Ini adalah sambungan dari rumah yang pertama.... Harap cerita2 yang dikongsi ini akan menjadi pengajaran buat semua...
KISAH MISTIK DI ULUWATU TEMPLE
Kepingin melihat entiti menari , muka bengis dan makan bunga kalau kengkawan nak merasai pengalaman nie..gilah bali.ok..sekarang ilah kongsi pengalaman mistik ilah di Bali.adakalanya ilah tiada menyedari kehadiran entiti inisebab ada antaranya menyerupai jelmaan manusia di Bali..dan ilah lak terlalu seronok sangat..hu..hu..hu
Di Balimajoriti beragama hindu (merujuk kepada pemandu pelancong kamidisini agama hindu ada bercampur sedikit ngan agama budha..jadi agama hindu di sini tidak sama sangat ngan agama hindu di Malaysia)..dan .setiap rumah yang beragama hindu ada pura dan di sini pura tersebut dipanggil pura keluarga..di mana mereka akan sembahyang bersama2 keluarga merekai..(Disini kuil dipanggil pura). pura keluarga nie terletak di luar rumah.
Kisah nie berlaku di Uluwatu temple.di mana kami terus dibawa dari Denpasar airport ke sini tuk melihat keindahan matahari terbenam dan tarian kecak2 dance
Tiba di pintu masuk Kuil Uluwatu..kami dikehendaki memakai tali pinggang kain berwarna sebelum memasuki ke kawasan Uluwatu Temple..sebagai tanda penghormatan kepada tempat suci tersebut(aaa..lupa lak..antara syarat2 lain pakaian pun kena sopan.serta rapi.. wanita haid lak dilarang mendekati kuil,..kalau nak jenguk gak ..tengok kat tepi tangga pura jer.. dan patuhi semua larangan dan petunjuk yang ada )
Sebelum sampai ke Uluwatu temple..kami menuruni denai hutan kecil berbukit..dimana di bahagian tepi jalan denai tu ada busut2 yang tersusun rapi menyusuri tepi jalan (terletak cantik jer..macam tanam pokok bungalah dalam pasu..sebuah2 diletak kat tepi jalan).busut tersebut di lilit ikat ngan kain berwarnakuning.
Time nie suami ilah memanglah sambil berjalan pimpin tangan ilah ..tapi dia sibuk melayan tour guide kami ..namanya Julian..sebabnya time tu Julian tengah citer pasai kuil uluwatu nie..so hubby ila melayan cakap ngan diasementara ilah cuci mata tengok keadaan sekeliling.
Kebetulan pula ..ilah berjalan tul2 bersebelahan ngan busut 2 tersebut..hmm sebenarnya dari jauh ilah dah Nampak ada sesusuk tubuh cam lelaki sedang berdiri sambil berpeluk tubuh kat sebelah salah satu busut kat tepi denai tu
( rupa dia tak jelas sangat sebab time nie ilah masih jauh lagitapi leh nampak bengislah.cam lelaki nak kata tinggi tak tinggi sangatlahtak berbaju..badan tegap..dan pakai kain warna hitam tapi kat pinggang melilit kain warna kuning ..yang diikat macm penari india zaman dulu tu..yang tengah2 ada terjulur tepi kain kat tengah depan..hishhh..!!! camner nak cakap yekhaaa korang kalau gi bali pas tu gi lawat kuil kat bali perasan tak mesti kat pintu tangga tu kat belah kiri kanan ada patung batu..yang muka ngeri tu..siap ada taring kat mulut..pas tu disarungkan ngan kain macam kain songket..haaa cuba tengok cara pemakaian kain tu..ada macam ujung kain tu terjulur sikit ke depan ..panjang jer mencecah tanahhaaaa cam nielah kat kepala lakada kain warna kuning dililit kat kepala cam tengkolok pun ada tapi lain sikit ikatnya cam org melayu.. yang nie lak..korang perasan tak penjaga kuil ada pakai kain kat kepala dorang..macam tengkolok laaa tapi berbeza sikit jer . .)
ilah nampak dia melihat org lalu lalang kat jalan denai tu dengan muka yang amat bengis.gayanya macam pengawal yang mengawal sesuatu yang bernilaitapi peliklah..naper org yang dok lalu lalang kat macam tak perasan dia yek.
yang ilah nie lak terlalu asyik melihat lelaki niesebab ilah pelik tengok pakaian dia dan tingkah lakunya yang peliksampailah kami dah nak sampai ke tempat lelaki nie berdiri..lelaki nie berpaling kearah ilah..
Ya-Allah! Menjerit kecil ilah..serentak nie jugak suami ilah menarik tangan ilah dan tarik ilah rapat ngan dia..dan suruh ilah jalan kat sebelah dia manakala dia ngan julian berjalan bersebelahan ngan busuttersebut
Sementara tu suami ilah berbisik kat ilah..jangan takut Be..buat cam biasa.pujuk suami ilah sambil mengusap tangan ilah sambil mulut dia membaca sesuatuilah hanya mengangguk jer tanda faham..hmmm rupa2nya suami ilah dah Nampak dari tadidia ingatkan ilah perasan bende tu sebab tu dia sambung berbual jer ngan Julian..bila dia dengar ilah menjerit kecil tu yang dia cepat2 tarik tangan sebab risau ilah jadi kalut .hmmm sebenarnya ilah tak takut..Cuma terperanjat jersebab ilah ingatkan org bukan entiti sebab susuk tubuhnya tul2 cam manusia tapi muka dia seram dan huduh betull.hu..hu..hu.patutlah rasa sejuk jer..ingatkan pasai kesan air con kuat sangat kat dalam keter tadi
Sementara Julian lak..macam paham2 jerterus dia cakap..lagi ngan bahasa indonnya.. ibu ngan bapak terlihat hantu yakalau betul jangan gusar..kerana mereka tidak menganggu....sebenarnya setiap busut disini memang ada spiritual yang menjaganya..kira ada penunggu gitulah..aduihlah..Julian naper sekarang baru nak cakap..getus ilah dalam hati..tak pasal2 ilah terkena nasib baik ada hubbykurang sikitlah keseramannya
Ok..mesti kenkawan tertanya2 cam ner muka nya..kanhaaaa cam nie.mata dia terbeliak besar.mulutnya besar siap ada taring lah kat tepi gigi dia.pas tu hidung dia besar ..huduh lak..tuadiohlahhhh.tobat tak mo gi lagi dah
Sebenarnya masa meronda2 kat luar kuil Uluwatu nie memang terperasan cam ader entiti terutama kat dalam pura yang berpagaryang nie tak leh masuk sebab khas tuk penganut dorang tuk sembahyang.pas tu tengok matahari terbenamhmm Ya-Allah cantiknyaterus terlupa pasai kes jumpa hantu tadi..hu..hu..hu..
Selepas makan malam dijinbaran..Julian membawa kami ke hotel di pantai sanur..kami tiba di hotel dalam kul 10.00 malam...
sepanjang perjalanan ke hotel ilah terlelap sebab kepenatan sementara suami ilah berbual ngan julian didalam keter....ilah dikejutkan suami ilah pabila sampai di hotel....so ilah tak perasan sangat keadan luar dan permandangan luar hotel tersebut.kerana tertido kepenatan..
sementara tu bellboy hotel dah siap2 angkat barang kami kat troli tuk diantar dibilik kami...yang ilah lak..time nie dah mamai sikit..sebab baru bangun tido...yang suami ilah lak tengah berbual ngan julian pasal programme hari sok....last2 ilah bg isyarat kat hubby nak ikut sekali bellboy tu naik ke bilik sebab letih serta mengantuk yang amat sangat...tapi ilah tak pastilah suami ilah perasan ker tak....
kebetulan lak masa nie bell boy sedang menuju kat lift...cepat ilah mengamit bellboy..tu...jadi kami sesama laa masuk kat dalam lift...masa dalam lift tu ilah ada dengar muzik cam gamelan tapi bali stylelah....ilah tengoklah bellboy tu..dan tanya " bapak ..lagu yang saya dengar lagu asli tradisional bali ker "soal ilah kununnya nak bermesra alam ...tapi yang si bellboy..nie juz toleh kat ilah..hanya mengangguk dan tersengih jer.....tanpa berkata2 apa2...pas tu siap tengok ilah sambil tersenyum dan tak kalih2 pandangan i....yang ilah lak dah pelik...siap cakap kat dlm hati...bisu kot....hu..hu..hu... ...dan bila dia asyik tengok ilah sambil tersenyum...ilah tanya " naper bapak...tengok saya cam nie'
serentak ilah cakap cam tu...pintu lift tu pun terbukak..dan muzik gemelan bali tu semakin kuat kdengaran .sementara bellboy tu lak cepat2 tolak troli bagasi beg ilah ..dan terus kuar daripada lift tu tanpa berkata apa..yang ilah lak terpinga2...tengok dia cam kelam kabut nak kuar dari lift...hmm time nie ilah terkesima gak sebenarnya adalah dalam lima saat cam tu....pas tu ilah pun melangkah kuar dari lift sebab nak mengejar dak tu..yelah kunci kat ilah nie..dia tahu ker bilik ilah no.berapa...tadi pun masih kat dalam lift ilah yang bagitau yang ilah nya bilik tingkat 8...
ilah pun cepat2 kuar dan...eh! maner budak nie kejap dah ilang..ilah dah rasa lain macam jer...badan ilah tetiba dah rasa sejuk semacam...huh berdebar gak sebab tingkat lapan nie punyalah sunyi..cuma dengar muzik gamelan bali jer kuat kedengaran...aduih !time nie barulaa.nyesal sebab tak nak tunggu hubby kat lobby..padan muka ilah..hu..hu..hu..
ok..ilah nak citer keadaan kat tingkat 8 nie...kat tingkat lapan nie ada dua jalan atau dua lorong jalan.tuk kebilik hotel ..kira satu lorong tu kalau kuar dari lift tul2 berada kat sebelah kiri lift manakala satu lorong lagi berada kat depan tepi sikit sebelah kanan lift .aa yang nie kena belok jalan kekanan dan masuk ke lorong nie baru leh nampak pintu bilik hotel...kira kalau kita kuar dari lift ..kita leh nampak dulu pintu bilik yang belah lorong kiri dulu.....(er! korang paham ker)
ok..sambung lik citer.....dalam tepinga2 sebab memikirkan camner dak bellboy tu leh hilang camtu...ilah pun menuju ke lorong kiri sebab bilik ilah terletak kat sini...dan lorong nie panjang....dan lampu yang menyinari nie lak..punyalah romantik.....aduihlah....tiime nie takdernya mata ilah melilau pandang sekeliling ..cuma tengok mata melilau cari no.bilik ilah...
tetiba zuppp..laju jer berlari kat tepi ilah.dan terus ke belakang ...aduihlah..mesti jap lagi ilah nampak nie...takper..takper..cool! cool! ilah..wat cam biasa..pujuk ilah dalam hati...dan sekali lagi zupppppp lari kat sebelah kanan ilah lak..tapi kali berlari terus kat depan ilah.....hmm time nie ilah diam jer...siap berenti sekejap ..pas tu ilah bergerak ke dinding hotel berdekatan dan sandar kat situ sambil membaca apa yang patut..ilah cuma cakap..mungkin laluan nie laluan bende nie kot.....
sambil tu ilah usap dada ilah sebab terkejut....kengkawan nak tahu apa yang lari laju..tu...hmmm siapa lagi dak bellboy tulah...adeh!..masa kali kedua dia lari kat sebelah ilah nie leh lak sempat dia toleh kat ilah siap senyum sumbing kat ilah....tu yang ilah terkejut...terus tembus kat dinding hujung lorong tu..... ..time nie lagu gamelan yang ilah dengar dah takder dah..
ilah ingatkan dah stop..ader lagi tuh..adeh!..siap dah doa dalam hati..manerlah hubby ilah nie tak naik2..hu..hu..hu...
masa ilah sandar kat dinding tu..tetiba ilah cam terpandang kelibat dak bellboy tu ...berdiri kat sudut..dan badan dia cam bergerak2 ketepi dan kekanan....hmm muka dia...cam manusialah..dan perwatakan menarik....tetiba muzik gemelan yang ilah dengar tadi datang lik..dan bergema kat situ....ilah tengok entiti tu dengan gemalai menari cam org bali tari tu..dan perlahan2 menghampiri ilah....(hmm time nie sebenarnya seram gak..tapi seram2 beranilah sebab muka dia cam manusia cuma tang mata dia jer..sebab time menari tu..mata dia bergerak2 ikut melodi lagulah...hu..hu..)i
kira2 lagi dua rantai entiti nie nak sampai kat ilah..tetiba ilah cam rasa ada org tepuk ubun2 ilah dan panggil nama ilah...ilah toleh dan nampak hubby ilah tengah baca sesuatu dan usap ubun ilah ngan tangan dia....eh! bila masa lak..suami ilah sampai nie....dan ilah cepat2 toleh ke hadapan balik..dan entiti yang tadi menari kat depan hilang dari pandangan ilah..tak tau ghaib kat ner...... ..sementara tu suami ilah suruh ilah baca tiga Qul...selepas membacanya ilah usap muka ilah...
rupa-rupa...suami ilah ingatkan ilah tunggu ilah kat lobby..dan dia memang tak nampai yang ilah lambai kat dia wat isyarat nak naik ke atas..lepas berbual ngan Julian dia terus ke lobby dan terkejut tengok ilah takder kat situ..terus dia cepat2 naik ke bilik..sebab bila dia kol kat bilik hotel ..takder org angkat..jadi dia dah syak mesti sumting happen...
dan masa dia kuar lift tu..dia dah nampak ilah berdiri membelakangi dia ..cam terpana memandang sesuatu...dan dia nampak ada bende bercahaya putih semakin menhampiri ilah..dan cepat2 dia membaca sesuatu dan terus hembus kat cahaya tu...dan cahaya tu terus berkecai dan laju terbang melanggar dinding dan hilang....dan dia terus gi kat ilah...
rupa-rupanya bilik kami bukan tingkat lapan tapi tingkat lima ...dan ilah tak tahu camner ilah leh nampak no 8 tu padahal bila ilah tengok sekali lagi kad tu..memang no bilik ilah start dari no 5...
suami ilah citer ilah bila di gi kat bilik tingkat lima tu...gi bilik cuma ada beg kitaorang jer dan ilah takder terus dia tak sedap hati...tu yang dia cari ilah...entah camner naluri dia kuat mengatakan ilah kat tingkat lapan..terus dia gi tingkat lapan cari ilah...hu..hu..hu...
terus hubby ilah cakap....lain kali kalau ada kes cam nie...jangan berani sangat..lain kali kalau dah perasan lain macam terus blah...hmmm sejak ari tu..kalau ilah dah rasa lain macam ..ilah mesti angkat kaki..takdernya tunggu lelama ..jadi pengajarannnya kat sini..kalau kita dah rasa lain macam jer..jangan tunggu lelama...lebih baik blah cecepat...
selepas ini..
