow je...
di satu tempat dan masa..ilah tetiba didatangi seseorang..samar2 dlm pembentukannya...cahaya putih lebih menyilaukan mata..drpd memandang terus
dia: salam ilah ilah:salam....sapa tu dia:hamba Allah ilah:hmm apa hajat dia:sekadar igin berjumpa manusia yg dibualkan didunia kami ilah:tergamam...kenapa ada masaalah timbul ker dia:tidak..hanya ingin memberikan nasihat ilah: katakan sekiranay saya ada menyinggung perasaan saya minta maaf dia"oh! tidak....kamu tiada apa kesalahan ..cuma kami kagum kerana kamu mempunyai aura spritual yg sangat tinggi..jangan sia2kan bakat kamu....kamu gunakan dengan sebaik2nya ilah:termanggu...erk! bakat/ dia:kami suka melihat kamu menhormati alam kami.....ingat ilah jangan sia2kan bakat kamu ilah: eh! kenapa tetiba berjumpa ilah..ilah dipilih ker dia: tidak! bukan sebab kamu yang dipilih oleh kami..tetapi ksmu sudah memilikinya sejak dahulu dgn izin Allah ilah:terpinga tak paham....dan cuba ingin bertanya lagi.... malangnya dia sudah tiada didepan mata....
hmmm pening memikirkannya....tetapi lama2 kelamaan faham sedikit....demi sedikit
cik ponti nyer suara bile mengilai cam sayup2 jew....vam penah dengar dier mengilai ...mase teman cousin buang air time tu toilet umah nenek vam kat luar.....belakang tu pokok2 getah......
KISAH PENDEK ILAHKHATIBRANI DGN MAKHLUK MENHIDU ASAP COLOK DAN MANDI MINYAK ...
Kisah mistik ini berlaku semasa remang2 senja menjemput dilangit.....dan waktu maghrib hampir tiba....dan ilah pula penat dan letih setelah melalui traffic yang teruk sepanjang perjalanan pulang gara2 hujan lebat.
Sebelum ilah tiba ke umah , ilah akan melalui jiran ilah yang "warak" dlm agamanya..dimana setiap hari sebelum maghrib akan dinyalakan colok dipintu umahnya....berserta minyak didalam bekas candi..sederhana kecil saiznya. Dan mempunyai anak lelaki yang peramah.Mereka sekeluarga sangat baik dan amat menhormati jiran tidak kira agama dan bangsa....(hmm sebab tu ilah bertahan tinggal diapt nie sehingga ilah berkahwin baru berpindah ....ilah selesa dan seronok tinggal disini..sowi teroff topik)..ok sambung balik,
kebiasaannya, pada waktu ini ilah sudah berada dirumah ...dan ini merupakan kali pertama ilah pulang diselubungi dengan asap colok tersebut dan bau yang sangat menusuk hidung.....hmm tidak mengapa.....ujar ilah....boleh lalu tangga kecemasan ..dimana di apartment ilh ada tiga tangga kecemasan ..dibahagian tengah dan di sayap utara dan selatan ...dan umah ilah berhampiran tangga kecemasan sayap selatan...
dalam berura2 ingin menuju ke tangga tersebut tetiba ilah terpandang kelibat sesusuk tubuh pendek dalam empat org sedang terbongkok2 kearah pintu jiran ilah...dan sesekali akan mencurahkan sesuatu di kepala sambil mengoyang2kan badan dengn kaki mengangkang.....
eh! naper pulak anak jiran ilah main2 kat depan tu dengan kawan2 dia....tak kena tarik telinga ngsn mak dia ker..selalunya time begini dorang sibuk masing.....jadi ilah batalkan niat menuju ke tangga dan menuju kearah mereka untuk bertegur..dan dalam sepuluh langkah lagi ,ilah menjeling ke arah dapur jiran ilah.yang boleh dilihat drpd koridor kaki lima....eh! gelap...maknanya .dorang takder kat umah nie.....
terus ilah berderau.....dan dgn segera ilah menoleh ke arah pintu masuk rumah jiran ilah...