KISAH MISTIK DI UBUD , BALI
-- Edited by zadza on Sunday 15th of May 2011 07:26:54 PM
Arwah datuk mertua ilah suka membeli tanah..terutama tanah yang lum diterokai...arwah seorang yang sangat berani..kira leh gi sorang2 masuk hutan gi tengok kebun buah ........pada tahun 1980.arwah datuk mertua..nie bercadang nak beli tanah di barat tanah borneo....jadi dia pun bersama 4 org kawannya gi ke pejabat tanah tuk tanya dan meminta kebenaran nak gi tinjau tanah maner yang leh dibeli.....alhamdullilah ...ada.dan terletak kat barat borneo..jadi 2 pegawai tanah bersama 2 pegawai renjer hutan gi menemani dan menunjukkan jalan bersama arwah datuk dan 4 org kawannya menerokai hutan kat barat borneo...time nie hutan kat borneo banyak lum diterokai..tebal giler
jadi ada 9 org termasuk arwah datuk mertua gi masuk hutan tebal simpanan kat borneo tuk melihat tanak yang ingin dibelinya.....keadaan hutan mase nie..walaupun masih siang tapi gelap sedikit kerana banyak pokok besar yang menghalang chaya matahari masuk....jadi bila dah asar ..dah gelap sedikit...jadi dorang semua membuat keputusan berehat sekejap sebelum sambung lik perjalanan...
sampailah dorang jumpa tempat yang strategik tuk berehat iaitu di sebatang kayu yang sangt besar lebarnya sudah tertanam separuh kedalam tanah ...serta berlumut penuh kehijauan....
jadi mereka watlah ungun api ngan kayu2 kat atas batang pokok yang tertanam separuh kat tanah nie.....manakala...mereka sembilan org nie termasuk arwah dok kat batang pokok nie ....kiranya empat org kat sebalh kiri..dan lagi lima org kat sebelah kanan..dan tengah api yang dinyalakan ngan longgokan kayu kat atas batang kayu besar berlumut tu...
pada mulanya tiada apa2 yang berlaku....sehinggalah kayu yang dibuat tuk unggun api tu semakin habis dah api tu mula membakar batang kayu yang berlumut tu..
..pabila api mula membakar di batang kayu besar berlumut tu...tiba2 batang tersebuk bergerak dan meliuk 2..ke kiri dan kekanan...dan terangkat ke atas....dan terus sebahagian badan batang pokok yang berlumut yg tertanam separuh di tanah terkeluar daripada tanah..serta mengeluarkan bunyi mendesis dan hembusan angin kuat
tanpa berlengah lagi mereka melompat terjun daripada batang pokok berkenaan..dan terus lari kearah hadapan..dan tinggalkan semua barang2 kat situ ...dalam kekalutan nie ...salah sorang daripada kawan arwah datuk berlari laju..kearah sebelah kiri dan terus ke depan kerana terlalu panik....
sementara arwah datuk mertua ngan lagi tujuh org yang lain berlari kehadapan terus berlari tak hingat sampai terjatuh2 langgar akar pokok kat utan..sampai lah dorang berhenti berlari kepenatan...dan time nie arwah datuk terus perasan yang salah sorang kawannya hilang ....
tanpa berlengah masa mereka memanggil nama kawan arwah datuk nie..ngan melaungkan nama beliau kuat2 kat dalam hutan....tetapi tiada jawapan....sampailah datuk nak pergi ke tempat yang tadi...sebab takut sesuatu terjadi kat kawan dia yang hilang nie.....tetapi dihalang oleh yang lain sebab time nie keadaan di hutan semakin gelap...setelah dinasihat oleh pegawai renjer hutan..yang pencarian dalam gelap hanya sia2 jer..jadi datuk mencadangkan besok pg dorang patah lik dan mencari kawan yang ilang..tu...
jadi mereka pun gi berpatah lik dan tido di pondok renjer hutan borneo
pada keesokkan harinya..mereka bergerak lik ketempat semalam..tetapi kali ni lebih berhati2..mereka tidak menhampiri tempat batang kayu ijau yang berlumut sebaliknya memerhati dari jauh..terutama bila arwah datuk cakap dia syak batang kayu berlumut tu ialah badan ular...bertapa...
mereka berjalan memerhati sampailah ternampak di depan dorang kawasan yang lapang macam padang bola tidak jauh dari tempat dorang buat unggun api semalam....dari sebelah kiri ke depan dari arah unggun api tu dibuat..dan tul2 arah yang kawan arwah datuk yg ilang lari semalam
time nie arwah datuk dah rasa lain macam dan suruh yang lain jangan bergerak..dan serentak tu juga datanglah dua ekor khinzir utan liar melintas di kawasan lapang tu..dan tetiba dorang dengan bunyi berdesis dan hembusan cam nafas serta cam ngauman yang amat kuat
manakala...dua ekor khinzir tu tiba2 cam disedut...dan abis semua batu2..dan daun pokok serta ranting pokok yang berhampiran terbang dan disedut bersama2 dua ekor khinzir tu...dan time arwah datuk terus nampak ...ya-Alllah ...besar tul .dan cepat2..dikerahnya yang lain kuar dari situ..sementara yang lain tanpa bersuara..terus meninggalkan tempat tu dengan segera...dan sampai ke hari ini kawan arwah datuk tu tidak tahu dimana ...dan dorang anggap kawan yang ilang tu sudah meningggal tetapi tida kubur
..kenkawan nak tahu..apa yang dilihat oleh arwah datuk mertua ilah....hmm dia nampak bende yang menyedut 2 ekor khinzir tu serta mengelurkan ngauman tu ilah kepala ukar yang sangat besar..sangat..semasa ular nie sedut dua ekor khinzir nie...ular nie juz juz bukak mulut..nganga..dan terus di sedut khinzir tu masuk kedalam rongga mulutnya..time nie kata arwah datuk ...taringnya panjang tul..dan matanya sebesar dulang ....sebab tu arwah datuk suruh yg lain cepat2 beredar dari situ...jadi arwah datuk wat kesimpulan yang kawannnya yg ilang tu sudah mati disedut olleh ular tersebut...
tetapi kater datuk pada tahun 1986..kawasan yang dorang pernah nampak ular bertapa tu telah diterokai tuk pembalakan dan peliknya bila datuk gi saner ular terbabit telah tiada ..hmm mungkin dah abis bertapa....dan sudah pergi ke..laut..
..sementara tempat yang ular bertapa tu...ada banyak intan permata...jadi disitu ramai org berduyun gi melombong intan permata nie...tetapi tetiba intan permata nie hilang cam tu..walaupun digali..tidak dijumpai....bila ditanya ngan arwah datuk..arwah datuk hanya berkata sambil tersenyum...' hmm org bunian dah amik baliklah tu..dan alihkan tempat lain'
baru2 nie ilah dok kat umah nie...ilah dok kat umah nie sebab temankan kakak iparyang dok sorang2 sebab suaminya gi outstation tiga hari...jadi sebab kesian kat dia ilah pun temankan..dia lagipun ilah memang rapat ngan..dan kebetulan lak dia nie masih lum dapat baby lagi..tapi kira pengantin baru gak sebab dah 5 bulan dorang kawen nie....kira sama cam ilahlah pengantin baru...cuma inai kat jari dah hilanglah....
ilah sampai kat umah dia kira dalam kul 11.00 malam time nie kat kawasan umah dia dah sunyi jer.. kira kalau nak naik litf sorang 2 jer.takder temanlah
berdekatan ngan lift tu ader pdg permainan khas tuk budak2 yang tinggal kat situ kira kalau nak naik lift ..memang leh nampak ngan jelas kalau ada sesiapa yang dok kat situ?
masa tengah tunggu lift tu...ilah berdiri mengadap ke arah pdg permainan nie...masa tengah tengok tu ...tetiba ilah nampak cam kelibat budak pompuan tengah lari2 menuju kat buaian ..yang ilah lak dah pelik...eh! budak nie...dah memalam buta pon masih nak main lain ker...tengah pikir2 tu ....tetiba budak tu..yang berlari kearah buaian tu...berpaling kat ilah..eh! comelnya dia...muka putih bersih...pakai baju putih berbunga kecil...rambut bertocang dua..diikat ngan bunga kecil...pipi gebu
ilah senyum kat dia siap lambai lagi kat dia.....pas tu budak pompuan comel tu terus berlari kat ilah dan berenti tul2 kat sebelah kat ilah dan terus cakap " kak...nak gi maner" kater dak comel tu ..dan terus ilah balas sambil cubit pipi dia..."akak nak gi naik atas gi nak lik umah..adik naper main sesorang kat sini..gilah balik..nanti mak adik cari"...
terus dak pompuan comel cakap.." oh! akak naik atas..yek..akak hati2 tau ..jangan naik lift yang nie...time cam ni..ada bende jahat dok kat dalam sini...(time nie budak nie tunjuk kat lift bomba....opps lupa lak..nak bagitau...kat situ ada dua jer lift...kira satu tu kecik jer manakala satu lagi tu besar dan memanjang ke belakang ..haaa yang nielah lift bomba )
yang ilah lak..dah terkedu...eh! apa yang budak nie cakap nie...serentak tu jugak kedua 2 pintu lift tu terbuka..terkejut ilah...dan kebetulan lak ilah tul2 berdiri di depan pintu lift bomba tu...
Ya-Allah ..apa tu.. . ..time nie?ilah bau busuk menusuk kat idung ilah?busuknya cam bau Hanyir isk! Camni nak cakap yek haaaa cam bau hanyir ikan yang dah busuk dan berserta sampah yang ader ulat tu?heeeeeeee geli ilah bila ingat balik....time nie ilah tul2 nak termuntah...terutama bila tengok muka bende tu..berdiri di sudut lift.......
(hmm cam nie..rupa bentuk nya...berkelubung dari kepala ke kaki kecuali muka ngan tangan tidak tertutup..tangannya bertulang tapi berlendir pekat kekuningan dan lendir tu meleleh membasahi kain yang di pakai dan sebahagian jatuh kat lantai lift ...kain yang dipakai kotor sekali dan lusuh..dan tak pasti warna apa..tapi cam warna putih..yang dah kelabu asap..warnanya ..muka nya lak..aduihlah..buruknya ..dahi sampai separuh mata tertutup Cuma leh nampak sebahagian muka jer..mukanya berlendir pekat..warna kuning hitam..hidungnya berlubang dua..takder batang hidung cam manusia..mulutnya rompang...dan kulitnya lak berlendir pekat serta berkuping..dagunya ada biji kecik yang tumbuh melata..
Ya-Allah...pesal buruk sangat muka dia ..busuknya bau... .. tetiba jari ilah di sentap aduih !..ilah toleh..dan adik comel tu masih lagi berdiri kat seblah ilah ..dengan muka cemas dan menarik ilah masuk ke lift satu lagi.....
Dan dalam lift tu terus adik..tu cakap..".laaa..naper akak tercegat kat situ..nanti bende tu perasan akak leh nampak dia cam ner..adik tak tahu nak tolong akak..."ujar adik tu sambil muka kelat sikit....."hah! adik pun nampak .juga ker?"...Ujar ilah kehairanan dan terus sambung
"abis tu adik tak takut ker laaa dia tak berani kacau adik..sebab dia takut ngan bapa adik"balas adik tu sambil tersenyum "haaaaa'.....tenganga mulut ilah jap yelah..bila budak tu cakap cam tu lagilah ilah pelik.....
Haaa...time ni ilah dah rasa lain. Kaki ngan tangan ilah sejuk yang amat sangat...terus ilah terpikir..budak nie..hantu ker apa..yelah time2 nie maner ada budak memain kat pdg permainan memalam buta..cepat2 ilah baca 2 ayatul kursi..sambil pejam mata..isk! pesal apalah lift nie tak sampai2 kat tingkat 9..lama tul..selalunya tak lambat cam nie..ya-Allah... cepatlah sampai..aduih! time nie lah akak ipar ilah tak call selalunya kalau ilah lambat sikit mesti kol ilah kat maner... dalam gelabah tu ilah beranikan diri bukak mata hah..budak comel tu ada lagi kat dalam lift...aik! dah baca ayatul kursi pun leh senyum lagi...selalunya mesti ilang ....
Budak comel tu tul2 berdiri depan ilah sambil tersenyum..dan tergelak sambil tutup mulut sebab tengok keadaan ilah last2 dia maju ke depan dan terus pegang tangan ilah.".kak jangan takutlah..saya bukan hantulah...saya selalu nampak akak datang kat sini..nama saya Dayania..tinggal kat tepi bukit tu bapa saya pun selalu nampak akak...dan saya datang nie sebab bapa saya nak bagi sesuatu kat akak...."....katanya sambil mengeluarkan sesuatu ..yang ilah lak dah terkedu..sambil mata memandang kat pintu lift..bila lah nak terbukak nie..dah nekad dah bila terbukak jer..ilah nak lompat kuar terus..hu..hu..hu...hu..
Tanpa disangka dak comel cakap..?"hmm kak tak payahlah tengok2 pintu lift tu..memang takkan terbukak ..sebab saya dah kunci dah..sebab saya ada hal nak cakap ngan akak secara bersendirian "ujar adik comel tu sambil tergelak..
"akak nie cubalah bertenang saya nie cam akaklah Cuma dunia berbeza jer..saya leh dengar dengupan jantung akak..laju tul "sambil usap tangan ilah dan terus tekan sendi kat lengan ilah..tanpa disangka .terus ilang seriau ilah dan debaran dada ilah semakin berkurangan .
"sebenarnya saya datang nak bagi amaran pasai bende jahat kat dalam lift tu ngan nak bagi bende nia kat akak.."ujar adik comel bernama Dayania tu..sambil hulur kat sesuatu kat ilah...yang ilah lak teragak2 nak amik..terus adik comel tu cakap.."ambillah kak...akak beruntung tau..sebab bukan senang bapa saya nak bagi org luar bende nie"Ujar adik comel tu lagi dan ilah pegang bende tu .."eh! keraslah" bisik ilah dalam hati dan ilah buka bungkusan putih tu "eh! Inikan isi buah delima kenapa keras jer..cam batu "getus ilah dlm hati kehairanan..
Terus adik tu menjawab seolah2 cam leh dengar apa yg ilah kata dlm hati ..."A'ah tu isi buah delima dari alam kami...bapa hadiahkan kat akak sebab akak selalu sakit kepala kan....jadi bila akak rasa sakit kepala akak rendam isi buah delima batu nie ngan air suam ..lepas tu minum..Insya-Allah ilang sakit tu...". "lagi satu batu isi delima nie tak leh diguna tuk kegunaan org lain tau..buat sementara waktu nie ni hanya tuk diri akak jer "ujar adik sambil tersenyum..
"dan lagi satu...umah yang akak nak gi nie bernombor 913 kan...cam nie..bapa saya ada pesanan sekali.......kalau leh selalulah baca Al-Quran..sebab umah tu selalu ada bende singgah...sebab no 13....kira laluan yang selalu di guna..tapi kalau selalu di baca Al-Quran..hanya jadi laluan tuk yang beragama islam jer..."..
"dan lagi satu....akak kalau datang sini memalam cam gini...kalau leh janganlah masuk lift tadi..sebab bende tu memang suka dok kat situ bila waktu camtu..tapi bila akak jumpa bende tu ..akak baca ayat nie...............dan disudahi ngan tiga Qul..Insya-Allah dia takkan apa2kan akak....lagi satu..bapa saya pesan...jikalau secara tetiba akak ternampak...wat cam biasa jer sebab kalau akak leh mengawal emosi dan denyutan jantung akak..dorang tak perasan akak leh nampak dorang...."
jelas adik comel tu panjang...."dan terakhir sekali suatu hari nanti bapa saya akan berjumpa ngan akan secara langsung bersama suami akak ....dan bapa saya sampaikan salam tuk suami akak..cakap ngan dia yang arwah datuknya pernah berkawan dengannya..semasa arwah hidup...
"baiklah kak..saya pergi dahulu assalammualaikum.".dan terus salam dan cium tangan ilah...dan serentak tu juga...tingggggggggg...."laaaaaaaa..ko kat sini ker ilah...penat akak kol kau..tapi ko tak angkat...akak dah susah hati ni"....terus akak ipar ilah ngan mak mertua ilah terpa ilah dan nangis peluk ilah...Eh! bila masa lak mak mertua aku kat sini....laaa pesal lak dorang nangis nie....eh! pesal apa lak..bapa dan mak mertua ilah kat sini...ilah dah terpinga2...laaa lama sangat ker aku kat dalam lift tadi...lepas ilah tolehlah kat dalam lift tu..tengok2 sama ada adik comel tu ada lagi...laaa dah ghaib dah.....
rupanya...kakak ipar ilah dah cuba kol ilah banyak kali lepas ilah tak sampai2 ...last2 dia kol mertua ilah..kira parent dia lah ...sebab bimbangkan ilah...yelah tunggu2 2 jam tak sampai..bila check kat bawah keter ader parking kat visitor bay car park....
bila mak ngan abah mertua sampai terus report ngan guard dan cari kat kawasan umah tu....kira dorang siap check lagi setiap tingkat...dan lift....tapi bila dorang naik ketingkat 9 dan berkumpul kat depan lift tu tetiba lift yang ilah dok kat dalam tu ngan budak comel terbukak...dan dorang terkejut tengok ilah ader kat dalam tu ..hu..hu..hu.. lawak pun ader sebenarnya..sebab ilah time tengok dorang mennagis cam nak apa...hu..hu...sayang gak dorang kat ilah nie dan sampai sekarang ilah masih simpan hadiah tu..
..
hmmmm..ilah pastu pesanlah kat akak ipar selalulah baca Al-Quran.....hmm sebenarnya dia pun kekadang rasa seram gak bila tinggal sorang2...kekadang sampai naik bulu roma pun ader..
tapi lepas ilah nasihat dia tu...selalu gak dia khatam baca surah-Al-Baqarah tu....
hmmm anjing lak kalau melolong ..tul2 kat depan tingkap kat ruang tamu...alaaa dulu sebelum peristiwa jumpa budak comel nie..selalu gak ilah ternampak kekabus hitam laju gi terbang kat kepala kipas pas tu tembus siling terus ilang...
tapi semenjak kak ipar selalu mengaji..alhamdullilah berkurangan...
bagaimana perasan korang bila tengah jalan nak menuju ke lift dan tetiba timbul mata kat tiang yang berhampiran..............
hmm camni....mesti ader dikalangan kengkawan yang tinggal kat kondo yang ader parking bertingkat.....tak kiralah apartment ker...yang pastinya ada parking lot tuk keter bg setiap unit umah...
bagi mereka yg ader tinggal kat apt atau kondo yang memang ader kemudahan parking keter nie pasti akan perasan ada banyak tiang kan kat situ...haaaaaaaaaa..kat tiang camnie..yang ilah perasan ader mata tu...
selepas park keter ilah....ilah menuju ke lift tuk naik keumah ilah....masa tengah berjalan tu..ilah dah rasa lain macam jer....macam diperhatikan....kebetulan pula tu ilah sesorang jer kat kawasan parking nie..time nie lak dah maghrib....
sebelum sampai ke tempat lift..kira banyak jugalah tiang bangunan yang ilah kena lepasi
Tiang pertama..
time nie tak perasan sangat sebab tengah busy angkat bukak zip beg sebab nak sumbat keter kunci kat dalam beg...kira tengah menunduklah tapi still kaki berjalanlah... masa tengah bukak zip tu....dah terasa lain lah..tapi ilah wat derk jer..dan wat cam biasa jer...walaupun dah rasa sejuk lain macam err..lupa lak nak bagitau ..parking lot ilah kalau nak gi ke lft kena melalui tiga tiang
tiang kedua...
hmm dah rasa lain macam sesangat....bila ilah sampai kat tinag no.2 ..ilah lak gatai mater...melihat kat tiang....tu.Eh! ader materlah....tapi mater dia buka merah menyala ..cam mater manusia cuma dia melekat dan timbul kat tiang tu....cam ner nak citer yek...ok cam nie..kalau korang wat masker tanah liat kat saloon....pastu bila dah beku kan dorang akan angkat masker tanah liat kan..haaa camnielah bentuk mater tu..tapi mater yang kat tiang nie cam separa tertutup...maksud ilah cam baru nak dibuka matanya
bila ilah nampak ...ilah diam dan cepat2 jalan..
tiang ketiga...
bila sampai kat tiang ketiga tu..mata yang ilah nampak kat tiang kedua tadi muncul kat situ dan timbul dan time nie ..matanya..terbuka luas...ilah dah cuak...last2 ilah berdiri depan tiang tu.....dan pura2 diri kat situ....dan bercakap..."assalammualaikum....dah lama ker dok kat situ....hmm maaflah kalau tadi saya tertenung muka awak....saya tak biasa lagi..Insya-Allah bila saya ternampak kamu lagi saya wat cam biasa.......dan terus ilah berlalu...
selepas tu bila ilah ternampak...mater tu..ilah hanya tersenyum..dan wat biasalah..
hmmm macam pagi tadi..masa nak gi kejer..ada lagi....hmmm just senyum dan wat biasa..
TIPS TUK ELAKKAN TERMASUK ALAM BUNIAN sekiranya kengkawan gi masuk hutan tak kiralah nak memburu ker..nak berkhemah ..nak wat jungle tracking dan yg sewaktu dengannya.....
dan sekiranya ..semasa perjalanan tuk kuar dari hutan atau gunung..tetiba kamu dah rasa lain...tetiba terpisah drpd geng lain...dan tetiba ternampak umah...,ada kebun ...atau tmn bunga.yang cantik .atau ada umah cantik siap ada binatang peliharaan seperti kambing ....
INGAT perkara yang pertama perlu kamu lakukan adalah jangan bergerak walau seinci pun....kamu terus pejamkan mata.....dan cuba ingatkan di mana sebenarnya kamu berada sebelum terserempak umah cantik tersebut..
fikirkan juga mustahil ada umah berkeadaan demikian di dalam hutan tebal.....dan sekiranya pada masa tu malam fikirkan rupa bulan ..dan sekiranya siang fikirkan keadaan matahari dan paling penting fikirkan tujuan sebenar kamu nak pulang ke rumah....dan keluar daripada hutan tersebut...
selain tu juga kamu mesti tenang..tidak terlalu takut..tidak terlalu gembira pabila melihat keganjilan di depan mata...ingat keluaga kamudan bayang kan rupa mereka serta rumah...DAN SEKIRANYA KAMU GAGAL MENGINGATI APA YANG ADA DI DUNIA MANUSIA DAN KAMU BERGERAK ATAU MELANGKAH....HMM KAMU AKAN TERSESAT KEALAM LAIN TANPA DISENGAJA....dan bakal kehilangan ingatan..dan nasib kamu di dunia atau alam bunian..tak bisa dijangka
Pernah dengar kisah balang ajaib jikalau diletak sebutir beras didalamnya dan beras tersebut terus menjadi banyak..bila diguna dan diambil beras tersebut tidak akan susut sampai bila2
Cuba bayangkan jikalau kengkawan meletakkan wang RM50.00 di dalam balang tersebut .dan dengan sekelip mata wang RM50.00 menjadi banyak dan memenuhi balang tersebutbila diguna wang tersebut tidak akan susut sampai bebila ..wahhhhhh..pakcik opps makcik kayoo
HMM TETAPI KENGKAWAN MESTI INGAT..TIADA YANG PERCUMA DIDUNIA..NIEWALAUPUN DIALAM GHAIBTERUTAMA JIKALAU KITA MEMINTA BARANG ALAM GHAIB TUK KEPENTINGAN DIRI KITA SEMATA2JANGAN LEKA , LALAIDAN TAKSUB DENGAN SEMUA NIE.SEBAB TANPA IZIN ALLAHTAKKAN BERLAKU SEMUA KEAJAIBAN.NIE.
OK....sambung
Ok..kiter sambung citer
Percaya tak kalau ilah katakana disini masih ada yang menyimpan dan mencari balang ajaib nie
Dan mesti kengkawan tertanya2 dari mana datangnya baling ajaib nie..ok begini kisahnya
Balang ajaib nie akan timbul di air yang mengalir deras selepas hujan..tak kiralah sama ada sungai., parit atau payayang penting baling ajaib nie akan timbul dan hanyut mengikut arus deras air selepas hujan turun..dengan lebat...