erk! Ya-Allah!apa tu.....hmm nak tahu apa dia.....ilah nampak ada empat ekor makhluk hitam legam..kepala botak bertubuh seperti lelaki dewasa tetapi pendek...dengan perut buncit sedang berebut2 menghidu asap yang keluar daripada colok tersebut....dan selepas itu menceduk minyak dlm kendi tersebut lalu disiram dikepala sambil mengoyangkan badan dengan mengerakkan kedua belah kakinya ...dengan keadaan bengkok....
terkesima sebentar ilah..tapi dgn segera ilah mengawal diri ilah....nasib ilah menjadi malang apabila salah seekor drp berempat itu seolah2 dpt menghidu dan menyedari ilah dapat melihat kelibat mereka.terus dia menoleh ke arah ilah...erk! hitamnya muka..takder kening...hanya hidung yang sangat besar mata bulat hitam..mulut pula herot ketepi.. berjalan ke arah ilah sambil merenung ... jalannya seperti mengengkang..dan yang pelik pula iaitu bahagian kakinya bukan seperti manusia iaitu mengadap kehadapan...tetapi mengarah ketepi....iaitu kalau mengikut arah jam..sebelah kiri jam 9 dan sebelah kanan jam tiga....
sementara yang lain berhenti daripada menghidu asap dan mandi minyak bila melihat kawannya menuju ke arah ilah..dan hanya memerhati..
tanpa membuang masa terus ilah membaca surah tertentu yang telah diajarkan oleh abah dengan menekan ibu jari kaki sedikit..tanpa disangka , secara tetiba makhluk tersebut seperti terhantuk di dinding..lantas dia mengaduh kesakitan..,manakala kawannya yg dari tadi memerhati terus berkerut muka dan bertempiaran lari, ada yg melompat merempuh menembusi dinding dan lantai kaki lima kemudiannya hilang drpd pandangan
sementara makhluk yang cuba mendekati ilah mengeliat kesakitan dengan membuka mulutnyasambil mengeluarkan bunyi mendecit seperti decitan cicak dan kelihatan giginya yang besar dan berwarna kuning berkerakaduihlah!......kasihanlah pula..ilah..
lantas ilah mengurangkan tekanan ibu jari kaki ilah...dan makhluk tersebut berdesup melarikan diri dan terus melompat tinggi menembusi siling dan terus hilang..
alhamdullilah..bila ilah terserempak lagi 'mereka' sedang menghidu asap colok lagi...mereka tidak menganggu ilah sebaliknya berpura 2 tidakmenyedari ilah dan sesekali mereka akan bertinggung dipara pasu bunga jiran ilah dengan tersenyum kepada ilah......
Pengalaman Mistik Ilahkhatibrani dengan Burung Unik Drpd Tasik
Pernah melihat burung pipit..comel dan kecil kansentiasa berkicauan riang di waktu pagi..kali ini ilah nak berkongsi cerita mengenai burung kecil yang setiap pagi selepas subuh akan keluar drpd sebuah tasik dan akan pulang masuk kedlm tasik tersebut apabila maghrib menjelma.
Begini kisahnya
Tasik tersebut sangat besar seperti tasik kenyir dan airnya berwarna biru gelap. Keluasan tasik tersebut seperti saujana mata yang memandang. Sesiapa yang memancing di tasik tersebut, Insya-Allah tidak akan pulang dengan tangan kosong .
Namun begitu, tanpa kita disedari ada makhluk Allah dr alam lain yang menghuni di dalam tasik tersebut berkurun lamanya dan kerajaan tersebut hidup dengan aman damai. Disini ilah tak mau cerita pasal kerajaan dlm tasik ini tetapi ilah nak bercerita mengenai burung kecil yang unik. Burung unik ini keluar pada waktu selepas subuh.
Burung kecil ini akan terbang dalam sekawan dengan terbang keluar daripada tasik tersebut pada hari tertentu sahaja. Pada masa , sekawan burung unik ini terbang keluar drpd tasik, satu gelombang air yang menyerupai ombak akan membuat laluan keluar agar sekawan burung unik ini dpt terbang menuju kea lam manusia.