Balang nie akan timbul sebanyak tujuh balang di mana setiap satu mempunyai saiz yang berbeza..maksudnya di sini...jika yang pertama saiznya sepert besar cam bola sepak..yang kedua pasti saiznya akan lebih besar daripada yang pertama..begitu jugak dengan ketiga sehingga ketujuh
Ada dikalangan manusia yang bernasib baik apabila tetiba terserempak dan terjumpa balang tujuh nie yang sedang hanyut mengikut arus deras....haaa bila korang terjumpa ...dan berani tuk mengambilnya serta sanggup dengan syaratnya...( haaa yang nie ilah tak galakkan yek..ilah just kongsi cerita yek...sekiranya ader forumer yang nak wat.....tu...berani buat berani tanggung yek)
pertama sekali gi cari kayu topak.....kayu topak nie susah nak cari sekarang nie..tapi kalau kamu pandai dan pandai mengambil hati orang peribumi maksud ilah orang asli...dorang leh carikan kayu topak nie dengan rela hati...dan tiada apa2 balasan...(hmm baik org asli sebenarnya kalau tahu cara)
kayu topak nie kalau diketuk waima perlahan sekalipun di tulang manusia nescaya akan retak ...dan juga leh patah...hmm bayangkan betapa kuatnya batang kayu topak...nie...
sambung lik ngan balang ajaib nie...
bila kengkawan terjumpa balang tujuh nie....kengkawan kena cepat dan tangkas sebab balang tujuh nie akan hanyut dengan laju...jadi untuk menangkapnya dan menariknya ketepi perlu menggunakan kayu topak...nie...TETAPI....SEKIRANYA KENGKAWAN NIE JENIS YANG TAK PUTIH DAN TULUS HATI..KIRA BANYAK HITAM DARIPADA PUTIH....HMMM CUBA BANYAK KALI PUN BALANG TUJUH NIE AKAN MENGELAK DAN AMAT SUSAH DITANGKAP......
MANAKALA SEKIRANYA KENGKAWAN NIE MEMANG BAIK HATI...HATI PUTIH DAN TULUS..DENGAN SEKALI JER TERUS LEH DAPAT....TAPI KENA CEPAT...SEBAB KAYU TOPAK NIE HANYA LEH TARIK SATU BALANG SAHAJA DALAM SATU MASA ..JADI KENGKAWAN YANG BAIK HATI DAN HATI TULUS MESTI MENARIK SETIAP BALANG DENGAN CEPAT DAN TANGKAS....
hmmm tapi sampai sekarang hanya sebuah balang jer yang dapat ditarik manakala lagi enam tidak sempat ditarik sebab dan hanyut ngan laju dan terus ilang.....
yang peliknya walaupun salah satu balang ajaib ini sudah berjaya diambil oleh mereka yang bertuah nie...balang nie masih tak berkurangan daripada tujuh..maknanya mana balang yang diambil akan diganti..dan bilangannya masih lagi tujuh ngan berbeza2 saiz mengikut turutan pabila muncul dan hanyut di arus air yang deras mengalir selepas hujan lebat
ok...syarat bagi mereka yang ingin menyimpan balang ajaib nie dan menikmati keajaiban balang ajaib
balang ajaib dikehendaki disimpan sebuah rumah yang dibina khas tuknya di mana didalam umah tu ader bilik tuk menyimpannya..kira umah tu sebagai tempat tinggal balang tersebut....
Setiap malam jumaat balang tersebut perlu diasapkan dengan kemenyan tertentu dan terpilih sahaja..
Setiap malam jumaat juga perlu disediakan beras kuning 2 biji tuk balang nie
semua perkara nie perliu dilakukan secara rahsia...bermaksud perlu dirahsiakan waimapada isteri atau anak2
hmmm mesti pelik kan naper kena wat semua nie....sebabnya setiap balang ajaib ada semangat atau jin yang menjaganya....
setelah kengkawan berjaya menangkap dan mengambil balang ajaib nie bermakna kengkawan sudah bersetuju dengan syarat2 yang dinyatakan diatas..walaupun kengkawan tanpa disedari atau disedari..
hmmm apa akan jadi sekiranya kengkawan tak wat semua syarat nie.....hmmm entahlah...setakat nie sahaja leh dikongsi...sekali lagi ilah tegaskan disini..BERANI BUAT BERANI TANGGUNG dab sebaik2 pertolongan yang wajib diminta dan bermohon...HANYA ALLAH SAHAJA...
Pada cuti yang lepas ilah dan suami balik kampung belah ilah ....dan berlaku satu peristiwa yang ilah tak dapat lupakan sehingga hari ini
Begini..citernya....
Mak ngan abah begitu seronok sekali bila dapat tahu kami akan tinggal dikg dalam sehari dua....dan kebetulan lak adik beradik ilah semuanya ader kat kampung memandangkan cuti sekolah...jadi riuh rendah cam ader kenduri lagaknya ...
Di rumah abah ni pertama kalinya ilah mimpi pelik sikit..bukan seram tetapi pelik sedikit....ingat tak ilah ader citer pasai ada seorang lelaki tua berjanggung putih sampai kedada..rambut panjang putih , muka bersih ..berpakaian putih serta bertongkat beri ilah buah berwarna hijau..dan ilah drpd gagap terus ilang gagap ilah selepas memakannya...hmmmm ilah jumpa dia lagi sekali buat kali kedua
masa nie ilah keseorangan kat tingkat atas..manakala yang lain dok kat tingkat bawah....ilah naik ke atas dan baring sekejap di runag tamu atas tuk lepaskah lelah ilah sebentar..sahaj sebab keletihan.....entah cam maner ilah terlelap.....
dan dalam terlelap tu ilah macam terjaga sebab leh nampak keadaan umah abah time tu....oh! lupa lak..time nie siang lagi ...time nie..ilah nampak lelaki tua yang ilah pernah citer dulu..berdiri di depan ilah sambil tersenyum......lama dia memandang ilah dan terus berkata " Assalammualaikum....ilah (time nie dia sebut nama penuh ilah...)......." yang ilah dah terkejut..Eh! maner dia leh tau nama ilah..getus ilah dalam hati kebingungan
bila lelaki tua tu sebut nama penuh ilah..terus ilah bangun dan berdiri depan dia dan menjawab salamnya serta bertanya (time nie tak tahu nak panggil atuk ker pakcik..last2 panggil atuk jer ) "Eh! Tuk kenal saya ker....." ujar ilah kebingungan...
terus lelaki tua tu senyum dan berkata "dari kecil atuk kenal kamu..ilah...sampailah dewasa...semasa kecil kamu selalu bermain didepan pintu masuk alam kami...kamu masih ingat tak buah yang atuk beri kat kamu masih kecil..dahulu"ujarnya lembut...
terus ilah teringat dan balas ilah dengan terkejut " eh! atuk ker ....patutlah saya rasa macam pernah jumpa atuk jer....."
"hmm sebenarnya atuk ader hal nak berbincang ngan kamu..tetapi memandangkan kamu dah bersuami..atuk perlu meminta izin dahulu kepada suami kamu.."
jadi malam nie atuk akan datang berjumpa kamu berdua' ujar atuk tu lembut dan terus dia hentak tongkat yang dia pegang..serentak tu juga ilah tersedar dan terus terbangun...
Setelah tersedar..ilah terus gi kat suami ilah yang kebetulan tengah syok berbuak ngan adik lelaki bongsu ilah..dan terus bercerita ngan dia apa yang ilah alami sebentar tadi....yang suami ilah lak...wat muka cam takder apa2 siap cakap sambil usap rambut ilah " Insya-Allah takder apa2..kalau dia datang ngan secara baik ..kita sambut dengan cara yang baik dan begitu juga sebaliknya"...
Selepas makan malam kami berdua bercerita ngan abah pasai hal siang tadi.dan meminta pendapat ..sementara abah senyum sahaja...dan berkata " terserah buat kamu berdua....abah kenal org tua ..tu...kadang2 singgah ke umah berbual ngan abah.....sebenarnya ..dari dulu lagi dia dah berkenan kat ilah..hmm dulu nak diambilnya jadi anak angkat..tapi abah tak izinkan....jadi abah cuma izinkan dia ajar kamu ilmu dari dunia dia asalkan tak melanggar syariat islam..."ujar abah panjang
malam tu org tua datang berjumpa ngan kami di umah....di luar bilik kami...masa nie semua org kat dalam umah tu dah tido termasuk abah....
Hmmm cam ner kami leh tahu org yang nak berjumpa ngan kami dah sampai...begini citernya...
Ilah terus tido kul 11.30 mlm dan manakala suami ilah dan abah sambung borak (setelah berborak ngan abah ngan mak kat ruang tamu)...malahan abah dah pesan kat kitaorang wat cam biasa sebab kedatangan org tua tu tak leh dijangka masanya...jadi kami wat biasa jer....
masa tengah tido tu..tetiba suami ilah kejut ilah dari tido..dan suruh ilah cuci muka dan amik wudhu..hmm ilah mengikut jer. dan tengok jam ..laaa dan kul 2.30pg......lepas tu kami sesama solat sunat malam ...
lepat solat sunat malam...suami ilah terus buka pintu bilik kami seluas-luasnya dan berbisik kat ilah...."org yang nak berjumpa ngan kita dah nak sampai"....yang ilah lak dah berdebar 2.......serentak tu juga kami mendengar org memberi salam dan kami nampak sesusuk tubuh berdiri di luar bilik kami.....
Atuk tu tersenyum ngan kami dan berdiri tul2 di depan pintu bilik kami.(kali nie atuk nie memakai serban dikepala warna putih).dan dia sedikit pun tak melangkah masuk ke bilik kami .....manakala suami ilah macam paham naper atuk tu tak melangkah masuk ke bilik kami dan terus dia bangun melangkah keluar daripada bilik dan bersalam ngan atuk tu....siap berpeluk ngan atuk tu.seolah2 macam dah kenal lama.....
sementara ilah ...dok kat dalam bilik sebab suami ilah dah wat signal tunggu kat situ....
terus mereka berbual diluar....dan semasa perbualan tu suami ilah banyak mengangguk dan mendengar atuk tu bercakap ...dan sesekali suami ilah menjeling kat ilah sambil tersenyum....dan setelah dorang abis berbincang ....yang ilah lak kat dalam bilik...dah tahap gaban kebosanan ...mengantuk pun ader...tapi gagahkan..jugaklah....aduihlah...lamer nya dorang bual kat luar.. ilah tengoklah jam..hah! dah kul 4.00pg ..biar betul...patutlah mata dah berair sangat...nie..
tengah2 melayan perasaan tu...tetiba suami ilah mengamit ilah dari luar...dan dan mengajak ilah kuar dari bilik tuk berjumpa ngan atuk tu...ilah tengok atuk tu memandang ilah ngan tersenyum ngan mata redup dia tu....(masa nie dorang berbual sambil berdiri.....ish! dorang nie tak penat ker berbual lelama sambil berdiri ker....kalau ilah lah..leh lenguh kaki wehhhhh..hu..hu..)
Bila ilah sampai kat dorang ..suami ilah terus bagitau..siapa atuk tu ....rupa2nya atuk tu ialah penghulu dan ketua di kampung bunian yang terletak dibelakang umah abah...hmm namanya lak....sedap...namanya....
Atuk nie datang berjumpa ngan suami sebab nak minta izin tuk berjumpa secara langsung ngan ilah lebih kerap lagi dan bukan lagi melalui mimpi sebab nak ajar dan berkongsi ilmu daripada dunia dorang......
Suami ilah lak bg jawapan dia leh izinkan dengan syarat mesti ngan kehadiran dia sekali...atau ilah ditemani ngan muhrim.....semasa proses pembelajaran tersebut...dan tanya ngan ilah dulu sama ada ilah nak ker tak nak.....
dan atuk tu bersetuju..ngan cadangan suami ilah...
TETAPI....ilah cakap ngan atuk tu ilah lum bersedia lagi nak terima ilmu tu...tapi ilah bersedia menjadi anak atau cucu angkat dia kalau dia nak hu..hu..hu...sementara suami ilah lak senyum jer bila mendengar jawapan daripada ilah.....dan atuk tu lak diam jer..lama juga dia diam last2 dia senyum..dan bercakap" tak perlah ilah kalau ilah lum bersedia lagi..tapi atuk berjanji bila ilah dah bersedia nanti ..atuk atau waris keluarga atuk akan datang berkongsi ilmu....
"Baiklah..semua urusan dah selesai...dan atuk dah bagitau kat suami ilah camne nak berjumpa ngan atuk atau waris atuk kalau ilah dan suami perlukan sesuatu drpd pihak kami....tak lama lg nak subuh..biarlah atuk berangkat dulu..." ujar atuk tu sambil tersenyum.....dan tanpa disangka dia mengeluarkan sesuatu daripada jubah dilengannya...dan hulur kat ilah.."mulai ari nie kamu berdua atuk menganggap kamu sebagai keluarga atuk dan simpan pemberian atuk ni..dan suatu hari nanti ia amat berguna tuk kamu berdua....assalammualaikum...."
KISAH MISTIK BUNGA RAFFLESIA..BERWARNA PUTIH DAN HITAM.
KISAH MISTIK BUNGA RAFFLESIA..BERWARNA PUTIH DAN HITAM.
Kengkawan pernah melihat bunga Rafflesia......tak kiralah sama ada secara langsung atau tidak..... hmm ilah pernah....yang besar, yang sederhana besar dan kecil.....
Bunga Rafflesia nie susah tul kalau nak cari kecuali kalau ditemani ngan mereka yang pakar dan faham ngan habitat bunga Rafflesia nie...terutama di Borneo..sementara di semenanjubg bunga Rafflesia yang biasa dan senang di cari di Hutan Diraja Belum,...tapi ilah tak mau bercerita pasai bunga Rafflesia di semenanjung Malaysia..sebab ilah lagi tertarik ngan kemistikan bunga Raffelsia di Borneo.......
Bunga rafflesia banyak tumbuh kat Borneo....terutama tempat yang jarang didatangi oleh manusia...