Burung unik ini apabila keluar akan didahului dengan seekor burung yang mempunyai jambul di antara paruhnya ..dan ini adalah ketua dlm kumpulan tersebut yg akan meminpin dan mengetuai apabila terbang di alam manusia.
Tiada manusia yang pernah dapat mengesan lokasi laluan masuk dan keluar tasik untuk burung unik iniIni adalah kerana lokasi laluan tersebut selalu berubah-rubah untuk mengelakkn drpd dikesanhmm bijak kan mereka nie
Bagaiman rupa burung inibegini rupanya.saiznya seperti burung pipit..kecil sahajalincah berkicauan terutama siketua..seolah2 menyampaikan arahan kepada org bawahan.
Bila terbang hinggap drpd dahan2 ke dahan pokok sangat pantas..adakalanya mata manusia gagal menangkap kelibatnya semasa terbang. Tetapi adakalanya akan mengeluarkan kicauan seperti menyanyidan nyanyian burung ini sangat merdu.hilang segala penyakit dan duka bila mendengar nyanyian burung ini dengan izin Allah.
Warnanya pelepah bulunya tidak terang , hanya berwana putih kelabu Cuma ada satu garisan berwarna kuning kebiruan di lehernya ..hanya ada satu garisan sahaja.
dan sampai ke hari ini dengan izin Allah...burung unik ini masih melakukan rutin keluar dan masuk tasik seperti biasa..
KISAH PENDEK PENGALAMAN MISTIK ILAHKHATIBRANI MELIHAT ENTITI BUDAK MENANGIS DIBAWAH LAMPU ISYARAT.
Pada masa ini , ilah dalam perjalanan pulang daripada pejabat...dan sedang melalui keperitan mengharungi traffic yang sangat teruk...dan semasa menunggu lampu isyarat bertukar hijau....ilah memanang kearah luar melihat orang berpusu berjalan dikaki lima untuk pulang kedestinasi memasing..
dan mata ilah menangkap kelibat budak kecil menangis2 dengan duduk memeluk kaki ..sambil melihat sekeliling.....namun begitu...org yang berpusu berjalan kaki berhampiran tidak mengendahkan tangisan budak kecil tersebut seolah 2 budak tersebut tidak wujud....timbul perasan kasihan ilah kepadanya....dan perasan kasihan terus hilang bila diperatikan dengan elok...ilah dapati mukanya pucat sangat...sementara kukunya panjang sedikit dan kotor....begitu juga dgn pakaiannya...
dalam memerhati itu, tetiba ilah lihat ada kain putih melayang2 menghampiri budak tersebut dan terus mendarat disebelah budak kecil itu an terus membentuk kelibat wanita berambut panjang.berbaju putih lusuh..tetapi wanita ini membelakangi ilah.....datang memimpin budak tersebut dan perlahan 2 hilang drpd pandangan....
sedap wo...jap lg lunch...mkn2..pastu kol 4ptg kang bli kodok pisang...kendian wat air teh o...manis2 buah pns2...pas mkn n num, kita tidooooooooo
ha'ah la gurl..momy die la...td dia suh ank dia tgl situ jap sementara dia g beli kodok pisang...lma sgt sbb rmai pon2 beli..kena la q...tu yg ank dia cry sb igt mak dia bedal kodok tu sorg kat tepi tasik samil tinguk pipit..aduih..letih aku bebel
-- Edited by Kesuma Apache on Monday 13th of June 2011 09:35:11 PM
sedap wo...jap lg lunch...mkn2..pastu kol 4ptg kang bli kodok pisang...kendian wat air teh o...manis2 buah pns2...pas mkn n num, kita tidooooooooo
ha'ah la gurl..momy die la...td dia suh ank dia tgl situ jap sementara dia g beli kodok pisang...lma sgt sbb rmai pon2 beli..kena la q...tu yg ank dia cry sb igt mak dia bedal kodok tu sorg kat tepi tasik samil tinguk pipit..aduih..letih aku bebel
-- Edited by Kesuma Apache on Monday 13th of June 2011 09:35:11 PM
lorh... penat ak mmbace.. momy ak xkc p bli kodok psang..dye kate de bctria E.coLi