Bunga Rafflesia nie setakat yang dijumpai oleh manusia majoritinya berwarna merah..sahaja..ader yang berwarna merah darah..ader yang .merah sama...dan ader yang merah bertompok2 putih.....
Bunga rafflesia yang ilah nak cerita nie berwarna putih dan hitam....dan bunga ini jarang dijumpai oleh manusia...hanya mereka yang bernasib baik sahaja yg dapat melihat dan menyentuh serta menyimpan bunga rafflesia tersebut
percaya tak kalau ilah cakap yang bunga rafflesia nie ada banyak sebahagiannya milik org bunian..atau jin....terutama yang tumbuh di tempat yang jauh daripada habitat manusia...
dan bunga Rafflesia yang berwarna putih nie banyak khasiat dan rahsia yang belum diketahui oleh manusia.....sekiranya manusia tahu kehebatan dan kelebihan bunga Rafflesia putih nie..pasti akan berusaha mencari nya terutama bagi mereka yg ekstrem ngan tumbuhan mistik dari alam ghaib...
Manakala..bunga Rafflesia berwarna hitam dan besar..pula sekiranya terjumpa..jangan diambil dan dikacau...biarkan sahaja...kerana ia beracun dan leh membawa kematian sekiranya tidak bernasib baik..ini adalah kerana ..jin yang menjaganya sangat jahat dan ganas....terutama bila kita tersentuh serta terbau gas yang dilepaskan daripada bunga Rafflesia berwarna hitam....bau gas tersebut sangat busuk..yang amat sangat...
hmmm bagaimana mahkhluk halus nie atau jin nie leh tinggal kat bunga rafflesia sedangkan bunga nie hanya tumbuh sebagai perasit dah akan mati selepas berkembang...haaaaa disinilah keistemewaan bunga rafflesia yang dimiliki oleh mahklus halus jin nie..di mana jangka hayatnya sangat panjang selagi mahkluk halus nie menjaga dan tinggal di dalam bunga rafflesia tersebut..
pelikkan dan tidak masuk akal....kan kengkawan ..tetapi itulah hakikatnya dan ilah tak memaksa kengkawan semua mempercayainya..jangan risau ..dan bimbang sebab ilah takkan sesekali berkecil hati
Mahklus halus atau jin yang menjaga bunga Rafflesia berwarna putih atau hitam ini akan tinggal didalam bunga tersebut..di mana disitulah tempat makan, tidur, bermain2 dan membuang najis....
setiap pagi bunga Rafflesia tersebut akan mulai kembang setiap pagi untuk kentut atau melepaskan gas busuk..dan akan mulai kuncup atau tertutup sedikit apabila matahari mulai turun....kira terbalik sikit dan lain sedikit cam bunga Bakawali...di mana bunga Bakawali akan mulai kembang bila masuk waktu Maghrib...
Bunga Rafflesia nie akan melepaskan gas busuk setiap pagi dan bunyi gas yang dilepaskan bergantung kepada saiz besar bunga tersebut....sekiranya bunga tersebut amatlah besar..bunyi dan jumlah gas yang dilepaskan sangat besar...dan bunyi gas semasa dilepaskan seolah2 seperti bunyi ledakan bom lagaknya....hmmm menarik kan...
hmmm mesti kengkawan tertanya lak..bagaimana rupa org bunian atau makhluk halus atau jin yang dok kat dalam bunga nie...
cam nie rupanya....saiznya kecil sahaja....pernah tengok kartun Smurf tak...haaa ketinggiannya cam nielah...mereka dok sekeluarga..lagi besar saiz kelopak bunga dan bunga tersebut lagi besar keluarga makhlus halus tu...tapi muka dorang tak samer tau macam kartun smurf tu.....
hidung dorang panjang dan tajam sedikit dan tidak ader batang hidung cam manusia..matanya sepet dan kecil sahaja...telinganya kecil sahaja dan runcing...bentuk muka lak...panjang membujur can telur..kulit lak ikut cam kelopak bunga rafflesia...tidak licin dan tidak terlalu kasar...kulit lak berwarna ikut warna bunga Rafflesia yang dijaga ..kalau putih..putihlah..kalau hitam..hitamlah kulitnya....matanya berwarna hitam....dan sesekali berwarna merah saga...
Bagi mereka yang terjumpa bunga rafflesia berwarna putih..sekiranya terserempak....jangan gopoh..jangan tamak.... sebab yang menjaga bunga nie tidak terlalu jahat dan juga tidak terlalu baik..hmmm kamu paham tak maksud ilah....maksud ilah disini sekiranya beragama islam..mungkin tak banyak karenah..tapi lain lak kalau beragama bukan islam...susah lak kalau nak minta..jadi penyelesaiannya blah dari tempat situ...hu..hu..hu...
dan satu lagi kalau leh kalau nak mencari bunga rafflesia ajaib nie ...cari kayu atau wat tongkat daripada kayu yang wangi sentiasa tu..dan bawa kayu tersebut bersama (.apa nama kayu tu pandai2lah korang mencarinya.... )..sebab bau bunga rafflesia nie bila kembang..Ya-Allah busuk yang amat sangat ...kalah bangkai....hanya ngan kayu yang sentiasa berbau wangi nie sahaja leh tawarkan bau busuk nie...(sila rujuk kat tenet..dan cari pokok yang sentiasa mengeluarkan bau wangi ....kalau aderlah....he..he...he...kalau takder cuba rujuk ngan pengumpul koleksi barang mistik...maaf tak leh sebut...disini..apa nama pokok tu...tapi ilah dah beri hint ..tau...pandai2lah korang cari . ..)
dan satu lagi...bende yang menjaga bunga nie suka bermain teka -teki....dan suka bermain akal berserta tawaran...so kena berhati2....kalau rasa2 cam tak pandai bermain teka -teki...hmm terimalah nasib .....kalau tak bernasib baik...leh jadi tawanan dan hamba dorang seumur hidup....ader berani.......jadi senang jer...tak payah susah2 kan hidup korang nak mencari...just masuk umah ilah nie tuk berkongsi citer dan menhayati citer ilah sambil makan keropok lekor ngan teh tarik panas... ..sahaja abis citer..tul tak
tapi bagi yang berani dan degil ....leh cuba ambil kelopak bunga rafflesia tu....sedikit pun tak pe..sebab banyak khasiat dan keajaibannya...tapi cam biasa lah.....hanya org yang hati tulus dan baik sahaja yg akan dapat peluang nya...
dan pastilah...ader syarat yang perlu dibuat sekiranya mahu kelopak bunga rafflesia nie terus ajaib dan berkhasiat...
haaaa yang nie ilah rasa tak perlulah dikongsi disini yek..sebab tak perlu diketahui..sebab tak ader manfaat tuk dikongsi...
dan jangan lak tanya ngan ilah sama ada ilah ader tak kelopak bunga rafflesia putih nie....sebabnya ilah tak der..simpan pun...tak der dan tak terlintas pun dihati nak menyimpannya .susah tul nak menjaganya..ikan koi kat umah pun susah nak jaga ..siap kena bagi vitamin lagi...ni lak nak menjaga dan beri makan kat penjaga ghaib kelopak bunga rafflesia....tak maulah ilah....
THE END...
Kesimpulannya disini....tak payahlah bercadang mencarinya...sebab banyak masaalah daripada kesenangan..dan kalau nak bayangkan camner rupa bunga rafflesia nie....senang jer..gi cari bunga rafflesia yang biasa dijumpai di borneo ngan semenanjung malaysia tu yang warna merah....cuma bezanya ...bunga rafflesia mistik nie....berbulu sedikit terutama di kelopak bunga ...bulu tu lebat cam bulu patung teddy bear...dan berwarna putih atau hitam....
KISAH MISTIK ARWAH DATUK MERTUA NGAN JENAZAH (KISAH MISTIK DICERITAKAN SENDIRI OLEH ARWAH DATUK MERTUA - *AL-FATIHAH UNTUKNYA*)
Datuk mertua ilah merupakan imam besar dan kira kalau ader jenazah nak dimandikan ..arwahlah yang akan mengetuai sambil ditemani ngan waris terdekat.....
ader sekali tu..arwah tak dapat mengetuai tuk mandikan mayat sebab ader hal sikit.dan terpaksa kuar daripada kampung dalam beberapa hari ...jadi tugas tersebut diserahkan kepada imam muda......jadi kali nie imam muda tu pun watlah...tugas tersebut bersama ngan waris si mati ..
alhamdullilah semua berjalan ngan lancar...
sampailah arwah datuk mertua pulang kekampung beberapa hari kemudiannya..
pada malam berikutnya setelah pulang ke rumah..arwah datuk telah bermimpi si arwah /si jenazah yang baru dikebumikan dan disempurnakan oleh imam muda tu.....
Dalam mimpi arwah datuk mertua lihat si arwah/si jenazah menangis dan memandang sayu ke arah arwah datuk....dan datuk dalm mimpi tu cepat2 membaca ayat tertentu berserta Al-Fatihah dan hembus kearah siarwah berkenaan......dan si arwah tu berhenti menangis dan tersenyum bila arwah datuk mertua abis membaca dan hembus ke arahnya...dan slow 2 menghilang....
dan serentak tu arwah datuk mertua terbangun daripada tidur...dan menurut arwah datuk ..mimpinya tak abis cam tu..sebab arwah datuk mimpikan si arwah yang tak sempat diketuainya itu datang ke dalam mimpinya selama 3 hari berturut.....
arwah datuk pada mulanya ..tidak melayan..sebab menganggap hanya mainan tido..tetapi arwah datuk selalu hadiahkan al-Fatihah kepadanya....
sehinggalah malam keempat
pada malam keempat..pada waktu tengah malam..pintu depan arwah datuk diketuk dan digoncang ngan kuat....sampai terkejut nenek mertua ilah..sebab gegaran dan ketukan pintu time tu..macam org nak pecahkan pintu umah...dah lah...masa nie mereka tinggal berdua jer..kat umah tu....tapi arwah datuk mertua...rilek jer..siap suruh nenek mertua ilah dok dalam bilik ..dan jangan kuar.... sebelum pergi pintu yang diketuk ngan kuat tu..datuk dah bersedia dengan membaca aper yg patut
arwah datuk mertua terus menuju ke arah pintu tersebut dan berhenti betul2 di depan pintu tanpa membukanya...time nie..pintu tertutup yang digoncang dan di ketuk bertalu2....berhenti apabila arwah datuk mertua betul2 berhenti di depan daun pintu yang tertutup....
dan tanpa di sangka daun pintu tersebut terbuka ngan sendiri..cam di hembus ngan angin yg kuat....daun pintu terhempas kuat..di depan arwah datuk.....dan dalam masa tu arwah datuk mertua lihat ader sekujur putih berdiri di laman umah...tegak berdiri..
Datuk mertua dok bersila di depan pintu yg telah terbuka dan berpeluk tubuh sambil membaca sesuatu (time nie gaya arwah datuk seolah 2 sedang bertapa)emudian arwah datuk mertua bersuara ngan lantang..."..Siapa kamu dan apa hajat datang ke mari"sambil memandang tajam ke arah objek putih yang berdiri di laman umah.......
tiada jawapan dan suara daripada objek putih tersebut....objek putih tu hanya berdiri sahaja...time nie ..burung hantu berbunyi kuat..diselangi ngan bunyi org mencarik kain dan mengali tanah. .berulang kali .dan berselang -seli bunyian tersebut...kata arwah datuk bunyi nya kuat dan nyaring sekali...
Arwah datuk sekali lagi bertanya sekali lagi wat kedua..tetapi bende putih masih diam dan tidak bergerak..malahan bunyi mencarik kain dan bunyi org mengali tanah semakin kuat diikuti sahutan burung hantu....
...sampailah arwah datuk mertua bertanya wat kali ketiga .dan masih tiada jawapan..serentak tu juga ,.arwah datuk terus melompat keluar dan mendarat ke tanah dengan sebelah kanan kaki iaitu kepala lutut ditekan ke tanah dengan peha kanannya terangkat sedikit...sementara sebelah lagi...kaki kirinya dari kaki hingga ke peha menongkat .seperti kekuda atau duduk separuh ngan sambil tangan kirinya digengam erat kecuali ibu jarinya ditekan di atas tanah manakala tangan kanan mengepal tanah ..sambil mulutnya membaca sesuatu....serta matanya dipejam.....dengan mater terpejam tu arwah datuk memerhatikan bende putih tu ngan "mata batin".. .
sementara tu bende putih tu mula bergerak ke kiri dan ke kanan..dengan perlahan2..dan bila jaraknya semakin hampir ngan arwah datuk terus bende putih tu semakin laju bergerak mengeliling arwah datuk.....bende putih nie...bergerak mengeliling datuk ngan hilang dan muncul semula berkali2 ....sementara bunyi burung hantu dan mencarik kain serta mengali tanah semakin rancak bunyinya...dan bau hamis , hanyir berserta kapur barus mulai memenuhi di ruang udara
Time arwah datuk masih memejam kan matanya sambil mulut berkumit2 membaca ayat tertentu..sementara 'mata batinnya memerhati..dan membaca pergerakan bende putih tu....dan bila bende putih tu nak mengelilingi arwah datuk wat kali ke sembilan ngan hilang dan muncul semula tu....arwah datuk terus berdiri dan memalingkan tubuh badannya ke arah belakang ..(time nie lagak tubuh bdn arwah datuk seperti melontar lembing. atau tombak )..dan terus dibaling tanah yang dikepal sejak dari tadi ditangan kanannya ke arah tempat bende tu muncul semula sambil melaungkan "Allahuakbar!"
tanah yang dilontar oleh arwah datuk tepat mengenai dada bende putih tu............terus bende putih tu menjerit kuat dan nyaring diikuti ngan tangisan sendu panjang....diikuti ngan gegaran goncang kuat pokok buah kat laman umah arwah datuk seolah2 digoncang ngan seseorang...dalam masa tu arwah datuk mendengar suara merintih berkata "tolong aku pak imam...(err..sebenarnya bende tu bukan panggil pak imam tapi panggil nama yg biasa org kampung panggil arwah datuk..tapi tak mau letak...rahsia...harap2 korang paham yek ) mayat aku tidak disempurnakan dengan baikkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!!"
..serentak tuk arwah datuk terus berdiri memeluk tubuh dan membaca sesuatu sambil menjerit kuat " Dengan nama Allah...aku mahu kau kembali ke tempat kau... tempat kau bukan di sini..lagi...'" dan terus datuk meumbuk tanah ngan tangan kanannya...."
serentak tu..bunyi jeritan panjang ngan tangisan terus ilang...begitu juga b
begitu juga bunyi burung hantu , bunyik kain mencarik serta bunyi tanah di gali.....bau busuk serta ngan bau kapur barus mulai hilang secara perlahan2....
sementara tu arwah datuk menoleh ke arah pokok buah yang digoncang dan digegar ngan kuat..........hmmmm takder seketul pun buah kat pokok tu gugur kat tanah......
tanpa berlengah lagi arwah datuk terus masuk ke rumah...dengan menhentak tumit kaki kirinya sebanyak tiga kali..dan melangkah masuk ngan kaki kanan sambil membaca sesuatu...setelah itu dapat terus menutup pintu ..dan bergegas membersihkan badannya ..sebelum membuat solat malam ngan nenek ( iklan jap...nenek .dan arwah atuk ilah sayang kalian . )
Sementara nenek tidak bertanya apa2 ...........apa yang berlaku di luar rumah tadi.............
(alaaa..mesti korang tertanya apa bende putih tu kan....sebenarnya ilah mals nak bagitau cam ner rupanya..hmmm tapi sebab ilah dah janji nak details sikit tuk citer kali nie......jadi kengkawan ilah ceritakan aper yg arwah datuk nampak....
Bende putih tu adalah jelmaan si mati ...hmmm pocong tapi kain kapannnya penuh ngan tanah kubur serta lumpur ..err warna merah kekuningan cam tanah liat .....bende putih nie bergerak cam melayang mengikut dimana angin bertiup sebab tu masa bende tu start bergerak cam bergerak ke kiri dan ke kanan.....bende tu melompat2 tapi terapunglah...setiap kali melompat dan bergerak tu mengeluarkan bunyi cam tanah kena gali serta kain kena carik...nyaring sesangatttttttt..
hmm muka lak.... .....menyerupai si mati..cuma pucat putih sesangat ngan mata kosong serta putih semuanya...mata tenggelam ke dalam..hidung pun tenggelam kedalam cam dah nampak dah tulang hidup..mulut dan bibir pucat biru lesu takder darah.)
Keesokkan paginya...arwah datuk bergegas berjumpa ngan imam muda yang mengantinya semasa ketiadaanya di kampung ari tu....dan bertanya sekiranya ada sebarang keganjilan sepanjang pengebumian si mati...setelah diselidik danberjumpa serta bertanya sekali ngan waris si mati...barulah arwah datuk mertua mendapat jawapannya....(errr..yang nie...tak leh bagitaulah..jangan mare yek..)..
Arwah datuk berbincang ngan waris si mati ...dan bagitau pasai kejadian malam tadi....dan mereka (semua waris si mati berserta org kampung )bersama ngan arwah datuk membaca yassin tuk si mati serta melakukan dan melaksanakan perkara tertentu..(maaf yang nie lak tak leh bagitau....maaf yek ,..sebab arwah datuk pun tak bercerita sangat )
selama tujuh hari berturut....manakala arwah datuk sendiri datang ke kubur sendirian setiap hari selama tujuh hari berturut tu ..menyiram air yassin ke kubur si mati....alhamdullilah sejak hari tu ..tiada lagi gangguan ....
KISAH MISTIK RUMAH SEWA (diceritakan semula oleh mak ..ilah masa kejadian nie berlaku ilah ingat2 lupa tapi boleh ingat sikit2 beberapa kejadian sebab kecil lg masa nie)
Sebelum abah jadi peneroka...abah bekerja jadi pemandu lori.hmm tapi hanya setahun sahaja sebab selepas kelahiran ilah iaitu anak kedua abah memohon masuk ke tanah rancangan iaitu F#####..dan abah lulus untuk memasuki tanah rancangan untuk fasa pertama .hmm pada masa nie umur ilah dah empat tahun manakala kak long lima tahun
Sekarang nie, ilah nak bercerita mengenai rumah yang kami duduki sebelum berpindah ke F####
Oleh kerana abah kerap tiada di rumah , abah telah bercadang untuk menyewa rumah dibandar selama sebulan sahaja memandangkan bulan kedua kami akan berpindah masuk ke tanah rancangan...tambahan pula rumah yang bakal kami duduki nie berdekatan ngan kemudahan asas.
Abah telah berjaya menyewa sebuah rumah di bandar tesebut di mana tuan umah tersebut adalah melayu..malahan sewa bulanan sangat murah iaitu rm150.00 sahaja sebulan...jadi kami sekeluarga pun tinggal di sana..
Pada hari pertama sehingga hari ke lima tiada apa2 yang berlaku kerana masa nie abah cuti lagi.sehinggalah abah mulai bekerja sehingga tidak pulang ke rumah kerana perjalanan jauh.
Pada malam pertama abah tiada di rumah ilah dengan kak long tidur bersama mak dibilik..memandangkan ilah anak bongsu (time nie kununnya manjalah tu ) ilah tido sebelah mak tambahan lagi ilah time nie masih menyusu badan lagi walaupun dah berumur .empat tahun manakala kak long tidur di sebelah ilah aaaa time nie kak long dah putus susu badan tapi masih tidur dgn puting
Pada malam tu..ilah tersedar daripada tidur sebab ilah terdengar suara menderam..kuat sangat..dan bila ilah buka mata..terbeliak mata ilah sebab ilah nampak ader sesusuk tubuh hitam tengah bergayut kat siling bilik mak ..betul2 kat atas kepala ...
masa nie ilah terkesima dan terpaku..sebab makhluk hitam nie memndang tepat kat ilah ngan mata merah dia sambil menderam senyum dan perlahan2 merangkak daripada siling menuju ke arah ilah...
masa nie ilah nak menangis sambil jerit kuat sebab nak kejutkan mak...tapi tak boleh sebab badan ilah kaku..tak leh bergerak..makhluk hitam tu semakin meyeringai kat ilah bila tengok ilah ketakutan sambil tunjukkan gigi dia...waaaaa lagilah ilah takut sebab gigi dia ada siung siap kuar air pekat lagi meleleh2 lagi .....last2 ilah pejam mata sambil cuba menjerit panggil mak ...kali nie ilah berjaya....terus ilah menangis macam nak pecah rumah...lagaknya .(time nie masih masih tutup mata sambil melalak...)
manakala mak pula terkejut dengar ilah tetiba menangis pada lewat malam...dan bila tengok badan ilah panas serta mengeletar ..cepat 2 mak peluk ilah tapi ilah meronta2 sambil menangis kuat tanpa henti....last2 emak ambil tiga batang lidi di mana setiap satu mak cucuk ngan lada kering dan letak di atas kepala ilah sambil mak usap ubun2 ilah ngan membaca ayatul Qursi sampai ilah berhenti menangis dan tertidur. Manakala menurut mak, pada malam tu mak berjaga sampai pagi sebab bimbangkan ilah dan kak long pula tidur mati langsung tak sedar adik dia menangis macam nak rak
Pada keesokkan paginya, selepas subuh mak bersiap nak gi pasar ..time nie ilah dah bangun tido..bila ilah tengok mak tak der kat sebelah cepat2 ilah bangun dari katil sebab cari mak nak menyusu ( he..he..he dah jadi habit time nie bila bgn jer nak menyusu bdn ) manakala kak long ilah ..masih tidur lagi ngan hisap puting kesayangan dia tu.....masa ilah tengah jalan terkatik-katik cari mak .(time nie mak kat ruang tamu tengah mengemas sebelum bergerak ke pasar kat depan umah..ilah nampak sebab pintu bilik terbuka.dan langsir lak mak dah ikat ke tepi )
tetiba ilah nampak ada dua susuk tubuh tengah berdiri pakai jubah cam telekung pun ader warna putih di mana sorang cam lelaki manakala sorang lagi cam pompuan dan kedua2nya berwarna hitam legam.....dorang nie tengah berdiri kat sudut tepi ruang tamu umah sambil memandang kat ilah ngan pandangan tajam...isk! dorang nie naperlah asyik tengok ilah..tengoklah kak long...dahlah hitam legam "bentak ilah dalam hati sambil tutup mata
Sementara mak lak pelik tengok ilah sebab melihat ilah tutup mata ngan tangan sambil hentak kaki dan siap wat cakap "syoh! syoh! macam halau ayam.sambil baca doa makan.(.he..he.time nie doa makan ngan bismillah jer tahu baca .)
last2 mak pergi kat ilah dan pegang tangan ilah terus ilah berhenti baca doa makan sambil hentak kaki...dan bila ilah buka mata ..bende hitam legam yang ilah nampak hilang .....dan menurut mak juga lepas ilah buka mata tanpa segan silu minta ngan mak nak menyusu badan ...he..he...he.....
Selepas bagi ilah menyusu ...mak bersiap nak gi pasar kat depan rumah..dan selalunya mak mesti bawa ilah sementara along tinggal kat umah sebab masih tido ...dan akan dijaga oleh abah sementara kami ke pasar..tapi kali nie abah tiada jadi mak bercadang nak bawa along sekali ...tapi malangnya menurut mak bila mak cuba kejut along dari tido nie punyalah susah nak bangun..siap menangis lagi bila emak tarik puting ..bila letak balik kat mulut dia..boleh lak senyap terus landing kat katil terus tido balik....he..he...he..kelakau tu alaong ilah...
last2 mak amik keputusan tinggalkan along sekejap sebab selalunya kalau mak ke pasar hanya mengambil masa lebih kurang 5 minint sehingga sepuluh minit jer....jadi mak tinggalkan along keseorang kat umah dengan menutup semua tingkap kat umah ngan pintu di kunci. (rumah kami nie setingkat jer takder tangga tinggi...)
Bila dah beli apa yang patut menurut mak ..kami berdua terus balik ke rumah secepat yang mungkin sebab risau along bangun...jadi dalam sepuluh minit kemudiannya kami pun sampai ke rumah.. dan bila mak buka pintu...alangkah terkejutnya mak sebab along tido kat depan pintu ngan terkencing serta muka sembab macam baru menangis sambil terlelap kat situ......hmm masa nielah mak dah syak sesuatu dan mulai hari tu mak mengalami gangguan sepanjang abah takder kat rumah masa tu...masa nie abah dijangka pulang dalam keesokkan tengah hari
Menurut mak, mak mula diganggu semasa mak nak solat Zuhur pada hari yang sama along terlelap di depan muka pintu...semasa mak sedang sembahyang tetiba ada bende baling pasir kat atas sejadah mak...terkejut mak...terus mak berhenti solat ..dan buang pasir tersebut.dan bila mak lihat sekeliling tiada apa2 yang pelik .bila mak nak solat kembali ...tetiba ada bende baling pasir sekali lagi kat mak kali nie lagi banyak daripada sebelum...terus mak berhenti solat dan buang pasir tersebut ..
kali nie mak nekad solat ngan pejamkan mata dan cuba khusyuk tuk solat dan alhamdullilah mak berjaya abiskan solat Zuhur....dan kejadian nie berulang setiap kali mak nak solat Asar ,maghrib dan Isya'
Setelah ilah ngan along tido ...mak menyapu ubun kami berdua sambil membaca ayat pendinding supaya kami berdua tidak diganggu .....alhamdullilah ilah ngan along tido nyenyak..cuma mak yang kena ganggu teruk malam tu....pada tengah malam tetiba mak tersedar sebab mak dengar bunyi org berjalan kat zink umah dan bunyi org baling pasir kat zink atap umah ..dan bila mak buka mata..mak terkejut sebab ada dua lembaga hitam legam betul berdiri kat hujung kaki mak..cepat2 mak bangun nak peluk ilah dan along sebelum sempat mak mencapai kami berdua ..salah sorang lembaga hitam laju bergerak ke arah mak dan tunduk berlaga muka mak sambil menyeringai dan terus cekik leher mak..manakala seorang lagi melompat ke katil dan melayang memijak kaki mak sambil terapung....
terus mak kejung tak bergerak sebab mak rasa berat yang amat sangat serta kesakitan daripada kaki hingga ke leher..mak cuba meronta dan cuba membaca ayatul kursi tetapi kerongkong mak macam tersekat2...dan tanpa duga mak dapat menyebut "Allahu Akhbar!" terus makhluk hitam dua ekor tu hilang serta merta...badan mak abis basah berpeluh dan terus mak peluk kami berdua sampai pagi...dan esok pepagi mak pergi rumah jiran yang berdekatan sementara menunggu abah pulang .
Bila abah pulang mak ceritakan apa yang terjadi selama abah tiada kat rumah..dan tanpa berlengah lagi abah pergi berjumpa tuan rumah dan bertanya sama ada umah yang kami sewa tu berhantu..pada mulanya pakciktuan umah nie tak mengakui..siap cakap mungkin mak mimpi...abah punyalah marah siap nak bersilat ngan tuan umah nie...nasib baik suami jiran nie ada bersama sabarkan abah..haaa time nie barulah tuan umah nie cakap umah yang kami sewa nie memang berhantu..dah ramai duduk tapi tak sampai sehari terus cabut...abah punyalah marah ngan tuan umah tu sebab tak jujur ngan abah...last2 tuan umah tu pulangkan duit sewa abah....tapi abah tak ambil sebab kata abah terpaksa duduk kat umah tu selama sebulan sebab susah nak dapat umah dalam masa terdekat.....akhirnya tuan umah bersetuju semua kos air serta elektrik dia yang tanggung selama kami sekeluarga tinggal di situ..dan abah setuju
sementara mak lak setelah dipujuk oleh abah ..barulah mak setuju pulang semula ke rumah tersebut..dan pada malam tu pada kali pertama abah menggunakan ilmu yang ada untuk melindungi kami sekeluarga selama sebulan
menurut mak , pada malam tu selepas Isyak abah membuat sesuatu di mana setiap penjuru umah abah menekan duit syiling perak dengan ibu jari sambil membaca beberapa ayat al-Quran terutama daripada surah Al-Imran , surah al-Jin dan doa nabi sulaiman dan ajaibnya syiling tersebut melekap di tempat yang abah tekan macam di gam..dan masa abah tekan syiling tu mak dengar bunyi benda jatuh macam dilontar ngan kuat diluar rumah ..bila ditanya ngan abah kata tiada apa..
dan alhamdullilah semenjak tu..bila abah tiada dirumah tiada gangguan lagi...cuma ada kalanya ilah nampak makhluk hitam tu macam terpasung kat tanah kat luar umah tak leh bergerak..dan bila cukup sebulan tempoh ..kami sekeluarga berpindah ke tanah rancangan- THE END
Adik bongsu ilah lelaki dan sekarang masih menuntut di sekolah rendah darjah dua. Semua adik beradik ilah nama dimulai ngan abjad M kecuali adik lelaki ilah yang nie. Bila dilahirkan abah berikan nama kepada adik ilah yang bermaksud sentiasa memberi kemaafan.
Jadi adik bongsu ilah ni jenis lurus ..jadi di dalam hatinya tidak ada langsung perasaaan dengki serta dendam mahupun syak wasangka..
mengapa ilah nak bercerita pasai adik bongsu ilah nie,,,,sebabnya ada mistik yang ilah nak berkongsi di sini....yang baru ilah ketahui baru2 nie...
ilah dapat tahu pasai nie secara kebetulan ..masa nie ilah pulang ke kampung.. dan kebetulan adik bongsu ilah baru pulang daripada sekolah...lepas tu ilah pelik...eh! sapa lak ikut adik ilah balik nie....hmm macam manusia cuma tak pakai baju jer....pakai kain sampai kat dada siap ada kain diikat kat kepala...nak kata tua ..tak tua sangat sebab rambutnya hitam lebat cuma berjanggut sahaja...hmmm gaya macam suka bertapa...
dan lelaki berjanggut seolah2 mengetahui ilah ternampak dia..dan terus hilang ngan tetiba...dan bila adik bongsu ilah menyalami dan cium tangan ilah terus ilah bertanya..."Abang ! siapa tu..kawan abang ker "..terus adik ilah balas " hmm..kawan abang...baru jer kenal dua hari lepas... datang jumpa abang nak berkawan....naper angah tanya "......."takder apa! sajer jer...abah tahu tak" adik ilah jawab sambil angkat bahu..."entah!....tahu kot " ujar adik ilah sambil menuju ke dapur nak makan..
Kebetulan masa tu abah dengan suami tiada di rumah sebab keluar pergi ke rumah saudara terdekat...jadi bertanya dengan mak....dan terus bercerita.....menurut mak dua hari lepas abah tetiba demam....dan abah tak boleh bangun..mak dah risau dah..bila disuruh makan penadol..abah tak nak...(he..he...abah tak suka makan ubat moden tak tau naper...hmmm takut makan ubat kot) jadi mak cuma tuam dahi abah ngan kain yang dibasahkan dengan air suam bercampur daun sireh serta akar daun pegaga...setiap tuaman mak membaca ayat atau doa penyembuh sakit...dan abah terus tertidur...
dan mak meneruskan rutin sebagai suri rumah .....mengemas dan memasak tuk tengah hari....
bila adik ilah balik masa kul 12.30tgh daripada sek rendah....selepas jer salam mak..kebiasaannya dia kan terus ke dapur dan makan tghari...tapi kali dia bertanya pasai abah...." mak! abah sakit ker...sekarang nie abah kat mana"..tanya adik ilah....dan mak membls kehairanan "Eh! macamana abg tahu abah tak sihat nie" " Abang agak jer ....mak tak jawab soalan abg ..abh kat mana"...ujar adik ilah tersenyum....."abah ada kat bilik tengah rehat"...jawab mak...
dan terus adik lelaki bongsu ilah terus menuju ke bilik..manakala mak membuntuti adik ilah sebab pelik tengok adik lelaki ilah. bila sampai kat bilik ...adik terus pergi kat abah yang sedang terbaring dan pegang dahi abah serta tangan abah "hmmm takder apa2 nie...sakit sikit jer" gumam adik lelaki ilah seorang.....dan terus kejut abah " abah! abah! bangun sekejap" ujar adik lelaki ilah sambil mengoyangkan bahu abah..sementara abah cuma membuka mata dengan lemah sambil mengerakkan kepala....melihat ke arah adik lelaki .....dan terus adik lelaki ilah berkata ngan mata bercahaya kegembiraan bila dilihat abah sedar dari tido " abah! kali nie biar abang ubatkan abah...nanti lepas solat Zuhur abg buatkan air segelas untuk abah yek...lepas tu abah minum tau"....bila mendengar kata adik..dahi abah berkerut....tanpa berkata2 apa..tapi abah hanya mengangguk sahaja.....
Sementara adik lelaki ilah terus keluar dari bilik abah dan mengajak mak makan tengahari bersama2......manakala mak lak...masa tu...sebenarnya mak nak tergelak sebab gelihati tengok keletah adik lelaki bongsu ilah cakap cam tu ngan abah...tapi mak tahan risau adik ilah kecil hati...(he..he...sebab dia nie kekadang sensitif sesangat he..he...mudah terusik )
Selepas makan tengahari bersama adik lelaki bogsu...adik ilah terus pergi mandi membersihkan badan.....hmm lama juga kata mak ..mengalahkan anak dara..... .......lepas tu ...mak pun senyap 2 tengok adik lelaki ilah buat apa....menurut mak adik ilah solat Zuhur ...macam berimamkan ngan seseorang maksud mak ilah disini ..macam adik ilah solat ada imam di depannya...sebab sebelum solat tu ada adik ilah iqamat azan lepas tu tetiba dia bergerak ke kanan belakang sedikit drpd tempat yang dia berdiri iqamat azan tu ....seolah dia tu bergerak ke tempat makmum(erk! korang paham ker )
..tapi mak tak nampak sesiapa dalm bilik tu selain adik lelaki ilah....hmmm mak diam jer..dan takderlah anggap yang bukan2...
dan mak terus pergi melihat abah sebab nak kejutkan abah sebab dah waktu Zuhur.....dan abah bangun terus abah gagahkan diri bersihkan badan ...selepas membersihkan badan abah bersiap2 untuk solat sementara mak menunggu abah di bilik tuk solat...bersama ....
haaaa masa abah tengah bersiap lah nie..tetiba jer adik lelaki ilah masuk kat bilik sambil bawa air masak segelas dan hulur kat abah...dan berkata " abah! nanti lepas solat abah minum yek air nie...abang dah bacakan doa untuk abah ..Insya-Allah nanti demam abah kebah..."ujar adik lelaki sambil salam dan cium tangan abah dan sebelum keluar siap ingatkan abah jangan lupa minum air tu....
menurut mak ...abah hanya diam dan tersenyum jer..dan abah letak air putih tu di meja..dan terus solat berjemaah ngan mak....dan lepas solat abah masih tak menyentuh gelas tersebut..sebaliknya abah suruh mak masakkkan abah pengat pisang untuk dia sebab tetiba teringin nak makan kejap...lagi ....dan siap pesan panggilkan adik lelaki bongsu masuk ke bilik berjumpa dengannya sekejap......hmmm mak dah faham dah..jadi mak keluar dan panggil adik ilah.....
dan malam tu abah bercerita dengan mak apa yang sebenarnya berlaku ..
rupa2nya ada seseorang dari alam ghaib ingin mendampingi adik lelaki ilah sebab adik lelaki ilah seorang yang pemaaf serta tiada langsung perasaan dengki serta dendam dalam hatinya..jadi jin islam tu berkenan dengannya dan cuba hendak mendampinginya..dengan memberikan ilmu perubatan daripada alam ghaib ...dan jin islam tersebut telah memberikan nama sebenar kat adik lelaki ilah sebagai tanda persahabatan...(hmmm bukan senang mereka nak beri nama penuh atau nama betul..nie..aduhlah! adik ilah..minta2 janganlah dia terima ..sebab dia kecil lagi..teringat ilah tok bomoh budak kecik yang berupaya mengubat ubat dengan bantuan jin islam ...waaaaaaaaa tak maulah... )
dan jin islam tu kalau nak berjumpa ngan adik ilah akan menyerupai seorang lelaki yang ilah nampak tu............dan kebetulan pula jin islam tahu abah ilah demam jadi dia telah mengajar adik ilah cara2 tuk mengubat abah ...selepas solat Zuhur berjemaah bersama nya.....ooo patutlah mak nampak adik lelaki ilah macam tengah solat berjemaah....
menurut mak abah bercerita....semasa abah panggil adik lelaki masuk berjumpa dengannya ..jin islam tu ikut sekali dan siap menyampaikan hajat untuk berkawan dengan adik lelaki ilah...sementara adik ilah time nie diam jer....sambil mendengar penjelasan jin islam tersebut..abah usap kepala adik ilah dengan lembut ....dan abah telah menolak permintaan jin islam tersebut sebab tak mahu anaknya terlibat dalam hal macam nie.....terutama dalam ilmu perubatan tradisional.....jadi setelah berbincang ...akhirnya jin islam tu bersetuju akan tinggalkan adik ilah....dan abah beri masa tiga hari untuk tinggalkan adik atau abah akan bertindak sendiri untuk melindungi adik lelaki ilah dari berkwn ngan dia.....abah beri masa tiga hari kat jin islam sebab menganggap dia saudara sesama umat islam...tu pasal abah berlembut dengan jin islam nie...dan alhamdullilah jin islam nie bersetuju.
dan pada hari yang ilah nampak jin islam merupakan hari terakhir untuk tempoh dia tinggalkan adik lelaki ilah.....hmmm mungkin dia nak tengok adik ilah buat kali terakhir kot.....dan bila ditanya ngan adik ilah...."Abang !mana kawan abang yang hari tu akak nampak balik sama2 dari sekolah " dgn selamba adik menjawab " oh! pakcik tu....dah pergi mekah..tinggal kat sana....kesian dia macam merajuk jer..tapi nak wat cam ner abang lebih sayangkan abah."ujar adik lelaki ilah sambil sambung makan .....
THE END
selepas ini...
KISAH MISTIK ADIK LELAKI SULUNG CUBA DILARIKAN PONTIANAK
KISAH MISTIK ADIK LELAKI SULUNG CUBA DILARIKAN PONTIANAK Selepas berpindah ke tanah rancangan , ilah dapat seorang adik perempuan..iaitu adik Uda....dan selang lima tahun kemudiannya ilah dapat adik lelaki yang sulung iaitu abang Andak....hmmm kali nie ilah nak bercerita mengenai kisah pengalaman mistik ilah bersama adik lelaki ilah yang nie.
begini kisahnya, Setelah mak melahirkan adik lelaki sulung ilah nie, abah kerap keluar lewat bila nak ke pasar besar. kebiasaannya abah akan pergi pukul 1.00a.m tapi kali abah bergerak kul 3.30a.m....hmm pelik tul....ilah perasan semua nie, sebab abah selalu kejutkan ilah bangun daripada tidur atau kak long agar temankan tidur dengan mak dan adik lelaki ilah. Padahal masa kelahiran adik perempuan ilah yang dulu, abah takderlah kerap sangat suruh ilah temankan tidur ngan mak hmmm pelik tullah........
untuk pengetahuan kenkawan, kalau mak baru melahirkan anak nenek ilah belah abah atau belah mak pasti akan tinggal bersama sepanjang mak berpantang...jadi kalau abah pergi ke pasar..nenek akan menemani kami sekeluarga dan selalunya abah akan pulang sebelum azan subuh berkumandang..jadi kali nie kami bertiga beradik akan tidur bersama nenek....manakala salah seorang daripada kami akan bergilir 2 tidur menemani mak dan adik lelaki bila abah pergi ke pasar.
sehingga dalam satu malam tu..ilah bangun nak buang air kecil..jadi kejutkan nenek sebab nak suruh temankan ilah gi bilik air....sebab bilik air kat luar rumah ..kira hanya tiga langkah jer kalau dari pintu belakang.. masa tengah nak gi bilik air.sama2 ngan nenek...tetiba ilah ternampak macam ada kain putih kotor ngan warna coklat kehitaman ada kat atap bilik air...apa lagi ilah cepat2 masuk ke bilik air dan buang hajat kecil cepat2...bila dah siap..cepat2 kuar siap tarik nenek cepat2 masuk rumah....tapi sebelum nenek nak tutup pintu ilah sempatlah toleh kat atas atap tu..dan Ya Allah! terkejut ilah ader perempuan muka hodoh ngan rambut mengerbang tengah landing baring mengiring ke arah ilah sambil menongkat kepala dan senyum menyeringai kat ilah ..siap main angkat kening lagi ..argh!!!!!!!!! benci tul.....masa tu ilah ..menyesal tak sudah sebab gatal sangat nak tengok....padan muka ilah masa tu.....tak pasai2 ilah menyelusup senyap2 masuk kat kelambu abah dan tido menyelit kat sebelah abah...hu..hu...hu....
bila abah bangun nak gi pasar ..abah kejut ilah naper..tido ngan dorang ..ilah cakaplah nampak cik ponti kat bilik air luar.....berkerut dahi abah..dan abah senyap jer.....manakala ilah lak sambung tido... Pada malam keesokkan harinya , abah terpaksa bergerak awal ke pasar kerana kebanyakan barang segar abis dijual selepas kul 3.00a.m jadi abah terpaksa bertolak pada kul 1.00a.m macam biasa. dan pada malam tu turn ilah tido temankan mak ngan adik lelaki sulung ilah.....jadi cam biasa ilah gilah tidur teman kat Mak....tapi kali nie tetiba tergerak nak tidur kat sebelah adik lelaki ilah...nie ..manakala mak lak tak membantah sebab adik lelaki ilah tidur ngan kelambu untuk baby tu...jadi kalau ilah tidur ganas macammana pun tak mungkin boleh terhempap adik ilah
sementara nak terlelap tu...ilah terdengarlah bunyi enjin lori abah kat luar rumah..macam tengah panaskan enjin .....dan terus ilah terlelap....dalam tengah syok terlelap tu tetiba ilah dengar bunyi suara mak menjerit kuat memanggil nama nenek ilah "makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk! tolonggggggggggggg!" Bila ilah buka mata...".Eh! bila masa lak kelambu abang andak nie beralih kat atas badan ilah nie" gumam ilah kehairanan dan terus ilah pandang kat tempat adik lelaki ilah tidur....Ya Allah.!..... ...serentak tu juga ilah nampak mak tetiba melompat bangun dan cepat2 ambil adik lelaki ilah dan terus peluk..sambil meraung menangis memanggil nama nenek.....sementara ilah lak terpaku serta tergamam melihat kejadian tersebut... dalam kekecohan tu...nenek ilah meluru berlari ke katil dan pergi ke arah mak dan terus memeluk mak dan adik lelaki ilah..sambil membaca sesuatu di telinga mak...time nie mak dah bertelengku bersimpuh di atas katil sambil mengeletar...
manakala kak long pergi kat ilah sambil bertanya naper...ilah diam jer sebab tak tau nak cakap apa tetiba jer lidah jadi kelu........adik uda lak tetiba menangis sebab tengok mak menangis siap gi kat mak peluk kaki mak sambil panggil nama mak....manakala along lak bukannya nak pujuk adik uda ..dia boleh lak join sesama nangis ...aduihlah!.kakak ilah nie.... memang sememeh tul...hu..hu...
nenek lak punyalah kelam kabut bila tetiba dua org cucunya menangis macam nak rak......yang sorang lagi lak (ilahlah tu)....terkial2 tengok dorang berdua menangis sambil tergaru2 kepala......last2 nenek sound ilah suruh pujuk dorang berdua jangan menangis..... dalam kelam kabut tu...alhamdullilah...tetiba ilah dengar bunyi lori abah kat luar...cepat2 ilah berlari ke pintu depan umah nak panggil abah..yang nenek pulak menjerit panggil nama ilah...sebab tetiba berdesup berlari ke arah pintu rumah depan....dan terus ilah buka selak pintu ..dan tanpa diduga abah dah ada kat pintu..dan terus berlari ke dalam rumah dapatkan mak....yang ilah lak cepat2 tutup pintu dan mengekori abah dari belakang.
Abah memula pergi kat kak long ngan adik uda..dan abah baca sesuatu dan terus hembus kat ubun2 dorang berdua.....alhamdullilah terus mereka berdua berhenti menangis....manakala adik lelaki ilah lak dari tadi diam tak berbunyi...pelik tau ..menangis pun tidak..adik lelaki sulung cuma mengerutkan muka jer..bila abah ambil adik lelaki daripada pelukan mak dan letak di atas katil bersebelahan ngan mak ....
manakala abah minta nenek ambilkan segelas air ...sementara menunggu nenek abah mengibas mak dimulai dahulu daripada kepala sampai ke kaki dengan menggunakan kain sejadah sebanyak tiga kali sampai muka mak berubah daripada pucat putih lesu kepada merah kemerahan ..macam kulit org baru keluar berjemur ngan matahari..bila muka mak dah bertukar kemerahan abah berhenti dan terus mengambil gelas air yang diambil oleh nenek tadi ..dan mulut abah berkumit2 membaca sesuatu dan dituangkan sedikit di tangan dan terus raub keubun2 adik lelaki ilah sebanyak tiga kali...dan tanpa di sangka adik lelaki ilah kulit muka adik ilah menjadi kemerahan serta mulai merenggek mengeluarkan suara dan terus menjerit menangis ngan kuat...
terus abah dukung adik lelaki ilah dan diazankan di telinga ditelinga kanan..dan alhamdullilah adik lelaki ilah mulai berhenti menangis dan abah terus baringkan adik di atas katil semula...sementara lebihan air dalam gelas tersebut abah berikan kepada mak untuk dibuat minum......selepas minum emak terlena dan terus tidur begitu juga dengan adik lelaki ilah.....
Dan kami bertiga bersama nenek tidur bersama2 mak dan adik lelaki ilah sementara abah..tak tidur..sebaliknya abah ilah lihat solat kat ruang tamu..sementara nak menunggu azan subuh berkumandang....dan ilah tak tahu bila abah tidur..sedar2 nenek kejutkan kami tiga beradik untuk solat subuh berjemaah bersama abah sementara nenek temankan sekejap mak.. Selepas solat abah panggil ilah duduk di hadapan abah...."ilah! cuba ceritakan dengan abah apa yang ilah nampak pagi tadi "ujar abah sambil mengusap kepala ilah sambil tersenyum...lantas ilah bercerita dengan details dengan abah..di mana semasa ilah tersedar daripada tidur sebab terdengar suara mak menjerit dengan kuat memnggil nama nenek....ilah terpinga dan kebingungan sebab kelambu adik lelaki ilah telah dialihkan dan diletak di badan ilah...dan bila ilah toleh kat adik lelaki ilah masa nie.
ila terkejut sebab ilah nampak cik ponti yang ilah nampak malam semalam kat atap bilik air luar sedang berdiri sambil tunduk separuh nak angkat adik lelaki sulung...dan masa nilah mak tetiba melompat bangun dan berebut ambil adik lelaki sulung dan emak berjaya merampas balik.........dan tanpa diduga cik ponti tu tetiba terbang melayang dan keluar terus ke alang rumah dan terus terbang keluar.......muka cik ponti tu huduh sangat.....rambut kasar macam dah lama tak disikat....masa cik ponti tu nak cuba dukung adik siap senyum lagi tapi bila mak tetiba merebut nak dukung adik..cik ponti menyeringai marah sambil tunjukkan gigi siung dia... .tapi ilah tak tahu naper tertiba dia berhenti nak serang mak dan terus keluar melayang dari situ....
Sepanjang ilah bercerita abah hanya diam sahaja ....bila dah abis bercerita terus abah berkata " hmmm pontianak tu berhenti serang mak sebab dia tahu abah dah sampai kat depan rumah ...sebab masa abah dah sampai betul2 kat jalan depan rumah nie ...abah nampak dengan jelas pontianak tu terbang keluar daripada rumah dari arah tempat mak kamu tidur...cepat2 abah bawa lori turun ke kawasan rumah...'ujar abah panjang...
"ilah nak tahu kenapa abah sejak-menjak nie selalu sangat keluar lewat pergi ke pasar ...."tanya abah kat ilah ....ilah time nie terkebil2 kat abah ..sampai tergelak abah " sebab abah kerap mimpi ada syaitan yang menyerupai hantu pontianak nak ambil anak lelakisulung abah....hmm abah ingatkan hanya mainan tidur..rupa2nya alamat "keluh abah sambil menggeleng kepala....yang ilah lak terpinga2 tak faham (erk! masa nie tak paham sangat tapi bila dah meningkat dewasa baru ilah faham maksud abah )
sambung abah lagi.."nasib baik abah mengikut firasat hati abah yang meronta2 patah balik ke rumah..sepanjang perjalanan abah tak sedap hati sebab teringat keluarga abah...dan abah ambil keputusan patah balik ke rumah..dan alhamdullilah abah membuat keputusan yang tepat..."ujar abah sambil memeluk ilah....sementara ilah terpinga2 tapi sebab abah peluk ilah...ilah pun wat cam biasa jer... walaupun sebenarnya tak berapa faham sangat apa yang abah cakap.....manakala abah tersenyum melihat keletah ilah...dan abah suruh ilah tolong nenek di dapur siapkan sarapan serta bersiap untuk ke sekolah..
manakala abah pada hari tersebut tidak berniaga....abah tutup kedai sehari mengubat mak tuk pulihkan semangat mak ..sebab mak masih dalam keadaan terkejut...menurut nenek ..abah tengah cuba mengubat mak untuk elakkan mak sakit meroyan.
pada malamnya selepas isyak....abah membuat sesuatu.....masa nie ilah duduk tidak jauh daripada abah (dengan kata lain mengendap..hik..hik...hik..)...ilah nampak abah mengambil paku panjang dan paku tersebut abah baca sesuatu yang nie ilah tak pasti apa...dan selepas tu abah pergi keluar ke pokok mangga kami yang terletak dibelakang bilik air...dan abah terus paku dibatang pokok tersebut..dan tanpa diduga ilah dengar bunyi jeritan suara perempuan yang amat kuat ..terkejut ilah..cepat2 ilah lari masuk ke rumah dan pergi kat nenek sambil peluk nenek..nenek siap jeling kat ilah sebab degil ekori abah dari belakang...sempat nenk membebel..nasib abik takder apa2 berlaku kat ilah..siap kena cubit lagi kat lengan..aduhlah sakit tul padan muka ilah sekali lagi..degil sangat......
pada keesokkan harinya ..selepas subuh ..abah menebang pokok mangga tersebut..selepas tu abah menyewa lori besar untuk mengangkut kesemua kayu dan dahan pokok mangga tersebut...habis licin abah angkut......dan menurut nenek abah buang kesemua kayu daripada pokok mangga nie di sungai besar yang berhampiran..sementara daun nya pulanya abah bakar...(hish! marah betul abah... )
selepas mak dah betul2 sembuh ..barulah mak bercerita....dimana semasa kejadian..sebenarnya mak dah tersedar sebab nak bagi menyusu kat adik lelaki ilah ..sebab dalam pukul 1.00lebih ke atas adik lelaki sulung ilah mesti merengek laparkan susu....
semasa mak nak bangun ambil adik lelaki ilah..tetiba mak ternampak sesubuk tubuh pakai baju putih sedang berdiri tidak jauh daripada katil dan memandang tajam kat mak...dan serentak tu jugak..badan mak tak leh bergerak..dengan kata lain menjadi kejung.banyak kali mak mencuba nak gerakkan badan ..tapi gagal...
Sementara lembaga tersebut semakin mendekati katil dan cuba nak ambil adik lelaki ilah...masa ni menurut mak dia cuba nak menjerit..tapi gagal.....bila lembaga menyerupai pontianak tu cuba nak dukung adik lelaki ilah......emak mencuba sekali lagi kali nie mak bernekad dengan kuat dan tanpa disangka mak berjaya gerakkan badan ....tanpa membuang masa mak terus melompat bangun merebut mengambil adik lelaki sulung ilah daripada pontianak tu...menurut mak..masa nie..mak tak pedulikan keselamatannya....sebab mak hanya fikir nak selamatkan adik... ..aduihlah! mak berani tul..
dan sampai hari nie..abah tidak tahu kenapa pontianak tu cuba nak culik adik lelaki ilah..dan abah tidak mahu ambil tahu kenapa asalkan keluarga abah selamat dengan izin Allah tapi yang pastinya kata abah.."kita sebagai manusia dan juga sebagai hamba Allah jangan sesekali lalai..kerana syaitan pasti akan mengambil peluang untuk menyesatkan kita serta memporak-perandakan iman umat islam.....jadi ilah bila kamu dah ada berkeluarga ..jangan sesekali kamu lupa apa yang abah ajar kepada kamu..."..hmmm Insya-Allah abah ilah takkan lupakan nasihat abah.....